NEMO
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 109,177
Paid Membership
- Joined
- Jan 13, 2007
- Messages
- 109,177
- Reaction score
- 1,046
- Points
- 1,101
CIK Normah tak pasti sama ada program realiti wajar diteruskan atau tidak. Bukan apa kadang-kadang Cik Normah simpati dengan peserta realiti ini, mereka sanggup tinggalkan kerja semata-mata nak jadi terkenal. Dari dulu lagi memang Cik Normah tidak berapa berkenan setiap kali program realiti baru muncul.
Kalau program realiti boleh jadikan mereka kaya tak apalah juga. Tapi yang paling Cik Normah kasihan selepas korbankan kerja mereka, pendapatan yang diterima untuk menjadi seorang artis tidak ke mana. Memang tidak dinafikan ada yang popular, boleh hidup senang lenang. Orang kata hingga makan tak habislah.
Tapi kebanyakannya hidup terumbang-ambing. Patutlah muka peserta program realiti ini Cik Normah tengok kerap sangat muncul dekat pelbagai majlis. Tak kiralah majlis anugerah ke, majlis kahwin ataupun majlis hari jadi. Muka mereka ini mesti tidak ketinggalan, sebabnya tak ada benda nak buat. Buat apalah nak menempel keluar majalah sana sini tapi hasilnya tidak ada.
Cik Normah dengar cerita lagi, ada yang merayu-rayu untuk dapatkan 'job'. Bayar ciput pun tak apa asalkan ada pendapatan. Yang paling sedih sekali apabila Cik Normah dengar ada yang tak mampu nak bayar bil elektrik sebab tak ada duit. Hissh... sedihnya padahal mereka inilah yang dipuja-puja masa baru keluar dari program realiti itu dulu.
Cik Normah nak nasihatkan kepada sesiapa yang nak masuk program realiti fikirlah banyak kali dulu. Kalau ada kerja tetap yang gajinya lumayan baik teruskan saja dengan kerja itu. Memang tidak salah nak cuba nasib, tapi fikirlah pengorbanan besar yang dibuat nanti. Jangan sampai bergolok gadai sudahlah.
NEMO-rupenya dlm dunia hiburan, ada jugak yg kais pagi makan pagi....ingat sume masyuk jer