PDA

View Full Version : Antara Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton, mana lebih bagus?

kuhik
27-05-2009, 05:02 PM
salam warga CG.

saya nak tanya pendapat & pandangan warga CG mengenai 2 jenis jentera pickup iaitu Hilux dan Triton.

saya sedang merancang untuk membeli sebuah jentera pickup dan 2 jenama tersebut merupakan finalis saya.

so, kalo ada mana-mana warga CG yang mempunyai atau pernah ada pengalaman menggunakannya, boleh la kongsi kat sini.

boleh gak nilai yang mana lebih bagus :D

Toyota Hilux :
http://www.channel4.com/4car/media/T/toyota/hi-lux/03-large/08-toyota-hilux-fs-s.jpg

Mitsubishi Triton :
http://www.privatefleet.com.au/images/upload/Image/mitsubishi-glx-triton1.jpg

profesor
27-05-2009, 05:04 PM
Kalo offroad, toyota hilux mmg takde tandingan, diikuti dgn isuzu dmax..

kuhik
27-05-2009, 05:05 PM
Kalo offroad, toyota hilux mmg takde tandingan, diikuti dgn isuzu dmax..

oh...offroad menang kat hilux...
okies, thanks prof :)

Mr DoN
27-05-2009, 05:06 PM
aku pun pilih hilux..

kuhik
27-05-2009, 05:08 PM
aku pun pilih hilux..

kenapa Mr.Don? apakah keistimewaan Hilux pada pandangan Mr.Don ? :D

aliQue
27-05-2009, 05:10 PM
aku triton

jaih
27-05-2009, 05:11 PM
kenapa Mr.Don? apakah keistimewaan Hilux pada pandangan Mr.Don ? :D

mr kuhik...
try tgk vid neh..tp yg ni toyota lama laa

http://www.youtube.com/watch?v=Lrk6vsb77xk

profesor
27-05-2009, 05:14 PM
Dari segi sale value hilux lebih tinggi gak :D

maxpix
27-05-2009, 05:16 PM
ada sorang member aku ..suka sangat kat hilux ni,,,,,pickup hilux dia hilang pun,,,,,,,ganti beli hilux juga....dia kata hilux best..
kalau ko nak contat number dia PM aku...

zerovirus
27-05-2009, 05:18 PM
toyota la bagus ... hilux

alnisa
27-05-2009, 05:19 PM
hilux mmg best .pasal saya selalu bawa barang berat setakat 1 ton tu ok je .siap boleh lari 110km/j .tapi bab penyengelaraan triton nie sampai 90000km penyelengelaraan dia kasi free.apa2 pun hilux nie sejak beli mmg berbaloi2. minyak dia 13 sen 1 km .tapi triton 16 sen 1 km .baket belakang hilux lebih panjang berbanding triton.tapi bab kualiti triton mmg lebih di beri perhatian oleh pengeluarnya .bab nak beli hilux nie dealer akan pantau betul2 takut lepas beli org tu dah jemu pastu hantar hutan n clim insurant .(pencuri suka )so sistem keselamatan kena lebih

irsaffy
27-05-2009, 05:21 PM
Go for hilux...

kalau
27-05-2009, 05:23 PM
err.....cik kuhik, dah test

drive dua2 offroader ni tak?

apit0
27-05-2009, 05:24 PM
dua² pakai alarm cobra......
serupa dgn isuzu d-max jugak.....

kalau
28-05-2009, 04:58 PM
err.....mana cik kuhik pegi nih?

biler agak2 nak purchase offroader tue?

maxpix
28-05-2009, 05:11 PM
first choice ,,toyota hilux..

second ,,,,,isuzu DMAX........model ni meletop kat thailand...

kalau
28-05-2009, 05:22 PM
korang tau tak, TopGearGB ada buat

expedisi ke kutub utara naik hilux 3.0l

nih......kasi modify la sket2 (dgn kata lain,

modified perabis). derang JC, hammond ngan JM

pilih hilux nih pasal offroader tue memang

terbukti ketahan lasak nyer......

amik jer hilux......

kasmarol
28-05-2009, 05:38 PM
hilux :)cgrock

azmi8888
28-05-2009, 06:00 PM
kalau design aku minat hilux.. kalau pengalaman maybe org sabah or sarawak banyak pakai pikup ni..

kalau
28-05-2009, 06:05 PM
kalau design aku minat hilux.. kalau pengalaman maybe org sabah or sarawak banyak pakai pikup ni..

hahaha.......ini ada org borneo nih........

nak yg tahan lasak? amik model toyota.......

apa2 model offroader toyota memang best,

tahan lasak. jalan kem pun derang sapu......:D

kuhik
28-05-2009, 07:37 PM
err.....cik kuhik, dah test

drive dua2 offroader ni tak?

belum lagi...minggu depan baru nak test..

tapi nampaknya ramai yang kata HILUX nie...heuheueh

ashrap_gpunk
28-05-2009, 09:35 PM
hidup hilux..!

hu3..

hilux vigo tu rase cam bwk mpv je..

bes gile..

ashrap_gpunk
28-05-2009, 09:43 PM
http://www.youtube.com/watch?v=Lpw9vITOk6c

mantop..

taufic
28-05-2009, 09:47 PM
dmax pon cun.. hilux byk sgt kat jalan..

kalau
28-05-2009, 09:50 PM
ok......kasi setal kes cik kuhik nih........

amik jer Hilux tue......jgn banyak songeh......

hehehe.......pas beli tarok gambar kat sini.....

ashrap_gpunk
28-05-2009, 10:01 PM
ok......kasi setal kes cik kuhik nih........

amik jer Hilux tue......jgn banyak songeh......

hehehe.......pas beli tarok gambar kat sini.....

aku sokong dgn pandangan bernas tersebut..:)cgrock:)cgrock:)cgrock

kalau
28-05-2009, 10:07 PM
aku sokong dgn pandangan bernas tersebut..:)cgrock:)cgrock:)cgrock

cik kuhik? amacam?:D

2 org dah sokong hilux nih........:)cgrock

amik yg 3.0l nyer yek.......:)cgrock

ashrap_gpunk
28-05-2009, 10:19 PM
cik kuhik? amacam?:D

2 org dah sokong hilux nih........:)cgrock

amik yg 3.0l nyer yek.......:)cgrock

kemanakah cik kuhik ku menghilang..??:-?:-?:))

ahbond
28-05-2009, 10:35 PM
aku memiliki dmax isuzu 3.0
best gak...walaupun tak secun hilux...eeehheh..
dmwax menggunakan gear chain system...so tak perlu risau pasal belting putus..ehehe..bye

kalau
28-05-2009, 10:50 PM
aku memiliki dmax isuzu 3.0
best gak...walaupun tak secun hilux...eeehheh..
dmwax menggunakan gear chain system...so tak perlu risau pasal belting putus..ehehe..bye

wokeh, kelebihan DMax......

tak pakai belting......pakai chain......

2-1.......Hilux masih mendahului........:)paid

kuhik
28-05-2009, 10:56 PM
huhuhu...okies..
hari ahad ni pergi test drive Hilux dan Triton..
den akan beri lebih tumpuan kepada Hilux nanti..

thanks semua yang memberi cadangan :D

CikSukan
28-05-2009, 11:06 PM
belum lagi...minggu depan baru nak test..

tapi nampaknya ramai yang kata HILUX nie...heuheueh

Best pakai Hilux kalau pompuan rasa macam bagus jer sebab safety. Nak tukar lane pun senang kereta mudah bagi laluan. Minyak jimat..

So I vote for Hilux (http://www.toyotacapital.com.my/nvtls.php?id=nvtls_oc_rslt_fpln&model=101&region=pm&margin_of_finance=90&tenure=108)

CikSukan
29-05-2009, 12:25 AM
mr kuhik...
try tgk vid neh..tp yg ni toyota lama laa

http://www.youtube.com/watch?v=Lrk6vsb77xk

Huhu best gila tengok video nih :))
Sayang Hilux muahh..:D

kuhik
29-05-2009, 12:29 AM
Best pakai Hilux kalau pompuan rasa macam bagus jer sebab safety. Nak tukar lane pun senang kereta mudah bagi laluan. Minyak jimat..

So I vote for Hilux (http://www.toyotacapital.com.my/nvtls.php?id=nvtls_oc_rslt_fpln&model=101&region=pm&margin_of_finance=90&tenure=108)

yup. kalau tengah drive nampak hilux nak masuk lane, memang kasi terus ah..tengok pun gerun sebab besar sangat...huhuhuhu

CikSukan
29-05-2009, 12:38 AM
yup. kalau tengah drive nampak hilux nak masuk lane, memang kasi terus ah..tengok pun gerun sebab besar sangat...huhuhuhu

Pakailah 4WD nih best bila drive, suspension bagus, rasa cam puteri raja kat jalan raya, laju 170KM/hours selamba. Dalam bunyi senyap, Passenger belakang sangat selesa, Better dari pakai Perdana V6.., Kalau masuk kampung orang panggil Bos, Tokey, :))
Maintenance rendah, sparepart murah, Second value tinggi, secondhand hilux memang susah nak dapat dan harga pun tak mahal

P.S. Kalau Kuhik beli Hilux tukar tayar besar punya tau :D

kuhik
29-05-2009, 12:42 AM

peh...satu pengalaman yang bagus dikongsi di sini :)

WnB
29-05-2009, 12:44 AM
hilux mmg best .pasal saya selalu bawa barang berat setakat 1 ton tu ok je .siap boleh lari 110km/j .tapi bab penyengelaraan triton nie sampai 90000km penyelengelaraan dia kasi free.apa2 pun hilux nie sejak beli mmg berbaloi2. minyak dia 13 sen 1 km .tapi triton 16 sen 1 km .b

fuiiiiiyo.. mcm tak caya 13 sen jer 1 km... murah mcm avanza...... petrol ker diesel???? :o:o:o

kuhik
29-05-2009, 12:48 AM
fuiiiiiyo.. mcm tak caya 13 sen jer 1 km... murah mcm avanza...... petrol ker diesel???? :o:o:o

kalo 13sen 1km, memang sangat mantop hilux nie..

CikSukan
29-05-2009, 12:50 AM
peh...satu pengalaman yang bagus dikongsi di sini :)

Satu lagi lupa nak bagitahu, masa nak parking, kalau parking takda boleh panjat divider. KL pulak time banjir kilat orang lain tenggelam, Kita selamba lalu kat jalan tu..Jangan jealous tau :))

kuhik
29-05-2009, 12:52 AM
Satu lagi lupa nak bagitahu, masa nak parking, kalau parking takda boleh panjat divider. KL pulak time banjir kilat orang lain tenggelam, Kita selamba lalu kat jalan tu..Jangan jealous tau :))

ha ah.
antara salah satu sebab nak beli jentera pickup (Hilux or Triton) ni kerana musim banjir setiap tahun.

agak susah kalau nak keluar kerja pakai kereta biasa mengharung air..nanti rosak plak system dan sebagainya...sebab tu nak cari jentera Pickup ni, sebagai alternatif dan keselamatan musim banjir nanti :D

p/s : bab parking tu memang besh.. :D

CikSukan
29-05-2009, 12:55 AM
fuiiiiiyo.. mcm tak caya 13 sen jer 1 km... murah mcm avanza...... petrol ker diesel???? :o:o:o

Diesel lah hilux nih, walaupun diesel tapi heranlah, dulu ingatkan macam lori :D tapi realitinya memang enjin 2KD-FTV 4-Cylinder, In-line, 16Valve, DOHC Turbo Diesel memang POWER..

yups!! 13 sen jer untuk running 1KM berkelajuan bawak maintain 80KM/hours berpandukan dengan harga Diesel sekarang RM1.70/seliter

kuhik
29-05-2009, 12:56 AM

memang lebih jimat daripada Camry nie...

tebbaloi
29-05-2009, 02:11 AM
aku dah lama intai hilux ni.. bila ler bule dapat.. tgk jek la..

aurafx
29-05-2009, 06:18 AM
aku pilih 4x2 Triton Lite...murah sket....tak offroad pun

haslan
29-05-2009, 06:55 AM
rasanya toyota hilux lebih baik..

aurafx
29-05-2009, 06:57 AM
hilux ada 4x2 tak?

ErieAdn
29-05-2009, 07:19 AM
Toyota pilihan utama aku...:D:D
So aku pon suggest kat bro kuhik untuk Toyota Hilux...:">:">

p/s: kalo kat srawak nih, ramai yang pakai Hilux daripada Triton..:D

gengjawa
29-05-2009, 07:53 AM
hilux spepart sng nak cari & murah

ashrap_gpunk
29-05-2009, 08:12 AM
hilux spepart sng nak cari & murah

kalau dah g kat toyota..

mmg la snang nk jpe..

heheh..

ashrap_gpunk
29-05-2009, 08:14 AM
hilux ada 4x2 tak?

xde bro..:)cgrock:)cgrock

hishammarmin
29-05-2009, 08:45 AM
Emmm....aku dah pakai 2 keta HILUX nih. Yang pertama warna gold, aku pakai 2 bulan je. Letak depan rumah...kena curi. Lepas 6 bulan aku beli lagi sebijik...warna hitam lak. Tu ler aku pakai sampai sekarang. Ni gambor dia....

http://i347.photobucket.com/albums/p451/hishammarmin/29052009007.gif

Eheh....aku boleh komen untuk HILUX sahaja sebab TRITON aku tak pernah pakai...Aku PILIH pakai HILUX sebab :

1. Rupa bentuk daripada depan sampai belakang memang cantik. Takde rupa macam 'keta tak siap'. Terasa tinggi ya amat bila bawak keta nih. So far takde masalah untuk parking sebab belakang ada sensor.

2. Tayar dia 15". Kos lebih murah berbanding tayar TRITON yang 16".

3. Tukaran gear dari pemanduan 2WD ke 4WD dalam keadaan kereta sedang bergerak di bawah kelajuan 40kmj. Tak perlu hentikan kenderaan untuk tukar ke 4WD. Dan tidak perlu juga untuk hentikan kenderaan untuk tukar kembali ke pemanduan 2WD.

4. Tentang penggunaan minyak..aku nih jenis bawak 'ganasss' sikit. So far apa yang aku perati, RM100 minyak diesel, ko senang2 boley jalan sejauh 500-550km. Kalau kelajuan constant macam kat h/way, jauh daripada tu pun boleh.

5. Maintenance...hanya di Toyota Service Center. Jangkamasa service...antara 2-3 jam. Paling cepat 2 jam....Kena call untuk booking slot. So far. untuk 5000, 15000 dan 25000km...belanja service antara RM150-250. Untuk 10000,20000,30000km...belanja lebih sikit sebab perlu alignment, rotate tayar,..RM 200-RM300.Kalau service aircond...kena tambah lagi dalam RM400. Belanja service yang paling mahal adalah bagi setiap 40K km...ni kira major service. Abih sumer minyak dia tukar. Kos service dalam RM 1K lebih. Selepas kau service, esoknya atau 2 hari berikutnya, ada staff yang akan call kita untuk tanyakan samada keta tu ada masalah atau tak selepas di service.

6. Top speed...aku dah test. Untuk enjin yang tak modified atau original setup...top speed 170 kmj. Tu kira dah tekan habis sampai lantai di jalan yang rata.

7. Warranty untuk part kenderaan...100K km atau 3 tahun. Mana-mana yang dulu.

8. Ruang tempat duduk belakang amat selesa untuk perjalanan jauh. Kecondongan seat belakang tak menyeksakan seperti sesetengah pacuan 4WD. Pintu penumpang belakang pun lebar. Memudahkan penumpang keluar dan masuk.

9. Ruang cargo kat belakang memang besor. Setakat bawak muatan 1 ton...should be no problem.

10. Nilai jual balik yang tinggi.

11. OFFROAD....hehehe...HILUX ler...:D.

Untuk keselamatan tambahan...aku guna sistem by COBRA CONNEX. Installation dalam RM 3.5K. Then subscription per year dalam RM350. Penting menda nih...sebab HILUX ni keta PANASSSS...senang hilang. Jangan percaya sangat kat COBRA yang original datang ngan keta. Kena tambah sistem lain dan tambah ler pad brake lock untuk langkah2 keselamatan yang lebih baik.

Kepada TT...takkan menyesal kalau beli HILUX!!!!!!!!!! :)paid:)paid:)paid

harraz asyraaf
29-05-2009, 09:31 AM
kalau nak power...Triton is the best...leh masuk utan kuar sungai ilek jer....dianyer 4WD paling bestest....recommended yg 3200cc

tapi...kalau nak resale value...kalau nak offroad...kalau nak saving (berbanding Triton)...kalau nak handling...aku rasa Hilux paling bagus...

dan tapi...kalau nak saving....less maintenance....isuzu D-Max...

semua di atas adalah untuk perbandingan 3000 cc ke atas...

acidrock
29-05-2009, 09:40 AM
Aku pun berminat dengan trak pikap. Tapi aku dengar kata insuran and road tax untuk kenderaan jenis ini agak mahal. Btul ke?

Berbaloi ke kalau beli kenderaan pikap ni?

ashrap_gpunk
29-05-2009, 09:52 AM
Aku pun berminat dengan trak pikap. Tapi aku dengar kata insuran and road tax untuk kenderaan jenis ini agak mahal. Btul ke?

Berbaloi ke kalau beli kenderaan pikap ni?

roadtax tu stendet le..

msti le mhl sket dr kete..

kalau hilux, ckup berbaloi..

ashrap_gpunk
29-05-2009, 09:52 AM
xde sorg pn sebut psl nissan frontier..

awat, kete tu truk sgt ke..??

emasstech
29-05-2009, 10:09 AM
Tuan tanah taknak bandingkan dgn Nissan ker??? frontier or NAVARA !!!

Hebat jugak keta nissan ni.

acidrock
29-05-2009, 11:18 AM
roadtax tu stendet le..

msti le mhl sket dr kete..

kalau hilux, ckup berbaloi..

Anggaran dalam setahun bape ek? Die ikut cc n tahun keter gak kan. Sori le, aku part insurans kenderaan ni baru nak belajor. Almaklum le, motor yg aku ade pon waris dari abg aku.

hishammarmin
29-05-2009, 12:28 PM
Anggaran dalam setahun bape ek? Die ikut cc n tahun keter gak kan. Sori le, aku part insurans kenderaan ni baru nak belajor. Almaklum le, motor yg aku ade pon waris dari abg aku.

Untuk HILUX 2.5

Roadtax = RM838.20
Insurance = RM 2,358.20

Tolak NCB ( aku pakai setahun) 25%, jumlah sebenar kena bayar untuk insurance adalah = RM 1,768.65 :)paid

Jumlah untuk roadtax dan insurance setahun adalah = RM 2,606.85 :)paid

lengkuas
29-05-2009, 02:31 PM
hilux mmg best .pasal saya selalu bawa barang berat setakat 1 ton tu ok je .siap boleh lari 110km/j .tapi bab penyengelaraan triton nie sampai 90000km penyelengelaraan dia kasi free.apa2 pun hilux nie sejak beli mmg berbaloi2. minyak dia 13 sen 1 km .tapi triton 16 sen 1 km .baket belakang hilux lebih panjang berbanding triton.tapi bab kualiti triton mmg lebih di beri perhatian oleh pengeluarnya .bab nak beli hilux nie dealer akan pantau betul2 takut lepas beli org tu dah jemu pastu hantar hutan n clim insurant .(pencuri suka )so sistem keselamatan kena lebih

yang kaler merah tu betul ke? sebab triton ni hypercommonrail sementara hilux just commonrail ja.

anyway aku suka hilux sebab aku pon pakai hilux gak. Dari KK ke Miri kalau isi penuh tak abis pon.

lengkuas
29-05-2009, 02:38 PM
Emmm....aku dah pakai 2 keta HILUX nih. Yang pertama warna gold, aku pakai 2 bulan je. Letak depan rumah...kena curi. Lepas 6 bulan aku beli lagi sebijik...warna hitam lak. Tu ler aku pakai sampai sekarang. Ni gambor dia....

http://i347.photobucket.com/albums/p451/hishammarmin/29052009007.gif

Eheh....aku boleh komen untuk HILUX sahaja sebab TRITON aku tak pernah pakai...Aku PILIH pakai HILUX sebab :

1. Rupa bentuk daripada depan sampai belakang memang cantik. Takde rupa macam 'keta tak siap'. Terasa tinggi ya amat bila bawak keta nih. So far takde masalah untuk parking sebab belakang ada sensor.

2. Tayar dia 15". Kos lebih murah berbanding tayar TRITON yang 16".

3. Tukaran gear dari pemanduan 2WD ke 4WD dalam keadaan kereta sedang bergerak di bawah kelajuan 40kmj. Tak perlu hentikan kenderaan untuk tukar ke 4WD. Dan tidak perlu juga untuk hentikan kenderaan untuk tukar kembali ke pemanduan 2WD.

4. Tentang penggunaan minyak..aku nih jenis bawak 'ganasss' sikit. So far apa yang aku perati, RM100 minyak diesel, ko senang2 boley jalan sejauh 500-550km. Kalau kelajuan constant macam kat h/way, jauh daripada tu pun boleh.

5. Maintenance...hanya di Toyota Service Center. Jangkamasa service...antara 2-3 jam. Paling cepat 2 jam....Kena call untuk booking slot. So far. untuk 5000, 15000 dan 25000km...belanja service antara RM150-250. Untuk 10000,20000,30000km...belanja lebih sikit sebab perlu alignment, rotate tayar,..RM 200-RM300.Kalau service aircond...kena tambah lagi dalam RM400. Belanja service yang paling mahal adalah bagi setiap 40K km...ni kira major service. Abih sumer minyak dia tukar. Kos service dalam RM 1K lebih. Selepas kau service, esoknya atau 2 hari berikutnya, ada staff yang akan call kita untuk tanyakan samada keta tu ada masalah atau tak selepas di service.

6. Top speed...aku dah test. Untuk enjin yang tak modified atau original setup...top speed 170 kmj. Tu kira dah tekan habis sampai lantai di jalan yang rata.

7. Warranty untuk part kenderaan...100K km atau 3 tahun. Mana-mana yang dulu.

8. Ruang tempat duduk belakang amat selesa untuk perjalanan jauh. Kecondongan seat belakang tak menyeksakan seperti sesetengah pacuan 4WD. Pintu penumpang belakang pun lebar. Memudahkan penumpang keluar dan masuk.

9. Ruang cargo kat belakang memang besor. Setakat bawak muatan 1 ton...should be no problem.

10. Nilai jual balik yang tinggi.

11. OFFROAD....hehehe...HILUX ler...:D.

Untuk keselamatan tambahan...aku guna sistem by COBRA CONNEX. Installation dalam RM 3.5K. Then subscription per year dalam RM350. Penting menda nih...sebab HILUX ni keta PANASSSS...senang hilang. Jangan percaya sangat kat COBRA yang original datang ngan keta. Kena tambah sistem lain dan tambah ler pad brake lock untuk langkah2 keselamatan yang lebih baik.

Kepada TT...takkan menyesal kalau beli HILUX!!!!!!!!!! :)paid:)paid:)paid

Nak tanya apa keistimewaan COBRA CONNEX ni.
pad brake lock tu untuk aper...hehe

hishammarmin
29-05-2009, 02:54 PM
Nak tanya apa keistimewaan COBRA CONNEX ni.
pad brake lock tu untuk aper...hehe

COBRA CONNEX...apa yang bagus... emmm

1. GPS system...detect kedudukan keta kau in realtime.
2. Jika pintu dibuka atau keta kena tow...dia akan call atau SMS akan tiba dalam masa kurang 10 saat...
3. Ada 'special-team' untk hambat keta yang dicuri....polis juga akan dimaklumkan oleh syarikat dalam kadar yang segera.
4. Sistem nih diinsurankan;
a. Jika kereta berjaya dilarikan tetapi berjaya dijumpai semula...pampasan RM3K (kalau tak silap aku) akan diberikan.
b. Jika keta hilang terus...pampasan RM10K akan diberikan (tak termasuk pampasan oleh syarikat insurans).
5. Sistem ni recognize by TOYOTA.

Owh...tu 'pedal brake lock'...bila kau tarik batang besi tuh, dia lock pedal brek keta. Untuk keta auto memang berkesan sebab sebelum gear pegi ke 'D' daripada 'P', brek perlu ditekan.

kuhik
29-05-2009, 07:12 PM
woh...memang kena beli gak HILUX nie! :D

ashrap_gpunk
29-05-2009, 07:13 PM
Nak tanya apa keistimewaan COBRA CONNEX ni.
pad brake lock tu untuk aper...hehe

nk tnjk gmba kang xde gmba..

ade yg psg kekal kat kete pn ade mende ni..

nt akn ade 1 lubang knci kat bwh sket dr stereng..

lengkuas
02-06-2009, 11:04 AM
COBRA CONNEX...apa yang bagus... emmm

1. GPS system...detect kedudukan keta kau in realtime.
2. Jika pintu dibuka atau keta kena tow...dia akan call atau SMS akan tiba dalam masa kurang 10 saat...
3. Ada 'special-team' untk hambat keta yang dicuri....polis juga akan dimaklumkan oleh syarikat dalam kadar yang segera.
4. Sistem nih diinsurankan;
a. Jika kereta berjaya dilarikan tetapi berjaya dijumpai semula...pampasan RM3K (kalau tak silap aku) akan diberikan.
b. Jika keta hilang terus...pampasan RM10K akan diberikan (tak termasuk pampasan oleh syarikat insurans).
5. Sistem ni recognize by TOYOTA.

Owh...tu 'pedal brake lock'...bila kau tarik batang besi tuh, dia lock pedal brek keta. Untuk keta auto memang berkesan sebab sebelum gear pegi ke 'D' daripada 'P', brek perlu ditekan.

Besh..besh..sesuai untuk keta panas. rasa-rasa nak guna benda ni gak la.

huhu.. pedal brake lock tu aku tau la hehe..

lengkuas
02-06-2009, 11:08 AM
xde sorg pn sebut psl nissan frontier..

awat, kete tu truk sgt ke..??

froniter ok tapi
kalau navara pilihan kedua aku lepas hilux tapi kalau frontier pilihan ketiga lepas dmax

acan
02-06-2009, 11:24 AM
froniter ok tapi
kalau navara pilihan kedua aku lepas hilux tapi kalau frontier pilihan ketiga lepas dmax

ape faktor kekurangan frontier ni..?

sekadar bertanya..

lengkuas
03-06-2009, 12:49 PM
ape faktor kekurangan frontier ni..?

sekadar bertanya..

frontier- takde kekurangan cuma pendapat aku dalaman cabin dia tak semewah hilux. Dulu aku memang minat frontier tapi lepas masuk dalam cabin tetiba rasa ilang minat pulak.

hilux-excelent luar dan dalam. muscular and bold.

acan
03-06-2009, 02:02 PM

hurm..

btol gak..

sy bese tgk luar je..

interior xlg..he3..

hilux da best..

dalam die nmpk sejuk je mate..he3..

neosa
03-06-2009, 08:04 PM
COBRA CONNEX...apa yang bagus... emmm

1. GPS system...detect kedudukan keta kau in realtime.
2. Jika pintu dibuka atau keta kena tow...dia akan call atau SMS akan tiba dalam masa kurang 10 saat...
3. Ada 'special-team' untk hambat keta yang dicuri....polis juga akan dimaklumkan oleh syarikat dalam kadar yang segera.
4. Sistem nih diinsurankan;
a. Jika kereta berjaya dilarikan tetapi berjaya dijumpai semula...pampasan RM3K (kalau tak silap aku) akan diberikan.
b. Jika keta hilang terus...pampasan RM10K akan diberikan (tak termasuk pampasan oleh syarikat insurans).
5. Sistem ni recognize by TOYOTA.

Owh...tu 'pedal brake lock'...bila kau tarik batang besi tuh, dia lock pedal brek keta. Untuk keta auto memang berkesan sebab sebelum gear pegi ke 'D' daripada 'P', brek perlu ditekan.

mana nak dapat cobra connex ni bro.. minat gak ni.. kete aku pun panas..:-?:-?

acan
05-06-2009, 04:27 PM
mana nak dapat cobra connex ni bro.. minat gak ni.. kete aku pun panas..:-?:-?

cube try test tanye kat cobra centre..

sy pnah jpe centre cobra ni..

xigt lak kat mane..

he3..

buya
06-06-2009, 01:18 AM
aku baru jer sambar DMax 4x2 auto 3.0L tak sampai seminggu. rase cam naik bas pun ade setiap kali aku tekan minyak..:))
tapi ok lah...aku beli DMax sebab ape yer :-?
ntah ler..aku rase die lebih kecik siket nak banding ngan yg lain..sekarang ni tengah membiasakan diri bawak bende nih..biase dok bawak kete jer..lain macam gok rasenyer...

CikSukan
06-06-2009, 02:30 AM

Inilah masalah Isuzu takda kat Toyota. 4x2 huhu takleh layan ekspedisi Mersing - Taman Negara :D

Hanney
07-06-2009, 11:24 PM
Ambo vote for Hilux.. Pasal bende ni ok both on the road n off the road kot.. I mean kalu bawak masuk bukit ok... gi function pong ok..

Pasal tue ramai pompuan dah mula pakai bende ni kot..:(

beautifulmind
16-03-2010, 12:26 PM
ada kelab ke utk hilux ni?

boleh letak gambar hilux yg dha bikin..

beautifulmind
16-03-2010, 12:32 PM
ada kelab ke utk hilux ni?

boleh letak gambar hilux yg dha bikin..

azimuth
16-03-2010, 05:05 PM
tp aku mnt triton lg...letak intercooler besar kt dpn tu..perghhhh

hackerz6
16-03-2010, 05:15 PM
aku pilih triton..hehe..hilux byk sgt kt jln..triton kualiti pon ok..

erDrAg00n
16-03-2010, 09:22 PM
huhuhu...
naga sokong hilux...
walaupun triton nmpk stylo..
tp hilux nmpk kukuh

cik_kiah
17-03-2010, 08:19 PM
cik kiah baru jer balik trip pegi kelantan ...cik kiah pakai triton yg baru 3 hari kuar..abg pulak pakai hilux...tapi mmg cik kiah tak boleh nak potong dia langsung...pada cik kiah triton nampak cantik luar dan dalam.hilux nampak biasa jer...engine2 ni cik kiah tak tau ler...

lagi satu..kat mana nak beli canvas triton yg murah2 yer?
________
BUY GLASS PIPES (http://glasspipes.net/)

dlee
17-03-2010, 08:30 PM
Pada pendapat aku....ford ranger 2009 lagi power.

alonso
17-03-2010, 08:40 PM
pd pendapat aku..isuzu D-MAX mmg power dan paling mjimatkan minyak..mantap!

buya
10-05-2010, 09:33 PM
apasal mase aku test drive hilux rasa cam lompat2 sikit? aku bawak slow jer..

CikSukan
10-05-2010, 09:34 PM
apasal mase aku test drive hilux rasa cam lompat2 sikit? aku bawak slow jer..

Awak termasuk salah gear 4WD dia tu.
ada untuk snow, dalam lumpur/selut/ tarmac(jalan tar) etc. check manual

buya
19-05-2010, 08:39 PM
Awak termasuk salah gear 4WD dia tu.
ada untuk snow, dalam lumpur/selut/ tarmac(jalan tar) etc. check manual

ntahlah pulak..tak perasaan la pulak..anyway, memang ade orang ngomen pasal nih..sampai die tanye aku bawak dmax ni rasa tak melenting2. abih tu ko bawak tak de masalah atas jalan biasa? dalam kelajuan tinggi +150km? susah test drive x leh nak bantai laju2. memang best cam bawak kete ke selesanye? orang kat belakang selesa tak? tolong jawab sape2 yang ade pengalaman ngan hilux ni..urgent aku nak tau..deposit aku dah bayar..tunggu loan jer nih..tapi tetibe hati aku jadi confuse. Harap dapat bantuan forumer seme

CikSukan
20-05-2010, 01:02 AM

Pada saya Hilux is the best untuk 4WD ni.. =D>
Bukti tengok youtube search - How To Kill a Toyota Pick Up Truck - Top Gear Test

KaZZ
20-05-2010, 02:58 AM
toyota hilux dan mitsubishi storm menjadi pilihan....bukan triton

kalau
20-05-2010, 03:02 AM
triton? stormtroopers look a like.....

lengkuas
20-05-2010, 06:26 AM
aku dah masuk 3 tahun pakai hilux..memang superb
dari segi imej...kalau keta berkilat masuk bandar macam gah sket..
masuk kampung cam tokeh borong barang pulak..
dari segi perfomance...hilux memang mantop..
dulu masa selalu ulang alik kk-miri..isi penuh tak habis..
highway brunei aku belasah..memang smooth..balance dan memang grip kalau tayar masih berbunga. tu dalam 140kmj. aku penakut sket nak bawak lebih dari tu. bukan apa untuk keselamatan.
kalau aku parking tepi triton atau dmax..rasa masih unggul sket..

buya
20-05-2010, 11:25 AM
aku tau hilux ni lasak tuk offroad, tp bgmn onroad? selesa tak? lenting tak? minyak brp?

avatarkratos
23-05-2010, 08:21 AM
triton memang besh kalau 3.2 sbb pikup kalo 2.5 berat skitlah tapi leh lari 180km/h senang2 jer..(ada pakai satu)

hilux berat tak besh bawak dari triton sbb enjin 2.5 tapi ok lah kalau jual mahal la dari triton. 2hand value tingi.

d-max perh...minat memamng best, lampu yang megikut zaaman terkini yang ada kanta tuuu,sekarang banyak mecedis pakai..(minat) murah dari triton.enjin isuzu paling tahan tau dari semua jentera kerana enjin isuzu digunakan oleh excaveter dan beckhoe dan lori hantu. penah pakai isuzu rodeo dah 10 tahun tanpa rosak enjin dia tak penah rosak[minyak pon jimat]

navara cantik enjin kuat walaupon 2.5, enjin terbaru tapi harge mahal itu tak best

ford renjer cantik tapi enjin tak tau sbb enjin ford tak tahan!! murah dari yang lain. renjer ada macam land rover punyer suv

ahmadx
23-05-2010, 08:53 AM
aku dah test 3 pikap ni, hilux, demax, navara, kesimpulan aku : NISSAN NAVARA is the best pikap yang aku penah bawak

ahmadx
23-05-2010, 08:56 AM
demax ni satu je walau murah, rasa macam bawak lori je , pickup takde langsung, injin paling kuat megaum mcm lori tu yang tak best.

taufic
23-05-2010, 09:03 AM
den pon minat navara :D
triton/hilux agak outdated dah

buya
23-05-2010, 09:59 PM
demax ni satu je walau murah, rasa macam bawak lori je , pickup takde langsung, injin paling kuat megaum mcm lori tu yang tak best.

btol la..aku rase cam duk dalam lori lah..:eek: tapi minyak memang jimat la

syahril syah
23-05-2010, 10:01 PM
better mtsubhi ok kot

buya
24-05-2010, 08:28 PM
esok dengan rasminya aku akan pegi amik hilux baru aku :) 2.5cc auto
rasanya keputusan aku betol skali ni..

RIDERFx
15-10-2010, 01:01 AM
hilux 2.5 kurang pickup..baru2 ni race dgn aku(frontier) ke belakang beb.Time naik tanah tinggi ko pula hilux ni.so aku tlg tarik dgn frontier.apa rrrrrrrrrr.Buat malu ajer hilux ni.Satu lagi hilux ni nampak ajer mewahhh..sebenarnya mdukacitakan.....org yg belakang rasa cam nak pengsan beb kalau bjalan jauh.
frontier menang 3 aspek.1.selesa utk jln jauh. 2.pickup dr hilux,3 harga berpatutan.

RIDERFx
15-10-2010, 11:11 AM
dan ini fakta sebenar yg korang tak tau

perbandingan setelah ujian d buat

Ranger Frontier Triton hilux
Akselerasi (detik)
0-100 km/jam 12,96 , 11,90 , 13,86,
40-80 km/jam 5,55 ,, 5,40 , 6,12,
0-402 m 18,72 , 18,20 , 19,20,
Top Speed (km/jam) 180 , 185 , 175,

RIDERFx
15-10-2010, 11:40 AM
dan ini lupa BUKTI FRONTIER NAVARA terbaik buat masa kini dgn kelajuan 210km/j

http://en.kendincos.net/video-fdhljndj-navara-210km-h-3gp.html

RIDERFx
15-10-2010, 11:42 AM
dan ini pula bukti navara dgn kelajuan 220km/j
http://en.kendincos.net/video-fdhljndj-navara-210km-h-3gp.html

alonso
15-10-2010, 11:48 AM
isuzu dmax camne plak?

revolver
15-10-2010, 08:23 PM
aku vote triton... power memang superb. selalu lenjan keta opis, turbo secukup rasa suam2 kuku, jimat minyak...:)

kalau hilux yang baru launch aku tak tau la drive rasa apa. tapi kalau hilux yang sedia ada ni bergoncang kuat sket. pick up tak best, design kureng...

RIDERFx
15-10-2010, 09:44 PM
D-Max 2.5
only the look is 4WD, but actually is 2WD. good FC, power not sure got or not. using timing chain.

RIDERFx
15-10-2010, 09:46 PM
ini perbezaan tripton dgn frontier

Top Speed (km/jam)
frontier 185km/jam
tripton 175km/jam,

pon bler
15-10-2010, 10:01 PM
aku kje ngan cmpny contractor...so da byk jnis pickup aku da rasa...klau nk laju,selesa n minyak kuat amik la triton.....nk jimat minyak skit amik hilux..nk kira power...power lg triton dr hilux...nk jimat minyak n lembap amik dmax.....tp klau pickup ni bahaya dia klau kita laju...tak kira lh jnis ape pn...pling bahaya klau kt hway klau ngah speeding klau tayar dia meletup terus terbalik sbb tinggi....kbyakkan kes tayar meletup=MATI

1kereta.com
17-10-2010, 04:38 PM
hohoho.... kuasa kuda menang triton berbanding hilux......

kerunai
18-10-2010, 09:15 PM
pergh naik nafsu aku nak beli hilux ni ...aduyai ..setahun kena prepare dlm 3k utk cukai kera pulak ..

mohan2110
19-10-2010, 10:46 AM
Hilux enjin die tahan...

hrfr
19-10-2010, 02:44 PM
triton kalau modified.. sexy

tok_jogho
19-10-2010, 03:01 PM
naik hilux rasa cam naik kuda bila dok kat penumpang belakang...

namkin
20-10-2010, 11:39 PM
naik hilux rasa cam naik kuda bila dok kat penumpang belakang...

leh tukar absober yg jenis comfort kan?
rancho or beilstean(rse salah eja..)??

sonixz
22-10-2010, 10:31 PM
vote for nissan frontier....mabeles...

hazri99
23-10-2010, 09:40 AM
hilux underpower..

hazri99
23-10-2010, 09:46 AM
WANT TO BUY TOYOTA HILUX? 10 REASONS & OWNER REVIEW
1. First, you must be able or mentally prepared to tolerate and be patient with
the situation of under-power performance: Based on my regular highway usage and
after-service centre inspection, l can’t achieved the maximum speed of more
than 100km/hour or 3.0(x1000) RPM, if you traveled on slanting or hilly road
condition especially in the Ipoh part of highway. Please don’t waste your
diesel even if you press the accelerator to the maximum. It just can’t go as l
expect it for a 2500cc vehicle. On the normal highway, 140km/hr or 3 (x1000) RPM
is the maximum l can go !

2. Accept the fact that old vehicle of other brand 4×4 vehicle will easily
exceed your new car performance expectation when you travel on the Toll highway
, Just like my experience , other older 4wheel car which bear the number plate
of WPH of other brand can easily overtake my unit bearing plate number WTT
easily while traveling on PLUS highway. May be there are some extra hidden
security feature installed in my Hilux unit to encourage me not to speed on
highway!!!

3. Thirdly, be prepared to spend more of your time to send it to the service
centre for problem inspection due to the service centre that equipped with
qualified personal to attend to it .As in my experience, they will ask you to
send it back for whole day car inspection after l had complained but the end
result is the same with the under-performing condition. Am told that my Hilux is
in normal condition and the rest of their other units are the same performance
as mine, so ask me to accept the fact of it!!! My second checking are
rescheduled in different city (Ipoh service centre), can u imagine that they had
put my vehicle in idle for 2 hours unattended and the very reason given was that
they don’t have enough staff or technician to check my vehicle. So l have just
to sit there and wait ….wait ….What a ridiculous excuse l ever heard in my
life!!!!

4. Don’t expect any product explanation on the car features because you are
expected to read the given car manual thoroughly on your own. For example, as in
my experience , l was not even guided or instructed on the feature of the
4-wheel gear usage during purchase or delivery or after-sales service. Even you
asked the servicing technician …they can’t scantly told me the actual
application.

5. Don’t stick to one fixed Toyota service centre even though if you are
inconvenient in sending it to other location , In my situation, due to my
working location, l have to send to the nearest service centre for regular
service but after the third 10,000km service , l found that my vehicle can’t
perform as the condition of before-service instead deteriorating ! Now l have to
send my car to other city for checking and may be re-service to find out what
wrong with this under-power performance even l have hectic time table.

6. Before you buy, must go for car test driving! My previous ownership of Toyota
Vios told me that Toyota brand carried much weight in term of reliability and
trust-worthiness in it product performance satisfaction, that is the reason why
l trust and bought this Hilux without test drive. But now, the situation is
unpredictable, l am deeply regret!!!

7. Don’t trust fully what advertisement that depicted. “ 2500cc with D-4D
technology features a common-rail injection system that delivers atomized diesel
at high pressure for a cleaner, more powerful combustion, for that extra punch
in performance when you need it. This technology results in greater fuel,
economy, smoother power and cleaner exhaust emissions” Based on my experience,
l don’t buy it anymore!

8. Pride of ownership = Shame of ownership. I can’t feel any pride or
satisfaction of owning it due to all the above situation . A small family car
with less that 1100cc can easily exceed my Hilux maximum speed.

9. Be prepared for extra budget of disposing it if can’t fixed the problem. I
am very disheartened and disturbed now because my work required me to travel
extensively and the transport l have been eagerly want it can’t deliver and
eventually it had affected my work performance. Now l had to but find the best
way to dispose or get rid of it and incurring additional cost or expenses to
replace with other brand of 4-wheel car.

10. Think twice ! Think Thrice don’t get regret like me ….if want to own it
!!!!

Scorpions10
23-10-2010, 09:48 AM
boss aku br je angkat triton..hmmm

manCatur
23-10-2010, 09:54 AM
wow.... biar betol article ni...aku baru jer cadang2 nak angkat sebijik Hilux 3.0 ni...alahai ...got to think thrice..heuehuehue

tebbaloi
23-10-2010, 10:20 AM
ermmm nak wat comparison hilux n dmax aku tak reti sebab selama ni pakai hilux je offroad.. cuma bumpy skit (spring ori keras kot) dan sebab takde muatan.. remote alarm dia jaga2 skit.. cepat koyak..

mnzaim
23-10-2010, 10:35 AM
Nk jimat....amek Dmax
Nk safety...amek Triton
Nk mewah....amek Navara
Tp kalo nk style....aku nk angkat nih :D:D

http://paultan.org/photo/albums/2011-Ford-Ranger/62020for-Ranger_01_LR.jpg

manCatur
23-10-2010, 10:45 AM
nak versatile amik Hilux kot..:)

unknown
23-10-2010, 11:05 AM
http://www.redlineblog.com/autos/wp-content/uploads/2007/08/toyota-hilux-front-f3q.jpg

saeif
27-03-2011, 12:36 PM
http://www.youtube.com/watch?v=aZF8N9NItHI
http://www.youtube.com/watch?v=9ARtodvZoo8
http://www.youtube.com/watch?v=1mGvInhDDbU
http://www.youtube.com/watch?v=heyWTCJFuJs

khg
27-03-2011, 07:01 PM
TT dah beli ke ? tips sikit. pegi ke salesman yang berbeza. kadang2x salesman nih bagi rebat beza2x. aku dpt last rebat 5k + lcd tv dari sales triton.

ilhamic
27-03-2011, 09:39 PM
ramai gak ahli kluarga ak pakai HILUX nie...

ada pakcik ak, die tkar abserberrr belkg..
die kata klu pki yg stenderrd, mcm kuda katenyer..

enth menatang pe die buh kat abserberr tuh..huhu

bez gak pakai hilux nie, leh muat byk..
igt lg, ms bcuti ke perak , sume bnde dimuatnyer..haha

ak pun tmpg skaki letak brg, bg rngan..keke..

ak pun minat sgt...
tp, ckup lah skdar FL ku bg yg single mingle nie..haha..
nnt ade rezqi len leh la rembat..kuang2...

JanggutPerang
27-03-2011, 09:45 PM
pengalaman aku bawa hilux 2 thn masa keje ngan telco dulu slalu bawa onroad ngan ofroad masuk utan,mmg hilux terbaik r...tahan lasak n mmg selesa wlpun ofroad n bleh redah je utan slambe..confirm puas ati

JanggutPerang
27-03-2011, 09:48 PM
nak jimat amik dmax?mmg kesilapan besar la bro..dmax lagi kuat telan minyak,aku tau coz penah dmax ni,cam hampeh keras n x best cuma bab pick up mmg tip top la,pada aku hilux jimat minyak,gerenti bro

adifarulez
13-04-2011, 10:12 AM
TT dah beli ke ? tips sikit. pegi ke salesman yang berbeza. kadang2x salesman nih bagi rebat beza2x. aku dpt last rebat 5k + lcd tv dari sales triton.
Bang kedai mana yang bagi rebat tu? KL ke? Aku pun minat triton.

razoraz
13-04-2011, 10:20 AM
hilux member aku dah ilang 2x. ntah ada kt libya kot?

shhnizam@gmail.com
13-04-2011, 10:23 AM
:DBos aku pun baru amik Hilux, dia ckp pakai HILUX bagus tp aku tak tau nape, sbb aku tau pakai & pandu jer, cuma sbb dia ni kerap ke kaw bukit bukau masuk hutan & kuar hutan buat projek, katanya mmg mantaplah, klu nk ekonomi fuel guna DMAX, tp dia mmg guna kedua2 nya, aku tukang pakai jer tau.:D

-RIZUAN-
13-04-2011, 10:27 AM
triton lembik sikit...tp kalau byk main bandar/on road mmg best...semalam aku sesah 180km/h rock steady lagi...gajet pun byk kat dashboard...ada 3 gaya pemanduan,4 wheel untuk jalan off road tp tk leh lebih 70km/h..4 wheel untuk on road..dan 2 wheel..

hilux tk tau

sedanfx
13-04-2011, 10:28 AM
navara plg mahal dan plg kuat kuasa kuda. tp xtahan lasak.
hilux xpickup, tp gagah, dan tahan lasak. terbaik la.
triton, lawa pada design, seat belakang selesa, mcm kereta sesuai bg yg xbuat lasak dan kegunaan family.

kawe dulu nk ambik hilux, tp xjadi. bini xsuka. so ambik triton.
lagipun tuk family sesuai triton.

sedanfx
13-04-2011, 10:29 AM
triton lembik sikit...tp kalau byk main bandar/on road mmg best...semalam aku sesah 180km/h rock steady lagi...gajet pun byk kat dashboard...ada 3 gaya pemanduan,4 wheel untuk jalan off road tp tk leh lebih 70km/h..4 wheel untuk on road..dan 2 wheel..

hilux tk tau

yer dahsboard plg cantik triton. radio pun usb.

sedanfx
13-04-2011, 10:33 AM
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/215527_1508967944753_1850995785_913113_7588282_n.j pg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/206231_1510102173108_1850995785_914674_5370806_n.j pg

namkin
14-04-2011, 05:59 PM
mntak maaf mencelah..

web maner aku nak servey brg2 aksesori 4x4 nih..?
ssh nak jmpe la..nak tgok2 harge sebenarnye..

tq..

kalau
14-04-2011, 08:21 PM
aku dah try hilux yg latest ni......baru bukak bungkus.....

aku pakai area bandar dan juga long haul.

terus terang aku cakap, mantap menang mantap......

tapi badan cepat sakit. dia punya suspension sensitip

sangat. sikit bump kecik, memang terasa.

hilux yg aku pakai tu memang baru dan aku pakai

sampai dia masuk 2k km. baru hantar servis.

stanley_climbfall
14-04-2011, 08:30 PM
aku suka lagi isuzu dmax 3.0.

qayyum2009
14-04-2011, 08:53 PM
yup TT isuzu d-Max lg better la..save minyak

lengkuas
14-04-2011, 09:17 PM
aku dah try hilux yg latest ni......baru bukak bungkus.....

aku pakai area bandar dan juga long haul.

terus terang aku cakap, mantap menang mantap......

tapi badan cepat sakit. dia punya suspension sensitip

sangat. sikit bump kecik, memang terasa.

hilux yg aku pakai tu memang baru dan aku pakai

sampai dia masuk 2k km. baru hantar servis.

memang senstif..
serius cakap first time aku pakai...aku rasa mabuk..walau aku sendiri drive..
lebih kurang sebulan lebih aku pakai hilux ni baru la aku rasa steady dan tak mabuk..

cik_kiah
16-04-2011, 07:56 PM
navara plg mahal dan plg kuat kuasa kuda. tp xtahan lasak.
hilux xpickup, tp gagah, dan tahan lasak. terbaik la.
triton, lawa pada design, seat belakang selesa, mcm kereta sesuai bg yg xbuat lasak dan kegunaan family.

kawe dulu nk ambik hilux, tp xjadi. bini xsuka. so ambik triton.
lagipun tuk family sesuai triton.

setuju..hilux tmpt duduk blkg pendek..kerusi tak selesa..triton kerusi belakang lbh luas dan bentuk "mesra" utk diduduki..

sedanfx
16-04-2011, 10:20 PM
mntak maaf mencelah..

web maner aku nak servey brg2 aksesori 4x4 nih..?
ssh nak jmpe la..nak tgok2 harge sebenarnye..

tq..

kelate ada 1 kedai 4x4. murah jgk banding KL. nk murah lg masuk siam. :D

blackiel
16-04-2011, 11:09 PM
trinton lau modified sket.....mmang cun giler

blackiel
16-04-2011, 11:16 PM
Mitsubishi Pajero pown ok gak..(japan):)cgrock:)cgrock

sopianothman
16-04-2011, 11:26 PM
Hilux long term n short term..

bbhisham
16-04-2011, 11:48 PM
hilux aku tgk cm smart je..:))

suprol
18-04-2011, 11:58 AM
amek hilux 3.0 bos.. power... aku penah lenjan hilux opis aku.. yg 2.5 punya lar kl-jb 2 jam setengah... he he he hilux baru kuar 2 bulan mcm tu.. tp kat hiway.. tak leh makan triton.. pickup hilux boleh keja triton.. tp bila top.. triton laju giler...

mrfs1978
18-09-2012, 04:21 AM
aku plan nak beli hilux atau triton...aku dah hangin ngan kete persona aku huhuhuhu....

blink_182
18-09-2012, 04:32 AM
aku plan nak beli hilux atau triton...aku dah hangin ngan kete persona aku huhuhuhu....

Triton vgt la...

Tapi loan aku x lepas...siyut jee...

Kalo x lepas gak kene amik triton standard je la,,,

Uwaaaaaa

mrfs1978
18-09-2012, 05:08 AM
Triton vgt la...

Tapi loan aku x lepas...siyut jee...

Kalo x lepas gak kene amik triton standard je la,,,

Uwaaaaaa

aku dah terbekenan ngan triton vgt nie....harga pun leh tahan hehehehe.....leh aku guna utk kegunaan bisnes burger bakar aku hehehehe....

bila kete persona aku yang dah tak persona tu bikin hal sekali lagi lepas 3 bulan dia makan duit aku dekat rm3.5k....so dah sampai masanya aku nak let go jer.....amik pick up lak kot....

mr reyes
18-09-2012, 06:37 AM
hilux lagi save minyak dari persona.

( member cerita, dia drive dari Miri sampai ke Sibu)

mrfs1978
18-09-2012, 06:59 AM
hilux lagi save minyak dari persona.

( member cerita, dia drive dari Miri sampai ke Sibu)

fuyooooo dasat tu....save gileer....macam mana nak elakkan masalah bumping pada hilux ek....rata2 cakap ada masalah teruk sgt bumping hilux nie....any idea....

mamatganu
18-09-2012, 07:01 AM
hilux is the best pickup ever..DMAX tu mmg cm harremmmmm..minyak tekan habis pon bleh g 120km/jam je..padahal baru jek kompeni aku bli..

makhlukbumi
18-09-2012, 07:09 AM
tt, ni saya dengar dari ramai mulut orang... orang cakap.. xde la kereta 4X4 segagah hilux .... ramai jgk orng compare 2 bijik ni...saya rasa, kalau tt nk bergaya, pakai rim besar ker..aper semua tu..triton la..kalau nk lasak... buat kerja hari2.hilux... ni dengar dari orng cakap jer..

gud luck tt

Nazzrie
18-09-2012, 07:38 AM
hilux paling lasak....dan paling kurang ajar nye. tp tu driver yg kurang ajar. pasal hilux ni lasak, kat Sarawak, kereta ni paling banyak accident. disebabkan ke'lasak'an dia la yg buat driver akan memandu mcm tak ingat dunia.

hirman
18-09-2012, 07:57 AM
Hilux kalau bawa 100 keatas baru sedap.kalau tak menhantuk jer.
aku pernah drive hilux,memang rasa best.

mrfs1978
18-09-2012, 12:26 PM
macam mana nak selesaikan masalah bumping pada hilux ek....aku plan nak amik hilux atau triton nie....hati berkenan pada triton....bila dengar hilux bumping teruk sangat macam tak syok lak....

mohamedhidayat
20-10-2012, 12:03 AM
Hari ni Toyata Hilux baru dilancar...betul xbetul berita ni kena google la...katanya masalah-masalah pada versi Hilux sebelum ni telah disettlekan. Tengok cmner testimoninya lepas-lepas ni...

hp2309m
10-12-2012, 01:07 PM
amek trition vgt bro..mmg terbaik..toyota sekarang ni dah nama perodua dah..xfeel kereta imported

juweialhaj
10-12-2012, 01:14 PM
amek trition vgt bro..mmg terbaik..toyota sekarang ni dah nama perodua dah..xfeel kereta imported

korek korek :D :))

awiena
24-12-2012, 12:45 PM
den nak amik yang below 20K ada ko