BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teknik mengatasi rasa malas ketika bangun tidur

arm6169

Junior Member
Messages
68
Joined
Mar 30, 2011
Messages
68
Reaction score
64
Points
16
Malas adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang ada sifat malas dalam diri. Tak kiralah kita ni seorang perdana menteri ker, atau seorang bisnesman, atau seorang pelajar atau seorang pegawai kerajaan atau hanya seorang kuli saja. Sifat malas memang ada. Kerana apa? Kerana adanya sifat malas itu membuktikan manusia itu lemah dan tidak sempurna. Yang sempurna dan tidak lemah hanyalah ALLAH ta’ala.
Yang penting bagi kita ialah, bagaimana kita dapat mengatasi rasa malas tersebut? Bagaimana kita dapat mengambil manfaat atau hikmah dari sifat malas yang ada dalam diri kita?
Kita kena belajar melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza. Pandanglah sesuatu perkara itu dari sudut pandang yang lebih baik.

Adeh, malasnye den nak bangun....
Malas itu bolehla kita ibaratkan macam iman kita juga. Ada pasang surutnya. Ada kalanya iman kita naik mencanak. Ada juga masa-masanya iman kita jatuh merudum. Tetapi, dengan amalan yang istiqamah, dengan usaha yang dilakukan terus menerus, iman boleh sentiasa meningkat. Atau setidak-tidaknya iman boleh dikekalkan dan tidak menurun.
Begitu jugalah dengan sifat malas ini. Ia boleh dikawal dan boleh diatasi. Ada cara bagaimana untuk mengatasi rasa malas ini. Dengan mengikut cara yang betul, praktikkan dengan disiplin yang teratur, dilakukan secara konsisten, insyaAllah, kita mampu mengawal rasa malas. InsyaAllah kita akan dapat mengatasi rasa malas. InsyaAllah rasa malas itu boleh berubah menjadi rajin.
Pokoknya, apakah cara atau teknik yang boleh diamalkan untuk mengatasi rasa malas ini??

Setiap pagi, apabila bangun dari tidur, saya selalu lihat isteri saya menggeliat sambil berkata, “Aaah, malasnye nak keje.” , “hmm, malasnye nak keje ari ni”.
Saya pula, apabila bangun dari tidur, saya akan duduk termenung dulu di atas katil. Macam-macam yang difikir dan dimenungkan waktu tu.
Pengalaman saya, kalau saya ada banyak kerja yang perlu dilakukan hari tu, maka perasaan malas tu memang menjadi-jadi. Aduh, susah betul nak bangkit dari katil dan terus ke bilik mandi. Lebih-lebih lagi ada banyak kerja tertangguh yang belum disiapkan hari semalam. Lagi la malas rasanya.
Bagi mengatasi perasaan malas masa bangun tidur macam tu, apa saya buat ialah, saya cuba kurangkan berfikir tentang kerja, sebaliknya saya akan fokuskan fikiran saya pada jadual aktiviti yang menyeronokkan yang akan saya lakukan hari tu.
Kalau dulu, bangun saja dari tidur, saya akan duduk atas katil, termenung memikirkan jadual kerja dan memikirkan senarai tugasan yang akan saya lakukan hari tu. Ini sebenarnya menyebabkan perasaan malas semakin menebal dalam diri saya. Masa termenung jadi panjang. Susah benar saya nak bangun dari katil dan pergi ke bilik air.

"Alamak, dah kul 7 ker...aduh...malasnya nak bangun tidur..."
Tapi sejak saya latih diri saya untuk kurangkan fikir tentang kerja, sebaliknya fikir tentang aktiviti menyeronokkan (seperti temujanji dinner dengan awek) ker, saya dapat merasakan rasa malas tu hilang. Malah saya jadi lebih bersemangat. Masa berangan atau termenung lepas tidur pun jadi singkat. Saya mudah untuk segera bangkit dari katil dan pergi ke bilik air.
Itulah tips atau teknik yang saya amalkan bagi mengatasi perasaan malas ketika bangun dari tidur. Ia sangat berkesan pada saya. Cuma, teknik ini memerlukan latihan. Kena latih diri setiap hari. Kena paksa otak untuk tidak fikirkan jadual kerja bila bangun kerja, sebaliknya arahkan otak untuk fokuskan pada jadual aktiviti yang menyeronokkan hari tu. Lakukan hari-hari, sampai satu peringkat nanti, dengan sendirinya apabila anda bangun saja dari tidur, secara automatik, otak anda akan fikirkan aktiviti yang menyeronokkan hari tu. Haaa, masa tu, saya jamin, anda tidak akan lagi rasa malas masa bangun tidur. Malah anda akan jadi lebih bersemangat dan lebih bermotivasi.
Tak percaya? Cubalah…. :)cgrock
 
Yeke TT? Aku tiap2 ari klau bgn tido dh tau schedule mmg pack tu la yg wat aku kelam kabut nk g mndi...huhuhu...
 
kira menipu diri-sendiri la nih .. xper boleh mintak maaf ngan diri sendiri .. ha ha
 
Aahh malasnye nak baca. . .:p

hehee gurau jer tt, kena lawan penyakit malas nie..aku mmg liat nak bangun pagi..tapi kalu dah start bangun & keja insyaallah boleh..ada tips lg x tt?
 
bagi aku..betul neh.

kt kolej aku ade crush dgn sorg budak neh..
kalu haritue ade kelas ngan dye mmg laju je aku bgn..haha
 
aku keje sendiri.... jadi malas tu biase lah sbb x de jadual kerja tetap... yg penting siap keje dpt fulusssssss

tapi aku ni MALAS nak senam....tu yg gemuk tu...nok wat guane dih?
 
Meh aku bagi shortcut yg paling simple.. Set mind korang sebelom tido.. Sebot 10 kali nak bangun pukul berapa.. Cth " Esok aku nak bangun pukul 6 pagi sahur " 10 kali.. Automatik ko akan terjaga sendiri.. Selamat beramal
 
dalam satu tahap umur tk semua perkara2 yg bakal ko lalu dlm hari baru blh memotivasikan ko mcm skang...date awek bagai:))
tapi mgkn sampai satu tahap motivasi sbb nak bayar hutang..sara keluarga...nak tk nak kena gi kerja
 
TT,,hehe..ok gak cara tu..tapi seelok2nya menunaikan solat subuh jugak salah satu untuk prevent masalah malas ni..klu nak tau cuba buat dulu gerenti baeeknyer..hehe..ni lah masa nak cuba(bulan Ramadhan)..rezeki melimpah2 lagi tu..insyaallah..
 
Back
Top
Log in Register