PDA

View Full Version : Dongeng Singapura Dilanggar Todak


GT
03-02-2009, 12:21 AM
http://i480.photobucket.com/albums/rr167/globaltent78/CG/hang_nadim.gif


Singapura Dilanggar Todak adalah sebuah cerita dongeng orang Melayu yang paling terkenal khususnya di Singapura.

Kisah

Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari ada seorang pedagang dan ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura untuk melakukan kehidupan baru disamping berdagang. Ketika di Singapura dia sangat disengani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh penduduk-penduduk tempatan.

Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu disebelah istanaRaja Singapura. Pemaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri di sebatang pokok pinang itu. Tun Jana Khatib menerung mata lalu memegang tangan ke arah pokok pinang. Pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah! Pemaisuri raja terkejut melihat keajaiban pokok pinang itu! Kemudian Tun Jana Khatib telah pun beredar. Raja Singapura sendiri pula bertanya kepada pemaisuri dan terkejut melihat pokok pinang yang terbelah dua.

Setelah menayakan khabar bahawa itu adalah seorang dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam). Apabila ditangkap maka dia bersumpah: "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!" Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib! akhirnya dia tersungkur lalu rebah ke bumi.

Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Dia tiba-tiba ghaib tapi darahnya masih ada dan ke mana dia pergi? Berberapa minit kemudian ribut petir menggemparkan Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat! Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai tidak lain tak bukan itu Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.

Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:

Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.

Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ mula lari ke tengah daratan. Berberapa ekor ikan todak mula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada yang orang yang tersungkur kerana ditikam seekor ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat di situ telah terkorban. Sepantas kilat, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.

Di kawasan pantai yang banyak mayat di situ terdampar tiada cara lain yang baginda buat. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu terus ke tepi pantai berbaris untuk dijadikan betis masing-masing. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang takut dan tiada harapan lagi kerana selagi gus takut dimurkai oleh Raja Singapura sebagai penderhaka kepada raja. Maka ada seorang budak yang berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Raja Singapura terus mengemukakan cadangan lain kepada Hang Nadim. Maka ada cadangan yang baik bahawa elok kita bariskan batang pisang untuk kita jadikan kubu. Akhirnya baginda mengarahkan orang yang ada di situ terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang untuk dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.

Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak yang durjana itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk penerimaan anugerah kepadanya.

Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar tidak suka dengan Hang Nadim kerana apabila dah besar nanti dia akan merampas kuasa baginda dan akan memerintah Singapura pada suatu hari nanti. Raja Singapura telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi ada yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila dia bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman. Tanpa berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Anak kecil mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati. Begitulah tadi cerita Singapura Dilanggar Todak.

GT
03-02-2009, 12:24 AM
Kisah Sejarah Melayu tentang Pau Gama yang pergi ke Majapahit dan berkahwin dengan Raden Gaalah Ajang dan kemudian memperolehi seorang anak bernama Jatnaka dapat dikesan sejarahnya. Tokoh Pau Gama itu ialah Jaya Simhavarman III (1288 - 1307) yang telah berkhawin dengan puteri Raja Javadvipa bernama Tapasi


Raja Jaya Simhavarman III berkahwin pula dengan puteri Dai Viet (Vietnam). Perkahwinan politik dengan puteri Dai Viet ini mengorbankan dua wilayah Champa di utara Col des Nuages. Sesudah beliau meninggal, baginda diganti oleh seorang anaknya yang bernama Harijitatmaja yang meneruskan penentangan terhadap penguasaan Dai Viet ke atas wilayah pusaka-nya. Baginda akhirnya ditangkap dan meninggal pada 1313 dalam kurungan sangkar emas. Harijitatmaja diganti oleh saudaranya yang dikenali dengan sebutan Che Nang atau Che Man atau Cei Anak. Che Nang meneruskan perjuangan menentang Dai Viet. Tokoh inilah agaknya yang disebut dalam Sejarah Melayu sebagai Jatnaka. Tokoh lain yang disebut dalam Sejarah Melayu ialah dua orang pelarian Champa yang bernama Syah Indera Berman dan Syah Pau Ling (Liang). Sejarahnya dapatjuga dikesan iaitu terjadi pada zaman pemerintahan Ban La Tra Toan (1460 - 1471).

Ban La Tra Toan memerintah di ibu kota Sri Vini (Sri Raja Than Ton). Setelah Kota Vijaya jatuh. Raja Champa pun mati terbunuh. Dengan kejatuhanibu kota Vijaya ini ramai pelarian politik Cham yang menuju ke daerah Melayu yang selamat, antara lain ke Melaka. Yang termasuk dalam pelarian itu ialah dua orang putera raja Champa, iaitu Indravarman dan Pau Liang di atas. Gambaran Sejarah Melayu tentang Champa terdapat dalam Al-Kisah ke29 yang menceritakan seorang Nakhoda Champa yang bernama Sayyid Ahmad bersahabat dengan Hang Tuah pergi ke Inderapura (Pahang) untuk melarikan Tun Teja Ke Melaka. Kekuatan Champa berdasarkan fakta jelas lebih besar daripada perahu Pahang hingga dapat menolong pahlawan Melaka itu melarikan Tun Teja. Kehadiran tokoh Nakhoda Champa di Melaka dan di Pahang dapat dihubungkan pula dengan wujudnya pedagang Champa di Banten seperti yang diceritakan oleh Sejarah Melayu dalam Al-Kisah ke-34 menceritakan perkahwinan seorang puteri keturunan Champa dengan anak seorang pembesar Melaka.

Peperangan Champa dengan orang Vietnam (Dai Viet) dapat kita ikuti dalam beberapa naskah Melayu Tradisi seperti Hikayat Hang Tuah. Bab ke-23 hikayat itu menceritakan peristiwa Negeri Indrapura diserang oleh ikan todak Negeri Indrapura sebenarnya dapat dirujuk kepada Indrapura yang wujud di Champa pada separuh kedua abad ke-8 dan Indrapura inilah tapak pertama bangsa Melayu Champa mengalami kesukaran dalam hubungan dengan tetangganya Dai Viet. Serangan orang Dai Viet terus-menerus hingga Indrapura jatuh ke tangan mereka pada tahun 1000. Ikan todak itu hanya sebagai simbol seragan-serangan laut bertubi-tubi daripada Dai Viet.

Disebabkan perkembangan penduduk yang bertambah di Delta Sungai Merah, Vietnam telah melakukan perluasan politik ke arah Selatan. Akibat peperangan yang terus-menerus dengan Vietnam, Orang Cham sedikit demi sedikit kehilangan wilayah utaranya yang ditakluk lalu diduduki oleh tentera Vietnam. Oleh sebab itu, antara abad ke11 dan ke-17, wilayah yang didiami bangsa Cham makin sempit kerana dirampas daripada sebelah utara, Oleh yang demikian jumlah penduduk Cham semakin berkurangan dan tempat tingalnya berpindah ke arah selatan, terutama setelah perebutan kota Vijaya pada tahun 1471, yang akibatnya antara lain mendesak Orang Cham ke selatan ke puncak Cu Mong.

Meskipun kekalahan kota Vijaya merupakan pukulan yang sangat hebat kepada Orang Cham, namun begitu mereka bertahan sedapatanya dan mendirikan kembali negeri-negeri di daerah-daerah yang masih dapat dikuasai. Ketahanan Orang Cham semakin pulih dan pada 1594, seorang raja Champa berjaya mengirimkan tentera bantuan kepada Sultan Johor untuk memerangi orang Portugis. Ramai Orang Cham, yang tidak bersedia hidup dalam negeri yang tertekan dan kian hari kian tunduk kepada kekuasaan Orang Vietnam, telah melarikan diri; kadang-kadang dengan pemimpinya ke Kemboja dengan melintasi hutan-hutan dan tanah tidak bertuan yang terletak disebelah barat Panduranga.

Namun begitu orang Cham yang masih tinggal di negerinya tetap dalam keadaan tidak berubah sehingga tahun 1834. Dalam tahun itu Kaisar Minh Menh telah menghapuskan segala gambaran tentang wujudnya sebuah negara Champa yang merdeka dan menjadikan Panduranga sebagai Wilayah Vietnam. Tetapi mulai tahun 1834 - 1835 orang Cham di '' Vietnam '' kan secara paksa. Mereka diperintah berpakaian Vietnam, bertutur bahasa Vietnam, menggunakan nama Vietnam dan merayakan upacara-upacara Vietnam biar apapun agama mereka. Seterusnya mereka dipaksa mematuhi peraturan-peraturan ketat yang ditetapkan oleh Minh Menh yang ingin melihatmereka lenyap sebagai bangsa asing.

Meskipun demikian, oleh sebab begitu sisa-sisa golongan Champa itu, mereka berusaha dengan sedaya-upaya untuk mempertahankan sekurang-kuragnya lembaga Kerajaannya, Lambang Kebangsaanya yang terakhir. Pada tahun 1822, kerana tertekan oleh situasi yang benar-benar mengecewakan, Raja Champa sendiri, Po Cong Chan, turut keluar mengasingkan diri ke Kemboja, mengikut kebanyakan rakyatnya yang sudah menetap di sana.


Sources : Digest '' MUTIARA MALAYSIA '' 1 PP7609/9/93 Dis. (1993)



KERAJAAN MELAYU CHAMPA YANG DILUPAKAN

GT
03-02-2009, 12:28 AM
Sebenarnya dlm KOMSAS Tingkatan 5, kitorang ada blaja pasal Tun Jana Khatib dan peristiwa todak - bahagian prosa tradisional, dan tajuk prosa tu "Kezaliman Membawa Padah". Heheh, baru teringat! Menarik sgt sebab ini cerita 3 dlm 1.


Kisah 1

Tun Jana Khatib, bersama dua sahabatnya menuntut ilmu agama di Pasai. Setelah habis menuntut, mereka merantau utk berdakwah. Sorang pegi Samarlingga, sorang lagi pegi Bungoran dan Tun Jana Khatib memilih Singapura. Pada suatu hari, ketika dia berjalan2 dkt dgn istana, dia nak menguji ilmu khayal lillah lagi tauhid dua belas alam yg dimilikinya dgn menenung sebatang pokok pinang. Pokok pinang tu terbelah dua dan kejadian tersebut disaksikan oleh permaisuri.

Paduka Seri Maharaja beranggapan yg Tun Jana Khatib sengaja buat macam tu utk tarik perhatian permaisuri. Dek kerana cemburu dan iri hati, baginda hukum bunuh Tun Jana Khatib tak jauh dari tempat org berniaga kuah bikang. Bila Tun Jana Khatib ditikam, darahnya menitik ke bumi tapi jasad dia ghaib - dipercayai ke Langkawi. Ada pantun yg menerangkan kejadian ini:

Telur itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terhantar di Langkawi.

Orang yg buat kuah bikang tu tutup darah Tun Jana Khatib dgn tutup bikang - tapi kemudian bertukar menjadi batu. Dikatakan batu tu masih ada sampai skrg kat Singapura.


Kisah 2

Peristiwa Singapura dilanggar todak ialah bala yg Tuhan berikan utk membalas kekejaman Paduka Seri Maharaja yg senang2 jerr hukum org mati sebab perasaan cemburu yg tidak bertempat. Bukan sebab Dewa Laut marah ek.

Hang Nadim beri cadangan supaya berkubukan batang pokok pisang utk melindungi negeri mereka drpd serangan todak, bukannya betis ( ) seperti yg dicadangkan golongan pencacai. Mereka dengki dgn Hang Nadim, lalu dipujuknya Paduka Seri Maharaja supaya bunuh budak tu kerana kononnya bila dia besar nanti, dia akan menjadi ancaman kepada baginda. Ye la, muda2 lagi dah pandai kalo dewasa apatah lagi.


Kisah 3

Setelah mangkat, Paduka Seri Maharaja digantikan oleh puteranya Raja Iskandar Syah. Baginda ada seorang bendahari bernama Sang Rajuna Tapa. Anak perempuan dia gundik kesayangan raja, jadi selalu dicemburui oleh gundik2 yg lain. Dia difitnah yg dia curang - lalu dihukum sula kat pasar.

Sang Rajuna Tapa menyimpan dendam, lalu dia tulis surat ke Majapahit. Kalo Betara Majapahit nak serang Singapura, dia akan belot. Betara Majapahit dgn bala tenteranya iaitu beribu2 rakyat Jawa datang dgn ratusan jong menyerang Singapura.

Raja Iskandar Syah perintahkan Sang Rajuna Tapa supaya bekalkan beras kepada rakyat tapi dia kata takde beras sebab nak membelot kaedahnya. Pastu dia bukak pintu kota Singapura nak bagi org2 Jawa masuk - berlakulah pertumpahan darah yg dahsyat.

Raja Iskandar Syah dan isterinya Tun Perpatih Tulus melarikan diri ke Seletar, dan kemudian ke Muar. Rumah Sang Rajuna Tapa roboh, bekas simpan padi tumbang dan beras bertukar jadi tanah. Sang Rajuna Tapa dan isterinya bertukar menjadi batu sebab derhaka pada raja.

Anyway, dlm teks yg kitorang blaja tu, nama Hang Nadim takde disebut. Cuma dinyatakan "seorang budak".

Sumber : Forum Cari

razif1224
03-02-2009, 12:28 AM
dongeng ek...

aku ingat betul dlu... hehehe..

Jakethitam
03-02-2009, 12:28 AM
wah...memang baguslaaa citer nie...ada lagi tak??

GT
03-02-2009, 01:31 AM
dongeng ek...

aku ingat betul dlu... hehehe..

Kisah Singapura dilanggar todak bukan dongeng tapi memang pernah berlaku....
Kejadian tersebut berlaku di Tanjong Pagar, sebuah tempat yang asalnya perkampungan nelayan di Singapura...

Istilah 'Pagar' pada nama Tanjong Pagar bukanlah bererti "gate" seperti yang disangkakan....
Sebaliknya ia merujuk kepada barisan batang pisang yang telah dicacak di sepanjang pantai di kawasan Tanjong Pagar sehingga ia kelihatan seakan-akan sebuah pagar yang panjang...

Nama tempat Tanjong Pagar masih wujud di Singapura. Selain Tanjong Pagar, ada beberapa tempat lain di Singapura yang dinamakan bersempena dengan peristiwa tersebut:-

* Jalan Khatib dan Kampung Khatib - sempena mengambil nama Tun Jana Khatib dari Pasai.
* Hujung Pasar sekarang digelar Kampung Gelam - tempat hukuman bunuh ke atas Tun Jana Khatib dijalankan.

Sumber : Forum Cari

rauzan
03-02-2009, 01:34 AM
check dlm youtube gambar todak tu menyerang...
:eek::eek::eek:

selambeyaya
04-02-2009, 08:58 PM
ade fakta yang x sahih mengatakan Hang Nadim dihukum mati melalui cara kakinya diikat batu dengan rantai besi dan ditenggelamkan di tengah laut singapura. selepas itu apabila ada kapal melalui kawasan tersebut akan kedengaran bunyi geseran besi (diercayai besi geseran dari kaki Hang Nadim)

:):):)

WindfaLL
11-02-2009, 03:28 PM
dongeng uperye...yek yeee je aku igt betul2 cite ni zaman dolu2...hehehe..

levitez
11-02-2009, 03:31 PM
huhuhu...best gak cerita dongeng neh...:D

GT
11-02-2009, 03:35 PM
dongeng uperye...yek yeee je aku igt betul2 cite ni zaman dolu2...hehehe..

Kurang pasti bro... ada jugak yang mengatakan bahawa kisanh dongeng ini benar2 telah berlaku...

WindfaLL
11-02-2009, 03:53 PM
tapi kalo betul2...try korang imejin camne suasananye kan?

haru2 biru oooo..

budakbaek
10-05-2009, 03:45 AM
hm,,dogeng ke cite ni??bkn btol ke??ntah la..bnyak mazhab pasai cite ni..xtaw nk caye ke x..

tok sempol
04-09-2009, 04:21 PM
Hang nadim menpunyai nama lain, keturunan raja2, dan tidak mangkat selepas itu beliau sebaliknya timbul semula di sebuah negeri lain.

kruleznickzam85
04-09-2009, 04:25 PM
bukankah hang nadim tu nama anak hang jebat?? aku da baca satu artikel tahun lepas.. nanti aku check balik.. :)

tok sempol
04-09-2009, 04:28 PM
bukankah hang nadim tu nama anak hang jebat?? aku da baca satu artikel tahun lepas.. nanti aku check balik.. :)

Bukan, beliau adalah anak kepada....(maaf rahsia berpegang pada janji tak harus dimungkiri)

kruleznickzam85
04-09-2009, 04:32 PM
Bukan, beliau adalah anak kepada....(maaf rahsia berpegang pada janji tak harus dimungkiri)

hehehe.. nama jer la.. bukan nak kata budak tu anak hang jebat..
sbb rasa aku nama anak hang jebat juga Hang Nadim.. :D

effies
04-09-2009, 04:47 PM
bukankah hang nadim tu nama anak hang jebat?? aku da baca satu artikel tahun lepas.. nanti aku check balik.. :)

setahu aku gak.... dia ank hang jebat.....
bila hang nadim d bunuh, hang tuah pernah d titah raja melaka utk menyerang singapura. tetapi hang tuah hanya pergi menangkap pembesar2 yg brsalah....

aku pernah membaca buku Riwayat Hang Tuah....

klu salah tlong tegur....:">:">

tok sempol
04-09-2009, 04:57 PM
setahu aku gak.... dia ank hang jebat.....
bila hang nadim d bunuh, hang tuah pernah d titah raja melaka utk menyerang singapura. tetapi hang tuah hanya pergi menangkap pembesar2 yg brsalah....

aku pernah membaca buku Riwayat Hang Tuah....

klu salah tlong tegur....:">:">

Hang tuah berwatak lain di waktu itu dan mempunyai nama lain...zaman berbeza2 pakaian lain2...

periamuda
04-09-2009, 06:57 PM
Teringat kecik-kecik dulu selalu makan ikan todak...best..

nazim5123
05-09-2009, 09:06 AM
kalaulah orang zaman dulu diceritakan kisah zaman sekarang dah tentu mereka kata mengarut begitu juga sebaliknya orang sekarang dengar cerita orang dulu tentu orang sekarang kata mengarut

anda pernahker tengok zaman sekarang manusia yang mampu menukarkan tongkatnya menjadi ular manusia yang mampu membelah lautan dengan tongkatnya manusia yang mampu belah bulan tapi mengapa kita boleh mempercayai semua tu kerana ada tersebut dalam kisah para nabi dan mukjizat para nabi

bagaimanakah perkara yang mustahil diterima akal yang waras itu boleh berlaku jawapannya dengan kuasa tuhan

sebab itulah kalau memang dah kuasa tuhan nak jadikan todak berkuasa menyerang singapura perkara tu adalah tak mustahil dan jangan mudah menjatuhkan sesuatu yang tak di terima akal itu sebagai dongengan kalau benar perkara itu dongengan mengapa cerit tersebut terlalu tersohor hingga di sebut dalam sejarah melayu sedangkan sejarah malaysia hari ini kebanyakan nya di petik dari kisah sejarah melayu terutama kesultanan melayu melaka

malah apa yang lebih pelik mengapa banyak tempat kat singapura hari ini berasal dari kisah singapura di langgar todak

saya berkata sedemikian rupa bukan niat saya ingin mengatakan cerita hang nadim dan todak itu benar tetapi janganlah mudah mengatakan sesuatu perkara itu dongeng hanya kerana sukar untuk di terima akal yang waras

itu jer..........

zamreda
17-09-2009, 08:45 PM
yer btul tu..wali2 nie percaya Allah akan menolong..

nie lagi citer sorang wali Allah yng menumpang perahu dilautan...apabila ditengah lautan,si empunya perahu meminta duit,wali tersebut mengatakn takder duit..last2 tuan perahu menumbuknya smpai lemah..tak semena mena berkocak lautan dan ikan2 timbul dgn duit emas di mulut ikan tersebut..supaya wali tersebut dpt membayarnya..


tulah hang semua...baca kisah2 para wali2...hatta wali songo, tok kenali..

nie sikit2 dongeng2..

wali2 takder kuasa....hanya ALLAh yng jadikan wali2 nie istimewa..iaitu mulut mudah makbul doa.

theBLOGGERboy
17-09-2009, 08:56 PM
khatam gak aq bce...

cikepong
17-09-2009, 11:16 PM
hehe tok sempol ni mcm kenal je...:) selamat berhari raya tok...

tok sempol
01-10-2009, 05:38 AM
hehe tok sempol ni mcm kenal je...:) selamat berhari raya tok...


ya...selamat menyambut hari aidil fitri, semoga segala amalan kita di redhai oleh Allah yg maha esa.

anak_jatiperak
26-01-2010, 12:33 PM
Salam,..dogeng ja

darkriez
12-03-2010, 11:45 PM
mungkin hang nadim ni tak dibunuh pembesar yang terlibat dlm hukumannya..almaklumla...kalo kita jd pembesar tu sampai hati ke kita nk bnh bdk yg tak berdosa???dah la bdak tu dah menyelamatkan ribuan nyawa..mungkin dia dilepaskan di dalam perahu ke tgh laut....jd lpas tu mgkn ada pedangang yg ambil dia d tgh lautan...hanya allah yg lbh mngtahui....

TwiStEd pIps
13-03-2010, 01:31 AM
nice info.. good job.. >:) >:) >:)

AkuHenjutJer
03-04-2010, 01:14 AM
crita betul ke dongeng ni mueheheheheheh

kancil biru
07-07-2010, 01:22 AM
malam malam baca kisah sejarah mmg buat aku mengantuk

symori
07-07-2012, 09:55 AM
sorry geng...

aku percaya citer2 ni adalah benar. kalo tak, macam mana plak nama2 tempat mcm Khatib, Tanjung Pagar wujud...

akeyrasta
07-07-2012, 10:21 AM
Lama da thread ni... Best....
Tt tepek kan cerita pasal si badang lakkk yang makan muntah jin tu... Hehe

Niyang
07-07-2012, 10:27 AM
dah name pun citer penglipurlara... sah2 lah dongeng... tp byk iktibar bley diambil dari citer2 diatas...

syahey
07-07-2012, 10:36 AM
cerita dongeng yang direka untuk memberi pengajaran dan iktibar kepada semua

kopiokaw
07-07-2012, 10:43 AM
menarik gak

jutawan_kokusba89
12-07-2012, 10:55 AM
orang yg bijak dihukum bunuh..bijak sungguh..

ed_zero
12-07-2012, 11:09 AM
Bukan, beliau adalah anak kepada....(maaf rahsia berpegang pada janji tak harus dimungkiri)

hang nadim tu salah aku anak hang tuah kan?

miloais
12-07-2012, 11:16 AM
apa2 pun ....kerana hasad dengki budak tk berdosa menjadi mangsa...dan beginilah keadaan masa kini...

mnur
12-07-2012, 11:16 AM
Wakil Perniagaan anda untuk pasaran Singapore, meh klik sini.. <<< latest rate 1 SGD 2.51 MYR

memang masyok bro !

MerongMahawangsa
15-07-2012, 03:22 PM
yer btul tu..wali2 nie percaya Allah akan menolong..

nie lagi citer sorang wali Allah yng menumpang perahu dilautan...apabila ditengah lautan,si empunya perahu meminta duit,wali tersebut mengatakn takder duit..last2 tuan perahu menumbuknya smpai lemah..tak semena mena berkocak lautan dan ikan2 timbul dgn duit emas di mulut ikan tersebut..supaya wali tersebut dpt membayarnya..


tulah hang semua...baca kisah2 para wali2...hatta wali songo, tok kenali..

nie sikit2 dongeng2..

wali2 takder kuasa....hanya ALLAh yng jadikan wali2 nie istimewa..iaitu mulut mudah makbul doa.

Nama wali ni malik dinar sbb citanya ikan naik smua ada duit dinar kuasa Allah