BTC USD 63,471.5 Gold USD 2,377.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peta Dunia Yang Asal

Al-Idrisi: Pencipta Glob Dunia


al+idrisi.bmp




A-1_01.jpg


(Peta itu juga dilengkapkan dengan ukuran panjang dan lebar yang tepat sesebuah kawasan.)


sumber :cool:




HARI ini lebih 2,000 satelit mengelilingi bumi berfungsi mengumpulkan maklumat sejelas mungkin supaya manusia dapat memahami fizikal bola angkasa yang menjadi kediaman mereka.

Bagaimanapun, pada kurun ke-12, keadaan sebenar bumi sudah digambarkan tanpa teknologi angkasa oleh ilmuwan Islam, Al-Idrisi atau nama sebenarnya Abu Abdullah, Muhammad bin Abdullah bin Idris Al-Hammudi Al-Hasani Al-Qurtubi.

Siri Ilmuwan Islam malam ini, terbitan Mohd Fasil Mohd Idris memaparkan gambaran mengenai bumi dan sistem pemetaan Al-Idrisi yang tidak bercanggah dengan ilmu geografi moden.

Ketokohan beliau diakui ilmuwan masa kini, Prof Madya Mustapha Kamal Idris dari Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Sastera Universiti Malaya, yang menggunakan perisian Al-Idrisi sebagai perisian utama untuk menghasilkan peta.

Sementara Prof Dr Achaaban Ahmad, pensyarah Fakulti Sains Sosial, Universiti Hassan II, Casablanca, Maghribi, menerangkan rahsia peta Al-Idrisi yang dilakarkan secara terbalik.

Al-Idrisi, tokoh ilmuwan dalam bidang geografi yang dilahirkan di persisiran pantai Sabtah di utara Maghribi pada 493 Hijrah bersamaan 1099 Masihi banyak menimba pengetahuan di Cordoba, Andulisia.

Beliau banyak menitikberatkan ilmu geografi secara khusus membolehkannya menghasilkan penemuan baru dalam bidang itu dan menjadi ilmuwan Islam terawal menghasilkan peta dunia.

Keistimewaan lukisan peta dunia yang dihasilkan Al-Idrisi menggunakan kaedah ilmiah tidak banyak bezanya dengan peta dunia yang ada sekarang.

Beliau begitu gemar mengembara dan antara negara yang pernah dilawati ialah negara di Eropah, Asia Kecil selain mengharungi Laut Tengah.

Kecintaannya terhadap dunia pengembaraan menjadikan beliau seorang yang terkenal dalam ilmu geografi.

Ketika mengembara, Al-Idrisi tidak lupa membuat catatan mengenai tumbuh-tumbuhan yang ditemui di negara yang dilawatinya.

Selain itu, beliau mencatatkan mengenai kegunaan tanaman berkenaan sebagai ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

Beliau turut menterjemahkan nama ubat-ubatan itu ke dalam enam bahasa lain iaitu Sysiac, Greek, Parsi, Hindi, Latin dan Berber.

Al-Idrisi juga diingati kerana kejayaannya membuat glob besar yang melakarkan garisan bulat dan peta dunia di atasnya.

Beliau juga menentukan sempadan laut di kawasan Khatulistiwa yang tidak dapat ditentukan oleh ulama ketika zamannya.

Selain itu, Al-Idrisi mengukur garis pusat bumi dan berjaya mendapat keputusannya, iaitu 22,900 batu bersamaan 42,185 kilometer.

Ini tidak banyak berbeza dengan ukuran garis pusat yang sebenar, iaitu 40,068 kilometer.

Ketika singgah di Sicily, beliau menjadi tetamu raja negara itu, Roger II, yang kemudian menitahkannya membuat glob lakaran peta dunia daripada perak.

Al-Idrisi kemudian mengarahkan jurulukis dan jurupahat yang sangat pandai melukis benua, negara, lautan, sungai dan jalannya.

Akhirnya glob dunia itu menjadi satu warisan sangat berharga dan rujukan orang awam, khususnya ilmuwan Eropah mengenai pandangan mereka berhubung dunia.

Peta itu berjaya membantu mereka dalam pelbagai pengembaraan dan memudahkan pengembara mencari tempat baru di dunia.
 
Last edited:
Sponsored Post

standard la. Mlm minggu maneleh trade bro. Peta ni bukan teori nak kospirasi pon. Nak cari tgk dan bljr isi peta tu jd salah ke?

Mmg dunia syurga org kafir. Orang islam tak kejar dunia sbgai fokus. Skdr tolong sesama islam bagus la harta tu. Jgn sampai harta dunia melalaikan urusan akhirat pulak. Manusia yg letakkan fokus pada duit/dunia ni buleh ke kompom selesa dalam kubur?

setuju.. Sudah termaktub dalam al-quran yang yahudi dan sekutunya akan sentiasa mengelirukan umat islam.. Nak atau tak nak kena percaya apa yang ada dalam al-quran.. Propaganda dan cara halus mereka untuk melalaikan dan menutup bukti islam itu adalah benar..... Jadi sekiranya terlalu mengikut terlunjuk yahudi.. Pasti akan mengikut sebaris di belakang dajjal bersama alunan muziknya..
 
setuju.. Sudah termaktub dalam al-quran yang yahudi dan sekutunya akan sentiasa mengelirukan umat islam.. Nak atau tak nak kena percaya apa yang ada dalam al-quran.. Propaganda dan cara halus mereka untuk melalaikan dan menutup bukti islam itu adalah benar..... Jadi sekiranya terlalu mengikut terlunjuk yahudi.. Pasti akan mengikut sebaris di belakang dajjal bersama alunan muziknya..

:">:"> yang trade forex tuh sebaris dengan dajal tak..?:">:">
 
Think again

standard la. mlm minggu maneleh trade bro. peta ni bukan teori nak kospirasi pon. nak cari tgk dan bljr isi peta tu jd salah ke?

mmg dunia syurga org kafir. orang Islam tak kejar dunia sbgai fokus. skdr tolong sesama Islam bagus la harta tu. jgn sampai harta dunia melalaikan urusan akhirat pulak. manusia yg letakkan fokus pada duit/dunia ni buleh ke kompom selesa dalam kubur?

btul gak tu.. dah pnat2 trade an.. mlm mggu berguna gak kaji bnda2 cmni.. atleast ada la usaha utk nk cri kbenaran..

klau nak trima bulat2 ja (tambah2 dari org kafir) bhaya gak tu.. depa klentong kita kaw2 ja an..

*emmm..psal isu peta kna mngena dengan kalimah allah ni suma, hrap2 kita study la tu.. tkleh maen tolak ja.. mgkin dari study n fkir2 bnda cmni, bleh tbukak ati kita(dpt hidayah) utk knal allah lagi..

psal coca cola ni kna alert skit..
1.sbb aritu ada gmbr coke wt iklan kt kubah msjid(menghina islam)... skang cri tkdk dh..
2.then dpt top product yg perlu diboikot psal kes Gaza
3.then kes "la muhammad la makkah.."

aku bkn la nk trus pcaya,mgkin juga sabotage.. tapi klau dh byk cmni.. bhaya gak ar.. "masakan pokok bergoyang kalau tkdk angin"

jadi.. think again lah..
 
Aku tahu tentang peta bumi di lukis Muhammad al Idrisi pada 1154 semasa menghadiri Seminar Sains Islam 1977 lagi. Tiada pula apa2 teori konspirasi walau pun asalnya Selatan di atas, Utara di bawah. Dah memang masa tu tiada standardisation, memang tiada kesalahan pun bubuh Selatan di bawah, matahari "naik" di timur juga cuma jadi sebelah kanan ke kiri bila "jatuh" di barat. Bumi ni bulat & tarikan gravity ke pusat bumi, mana ada atas atau bawah, kira tercanggih masa tu, tiada kapalterbang nak tengok dari atas.

Hanya selepas "globe" di reka, baru la dgn sendirinya ada "standardisation" Utara di atas & Selatan di bawah, sebab kalau bubuh selatan di atas, di mana nak letakkan base kaki globe tu bagi menunjukkan PAKSI bumi yg senget mengelilingi matahari. Kecuali structure semi circle tu di lebihpanjangkan dari setakat kutub2 yg ada sekarang, jadi serabut pulak!!!

Tak reti aku nak explain, tapi kalau kaki globe di lantai memang kena bubuh Utara di atas, tak boleh bubuh Selatan di atas, sebab paksi senget. Korang tengok globe, korang paham kot!

Kalau nak bubuh selatan atas juga korang boleh ambik globe, gantung kaki dia kat siling!!!
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register