PDA

View Full Version : Kejadian Yang Pernah Menggemparkan Malaysia


fazarudin
29-01-2009, 10:46 AM
Jom kite bincang2 tragedi yang pernah menggemparkan malaysia suatu ketika dulu...ini beberap info yang aku cari di internet..

Tragedi Ringlet Cameron Highland - 1969

Tragedi Ringlet dicatat sebagai sejarah hitam negara kerana kali pertama berlaku tanah runtuh hingga ragut ramai nyawa.


Tragedi Highland Tower - 1993

11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan. Nakajima Shizue, 50, rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam.


12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britian dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu.


13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.


15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.


16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.


17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.


18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.


19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.


20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.


21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.


22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.


Mona Fendi - 1993

Kes Mona Fendi atau nama sebenarnya Maznah Ismail menggemparkan Malaysia apabila ditangkap kerana membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang pada 13 Julai 1993.

Mona bersama suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang ditolak dan mereka dihukum gantung sampai mati pada 2 November 2001.


Tragedi banjir lumpur di Pos Dipang 1995

Berlaku pada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang.

Mengorbankan 39 mangsa dan lima hilang.

Semua mangsa, kecuali enam orang dari keluarga Cina yang tinggal di Bah Hon Hin kira-kira enam kilometer dari Perkampungan Orang Asli Pos Dipang ialah penduduk Orang Asli.

Perkampungan itu mempunyai kira-kira 60 rumah yang dibina dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan mempunyai kira-kira 1,500 penduduk.

Penempatan itu dibuka pada 1978 apabila dusun buah-buahan yang mereka usahakan di situ mengeluarkan hasil. Sebelum ini penduduk tinggal di Batu 19 Jalan Cameron Highlands, tidak jauh dari situ.

DreamCatcher
29-01-2009, 10:47 AM
Yang taman medan tu..

butterland
29-01-2009, 10:50 AM
bukit antarabangsa..tsunami..gegaran gempa bumi..minta bro carikan

jutawanzaman
29-01-2009, 10:51 AM
tragedi Ringlet,genting highland? ringlet kat cameron highland daa....

fazarudin
29-01-2009, 10:51 AM
Yang taman medan tu..

Tragedi Kampung Medan - 2001

Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari. Peristiwa ini berlaku di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan , Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan.

Pergaduhan turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong.

akecema
29-01-2009, 10:53 AM
21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.

nama yg hebat
tp dah pergi so aku xnak komen

DreamCatcher
29-01-2009, 10:56 AM
Sukan komanwel.. :D

DreamCatcher
29-01-2009, 10:59 AM
Menggemparkan malaysia kot.. :D

butterland
29-01-2009, 11:01 AM
tragedi ker ?. :))

Shah rukh khan dapat gelaran Datuk... bleh masuk tragedi tak bro? menggemparkan tu..

jutawanzaman
29-01-2009, 11:08 AM
masa tun mahadhir umum letak jawatan...boleh dianggap tragedi dan menggemparkan malaysia...amacam...betol tak...

anasz
29-01-2009, 11:19 AM
Pak Lah kawin lagi ngan Jeanne.Gempar gak tuh..

DreamCatcher
29-01-2009, 11:21 AM
Tsunami yang melanda malaysia..

nazwa69.net
29-01-2009, 11:28 AM
uik... jangan cakap benda2 yang tak berpekdah... nanti kene sound.. hati2.. hehehe

piston9
29-01-2009, 11:28 AM
UAE 5-0 Malaysia :D

butterland
29-01-2009, 11:44 AM
back to tajuk...tragedi yg menggemparkan sahaja..

bspitih
29-01-2009, 11:59 AM
tragedi 13 mei?

dragger
29-01-2009, 04:33 PM
tragedi jeti runtuh di pulau pinang pd 1988
DSAI digulingkan pd thn 1998
tragedi kilang mercun terbakar

ennoar
29-01-2009, 04:37 PM
dah banyak tgd tp x blajar lagi...

butterland
29-01-2009, 04:39 PM
tragedi jeti runtuh di pulau pinang pd 1988
DSAI digulingkan pd thn 1998
tragedi kilang mercun terbakar



Antara bencana besar Malaysia

31 Julai 1988

Jeti pengkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth runtuh mengorbankan seramai 32 orang dan mencederakan seramai 1674 orang mangsa.

7 Mei 1991

Letupan kilang mercun Bright Sparkles di Sungai Buloh, Selangor mengorbankan 22 orang dan mencederakan seramai 103 orang mangsa yang lain.

20 Jun 1992

Letupan dan kebakaran kapal Choon Hong II di Perlabuhan Kelang yang mengorbankan seramai 10 orang.

11 Disember 1993

Tragedi Highland Towers tumbang di Hulu Kelang telah meragut nyawa seramai 48 orang mangsa.

30 Jun 1995

Tragedi tanah runtuh di Genting Sempah, Lebuhraya Karak yang membunuh seramai 20 mangsa dan mencederakan seramai 22 orang yang lain.

15 Julai 1996

Bas Persiaran terhumban ke dalam gaung di Jalan Genting Highland meragut seramai 17 nyawa.

29 Ogos 1996
Banjir lumpur tanah tinggi mengorbankan seramai 44 orang dan memusnahkan 30 buah rumah dalam tragedi di Pos Dipang, Kampar, Perak.

26 Disember 1996

Bencana Ribut Greg melanda negeri Sabah melibatkan sejumlah 230 kematian dan merosakkan sebanyak 4925 rumah kediaman penduduk.

Mei 1998

Jerebu melanda seluruh negara berikutan kejadian kebakaran hutan dan semak di dalam negara dan di negara jiran memusnahkan beribu hektar kawasan hijau di seluruh negara akibat perbuatan pembakaran terbuka dan cuaca panas.

Mac 1999

Wabak penyakit Japanese Encephelitis (saja) dan Virus Nipah melanda ladang ternakan khinzir terutamanya di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan mengorbankan lebih seratus nyawa dan hampir 1 juta ternakan tersebut dimusnahkan.

Disember 2001

Banjir besar melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor melibatkan lebih 25,000 penduduk di pindahkan dan kejadian tanah runtuh di Gunung Pulai, Johor melibatkan 5 kematian.

Disember 2004

Ombak besar (tsunami) melanda Utara Semenanjung terutamanya Pulau Pinang dan Kedah yang mengakibatkan 68 nyawa terkorban dan memusnahkan harta benda bernilai jutaan ringgit kesan kejadian gempa bumi di Utara Sumatera


Kejadian Letupan kilang mercun di Sungai Buloh pada 1991, menjustifikasikan pembentukan undang-undang berkaitan Keselamatan Pekerjaan iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.


sumber : Ukhwah (http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=38286&forum=68&)

min9797
29-01-2009, 04:47 PM
peristiwa memali tak de ker

CikSukan
29-01-2009, 09:38 PM
masukkan jugak pasal sukan..menang piala thomas, menang all england, then masa dapat piala apa2 jer bola ke hoki ker

Peristiwa sukan ni menyeronokkan baca dan dikenang, kalau menang lah. :D

asrul07
29-01-2009, 09:44 PM
masukkan jugak pasal sukan..menang piala thomas, menang all england, then masa dapat piala apa2 jer bola ke hoki ker

Peristiwa sukan ni menyeronokkan baca dan dikenang, kalau menang lah. :D
mmg best.siap dpt cuti umum dr PM lagi tu..skrg?x merasa dah...

shahif
29-01-2009, 09:50 PM
Kejadian Objek Di Langit

sapa yang dapat tgk live?

zerovirus
29-01-2009, 09:53 PM
sudah banyak berlaku kejadian pelik kalau nak di lampirkan di sini

tapi apa yang paling mengemparkan malaysia ya ?

bangzaf
29-01-2009, 09:55 PM
peristiwa memali tak de ker
peristiwa al-ma'unah jugak....

iorichee
29-01-2009, 09:59 PM
update la kat page pertama tuan tanah..
senang nak view nanti..

fazarudin
30-01-2009, 11:13 AM
tragedi jeti runtuh di pulau pinang pd 1988
DSAI digulingkan pd thn 1998
tragedi kilang mercun terbakar

setuju.. dlm list atas , yang paling menggemparkan apabila DSAI digulingkan & bermacam2 konspirasi...

naj2921
30-01-2009, 11:20 AM
tragedi tsunami kat kedah

mohdzairilanuar
06-04-2009, 04:00 PM
jgn lupa tragedikampung rawa di pulau pinang aku x igt tahun bila pergaduhan melayu ngan hindu....

dragger
06-04-2009, 04:05 PM
tragedi kemalangan(kereta, bas, helikopter) dan kejadian tanah runtuh yg mendominasi tragedi2 di Malaysia.

moneymaker3000
06-04-2009, 04:09 PM
letupan kilang mercun dulu pun heboh gak...pastu kewujudan bigfoot...

lampor_2003
06-04-2009, 05:52 PM
mcm kes objek dilangit tu ader saper2 tau x?

Shukz Isma
06-04-2009, 05:56 PM
objex mende nie??UFO ka??

kokorez
06-04-2009, 05:58 PM
islam hadhari pun menggemparkan juga pe

fazarudin
20-02-2010, 03:25 PM
islam hadhari pun menggemparkan juga pe

lagi hangat neh bro..

akuslamberjer
20-02-2010, 03:40 PM
Polis gagal cari Ayah Pin..pun menggemparkan jugek :p

Norfazli
20-02-2010, 03:46 PM
Kelantan adalah negeri pengeluar minyak di Malaysia

Niyang
20-02-2010, 03:57 PM
Kelantan adalah negeri pengeluar minyak di Malaysia

Dan Kelantan x dpt royalti spt negeri2 pengeluar yg lain.....:D

Harga minyak naik tanpa henti since 2003....huiuhuhuh. Walaupun mesia negara miliki minyak sendiri...:-?

najumi
20-02-2010, 04:04 PM
Kes ALTANTUYA...
Berkait rapat ngan Najib selaku PM Malaysia..

:)paid:)paid:)paid

aznor59
20-02-2010, 04:16 PM
trajedi bas accident kat jalan merapuh

TwiStEd pIps
21-02-2010, 01:52 AM
wow.. interesting.. >:) >:) >:)