Kisah klasik utk masa depan..coretan rasa,pencarian ilmu, pengalaman,kawan, dlm dunia tanpa batasan 

Total Comments 7
Comments
-
Posted 06-11-2008 at 10:55 AM by mizemall.com
-
Ini Benar. katanya
Muhyiddin nafi jual tanah Johor kepada Singapura
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
Dakwaan pembangkang buat rakyat benci kerajaan
BUKIT MERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau pernah menjual tanah kepada Singapura ketika menjadi Menteri Besar Johor.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau kesal dengan dakwaan pembangkang itu semata-mata bagi membangkitkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan.
"Saya jelaskan bahawa saya tidak pernah menjual walau seinci pun tanah di Johor kepada Singapura.
"Saya kesal pembangkang membuat tohmahan seperti itu yang saya percaya dibuat hanya ingin mewujudkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan," katanya dalam ceramah Perdana di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini, malam kelmarin.
Muhyiddin berkata, parti pembangkang membuat fitnah itu kerana mereka tidak tahu sejarah sebenar kewujudan loji pemprosesan air di Sungai Linggiu, Johor.
Oleh itu, beliau perlu menjelaskan perkara sebenar bagi mengelak rakyat keliru akibat fitnah yang dilakukan pembangkang.
Muhyiddin berkata, Kerajaan Malaysia perlu membina loji pemprosesan air berdasarkan perjanjian antara Johor dan Singapura pada 1961 hingga 1965.
Dalam hal ini, Muhyiddin berkata, Perdana Menteri ketika itu (Tun Dr Mahathir Mohamad) memanggilnya secara mengejut berikutan lawatan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.
Dalam pertemuan di antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Singapura mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.
Katanya, Singapura menuntut Malaysia mengikut perjanjian itu kerana air yang dibekalkan kepada negara itu oleh Johor tidak mencukupi.
"Lee kata pada saya, kalau tidak bekalkan air atau hentikan bekalan air ke Singapura, kita akan berperang dengan Johor. Ini benar," katanya.Posted 21-08-2009 at 10:31 AM by aidiryatim
-
cadang FELCRA,FELDA,RISDA gabung
PM syor Felda, Risda, Felcra bergabung
Oleh YUSRI SAHAT
pengarang@utusan.com.my
PEKAN 23 Ogos – Tiga agensi perladangan terbesar di negara ini – Felda, Risda dan Felcra disaran bergabung mewujudkan satu konsortium bagi melaksanakan pelbagai projek industri hiliran berimpak tinggi pada masa akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengemukakan cadangan tersebut yakin jalinan kerjasama itu mampu memberi keuntungan yang berganda kepada agensi-agensi terbabit selain membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan.
Menurut beliau, perbincangan mewujudkan jalinan kerjasama itu akan diadakan dalam tempoh terdekat sebelum ketiga-tiga agensi terbabit tampil mengemukakan konsep gabungan yang bakal dilaksanakan.
‘‘Ketiga-tiga agensi masih kekal tetapi projek-projek yang dijalankan boleh dilaksanakan menerusi kerjasama dengan mewujudkan satu konsortium.
‘‘Saya telah minta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ketiga-tiga agensi ini berbincang dan apabila bersedia, mereka boleh berjumpa dengan saya atau Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk kita buat satu ketetapan bagaimana konsep gabungan itu dilaksanakan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) Risda di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Najib menjelaskan, banyak projek industri hiliran dapat dilaksanakan secara kerjasama antara Felda, Risda dan Felcra termasuk dalam pengurusan ladang dan kilang.
Ini kerana, kata beliau, projek-projek yang dijalankan oleh ketiga-tiga agensi itu mempunyai banyak persamaan dan tidak sewajarnya ia dijalankan secara berasingan.
Beliau memberi contoh, ketiga-tiga agensi terbabit boleh merancang untuk membina sebuah kilang baja atau sawit yang dapat dikongsi oleh peneroka Felda dan para peserta Risda dan Felcra.
‘‘Kalau ketiga-tiga agensi ini berkongsi mendirikan sebuah kilang baja atau sawit, kita akan dapat nikmat ekonomi yang lebih besar berbanding setiap agensi mendirikan kilang masing-masing.
‘‘Kalau kawasan kilang sawit itu pula dekat dengan ladang Felda, Risda dan Felcra dan semua agensi ini menggunakan kilang yang sama, sudah tentu kilang ini lebih maju berbanding setiap agensi mempunyai kilang masing-masing di ladang masing-masing.
‘‘Keuntungan yang lebih besar juga dinikmati oleh para peneroka dan peserta sesebuah ladang tersebut,” jelasnya.
Najib menganggap cadangan itu tidak tidak mustahil memandangkan agensi-agensi terbabit mampu mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar untuk melaksanakan projek-projek tertentu.
‘‘Jika kita boleh menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar negara, mengapa tidak dengan agensi-agensi yang dimiliki oleh kerajaan walaupun terletak dalam kementerian yang berbeza.
‘‘Kita sebenarnya mempunyai matlamat yang sama dan kekuatan dalaman untuk menguasai ekonomi,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib memberitahu, kerajaan sedang merumuskan satu model ekonomi baru yang memberi penekanan kepada nilai tambah tinggi dalam projek-projek yang dijalankan.
Dalam sektor pertanian misalnya, kata beliau, kerajaan merancang meningkatkan lagi industri ternakan burung layang-layang atau walit dan rumput laut yang berpotensi dimajukan.
Kerajaan juga, jelas beliau, menerusi Felda akan menjalankan projek ternakan lembu selepas membeli tanah seluas lapan juta hektar di Australia bagi tujuan tersebut.
‘‘Lembu-lembu itu kemudian akan dibawa ke Malaysia untuk dibesarkan dan menerusi haiwan tersebut kita mampu mencipta 28 lagi projek hiliran yang lebih menguntungkan berbanding hasil dagingnya semata-mata,” jelasnya.
tahniah najib.. tindakan bijak..sy sokong.. tp tetap x sokong mansuhkn quota 30% bumi atas dasar liberisasi..
kemiskinan memerlukan buah fikir semua pihak..ahli ekonomi, pemerintah, ahli akademik, sosiologi ,ahli agama dan pelbagai pihak lgPosted 24-08-2009 at 11:32 PM by aidiryatim
-
Anuar Abd Aziz Di Dakwa
Peniaga didakwa buat pernyataan palsu sumbang RM200j
24/08/2009 8:55pm
KUALA LUMPUR 24 Ogos — Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan membuat pernyataan palsu berkaitan sumbangan kewangan berjumlah RM200 juta bagi penubuhan sebuah yayasan kebajikan.
Anuar Abd Aziz, 55, didakwa membuat pernyataan palsu itu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkaitan akujanji sumbangan kewangan berjumlah RM200 juta dalam surat bertarikh 20 Julai 2007.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di SSM, Tingkat 2, 10-18, Putra Place, 100 Jalan Putra di sini pada 28 November 2006 dan 26 November 2007.
Bagi kesalahan tersebut dia didakwa di bawah Seksyen 364 (2) Akta Syarikat (Akta 125) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya. - Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info...8.htm&arc=hivePosted 25-08-2009 at 12:31 AM by aidiryatim
-
Itm
ARKIB : 11/11/1999
UiTM nama ringkas Universiti Teknologi Mara
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Institut Teknologi Mara (ITM) yang dinaikkan taraf sebagai universiti kini rasmi dikenali dengan nama ringkasnya UiTM.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, akronim UiTM dianggap paling sesuai daripada pelbagai cadangan yang diterima sebelum ini bagi singkatan nama Universiti Teknologi Mara itu.
''Akronim UiTM itu menggambarkan bahawa perubahan nama dan status tidak mengubah falsafah penubuhan organisasi ini,'' jelasnya.
Selain itu katanya, akronim UiTM itu juga membolehkan penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bernafas lega dengan lenyapnya kemungkinan timbul kekeliruan sekiranya akronim yang sama digunakan untuk ITM.
Najib menyatakan demikian pada majlis pelancaran logo baru UiTM di Kementerian Pendidikan, di sini hari ini. Teks ucapannya dibacakan oleh timbalannya, Datuk Khalid Yunus.
Pada majlis itu, Najib beliau turut mengumumkan pelantikan Rektor UiTM, Datuk Profesor Ir. Dr. Ahmad Zaidee Laidin sebagai Naib Canselor pertama UiTM.
Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Abdul Rahman Arshad dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Abdul Shukor Abdullah.
Beliau seterusnya berkata, perisytiharan menaikkan taraf ITM kepada universiti telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 26 Ogos lalu sekali gus menaikkan imejnya setaraf dengan institusi pengajian tinggi yang lain.
Najib menambah, menurut akta baru UiTM yang dicadangkan di bawah Seksyen 19 (A), Canselor UiTM ialah Yang diPertuan Agong.
Menurutnya, beliau telah mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada minggu lepas dan baginda telah berkenan untuk menjadi Canselor UiTM yang pertama.
Najib berkata, sungguhpun institut ini sudah bergelar universiti, UiTM terus berperanan untuk mengendalikan majoriti kursus-kursus peringkat diploma.
Sementara itu Khalid dalam persidangan akhbarnya berkata, UiTM kini muncul sebagai universiti terbesar di negara ini.
''Ini berdasarkan kepada jumlah penuntut UiTM yang menjangkau hampir 70,000 dengan 11 kampus di seluruh negara selain kampus induk di Shah Alam,'' jelasnya.
Beliau yakin jumlah penuntut UiTM akan meningkat kepada 150,000 pada tahun 2005 dan pembinaan kampus cawangannya juga akan bertambah.
http://www.utusan.com.my/utusan/info...5.htm&arc=hivePosted 25-08-2009 at 12:33 AM by aidiryatim
-
ITM - the best moment
ARKIB : 27/08/1999
ITM jadi universiti -- Pertukaran nama tidak libatkan perubahan dasar - PM
DR. MAHATHIR Mohamad memegang ikrar daripada siswazah ITM yang diserahkan kepada beliau pada Perhimpunan Perdana Siswazah ITM bersama Perdana Menteri di Shah Alam, semalam. - Gambar UTUSAN.
SHAH ALAM 26 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, hari ini mengumumkan kenaikan taraf Institut Teknologi MARA (ITM) kepada sebuah universiti dan menukar namanya kepada Universiti Teknologi MARA (UTM).
Menurutnya, kenaikan taraf ini sesuai dengan peranan besar ITM dalam pembangunan negara.
Beliau bagaimanapun menegaskan, pertukaran nama itu tidak akan melibatkan perubahan dalam dasar institut itu yang hanya terbuka kepada pelajar-pelajar Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja.
Katanya, langkah itu sesuai dengan kejayaan dan peranan ITM yang sudah 43 tahun dalam bidang pendidikan tinggi dan melahirkan banyak graduan yang menyumbangkan ke arah pembangunan negara.
Pengumuman Perdana Menteri itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh lebih 15,000 siswazah dan pelajar ITM yang menghadiri Perhimpunan Perdana Siswazah ITM bersama Perdana Menteri di Stadium Malawati, di sini hari ini.
Perhimpunan yang julung kali diadakan itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hassan Omar; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak; Pengarah ITM, Tan Sri Ir. Ahmad Zaidee Laidin serta bekas-bekas Pengarah ITM iaitu Tan Sri Arshad Ayob dan Tan Sri Dr. Awang Had Salleh.
Pengumuman Perdana Menteri itu juga merealisasikan hasrat beberapa orang pemimpin ITM sebelum ini yang mahukan institut itu diberi taraf universiti.
Cadangan pertama untuk itu telah dikemukakan oleh bekas pengarahnya, Arshad Ayub.
Hasilnya, pada tahun 1996 Akta ITM telah dipinda bagi membolehkan ia berfungsi seperti universiti-universiti awam lain.
Najib, ketika ditanya sama ada penggunaan nama UTM akan berkuat kuasa serta-merta memberitahu: ''Dari segi perundangan belum lagi tetapi untuk penggunaan biasa ia sudah boleh dipanggil UTM.''
Katanya, sedikit pindaan akan dibuat pada Akta ITM untuk mengesahkan ia sebagai sebuah universiti secara perundangan.
Pindaan itu, kata beliau, akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.
Sementara itu bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Perdana Menteri mengakui, beliau pernah menentang untuk menaikkan taraf ITM kepada universiti.
Katanya, ketika itu institusi itu di bawah pentadbiran pengarahnya, Arshad Ayob manakala Pengerusi Perhimpunan Siswazah, Datuk Ibrahim Ali pula merupakan ketua pelajar.
Sambil berjenaka, Dr. Mahathir berkata, ini kerana pada masa itu beliau melihat Ibrahim sebagai tidak layak menjadi penuntut universiti.
''Saya mengaku saya pernah menentang cadangan menaikkan taraf ITM sebagai universiti semasa Tan Sri Arshad Ayob dan Ibrahim Ali ketua pelajar dan dia buat kacau.
"Tetapi ITM kini bertambah besar dan ramai penuntutnya yang capai kejayaan dan mereka menyumbangkan kepada pembangunan negara," tegasnya.
Perdana Menteri turut mengakui penukaran nama itu juga agak lewat kerana ITM kini telah pesat berkembang dan penuntut-penuntutnya sudah mencapai kejayaan cemerlang dalam membangunkan negara ini.
Ditanya mengenai yuran UTM itu pula, Dr. Mahathir berkata, Menteri Pendidikan akan membuat kajian teliti kelak.
Bagaimanapun katanya, dengan kenaikan taraf itu ITM tetap tidak akan mengabaikan peranannya sebelum ini iaitu memberi peluang kepada pelajar-pelajar bumiputera yang kurang mampu untuk melanjutkan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi.
Sebab itu katanya, pada awal penubuhan institut itu ia memberi penekanan kepada pendidikan peringkat diploma kerana ia merupakan peringkat pertengahan yang menyediakan pelbagai latihan teknikal dan profesional kepada golongan tersebut.
Oleh itu tegas Perdana Menteri, beliau mahukan pengajian diploma itu diteruskan oleh UTM pada masa-masa depan.
''Kita tidak mahu dengan dinaikkan taraf ini mereka (pelajar-pelajar miskin) tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran. Fungsi ITM untuk bantu pelajar-pelajar miskin akan kekal. Sebab itu ditekankan supaya program diploma diteruskan,'' jelasnya.
Sementara itu, Najib turut memberi jaminan, walaupun ITM kini sudah menjadi universiti, dasarnya untuk menawarkan pendidikan peringkat tinggi kepada golongan Melayu dan bumiputera tidak akan berubah.
Malah katanya, ia juga masih memberi penekanan kepada kursus pada peringkat diploma kerana UTM akan menawarkan 70 peratus kursus peringkat itu manakala baki 30 peratus untuk kursus peringkat sarjana muda dan sarjana.
Beliau berkata, perkara-perkara lain termasuk yang melibatkan gaji kakitangan dan sebagainya akan dibincangkan kemudian.
Oleh: KAMARUZAMAN MOHAMAD dan AZNAN BAKAR
http://www.utusan.com.my/utusan/info...1.htm&arc=hivePosted 25-08-2009 at 12:39 AM by aidiryatim
-
Restoran Felda di Mekah mula beroperasi
ARKIB : 28/07/2009
Restoran Felda di Mekah mula beroperasi
KUALA TERENGGANU 27 Julai - Restoran Felda di Mekah yang berharga RM200 juta telah memulakan operasi baru-baru ini selaras dengan matlamatnya untuk memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia semasa mengerjakan haji dan umrah.
Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Dr. Yusof Noor berkata, pihaknya yakin restoran tersebut berpotensi untuk berkembang selain mampu menyediakan kemudahan kepada rakyat Malaysia semasa di tanah suci.
Katanya, projek di bawah penyelenggaraan Felda Global Venture iaitu sebuah anak syarikat Felda itu mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dan kerajaan Arab Saudi.
"Hotel dan restoran terletak di Bab Al Aziz, Mekah itu merupakan antara projek terbesar diterokai oleh Felda di luar negara selain perladangan kelapa sawit," katanya selepas merasmikan pejabat cawangan Felda Travel di Felda Residence di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Felda Travel, S.Andrew Francis; Ketua Unit Kawal Selia, Jabatan Perdana Menteri, Dr. Omar Salim; Pengurus Besar Felda Terengganu, Faizoull Ahmad serta ketua jabatan kerajaan dan swasta.
Ini merupakan pejabat cawangan Felda Travel ketiga selain di Putrajaya dan Lahad Datu, Sabah.
Mengulas lanjut Dr. Yusof berkata, selain menyediakan perkhidmatan restoran, bangunan yang menempatkan hotel 600 bilik sederhana itu bakal memberi kemudahan penginapan yang selesa kepada jemaah haji dari Malaysia.
Selain itu, katanya, hotel itu juga terbuka kepada penduduk tempatan dan pelawat dari negara lain ketika musim haji dan umrah.
"Kita akan mendapatkan kerjasama Tabung Haji untuk menempatkan jemaah dari Malaysia di hotel berkenaan pada musim haji dan program umrah yang dilaksanakan secara pakej oleh syarikat tertentu," katanya.
Beliau berkata, restoran berdekatan hotel itu juga akan menawarkan pelbagai jenis makanan Malaysia kepada penduduk tempatan dan jemaah haji.
Tambahnya, tenaga pengurusan hotel dan restoran di kalangan rakyat Malaysia manakala pekerjanya pula terdiri daripada penduduk tempatan.Posted 04-09-2009 at 01:12 AM by aidiryatim




