MODAL MINIMUM PELABURAN SAHAM
Saya sering ditanya soalan apakah modal minima pelaburan saham dan dalam artikel ini ia akan dijelaskan.
Dalam hal ini katalah kita melabur 1000 unit saham sebuah syarikat yang didagangkan pada harga RM1.00. Maka di sini kita perlu bayar RM1041.30 termasuk brokerage sepertimana dalam carta di bawah ini.
UNIT HARGA JUMLAH KOMM CLE D/S JUMLAH
BELI 1,000 1.00 1,000 40 0.30 1 1,041.30
JUAL 1,000 1.02 1,020 40 0.31 2 977.69
Kerugian : (63.61)
Dan kalau harga saham itu naik kepada 1.02 maka kalau kita menjualnya pulangan yang bakal kita dapat ialah RM977.69 selepas ditolak brokerage. In bermakna kita akan rugi sebanyak RM63.61.
Sedangkan kalau kita melabur 5000 unit saham sebuah syarikat yang didagangkan pada harga RM1.00. Maka di sini kita perlu bayar RM5046.50 termasuk brokerage sepertimana dalam carta berikut.
BELI 5,000 1.00 5,000 40 1.50 5 5,046.50
JUAL 5,000 1.02 5,100 40 1.53 6 5,052.47
Keuntungan 5.97
Dan kalau harga saham itu naik kepada 1.02 maka kalau kita menjualnya pulangan yang bakal kita dapat ialah RM5,052.47 selepas ditolak brokerage. In bermakna kita akan untung sebanyak RM5.97 walhal kenaikan saham itu juga hanya 2 sen.
Maknanya di sini ianya adalah lebih optima dan praktikal untuk kita melabur sebanyak RM5000.00 kalau dibandingkan dengan RM1,000.00. Ini kerana jumlah brokerage minima sebanyak RM40.00 memainkan peranannya di sini. Kalau kita melabur RM1,000.00 maka harga saham itu perlu mencecah RM1.09 sebelum kita boleh membuat keuntungan sedangkan kita mula membuat keuntungan bila saham itu melebihi RM1.02 kalau kita melaburkan RM5,000.00. Itulah perbezaannya.
Kalau harga saham itu naik kepada RM1.10 maka pelabur yang melabur 1000 unit itu akan ahnya mendapat keuntungan sebanyak RM16.37 sedangkan pelabur yang lebur sebanyak 5000 unit itu akan mendapat keuntungan sebanyak RM405.85 atau 8.04 peratus dalam jangkamasa yang jauh lebih singkat daripada kalau kita melaburkannya dalam ASB yang mana kita perlu menyimpannya selama setahun.
Tapi harus diingat ini semua adalah andaikata anda melakukan transaksi saham melalui remisier tetapi kalau anda menjalankannya dengan cara online kos transaksi adalah jauh lebih murah. Ini kerana dengan perkhidmatan remisier cas miimum yang dikenakan ialah RM40.00 tetapi ia boleh turun hingga RM8.00 sesetengah broker yang menawarkan perkhidmatan online ini.
Kesimpulannya kita seharusnya BANGUN DAN SEDAR akan kemana kita LABURkan duit lebihan kita itu. Adakah di tempat dengan pulangan yang tertinggi atau adakah duit kita itu akan LEBUR...
Sekian dulu,
FY