BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arab Saudi bina bandar khusus untuk wanita

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Saudi bina bandar khusus untuk wanita


RIYADH: Arab Saudi merancang membina sebuah bandar baru, khusus untuk wanita dalam usaha menggabungkan undang-undang syariah dengan wanita yang cenderung untuk berkerja.

Lembaga Hartanah Perindustrian Saudi (Modon) diminta membangunkan bandar kontroversi itu, menjadikan negara itu selari dengan dunia moden yang lain.
Bandar berkenaan kini direka dan pembinaan akan dimulakan tahun depan.

Ia diharap akan membolehkan wanita bekerja tanpa melanggar undang-undang Islam negara itu.

Bandar yang dirancang dibina di Hafuf, wilayah timur Arab Saudi itu dijangka menarik pelaburan sebanyak 500 juta riyal (RM410 juta) dan mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan dalam industri tekstil, farmasi dan industri memproses makanan.


Meskipun undang-undang syariah Arab Saudi tidak melarang wanita bekerja, angka menunjukkan mereka hanya mewakili 15 peratus tenaga kerja negara itu.

Rancangan berkenaan selari dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada wanita memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan negara.

Antara matlamatnya ialah mewujudkan peluang pekerjaan, khususnya untuk golongan wanita muda.

Bandar perindustrian yang sedia ada di negara itu sudahpun mempunyai kilang yang dimiliki wanita serta syarikat yang mengambil sebahagian kecil pekerja wanita.

“Kami kini berusaha untuk mewujudkan bandar perindustrian kedua untuk wanita.
Kami mempunyai rancangan untuk membina beberapa industri untuk wanita saja,” kata Timbalan Ketua Pengarah Modon, Saleh Al-Rasheed. - TG





sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Saudibinabandarkhususuntukwanita/Article
 
boleh ke buat pengasingan mcm ni?...moga dpt manfaatnya...
 
walaupun sesama wanita, tapi aurat hendaklah terjaga jua....
 
bagus jugak pengansigan mcm ni xdelah keganasan dari kaum lelaki,
 
Lori nak hantar supply pun kena guna pemandu wanita juga ke? Susah nak cari pemandu wanita di arab saudi ni. tambah pulak lori.
 
nanti kat opis pun senang...toilet x payah buat 2 jenis..wat toilet wanita je...
 
botol keja ngan botol ja la nti.... mesti hilang semangat botol nak keja... hahahaha
 
Cam tak logik saja.....Kalu ada rumah taman kat bandar tu...tak bole ada suami dengan anak2 lelaki??
 
Back
Top
Log in Register