BTC USD 63,551.9 Gold USD 2,388.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara ke alam BUNIAN

DUKUN SANTAU

Banned
Messages
283
Joined
May 15, 2013
Messages
283
Reaction score
0
Points
10
Kali ini aku akan ajarkan ilmu ....bukan ilmu, namun cara atau kita sebut petua mudah... untuk meneroka alam bunian atau alam lain..

ada 5 tempat menjadi pintu masuk ke alam bunian ini

a) Rawang temple park- air terjun tingkat 4, situ ada 1 batu yang boleh dan selesa untuk baring

b) Gunung Ledang - Kolam Dayang, di situ ada 1 batu juga boleh baring

c) Gunung berlumut - di batu gigi boleh juga baring disebelahnya

d) Di Gunung Jerai - Kawasan mendatar hampir dengan Kubah masjid

e) Di Puncak no2 Gunung Santubong - Baring beralas

tapi pintu masuk kesukaan aku adalah gunung jerai dan gunung santubong
 
Last edited:
Sponsored Post

cara dan tartib masuk

cara dan tartib masuk:

1. Semasa berbaring, pastikan tubuh penuh tenaga, bukan dalam keadaan penat atau letih atau kepala kusut

2. Dengarkan bunyian alam seluruhnya

3. Fokuskan kepada aliran air ( kerana aliran air mempunyai arus tenaga yang membantu kita memasuki alam)

4. Fokuskan kepada bunyi air terjun atau pancutan air sehingga bunyian lain ( cengkerik, burung, angin lenyap ), yang kau dengar cuma bunyi air sahaja...terus fokus dan rileks

5. Fokus hanya kepada bunyi deruan air sahaja, di dalam keilmuan batin, kau sebenarnya sedang menyerap tenaga dari air, tenaga yang dihasilkan oleh deruan air

6. Dalam sekejap bunyi air ini akan hilang tiba tiba, dan serentak dengan itu juga kau akan dapati bahawa kau sudah berada di satu tempat lain....di alam yang berbeza dengan alam kita.....jauh berbeza


Di sana, suasananya damai, sunyi, aman dan tenteram sekali.... kau mampu berjalan jalan ke mana sahaja selagi terdaya, selagi adanya tenaga alam ( tenaga deruan air tadi ) , tenaga ini akan digunakan sepanjang penggembaraan anda, jika tenaga ini sikit, maka perjalanan kau juga singkat dan pendek... jika tenaga ini besar, insyallah kau mampu menerokai lebih jauh.....perlu diingat, habisnya tenaga Alam ini, maka kau akan kembali ke alam nyata dan sedar semula..... ingat..jasad tetap di sini, yang pergi hanya Sukma kau sahaja....

Jika kau ingin menyerap lebih banyak tenaga Alam ini, kau perlu memakai Aked jenis Lutsinar Atau aked tembus cahaya. Kerana batu aked mempunyai keupayaan menyerap tenaga dan menukarkannya semula menjadi tenaga yang besar.

Baik dipakai sebagai loket dan cincin kanan kiri melengkapkan tenaga Pusat dan tenaga sayap kiri dan kanan....

Awas....ada risikonya jika kau terlalu lama di sana ( energi Alam terlalu besar ), jika terlalu lama...maka tidak mustahil..apabila bangun kau mendapati diri angkau totally 100% jasad juga berada di sana..bangun bangun, engkau bukan berada di alam kita...... Haru jugak Kan..?
 
Pengalaman sendiri

dulu ketika remaja aku pertama kali ikut tok guru aku, cara aku masuk ialah memegang tangan tok guru aku lepas itu aku dipimpin ke alam bunian oleh tok tanpa jasad, pertama kali aku masuk di salah sebuah perkampungan bunian yang terletak di sebuah kebun di parit buntar, semua di situ nampak normal dan biasa tetapi sebaik sahaja aku masuk melalui pintu tak berdinding aku dapat melihat sebuah perkampungan yang pada mulanya aku tidak nampak.

Dari jauh aku melihat seseorang sebaya dengan tok guru aku berlari kecil menghampiri kami, memang depa berdua nampak rapat selepas itu aku diperkenalkan kepada dia, rupa rupanya dialah penghulu kampung bunian itu. Kami terus dipelawa masuk ke rumah tetapi dalam perjalanan ke rumah aku dipandang dengan pelik aneh oleh penduduk kampung tersebut, awalnya aku berasa agak takut tetapi tok guru aku sentiasa berpesan ingat Allah, betulkan niat insyallah kita selamat.
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register