BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Demo cetus huru-hara haram, kata j'kuasa fatwa

fitxv

Active Member
Messages
1,881
Joined
Nov 14, 2008
Messages
1,881
Reaction score
39
Points
40
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di Sepang.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.

Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.

Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.

"Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya," katanya.

Beliau berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Abdul Shukor berkata muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.

"Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/197103
 
macai mesti ckp dlm Quran xde
 
majlis fatwa mengatakan forex juga haram..nak ikut ke tak?....:eek::eek::eek:
 
hek eleeehhh...

setakat fatwea camnih, rilek jer pencacai counter..

fatwa forex haram pon diorang x kesah
 
Esok-esok kalaulah ditakdirkan pihak kerajaan pula jadi pembangkang dan nak buat demo, tak boleh la kan, sebab dah HARAM?
 
Betullah tu.

BERSIH tujuannya bukan utk buat huru-hara

Tukang provok yg buat huru-hara
 
Apabila fatwa dibuat hanya dengan mendengar dari sebelah pihak aje... Boleh tau niat demo bersih tu nak jatuhkan negara pulak. Ke dengar cakap Najib? Dia tak tau ke Bersih tu untuk apa? Ke ahli majlis fatwa tak tau baca?
 
Last edited:

Nak tunggu majlis fatwa keluar kenyataan besar besaran mengatakan HARAM jika MELAKUKAN penipuan dalam proses mengundi.
Lepas itu, majlis fatwa, perincikan akibat haram ini, segala wang elaun MP atau adun juga HARAM dimakan dan seterus JIKA kerajaan dibentuk dengan cara penipuan juga layak dipanggil kerajaan HARAM.
HARAM juga duit gaji, mana-mana agensi dan kakitangan terlibat membantu membuat kerja-kerja HARAM demi memenuhi niat HARAM parti atau calon yang bertanding itu. HARAM juga mana-mana agensi atau kakitangan terlibat dengan tidak mewar-warkan kepada orang ramai tentang kerja-kerja HARAM ini.
Tapi mampukah majlis fatwa mengatakan sedemikian ini? Tidakkah HARAM menyembunyi perkara-perkara batil ini
:">:">:">
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register