PDA

View Full Version : Luahan hati Angkasawan Negara Dato' Sheikh Muszaphar

smileyjawa
25-12-2008, 11:22 PM
ANGKASAWAN Negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor asalnya hanyalah pegawai kerajaan yang bertugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Impiannya menjadi kenyataan apabila terpilih sebagai rakyat Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Namun beberapa bulan selepas menempa kejayaan, impian yang menjadi kebanggaan itu, hampir-hampir tidak bermakna dan sia-sia.

Malangnya Sheikh Muszaphar menjadi 'kambing-hitam' di sebalik kelemahan kerajaan.

Teks intebiu diemelkan kepada Sheikh Muszaphar beberapa hari lepas, sewaktu beliau berada di Mekah. Bagaimana pun, penulis amat berbesar hati dan berterima kasih kepada beliau, di dalam kesibukan beribadah, beliau sempat membuat sedikit revision dan membalas emel penulis.

Ikuti luahan hati beliau kepada penulis di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, 26 November lepas.

Apa khabar Sheikh?
Alhamdulillah. Sihat walafiat .

Okey ke diatur berjumpa dengan Harakah?
Saya tak pernah berurusan dengan Harakah. Saya risau juga nak jumpa dengan Harakah.

Saya pegawai kerajaan, saya tak campur urusan politik dan saya tidak mahu dipolitikkan. Bagi saya Program Angkasawan miliki negara dan rakyat harus diberitahu perkara sebenar untuk tidak menjejaskan imej angkasawan negara .

Tapi tak apalah, alang-alang Harakah pun dah tulis macam-macam hal yang agak negatif tentang saya, saya tidak mahu saya dikambing-hitamkan. Jadi amat penting untuk saya menerangkan perkara sebenar .

Banyak isu dibangkitkan tentang Sheikh akhir-akhir ini, Sheikh sedar perkara itu?
Saya sebenarnya terlalu fokus kepada program angkasawan semenjak kembali ke bumi.

Saya telah bermula memberi ceramah kepada sekolah sekolah dan universiti semenjak bulan Mac lagi setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad dan mendapat kepuasan apabila pelajar pelajar khususnya begitu bersemangat untuk mengetahui dengan lebih mendalam dalam bidang aeroangkasa.

Saya ingin jelaskan, menjadi angkasawan adalah impian saya sejak berusia 10 tahun. Impian itu kini sudah tercapai. Tetapi saya masih belum puas.

Banyak lagi yang ingin dilakukan dan nampaknya banyak lagi halangan yang terpaksa dilalui.Yang penting diri ini ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai angkasawan negara .

Saya hanya mahu berkhidmat untuk negara dan mengubah minda rakyat Malaysia. Khususnya orang-orang Melayu tentang ilmu sains dan teknologi angkasa. Saya mahu jadi ikon ilmu, saya tak nak campur urusan politik atau jadi mangsa politik.

Tentang kes saya. Saya pun tak faham dengan Mosti. Timbalan Menteri kata, kita berhenti terima aduan dan memulakan penyiasatan. Tetapi Menteri kata tidak, kita masih membuka aduan kerana masih tiada komplen lagi.

Sekarang ini, saya difahamkan ada pihak tertentu mengarahkan pegawai Mosti menghubungi semua institusi dan sekolah yang saya pergi, untuk menyiasat saya ada mengambil duit (bayaran ceramah) atau tidak.

Mereka cuba dapatkan bukti dan sebagainya. It gives me the impression to bring me down. But I hope it�s not true.

Mereka mahu menjatuhkan imej dan maruah saya dengan mendakwa saya seorang kakitangan kerajaan, tidak boleh mengambil wang upah. Saya sedang siasat siapa yang buat kerja ini.

Media pula, tanpa mereka tahu isu sebenar, membuat laporan yang negatif tentang saya.

Bagaimana isu ini boleh tercetus?
Sebenarnya, kontrak saya dengan Mosti selama dua tahun dari Oktober 2006 sehingga Disember 2008. Saya mula bertugas di ANGKASApada bulan Februari 2008, sebelum pilihan raya umum.

Saya tidak mempunyai sebarang peranan ketika berada di ANGKASA dan mereka tidak mempunyai sebarang program untuk saya ketika itu

Selepas sebulan mereka tidak tahu hendak buat apa (manfaatkan) dengan saya, saya buat keputusan untuk buat program sendiri.

Ketika itu banyak pihak yang menghubungi saya, mahu menjemput saya memberikan ceramah. Maka apabila kementerian tiada program untuk saya, maka saya menyusun semua jadual sendirian.

Jadual saya penuh hingga ke Bulan Disember 2008 dan segala jadual dilakukan sendiri.

Kini saya sudah memberi ceramah motivasi dan berkongsi pengalaman di angkasa lepas kepada lebih 300 sekolah seluruh Malaysia termasuk sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi dan MRSM-MRSM seluruh Malaysia .

smileyjawa
25-12-2008, 11:22 PM
Kami difahamkan sudah wujud Yayasan Angkasawan Negara, tetapi Mosti tidak memanfaatkannya?
Ya, memang saya difahamkan bahawa Menteri Mosti dahulu telah menubuhkan Yayasan Angkasawan Negara. Yayasan ini sudah mendapat kelulusan Perbendaharaan.

Saya difahamkan, ianya adalah idea Menteri ketika itu, supaya sumbangan dari pihak korporat disalurkan melalui yayasan ini.

Tujuan yayasan ini ialah untuk mengendali dan menjaga keperluan orang-orang yang berjaya mengharumkan nama negara. Bukan untuk saya seorang sahaja. Ia untuk Faiz (Mejar Dr Faiz Khalid) dan semua bakal angkasawan yang terbabit dalam program ini.

Dengan adanya sumbangan ini, saya dan Faiz boleh menjelajah ke seluruh Negara, pergi ke sekolah-sekolah untuk memberikan ceramah dengan pembiayaan penuh yayasan. Sekolah-sekolah tidak perlu membayar atau mengeluarkan apa-apa kos perjalanan, penginapan dan sebagainya, untuk menjemput kami.

Tetapi malangnya apabila ditanya, saya diberitahu bahawa Yayasan ini tidak mempunyai sebarang dana. Dan kerana itulah saya terpaksa membelanjakan duit saya sendiri untuk meneruskan program angkasawan termasuk memberi ceramah kepada lebih dari 10 negara seperti Los Angeles, Washington, Brunei, Singapura, Indonesia dan negara negara Eropah.

Saya fikir wajar digerakkan yayasan ini kerana saya lihat dalam beberapa bidang seperti sukan dan sebagainya, orang yang mengharumkan nama negara tidak terjaga kebajikannya. Dengan adanya yayasan ini, masa depan kami akan lebih terjamin.

Jika saudara lihat, ramai ikon-ikon sukan dan juga dalam bidang-bidang lain, setelah habis berkhidmat, masa depan mereka tidak dikenang, kebajikan mereka tidak terjaga.

Saya amat berterima kasih terhadap Menteri yang sebelum ini kerana prihatin dengan nasib saya, Faiz dan rakan-rakan, untuk membantu membangunkan minat anak-anak muda kepada ilmu sains dan teknologi, sekaligus memelihara keperluan kami.

Yayasan sudah ada, tetapi saya tidak pasti mengapa Mosti tidak menggerakkannya.

smileyjawa
25-12-2008, 11:23 PM
Sheikh didakwa sudah jadi jutawan dan mengumpukan sebanyak RM1.2 juta hasil ceramah yang diadakan. Apa penjelasan Sheikh?
RM1.2 juta! Itu dakwaan yang ridiculous (tidak masuk akal)! Mereka membuat tuduhan yang melulu terhadap saya. Setakat ini saya hanya hadir ke majlis anjuran lapan badan korporat bukan 150 seperti yang didakwa.

Saya mahu jelaskan untuk sekolah-sekolah saya tidak charge (kenakan bayaran). Yang saya buat ialah mereka membeli buku. Buku tulisan aruah adik saya, Sheikh Mustapha Shukor Al Masrie.

Semua duit itu kita masukkan ke dalam tabung arwah untuk menjaga kebajikan anak anak arwah Sheikh Aiman 4 dan Siti Balkish 2 demi masa depan mereka .

Saya akui ada menerima some contribution but I never demanded how much money (terima sumbangan tetapi tidak menetapkan berapa yang harus dibayar).

Tetapi sumbangan daripada korporat saya masukkan ke dalam tabung aruah. Saya hadir majlis undangan kurang daripada 10 korporat. Bagaimana mereka dapatkan RM1.2 juta?

Mereka darabkan 150 korporat dengan RM8000!

Bagaimana saya boleh menerima undangan sebanyak 150 korporat kerana dalam masa yang sama, jadual saya dipenuhi dengan undangan daripada 300 buah sekolah. Saya tidak mampu penuhi semuanya.

Jika mereka hendak check (periksa) akaun saya, silakan! Tiada apa yang saya hendak sembunyikan. Berapa sangatlah yang ada. Saya tidak takut, saya tidak bimbang langsung, siasatlah!

Saya sering memberitahu pihak penganjur supaya jangan melalui pihak ketiga.

Sebab ada juga keadaan di mana saya dipersalahkan kerana tidak menghadiri ceramah, sedangkan saya tidak mengetahuinya. Sila berhubung secara direct melalui saya dan tidak melalui orang lain .
Setakat ini saya telah menjelajahi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan segala perbelanjaan dilakukan sendiri . Untuk makluman sepanjang 10 bulan ini, saya dan keluarga sudah berbelanja lebih RM200 ribu.

Sheikh juga dituduh membuat permintaan yang tidak boleh dilayan Mosti sepverti meminta pengawal peribadi, penjelasan Sheikh?
Mengapa saya minta mereka pengawal keselamatan? Mereka harus sedar, di mana sahaja saya pergi budak-budak sekolah berebut-rebut dan bertolak-tolak untuk mengerumuni saya.

Sehingga ada kes tolak menolak sehingga berlaku kecederaan, ada yang terjatuh kedalam longkang dan sebagainya.

Sekuriti bukan untuk menjaga keselamatan saya, tetapi lebih kepada keselamatan anak-anak sekolah.

Sebab itu saya minta Mosti sediakan pengawal keselamatan. Mereka tak bagi, kerana mereka kata, mereka fikir saya tidak perlukan pengawal keselamatan.

Oleh kerana itu saya terpaksa gajikan pengawal keselamatan sendiri, gajikan pemandu sendiri dan menggunakan kenderaan sendiri. Dan saya telah buat semua ini selama lapan bulan yang lalu dengan tanggungan sendiri.

Saya menerima banyak undangan dan jemputan ceramah dari pelbagai pihak dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka.

Jadual saya kini penuh. Memang saya tidak mampu melakukannya sendirian. Saya merayu untuk mendapat lebih banyak sokongan dari pihak kerajaan.

Apa yang Sheikh selalu perkatakan dalam setiap ceramah?
Dalam ceramah saya ke Institut Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah, saya tekankan kepada mereka, bahawa tidak semua yang berpeluang menjadi angkasawan, tetapi setiap orang berpeluang untuk menjadi saintis yang menguasai bidang ini.

Apabila saya berceramah, saya ceritakan tentang perjalanan saya ke angkasa lepas, impian saya dan kehidupan yang saya lalui di angkasa lepas.

Saya katakan bahawa saya mengambil masa selama 25 tahun untuk menerokai angkasa lepas, jika saya boleh melakukannya, saya yakin mereka lagi boleh. Yang penting anda mesti memiliki kekuatan minda untuk mengejar impian .

Saya beritahu mereka 'Impian mampu menjadi kenyataan.' Dan saya selalu memberitahu mereka, tidak semua yang boleh menjadi astronaut (angkasawan) sebab peluangnya amat terhad.

Tetapi jadilah doktor, saintis, jadi jurutera angkasa lepas. Inilah yang saya cuba semaikan. Saya dapati mereka amat bersemangat, sehingga budak-budak berusia lima, enam tahun, kini semua nak pergi ke angkasa lepas.

Saya ingin pupuk supaya pelajar-pelajar meminati bidang sains dan matematik. Inilah objektif Program Angkasawan Negara . Impaknya akan dapat dilihat dalam masa 5-10 tahun akan datang Insyaallah .

Dari penjelasan Sheikh, seolah-olahnya kerajaan tidak peka dan tidak bersungguh-sungguh dalam program ini. Apa yang Sheikh rasakan sekarang?
Saya berasa agak kecewa apabila melihat Program Angkasawan Negara tidak mempunyai continuation sejak kembali dari angkasalepas.

Ramai yang masih ingat saya pergi ke bulan, ramai masih tidak tahu nama-nama planet dan sebagainya.

Program Angkasawan bukan sahaja melibatkan penghantaran angkasawan ke angkasa lepas tetapi lebih menitikberatkan sains, teknologi dan pendidikan.

Kerana itu setelah melawati lebih daripada 300 sekolah sekolah seluruh Malaysia saya berasakan kerajaan harus menangguhkan penghantaran angkasawan kedua tetapi lebih menumpukan kepada akar umbi khususnya bidang pendidikan, sains dan teknologi.

Kita hendak melihat lebih ramai jurutera angkasa lepas. Setakat ini kita mempunyai lebih daripada 400 aerospace engineer tetapi hanya 10 peratus sahaja yang bekerja dalam industri angkasa lepas ini.

Impian saya adalah untuk mengumpulkan semua ahli bijak pandai seperti aerospace engineer dan saintis dan dikumpulkan dibawah satu bumbung dan menghasilkan satelit, teknologi dan tidak mustahil roket Malaysia sendiri sebelum tahun 2020. Tetapi kita harus bermula dari sekarang .

Kita juga seharusnya fokus untuk menambahkan bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa lepas, mendalami ilmu satelit. Bukan sekadar hendak menghantar seorang lagi ke angkasa lepas.

Saya tidak pernah menentang hasrat kerajaan untuk menghantar angkasawan, tetapi saya fikir wajar ditangguhkan dulu memandangkan keadaan politik dan ekonomi global yang menurun.

Penghantaran saya ke angkasalepas adalah satu off-set program yang tidak melibatkan wang tetapi sekiranya ingin menghantar angkasawan yang kedua kita harus membayar RM100 million ringgit selama 12 hari di angkasalepas.

Kita harus teliti dahulu apakah matlamat yang boleh dicapai dalam penghantaran angkasawan kedua .

Apa maksud Sheikh minta kerajaan tangguhkan?
Sebenarnya program yang saya sertai ini, ianya berbeza kerana kita ada off-set program dengan Russia. Itu pun kos latihan menelan belanja sehingga RM60 juta. Jika kita sekadar hendak menghantar seorang lagi ke angkasa, ianya akan menelan belanja RM100 juta sekurang-kurangnya belum termasuk kos latihan, logisti , saintifik eksperimen dan pelbagai lagi .

Jika pun kerajaan hendak menghantar seorang lagi ke angkasa. Misinya mesti lebih baik daripada misi saya sebelum ini.

Samada tinggal di ISS selama 6 bulan, menjalankan extra vehicular activity (spacewalk) ataupun menghantar seorang wanita Malaysia ke angkasalepas. Ia mesti ada kelainan daripada misi pertama .

Tapi itulah..bila saya cakap macam tu..orang kata saya tidak mahu penghantaran angkasawan kedua. Ini tidak betul sama sekali. Jangan membuat keputusan berlandaskan emosi kerana ini melibatkan wang rakyat .

Matlamat negara menghantar rakyat ke angkasa lepas sudah tercapai. Tetapi persoalannya apakah fasa selepas ini?

Kita harus mencontohi Korea Selatan. Saya pergi dulu (ke angkasa lepas) 6 bulan kemudian baru angkasawan Korea pergi, sekarang ini mereka sudah mempunyai fasa kedua. Next stage, iaitu pada Februari 2009 mereka akan melancarkan roket mereka sendiri daripada tapak kepunyaan mereka sendiri. Mereka sudah memandang jauh ke hadapan.

Inilah yang saya maksudkan. Bukan sekadar hantar seorang lagi dan seorang lagi ke angkasa lepas.

Maknanya kerajaan tidak fokus dalam program ini?
Bukan...Maksud saya saya mahu kita (kerajaan) berfikir besar tentang kepentingan sains dan teknologi angkasa lepas. Sekarang ini, sesiapa sahaja yang menguasai angkasa lepas, mereka akan menguasai dunia kerana banyak faedah yang dicapai melalui teknologi angkasa .

Sebab itu negara China, India dan Korea Selatan kini berlumba-lumba untuk menjelajahi angkasalepas selain dari Russia dan Amerika Syarikat yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini .

Tetapi perbelanjaannya memang mahal. Terutamanya sekarang dengan keadaan politik yang tidak berapa stabil, kejatuhan ekonomi dan sebagainya, saya fikir kerajaan harus lebih menumpukan kepada 'grassroot'. Tapi ini hanya pandangan saya secara peribadi.

smileyjawa
25-12-2008, 11:24 PM
Kesimpulan daripada kes ini, apa yang Sheikh mahu perjelaskan?
Saya tidak mahu rakyat keliru. Mereka tidak tahu isu sebenar. Itu masalahnya. Saya pun tidak sampai lagi dan berat hati hendak memberitahu semuanya saya buat sendiri, tanpa sokongan kerajaan.

Sebab itu sebelum ini, saya mengelak untuk bercakap perkara sebenarnya kerana ianya akan memberikan kesan politik. Malah ianya juga akan memberikan kesan yang buruk kepada program angkasawan. Sebab itu saya amat berhati-hati.

Saya bercakap terus berterang dengan saudara sebab kita Melayu sesama Melayu, Islam sesama Islam, lupakan soal perbezaan politik. Janganlah kita sesama Melayu berbunuhan sesama sendiri (merujuk kepada pihak tertentu dalam Mosti yang didakwa hendak mensabotajnya).

Pada saya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri harus mengetahui perkara ini dan apa yang berlaku di Mosti. Jika mereka tidak campurtangan dan tidak membuat perubahan, masa depan projek angkasawan ini akan terjejas.

Saya berhati-hati bercakap sebegini sebab saya tidak mahu merosakkan program ini.

Saya telah memberikan segala galanya kepada Program Angkasawan ini termasuk kehilangan adik tesayang ketika berada di ISS. Namun saya menyokong penuh manfaat yang akan diperolehi dalam program ini .

Program ini adalah untuk semua rakyat Malaysia. Tak kira bangsa, agama atau fahaman politik.

Kalau begitu bagaimana kalau Sheikh diatur berceramah di sekolah agama, sekolah pondok, tahfiz dan berjumpa dengan MB Kelantan?
Ya! Saya memang hendak sangat berjumpa dengan murid-murid sekolah agama. Malah saya nak sangat jumpa Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan). tetapi saya masih belum ada kesempatan.

Sebagai seorang Islam, saya mahu pihak kerajaan turut membangunkan ilmu sains dan teknologi, terutamanya di sekolah-sekolah agama.

Jangan sesekali kita anaktirikan sekolah-sekolah agama yang majoriti di kalangan pelajarnya adalah orang-orang Melayu.

Saya mahu ilmu ini diperkembangkan kerana sebenarnya asal usul ilmu kemajuan sains dan teknologi adalah dari kalangan ulama-ulama Islam yang termahsyur.

Saya mahu sumbangan kecil saya ini dapat membantu membangkitkan kesedaran anak-anak muda kita untuk bangkit mencapai impian.

Dan sebagai rakyat Malaysia, saya mahu berkhidmat untuk semua lapisan, semua bangsa, semua agama.

Saya mahu semua rakyat Malaysia menguasai ilmu sains dan teknologi.

Bagaimana Sheikh hendak tekankan kepentingan ilmu ini, termasuk sains dan sebagainya, dari perspektif Islam?
Jika kita bercakap soal Islam, sejak zaman dahulu lagi, peneraju dan penggerak tamadun Islam adalah kerana ilmu dan kehabatan para ilmuan Islam.

Saya merasakan umat Islam semakin tertekan di dunia. Cara untuk Islam bangkit kembali untuk membela martabat Islam ialah, orang-orang Islam mesti berilmu, jika tidak mereka akan terbelengu dalam dunia kemiskinan dan dianiaya oleh Barat.

Saya bimbang apabila umat Islam miskin dari segi ilmu, mereka juga akan mengalami kemiskinan ekonomi, serta miskin daripada kekuatan sains dan teknologi dan ilmu penguasaan ini penting untuk membela kita dari penganiayaan Barat.

Jika kita lihat perkembangan sains dan teknologi, sejak dari zaman dahulu, umat Islam menguasai bidang ini. Hampir keseluruhan ilmu kajian astronomi misalnya, bermula daripada Islam.

Malah kebanyakan nama-nama bintang di cakerawala berasal daripada nama-nama Arab. Teori-teori perubatan juga banyak berasal daripada Islam.

Antara ulama-ulama dan saintis Islam yang terulung seperti Khalid ibn Yazid, Al-Khwarizmi, Al-Farghani, Ja'far ibn Muhammad Abu Ma'shar al-Balkhi, Al-Farghani, Al-Farabi, Ibn al-Haytam dan banyak lagi.

Sebab itu saya hendak pergi ke sekolah agama dan mahu menyedarkan mereka tentang betapa pentingnya ilmu agama, termasuk dalam soal perubatan, sains dan astronomi diperdalamkan.

Sudah sampai masanya untuk kita mengembalikan keagungan Islam seperti dahulukala khususnya dalam bidang sains dan astronomi.

Impian saya adalah untuk mengumpul kesemua sembilan astronaut Islam dan cuba menyumbangkan kepada dunia Islam dengan apa cara sekalipun. Insyaallah masa akan menentukannya .

Akhir sekali, ada pandangan pro dan kontra, juga mungkin ada cadangan membina untuk Sheikh dari kalangan rakyat, adakah Sheikh sedia menerima pandangan-pandangan ini?
Ya. Sudah tentu saya bersedia. Saya juga bukan sempurna dan banyak kelemahan untuk diperbaiki. Saya terbuka kepada teguran, kritikan dan nasihat.

Jika ada pihak yang hendak memberikan pandangan, jika saudara tidak keberatan, boleh guna email saudara untuk mereka berikan pandangan, dan saudara forwardkan kepada saya. Terima kasih. _

link from : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018325&Itemid=109

smileyjawa
25-12-2008, 11:25 PM
hmm.. ape komen korang?

:-?:-?

Norfazli
25-12-2008, 11:28 PM
aku berbangga orang melayu adalah orang malaysia pertama pergi ke angkasa.

smileyjawa
25-12-2008, 11:31 PM
aku berbangga orang melayu adalah orang malaysia pertama pergi ke angkasa.

itu aku pun bangga tapi ape langkah seterusnya? takkan setakat bangga je kot..

hazwan
25-12-2008, 11:35 PM
aku bangge je kot....tapi duit bnyk habis gak

tEnuKLang
25-12-2008, 11:40 PM
yes, umno mmg hanya memperkudakan penghantaran angkasawan utk kepentingan politik mereka.

my.name.is.nad
25-12-2008, 11:43 PM
bangga. tapi kesian gak dengan dia ni

jebatderhaka77
25-12-2008, 11:46 PM
sanggup die n family keluarkan rm 200 ribu utk tanggung kos die.:)

ye ke? bkn sikit punya angka tu.:D

mojojo
25-12-2008, 11:49 PM
tp ape yg aku perasaan, mmg negara kita ni x fokus pd R&D. tak kire la bidang ape pun.

x abis2 jek dgn program hiburan melampau2. terutamanya dkt tv. program realiti ntah ape2 tah, joget2 la. yg pelik tu tak abis2. sepanjang tahun.

heran.

smileyjawa
25-12-2008, 11:52 PM
tp ape yg aku perasaan, mmg negara kita ni x fokus pd R&D. tak kire la bidang ape pun.

x abis2 jek dgn program hiburan melampau2. terutamanya dkt tv. program realiti ntah ape2 tah, joget2 la. yg pelik tu tak abis2. sepanjang tahun.

heran.

aku pun heran.. :-?

visi-sufi
26-12-2008, 12:00 AM
bangga ada...

sedih pun ada...

bangga sebab kita tak pernah termimpi untuk naik ke angkasa lepas walau pun bukan 100% sebagai angkasawan... tapi at least... ada gak something daripada takde langsung...

sedih sebab setelah segala pengorbanan yang sheikh lakukan... tapi kerajaan buat tak tau je... semuanya sheikh yang usahakan sendiri...

p/s: teringat Perdana Menteri Malaysia pernah tertidur dalam salah satu direct telecast sheikh di angkasa lepas

schrolll
26-12-2008, 12:04 AM
aku bangga gak.....tapi kureng pasti motif sebenar penghantaran angkasawan hari tu utk aper....

adakah sekadar utk buktikan "Malaysia Boleh" je...

kurungbiru
26-12-2008, 12:11 AM
tp ape yg aku perasaan, mmg negara kita ni x fokus pd R&D. tak kire la bidang ape pun.

x abis2 jek dgn program hiburan melampau2. terutamanya dkt tv. program realiti ntah ape2 tah, joget2 la. yg pelik tu tak abis2. sepanjang tahun.

heran.

Aku setuju 110% dengan mojo. Ini memang kenyataan.

Tapi pada aku, kita punya profesor/saintis banyak gak buat R&D, tapi tiada continuation. Malaysia punya kajian banyak dapat pingat emas/perak/gangsa kat persidangan Genevalah, itulah, inilah.... Tapi pastu mana pergi semua R&D tu? Hilang entah ke mana.... Tiada galakan dari pihak kerajaan untuk membangun dan memajukan R&D tu. Hmmphh....entahlah. Susah nak cakap. Harap-harap generasi akan datang yang bakal jadi pemimpin dapat menyedari hakikat kepentingan ilmu.

Iqra'!!!

kurungbiru
26-12-2008, 12:15 AM
Aku pernah attend talk by Dr Sheikh ni. Memula aku agak skeptikal jugak bila tengok kerajaan habiskan berjuta RM untuk hantar dia sorang.

Tapi bila kami dengar talk dia, kami jadi sangat interested untuk mengetahui mendalam tentang sains. Memang best! Dia sempoi dan simple sangat masa beri ceramah and tak dinafikan, bila aku dengar talk tu, aku rasa tak mustahil satu hari nanti akan ada anak Melayu Malaysia bekerja di NASA. Kalau tak silap aku, Dr Sheikh ada mention, ada sorang anak Malaysia bekerja di NASA.

Bayangkan, kalau kita yang dewasa ni tertarik dengan ceramah dia, apa lagi anak-anak kecil yang masih di peringkat sekolah. Insya-Allah, kalau usaha ini diteruskan, anak-anak kita sekarang ni akan jadi saintis yang berjaya satu hari kelak. Aminnnnnn........

p/s: Aku teringin nak tengok anak-anak bangsa Melayu jadi saintis berjaya.

king_diamond
26-12-2008, 12:28 AM
memang bagus antar org ke angkasa....

tertanya2 banyak betul RM yang dibelanjakan....yang beliau bawa pulang pengalaman....but thats not the point....

PPRT - untuk rakyat miskin, namun masih banyak lagi keluarga dhaif, sekolah2 desa mundur, perkampungan orang asli yang ketinggalan, kampung2 yang tak ada infrastruktur, public transport yang masih tidak memuaskan, jalan-jalanraya yang menganga mintak diturap semula, bekalan air yang masih tak cukup/kotor dan kalau nak di list sini mmg terlalu banyak.

Berapa nilainya Dr Sheikh pergi ISS? Memang tak salah hantar beliau pergi sana, tapi ibarat kita pergi haji dalam keadaan masih berhutang keliling pinggang.....betulkan saya jikalau salah.....:D

visi-sufi
26-12-2008, 12:30 AM

anak Malaysia yg dimaksudkan tu org melayu atau bukan melayu?

bukan berniat racism just nak ambil tau...

visi-sufi
26-12-2008, 12:33 AM
memang bagus antar org ke angkasa....

tertanya2 banyak betul RM yang dibelanjakan....yang beliau bawa pulang pengalaman....but thats not the point....

PPRT - untuk rakyat miskin, namun masih banyak lagi keluarga dhaif, sekolah2 desa mundur, perkampungan orang asli yang ketinggalan, kampung2 yang tak ada infrastruktur, public transport yang masih tidak memuaskan, jalan-jalanraya yang menganga mintak diturap semula, bekalan air yang masih tak cukup/kotor dan kalau nak di list sini mmg terlalu banyak.

Berapa nilainya Dr Sheikh pergi ISS? Memang tak salah hantar beliau pergi sana, tapi ibarat kita pergi haji dalam keadaan masih berhutang keliling pinggang.....betulkan saya jikalau salah.....:D

mungkin betul juga statement tu... dan mungkin sebab sheikh sedar kat mana loophole tu so bila dia balik Malaysia dan sedar keadaan sebenar cepat2 dia settlekan 'hutang2' tu... walau pun bukan dia yang sepatutnya settlekan 'hutang2' tu... dan respect jugak kat sheikh sebab dia settlekan 'hutang' tu sorang2...

razif1224
26-12-2008, 12:47 AM
dah kaya pun masalah nie...

sconsult
26-12-2008, 12:52 AM
Macam2 dia dah dapat...Datuk pun dah dapat !

mieya165
26-12-2008, 01:13 AM
Macam2 dia dah dapat...Datuk pun dah dapat !

alah biar lah dia dapat datuk... byk lagi dah dapat pangkat datuk.. lagi pun mana kita tahu mcm2 yang dia dapat..

arieyos
26-12-2008, 01:18 AM
tabik angkasawan

Labanon
26-12-2008, 01:25 AM
Respect habis dia ni :)

MyBroadband
26-12-2008, 01:46 AM
angkasawan je..pegi ziarah atas langit,tu pon tumpang russia nye. harap2 output bagus ar.bole kasi impact sket kat budak2.. jgn byk ceramah je,tapi takde impact.

rakyat_jelata
26-12-2008, 01:48 AM
banyak gak duit abis....

Doremon123
26-12-2008, 06:17 AM
kesian..
nak buat mcm2 tapi kene kuar duit sndiri..
tapi die tabah..

_freedom_
26-12-2008, 06:41 AM
JJ dan para pegawainya yg ulang alik dari Malaysia ke Russia pun banyak jugak pakai kos...#:-S#:-S#:-S

epbx
26-12-2008, 08:24 AM
bohong jer lebih nie.........
nak mintak simpati

Saif_azlam
26-12-2008, 08:56 AM
Salam...
aku rasa syeikh ni cakap betul.sebab kalau kita tengok kerajaan sekarang macam tak ambik apa2 tindakan susulan untuk memajukan program ni kat Malaysia,aku tengok kerajaan ni macam nak nama je...

Saif_azlam
26-12-2008, 08:59 AM
Kerajaan tak pandai nak susun atur program ni macam negara lain, korea boleh pergi lebih jauh,tapi Malaysia setakat hantar angkasawan je...satelit pun negara lain yang buatkan, berapa banyak laa lagi duit rakyat kerajaan nak bazir kan??

deddyqaid
26-12-2008, 09:10 AM
bilo agak nye angkasawan kedua mejar faiz nak naik ke ISS nie..
tak sabor rasanye nak tengok..
dengar kata 6 bulan kat ISS nanti..
sapa sapa ada info tlg update kat sini ye..

carnationmyra
26-12-2008, 09:13 AM
kalo btul pon die dpt 1.2 juta...mmg ak setuju sgt....drpd bg hiburan xtntu hale...bek cenggini..huh~

anjetagren
26-12-2008, 09:17 AM
Setiap kejayaan pasti ada kesengsaraan..
moralnyer..jgn jadi femes..

Pistia
26-12-2008, 09:29 AM
tu la pasal...watpe nak g anta angkasawan lg...

baek wat roket n stesen angkasa sendiri seperti yg beliau kate..

ape la sgt yg leh wat dalam mase l2 hari kt angkasa...:-?

ExAvantz
26-12-2008, 09:41 AM
dr sheikh muzaffar pun panggil MB Kelantan TOK GURU NIK AZIZ... :D

snowhazel_orange
26-12-2008, 09:44 AM
camne pon bangga dgn dr. sheikh ni

viper21my
26-12-2008, 09:48 AM
kesian dato' dr. nasib baik la dia ader bisnez rebung tu

mamasit
26-12-2008, 10:29 AM
kesian dato' dr. nasib baik la dia ader bisnez rebung tu

pasti masuk syurga nanti. Ibadah la tu... Jihad.

viper21my
26-12-2008, 10:55 AM
pasti masuk syurga nanti. Ibadah la tu... Jihad.

insya Allah, harap2 la bila dia hadir interview ngan harakah nie, tak kena jadi kambing itam an ngkerajaan lak ler

visi-sufi
26-12-2008, 11:43 AM
Macam2 dia dah dapat...Datuk pun dah dapat !

bagi datuk kat so called 'angkasawan' ni ada logiknya jugak daripada bagi datuk kat pelakon hindustan yang takde apa2 kaitan dengan Malaysia...

visi-sufi
26-12-2008, 11:46 AM
dah kaya pun masalah nie...

ini bukan soal duit atau kekayaan lah bang tapi yang aku nampak ialah soal pengurusan dalam kerajaan...

visi-sufi
26-12-2008, 11:49 AM
angkasawan je..pegi ziarah atas langit,tu pon tumpang russia nye. harap2 output bagus ar.bole kasi impact sket kat budak2.. jgn byk ceramah je,tapi takde impact.

aku personally tak anggap dia sebagai angkasawan sebenarnya... tapi dia mmg bertuah dapat pegi menumpang roket ke angkasa lepas...

dan Alhamdulillah dia sedar kelebihan yang dia ada berbanding org lain di Malaysia dan dia lakukan yang sepatutnya berkongsi pengalaman dan ilmu yang dia dah dapat lebih sedikit daripada org biasa-biasa kat Malaysia...

cuma... apa pula peranan kerajaan? sekadar hantar pegi dan bagi title datuk aje ke?

anjetagren
26-12-2008, 11:52 AM
peranan k'jaan bg nama kt M'sia nie..
jenama M'sia skrg dh dikenali dunia..
dlu sblum era Mahathir..org x brape knl ngan M'sia nie..
skrg seluruh dunia buka mata
opps bkn skrg..
tp sblm pak lah naik

visi-sufi
26-12-2008, 11:52 AM
bohong jer lebih nie.........
nak mintak simpati

saya tak tau dia bohong ke tak bro... tapi kalau tuan org Islam better tunjuk bukti dulu sebelum cakap yang sheikh ni berbohong...

visi-sufi
26-12-2008, 11:57 AM
Setiap kejayaan pasti ada kesengsaraan..
moralnyer..jgn jadi femes..

jangan jadi femes? sape yg nak jadi femes? kerajaan atau sheikh?

king_diamond
26-12-2008, 12:03 PM
Dr Sheikh ni mmg boleh ditakrifkan angkasawan kerana berjaya keluar dari lapisan tipis atmosfera rendah bumi untuk berada seketika di angkasa walaupun tak menjejakkan kaki ke bulan.

Yang kita sebagai rakyat yang turut menyumbang melalui potongan cukai (ketika itu minyak memang dah naik) persoalkan ialah, tiada satu pun sumbangan besar yang kerajaan buat setakat ini untuk memanfaatkan pemergian beliau ke sana.

Nak kata Malaysia buat roket baru, takdak.

Nak kata Malaysia JV teknologi aero-space pun takdak.

Yang ada, hari-hari sembang pasal politik pung pang pung pang, ummah makin ketinggalan jugak.

Itu lah yang rakyat jelata bising, bukannya pasal kita ni dengki atau jeles, tapi tak berbaloi, abiskan juta-juta RM tak dapat hasil. Macam habiskan duit buat litar sepang, KLCC, sekadar gah jugak, orang Malaysia khasnya Islam Malaysia ni masih lagi jauh berada di belakang.

Berpijak di bumi nyata akhirnya walau setinggi mana pun kita dilambung.

kasmarol
26-12-2008, 12:06 PM
x de pon die citer pasal bayaran mase die buat ceramah huuhhuhu

wussa
26-12-2008, 12:20 PM
bohong jer lebih nie.........
nak mintak simpati

Tapislah sikit kata2 kamu tu, tak baik.

visi-sufi
26-12-2008, 12:28 PM
Dr Sheikh ni mmg boleh ditakrifkan angkasawan kerana berjaya keluar dari lapisan tipis atmosfera rendah bumi untuk berada seketika di angkasa walaupun tak menjejakkan kaki ke bulan.

Yang kita sebagai rakyat yang turut menyumbang melalui potongan cukai (ketika itu minyak memang dah naik) persoalkan ialah, tiada satu pun sumbangan besar yang kerajaan buat setakat ini untuk memanfaatkan pemergian beliau ke sana.

Nak kata Malaysia buat roket baru, takdak.

Nak kata Malaysia JV teknologi aero-space pun takdak.

Yang ada, hari-hari sembang pasal politik pung pang pung pang, ummah makin ketinggalan jugak.

Itu lah yang rakyat jelata bising, bukannya pasal kita ni dengki atau jeles, tapi tak berbaloi, abiskan juta-juta RM tak dapat hasil. Macam habiskan duit buat litar sepang, KLCC, sekadar gah jugak, orang Malaysia khasnya Islam Malaysia ni masih lagi jauh berada di belakang.

Berpijak di bumi nyata akhirnya walau setinggi mana pun kita dilambung.

satelit kita yg ada 3 kat atas tu pulak nak buat apa?

nak tunggu jatuh ke bumi tanpa buat apa2 ke?

kizuro
26-12-2008, 12:31 PM

ni la contoh pandangan yg bernas...
aku sokong 100%...sheikh tu x salah pun...walapun banyak guna wang rakyat dalam program tu...tapi sampai sekarang dia tetap komited dalam program angkasawan ni..xla senyap je...yg penting usaha kerajaan...setakat hantar 2nd angkasawan buat ape....cube la contohi korea tu...betul cakap bro ni..hari2 dok pang pung pang pung pasal politik....nak muntah dengar

visi-sufi
26-12-2008, 12:33 PM
aku pun sebelum ni mmg aktif politik tapi lepas tu aku fikir buat apa setakat pung pang pung pang tapi hasil takdak...

last2 aku concentrate kat bisnes aku sendiri... bangunkan ekonomi sendiri... lagi puas ati!

moshafa
26-12-2008, 12:36 PM
Alhamdulillah

Xsalah Allah pilih Sheikh untuk naik ke bulan.
Dengan visinya yang jauh, dia sanggup korbankan harta, masanya untuk pupuk minat pelajar2 terhadap sains. Wawasan untuk menyatukan angkasawan dan pakar2 angkasa di bawah satu label yang sama iaitu ISLAM memang patut dipuji.

Teruskan perjuanganmu, Datuk Sheikh!!

visi-sufi
26-12-2008, 12:49 PM
Insya Allah doa saya semoga Datuk Sheikh tabah menghadapi segala dugaan dalam mengembangkan ISLAM dalam bidang angkasa lepas

semoga Datuk Sheikh akan dikenang sebagai salah seorang wira Islam di masa hadapan...

mtjeneym
26-12-2008, 02:40 PM
Tahniah buat sheikh kerana jadi orang melayu pertama menjadi angkasawan.....

Patutnya minda kita makin kedepan bukannya dipenuhi dengan PHD......:mad::mad::mad::mad::mad:

selalu gemar mencari kesalahan disebalik kejayaan seseorang....:-?:-?:-?:-?

VAMP
26-12-2008, 02:46 PM
patut kenyataan dr angkasawan prtama nie kena keluar awal dulu lagi, so rakyat M'sia x salah paham .

shah08
26-12-2008, 03:32 PM
bagus ade angkasawan...
bekas pelajar MRSM kan nie???

nazri proshopbowler
26-12-2008, 03:49 PM
bagus ade angkasawan...
bekas pelajar MRSM kan nie???
mamat ni MRSM muooorrrr dulu...

visi-sufi
26-12-2008, 08:58 PM
patut kenyataan dr angkasawan prtama nie kena keluar awal dulu lagi, so rakyat M'sia x salah paham .

bukan angkasawan yang tak nak keluarkan tapi media yang putar belit berita... mungkin ada kepentingan2 tertentu... biasa lah tu... macam korang tak kenal Utusan MeLOYA dan Berita HARUan

MyBroadband
26-12-2008, 10:33 PM
aku pun sebelum ni mmg aktif politik tapi lepas tu aku fikir buat apa setakat pung pang pung pang tapi hasil takdak...

last2 aku concentrate kat bisnes aku sendiri... bangunkan ekonomi sendiri... lagi puas ati!

betul tuh..politik msia ni cam kat india pon ade. :)):)) pusing2

shadow
26-12-2008, 11:10 PM
ooo ini macam ker citer dia.
kalau xkuar citer ni mcm2 la Sheikh kene tuduh

visi-sufi
26-12-2008, 11:21 PM
ooo ini macam ker citer dia.
kalau xkuar citer ni mcm2 la Sheikh kene tuduh

terima kasih kepada pihak Harakah

blackstylus
26-12-2008, 11:26 PM
tu la... bg ak, setelah melalui pelbagai dugaan hidup kat dunia ni... ak belajar 1 benda yg penting, "JANGAN TERLALU BERGANTUNG PADA ORANG". terlalu bergantung ngan org membuatkan kita akan terikat.... lu fikir la sendiri!!!

visi-sufi
26-12-2008, 11:39 PM

betul kata sheikh...

sepatutnya kita tak boleh berharap dan bergantung kepada manusia atau makhluk2 lain...

La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minna Zolimin

anjetagren
26-12-2008, 11:46 PM
politik penting ntuk elak kita ditindas
jgn sape bangsa lain pijak kepala kite..

sutranilam
26-12-2008, 11:56 PM
Sheikh ni ok orang nya tapi ayahnya terlalu sombong dan angkuh.Beberapa bulan sebelum Sheik ni pergi ke bulan, ayah beliau datang ke sebuah Bank tempatan untuk buat pengeluaran tunai sebanyak RM10 ribu.Adalah menjadi procedure rasmi bank untuk verify NRIC atas pengeluaran tunai melebihi RM5 ribu keatas.Apabila teller meminta NRIC ayah beliau untuk pengesahan, ayah beliau dengan angkuhnya mengeluarkan nada marah yang kuat dan di dengari oleh ramai orang di situ 'ANAK SAYA NAK PERGI ANGKASA LEPAS PUN NAK CHECK IC KE"....kenapalah angkuhnya hati beliau.Apa salahnya beliau just tunjukkan IC dan beliau tak rugi apa apa pun.

visi-sufi
27-12-2008, 12:05 AM
politik penting ntuk elak kita ditindas
jgn sape bangsa lain pijak kepala kite..

masalahnya politik di Malaysia ni dah kucar kacir... tak berjalan atas lunas2 yang betul... ada unsur2 kronisme... dan pihak media arus perdana pulak dimonopoli sepenuhnya oleh pihak kerajaan...

rakyat tidak diberi peluang untuk berfikir secara kritis... tiada pros and cons... semua yang diumumkan oleh kerajaan dalam media tu betul belaka seolah-olah tiada lagi berita yang benar selain yang dalam media arus perdana tersebut walau pun hakikatnya ada isu-isu yang telah diputarbelitkan oleh pihak yang memerintah disebabkan ingin menyelamatkan parti politik dan atas kepentingan peribadi...

rakyat dinafikan hak mereka untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat mereka... tiada ruang untuk rakyat menyuarakan pendapat secara terbuka yang membuatkan rakyat memberontak akibat perasaan terpendam terbuku sekian lama...

ini bukan politik yang sihat...

tak salah jika ada sebahagian yang beranggapan Malaysia adalah pentas untuk orang-orang politik yang memperjuangkan parti dan kepentingan peribadi mereka semata-mata...

sekadar meluahkan isi hati dan pendapat peribadi... maaf jika ada yang terasa...

tudung87
27-12-2008, 12:12 AM
siannye dia..
klo la benda ni betul, sian kat dia..
my charming.....:">:">

PiYuk
27-12-2008, 12:34 AM
Hanya Jauhari kenal manikam..

henti2 lah SM ...

nitestalker
27-12-2008, 12:39 AM
agaknye tembelang da pecah kot...
:-?:-?:-?

visi-sufi
27-12-2008, 12:42 AM
Hanya Jauhari kenal manikam..

henti2 lah SM ...

ini macam statement hentam SM...

sila buat statement berdasarkan fakta... kemukakan hujah dan bahan bukti kalau ada...

GT
27-12-2008, 12:56 AM
Panjangnya luahan hati ni... kesian pulak aku kat dia ni.. Kerajaan:(scam

Muzri - Team Kamrie
27-12-2008, 12:59 AM
luahan hati yg ikhlas......

cheesecake_capri
27-12-2008, 02:11 AM
masalahnya politik di Malaysia ni dah kucar kacir... tak berjalan atas lunas2 yang betul... ada unsur2 kronisme... dan pihak media arus perdana pulak dimonopoli sepenuhnya oleh pihak kerajaan...

rakyat tidak diberi peluang untuk berfikir secara kritis... tiada pros and cons... semua yang diumumkan oleh kerajaan dalam media tu betul belaka seolah-olah tiada lagi berita yang benar selain yang dalam media arus perdana tersebut walau pun hakikatnya ada isu-isu yang telah diputarbelitkan oleh pihak yang memerintah disebabkan ingin menyelamatkan parti politik dan atas kepentingan peribadi...

rakyat dinafikan hak mereka untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat mereka... tiada ruang untuk rakyat menyuarakan pendapat secara terbuka yang membuatkan rakyat memberontak akibat perasaan terpendam terbuku sekian lama...

ini bukan politik yang sihat...

tak salah jika ada sebahagian yang beranggapan Malaysia adalah pentas untuk orang-orang politik yang memperjuangkan parti dan kepentingan peribadi mereka semata-mata...

sekadar meluahkan isi hati dan pendapat peribadi... maaf jika ada yang terasa...

memang aku setuju sgt..buktinya korang bleh tgk kt TV3..kalo time menteri umno berckp sume clear tp kalo menteri PKR ke,PAS depa buat tkder sora je padahal ceter yg btol..sume politik ni nk penuhkan poket sendiri je..mkn duit rakyat tp tknak mngku..

cheesecake_capri
27-12-2008, 02:17 AM
satelit kita yg ada 3 kat atas tu pulak nak buat apa?

nak tunggu jatuh ke bumi tanpa buat apa2 ke?

ooo kalo sheikh dapat 1.2juta bising..yg dh dapat kat anak jarjis tu tk plak nk bising...tu la politik malaysia ni...salah org nampak..esok malaysia time dpt kt anwar mcm obama dpt amerika la..kosong..tggl hutang la byk..masa tu korg tahu la langit tggi rendah..skarg ni ok lg..sbb pklah ngn najib dok kumpul tkcukup lg...

Godek
27-12-2008, 02:21 AM
Sheikh ni ok orang nya tapi ayahnya terlalu sombong dan angkuh.Beberapa bulan sebelum Sheik ni pergi ke bulan, ayah beliau datang ke sebuah Bank tempatan untuk buat pengeluaran tunai sebanyak RM10 ribu.Adalah menjadi procedure rasmi bank untuk verify NRIC atas pengeluaran tunai melebihi RM5 ribu keatas.Apabila teller meminta NRIC ayah beliau untuk pengesahan, ayah beliau dengan angkuhnya mengeluarkan nada marah yang kuat dan di dengari oleh ramai orang di situ 'ANAK SAYA NAK PERGI ANGKASA LEPAS PUN NAK CHECK IC KE"....kenapalah angkuhnya hati beliau.Apa salahnya beliau just tunjukkan IC dan beliau tak rugi apa apa pun.

Ni fact ke fiction je.

sutranilam
27-12-2008, 02:33 AM
Ni fact ke fiction je.

Sudah tentu fact.Kalau fiction tak masuk sini

petite_amie
27-12-2008, 10:09 AM
alah biar lah dia dapat datuk... byk lagi dah dapat pangkat datuk.. lagi pun mana kita tahu mcm2 yang dia dapat..

Ntah....biarla die dapat datuk...shah rukh khan pun dapat...aper citer?

mtjeneym
27-12-2008, 01:50 PM
Sudah tentu fact.Kalau fiction tak masuk sini

aha ah kalau tanya yang bagi cerita tu nanti dia kata
cerita atas cerita atas cerita atas cerita atas cerita atas cerita atas cerita atas cerita last2 dengan bank2 tu pun tak wujud~X(~X(~X(~X(~X(

visi-sufi
27-12-2008, 02:11 PM
Ntah....biarla die dapat datuk...shah rukh khan pun dapat...aper citer?

itu lah yang aku cuba nak sampaikan sebelum ni...

at least nampak lah usaha Sheikh ni nak mengharumkan nama Malaysia... si Shah Rukh Khan tu apa yang dia dah buat untuk negara? setakat berlakon dalam filem yang dibuat penggambaran di Malaysia? sebelum2 ni ramai lagi artis2 Hollywood yg lain pun berlakon kat Malaysia so kenapa tak bagi kat depa ni title datuk sama?

otaida00taj
27-12-2008, 04:59 PM
kita kena ingat, bila kita menjadi terkenal akan ada lagi ramai yg tak suka dekat kita... walaupun benda yg kita buat tu baik.

mybizme
27-12-2008, 05:15 PM
takkan takde program lanjutan untuk muzafar ni?
pelik juga kan..
projek juta2 tp bila dh balik takde program lanjutan.
takan setakat nak suh muzafar ni kempen utk pilihanraya je.:-?

muhafis
28-12-2008, 03:10 PM
bagus artikel nie..
ak ngat mmg dye btui2 amek..

abemae
28-12-2008, 10:02 PM
Aku ade sket musykil la...
Btul ke dia keluar duit sendri sampai RM200K. Biasanye org yg jemput yg sediakan belanje kan.. at least pengangkutan, penginapan dan makan.. pahtu da saguhati sket.. klau takde buat ape la dia pegi sampai keluar negri tu.. rasenye sekolah pun ada peruntukan utk penceramah.. tp jgnla demand lebih2 sbb dia pegi angkasa pun pakai duit rakyat jgk.. beri la balik sesuatu utk rakyat kan.. pendapt aku le..

mostwanted
28-12-2008, 10:06 PM
pakai duit sendiri dulu kot lepas tu pihak penganjur x bayar lik.hehe

PiYuk
28-12-2008, 10:14 PM
truth byk version, pilih lah yg mana satu u all nak percaya..

harrybanes
28-12-2008, 10:19 PM
sedih aku dengan perancangan kerajaan sekarang....:( apa pun dr muzaffar nie bagus idea dan usaha dia.....:D

DDos
28-12-2008, 10:25 PM
memang pun dia jadi "kambing hitam legam"(bukan lagi hitam tapi legam) oleh pihak2 tertentu utk kaut keuntungan wang dan politik

maliq7776
28-12-2008, 10:33 PM
Kerajaan ni buat projek luaran je lebih..tiada ke sinambungan.

rising_spirit
29-12-2008, 12:24 PM
kerajaan ada bukti kukuh yang dia meminta bayaran.(kita tatau maybe ada peraturan terms and conditions apabila dia terima tawaran kerajaan dulu) kalau tidak benda ini takan kuar paper....mesti ada something wrong...setakat 1-2 aduan mungkin kerajaan tutup sebelah mata...tapi jika dah sampai kerajaan campur tangan, ini kita kena tunggu dan lihat.

mywife
29-12-2008, 02:37 PM
nice perkongsian info.... ( cam kes haku gak ):-?:-?:-?

wmrn1
29-12-2008, 05:58 PM
Buang je mamat ni dan tarik balik gelaran Datuk tu. Sebab tambang dia pergi luar angkasa tu kita pembayar cukai yg bayar bukan harta bapak dia. Dia patut jadi barua kita bukan kita jadi barua dia.

engineeringdead
29-12-2008, 10:24 PM
nyampah tengok muke SM nie
memane acara anugerah ada jer
saintis malaysia macam nie ker?

orange76
31-12-2008, 09:36 AM
sheikh ni dh jadi isu politik buatan UMNO

visi-sufi
31-12-2008, 10:52 AM
Buang je mamat ni dan tarik balik gelaran Datuk tu. Sebab tambang dia pergi luar angkasa tu kita pembayar cukai yg bayar bukan harta bapak dia. Dia patut jadi barua kita bukan kita jadi barua dia.

maaf saya kurang faham apa maksud tuan kita jadi barua dia sebab setakat yang saya baca ni... SM lebih kepada nak berkongsi ilmu dan pengalaman dia je... so kat mana pulak yg kita jadi barua dia tu?

mungkin saya yg tak dapat cukup info.. jadi tolong jelaskan.... thanx...

visi-sufi
31-12-2008, 10:58 AM
sheikh ni dh jadi isu politik buatan UMNO

ini lah yang payah bila dah ada unsur2 politik especially bila datang dari UM-NO (Untuk Melayu - NO!)

kasmarol
31-12-2008, 10:58 AM
hmmm...ntah aku no komen jjnji dh ade melayu duk kat iss hheheh

rafiz2000
31-12-2008, 11:09 AM
korang semua ni pernah g dengar ceramah dia ke?

amirrash
31-12-2008, 12:02 PM
alahai, kesian si SM ni. tak habis siasatan lagi dah macam2 keluar. andaikata tak betul, kita dah jadi pembuat fitnah. biar habis siasatan dulu baru kita bising2. ini tidak, rumah belum siap, satu kampung dah bising.

sabar2.

visi-sufi
31-12-2008, 01:11 PM
alahai, kesian si SM ni. tak habis siasatan lagi dah macam2 keluar. andaikata tak betul, kita dah jadi pembuat fitnah. biar habis siasatan dulu baru kita bising2. ini tidak, rumah belum siap, satu kampung dah bising.

sabar2.

nak buat macam mana...

media dah ajar kita supaya berfikiran macam tu... asal kuar suratkhabar je... sah lah salah... padahal mahkamah atau pihak2 berkenaan belum bagi kata putus lagi...

infosinar
01-01-2009, 01:46 AM
semangatnya utk memperluaskan ilmu astrologi mmg amat dpuji..
cuma keadaaan politik kelilingnya membuatkan apa yg nk dsampaikan tbantut..
jgn pandang benda ni membazir,tp jgn gunakan kjayaannya sbg platform utk naikkan nama sstengah individu demi kuasa..
semaikan ilmu astrologi hingga ke akar umbi..itu yg pling penting..
stahun skali hantar angkasawan pun xguna asik tumpang kmajuan negara luar je..

mtx_69
01-03-2010, 07:39 AM
hish anak datuk ni lagi...

S.Y.E.D
01-03-2010, 07:42 AM
apesal pg2 ni banyak tol citer lame kena korek..ekekekee

anak_jatiperak
01-03-2010, 02:00 PM
Salam..sebenarnya sheikh x blh dipersalahkan da....

tomie
01-03-2010, 02:02 PM
apesal pg2 ni banyak tol citer lame kena korek..ekekekee

korek citer lama lagi bagos masto....daripada wat citer astrok..:)):">

BlacJLKy
01-03-2010, 02:13 PM
ish3..mcm tu plak cite nye...