PDA

View Full Version : Sejarah Cik Siti Wan Kembang


fazarudin
28-01-2009, 09:14 AM
"CIk Wan Kembang" adalah nama sebenarnya. Gelaran tambahan "siti" adalah diberikan oleh pedagang arab.

FAKTA

*Nama asal Cik Wan Kembang
*Kematian ayah sejak usia empat tahun
*Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah
*Menjadi raja dalam usia 30 tahun pada 1610
*Pusat pemerintahan, Gunung Chinta Wangsa dan Kota Tegayong
*Tidak berkahwin dan menjadikan Puteri Saadong sebagai anak angkatnya
*Binatang kesayangan adalah kijang dan menjadikan binatang itu sebagai lambang negeri
*Memerintah Kelantan selama 67 tahun

Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak pernah berkahwin

RAMAI pasti terpinga-pinga atau menggelengkan kepala jika ditanya siapakah Cik Wan Kembang.


Namun bila disebut Cik Siti Wan Kembang, orang pasti mengaitkan nama wanita itu dengan Kelantan hingga menjadi antara nama timangan negeri berkenaan yang turut bergelar Serambi Makkah.

Berdasarkan catatan sejarah, nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan dari keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik Wan Kembang, yang diberikan ayahandanya, Sultan Ahmad.

Berdasarkan buku ringkasan cerita Kelantan, karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, gelaran "Siti" diberikan seorang pedagang Arab yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan "Siti".

Ketika mengadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan "Siti" dan panggilan "Siti" itu didengar beberapa orang yang berada di balai mengadap.

Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti "Siti" sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.

Terdapat juga sumber sejarah menyatakan beliau turut digelar panggilan Paduka Cik Siti.

Buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid, terbitan Pustaka Al-Ahliah (1962), Siti bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri.

Dalam usia empat tahun, Cik Siti Wan Kembang kehilangan kasih sayang ayah yang mangkat menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan diambil alih Raja Husin.

Sejarah Pemerintahan

Sejarah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan bermula pada 1610. Berdasarkan sumber sejarah tempatan, dalam usia 30 tahun, beliau dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin.

Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudiannya ditukar nama sebagai Gunung Chintawangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal hingga kini.

Sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan nama Cik Siti Wan Kembang terkenal.


Walaupun seorang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasaannya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan saja.

Beliau membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.

Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina sebuah taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan dengan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong, yang kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Ayam (berhampiran Sungai Nenggiri, kini Hulu Kelantan), membawa pelbagai persembahan untuk beliau.

Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.

Kecantikan & Keperawanan

Di sebalik kecantikannya, Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami walaupun ramai raja dan anak raja datang meminangnya. Ramai ditolak Cik Siti Wan Kembang dengan alasan tidak terlintas dihatinya untuk bersuami.

Lama kelamaan, keadaan itu membuatkan Cik Siti Wan Kembang berasa kesunyian hidup sendirian. Apabila melihat Puteri Saadong, (Puteri Raja Loyor) ketika mengadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat mengambil puteri itu sebagai anak angkatnya.

Rundingan di antara Raja Loyor dan permaisurinya berakhir dengan kerelaan mereka menyerahkan Puteri Saadong untuk dijaga Cik Siti Wan Kembang.

Puteri Saadong adalah seorang gadis ayu serta cantik dan digelar penduduk Gunung Chintawangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu sampai kepada pengetahuan maharaja Siam yang menghantar utusan meminangnya tetapi ditolak Cik Siti Wan Kembang.

Menyedari Raja Siam akan menimbulkan masalah berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti Wan Kembang mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah (sepupunya) dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong dan kemudian berpindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai pemerintah Kelantan.

Selepas pelantikan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunong Chintawangsa, kota pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak diketahui lagi.

Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan selama 67 tahun, antara 1610 dan 1677 dengan dua pusat pemerintahan iaitu Kota Tegayong dan Gunung Chintawangsa.

Dai_na
29-01-2009, 12:02 PM
menarik...
kalo ader lakaran wajah cik siti wan kembang lg menarik..
tp agak susah nk cari kn???

Sweet Rose
02-02-2009, 03:05 PM
wah...thanks,good info...yap klu ada lakaran wajahnya lagi best ni... :)

Megat Sri Rama
02-02-2009, 10:01 PM
Kembar negeri kelantan, Negeri Patani juga pernah diperintah oleh beberapa generasi raja perempuan. ada 4 raja, aku tak ingat nama mereka tapi dipanggil dengan nama warna, cth: Raja Merah, Raja Ungu dsb.

pemuda umno
06-03-2009, 01:09 AM
kan baik kalau boleh belajar tentang cerita ni kat sekolah

lelakiselamanya
06-03-2009, 01:17 AM
kalo x silap aku dulu kelantan ade dua raja, kelantan barat (area pasir pekan sampai ke sempadan siam),pusat pemerintahan kat pasir pekan (tapak istana lama), raja kelantan pada hari ini adalah keturunan dari kwasan kelantan barat.......satu lagi raja dari kelantan timur (area kota bharu hingga pasir putih) tapak pemerintahan adalh kat kota istana lama...pada hari ni kalo x silap keturunannya di panggil keturunan raja jembal ....kalo salah mohon maaf...sejarah dari buku tata rakyat masa sekolah dulu

Qy_viceVersa
15-03-2009, 06:59 PM
owh..pemerintah kelantan upenyer die ni..igtkan dr mne la org dapat name cik siti wan kembang nih..cayalah..pompuan tu

tok sempol
20-08-2009, 04:25 AM
Cik Siti Wan Kembang ada nama lain, berpakaian harian dan sebelumnya lain2 tetapi tetap orang yang sama. hidup dihidupkan dan mati lalu dilahirkan semula, sejarah baru pun bermula cuma watak berlainan.

anak_jatiperak
26-01-2010, 12:44 PM
Salam..ada gambar da????nak tgk juga ..kalu ada

peija06
26-01-2010, 01:20 PM
Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina sebuah taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan dengan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong, yang kini terletak di [B]Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.


dkat je ngan umah aku neh..
masa sekolah selalu pergi main air..kawasan dkat ngan tebing sungai kelantan.

masa tu, kawasan ni baru dikenalpasti sbg tempat bersejarah..annuar musa pun turun padang jgk tgk kawasan ni.
diorg cuba kuarkan air yg ada kat dlm kolam taman. ada yg berpendapat ada harta karun kot..:-?

tp air kat dlm kolam tu xkering2 jgk..berhari2 jgk diorg kuarkan air kolam tu tp masih xkering2..mgkin dh kuasa tuhan.

kat situ selain kolam adela jgk kota kecik, tiang layar n lain2..aku pon xigt da..

hafietz
25-02-2010, 09:04 AM
story yg menarik, sape2 yg ada cer pasal CSWK kongsi2 ya:-)

zulkifly2z
25-02-2010, 09:12 AM
bump..........

idrissamk
09-03-2010, 03:44 AM
bangga jadi anok kelate.

comix
22-08-2011, 05:55 AM
tq TT..gud info

joned
22-08-2011, 06:05 AM
baru aku tau sejarah d sebalik nama.... terima kasih TT

TokCu
18-06-2013, 02:02 PM
sebab tu la kelantan di panggil
negeri che siti wan kembang...

TokCu
18-06-2013, 02:45 PM
menurut sejarah kelantan
che siti wan kembang ini ialah puteri Raja Ahmad yang mangkat pada 1581
Raja Ahmad pula anak saudara (sebahagian lagi dakwa sebagai cucu) Raja Gombak (mangkat 1548)
iaitu pemerintah negeri Chermin zaman dahulu iaitu 37 tahun selepas kejatuhan melaka ...