PAMM-accounts service by InstaForex: find your investor or invest funds in successful traders by 1 click! Investments from $1 to $100000 by 1 click! To be a part of PAMM-system it’s just enough to have account with InstaForex. PAMM-traders and PAMM-investors, InstaForex welcomes you!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > Blogs > Neo

Rate this Entry

5 Teknik Meningkatkan Trafik Blog

Posted 12-10-2011 at 07:42 PM by Neo

Korang ada blog, tapi tak tahu cara meningkatkan trafik ke blog? Jika ya, korang perlu baca entri ini sampai habis. Sebab hari ini Ikhwan akan ajar bagaimana untuk meningkatkan bilangan trafik ke blog. Tekniknya cukup senang dan mudah. Tak perlu keluar duit. Kalau korang praktikkan teknik-teknik yang Ikhwan ajar, Isya-Allah trafik blog korang mesti naik. Teknik-teknik ini memang sudah lama Ikhwan amalkan, dan tidak mengecewakan Ikhwan.



Teknik pertama – Gunakan Blog-ping Aggregator
Cara ini mungkin sudah biasa kita dengar tapi adakah teknik korang itu betul? Sebelum kita teruskan, mari kita ketahui apa sebenarnya itu ping dan tujuannya.

Quote:
Apa itu ping?
Ping adalah proses untuk kita memberitahu bot / spider search engine bahawa blog kita mengalami perubahan. Sebagai contoh, setelah kita menulis entri baru di blog dan ping entri terbaru. Bot / spider seperti Google dan Yahoo akan track entri tersebut untuk di-index ke search engine mereka.
Quote:
Apa tujuan ping?
Satu cara untuk tingkatkan trafik ke blog dan percepatkan entri untuk di-index ke search engine.
Antara blog-ping aggregator yang Ikhwan sering guna untuk ping blog :
  • pingomatic.com
  • gengblogger.com
  • kelantanbloggers.com
  • selangorbloggers.com
  • johoreanbloggers.com
  • imcurtain.com
  • blogged.my
  • petalingstreet.org
  • storyanda.com
  • innit.nuffnang.com
  • undi.me

Kebanyakan blog-ping aggregator yang Ikhwan gunakan adalah buatan tempatan. Kenapa? Kerana blog ini berbahasa Melayu dan Ikhwan inginkan reader dari Malaysia. Tadi Ikhwan ada mention pasal teknik ping blog, apa tekniknya ye? Teknik yang Ikhwan maksudkan ialah ping blog secara berperingkat. Elakkan ping blog ke blog-ping aggregator secara serentak. Misalnya, selepas kita menulis entri baru, ping-kan entri tersebut ke satu atau dua blog-ping aggregator sahaja. Dua atau tiga jam kemudian, ping lagi entri itu ke blog-ping aggregator lain. Tujuannya hanya satu untuk mendapatkan trafik secara berterusan.

Teknik kedua – Gunakan akaun Twitter
Korang akaun Twitter tak? Kalau ada bagus, kalau tak ada korang boleh apply di sini. Macam mana untuk meningkatkan trafik dengan Twitter? Mudah banget. Firstly, korang cuma perlu register di twitterfeed.com. Then, create new feed, isi blog url, yang lain pihak Twitter Feed akan uruskan.

Quote:
Apa itu Twitter Feed?
Twitter Feed adalah website yang menawarkan khidmat “tweet” secara automatik ke akaun Twitter kita, jika terdapat entri baru. Senang cerita, apabila blog kita ada entri baru, Twitter Feed akan membantu kita memberitahu kepada followers kita di Twitter.
Bagi mereka yang mempunyai ramai followers di Twitter, Ikhwan recommend cara ini. Kepada yang jarang menggunakan Twitter, korang juga boleh menggunakan akaun Facebook. Tak mungkin korang tak ada akaun Facebook kan?

Teknik ketiga – Baca blog dan tinggalkan komen
Luangkan masa korang untuk baca blog orang lain dan jangan segan silu meninggalkan komen (sila komen dengan ikhlas dan jangan cuba untuk SPAM). Isya-Allah, diorang akan menunjukkan tanda “appreciate” dengan balas balik kunjungan atau komen di blog korang. Ikhwan tidak menggalakkan korang untuk meninggalkan link hanya di shoutbox. Itu trick lama, apa guna blogwalking kalau hanya bertujuan untuk spam shoutbox orang lain, ye tak? Jika terdapat entri mereka yang berkaitan dengan mana-mana entri korang, mungkin korang boleh trackback link di bahagian link blog mereka.

Teknik keempat – Bertukar pautan di blog rakan
Satu lagi petua yang Ikhwan nak kongsi ialah rajinkan diri untuk bertukar-tukar link dengan owner blog yang baru korang jumpa. Korang boleh letakkan link mereka sama ada di sidebar blog atau buat satu page khas seperti yang ada di Ikhwan Shah [dot] com ni (Blogosphere).

Di samping meningkatkan trafik, bertukar-tukar link juga dapat meningkat page rank dan backlink. 3 dalam 1, senang mudah dan sempoi.
Dan akhir sekali..

Teknik kelima – Kerap menambah entri baru
Update blog sangat penting sebenarnya. Korang digalakkan untuk kemas kini blog 2 3 kali seminggu. Kalau tak dapat seminggu sekali pun jadilah. Setiap kali korang update blog dan ping, search engine akan menghantar bot / spider mereka untuk crawl blog korang. Kalau hari-hari Google buat lawatan rasmi kat blog korang, tiada sebab kenapa blog korang tidak berada di senarai paling atas dalam search result.
Ikhwan harap teknik-teknik yang Ikhwan cadangkan di atas dapat membantu untuk tarik trafik ke blog korang. Kalau ada masa, Ikhwan ada list-kan banyak lagi teknik untuk diamalkan.

Entri asal : 5 Teknik Meningkatkan Trafik Blog

--
Ikhwan Shah
Just another UNextraordinary boy from Malaysia.

http://www.ikhwanshah.com
http://www.mylirik.com
Posted in Uncategorized
Views 212 Comments 0 Email Blog Entry
Total Comments 0

Comments

 

All times are GMT +8. The time now is 02:50 PM.


Copyright ©2000 - 2013, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE