BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS ⚽ ATM FA 18' (FA Cup 4 Mac 9PM) - Pahang vs ATM

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
Logo-PBAT-_crop_s.jpg

Nama: Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM FA)
Tahun Penubuhan: Sekitar 1920an
Nama Panggilan: The Gladiator

LAMAN RASMI

Tarikh sebenar penubuhan PBAT tidak dapat dikenalpasti, tetapi sukan bolasepak ini telah mula dimainkan di dalam ATM semenjak tertubuhnya pasukan bersenjata ini di Malaysia (Malaya ketika itu) lagi. Mengikut dari maklumat yang diperolehi, British Forces jugalah yang mula memperkenalkan pertandingan bolasepak di Malaysia dengan mewujudkan Kejohanan Tertinggi Piala HMS Malaya (kini dikenali sebagai Piala Malaysia) yang menjadi rebutan negeri-negeri termasuk Singapura pada tahun 1921. Singapura telah muncul sebagai pasukan pertama yang menjuarai piala ini pada tahun tersebut

Walau bagaimanapun selaras dengan perkembangan bolasepak Malaysia menuju era professional, ATM telah menyertai Liga Semi-Profesional yang mula diperkenalkan pada tahun 1989

Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT) adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan sukan bolasepak di dalam Angkatan Tentera Malaysia. PBAT dibantu oleh Persatuan Bolasepak Perkhidmatan (PBTD, PBTLDM dan PBTUDM) sebagai ahli gabungan bagi menyelaras aktiviti sukan bolasepak di peringkat perkhidmatan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Memandangkan sukan bolasepak adalah sukan paling popular di Malaysia, justeru ATM tidak terkecuali dari hakikat ini. Sehubungan itu bolasepak di dalam ATM dimainkan sebagai permainan untuk bersosial (social game) dan secara kompetitif di mana ATM turut menyertai Liga Malaysia iaitu liga bolasepak peringkat tertinggi yang dikelolakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Selaras dengan peranannya PBAT turut menjadi ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan menyokong dan mengambil bahagian di dalam semua aktiviti dan program yang dianjurkan oleh badan induk bolasepak secara langsung bernaung dan terikat dengan segala peraturan, polisi dan perlembagaan Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) yang bertindak sebagai badan kawalan semua aktiviti sukan di dalam ATM


ATM FA 2017


PENGURUS PASUKAN

2009-Sekarang Mohd Razali Alias
2008-2009 Mejar Zainuddin Abdul Ghani
2007-2008 Brigadier Jeneral Dato' Pahlawan Abdul Nasser Ahmad
2000-2001 Mejar Muhd Abdul Rani



KETUA JURULATIH

2012-Sekarang B.Sathianathan
2009-2011 Zulhamizan Zakaria
2008-2009 Andrew Lawadin
2008 Ali Khan Abdullah
2006-2007 Malaysia Abdul Wahet Uji
2005 Hassan Sazali Waras
2002-2004 Jacob Joseph
2000-2001 Abdul Wahet Uji
1999 Ali Khan Abdullah
1999 Mejar Shafiq Zulhilmi Kee Abdullah



JADUAL LIGA PREMIER 2018

Perlawanan Rasmi 2018 ( Pusingan Pertama )

20.01 ( Jumaat ) - lawan Perlis ( AWAY )
26.01 ( Khamis ) - lawan MIFA ( AWAY )
03.02 ( Jumaat ) - lawan JDT II ( HOME )
10.02 ( Jumaat ) - lawan Sabah ( AWAY )
14.02 ( Selasa ) - PIALA FA lawan T Team ( AWAY )
17.02 ( Jumaat ) - lawan UITM ( HOME )
24.02 ( Jumaat ) - lawan PKNP ( AWAY )
28.02 ( Selasa ) - lawan Polis ( HOME )
03.03 ( Jumaat ) - lawan Terengganu ( AWAY )
17.03 ( Jumaat ) - lawan Kuantan ( AWAY )
07.04 ( Jumaat ) - lawan Negeri Sembilan ( AWAY )
14.04 ( Jumaat ) - lawan Kuala Lumpur ( HOME )

* Home ATM di Stadium Proton Tanjung Malim
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak



SENARAI PEMAIN 2017


1525273_697377636959536_72396486_n.jpg
 
Last edited:
Last edited:
tu la psal dlm paper kata nk amik 14 jer org atm sdiri..hok lebih tu import tmpatan ngn luor...hok sdap lg wat tempatan tu nk amik pemain dgn x harimau malaya..
 
dongar2 diorg tgh pancing Hai-o ngan kombar n9..
tah yo tah tidak...
 
ATM rahsia 11 pemain profesional

KUALA LUMPUR - Pasukan yang berbelanja besar, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih berteka-teki pemain yang akan disambar bagi menghadapi persaingan musim hadapan.

Namun, tidak menolak kemungkinan akan mendapatkan beberapa pemain bintang dari kebanyakan pasukan negeri.

Jurulatih ATM, B. Sathianathan yang baru mengambil alih jawatan itu pada bulan lalu mengakui, dia tidak boleh mendedahkan nama-nama pemain yang akan menyertai pasukan itu dalam masa terdekat.

''Buat masa saya tidak boleh berikan mana-mana nama pemain yang kami mahu dapatkan kerana segalanya masih berada di peringkat rundingan.

''Namun, seperti mana saya cakapkan dulu memang kami mahu mendapatkan beberapa pemain berstatus kebangsaan atau bekas pemain kebangsaan dalam pasukan ini cuma saya tidak boleh beritahu siapakah mereka.

''Segala persoalan mengenai pemain-pemain yang akan menyarung jersi ATM mungkin akan tahu selewat-lewatnya pada minggu hadapan, saya akan beritahu kepada pihak media," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Beberapa nama hebat daripada pasukan juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan sedang hangat dikaitkan dengan ATM.

Kehadiran Sathianathan jelas mampu menarik beberapa nama besar kerana pernah membimbing skuad kebangsaan dari tahun 2007 ke 2009 selain pernah bersama Kelantan selama dua tahun.

Tumpuan bekas jurulatih kebangsaan itu kini dalam usaha mencari 14 pemain yang merupakan anggota ATM sebelum melengkapkan senarai 25 pemain dengan menyambar 11 pemain profesional.

''Saya kini sedang pergi ke banyak tempat bagi mencari pemain-pemain terbaik yang ada di kalangan anggota ATM sebelum melengkapkan skuad ini dengan pemain profesional.

Menyentuh pemain import, Sathianathan berkata, seorang pemain Argentina yang bermain di posisi serangan sudah pasti akan menyarung jersi ATM dan pencariannya kini tertumpu mendapatkan seorang lagi pemain import yang bermain di bahagian pertahanan.

''Pemain Argentina itu mempunyai pengalaman luas bermain di Liga Argentina dan beberapa liga luar negara dan pemain import kedua masih berada di peringkat penilaian tetapi saya mahu dapatkan pemain pertahanan," katanya.

Menjelang persiapan pra musim, Sathianathan mendedahkan pihak pengurusan ATM bercadang membawa skuad itu menjalani latihan dan tiga perlawanan persahabatan di Myanmar atau Thailand.

''Kami akan menjalani latihan luar negara di Myanmar atau Thailand serta melalui tiga perlawanan persahabatan di sana tetapi buat masa ini ia masih belum pasti ia akan dapat diadakan kerana hujan lebat dan cuaca buruk di sana," katanya.
 
Xlama team nih... Tgk la apa jd pd Pahang... Apa jd pd MPPJ... Apa jd pd Polis... huhuhu... Berbelanja besar dulu2 tu...
 
Back
Top
Log in Register