BTC USD 64,744.0 Gold USD 2,381.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

Sponsored Post

ternakan cacing kompos??.. ade ke org ternak??.. macam2 skarang nie..

mmg ada... yg aku tau ada dah kursus ternakan cacing yg dibuat, sbb ada kawan aku dok kat Perak dah pegi pun kursus tu kat Morib 24/11/07 yg lpas.

aku tau pun baru nie waktu dia dtg kekampung aku kat Johor. maknenyer dah ade org yang mulakan projek nie cume info jer yg kurang....
 
ternakan cacing compos yg buat baja organic tuh ke bro...
ini memamg bagus....

haah.. mmg cam tulah yg kawan aku britau, dia kata kat aku skrg nie kan org nak ape tu... makanan organik??? jadi taknak guna baja kimia dah. ermm.. cenggituler lbh kurang.

fredo tau ker tentang nie....?? share skit bleh...:D
 
tumpang sikit...

salam perkenalan,
pasal cacing...sebenarnya industri ni dah lama kat m'sia ...lebih kurang lewat 90'an/awal 2000. Diperkenalkan oleh jab pertanian dan projek perintis oleh HQ pertanian dibuat kat perlis...pernah masuk berita bab ternakan ni...cuma mungkin pengguna tak didedahkan apa yg sebenarnya hasil dari cacing tu.

hasil cacing pada awal pengenalannya cuma utk mendptkan baja dari sisa buangan najis cacing tu. Sisa tu adalah salah satu drp kategori baja organik...jika kita guna baja kimia, hasil tanaman kita berkemungkinan mempunyai sisa kimia dlm tanaman (kena buat ujikaji lab baru tahu), dan jika guna baja organik...hasil tanaman kita adalah yg semulajadi sbb baja organik adalah dari penguraian organik.

Trend semasa skrg, sayur organik adalah lebih mahal/3 kali ganda mahal dari sayur yg kita beli kat pasar mlm...kenapa? Krn sayur tu tidak mengandungi bahan yg kita tak perlukan. Ramai gol. berada mengambil sayur organik...lihat saja kat TTDI byk outlet/keadi jual sayur/bahan organik...hasil m'sia tak cukup terpaksa import.

potensi ternak cacing mmg besar, sbb ladang organik selalu guna bahan/baja dari cacing ni atau nama glamour 'vermikompos'. Sy telah guna kat pokok bunga kertas dsbnya...fuh, bunga cukup byk dan dan cukup sihat. nmpk perubahan yg sgt nyata. Kawan sy, jd agen jual baja vermi ni, semua customer dia puas hati.

itu sebhgaian dr ternak cacing, hasilkan baja. Tp sebenarnya, cacing itu sendiri byk khasiat...dah buat komestik,ubat dan byk lg. Cacing yg diguna bukan cacing m'sia, tp import dr indo& australia. Red worm/cacing merah.

Kursus kat morib...kalu tak silap...penganjur park man res.
Sy dah tgk tmpt dia ternak cacing, mmg menarik sbb sebelum ni ramai pengusaha buat teknik palong, dia buat/guna teknik rumah flat/bertingkat. Agak effisen dgn kos bangsal lebih kurang RM10k, tp dia boleh menghasilkan baja/benih cacing lebih dr itu. dia ant. pengusaha berjaya dan sampai kategori export kat jepun & china...masa bincang/jumpa dia, berhajat utk wujudkan jaringan pengusaha cacing bumi...utk target yg lebih luas dgn demand yg ada skrg.
nak tahu detail...contact pak man kat kg kanchong darat, banting. Bangsal & ldg dia betul2 hadapan rumah arwah dato' sidek (ayah misbun sidek) seberang jln.

sekadar membantu dan apa yg diketahui:)
 
gambar...

ada gambar cacing tak?bagi post kan...hehehee

sori...gambar cacing kecik...tak fokus dekat cacing, tp dapat gambaran la mana2 nampak merah dlm habuk kayu tu sebenarnya cacing....dlm satu rak byk cacing tu. mula2 letak je 3kg=1000ekor

plus gambar rak bertingkat.

harap membantu.
 

Attachments

  • 36.2 KB Views: 3,204
  • 79.9 KB Views: 3,214
Ini pon menarik jugak ni..:D.
Ada lagi ke maklumat contohnya..pemakanan cacing ni camne?
Kesesuaian tanah untuk cacing ni camne plak?
Ternak cacing ni means dia akan beranak pinak la kan...atau just ternak cacing pastu ambik baja sampai dia mati..pastu kene beli cacing lain plak?
Suhu untuk ternak camana plak?

Interested sgt nak tau.
Kursus sebelah utara ni takdak ka? :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register