BTC USD 63,650.7 Gold USD 2,378.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bincang Kejuruteraan Awam - Civil Engineering

vedder9

Legendary Member
gem
Messages
15,352
Paid Membership
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,352
Reaction score
123
Points
123
Akum kengkawan....
Aku nak mintak sket bantuan dari kengkawan yang pakar pasal pembinaan/ structural design untuk sama-sama kita bincangkan topik faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah bangunan itu mendap...

Kalau ada forumer2 yang nak berkongsi idea dan pendapat, sila utarakan disini...

Aku ada beberapa sebab asas mendap :-

1. tekanan beban struktur pada tanah
masalah berlaku bila jurutera gagal menentukan keupayaan galas sebenar tanah. bagi asas cetek, bearing capacity yang direkabentuk berkemungkinan lebih tinggi daripada nilai tanggung sebenar tanah, maka tanah tidak dapat menanggung struktur berkenaan. bagi penggunaan cerucuk, berkemungkinan jurutera mengandaikan keupayaan menanggung beban yang terlalu tinggi untuk sesuatu cerucuk.

2. Perubahan kandungan lembapan tanah
Perubahan lembapan tanah mempengaruhi tekanan segah tanah. Tanah yang awalnya dipenuhi air dapat membantu menyokong struktur bangunan. Apabila tiba musim kemarau, tanah berkenaan menjadi kering dan tidak dapat membantu menyokong bangunan, maka bangunan akan mendap dan berlaku keretakan pada struktur bangunan. Kes begini selalu berlaku untuk penggunaan asas cetek.

3. Pembangunan di kawasan lombong
Perlombongan meggunakan air untuk kegiatan harian, ada kawasan yang air akan dipam secara tanpa dikawal menyebabkan air dikawasan sekitar berkurangan dan menyebabkan tekanan tanah menjadi lemah seterusnya mendapan bangunan berlaku.

4. Air larian dalam tanah
Terdapat kawasan-kawasan dimana air larian berupa sungai2 kecil wujud didalam tanah. Air larian sukar dikenalpasti semasa kerja-kerja ujian gerekan dalam (borehole test) dilakukan semasa kerja-kerja penyiasatan tapak. Air larian membentuk lompong2 didalam tanah, sekiranya bangunan dibina di atas air larian dan kerja-kerja pembaikan tanah tidak dijalankan, mendapan bangunan akan berlaku.:D
 
Last edited:
Sponsored Post

Antara faktor yang lain lebih kepada pemantauan kualiti kerja yang dihasilkan kontraktor supaya kerja2 yang dijalankan mengikut lukisan pembinaan dan spesifikasi...

Untuk kerja-kerja cerucuk, kemungkinan berikut boleh berlaku :-

1. Cerucuk yang ditanam tidak mencapai ke tahap yang diperlukan
i. Kedalaman cerucuk tidak mencapai kedalaman yang
direkabentuk bagi cerucuk geseran (skin friction)
ii. Cerucuk tidak ditanam sehingga "set" ke dalam batuan
keras/ tanah keras.

2.Cerucuk tidak berada di kawasan rata, tetapi ditanam di kawasan lereng batu menyebabkan cerucuk tidak "set" di dalam batuan.

3. Cerucuk patah di dalam tanah
 
Akum kengkawan....
Aku nak mintak sket bantuan dari kengkawan yang pakar pasal pembinaan/ structural design untuk sama-sama kita bincangkan topik faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah bangunan itu mendap...

Sebenarnya, topik nie akan aku bentangkan didalam mesyuarat pagi bersama ketua-ketua jabatan. Aku dah seacrh dlm internet topik2 yang berkaitan tapi hasilnya agak mengecewakan...

Kalau ada forumer2 yang nak berkongsi idea dan pendapat, sila utarakan disini...

Aku ada beberapa sebab asas mendap :-

1. tekanan beban struktur pada tanah
masalah berlaku bila jurutera gagal menentukan keupayaan galas sebenar tanah. bagi asas cetek, bearing capacity yang direkabentuk berkemungkinan lebih tinggi daripada nilai tanggung sebenar tanah, maka tanah tidak dapat menanggung struktur berkenaan. bagi penggunaan cerucuk, berkemungkinan jurutera mengandaikan keupayaan menanggung beban yang terlalu tinggi untuk sesuatu cerucuk.

2. Perubahan kandungan lembapan tanah
Perubahan lembapan tanah mempengaruhi tekanan segah tanah. Tanah yang awalnya dipenuhi air dapat membantu menyokong struktur bangunan. Apabila tiba musim kemarau, tanah berkenaan menjadi kering dan tidak dapat membantu menyokong bangunan, maka bangunan akan mendap dan berlaku keretakan pada struktur bangunan. Kes begini selalu berlaku untuk penggunaan asas cetek.

3. Pembangunan di kawasan lombong
Perlombongan meggunakan air untuk kegiatan harian, ada kawasan yang air akan dipam secara tanpa dikawal menyebabkan air dikawasan sekitar berkurangan dan menyebabkan tekanan tanah menjadi lemah seterusnya mendapan bangunan berlaku.

4. Air larian dalam tanah
Terdapat kawasan-kawasan dimana air larian berupa sungai2 kecil wujud didalam tanah. Air larian sukar dikenalpasti semasa kerja-kerja ujian gerekan dalam (borehole test) dilakukan semasa kerja-kerja penyiasatan tapak. Air larian membentuk lompong2 didalam tanah, sekiranya bangunan dibina di atas air larian dan kerja-kerja pembaikan tanah tidak dijalankan, mendapan bangunan akan berlaku.

vedder.. :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock wa caya sama lu.. hehe.. tahniah geng..cam ni la aku suka berforum.. ade gak faedah nyer .. ilmu cam ni la yg best utk kita kongsi dan discuss ..dr x tau leh jd tau.. aku harap ko akan teruskn dgn jayanyer.. aku pn x tau sgt.. so aku leh amik ilmu skit2 di sini:)
 
TQ Aidir
Sama-samalah kita jadikan ruangan forum ini sebagai gedung ilmu dan platform untuk berforum secara berhemah :)cgrock
 
Antara faktor yang lain lebih kepada pemantauan kualiti kerja yang dihasilkan kontraktor supaya kerja2 yang dijalankan mengikut lukisan pembinaan dan spesifikasi...

Untuk kerja-kerja cerucuk, kemungkinan berikut boleh berlaku :-

1. Cerucuk yang ditanam tidak mencapai ke tahap yang diperlukan
i. Kedalaman cerucuk tidak mencapai kedalaman yang
direkabentuk bagi cerucuk geseran (skin friction)
ii. Cerucuk tidak ditanam sehingga "set" ke dalam batuan
keras/ tanah keras.

2.Cerucuk tidak berada di kawasan rata, tetapi ditanam di kawasan lereng batu menyebabkan cerucuk tidak "set" di dalam batuan.

3. Cerucuk patah di dalam tanah

aku pernah reject claim 10 point cerucuk yg ditanam tidak menepati kedalaman dlm BQ..so ini kes contractor nak untung lebih..

aku cadangkan S.O atau Engineer check every joint antara cerucuk sebab kegagalan pile kdg2 berpunca dr jointing yg ala kadar..

just my point of view as a QS
 
Kedalaman cerucuk memang ditentukan oleh Jurutera semasa merekabentuk cerucuk berdasarkan ujian penyasatan tanah yang dilakukan oleh Kumpulan Ikram Sdn Bhd. Namun demikian, berkemungkinan profil batuan didalam tanah tidak seragam/sekata menyebabkan kedalaman cerucuk semasa dilantak boleh berbeza daripada kedalaman asal yang telah ditentukan oleh Jurutera.

Dalam kes ini, mereka yang menyelia tapak bina haruslah bijak membuat keputusan iaitu memastikan kedalaman cerucuk benar2 "set" walaupun ianya tidak menepati rekabentuk asal.

Untuk projek Lump Sum, kontraktor akan cuba untuk mengurangkan kedalaman cerucuk atas faktor kewangan. Makin dalam cerucuk masuk, makin banyak cerucuk kena beli dan kos pun meningkat.

Untuk projek secara "Bill Of Quantity", cerucuk dibayar berdasarkan kedalaman tusukan, makin dalam cerucuk, makin byk klien kena keluarkan duit untuk bayar kontraktor, projek sebegini byk diamalkan oleh JKR dan kerja-kerja cerucuk diperuntukkan sebagai PC Sum...

Untuk penyambungan cerucuk...
1. Cerucuk hendaklah dipastikan benar2 tegak sebelum sambungan dilakukan (welding)
2. Welding dilakukan secara keseluruhan sisi cerucuk.
3. Cerucuk dibiarkan selama 5 minit bagi memastikan kawasan sambungan benar2 kemas dan kuat.
4. Kawasan welding disapu cat tahan karat bagi mengelak daripada berkarat dan merendahkan keupayaan menanggung beban cerucuk
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register