Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!

Forums Blogs New Posts Register Login

 
  ...


Rate this Entry

Jualan Amal Ikan Tilapia Merah

Posted 08-01-2017 at 03:03 AM by TXT


Quote:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

Ybhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari

Jualan Amal Tilapia Merah ini merupakan satu usaha penganjur, Persatuan Belia Masjid Selangor untuk membantu Mahaad-maahad Tahfiz mendapatkan sumber protein melalui ikan secara sumbangan ikhlas daripada pihak yang bermurah hati. Melalui usaha ini, diharapkan, penderma yang budiman dapat memberi sumbangan berupa pembelian ikan tilapia yang mana ikan-ikan tersebut akan di serahkan kepada Mahaad-mahaad Tahfiz sekitar Negeri Selangor, In Sha Allah

Kami juga membuka jualan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ikan-ikan tersebut. Sungguhpun begitu, masih lagi menjadi harapan kami, agar ada bahagian kepada penerima manafaat melalui pembelian 1:1, yakni, satu kilogram belian kepada satu kilogram sumbangan


Berikut adalah maklumat sumbangan/tempahan/ belian :

Jenis : Ikan Tilapia Merah

Harga : RM 12.00 sekilogram

Kawasan Ternakan : Kolam dengan air mengalir sepenuhnya


Penerima Sumbangan:

Mahaad-mahaad Tahfiz (terpilih) di Sekitar Negeri Selangor dan/atau Mahaad Tahfiz Pilihan Penyumbang di Sekitar Negeri Selangor

____________________________________________

Sebarang maklumbalas dan pertanyaan, sila berhubung dengan penanggungjawab dibawah, in sha Allah, kami akan membantu dengan sebaiknya:

1. En. Adi - 011.3816.2547 (panggilan & sms)

2. En. Nordin - 011.1888 8986 (panggilan & SMS)

3. En. Idwan - 012-3747452 (panggilan & SMS)

4. En. Hazwan - 017.289.7961 (whatapps)

atau boleh langsung PM kami di FB Jualan Amal Ikan Tilapia Merah,

atau emel kami di: [email protected]


Semoga Allah SWT merahmati setiap sumbangan yang di infaqkan dan hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya

Terima kasih
0 Thanks, 0 Likes
Posted in Amal
Views 706 Comments 0
« Putus Terpaksa     Main     Jumaat »
Total Comments 0

Comments

 
Switch to:
Group 2
Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.