![]() |
::bankruptcy::muflis::bankrup::
Di isytihar muflis atau bankruptcy tentu menjadi igauan buruk semua orang..
Sesiapa warga CG yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang prosedur bankruptcy bleh la kongsi ilmu bersama tentang i) Jumlah minima yg boleh di isytihar bankrup ii) kesan setelah di isytihar bankrup iii) jalan penyelesaian dan berbagai persoalan yg berkaitan dgn bankrup... :) :)cgrock :)cgrock :) Quote:
|
lo brader.. lu bangkrap ke??:D
|
muahahaha...hampir2 la tapi dapat setle lega :">
|
Quote:
gua minat gak nak tau..:D |
Dolu2 bangkrap kalau total hutang RM30,000... kalau tak silap la..
Tp skrg dah naik kot... ye ke? ntah la.. |
gua punya story...ni kisah muda2....joli katak lebih smpai kete kene tarik pastu utang kredit kad blambak lepas takder keje...terduduk..sudahnya wa buat **** jer la....nak buat loan aper ker takleh dah...sip baik ada moto..surat bank asyik datang smpai dah dkat 3 tahun wa try cek ctos nama clear ..pastu trus samba kete n beli umah......ingat dah setel kot manala tau ilang dalam system ker...lepas 4-5 bulan setle wa punya loan umah n kete sampai surat notis bankruptcy dr lawyer...pehhh pening mana nak cekau kat 50k....last2 dpt setle wa let go 2ketul gold bar pastu balance bos wa yg baik ati topup..skrg bulan2 gaji potong tanpa perlu bayar interest bank yg cekik darah...tu crite wa
tapi nak tau gak sesapa yg ada story yg lebih truk smpai 1M above sbb ada terbaca artikel org negara luar berebut nak setel melalui bankrup kalau negara kita jabatan insolvensi sebab si muflis mndapat perlindungan dan keistimewaan mcm banduan gak...kalau berkelakuan baik utang bleh setle tanpa bayar jumlah semua...nama bersih mcm baru lahir...tu yg nak tau :) :)cgrock |
...erm
Quote:
cite la lagi..... aku pun dah nyawa2 ikan nih. moto nak kena tarik,...cc dah masuk 3 bulan tak bayar. tapi bukan joli...tolong family punye pasal.:"> :"> :"> |
Apa Itu Kebankrapan?
Bahagian Kebankrapan ditubuhkan di Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia untuk menguruskan / mengawal selia dan menyelesaikan masalah-masalah dalam hal-hal yang berkaitan dengan kes-kes kebankrapan. Bagaimana Seseorang Itu Boleh Diisyhtiharkan Bankrap? Seseorang boleh diistiharkan bankrap melalui 2 cara: Permohonan individu itu sendiri Permohonan oleh pihak yang memberi hutang Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu dihukum bankrap? Jumlah hutang seberhutang kepada sipemiutang hendaklah sekurang-kurangnya RM30,000.00 Hutang adalah untuk satu jumlah yang boleh ditentukan ("liquidated sum") yang perlu dibayar segera atau kemudiannya Perbuatan kebankrapan telah berlaku dalam tempoh 6 bulan sebelum petisyen difailkan Siberhutang adalah pemastautin di Malaysia dalam tempoh 1 tahun sebelum petisyen difailkan Apakah kesan-kesan setelah seseorang itu dihukum bankrap? Segala harta bankrap terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi. (Sibankrap hilang hak dan kawalan) Segala hal-ehwal dan liabiliti ditadbir oleh Ketua Pengarah Pemiutang tidak "remedy" bagi hutang "provable" terhadap harta sibankrap dan tidak boleh "proceed with or commence any action or other legal proceeding" bagi hutang tersebut kecuali dengan kebenaran (leave) Mahkamah Ketua Pengarah Insolvensi akan mengambil dan menyimpan segala buku akaun, kertas dokumen dan sebagainya yang berkaitan Apakah peranan dan tanggungjawab Ketua Pengarah Insolvensi? Menyiasat aset, liabiliti dan hal-ehwal sibankrap Pemegang amanah bagi harta yang dikumpulkan Mengzahir dan menghasilkan harta Membahagikan harta kepada pemiutang-pemiutang Menguatkuasa Undang-Undang, Perintah Mahkamah dan Arahan Mendakwa sibankrap yang melakukan kesalahan Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak di bawah seksyen 55(5) Akta Kebankrapan 1967 Mempertimbangkan berbagai permohonan daripada sibankrap antara lain, keluar negara, penglibatan dalam perniagaan, menjawat jawatan, penjualan harta dan lain-lain Menjaga hak-hak bankrap Menjaga kepentingan pemiutang-pemiutang Menyediakan laporan kepada mahkamah Memberi pelepasan (discharge) kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Apakah tanggungjawab seorang bankrap? Hadir ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia dengan segera Memberi segala maklumat mengenai dirinya Mematuhi segala perintah Mahkamah dan arahan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (KPI) Tidak melanggar mana-mana larangan yang dikenakan ke atasnya Tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Kebankrapan 1967 Mengemukakan satu penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap enam (6) bulan sekali Memaklumkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia jika terdapat sebarang perubahan seperti pendapatan, tempat tinggal, pemilikan harta dan lain-lain berkaitan Apakah larangan-Iarangan terhadap bankrap? Seseorang bankrap tidak boleh: Dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen Dinamakan atau dilantik sebagai ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan Meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi Keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah Menjadi Pengarah Syarikat yang menjalankan perniagaan atau terlibat dengan pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah Terlibat dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja syarikat yang dimiliki oleh isterinya atau saudara maranya tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah Meminjam wang melebihi RM1000 Menjadi ahli Jawatankuasa atau bekerja dengan mana-mana pertubuhan berdaftar tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah Bertanding dalam pilihanraya atau menjadi wakil rakyat tanpa mendapat kelulusan KPI atau Mahkamah Memiliki harta alih dan tak alih yang bernilai RM5,OOO kesemuanya Apakah peranan dan hak-hak pemiutang? Memfailkan tuntutan 'provable' dengan mengemukakan borang bukti hutang dan mengemukakan borang bukti serta membayar fi pemfailan sebanyak RM 10.00 setiap tuntutan Pemiutang Bercagar tidak kehilangan hak mereka ke atas cagaran yang mereka pegang Mendapat dividen mengikut keutamaan dan nisbah yang layak diterima Menghadiri mesyuarat pemiutang-pemiutang dan boleh menyuarakan kehendak-kehendak mereka atas pentadbiran harta sibankrap Boleh mengakas ke atas penolakan tuntutan mereka Boleh memohon bagi membatalkan atau meminda perintah mahkamah Boleh mempertikaikan pelepasan sibankrap di bawah Seksyen 33A, Akta Kebankrapan 1967 Memaklumkan kepada PPH kewujudan aset, liabiliti dan sebarang salah laku sibankrap Bagaimana pihak pemiutang boleh menuntut hutang? Failkan tuntutan anda dengan mengisi Borang Bukti Hutang yang boleh diperolehi dari semua cawangan Jabatan Insolvensi di seluruh negara. Bagaimana menentukan kategori pemiutang? a) Pemiutang bercagar sepenuhnya dan pemiutang bercagar sebahagiannya Hak mereka kekal ke atas cagaran tersebut. Mereka harus membuat pilihan ke atas cagaran tersebut iaitu samada hendak menjual atau menyerahkan kepada PPH atau hanya memegang cagaran mereka. Mereka harus menghasilkan cagaran mereka dalam masa 6 bulan dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dibuat. Jika tidak, mereka tidak layak menuntut sebarang faedah ke atas hutang tertunggak b) Pemiutang keutamaan merangkumi tuntutan-tuntutan yang berikut o "all local rates and land tax" o "income tax and other assessed taxes" o "all wages or salary" o "all amounts due in respect of contributions payable" o "workmen's compensation" a) Pemiutang biasa Pemiutang ini akan menerima dividen selepas tuntutan pemiutang bercagar dan keutamaan dibayar dan nisbah bayaran adalah secara sama rata ("pari passu") Bagaimana menentukan kategori penjamin? Terdapat 2 kategori penjamin iaitu: a) Penjamin korporat Adalah jaminan yang dibuat terhadap pinjaman yang dibuat oleh syarikat atau sesuatu perniagaan. b) Penjamin sosial Jaminan yang dibuat yang mana penjamin tidak mempunyai kepentingan terhadap jaminan yang dibuat seperti:- o Jaminan kepada pinjaman biasiswa atau geran untuk tujuan pendidikan atau menjalankan penyelidikan. o Jaminan kepada transaksi jualbeli kenderaan untuk seseorang bagi kegunaan persendirian dan bukan untuk perniagaan. o Jaminan untuk pinjaman perumahan kepada seseorang bagi tujuan untuk menetap di rumah berkenaan dan bukan bagi lain-lain tujuan. Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap ...... Seseorang penjamin bagi pinjaman yang dibuat oleh peminjam utama juga boleh dijatuhkan hukuman bankrap sekiranya peminjam utama gagal menjelaskan pinjaman yang dibuat atau mereka gagal dikesan oleh pihak pemiutang. Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap menyelesaikan hutang mereka kepada pihak pemiutang bagi mengelakkan diri mereka juga dari dihukum bankrap? Jawapannya boleh. Penjamin boleh menjelaskan hutang kepada pihak pemiutang dan tuntutan terhadap jumlah yang telah diselesaikan boleh dibuat dengan memfailkan tuntutan terhadap bankrap. Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan ...... Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan sebagai Pengarah, Pengurus, Pengerusi dan bekerja di syarikat-syarikat milik isteri/suami/keluarga atau membuka syarikat sendiri? Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(d) Bolehkah seseorang bankrap membuat perjalanan ke luar negara/menjalankan urusan di luar negara? Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(c) kepada Jabatan Insolvensi Malaysia ataupun Mahkamah untuk mendapat kelulusan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan tertentu yang akan ditetapkan oleh Ketua pengarah Insolvensi atau Mahkamah. Adakah jalan keluar dari kebankrapan? Ada. Terdapat 3 cara keluar dari kebankrapan: a) Memohon ke Mahkamah untuk pembatalan PP & PP atas alasan 'Order ought not to have been made' atau hutang telah dijelaskan ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia b) Melalui Perintah pelepasan oleh Mahkamah c) Melalui Sijil pelepasan oleh Ketua Pengarah Insolvensi Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap bankrap sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan atau arahan yang ditetapkan? a) Sekiranya bankrap gagal menghadirkan diri ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia sebagaimana yang diarahkan, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap beliau (S.28A, Akta Kebankrapan 1967) b) Sekiranya bankrap gagal membuat bayaran bulanan secara teratur atau gagal mengemukakan Penyata Hal Ehwal dalam tempoh masa yang ditetapkan, tindakan komital boleh diambil terhadap beliau (S.91 (2), Akta Kebankrapan 1967) c) Hukuman-hukuman terhadap si berhutang atau si pemiutang yang melakukan penipuan (fraudulent debtors and creditors) di bawah S.109, Akta Kebankrapan 1967 |
`Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap
Oleh Asuki Abas (Wartawan Utusan) Sumber : Utusan Malaysia Online BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang. Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri. JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap. Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap. Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri. Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak. Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi. Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya. Gangguan Bak kata Mokhtarudin: ``Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas. ``Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank.'' Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan. Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya `keistimewaan' menjadi bankrap. Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable - tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan. Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin. Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan. Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, ``seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.'' Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank. Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank. Pelepasan Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan. Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya. `Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,'' kata Mokhtarudin. Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang. `Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,'' kata beliau. Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas. PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja. Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap. PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan. Selain JPH mahu memperbaiki tahap kesedaran orang ramai terhadap isu-isu kebankrapan, jabatan itu, pada masa yang sama, cuba untuk memastikan jumlah kes bankrap yang meningkat pada kadar yang membimbangkan iaitu melebihi 10 peratus sejak tahun 1996 dapat dikurangkan. Dengan itu, satu cadangan dibuat supaya tahap hutang untuk boleh diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000. Menurut Dr. Fatimah Daud dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka yang diisytiharkan bankrap berhutang kurang daripada RM50,000. Sehingga akhir tahun 2002, terdapat kira-kira 105,336 kes kebankrapan di negara ini dengan 9,886 kes baru dan 3,832 kes diselesaikan. Peningkatan tahap pengisytiharan bankrap itu dijangka dicadangkan dalam rangka pindaan Akta Kebankrapan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan usaha memperbaiki imej JPH dan pandangan masyarakat terhadap kebankrapan, PPH pada tahun lalu telah melawat setiap negeri dan mengadakan kempen sehari bersama pelanggan untuk memberikan gambaran lebih tepat mengenai fungsi jabatan itu. Kempen itu diharapkan mencapai matlamatnya dan mendorong para bankrap yang melarikan diri untuk tampil bekerjasama dengan PPH bagi mempercepatkan proses pelepasan mereka. `JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat. `Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,'' kata Mokhtarudin. :)cgrock :)cgrock :)cgrock |
info yag menarik.. walau mcnerpun, kita semua tetap takut nak di cop sebagai bankrup.. penat nak lalui liku2 hidup nanti.. berhati2lah kawan ku.. chow..
|
| All times are GMT +8. The time now is 12:46 PM. |
Copyright ©2000 - 2013, Jelsoft Enterprises Ltd.