tokmat™
CG Top Poster Club

- Messages
- 33,928
Paid Membership
- Joined
- Dec 23, 2005
- Messages
- 33,928
- Reaction score
- 287
- Points
- 136
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh & Salam Perpaduan
Selamat datang ke laman web rasmi Katalog Bisnes yang baru sahaja selesai dibangunkan pada 26 Mac 2008 bersamaan 18 Rabiul Awal 1429H.
Saya bukanlah seorang pereka laman web terbaik, tetapi apa yang terdapat dalam web ini merupakan hasil usaha percubaan saya di samping mendapat idea & bantuan teknikal daripada rakan-rakan terutamanya daripada Isteri saya, begitu juga daripada Webmaster Bibsprop.com ( Encik Mohd Habib bin Abdullah ). Beliau banyak membantu saya melalui e-mail yang saya hantar.
Dalam web ini, anda pasti terkejut kerana melihat begitu banyak halaman yang punyai pelbagai jenis produk & perkhidmatan.... tetapi itulah dia Katalog Bisnes.
Sebelum ini, saya telah berkecimpung dalam dunia perniagaan online sejak tahun 2005 lagi... di mana ketika itu Malaysia dilanda dengan kehebatan pelaburan internet. Saya juga tidak ketinggalan untuk menyertai program pelaburan tersebut...
Sejak tahun 2005 juga, saya banyak terlibat dengan forum-forum yang tersohor sperti NoGold.com, CariGold.com, JomKlik.com & pelbagai lagi. Nick Name yang terdapat dalam forum-forum tersebut adalah Tok Mat.
Kini, saya ingin memulakan langkah baru dengan membangunkan web bertunjangkan perniagaan online yang pelbagai.
Sila berikan tunjuk ajar jika terdapat kekurangan dalam web ini. Segala komen & pandangan rakan-rakan alam maya amat saya hargai.
Sekian dan terima kasih...
Selamat Melayari Laman Web KatalogBisnes.com
Wassalam.
Yang benar,
Tok Mat