CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Santai, Others (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=106)
-   -   ::bankruptcy::muflis::bankrup:: (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=27636)

rizzmerr76 17-01-2008 11:18 PM

::bankruptcy::muflis::bankrup::
 
Di isytihar muflis atau bankruptcy tentu menjadi igauan buruk semua orang..
Sesiapa warga CG yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang prosedur bankruptcy bleh la kongsi ilmu bersama tentang
i) Jumlah minima yg boleh di isytihar bankrup
ii) kesan setelah di isytihar bankrup
iii) jalan penyelesaian

dan berbagai persoalan yg berkaitan dgn bankrup...
:) :)cgrock :)cgrock :)

Quote:

Originally Posted by nabilashalha (Post 8584908)
x larat plak nk bc yg atas ni..huhuhu amaun utk bankrup adalah RM30,000 ke atas..30k tu including interest..cthnye principal 26k,pastu kena penghakiman ingkar..pastu 8% interest dr rm26k tu akan dikira dr tarikh penghakiman ingkar..x lama kemudian akan cukup la rm30k tu..so,loyer ble start banckruptcy proceeding against d judgment debtor..so,bila dh dpt bankruptcy notice,cepat2 la p setle..

ada keadaan yg mana hutang tu ble dikira sbg hutang lapok..cthnya kausa tindakan (tarikh kita last byr hutang)adalah pd 1/1/11..6 tahun kemudian, hutang tu akan jd hutang lapuk kalau x dituntut oleh bank..so, pd 31/12/2017,klu bank x tuntut,bank xle tuntut dah sbb berdasarkan LIMITATION ACT,penghutang hny bole menuntut hutang tu dlm tempoh 6 tahun dr tarikh kausa tindakan terakru..waaaahhh ayat terlalu legal...
so,selamat la hampa di dunia yg fana ini..akhirat x selamat yeaaaaaa...

keadaan kedua,kalau bank dh dapatkan penghakiman ingkar against penghutang..cthnya JID(nama singkatan utk judgment in default=penghakiman ingkar) pd 1/1/2011...bank ada 12 tahun utk execute/melaksanakan penghakiman ingkar ni..bankrupt ni hny ble dibuat kepada individu..selain banktrupt,cara yg lain adalah JDS/judgment debtor summon=saman penghutang penghakiman..JDS ni dibuat sekiranya jumlah hutang x mencecah rm30k..

kalau anda dh dpt notis kebankrapan,sila lah p court pd tarikh ditetapkan..sbb nnti kalau dh buat act of bankruptcy,susahh...bila dh di delcare bankrupt lg laaaa susah..kalau la anda x pernah terima segala jenis dokumen yg berkaitan dgn bankruptcy proceeding ni,tp tiba2 anda dpt tau yg nama anda dh bankrupt..bole g court,buat permohonan utk setting aside bankruptcy order ni..tp hat ni kena lantik loyer,sbb leceh..nk kena berhujah segala bagai la kan...

sekian dulu,harap dpt membantu sedikit sebanyak...

Didiez 17-01-2008 11:19 PM

lo brader.. lu bangkrap ke??:D

rizzmerr76 17-01-2008 11:24 PM

muahahaha...hampir2 la tapi dapat setle lega :">

Didiez 17-01-2008 11:28 PM

Quote:

Originally Posted by rizzmerr76 (Post 895463)
muahahaha...hampir2 la tapi dapat setle lega :">

ape kate lu cite dulu pngalamn lu bro..
gua minat gak nak tau..:D

ajax932 17-01-2008 11:29 PM

Dolu2 bangkrap kalau total hutang RM30,000... kalau tak silap la..

Tp skrg dah naik kot... ye ke? ntah la..

rizzmerr76 17-01-2008 11:41 PM

gua punya story...ni kisah muda2....joli katak lebih smpai kete kene tarik pastu utang kredit kad blambak lepas takder keje...terduduk..sudahnya wa buat **** jer la....nak buat loan aper ker takleh dah...sip baik ada moto..surat bank asyik datang smpai dah dkat 3 tahun wa try cek ctos nama clear ..pastu trus samba kete n beli umah......ingat dah setel kot manala tau ilang dalam system ker...lepas 4-5 bulan setle wa punya loan umah n kete sampai surat notis bankruptcy dr lawyer...pehhh pening mana nak cekau kat 50k....last2 dpt setle wa let go 2ketul gold bar pastu balance bos wa yg baik ati topup..skrg bulan2 gaji potong tanpa perlu bayar interest bank yg cekik darah...tu crite wa

tapi nak tau gak sesapa yg ada story yg lebih truk smpai 1M above sbb ada terbaca artikel org negara luar berebut nak setel melalui bankrup kalau negara kita jabatan insolvensi sebab si muflis mndapat perlindungan dan keistimewaan mcm banduan gak...kalau berkelakuan baik utang bleh setle tanpa bayar jumlah semua...nama bersih mcm baru lahir...tu yg nak tau :)
:)cgrock

keihin 17-01-2008 11:50 PM

...erm
 
Quote:

Originally Posted by rizzmerr76 (Post 895491)

hehe...
cite la lagi.....
aku pun dah nyawa2 ikan nih.
moto nak kena tarik,...cc dah masuk 3 bulan tak bayar.
tapi bukan joli...tolong family punye pasal.:"> :"> :">

rizzmerr76 18-01-2008 12:03 AM

Apa Itu Kebankrapan?
Bahagian Kebankrapan ditubuhkan di Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia untuk menguruskan / mengawal selia dan menyelesaikan masalah-masalah dalam hal-hal yang berkaitan dengan kes-kes kebankrapan.

Bagaimana Seseorang Itu Boleh Diisyhtiharkan Bankrap?
Seseorang boleh diistiharkan bankrap melalui 2 cara:
Permohonan individu itu sendiri
Permohonan oleh pihak yang memberi hutang

Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu dihukum bankrap?
Jumlah hutang seberhutang kepada sipemiutang hendaklah sekurang-kurangnya RM30,000.00
Hutang adalah untuk satu jumlah yang boleh ditentukan ("liquidated sum") yang perlu dibayar segera atau kemudiannya
Perbuatan kebankrapan telah berlaku dalam tempoh 6 bulan sebelum petisyen difailkan
Siberhutang adalah pemastautin di Malaysia dalam tempoh 1 tahun sebelum petisyen difailkan

Apakah kesan-kesan setelah seseorang itu dihukum bankrap?
Segala harta bankrap terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi. (Sibankrap hilang hak dan kawalan)
Segala hal-ehwal dan liabiliti ditadbir oleh Ketua Pengarah
Pemiutang tidak "remedy" bagi hutang "provable" terhadap harta sibankrap dan tidak boleh
"proceed with or commence any action or other legal proceeding" bagi hutang tersebut kecuali dengan kebenaran (leave) Mahkamah
Ketua Pengarah Insolvensi akan mengambil dan menyimpan segala buku akaun, kertas dokumen dan sebagainya yang berkaitan

Apakah peranan dan tanggungjawab Ketua Pengarah Insolvensi?
Menyiasat aset, liabiliti dan hal-ehwal sibankrap
Pemegang amanah bagi harta yang dikumpulkan
Mengzahir dan menghasilkan harta
Membahagikan harta kepada pemiutang-pemiutang
Menguatkuasa Undang-Undang, Perintah Mahkamah dan Arahan
Mendakwa sibankrap yang melakukan kesalahan
Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak di bawah seksyen 55(5) Akta Kebankrapan 1967
Mempertimbangkan berbagai permohonan daripada sibankrap antara lain, keluar negara,
penglibatan dalam perniagaan, menjawat jawatan, penjualan harta dan lain-lain
Menjaga hak-hak bankrap
Menjaga kepentingan pemiutang-pemiutang
Menyediakan laporan kepada mahkamah
Memberi pelepasan (discharge) kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A

Apakah tanggungjawab seorang bankrap?
Hadir ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia dengan segera
Memberi segala maklumat mengenai dirinya
Mematuhi segala perintah Mahkamah dan arahan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (KPI)
Tidak melanggar mana-mana larangan yang dikenakan ke atasnya
Tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Kebankrapan 1967
Mengemukakan satu penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap enam (6) bulan sekali
Memaklumkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia jika terdapat
sebarang perubahan seperti pendapatan, tempat tinggal, pemilikan harta dan lain-lain berkaitan

Apakah larangan-Iarangan terhadap bankrap?
Seseorang bankrap tidak boleh:
Dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen
Dinamakan atau dilantik sebagai ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan
Meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi
Keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Menjadi Pengarah Syarikat yang menjalankan perniagaan atau
terlibat dengan pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan
Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Terlibat dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja syarikat
yang dimiliki oleh isterinya atau saudara maranya tanpa
mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Meminjam wang melebihi RM1000
Menjadi ahli Jawatankuasa atau bekerja dengan mana-mana pertubuhan
berdaftar tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Bertanding dalam pilihanraya atau menjadi wakil rakyat tanpa mendapat kelulusan KPI atau Mahkamah
Memiliki harta alih dan tak alih yang bernilai RM5,OOO kesemuanya

Apakah peranan dan hak-hak pemiutang?
Memfailkan tuntutan 'provable' dengan mengemukakan borang bukti hutang dan
mengemukakan borang bukti serta membayar fi pemfailan sebanyak RM 10.00 setiap tuntutan
Pemiutang Bercagar tidak kehilangan hak mereka ke atas cagaran yang mereka pegang
Mendapat dividen mengikut keutamaan dan nisbah yang layak diterima
Menghadiri mesyuarat pemiutang-pemiutang dan boleh menyuarakan kehendak-kehendak
mereka atas pentadbiran harta sibankrap
Boleh mengakas ke atas penolakan tuntutan mereka
Boleh memohon bagi membatalkan atau meminda perintah mahkamah
Boleh mempertikaikan pelepasan sibankrap di bawah Seksyen 33A, Akta Kebankrapan 1967
Memaklumkan kepada PPH kewujudan aset, liabiliti dan sebarang salah laku sibankrap

Bagaimana pihak pemiutang boleh menuntut hutang?
Failkan tuntutan anda dengan mengisi Borang Bukti Hutang yang boleh diperolehi dari semua cawangan Jabatan Insolvensi di seluruh negara.

Bagaimana menentukan kategori pemiutang?
a) Pemiutang bercagar sepenuhnya dan pemiutang bercagar sebahagiannya
Hak mereka kekal ke atas cagaran tersebut. Mereka harus membuat pilihan ke atas cagaran
tersebut iaitu samada hendak menjual atau menyerahkan kepada PPH atau hanya memegang
cagaran mereka. Mereka harus menghasilkan cagaran mereka dalam masa 6 bulan dari tarikh
Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dibuat. Jika tidak, mereka tidak layak
menuntut sebarang faedah ke atas hutang tertunggak
b) Pemiutang keutamaan merangkumi tuntutan-tuntutan yang berikut
o "all local rates and land tax"
o "income tax and other assessed taxes"
o "all wages or salary"
o "all amounts due in respect of contributions payable"
o "workmen's compensation"

a) Pemiutang biasa
Pemiutang ini akan menerima dividen selepas tuntutan pemiutang bercagar
dan keutamaan dibayar dan nisbah bayaran adalah secara sama rata ("pari passu")
Bagaimana menentukan kategori penjamin?

Terdapat 2 kategori penjamin iaitu:
a) Penjamin korporat
Adalah jaminan yang dibuat terhadap pinjaman yang dibuat oleh syarikat atau sesuatu
perniagaan.
b) Penjamin sosial
Jaminan yang dibuat yang mana penjamin tidak mempunyai kepentingan terhadap jaminan
yang dibuat seperti:-
o Jaminan kepada pinjaman biasiswa atau geran untuk tujuan pendidikan atau menjalankan
penyelidikan.
o Jaminan kepada transaksi jualbeli kenderaan untuk seseorang bagi kegunaan persendirian
dan bukan untuk perniagaan.
o Jaminan untuk pinjaman perumahan kepada seseorang bagi tujuan untuk menetap di
rumah berkenaan dan bukan bagi lain-lain tujuan.

Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap ......
Seseorang penjamin bagi pinjaman yang dibuat oleh peminjam utama juga boleh dijatuhkan hukuman bankrap sekiranya peminjam utama gagal menjelaskan pinjaman yang dibuat atau mereka gagal dikesan oleh pihak pemiutang.

Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap menyelesaikan hutang mereka kepada pihak pemiutang bagi mengelakkan diri mereka juga dari dihukum bankrap?
Jawapannya boleh. Penjamin boleh menjelaskan hutang kepada pihak pemiutang dan tuntutan terhadap jumlah yang telah diselesaikan boleh dibuat dengan memfailkan tuntutan terhadap bankrap.

Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan ......

Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan sebagai Pengarah, Pengurus, Pengerusi dan bekerja di syarikat-syarikat milik isteri/suami/keluarga atau membuka syarikat sendiri?
Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(d)

Bolehkah seseorang bankrap membuat perjalanan ke luar negara/menjalankan urusan di luar negara?

Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(c) kepada Jabatan Insolvensi Malaysia ataupun Mahkamah untuk mendapat kelulusan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan tertentu yang akan ditetapkan oleh Ketua pengarah Insolvensi atau Mahkamah.

Adakah jalan keluar dari kebankrapan?

Ada. Terdapat 3 cara keluar dari kebankrapan:
a) Memohon ke Mahkamah untuk pembatalan PP & PP atas alasan 'Order ought not to
have been made' atau hutang telah dijelaskan ke cawangan
Jabatan Insolvensi Malaysia
b) Melalui Perintah pelepasan oleh Mahkamah
c) Melalui Sijil pelepasan oleh Ketua Pengarah Insolvensi
Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap bankrap sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan atau arahan yang ditetapkan?

a) Sekiranya bankrap gagal menghadirkan diri ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia
sebagaimana yang diarahkan, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap
beliau (S.28A, Akta Kebankrapan 1967)
b) Sekiranya bankrap gagal membuat bayaran bulanan secara teratur atau gagal
mengemukakan Penyata Hal Ehwal dalam tempoh masa yang ditetapkan, tindakan
komital boleh diambil terhadap beliau (S.91 (2), Akta Kebankrapan 1967)
c) Hukuman-hukuman terhadap si berhutang atau si pemiutang yang melakukan
penipuan (fraudulent debtors and creditors) di bawah S.109, Akta Kebankrapan 1967

rizzmerr76 18-01-2008 12:09 AM

`Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap
Oleh Asuki Abas (Wartawan Utusan)
Sumber : Utusan Malaysia Online

BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.

Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri.

JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.

Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.

Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.

Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.

Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.

Gangguan

Bak kata Mokhtarudin: ``Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas.

``Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank.''

Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.

Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya `keistimewaan' menjadi bankrap.

Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable - tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.

Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.

Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.

Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, ``seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.''

Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.

Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.

Pelepasan

Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.

Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya.

`Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,'' kata Mokhtarudin.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.

`Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,'' kata beliau.

Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.

PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.

Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.

PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.

Selain JPH mahu memperbaiki tahap kesedaran orang ramai terhadap isu-isu kebankrapan, jabatan itu, pada masa yang sama, cuba untuk memastikan jumlah kes bankrap yang meningkat pada kadar yang membimbangkan iaitu melebihi 10 peratus sejak tahun 1996 dapat dikurangkan.

Dengan itu, satu cadangan dibuat supaya tahap hutang untuk boleh diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Menurut Dr. Fatimah Daud dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka yang diisytiharkan bankrap berhutang kurang daripada RM50,000.

Sehingga akhir tahun 2002, terdapat kira-kira 105,336 kes kebankrapan di negara ini dengan 9,886 kes baru dan 3,832 kes diselesaikan.

Peningkatan tahap pengisytiharan bankrap itu dijangka dicadangkan dalam rangka pindaan Akta Kebankrapan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Selaras dengan usaha memperbaiki imej JPH dan pandangan masyarakat terhadap kebankrapan, PPH pada tahun lalu telah melawat setiap negeri dan mengadakan kempen sehari bersama pelanggan untuk memberikan gambaran lebih tepat mengenai fungsi jabatan itu.

Kempen itu diharapkan mencapai matlamatnya dan mendorong para bankrap yang melarikan diri untuk tampil bekerjasama dengan PPH bagi mempercepatkan proses pelepasan mereka.

`JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.

`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,'' kata Mokhtarudin.

:)cgrock :)cgrock :)cgrock

ijakstory 18-01-2008 05:12 AM

info yag menarik.. walau mcnerpun, kita semua tetap takut nak di cop sebagai bankrup.. penat nak lalui liku2 hidup nanti.. berhati2lah kawan ku.. chow..

gambate 18-01-2008 07:30 AM

kalau ko dah ada hutang sampai ribuan - 30K keatas..dan tak larat nak jelaskan..so..aku sarankan mcm ni..korang pegi saja jabatan insolvensi..pastu..surrender..serahkan diri..haha..( sebelum tuh pastikan nama x ada akaun dalam bank, akaun bank ada 1-2 sen saja..pastuh tanah mmg semua dah tukar nama..pastikan x ada sekangkang kera pun menjadi milik korang..kununnya..mmg korang x ada apa dah lah kecuali maruah diri..:eek: :)) ..hutang ttp kene byr la..die akan tanya berapa korang leh byr..cakap la..sebulan 10 hinggit- 0r 20 hinggit..:D

ErieAdn 18-01-2008 08:01 AM

Quote:

Originally Posted by dewadurjana666 (Post 896013)

errr.. boleh ker cenggitu..?? lagi plak setahu aku, kalo nama dah naik di bank, tanah ke, harta lain2 ker dah tak boleh dah nak pindah milik..:-? :-? :-?

boey 18-01-2008 11:51 AM

Quote:

Originally Posted by rizzmerr76 (Post 895491)
gua punya story...ni kisah muda2....joli katak lebih smpai kete kene tarik pastu utang kredit kad blambak lepas takder keje...terduduk..sudahnya wa buat **** jer la....nak buat loan aper ker takleh dah...sip baik ada moto..surat bank asyik datang smpai dah dkat 3 tahun wa try cek ctos nama clear ..pastu trus samba kete n beli umah......ingat dah setel kot manala tau ilang dalam system ker...lepas 4-5 bulan setle wa punya loan umah n kete sampai surat notis bankruptcy dr lawyer...pehhh pening mana nak cekau kat 50k....last2 dpt setle wa let go 2ketul gold bar pastu balance bos wa yg baik ati topup..skrg bulan2 gaji potong tanpa perlu bayar interest bank yg cekik darah...tu crite wa

tapi nak tau gak sesapa yg ada story yg lebih truk smpai 1M above sbb ada terbaca artikel org negara luar berebut nak setel melalui bankrup kalau negara kita jabatan insolvensi sebab si muflis mndapat perlindungan dan keistimewaan mcm banduan gak...kalau berkelakuan baik utang bleh setle tanpa bayar jumlah semua...nama bersih mcm baru lahir...tu yg nak tau :)
:)cgrock

bro.. nie bukan bankruptcy tapi blacklist

boey 18-01-2008 11:59 AM

Quote:

Originally Posted by dewadurjana666 (Post 896013)
kalau ko dah ada hutang sampai ribuan - 30K keatas..dan tak larat nak jelaskan..so..aku sarankan mcm ni..korang pegi saja jabatan insolvensi..pastu..surrender..serahkan diri..haha..( sebelum tuh pastikan nama x ada akaun dalam bank, akaun bank ada 1-2 sen saja..pastuh tanah mmg semua dah tukar nama..pastikan x ada sekangkang kera pun menjadi milik korang..kununnya..mmg korang x ada apa dah lah kecuali maruah diri..:eek: :)) ..hutang ttp kene byr la..die akan tanya berapa korang leh byr..cakap la..sebulan 10 hinggit- 0r 20 hinggit..:D

ha.. cam ni lagi baik.. ko p jabatan pemegang harta (insolvensi).. nnti diorg akan istihar muflis so pihak bank tak ble buat apa2 tuntutan.. biasanya ko kena bayar 50 sebulan.. tapi pandai2 ko ler buat alasan untuk turunkan mengikut dari kesangupan ko..

rizzmerr76 18-01-2008 01:03 PM

Quote:

Originally Posted by boey (Post 896828)
bro.. nie bukan bankruptcy tapi blacklist

mmgla bkn bankruptcy... baru notis...dapat setle lega la..kalau takleh nak setel baru isytihar bankrup... :)
:)cgrock :)paid

jimR79 18-01-2008 01:32 PM

Quote:

Originally Posted by dewadurjana666 (Post 896013)
kalau ko dah ada hutang sampai ribuan - 30K keatas..dan tak larat nak jelaskan..so..aku sarankan mcm ni..korang pegi saja jabatan insolvensi..pastu..surrender..serahkan diri..haha..( sebelum tuh pastikan nama x ada akaun dalam bank, akaun bank ada 1-2 sen saja..pastuh tanah mmg semua dah tukar nama..pastikan x ada sekangkang kera pun menjadi milik korang..kununnya..mmg korang x ada apa dah lah kecuali maruah diri..:eek: :)) ..hutang ttp kene byr la..die akan tanya berapa korang leh byr..cakap la..sebulan 10 hinggit- 0r 20 hinggit..:D

ni menarik ni.....mmmm...aku pun tgh view2 benda ni & info yg baik ni....sebab lilin aku dah nak padam ni..hehhee....
selain daripada tu apa lagi??sila tambahkan....bleh gak kita tau mcm maner nak buat nanti2...hehhee

NEMO 18-01-2008 03:59 PM

Quote:

Originally Posted by ajax932 (Post 895470)
Dolu2 bangkrap kalau total hutang RM30,000... kalau tak silap la..

Tp skrg dah naik kot... ye ke? ntah la..

ye ker..30k..aku utang ptptn pun dah 40k..ades..xkan dah bangkrap kot:((

irsaffy 18-01-2008 05:14 PM

Quote:

Originally Posted by mynemokembali (Post 897420)
ye ker..30k..aku utang ptptn pun dah 40k..ades..xkan dah bangkrap kot:((

PTPTN pon bahaya gak nih.....leh buat ramai org melayu kena blacklist..

sri mawar 18-01-2008 05:16 PM

bankrup tak pernah la bro.. tp black list pernah ler.. tp skrg dah clear da... belajar dr kesilapan.

jimR79 18-01-2008 05:43 PM

patah lagi aku ada du2 loan tabung ni.....60k...2kali aku bankrap ni kan??

rizzmerr76 21-01-2008 11:32 PM

ptptn mengarut jerk....caj pentadbiran bebukan....sampai bila x abis bayar :)
:)cgrock

ptit 31-01-2008 11:57 AM

Aku punya cerita gak...dulu aku gatal nak pakai card credit,

CIMB Gold - 10k full blast
Maybank Gold - 10k full blast
Ambank Biasa - 3.5k full blast
Eonbank Gold - 7k cuma 3.5k digunakan
HSBC Gold - 12k full blast
Al-rajhi loan - 20k

skrang ni aku sakit nak membayar semua nih...surat naik mahkamah untuk ambank ngn alrajhi dah kuar...alrajhi bulan 4...ambank bulan 5...

hingga skrang aku bayar maybank..skrang tinggal 5k...sebab dulu pernah aku x byr maybank...depa freeze akaun gaji ku...langsung tak leh kuarkan duit....aku bayar 3500 then bulan byr 500...

eonbank pun aku bayar rm300 bulan2....

hsbc depa yg paling best...depa tau aku x leh nak bayar...lepas tu depa convert dari CC ke personal loan...so interest takde la banyak...mmg bleh ejas giler...aku buat 10 bulan pertama rm 500, selebihnya rm 1000.

alraji ni je yg buat aku pening....aku plan nak byr rm2000 untuk bulan 2 ngn bulan 3 lagi rm 2000 supaya depa drop charge mahkamah bulan 4 ni- aku punya outstanding pun baru 3000...

ambank pula ku harapkan bonus dari tempat keje dlm bulan 3 atau pun 4...klu ada mmg aku bayar abis ambank CC

seboleh2nya aku x nak diistiharkan bankrupt...tp aku byr apa yg ku mampu...dengan baby pertamaku baru lahir bulan lepas...hingga skrang aku fobia nak pakai Credit Card lagi...

sri mawar 31-01-2008 12:11 PM

Quote:

Originally Posted by ptit (Post 937268)

isk ko nih bahya tul.. kena belajo cara uruskan duit. seram aku dengo.. 8->

boey 31-01-2008 12:31 PM

Quote:

Originally Posted by sri mawar (Post 937306)
isk ko nih bahya tul.. kena belajo cara uruskan duit. seram aku dengo.. 8->

seram dengar ke seram baca?

akay 31-01-2008 12:42 PM

menarik....
 
aku nyer kes lagi haru..jual keta sambung bayar..wat agreement sume n wat mati stem hasil tp last2 keta ntah kemana org yang beli ntah kemana utang kat bank aku yang menanggung dekat2 rm30k pastu plus ngan interest dkat2 15k aku pon diisytiharkan muflis..mula2 takut gak aku utang lain xde sumer clear...g jabatan insolvensi..declare ape yang aku ader last2 kene byr bulan2 rm100..masih leh keje coz leh bukak akaun bank untuk masuk gaji tp mesti ngan kebenaran jabatan insolvensi..so nati bank xleh freeze akaun..n leh susun balik kehidupan..cume xleh beli ape2 aset la..leh kosentret keje coz bank x menyalak suh bayar utang yang aku xnak bayar..bayar sampai mati :D :D tp yang penting utang tu nati x akan diturunkan kat waris2 aku..so kwn2 ati2 la bile berurusan ngan manusia..bak kata auditor..in god we trust the rest we audit

sri mawar 31-01-2008 01:56 PM

Quote:

Originally Posted by boey (Post 937361)
seram dengar ke seram baca?

seram dengar la... :D

emrans23 31-01-2008 04:20 PM

kita kalau nak istiharkan kita muflis gi jabatan insolvensi tu kita kana bayar 2k duit gak tu mana nak cari barulah jatuh hukum kita confim memufliskan diri....
tapi kalau nak free just tunggu surat perintah mahkamah bankrup...

akay 31-01-2008 04:30 PM

Quote:

Originally Posted by emrans23 (Post 938226)
kita kalau nak istiharkan kita muflis gi jabatan insolvensi tu kita kana bayar 2k duit gak tu mana nak cari barulah jatuh hukum kita confim memufliskan diri....
tapi kalau nak free just tunggu surat perintah mahkamah bankrup...

x free bro..mase kita g jabatan insolvensi tu kene gak bayar rm10 untuk daftarkan fail kita kat mahkamah (kalu tak silap r):)

chaosiky 31-01-2008 05:10 PM

menarik thread ni
menambah pengetahuan sungguh

pembayarcukai 12-09-2008 03:51 PM

Aku baru tahu di isytihar bankrap, pasal tak bayar loan.
Loan tu adik tiri aku yg guna nama untuk modal business dia.
Adik titi, adik juga nak tolong dia. Last sekalu aku bankrap dia tak dapat di kesan.

Ada sesiapa tahu macamana nak dapatkan perintah mahkamah untuk ketepikan penghukuman.
Aku ada pergi court untuk hearing jatuh bankrap. Lawyer bank kata Cuma ambil date saja, so aku cabutlah pergi kerja, tinggal lawyer bank dengan adik tiri aku. Last sekali aku tahu dari Jabatan Insolvensi aku dikatakan tak datang dan di isytihar bankrap.

So aku plan nak dapat perintah mahkamah untul mengenepikan penghakiman bankrap.
Ada sesiapa yang tahu? Upah peguam memang kena bayar.

Fail aku beluh hantar ke H.Q, soal selidik belum buat lagi.

beginner 12-09-2008 10:00 PM

salam...

sy ada masalah nak melangsaikan hutang. x nak muflis tp kalau terpaksa xleh elak. jd harap ada info atau pengalaman yg boleh sy ambil dr semua sbg panduan.

1.sy nak tahu apa kesan muflis pada pekerjaan kalau dengan goverment. kalau x confirm lg jawatan mcm mana pulak?

2.kalau beli rumah atas 2 nama ( isteri dan saya ) mcm mana pulak nanti?

ahib0205 12-09-2008 11:13 PM

Quote:

Originally Posted by ptit (Post 937268)
Aku punya cerita gak...dulu aku gatal nak pakai card credit,

CIMB Gold - 10k full blast
Maybank Gold - 10k full blast
Ambank Biasa - 3.5k full blast
Eonbank Gold - 7k cuma 3.5k digunakan
HSBC Gold - 12k full blast
Al-rajhi loan - 20k

Pergh.... beli mende ek banyak-banyak gini? huhuhu... Aku berazam tak nak guna kredit card :((

ahib0205 12-09-2008 11:15 PM

Quote:

Originally Posted by beginner (Post 2300990)
salam...

sy ada masalah nak melangsaikan hutang. x nak muflis tp kalau terpaksa xleh elak. jd harap ada info atau pengalaman yg boleh sy ambil dr semua sbg panduan.

Er.. saya berminat nak tau apa punca bro ada masalah hutang? sebab rugi business ke?

maaf tanya. Sebab leh saya amik pengajaran :)

reeez80 13-09-2008 03:54 PM

jangan la kena istihar bekrap.. susah nak bergerak nanti...

ss27 15-11-2008 09:26 AM

Quote:

Originally Posted by akay (Post 937396)
aku nyer kes lagi haru..jual keta sambung bayar..wat agreement sume n wat mati stem hasil tp last2 keta ntah kemana org yang beli ntah kemana utang kat bank aku yang menanggung dekat2 rm30k pastu plus ngan interest dkat2 15k aku pon diisytiharkan muflis..mula2 takut gak aku utang lain xde sumer clear...g jabatan insolvensi..declare ape yang aku ader last2 kene byr bulan2 rm100..masih leh keje coz leh bukak akaun bank untuk masuk gaji tp mesti ngan kebenaran jabatan insolvensi..so nati bank xleh freeze akaun..n leh susun balik kehidupan..cume xleh beli ape2 aset la..leh kosentret keje coz bank x menyalak suh bayar utang yang aku xnak bayar..bayar sampai mati :D :D tp yang penting utang tu nati x akan diturunkan kat waris2 aku..so kwn2 ati2 la bile berurusan ngan manusia..bak kata auditor..in god we trust the rest we audit

Assalamualaikum akay,

saya berminat dgn cerita awak....saya nak tahu dengan lebih lanjut...saya merupakan seorang penjamin kpd seorang kawan yang tidak bertanggungjawab terhadap personal loan yg dibuat. boleh tak bagi saya email awak atau no hp, so saya boleh menghubungi awak nak tahu cerita dan juga tindakan yang seterusnya....

ss27 17-11-2008 11:37 AM

Quote:

Originally Posted by pembayarcukai (Post 2298218)
Aku baru tahu di isytihar bankrap, pasal tak bayar loan.
Loan tu adik tiri aku yg guna nama untuk modal business dia.
Adik titi, adik juga nak tolong dia. Last sekalu aku bankrap dia tak dapat di kesan.

Ada sesiapa tahu macamana nak dapatkan perintah mahkamah untuk ketepikan penghukuman.
Aku ada pergi court untuk hearing jatuh bankrap. Lawyer bank kata Cuma ambil date saja, so aku cabutlah pergi kerja, tinggal lawyer bank dengan adik tiri aku. Last sekali aku tahu dari Jabatan Insolvensi aku dikatakan tak datang dan di isytihar bankrap.

So aku plan nak dapat perintah mahkamah untul mengenepikan penghakiman bankrap.
Ada sesiapa yang tahu? Upah peguam memang kena bayar.

Fail aku beluh hantar ke H.Q, soal selidik belum buat lagi.

Hi Pembayarcukai,

awak keje ngan swasta or kjaan? boleh saya tahu email or hp awak...saya pun akan mengalami nasib yang sama ngan awak, saya hanyalah seorang penjamin..klu boleh saya nak dapatkan juga perintah mahkamah utk mengenepikan penghakiman bankrup. Plz sms saya dan saya akan hubungi awak semula. ini no hp saya 012-8383603.

buytosell 17-11-2008 01:35 PM

aku ader satu kemusykilan...kita boleh diistihar bankrup jika kita berhutang lebuh dari RM 30,000.Adakah ianya dikira jumlah total yang kita pinjam dari bank???mcn personal loan ader 3, tapi tiap-tiap satu jumlahya 10k, kita still bayar pada 2 buah bank nie, cuma 1 bank jer kita tak bayar...harap ada penjelasan...:D

abanguda 21-11-2008 07:20 PM

Outdated dah topic ni... Baik delete je. Dah masuk 2013. hehe

abanguda 21-11-2008 07:23 PM

Selalu kalau ada pinjaman >30k dr satu bank... Then bank tu yg akan file bankruptcy ke mahkamah utk tuntut hutang dia....

COMPACT V3000 21-11-2008 07:58 PM

nak tanye pada semua
klau hutang kad kredit 10k
kira bankrup tak?

All times are GMT +8. The time now is 03:56 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.