BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kempen Menyertakan Sumber Berita Dan Info Dari Luar

zolympus

Elite Member
Messages
3,417
Paid Membership
Joined
Dec 21, 2005
Messages
3,417
Reaction score
248
Points
33
Kami menggalakkan pengguna-pengguna Carigold.com untuk menyertakan sumber berita atau dari mana info tersebut diambil sekiranya anda menyelitkan artikel-artikel dari sumber luar; contohnya dari surat khabar online tempatan, jurnal, dan sebagainya.

Tujuan dari kempen ini ialah untuk mengelakkan khabar-khabar angin dan berita palsu yang berniat jahat dari tersebar yang akhirnya berpunca dari pengguna CG. Dan sekiranya ia adalah info, ialah bertujuan untuk memberi kredit atau penghargaan kepada penulis asal artikel tersebut.

Ini SANGAT penting untuk INTEGRITI atau KESAHIHAN berita-berita tersebut.

Ini juga meliputi ketika anda memetik ayat al-Quran (surah dan ayat yang ke berapa), mahupun ketika memetik hadith Rasullullah SAW dengan menyebut perawi hadith tersebut kerana kita tidak mahu ada pengguna yang menyandarkan nama junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW sedangkan baginda tidak pernah berkata demikian.

Memetik hadith Rasulullah SAW.

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

(Hadith Mutawatir, Ibn al-Salah, ‘Ulum al-hadis, m.s. 239)

Pada masa yang sama, kami menggalakkan pengguna CG supaya sentiasa menyelidik tentang berita-berita yang anda terima dari sumber yang tidak dikenalpasti untuk mengetahui kesahihannya.

Maksud al-Quran.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

[al-Hujurat 49:6]
 
Back
Top
Log in Register