BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

merakamkan video di telefon bimbit ketika mahu membuang air kecil

fine net

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,408
Paid Membership
Joined
Apr 5, 2007
Messages
43,408
Reaction score
340
Points
136
KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah menarik nafas lega sebaik mengetahui dia tidak menjadi mangsa seorang lelaki ‘gila seks’ yang cuba merakamkan video di telefon bimbit ketika mangsa mahu membuang air kecil dalam tandas di sebuah restoran makanan segera di Kepong di sini, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Nina, 20-an, terselamat daripada menjadi koleksi bahan tontonan terbaru di telefon bimbit lelaki mata keranjang terbabit disebabkan sikap berhati-hatinya selepas terpandang tangan di ruang dinding bawah tandas itu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Nina yang juga mempunyai seorang anak berkata, ketika memasuki tandas terbabit, dia mendapati tiada sesiapa di dalamnya dan berasa selamat untuk meneruskan hajatnya.

Bagaimanapun, selepas mengunci pintu, dia terdengar bunyi seseorang memasuki bilik air wanita itu.

“Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah terpandang tangan seseorang di ruang bawah dinding tandas yang tidak bertutup sehingga ke lantai.

“Lebih menakutkan apabila melihat sebelah lagi tangan itu memegang telefon bimbit ke arah tandas yang saya gunakan seolah-olah mahu merakamkan video,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Berikutan itu, katanya, dia memberanikan diri dengan meneriak ‘hoi, apa ni?’ sebelum tangan terbabit segera lenyap dan lelaki terbabit melarikan diri selepas ‘kantoi’.

Menurut Nina, dia bergegas keluar untuk memberitahu kejadian itu kepada pekerja restoran itu dan seorang daripada pekerja terbabit mengakui melihat seorang lelaki memasuki tandas itu.

“Mereka (pekerja restoran) memberitahu, dia perasan seorang lelaki memakai kemeja hijau masuk ke situ sebelum tergesa-gesa keluar.

“Pelik juga mengapa lelaki dengan mudah boleh masuk ke tandas wanita restoran itu,” kata Nina.

Selepas menerima aduan mengenai kejadian mengaibkan itu, penyelia restoran berkenaan berjanji akan meneliti kes terbabit melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di restoran itu.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sejurus selepas kejadian itu.
 
Hehehe...nasib baik kantoi..kalau tak...hissh tak tau la...gila seks betul la
 
Emmm...kes nanya ni.
awat la korang xpi rakam kes org beromen ke ape ke.bg kat jabatan agama tangkap.
ni rakam depa yg xbersalah.nanya betul.

Moga2 isteri dan anak2 aku xjadi mangsa

Kalau dpat org dok mcm ni. kite rembat je punggung die. pasung die tengah2 pekan.bior jd pengajaran
Amin
 
cuba ler awek tu rampas telefon bimbit dari tgn org tu.. pastu dia teriak.. telefon tu ble jadi bukti kat balai bedasarkan gambar dalam telefon dan daftar sim atas nama sapa..
 
Emmm...kes nanya ni.
awat la korang xpi rakam kes org beromen ke ape ke.bg kat jabatan agama tangkap.
ni rakam depa yg xbersalah.nanya betul.

Moga2 isteri dan anak2 aku xjadi mangsa

Kalau dpat org dok mcm ni. kite rembat je punggung die. pasung die tengah2 pekan.bior jd pengajaran
Amin

rilek bro.. kalau dapat org mcm tu ko salibkan jer kat tiang lampu tgh jln.. pastu ko telanjangkan dia..
 
Emmm...kes nanya ni.
awat la korang xpi rakam kes org beromen ke ape ke.bg kat jabatan agama tangkap.
ni rakam depa yg xbersalah.nanya betul.

Moga2 isteri dan anak2 aku xjadi mangsa

Kalau dpat org dok mcm ni. kite rembat je punggung die. pasung die tengah2 pekan.bior jd pengajaran
Amin

rembat je org mcm nie...klu aku dpt pn mmg aku rembat...
 
kalau dapat,sula aje orang camtu..
selagi xde hukuman y bleh bg kesedaran pd rakyat,selagi tu la jenayah berleluasa..
pk2 kan..
 
rilek bro.. kalau dapat org mcm tu ko salibkan jer kat tiang lampu tgh jln.. pastu ko telanjangkan dia..

Kikikikiki
Nk telanjang kan die yeee
lagi tambah malu n bengang la mamat ni
:eek:
 
Back
Top
Log in Register