PDA

View Full Version : Tarannum (lagu) Al-Quran


king_diamond
06-02-2009, 09:27 PM
assalamualaikum kepada para CGrian yang ensem2 dan jelita2......saya nak kongsi ler tentang jenis2 tarannum dan serba skit intronya....kalau ada yang nak betulkan yang mana salah, atau nak tambah....silakan lah....kecik tapak tangan, stadium old trafford saya tadahkan :))

muqaddimah...

Asal usul tarannum :
 tercipta kerana umat Arab pada masa silam ingin mengisi kekosongan jiwa mereka. Mereka memerhati bunyi2 persekitaran, diantaranya ialah :
- bunyi deruan angina
- bunyi geseran daun2 / pokok2 kayu
- bunyi titisan air / air yang mengalir
- bunyi nyanyian / kicauan burung
 Umat Arab pada mulanya menerapkan seni tarannum melalui syair2 mereka. Akhirnya apabila turun ayat2 al-Quran, maka mereka menerapkan tarannum ketika membaca ayat2 al-Quran

Hijjaz adalah antara tarannum / lagu al-Quran yang termasyhur…

Jenis2 tarannum :
- baiyati
- soba
- hijjaz
- nahawand
- sikah
- jaharkah
- rast
- husaini
- kurdi
- ‘ajam

Tarannum Hijjaz
 mempunyai gerak lembut tetapi berkesan
 berbentuk tegas dan bersemangat
 berbentuk lincah dan menghidupkan persembahan
 sesuai dengan mana-mana tobaqat
 sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud perintah, marah/ tegah

Tarannum Baiyati
 berbentuk lembut tetapi tegas
 bersesuaian dengan tobaqat sederhana
 mempunyai unsur2 keharmonian & ketenangan
 sesuai sebagai tarannum pembukaan & penutup

Tarannum Husaini
 berbentuk aktif & bersemangat
 bersesuaian dengan tobaqat yang tinggi
 unsur2 ketenangan & tegas
 unsur2 rangsangan & penggalak

Tarannum Soba
 gerak yang ringan & meresap ke jiwa
 alunannya lembut & mendayu
 bersesuaian dengan tobaqat sederhana
 amat sesuai dengan ayat2 yang menunjukkan memohon, merayu, merintih & seumpamanya

Tarannum Kurdi
 gerak tegas & berkesan
 lincah & aktif
 sesuai dengan tobaqat sederhana
 sesuai sebagai tarannum penutup

Tarannum Nahawand
 gerak ringan & berkesan
 berbentuk lembut dan berkesan
 sederhana & memikat jiwa
 sesuai dengan tobaqat sederhana
 mempunyai kehalusan seni yang mempesonakan

Tarannum Rast
 gerak lembut tetapi tegas
 lembut & mempesonakan
 lincah & menyemarak
 sesuai dengan mana-mana tobaqat
 sesuai dengan ayat2 yang berbentuk amaran

Tarannum Sikah
 gerak lembut yang meyakinkan
 lembut & menusuk hati
 sesuai dengan mana-mana tobaqat
 sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud merayu, memohon, merintih & seumpamanya

Tarannum Jaharkah
 gerak ringan tetapi berkesan
 lembut & menusuk hati
 unsur2 ketenangan & harmoni
 sesuai dengan tobaqat sederhana
 sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud merayu, memohon, merintih & seumpamanya

Tarannum ‘Ajam
 gerak lembut yang berkesan
 mempunyai kehangatan yang bersemangat
 tegas & meyakinkan
 sesuai dengan tobaqat yang tinggi
 sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud pertanyaan, perintah, murka & sbgnya

Susunan kebiasaan harakat lagu Hijjaz:

Harakat Pertama (penerangan/pengenalan) -Hijjaz asli/’Araki/’Ajam
Harakat Kedua (rangsangan) - Hijjaz asli/’Araki/’Ajam
Harakat Ketiga (Jawab) - Hijjaz asli/’Araki/’Ajam
Harakat Keempat (Jawabuljawab) - Hijjaz asli/’Araki/’Ajam
Harakat Kelima (persediaan) - Hijjaz asli/’Araki/’Ajam
Harakat Keenam (penutup) - Hijjaz asli/’Ajam/Waslah

• tobaqat = tingkatan suara (rendah, sederhana, tinggi (jawab), tertinggi (jawabuljawab))
• Waslah = gabungan 2 lagu / > yang boleh mendorong kepada kemantapan sesuatu harakat
• ‘Araki = salah satu dari lagu penghias

…seruan Rasulullah supaya umatnya membaca al-Quran dengan suara yang baik (diriwayatkan oleh Imam Ahmad Abu Daud & Ibnu Majjah yang bererti :

Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan suara2 kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja dapat menambah keelokan bacaan al-Quran itu

 maaf jika ada kekurangan…

ahib0205
07-02-2009, 01:36 PM
tambahan:

selalunya jika ingin baca dengan bertaranum dimulai dan diakhiri dengan lagu BAYATI :)

:)cgrock

kancil biru
07-02-2009, 07:15 PM
menarik.. thanks bro

profesor
07-02-2009, 07:17 PM
menarik ni, suka tngok rancangan Kalam Suci Astro Oasis..

nazim5123
07-02-2009, 07:18 PM
kalau dapat tolog sertakan dia punya mp3 untuk dijadikan contoh hanya cadangan

king_diamond
07-02-2009, 07:19 PM
menarik ni, suka tngok rancangan Kalam Suci Astro Oasis..

saya dok minat sharifah tu baca, sedap sungguh, sejuk hati dengaq :">

profesor
07-02-2009, 07:25 PM
saya dok minat sharifah tu baca, sedap sungguh, sejuk hati dengaq :">

sejuk mata memandang ker king? :">
tapi mmg sedap suara dia.. :D

king_diamond
07-02-2009, 07:32 PM
sejuk mata memandang ker king? :">
tapi mmg sedap suara dia.. :D

dua-dua ler prof...kalau camtu ler, rela saya berguru ngan dia hari-hari :">

king_diamond
07-02-2009, 07:33 PM
kalau dapat tolog sertakan dia punya mp3 untuk dijadikan contoh hanya cadangan

saya dok dengar sheikh mishary rashid alafasy, minat style tarannum dia tu....tapi takde mp3, saya download dari ares :)cgrock:)paid

AMICO66
07-02-2009, 09:05 PM
selalu ikuti rancangan mari bertarannum kat TV9 jam 6.30 petang.:D

ahib0205
09-02-2009, 01:00 AM
selalu ikuti rancangan mari bertarannum kat TV9 jam 6.30 petang.:D

dan rasanya kalau sapa yang terlepas leh tengok balik kat website TV 9 :)

:)cgrock


apa-apa pun selamat belajar :)

student
13-02-2010, 12:05 PM
aku pun sem ni dok blaja psal taranum :D