evron
Junior Member
- Messages
- 56
- Joined
- Jun 12, 2012
- Messages
- 56
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
UPDATE 22 JUNE2012
-Kelab EPL QPR DAN AIRASIIA BARU SAJA SELESAI MEMBUAT PENGUMUMAN RESMI "QPR ASIA TOUR" di airasia academy di sepang..QPR VS TRW AKAN BERLANGSUNG DI STADIUM SHAH ALAM PD 20 july 2012
-harga tiket bermula dari RM30 hingga RM120.
Baru saja diumumkan Tan Sri:
Pada 20hb Julai 2012, satu lagi detik penuh bersejarah untuk pasukan Kelantan kita. Pasukan EPL iaitu Queens Park Rangers akan bertandang ke Malaysia untuk beradu dengan pasukan juara bertahan Liga Super 2011 dan Juara Piala FA 2012, KELANTAN kita!
Perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur pada hari Jumaat malam Sabtu, jadi semua yang di Kelantan boleh pakat turun belaka, yang di KL boleh penuhkan stadium! Biasanya kalau pasukan tempatan lawan pasukan luar, penyokong ramai menyokong pasukan luar. Kita pastikan ini tidak berlaku, kita pastikan malam 20hb stadium dipenuhi dengan THE RED WARRIORS!
Tiket akan dijual dengan harga berpatutan (mula dengan RM40 jah, muroh tu) agar semua boleh pergi membawa semua keluarga! Kita mulakan perlawanan lewat sedikit agar semua boleh solat terawikh dulu sebelum masuk ke Stadium.
Alhamdulillah, Kelantan kita terus melakar sejarah. Ini merupakan detik penuh bermakna. Beberapa tahun dulu kita di liga FAM, kini kita lawan pasukan gergasi dari England.
Pakat turun semua! GOMO KELATE GOMO!
Last edited:
