PAMM-accounts service by InstaForex: find your investor or invest funds in successful traders by 1 click! Investments from $1 to $100000 by 1 click! To be a part of PAMM-system it’s just enough to have account with InstaForex. PAMM-traders and PAMM-investors, InstaForex welcomes you!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > Blogs > Moharmard

Rate this Entry

Day 1

Posted 30-07-2012 at 08:25 AM by Moharmard

Salam,

Ini pertama kali aku gunakan blog feature kat cg. Aku nak cerita pasal aku forex dan extra income.

Aku mengenali forex sejak tahun 2005, pada masa tu, aku tergolong dalam kategori newbie, ada pun sebab musabab aku menceburi forex ni adalah kerana aku mempunyai wawasan untuk maju dalam hidup especially mengukuhkan kedudukan kewangan aku.

Seperti biasalah, dengan pengalaman dan pengetahuan yang cetek masa tu, aku mula bertrading, Wah!, sungguh mudah, aku dapat profit tak sampai satu jam pada op pertama aku USD 150 dah masuk. Riak dan over confident mula menguasai diri, rasa seperti jaguh, mula pasang angan angan, satu jam USD150, kalau 24 jam aku dah gaji sebulan.

Trade aku seterusnya mebuahkan hasil dan aku dah kumpul USD800..Jeng!Jeng!Jeng!...Perasaan tamak mula menguasai diri, mula buka lot gaban, Tepat pukul 9 malam hari yang sama, aku MC.. Melopong terkedip kedip mata melihat screen PC aku....HANCUS!!!!

Bak kata pepatah, sesal kemudian tiada gunanya..masa tu juga aku tersedar, dek kerana asyik trading, aku tak makan, aku tak mandi (cuma pagi sekali saja) dan paling paling aku menyesal aku tangguhkan solat.

Selesai solat aku duduk dan mula mengkaji di mana silapnya aku ( maklumlah masa tu tak ada ilmu, kononnya kaji kesilapan melihat graf lah kononnya)....mula terdetik nak tahu apa sebenarnya forex...aku pun mula langkah bertemankan google, aku baca melalui Wikipedia, aku dah mula faham sikit, aku ikut link-link yang dicadangkan, bertambah lagi kefahaman aku, akhirnya aku sedar apa itu forex dan bagaimana aku boleh menjadi trader yang berjaya. Semuanya adalah ILMU dan Mohon keredhaan dari yang Esa.

cukup disini dahulu...aku akan sambung perjalanan menimba ilmuku di blog yang akan datang, mungkin juga aku akan sharekan teknik teknik forex yang berkesan yang membantu sehingga aku berjaya sekarang....
Posted in Uncategorized
Views 110 Comments 0 Email Blog Entry
Main     Day 2 »
Total Comments 0

Comments

 

All times are GMT +8. The time now is 12:19 PM.


Copyright ©2000 - 2013, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE