PDA

View Full Version : Engine campro proton

naa_zaa01
13-09-2009, 12:25 PM
Enjin Campro

Enjin Campro ialah enjin kereta pertama yang dikeluarkan oleh pembuat kereta Malaysia, Proton dengan kerjasama Lotus[1]. Nama Campro ialah kependekan bagi Cam Profile (Profil Sesondol). Enjin ini digunakan dalam model-model kereta Proton bermula dengan Proton Gen-2 diikuti model-model lain termasuk Proton Satria Neo, Proton Waja dan Proton Persona. Enjin ini dibina sebagai membuktikan kemampuan Proton untuk membina enjin yang berkuasa dan mematuhi piawaian emisi yang ketat.

Enjin DOHC asas
Enjin Campro DOHC asas dikeluarkan dalam 2 sesaran enjin iaitu 1.6L (S4PH) dan 1.3L (S4PE). Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini dipasang pada Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya. Enjin ini mula digunakan pada Proton Gen-2. Walaupun enjin tersebut kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi, namun pengguna awal Gen-2 mengalami masalah kekurangan kilasan terutamanya untuk mendaki bukit semasa kelajuan enjin sekitar 3,000 ~ 3,500 rpm disebabkan penurunan kilasan pada kelajuan tersebut sebelum meningkat semula ke 148 N-m pada 4,000 rpm. Akibatnya, pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2 dan 3 semasa mendaki bukit. Masalah ini diselesaikan dengan pemetaan semula ECU enjin tersebut pada tahun 2005.

S4PH
Kuasa kuda maksimum: 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
Kilasan maksimum: 148 N-m @ 4,000 rpm
Lubang x lejang: 76 x 88 mm
Sesaran enjin: 1598 cc

S4PE
Kuasa kuda maksimum: 94 bhp (70 kW) @ 6,000 rpm
Kilasan maksimum: 120 N-m @ 4,000 rpm
Lubang x lejang: 76 x 73.4 mm
Sesaran enjin: 1332 cc

naa_zaa01
13-09-2009, 12:29 PM
[sunting] Enjin Campro CPS dan VIM

Sebagai tambahan kepada enjin DOHC asas sedia ada, Proton juga sedang membangunkan enjin CPS (Penukaran Profil Sesondol) dan VIM (Rongga Masukan Boleh Laras). Teknologi CPS adalah teknologi pemasaan injap boleh laras yang dibangunkan serupa dengan teknologi VTEC oleh Honda dan VVT-i oleh Toyota, tetapi bezanya ialah CPS menukar profil sesondol dengan menggunakan tapet tindakan terus dengan pin pengunci manakala VTEC dan VVT-i pula menggunakan lengan jumpelang dengan pin pengunci[1]. Mekanisme CPS bertindak pada 3,800 rpm, tetapi pada Proton Satria Neo CPS pula penukaran berlaku pada 4,400 rpm[2].

Enjin Campro CPS 1.6 mampu menghasilkan sehingga 125 kuasa kuda (127 PS; 93 kW) pada 6,500 rpm serta meningkatkan nilai kilasan kepada 150 N-m @ 4,500 rpm yang berterusan sehingga 5,000 rpm.[3] Proses pembangunan enjin ini sering mendapat kritikan di kalangan peminat automotif kerana sering tertangguh walaupun jadual asal bagi penggunaan teknologi sedemikian sepatutnya mula digunakan pada tahun 2005. Enjin Campro CPS hanya akan mula digunakan bermula dengan model Proton Gen-2 dan Proton Waja tahun 2008[4][5].

Kedua-dua teknologi CPS dan VIM saling bergandingan dan berfungsi dalam 3 mod berbeza seperti berikut:-

Kelajuan enjin rendah (3,800 rpm ke bawah): Sesondol rendah digunakan dan udara masuk melalui rongga masukan panjang untuk percampuran udara-bahan api yang lebih baik, seterusnya menjimatkan bahan api serta menghapuskan junaman kilasan pada rpm rendah.
Kelajuan enjin sederhana (3,800 ~ 4,800 rpm): Sistem CPS menukar profil sesondol dari sesondol rendah ke sesondol tinggi, membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk dengan lebih lawas, sekaligus menyumbang kepada kuasa maksimum yang lebih tinggi.
Kelajuan enjin tinggi (4,800 rpm ke atas): Sistem VIM menukar aliran udara kepada rongga masukan pendek dan lurus.
Selain enjin 1.6L, enjin Campro CPS juga terdapat dalam versi 1.8L, tetapi setakat 30 April 2008 ia masih belum digunakan pada mana-mana model kereta Proton sebaliknya membuat penampilan sulungnya di dalam sebuah hoverkraf buatan Malaysia.[6].

naa_zaa01
13-09-2009, 12:30 PM
Enjin Campro IAFM

Secara ringkasnya, enjin Campro IAFM adalah enjin asas Campro DOHC yang dipasang dengan sistem rongga masukan boleh laras, dikenali sebagai modul IAFM (Modul Masukan Udara-Bahan Api), mula dibangunkan bersama-sama oleh Proton, Bosch dan EPMB pada April 2005. Walau bagaimanapun, perbezaan antara IAFM dengan sistem VIM pada enjin Campro CPS adalah seperti berikut:-

IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula perlu berfungsi seiringan dengan sistem CPS pada enjin CPS.
IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan solenoid elektrik kawalan ECU.
Enjin Campro IAFM mula digunakan pada generasi kedua Proton Saga yang dilancarkan pada Januari 2008. Enjin 1.3L tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 bhp @ 6,500 rpm. Kilasan maksimum menurun sedikit kepada 113.2 N-m, tetapi banjaran kilasan pada enjin IAFM tersebut adalah lebih lebar serta masalah kemerosotan daya kilasan yang biasa dihadapi pada RPM pertengahan telah dapat ditangani sepenuhnya.

Sementara itu, versi 1.6 liter pula menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan sekuat 148 N-m @ 4,000 rpm, dan masalah junaman kilasan pada versi DOHC asas telah dapat ditangani sepenuhnya. Enjin 1.6L IAFM ini mula digunakan pada kereta Proton Gen-2 M-line dan Proton Persona mulai tahun 2008.

EzY-eLoaD
13-09-2009, 12:32 PM
mantap enjin campro...

naa_zaa01
13-09-2009, 12:33 PM
Enjin Campro hibrid

Proton dan Lotus telah mengumumkan model prototaip kereta Proton Gen-2 yang menggunakan enjin Campro hibrid semasa Pertunjukan Kereta Geneva 2007[7][8]. Sistem enjin hibrid tersebut dikenali sebagai EVE (Cekap, Berdaya Saing, Mesra Alam). Ia menggunakan enjin S4PH sedia ada dan digandingkan dengan motor elektrik 144 V, 30 kW. untuk membolehkan sistem tersebut digunakan pada semua model sedia ada Proton tanpa perlu membangunkan platform baru yang berasingan bagi model kereta hibrid.

Data teknikal sistem hibrid tersebut adalah seperti berikut:-

Kuasa kuda maksimum (enjin sahaja): 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
Kilasan maksimum (enjin sahaja): 148 N-m @ 4,000 rpm
Kuasa kuda maksimum (gabungan): 141 bhp (105 kw) @ 5,500 rpm
Kilasan maksimum (gabungan): 233 N-m @ 1,500 rpm (dihadkan ke 180 N-m berterusan)

Enjin Campro turbo

Pada 13 Disember 2008, Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin telah membuat pendedahan bahawa Proton sedang membangunkan versi turbo bagi enjin Campro 1.6 L yang bakal diperkenalkan sekitar tahun 2010-2011.[9][10] Enjin ini dibangunkan sebagai tindak balas kepada trend pasaran baru di mana enjin bersesaran kecil digunakan tetapi dipasang sistem pernafasan paksaan bagi menghasilkan keluaran kuasa yang setara dengan enjin yang lebih besar, satu konsep yang serupa dengan teknologi pengecas berkembar TSI pada kereta Volkswagen Golf Mk5. Tiada butiran sama ada enjin tersebut bakal dilengkapi dengan sistem pemasaan injap boleh laras CPS atau tidak, tetapi keluaran kuasa dianggarkan sekitar 150 bhp serta kilasan 240 N-m.

Halimm
13-09-2009, 12:35 PM
kesimpulannya mana yg baguih?

aku selaku pengguna nak tahu tu jer...

buat perbandingan dgn yg lain?

ampir terkilas aku...baca ayat2 engineering automotif yg dimelayukan... apa2 hal idup melayu...

naa_zaa01
13-09-2009, 12:35 PM
Perancangan masa hadapan

Buat masa sekarang, Proton sedang merancang untuk membangunkan enjin bersesaran lebih tinggi (1.8L dan 2.0L) sebagai pelengkap kepada enjin Campro 1.3L dan 1.6L sedia ada[11] serta sedang berbincang dengan beberapa pihak luar bagi membantu pembangunan enjin. Di samping itu, Proton turut merancang untuk menghasilkan versi diesel bagi enjin Campro.-Tamat-

Ghost Rider
13-09-2009, 12:58 PM
dok sibuk dgn enjin, body tu kasi improve skit, byk lg nk perlu diimprove sblm sibuk2 pasal enjin..

zamreda
13-09-2009, 01:05 PM
enjin turbo?kenapa mpv tak dipasang enjin tu?

acan
13-09-2009, 03:20 PM
mmg tdk aku sangkal..
enjen campro ni agk bes gak la..

helmihussain
13-09-2009, 03:27 PM
Mmg best...sebba..aku guna gen2 dah agak 5 thun dah nih..
alhamdulilah...engine ok lagi...
hebat la kalau first timer pembuat engine nih...
and then...kat highway tuh..mmg best...
pernah aku bawak 220km/h...tak gegar beb...skrng tak berani la..ada familiy..

naa_zaa01
13-09-2009, 03:46 PM

Selain daripada Campro,Proton pernah juga dipasang dengan engin model Petronas E01 hasil dari R&D Peronas semasa menaja formula 1.Tapi sayang kerana Proton tak mau pakai engin ni..***** sombong ke apa tak taulaa..

http://paultan.org/2005/07/08/the-petronas-e01/

capachou
13-09-2009, 03:48 PM
bravo proton

azam575
13-09-2009, 03:55 PM
fuh..... campro CPS pon dah power hehehehehe :D

desmoquattro
13-09-2009, 04:14 PM
enjin turbo?kenapa mpv tak dipasang enjin tu?

benda xsiap lg mana boleh pasang sesuka hati..kena la test dulu...manufacturing pon xsettle lg...ingat senang ke buat enjin...

fms
13-09-2009, 04:43 PM
dok sibuk dgn enjin, body tu kasi improve skit, byk lg nk perlu diimprove sblm sibuk2 pasal enjin..

body dah ok bagi aku..
enjin tu slalu ade masalah..

silverchair959
13-09-2009, 05:10 PM
korang penah try neo cps ?? kalau aku mampu bayar bulan2 dah lama aku angkat sebagai 2nd car hik3...

aku try kat highway kl-putrajaya arituh....puas hati beb !!!

zamreda
13-09-2009, 05:27 PM
benda xsiap lg mana boleh pasang sesuka hati..kena la test dulu...manufacturing pon xsettle lg...ingat senang ke buat enjin...

mende lak....proton senang ajer beli mesin,acuan,..
nie sbb keuntungan tak cover lagi utk yng ade....
turbo2 dah ade buat...nie sbb JPJ kaco...

zinedine
13-09-2009, 05:45 PM
Ini pendapat peribadi aku.

Enjin campro masih baru tapi ada potensi. Walaupun belum setaraf dgn enjin jenis vtec, i-vtec, idsi, vvti, cvt, tapi campro selalu ditingkatkan kemampuannya dan dipasang teknologi CPS.

Pengalaman aku sendiri naik Gen.2 CPS kawan aku sorang cikgu, memang aku tak boleh tipu. Campro CPS memang berkuasa pada RPM tinggi kat lebuhraya dan boleh mencabar enjin lain. Ini termasuk dah pernah tinggalkan vios & city pada kelajuan 170kmj kat lebuhraya.

Honda EK vtec pulak, setakat ni campro CPS kawan aku cuma mampu mencabar dgn cucuk dari blkg dgn rapat jer, belum dapat motong vtec lagi. Tak boleh ler nak bandingkan CPS dgn vtec sebab vtec tu dah lama dah berpengalaman. Teknologi dia pun dah lasak. CPS masih baru.

Tapi apa yg aku cerita ni cuma berkisar kat Campro CPS jer yg mampu mencabar ni. Campro IAFM setau aku hanya sesuai utk pemanduan standard biasa jer, tak boleh nak main cabar-mencabar macam CPS. Campro IAFM dipasang kat Saga BLM 1.3 & Persona 1.6.

Kesimpulannya, boleh dipertingkatkan lagi.

sfauzie
13-09-2009, 09:30 PM
Bagi aku proton...memang ade kelas tersendiri dari segi enjin nya...rekabentuknya...bg aku mcm Persona @ Persona SE...rekabentuk dah cantik dan sporty...cuma aku aku kurang raspek dari segi kualiti pembuatan badan kereta proton...material yang digunakan. Iswara aku baru 10 tahun...dah penuh karat...atas bumbung...pintu...bonet...kancil kawan aku...11 tahun...satu karat kat badanpun tak ada. Apapun aku sayang Iswara aku tu...enjin memang bagus...

joelabu
13-09-2009, 09:34 PM
mende lak....proton senang ajer beli mesin,acuan,..
nie sbb keuntungan tak cover lagi utk yng ade....
turbo2 dah ade buat...nie sbb JPJ kaco...

oo rupanya proton tak buat lagi sebab JPJ kaco ker?..kelakar betul.. :eek:

zamreda
13-09-2009, 09:36 PM
Bagi aku proton...memang ade kelas tersendiri dari segi enjin nya...rekabentuknya...bg aku mcm Persona @ Persona SE...rekabentuk dah cantik dan sporty...cuma aku aku kurang raspek dari segi kualiti pembuatan badan kereta proton...material yang digunakan. Iswara aku baru 10 tahun...dah penuh karat...atas bumbung...pintu...bonet...kancil kawan aku...11 tahun...satu karat kat badanpun tak ada. Apapun aku sayang Iswara aku tu...enjin memang bagus...

salam...iswara tu pasang kat S.alam...gen2,persona,saga blm kat tg malim...yng produk dari tg malim lagi ok bodynya sebb dah salut zink oksid utk cegah karat..:)cgrock

fauzi32
13-09-2009, 09:37 PM
Ini pendapat peribadi aku.

Enjin campro masih baru tapi ada potensi. Walaupun belum setaraf dgn enjin jenis vtec, i-vtec, idsi, vvti, cvt, tapi campro selalu ditingkatkan kemampuannya dan dipasang teknologi CPS.

Pengalaman aku sendiri naik Gen.2 CPS kawan aku sorang cikgu, memang aku tak boleh tipu. Campro CPS memang berkuasa pada RPM tinggi kat lebuhraya dan boleh mencabar enjin lain. Ini termasuk dah pernah tinggalkan vios & city pada kelajuan 170kmj kat lebuhraya.

Honda EK vtec pulak, setakat ni campro CPS kawan aku cuma mampu mencabar dgn cucuk dari blkg dgn rapat jer, belum dapat motong vtec lagi. Tak boleh ler nak bandingkan CPS dgn vtec sebab vtec tu dah lama dah berpengalaman. Teknologi dia pun dah lasak. CPS masih baru.

Tapi apa yg aku cerita ni cuma berkisar kat Campro CPS jer yg mampu mencabar ni. Campro IAFM setau aku hanya sesuai utk pemanduan standard biasa jer, tak boleh nak main cabar-mencabar macam CPS. Campro IAFM dipasang kat Saga BLM 1.3 & Persona 1.6.

Kesimpulannya, boleh dipertingkatkan lagi.

saya guna gen2 tahun 2004.. yang saya ubah cuma sistem exzoz dan tabung angin nyer pakai jenama KN... nak kata cps power. kat highway slamber je saya potong neo cps kawan saya tu.. dan paling best campro saya nie. vtec ek kawan saya tak boleh potong asik kena tinggal je.. hehe.. keta saya max boleh pergi sampai km 230.. tapi yang tak best campro nie.. takde pickup. cuma harap top speed je.

fms
13-09-2009, 10:01 PM

tinggi tu 230..
aku 140 pon dah bising bunyi enjin..

zamreda
13-09-2009, 10:11 PM

mmglah takder pikap...sbb asalnya guna enjin nie utk sporty mode....kira pada rpm 4k tu penendangan dari spark plug tu tepat....klau keter lain 4k kbnyakan penendangan spark kureng..

wazir
13-09-2009, 10:15 PM
tinggi tu 230..
aku 140 pon dah bising bunyi enjin..

campro persona se mmg ok topspeed. tapi yang tak best nya nak capai topspeed tu lambat. sampai kete belakang boleh potong dulu kat highway.lepas tu ligan balik baru boleh potong balik kete tu. so topspeed ada, cuma time nak capai topspeed tu lambat. satu lagi topspeed kete persona se dah kene set limiter kat 190km/hr. tekan pedal sampai lantai pun dah tak boleh pegi lagi. mcmana cara nak buang speed limiter ni haa? ~X(

taurusboyz90
13-09-2009, 11:08 PM
saya guna gen2 tahun 2004.. yang saya ubah cuma sistem exzoz dan tabung angin nyer pakai jenama KN... nak kata cps power. kat highway slamber je saya potong neo cps kawan saya tu.. dan paling best campro saya nie. vtec ek kawan saya tak boleh potong asik kena tinggal je.. hehe.. keta saya max boleh pergi sampai km 230.. tapi yang tak best campro nie.. takde pickup. cuma harap top speed je.

hehe..bro dah try bawa gen2 cps ke?kawan taurus siap kata nak tolak kete dia kat longkak lepas try guna gen2 cps:p

acan
13-09-2009, 11:49 PM
byk aku dnga..
campro CPS bley beat B16..
kalau kne ngn joki la..

sfauzie
14-09-2009, 12:27 AM
salam...iswara tu pasang kat S.alam...gen2,persona,saga blm kat tg malim...yng produk dari tg malim lagi ok bodynya sebb dah salut zink oksid utk cegah karat..:)cgrock

Kalu dah improve...ok ler...bab 1 lagi material body ni...aritu aku p showroom...saja tengok exora...(kut2 berkenan nak gak sblm raya)...bila aku tekan body kat pintu...hmmm...kete rege 70ribu sama ngan kete aku rege 6ribu...(market skrang)...lembik mcm tin aluminium...patutnyanya buatlah tebal@keras...ramai aku tgk org dtg tengok...mesti tekan body (esp kat pintu)...ayat yg biasa aku dengar...body lembik@lembut mcm tin milo...

p/s-apa kete golongan sederhana aku nak beli ni...~X(

iwak
14-09-2009, 12:38 AM
bila la nk dpt pkai neo cps nih

acan
14-09-2009, 12:40 AM
Kalu dah improve...ok ler...bab 1 lagi material body ni...aritu aku p showroom...saja tengok exora...(kut2 berkenan nak gak sblm raya)...bila aku tekan body kat pintu...hmmm...kete rege 70ribu sama ngan kete aku rege 6ribu...(market skrang)...lembik mcm tin aluminium...patutnyanya buatlah tebal@keras...ramai aku tgk org dtg tengok...mesti tekan body (esp kat pintu)...ayat yg biasa aku dengar...body lembik@lembut mcm tin milo...

p/s-apa kete golongan sederhana aku nak beli ni...~X(

toyota pn buley tekan gak what..

zamreda
14-09-2009, 12:43 AM

ko tekan mmg lembik...cuba ambik pintu tu seketul..ko grindkan potong....ade besi bar cegah remuk dlm tu...:)cgrock:)cgrock

iwak
14-09-2009, 12:43 AM
toyota pn buley tekan gak what..

honda pn bleh tekan jgak

WMComm
14-09-2009, 12:47 AM
persona oh persona.lepas raya la jawabnya.tapi raya apa?raya haji?atau krismas? hahampeh.

WMComm
14-09-2009, 12:50 AM
ko tekan mmg lembik...cuba ambik pintu tu seketul..ko grindkan potong....ade besi bar cegah remuk dlm tu...:)cgrock:)cgrock

kalau lembik macam tin milo,baik beli yamaha lc 135 je.sama je risiko dia.kalau kat luaran keras,momentum akan kuat.so dalam ada bar,momentum akan diperlahankan jika terjadi pelanggaran.sama je semua kereta.kereta kebal je x lembik. :eek::)):eek:

zamreda
14-09-2009, 12:52 AM

sikit2 tekan...baik takyah pakai keterlah...:)):)):)):)):))

WMComm
14-09-2009, 12:54 AM
sikit2 tekan...baik takyah pakai keterlah...:)):)):)):)):))

ntah.xde jaminan pun eksiden xkan mati jika guna kereta import. :eek::)):eek:

lampor_2003
14-09-2009, 12:57 AM
harap kualiti setanding dengan jenama lain..
jgn prestasi jer mantap tp kualiti haprak!!

WMComm
14-09-2009, 12:59 AM
harap kualiti setanding dengan jenama lain..
jgn prestasi jer mantap tp kualiti haprak!!

prestasi mantap???lepas ni kereta2 import(body keras) duk pakat masuk enjin proton la mcm ni. :eek::)):eek:

ijai79
14-09-2009, 01:08 AM
nak tanya..tul ker model pesona yg guna enjin campro IAFM nih..dia ader problem pada alat IAFM nya dan menyebabkan enjin berbunyi kasar dan high FC.

Ada dengar tak..??

azamnetwork
14-09-2009, 01:22 AM
nak tanya..tul ker model pesona yg guna enjin campro IAFM nih..dia ader problem pada alat IAFM nya dan menyebabkan enjin berbunyi kasar dan high FC.

Ada dengar tak..??

Sesiapa nak beli Persona auto, tak payah beli lah. Lembab + Minyak kuat. Menyesal aku guna! Lepas raya ada rezeki aku nak tukar lain:mad:

nwar
14-09-2009, 03:08 AM
wah..gempak siot.detail punya bg..aku da tau da b4 kuar new saga..sistem operasi engin mcm yg ko ckp tu..cam honda sistem VTEC n VVT-i oleh Toyota.now dlm proses engine turbo..betul ape yg ko ckp tu.kwn aku lam proton ada bg tau..dia yg bahagian test new car...memang betul baik punya..!!pliz support our local car la beb!

nwar
14-09-2009, 03:20 AM
wah..gempak siot.detail punya bg..aku da tau da b4 kuar new saga..sistem operasi engin mcm yg ko ckp tu..cam honda sistem VTEC n VVT-i oleh Toyota.now dlm proses bgunkan engine turbo..betul ape yg ko ckp tu.kwn aku lam proton ada bg tau..dia yg bahagian test new car...memang betul baik punya..!!pliz support our local car la beb!

nwar
14-09-2009, 03:21 AM
http://http://images.search.yahoo.com/images/view?back=http%3A%2F%2Fimages.search.yahoo.com%2Fs earch%2Fimages%3Fp%3Dproton%26js%3D1%26b%3D21%26ni %3D20%26ei%3Dutf-8%26y%3DSearch%26pstart%3D1%26fr%3Dyfp-t-152&w=450&h=500&imgurl=static.flickr.com%2F1204%2F1490314882_ddcd6 6ffd1.jpg&rurl=http%3A%2F%2Fwww.flickr.com%2Fphotos%2Femphbo ne%2F1490314882%2F&size=60k&name=proton+pm5+conce...&p=proton&oid=842d8d7b8ff33010&fr2=&fusr=emphbone&no=22&tt=479132&b=21&ni=20&sigr=11h6q60fm&sigi=11gn6a71r&sigb=13d16uu75

syayzr
14-09-2009, 03:34 AM
mane best lg antare 4g92p ngn campro 1.6?

zamreda
14-09-2009, 07:19 AM
Sesiapa nak beli Persona auto, tak payah beli lah. Lembab + Minyak kuat. Menyesal aku guna! Lepas raya ada rezeki aku nak tukar lain:mad:

ade kesilapan proton kat cni....gearbox mitsubishi kahwin dgn enjin malaysia...:)):)):)):))...

gearbox tu ditune rpm 3k dah tukar gear..bila kahwin dgn enjin campro yng mmrlukan 4k utk kuasa terbaik mmglah lembab..
baik pakai manual...

ijai79
14-09-2009, 07:33 AM

manual pun sama gak..tuk campro IAFM pun lembab n FC high.Ngan VIOS 1.5 pun leh kena kat ats highway..pick up kurang

acan
14-09-2009, 12:16 PM
http://http://images.search.yahoo.com/images/view?back=http%3A%2F%2Fimages.search.yahoo.com%2Fs earch%2Fimages%3Fp%3Dproton%26js%3D1%26b%3D21%26ni %3D20%26ei%3Dutf-8%26y%3DSearch%26pstart%3D1%26fr%3Dyfp-t-152&w=450&h=500&imgurl=static.flickr.com%2F1204%2F1490314882_ddcd6 6ffd1.jpg&rurl=http%3A%2F%2Fwww.flickr.com%2Fphotos%2Femphbo ne%2F1490314882%2F&size=60k&name=proton+pm5+conce...&p=proton&oid=842d8d7b8ff33010&fr2=&fusr=emphbone&no=22&tt=479132&b=21&ni=20&sigr=11h6q60fm&sigi=11gn6a71r&sigb=13d16uu75

xkuar pn gmbanye..

zinedine
14-09-2009, 05:53 PM
Sesiapa nak beli Persona auto, tak payah beli lah. Lembab + Minyak kuat. Menyesal aku guna! Lepas raya ada rezeki aku nak tukar lain:mad:

Aku nak beli Persona auto jugak. Tak kira apa orang kata. Masing2 punya pendapat lain2.

Ada kata campro boleh beat B16.
Ada kata campro boleh challenge vios, city, swift.
Ada kata camro lembab nak mampus macam babie.
Ada kata campro pick-up kat highway.
Ada kata campro berjaya tinggalkan vtec kat highway.
Ada kata campro IAFM jimat minyak.
Ada kata campro IAFM, CPS kuat minum arak.
Ada kata campro CPS bengap macam kokang.
Ada kata campro hampeh macam shiyal.

Macam-macam yg orang kata. Pandainya melebihi orang yg bergelumang dgn campro tu sendiri. Tapi orang yg dok kata ni adakah beli keta campro? pernah naik campro? tau selok belok campro? pokoknya, hanya pandai menaip saja, kubur masing2.

myvi sporty
14-09-2009, 06:37 PM
sory to say la, saga BLM baru, aku compare ngan myvi, kenapa minyak lebih cket dari myvi?? dah la enjin bunyi macam lori.. tingkap macam proton generasi pertama.. asyik tak bleh bukak.. central lock alarm asyik masalah.. nile nak berubah nie??

ijai79
14-09-2009, 06:49 PM
Aku nak beli Persona auto jugak. Tak kira apa orang kata. Masing2 punya pendapat lain2.

Ada kata campro boleh beat B16.
Ada kata campro boleh challenge vios, city, swift.
Ada kata camro lembab nak mampus macam babie.
Ada kata campro pick-up kat highway.
Ada kata campro berjaya tinggalkan vtec kat highway.
Ada kata campro IAFM jimat minyak.
Ada kata campro IAFM, CPS kuat minum arak.
Ada kata campro CPS bengap macam kokang.
Ada kata campro hampeh macam shiyal.

Macam-macam yg orang kata. Pandainya melebihi orang yg bergelumang dgn campro tu sendiri. Tapi orang yg dok kata ni adakah beli keta campro? pernah naik campro? tau selok belok campro? pokoknya, hanya pandai menaip saja, kubur masing2.

Sekarang nih dah dekat setahun saya guna keta Persona manual tahun 2008.Campro IAFM..tapi byk dengar campro CPS bagus..tak penah try agie campro CPS.
Memang saya alami benda2 yg saya sebutkan tu..takkan la saya nak wat cerita..~X(

CL's
14-09-2009, 06:51 PM
aku adalah salah sorang pengguna Gen.2 CPS.....mmg tak dinafikan,Enjin Campro CPS mmg berbaloi utk memiliki tetapi mmg lembap pickup utk kete auto......terus terang aku ckp....kalau serius kat highway.....aku penah tinggalkan vios dan city dgn speed masa tu 180km/j dan tak jejak habis lagi minyak......dan aku pun penah main dgn Mitsubishi Singaporian punye kat Highway.......mmg potong memotong jer......tapi tak sempat abis sbb bini kat sebelah dah pucat.....:p:p....body utk Neo CPS mmg wallah....enjin lagi power kut sbb R3.....pehal pun....CPS mmg :)cgrock:)cgrock

sahabatniaga
14-09-2009, 07:02 PM
Aku nak beli Persona auto jugak. Tak kira apa orang kata. Masing2 punya pendapat lain2.

Ada kata campro boleh beat B16.
Ada kata campro boleh challenge vios, city, swift.
Ada kata camro lembab nak mampus macam babie.
Ada kata campro pick-up kat highway.
Ada kata campro berjaya tinggalkan vtec kat highway.
Ada kata campro IAFM jimat minyak.
Ada kata campro IAFM, CPS kuat minum arak.
Ada kata campro CPS bengap macam kokang.
Ada kata campro hampeh macam shiyal.

Macam-macam yg orang kata. Pandainya melebihi orang yg bergelumang dgn campro tu sendiri. Tapi orang yg dok kata ni adakah beli keta campro? pernah naik campro? tau selok belok campro? pokoknya, hanya pandai menaip saja, kubur masing2.

setuju..hidup persona :D
persona ni utk org yg nk comfort...sesuai dgn harga la...
nak kereta laju beli la lamborghini atau ferrari....kalu takde duit beli la evo....

naa_zaa01
14-09-2009, 07:03 PM
aku adalah salah sorang pengguna Gen.2 CPS.....mmg tak dinafikan,Enjin Campro CPS mmg berbaloi utk memiliki tetapi mmg lembap pickup utk kete auto......terus terang aku ckp....kalau serius kat highway.....aku penah tinggalkan vios dan city dgn speed masa tu 180km/j dan tak jejak habis lagi minyak......dan aku pun penah main dgn Mitsubishi Singaporian punye kat Highway.......mmg potong memotong jer......tapi tak sempat abis sbb bini kat sebelah dah pucat.....:p:p....body utk Neo CPS mmg wallah....enjin lagi power kut sbb R3.....pehal pun....CPS mmg :)cgrock:)cgrock

Campro + CPS dengan Campro + IAFM memang ada banyak beza antara kuasa,daya kilas(pick-up) dan Fuel cosumption...cthnya seperti Honda...VTEC comparekan dgn IDSI....so korang taulah apa bezanya..Kereta mahu laju..minyak mahu save mana bleh bai...So sekarang jurutera Proton sedang memikirkan bagaimana mendapat the best setting antara Power dan Fuel...Mau laju ke mahu save or mahu laju bila nak laju dan mahu save bila nak save dalam 1 engin...so pikio and pikiaqlah sendiri...

desmoquattro
14-09-2009, 07:24 PM
mende lak....proton senang ajer beli mesin,acuan,..
nie sbb keuntungan tak cover lagi utk yng ade....
turbo2 dah ade buat...nie sbb JPJ kaco...

please guys, jawab dgn fakta. bukan beli mesin tu macam beli mesin karipap beli je boleh trus pakai. So sorry sebab aku xleh nak explain sebab aku rasa brader ni bukan teknikal punya org and manufacturing. Engine xde pon nak beli acuan2 mcm kueh karipap tuh...mostly kena buat casting and part2 lain kena carik pada supplier. Block, oil pan, head, dan lain2 kita boleh buat in house or local. yang kita ada know how boleh buat sendiri but yang lain kita kena gunakan know how org lain such as piston and so on tp kena suitkan dengan engine kita. Utk proses design kita ada 3 phase, F1 utk 1st engine considered as prototype. Seterusnya correction design F1 akan dibetulkan dlm next stage iaitu F2. Design stage sahaja memerlukan masa lebey setahun. Bila Engine ni dah abis Dyno (more than 500hours), so kita akan masuk manufacturing punya stage. Stage ni byk songel bila nak masuk mass production. BIla dah settle production, kena la buat calibration and Vehicle test. So, sapa kata senang sgt buat engine nih? pegi tanya mana2 engineer proton sana sapa tanya soklan mcam tu mmg nak makan penampar sulung ataupon kena baling cylinder kat belakang tulang rusuk. at least utk satu engine nak pegi ke customer perlukan 3-4 thn br ok.

CL's
14-09-2009, 07:37 PM
Campro + CPS dengan Campro + IAFM memang ada banyak beza antara kuasa,daya kilas(pick-up) dan Fuel cosumption...cthnya seperti Honda...VTEC comparekan dgn IDSI....so korang taulah apa bezanya..Kereta mahu laju..minyak mahu save mana bleh bai...So sekarang jurutera Proton sedang memikirkan bagaimana mendapat the best setting antara Power dan Fuel...Mau laju ke mahu save or mahu laju bila nak laju dan mahu save bila nak save dalam 1 engin...so pikio and pikiaqlah sendiri...
aku tak kisah psl minyak kalu nak bwk laju...janji power....honda pun aku penah try....city mmg leh mkn....tp accord mmg ssh la....:)cgrock

CL's
14-09-2009, 07:40 PM
Campro + CPS dengan Campro + IAFM memang ada banyak beza antara kuasa,daya kilas(pick-up) dan Fuel cosumption...cthnya seperti Honda...VTEC comparekan dgn IDSI....so korang taulah apa bezanya..Kereta mahu laju..minyak mahu save mana bleh bai...So sekarang jurutera Proton sedang memikirkan bagaimana mendapat the best setting antara Power dan Fuel...Mau laju ke mahu save or mahu laju bila nak laju dan mahu save bila nak save dalam 1 engin...so pikio and pikiaqlah sendiri...
baik beli keter hybrid kalau nak saving n power....toyota Prius atau honda civiv hybrid cdgn aku....

zamreda
14-09-2009, 08:18 PM
please guys, jawab dgn fakta. bukan beli mesin tu macam beli mesin karipap beli je boleh trus pakai. So sorry sebab aku xleh nak explain sebab aku rasa brader ni bukan teknikal punya org and manufacturing. Engine xde pon nak beli acuan2 mcm kueh karipap tuh...mostly kena buat casting and part2 lain kena carik pada supplier. Block, oil pan, head, dan lain2 kita boleh buat in house or local. yang kita ada know how boleh buat sendiri but yang lain kita kena gunakan know how org lain such as piston and so on tp kena suitkan dengan engine kita. Utk proses design kita ada 3 phase, F1 utk 1st engine considered as prototype. Seterusnya correction design F1 akan dibetulkan dlm next stage iaitu F2. Design stage sahaja memerlukan masa lebey setahun. Bila Engine ni dah abis Dyno (more than 500hours), so kita akan masuk manufacturing punya stage. Stage ni byk songel bila nak masuk mass production. BIla dah settle production, kena la buat calibration and Vehicle test. So, sapa kata senang sgt buat engine nih? pegi tanya mana2 engineer proton sana sapa tanya soklan mcam tu mmg nak makan penampar sulung ataupon kena baling cylinder kat belakang tulang rusuk. at least utk satu engine nak pegi ke customer perlukan 3-4 thn br ok.

ok bro...aku pernah keje bhg bodyshop ptn tg malim beb,taktau sgt enjin2 nie,pintu taulah aku....nak gie tanya memmeber aku kat engine deparment nie..:)cgrock:)cgrock:)cgrock

ok bro....kereta kuar 500 biji sehari..cmana enjin tu boleh kuar 500 sehari gak????ikut teknikal bro nie?dan ade masa kuar smpai 1000 kereta sehari..

ijai79
14-09-2009, 09:39 PM
Campro + CPS dengan Campro + IAFM memang ada banyak beza antara kuasa,daya kilas(pick-up) dan Fuel cosumption...cthnya seperti Honda...VTEC comparekan dgn IDSI....so korang taulah apa bezanya..Kereta mahu laju..minyak mahu save mana bleh bai...So sekarang jurutera Proton sedang memikirkan bagaimana mendapat the best setting antara Power dan Fuel...Mau laju ke mahu save or mahu laju bila nak laju dan mahu save bila nak save dalam 1 engin...so pikio and pikiaqlah sendiri...

Masing2 ada pendapat kan..kalo KL-Penang nek VIOS(auto lagik) bawak 140km/j-160km/j dalam rm50 lebih jer..tapi Persona kelajuan mcm tuh myk dekat2 rm70.Cam ner tuh:-?

Proton Juru ada order satu part tuk Persona saya unit tuh nama dia IAFM.Katanya unit yg sedia ada tuh(tgh pakai) ada problem yg menyebabkan FC jadik high dan enjin sedikit kasar.Kata mereka(pihak proton)benda nih mmg tak ok darik vendor yg supply tuh.So sapa2 yg nek Persona manual/auto yg guna campro IAFM nih check la ngan pusat service.Sebab benda nih kalo dalam warranty leh claim free..tapi kalo warranty dah expired..sendiri mau bayarla..

desmoquattro
14-09-2009, 10:15 PM
ok bro...aku pernah keje bhg bodyshop ptn tg malim beb,taktau sgt enjin2 nie,pintu taulah aku....nak gie tanya memmeber aku kat engine deparment nie..:)cgrock:)cgrock:)cgrock

ok bro....kereta kuar 500 biji sehari..cmana enjin tu boleh kuar 500 sehari gak????ikut teknikal bro nie?dan ade masa kuar smpai 1000 kereta sehari..

tu sebab kena plan ngan manufacturing nak masuk enjin dlm mass-pro bukan senang. bila dah masuk manufacturing, nak tukar skru pon susah kalau dlm design sebab manufacturing dah set utk tuh. bila semua dah set utk dsign yg dah buat so satu enjin xde masalah nak kuar 500-1000 sehari. enjin kena buat concurrent ngan keta.

wazir
14-09-2009, 10:33 PM
persona auto kalau pandai modify insyallah pickup cam myvi gak.
tukar air intake, extractor, pastu semua enviromental protection die kasi buang (carbon canister, pcv circulation, cat converter).
tukar spark plug iridium, buat grounding diy, minyak hitam sawit, petrol campur acetone sikit, taruk water spray injection (diy), taruk sport rim ringan, etc. Dah buat sume ni..:)

tapi part nak jimat minyak tak dapek nak nolong le..

naa_zaa01
14-09-2009, 10:36 PM
Masing2 ada pendapat kan..kalo KL-Penang nek VIOS(auto lagik) bawak 140km/j-160km/j dalam rm50 lebih jer..tapi Persona kelajuan mcm tuh myk dekat2 rm70.Cam ner tuh:-?

Proton Juru ada order satu part tuk Persona saya unit tuh nama dia IAFM.Katanya unit yg sedia ada tuh(tgh pakai) ada problem yg menyebabkan FC jadik high dan enjin sedikit kasar.Kata mereka(pihak proton)benda nih mmg tak ok darik vendor yg supply tuh.So sapa2 yg nek Persona manual/auto yg guna campro IAFM nih check la ngan pusat service.Sebab benda nih kalo dalam warranty leh claim free..tapi kalo warranty dah expired..sendiri mau bayarla..

IAFM ni actually di design utk save minyak.Sekiranya minyak tak save mesti ada something going wrong dgn benda nih..

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=89929
http://paultan.org/2007/11/14/campro-variable-intake-module-production-ready/
http://www.motortrader.com.my/NUS/articles/article_1293/page_m.asp
http://www.autoworld.com.my/emzine/review/viewarticle.asp?awReviewId=341&awCatId=RT.ATC.CAR.NW

amayzz
14-09-2009, 10:46 PM
oh PROTON.... minat gile kt NEO...mabeles design proton...yg len2 agk x mabeles ler heheheh

acan
14-09-2009, 10:48 PM
org kate klu persona @ gen2 pki side mirror wira bley jmat myk..

naa_zaa01
14-09-2009, 10:54 PM
org kate klu persona @ gen2 pki side mirror wira bley jmat myk..
Kenapa tak pakai side mirror honda ex5 jer..:))
http://paultan.org/topics/cars/malaysian-makes/proton/

wazir
14-09-2009, 10:56 PM
takpayah pakai side mirror musti lebih jimat..hehe

kancil2020
14-09-2009, 11:05 PM
ape kata CG nie buat lawatan kat kilang proton..
boleh tengok bagaimana sebuah exora ngan BLM hasilkan..
boleh tanya semua persoalan kat sini sewaktu kat kilang..

acan
14-09-2009, 11:25 PM
Kenapa tak pakai side mirror honda ex5 jer..:))
http://paultan.org/topics/cars/malaysian-makes/proton/

da ade bdk wat..
tp susah sket..
kne welding tapak baru..

ijai79
15-09-2009, 12:17 AM
IAFM ni actually di design utk save minyak.Sekiranya minyak tak save mesti ada something going wrong dgn benda nih..

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=89929
http://paultan.org/2007/11/14/campro-variable-intake-module-production-ready/
http://www.motortrader.com.my/NUS/articles/article_1293/page_m.asp
http://www.autoworld.com.my/emzine/review/viewarticle.asp?awReviewId=341&awCatId=RT.ATC.CAR.NW

thanks bro info tuh:):)cgrock

zinedine
27-09-2009, 07:46 PM
Aku aktifkan balik thread ni.
Beza teknologi vtec & CPS.

Ini video campro CPS:

http://www.youtube.com/watch?v=Fjn6bdvYdKw

Yg ni lak video honda vtec:

http://www.youtube.com/watch?v=9CzQ0e8g_6w

kamaltrd30
28-09-2009, 12:22 PM
mmg tdk aku sangkal..
enjen campro ni agk bes gak la..

semalam aku g cameron heightland ngan 3 buah kete .aku naik toyota SEG, lg 2 tu proton Pesona & toyota ipsum(mpv).aku ngan ipsum tu pki minyak baru setengh bar tp pesona dh 1 bar...kuat betoi mentekedarah minyak...ngape ha???mcm mna dgn xzora mpv msia tu,yg pki enjin yg sama...minyak parah x???

9w2mlw
28-09-2009, 01:24 PM
aku gi gak cameron, kat display tu ada button odometer/statistik minyak digital. aku set dari ipoh smpai cameron purata 6.7L/100km = 0.067L/km

gengjawa
28-09-2009, 01:33 PM
semalam aku g cameron heightland ngan 3 buah kete .aku naik toyota SEG, lg 2 tu proton Pesona & toyota ipsum(mpv).aku ngan ipsum tu pki minyak baru setengh bar tp pesona dh 1 bar...kuat betoi mentekedarah minyak...ngape ha???mcm mna dgn xzora mpv msia tu,yg pki enjin yg sama...minyak parah x???

rasanya setiap model keta tangki minyak dia lain2
xleh la samakan ngan bar masing2

gengjawa
28-09-2009, 01:37 PM
ape kata CG nie buat lawatan kat kilang proton..
boleh tengok bagaimana sebuah exora ngan BLM hasilkan..
boleh tanya semua persoalan kat sini sewaktu kat kilang..

best juga tu
apa kata kancil jd ketua rombongan tersebut:)cgrock

abOo
28-09-2009, 01:39 PM
ini cekau dari tesis sape nih..ke FYP tuan tanah??

acan
28-09-2009, 02:24 PM
best juga tu
apa kata kancil jd ketua rombongan tersebut:)cgrock

waaa..ade org nk buat tour ke proton ke..:D
bley join..:p

naa_zaa01
20-04-2012, 11:08 PM
[sunting] Enjin Campro CPS dan VIM

Sebagai tambahan kepada enjin DOHC asas sedia ada, Proton juga sedang membangunkan enjin CPS (Penukaran Profil Sesondol) dan VIM (Rongga Masukan Boleh Laras). Teknologi CPS adalah teknologi pemasaan injap boleh laras yang dibangunkan serupa dengan teknologi VTEC oleh Honda dan VVT-i oleh Toyota, tetapi bezanya ialah CPS menukar profil sesondol dengan menggunakan tapet tindakan terus dengan pin pengunci manakala VTEC dan VVT-i pula menggunakan lengan jumpelang dengan pin pengunci[1]. Mekanisme CPS bertindak pada 3,800 rpm, tetapi pada Proton Satria Neo CPS pula penukaran berlaku pada 4,400 rpm[2].

Enjin Campro CPS 1.6 mampu menghasilkan sehingga 125 kuasa kuda (127 PS; 93 kW) pada 6,500 rpm serta meningkatkan nilai kilasan kepada 150 N-m @ 4,500 rpm yang berterusan sehingga 5,000 rpm.[3] Proses pembangunan enjin ini sering mendapat kritikan di kalangan peminat automotif kerana sering tertangguh walaupun jadual asal bagi penggunaan teknologi sedemikian sepatutnya mula digunakan pada tahun 2005. Enjin Campro CPS hanya akan mula digunakan bermula dengan model Proton Gen-2 dan Proton Waja tahun 2008[4][5].

Kedua-dua teknologi CPS dan VIM saling bergandingan dan berfungsi dalam 3 mod berbeza seperti berikut:-

Kelajuan enjin rendah (3,800 rpm ke bawah): Sesondol rendah digunakan dan udara masuk melalui rongga masukan panjang untuk percampuran udara-bahan api yang lebih baik, seterusnya menjimatkan bahan api serta menghapuskan junaman kilasan pada rpm rendah.
Kelajuan enjin sederhana (3,800 ~ 4,800 rpm): Sistem CPS menukar profil sesondol dari sesondol rendah ke sesondol tinggi, membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk dengan lebih lawas, sekaligus menyumbang kepada kuasa maksimum yang lebih tinggi.
Kelajuan enjin tinggi (4,800 rpm ke atas): Sistem VIM menukar aliran udara kepada rongga masukan pendek dan lurus.
Selain enjin 1.6L, enjin Campro CPS juga terdapat dalam versi 1.8L, tetapi setakat 30 April 2008 ia masih belum digunakan pada mana-mana model kereta Proton sebaliknya membuat penampilan sulungnya di dalam sebuah hoverkraf buatan Malaysia.[6].
I didn't know this till today and I must say I am surprised.

http://www.porsche.com/usa/aboutporsche/po...y/variocamplus/

This is the Variocam plus variable valve lift technology used in Porsche engines. Its actually the same system use by by Proton in their Campro CPS engines and its licensed to Porsche. Of course, they say its actually developed by Lotus......

http://gen2clubbrunei.blogspot.com/2008/12...2-cps-iafm.html

Look at the intake cam profile and compare it with Variocam plus. They are essentially the same. Both systems also use flat tappets with a locking pin to change the cams.

Of course, the Proton engine does not have continous VVT implemented, only fixed VVT and VVL similar to MIVEC and early VTEC systems.

Video of Variocam plus
http://www.youtube.com/watch?v=fwWp5TLGMVk

Video of Campro CPS
http://www.youtube.com/watch?v=Fjn6bdvYdKw

puyol
20-04-2012, 11:12 PM
Bila proton nak keluar enjin diesel ni?
Lagi jimat minyak kalau pakai diesel dekat Saga FLX..