BTC USD 63,682.5 Gold USD 2,383.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton Preve 1.6AT Menanti Pemenang Peraduan Senang Menang@pos

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,846
Points
196
Proton Preve 1.6AT Menanti Pemenang Peraduan Senang Menang@pos


KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Pos Malaysia Berhad Isnin melancarkan peraduan Senang Menang@Pos yang menawarkan sebuah kereta Proton Preve 1.6AT dan lima motosikal Modenas CT110 serta pelbagai hadiah lumayan lain bernilai RM230,000.

Peraduan itu juga menyediakan hadiah wang minggu berupa tunai RM13,000 terdiri daripada RM3,000 untuk pemenang utama dan RM500 untuk 20 pemenang bertuah.

Ketua Pegawai Operasi Pos Malaysia Berhad Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata peraduan itu terbuka kepada warganegara Malaysia serta warga asing yang mempunyai pasport sah yang berurusan di semua 704 cawangan Pos Malaysia dan 24 Pos Bergerak seluruh negara bermula hari ini sehingga 24 Feb tahun depan.

"Pelanggan akan diberi satu borang peraduan yang disahkan oleh kerani kaunter bagi setiap transaksi, dan pelanggan juga boleh menghantar sebanyak mana borang peraduan bagi meningkatkan peluang mereka untuk menang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan peraduan itu ibu pejabat Pos Malaysia di sini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Operasi Pos Niaga Datuk Mearia Hamzah.

Mohd Shukrie berkata pelanggan hanya perlu mengisi butiran peribadi lengkap, memberi jawapan segmen carian perkataan dan melengkapkan slogan kreatif serta melekatkan setem 30sen pada sampul surat sebelum menghantar borang peraduan.



-- BERNAMA​
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register