BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kutuk PDRM…Inspektor Mazlan (AC Mizal) Cabar Inspektor Aleza (Abby Abadi) Berdebat

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Kutuk PDRM…Inspektor Mazlan Cabar Inspektor Aleza Berdebat


gallery.jpg


Ekoran kelantangan aktres yang kini menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik, Abby Abadi di laman sosial Twitter berkenaan isu PDRM, bekas rakan seangkatannya di dalam drama bersiri kepolisan ‘Gerak Khas’, Dato’ AC Mizal (yang memegang watak Insp. Mazlan) mengajak Abby Abadi (yang memegang watak Insp. Aleza) berdebat berhubung isu terbabit.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh AC menerusi status Twitter miliknya yang berbunyi;

“Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!”

Sebelum itu, Abby Abadi dilihat hadir menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu.

Antara kata-kata yang dilaungkan Abby seperti yang terkandung di dalam rakaman video ketika perhimpunan tersebut adalah;

“Memang diorang ( pegawai2 warden yang bertugas ) salah. Memang dapat arahan daripada orang atas, tapi mereka yang melakukan apa yang disuruh tu …. dikira bershubahat.

“Saya tak pernah tahu ISA ni dalamnya macam Guantanamo .. Saya tak pernah tahu pun ..

“Bayangkanlah diri masing2, yang berada didalam tu …. kalau kena benda yang sama macam korang buat. Saya tak rasa pun yang diorang kerjakan orang dalam ni … maksudnya mendera tu …semua MENTERI YANG SURUH ! Mungkinlah suruh … tapi dia lebihkan lagi.”





sumber : http://mynewshub.my/2012/07/12/kutuk-pdrm-inspektor-mazlan-cabar-inspektor-aleza-berdebat/
 
Tokey gelang ajak berdebat plak... hehehe... apeeE pun x bley la ko nih AC...

Dorang bantai berdebat... last2 yg menang Zed Zaidi....:p~X(:))
 
Last edited:
Sambil debat boleh promot gelang kt tv....
:D:D:D
 
Dah terserlah sgt tokey gelang ni berhajat nk jd calon PRU13,so pak jib kasi ltk ini org..dia dh perasan nk jd hero songkok tggi..
 
Tahun 1996.... AC adalah anak OCPD...

So.. memang wajib pertahankan sebagai anak anggota..
 
Back
Top
Log in Register