BTC USD 63,153.9 Gold USD 4,326.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Detik Cemas Bagi Ibu Dan Bayi Apabila Kereta Dilarikan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KEPALA BATAS, 19 Ogos (Bernama) -- Seorang ibu dan bayi lelaki berusia lima bulan ketakutan di malam raya apabila keretanya dilarikan oleh seorang pemuda berdekatan Kompleks Dato Kailan di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan minyak," katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.

Nurul Izzah berkata pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu naik marah apabila beliau mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, serta mengugut untuk membunuh beliau dan bayinya jika tidak memberi telefon itu kepadanya.

"Selama 10 minit berada dalam kereta itu, saya kata ambil sahaja kereta ini dan merayu supaya tidak mencederakan saya dan bayi. Dia terus berhenti dan menolak saya keluar, kira-kira 500m dari tempat kejadian" katanya di sini hari Ahad.
 
Aik? kat area saya nie, apesal x tau plak? xde orang citer pun... huhuhu...
 
Hudud kalau ada. Kurang la masalahq mcm ni....
 
alhamdulillah .. penjenayah tak cederakan mangsa....


cepat la kena tangkap...
 
klau kereta auto senang aje...tarik gie posisi P masa tekan minyak tu...mmg stop aje kereta tu...tapi bahaya lerr..
 
Aik, 10 minit tapi 500meter jer jaraknyer? Orang tu main patah balik ke tempat tu ker?
 
Back
Top
Log in Register