BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Superstar' Bollywood Rajesh Khanna meninggal dunia

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


NEW DELHI - Rajesh Khanna, pelakon popular yang terkenal dengan gelaran "superstar nombor satu" Bollywood meninggal dunia hari ini. Mendiang berusia 69 tahun.

Rajesh meninggal dunia di rumahnya di Mumbai hari ini, lapor agensi berita Press Trust of India.

Beliau telah keluar dari hospital di Mumbai kelmarin.

Laporan media bulan lalu menyebut Rajesh, yang turut dikenali dengan nama "Kaka", dimasukkan ke hospital selepas mengadu kurang sihat.

Ekoran itu, Rajesh berada di rumah dengan dijaga oleh isterinya yang tidak tinggal bersama, Dimple Kapadia. Dimple juga aktres.

Aktor veteran itu telah berlakon lebih 160 filem, antaranya Kati Patang, Aaradhana, Anand dan Amar Prem.

Peminat-peminatnya sudah mula berkumpul di luar rumahnya di pinggir Aashirwad, Carter Road, Bandra sebaik sahaja berita mengenai kematiannya diketahui.

"Mendiang telah pergi ke tempat yang terbaik dan yang tenang. Kami gembira beliau telah kembali ke tempat itu," kata menantunya, Akshay Kumar yang juga seorang pelakon.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/hiburan/superstar-bollywood-rajesh-khanna-meninggal-dunia-1.67927
 
pelakon hot gitu..... ...
 
zaman kecik2 dlu salu tengok cter lakonan die
 
Zindagi ek safar hai suhana....

Best lagu die neh...
 
Akshay Kumar kawin dgn anak dia yg mana?
 
Back
Top
Log in Register