BTC USD 65,262.0 Gold USD 2,382.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

tapak tangan dan tapak kaki selalu berpeluh

namasaya

Active+ Member
Messages
4,365
Joined
Mar 30, 2011
Messages
4,365
Reaction score
37
Points
30
Assalam warga CG..

ader x saper2 kat cnie tapak tangan & kaki dia berpeluh..asyik ader berair je...nape erk perkara nie berlaku??:-?:-?..ader berkaitan masalah dalaman or ia adalah normal??...




Terjumpa artikel nie..

Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka. Ada pesakit yang tidak ke masjid atau berdebar ketika hari raya menjelang tiba kerana tangan yang
basah ketika bersalaman. Ada pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.
Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.

Terdapat pelbagai cara rawatan yang boleh dan pernah digunakan untuk merawat penyakit ini. Ia termasuklah penggunaan Ubat Sapu antiperspirant, pil antikolinergik dan iontophoresis. Namun kesannya tidaklah menyeluruh dan hanya berkesan pada sebilangan kecil pesakit sahaja. Begitu juga dengan penggunaan suntikan botulinum(Botox), walaupun berjaya untuk merawat pesakit tetapi biasanya ia adalah sementara. Pesakit memerlukan rawatan yang berulang-ulang kali setiap 3-6 bulan.

Rawatan pembedahan simpatektomi merupakan rawatan yang terbukti keberkesanannya. Terdapat pelbagai cara di dalam melakukan pembedahan tersebut dan cara yang terkini ialah melalui pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic TransThoracoscopic Sympathectomy(ETS). Penggunaan ETS ini telah merubah cara rawatan penyakit hyperhydrosis daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan kepada pembedahan.

Keberkesanannya dilaporkan sehingga 98% dengan kesan samping yang sangat kecil. Di antara kesan samping yang dilaporkan termasuk kerosakan saraf frenik, saraf brachial plexus, Sindrom Horner, perdarahan ruang paru-paru dan pneumothoraks. Tetapi semua komplikasi tersebut adalah sangat kecil iaitu pada kadar 1%. Komplikasi yang paling kerap dilaporkan ialah ‘Perpeluhan di tempat lain’ (Compensatory sweating) iaitu pada kadar 40%. Pesakit biasanya mengadu berpeluh pada badan atau peha selepas daripada pembedahan dijalankan. Ia boleh jadi sementara ataupun berkekalan.

Pembedahan ETS dilakukan selepas pesakit diberi bius menyeluruh(general anesthesia). Endoscope berbentuk Y akan dimasukkan ke dalam ruang paru-paru melalui luka sebesar 2cm di bawah ketiak. Saraf simpatetik ke 2 - 4 akan dikenalpasti melalui kamera pada endoskop tersebut dan seterusnya akan dipotong menggunakan mesin diathermi. Selepas luka dijahit, prosedur yang sama akan dilakukan di paru-paru berikutnya. Biasanya pesakit akan dibenarkan pulang pada hari berikutnya.

Secara kesimpulannya, ETS sangat berkesan untuk hyperhydrosis pada tangan dan muka dan sebahagian pada kaki. Kesan yang drastik dengan komplikasi yang minimal menyebabkan rawatan ini semakin popular di dalam merawat penyakit Berpeluh berlebihan.


051130091434.jpg
 
Last edited:
Sponsored Post

wasalam,

aku ada penyakit ni (penyakit ke..hehehe).. kalo dalam aircond pun berpeluh juga. pernah tengok rcgn kesihatan, kalo nak ilangkan kena potong saluran peluh .. tapi bagus biarkan je la..dah kurniaan Allah.s.w.t. macam ni. ok juga kdg2.. kdg2 je menyakitkan...nak salam payah, sbb berpeluh.heheeh
 
nama penyakit ni adalah HYPERHYDROSIS....rasanye la...

Baru nak cakap, dah ade org cakap :)cgrock:)cgrock:)cgrock

Penyakit hyperhidrosis juga dikenali sebagai sweaty palms disebabkan masalah kelenjar berdekatan dgn nodus (x silap sy dekat ketiak). Penyakit ini bukan satu penyakit luar biasa (Heliza Helmi pun mempunyai masalah sama) Penyakit ni x serius sangat, boleyh diperbetulkan melalui pembedahan kecil. untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.sweaty-palms.com. All the best!
 
Baru nak cakap, dah ade org cakap :)cgrock:)cgrock:)cgrock

Penyakit hyperhidrosis juga dikenali sebagai sweaty palms disebabkan masalah kelenjar berdekatan dgn nodus (x silap sy dekat ketiak). Penyakit ini bukan satu penyakit luar biasa (Heliza Helmi pun mempunyai masalah sama) Penyakit ni x serius sangat, boleyh diperbetulkan melalui pembedahan kecil. untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.sweaty-palms.com. All the best!

pembedahan??...:eek::eek::eek:..xmo xmo
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register