Nak minta pendapat rakan2 di cg tentang aduan yang saya siarkan di berita harian berkenaan etika doktor pakar KPJ jb. Setelah disiarkan baru dapat respons untuk berjumpa dan berbincang. Sebelum tue saya sekeluarga ada jumpa dengan kpj selang 2 hari pemergian bapa saya. Tapi tiada respon langsung. Mohon tuan2 dan puan2 bagi pendapat apa yang saya sekeluarga perlu lakukan bagi memastikan nasib arwah bapa saya dan keluarga terbela.Saya sekeluarga akan ada perjumpaan dengan hospital KPJ dalam masa terdekat bagi membincangkan aduan saya sekeluarga.Ikutkan hati saya memang nak sangat doktor tersebut dilucutkan jawatan, tapi saya pasti hospital KPJ sure dah ada jawapan untuk defend doktor tu...Kalau doktor pakar tersebut tak bersikap sambil lewa mungkin nyawa bapa saya masih dapat diselamatkan.Kat mana lagi saya perlu buat aduan bagi mendapat pembelaan.Cerita yang saya siarkan di akhbar adalah seperti berikut:
Jam 8.30 malam pada tanggal 16 Mac 2012 merupakan tarikh yang tidak mungkin kami sekeluarga melupakannya apabila arwah bapa yang kami sayangi meninggalkan kami buat selamanya. Punca kematian adalah daripada kegagalan organ dalaman berfungsi selepas dicemari darah berasid daripada ulser di duodenum yang pecah. Terima kasih kepada pihak pengurusan KPJ(Johor Bahru) yang memberikan perkhidmatan sepanjang kami berkampung di KPJ bermula daripada bahagian pendaftaran, jururawat-jururawat yang memberi bantuan sehinggalah kepada pengawal keselamatan KPJ. Apa yang dikesali adalah etika seorang daripada 5 doktor pakar yang MENJUAL perkhidmatannya kepada kami dengan harga yang tinggi (nilai nyawa seorang manusia).
Sikap doktor pakar tersebut yang mengambil ringan semasa diagnostik ke atas pesakit dan sikap sambil lewa doktor melayan pertanyaan daripada waris pesakit amat dikesali. Lebih menyedihkan apabila doktor tersebut memandang rendah tahap pendidikan waris-waris pesakit seolah-olah waris pesakit yang bertanya sekadar lulus PMR sahaja. Pada pandangan doktor tersebut kami tidak boleh membezakan antara duodenum dan perut dengan hanya menyatakannya; tiada perbezaan. Jelas, doktor tersebut terlalu angkuh dengan ilmu di dada sehingga menafikan pengetahuan cetek dimiliki orang lain. Adakah dengan hanya melihat muka pesakit tua yang kehausan sambil bertanya bila boleh berbuka puasa sahaja dengan mudah doktor membuat kesimpulan pesakit beransur pulih? Sedangkan pada malam sebelumnya pesakit tidak dapat tidur menahan sakit yang amat sangat. Malah, seorang daripada doktor bertugas pada malam tersebut memberikan ‘pain killer’ bagi melegakan kesakitan pesakit.
Malangnya, apa yang berlaku pada malam sebelumnya itu tidak langsung diambil kira dalam diagnostic beliau. Lebih pilu apabila doktor tersebut memberi penerangan tentang sakit dan rawatan secara ala kadar sahaja samada sambil bercekak pinggang atau mendabik dada. Apabila diulang tanya lebih terperinci tentang sakit dialami, doktor tersebut tidak berminat untuk menjawab. Kira-kira 2 jam selepas pertemuan itu, ayah saya mula tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke CICU (cardiac Intensive care unit) seterusnya ke ICU selepas menjalani pembedahan. Selepas 2 hari menerima rawatan di ICU, arwah bapa kami menghembuskan nafas terakhir sambil ditemani semua anak-anaknya,menantu dan ibu kami. Persoalannya, adakah setimpal mutu perkhidmatan yang diberikan oleh seorang yang diakui pakar dengan nilai bayaran yang kami bayar?
Perlu diingat bahawa harga perkhidmatan yang dibayar bukanlah murah ( RM44,000.00). Harapan kami semata-mata bagi mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti bagi arwah bapa kami. Begitu juga jangkaan awal (mindset) kami bagi perkhidmatan seorang doktor pakar yang sepatutnya TELITI dan TEPAT serta professional. Lebih-lebih lagi seorang doktor yang sebangsa dengan kami. Malang, sebaliknya yang kami diterima. Inilah yang dikatakan pepatah melayu; Apabila mendongak ke langit, maka terlupa rumput yang melata di bumi. Kesal bukan kepalang apabila doktor lain yang bukan muslim pula yang mengambil berat serta menyarankan kami agar membacakan surah yasin apabila melihat keadaan bapa kami yang sudah tiada harapan untuk hidup.
Terima kasih kerana baca kisah saya ni..