PDA

View Full Version : Perbincangan tentang ejen hartanah

Dann
22-10-2008, 01:25 AM
Mungkin ada sesetengah daripada rakan-rakan kita berminat untuk menceburi bidang hartanah. Kepada ahli yang tahu selok-belok ilmu hartanah dan tahu tentang cara-cara & langkah-langkah teratur bagaimana untuk menjadi ejen hartanah, harap dapat berkongsi di sini. Really appreciate this info. Thx very much

P/s: Kalau boleh listkan langkah-langkah dengan penerangan sekali lebih bagus.

thariq_shahalam
22-10-2008, 11:53 AM
Kita boleh rujuk kat website LPPEH atau Board of Valuers Appraisers and Real Estate Agents. Ini adalah badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk regulate estate agents. website dia adalah http://www.lppeh.gov.my

atau cara yang paling mudah adalah dengan bekerja dengan real estate agent yang sedia ada seperti Reapfield, Brunsfield, etc dan gunakan lesen mereka...

the second way is easier, tapi kalau nak bukak agensi sendiri kenalah ikut peraturan LPPEH tu.

eboss
22-10-2008, 09:35 PM
Mungkin ada sesetengah daripada rakan-rakan kita berminat untuk menceburi bidang hartanah. Kepada ahli yang tahu selok-belok ilmu hartanah dan tahu tentang cara-cara & langkah-langkah teratur bagaimana untuk menjadi ejen hartanah, harap dapat berkongsi di sini. Really appreciate this info. Thx very much

P/s: Kalau boleh listkan langkah-langkah dengan penerangan sekali lebih bagus.

wah...dah minat nak main hartanah dah nie...:)paid:)paid:)paid

abahmu
22-10-2008, 11:53 PM
Mungkin ada sesetengah daripada rakan-rakan kita berminat untuk menceburi bidang hartanah. Kepada ahli yang tahu selok-belok ilmu hartanah dan tahu tentang cara-cara & langkah-langkah teratur bagaimana untuk menjadi ejen hartanah, harap dapat berkongsi di sini. Really appreciate this info. Thx very much

P/s: Kalau boleh listkan langkah-langkah dengan penerangan sekali lebih bagus.

sini ada 2 maksud di sebalik ejen hartanah..samada menjadi ejen/broker hartanah atau melibatkan diri dlm perniagaan hartanah iaitu menjadi Pemaju Perumahan...

menjadi broker rasanya semua org tau caranya kan..kiri kanan blh makan komisyen :D:D..cuma kdg2 tu jangan la markup harga terlalu melampau atau melebih harga pasaran :D

Menjadi Pemaju..syarat2 dia hendaklah ada syarikat Sdn Bhd yg berpaid up capital 250k ke atas,tu dulu la..skrg mungkin dh meningkat kot syarat tu..paid up capital tu x semestinya kena letak duit 250k dlm kompeni..just mintak company secretary buat je :D

lps tu..kena ada tanah utk di bangunkan....tanah ni boleh di beli secara tunai atau pinjaman bank atau menggunakan konsep JV/Pawah dgn tuan tanah.

untuk menjadi pemaju..pemaju kena terlibat dgn banyak pihak diantara :

-Juru Ukur
-Arkitek
-CNS Consultants
-M&E Consultants
-Sales Consultants (jika perlu)
-One Stop Centre (OSC) - PBT/PTG/State Gov.
-Kementerian Perumahan - KPKT
-Kontraktor
-Lawyer
-dan lain2..

tu secara ringkas ler...then utk setiap projek kena apply lesen pemaju dan permit iklan jualan..then kena letak deposit sehingga 200k mengikut nilai projek :

-Projek bernilai 2 juta kebawah - Deposit 20k
-Projek bernilai 2j-4j - Deposit 40k
-Projek bernilai 4j-8j - Deposit 80k
-Projek bernilai 8j ke atas - deposit 200k

deposit tu akan dpt balik selepas projek siap...ni yg sengsara skit buat pemaju melayu...bayangkan klu kita run 3 projek serentak yg bernilai 8 juta setiap satu bermakna kita kena letak deposit 600k ler.

ada jgk cara utk tidak ambil lesen pemaju ni..so x perlu bayar deposit..tp kena bangunkan rumah tu secara unit2 kecil la..mcm 4 unit ke..8 unit ke..mcm tu la..lesen pemaju ni kelebihan dia utk pembeli loan government je..klu loan bank xda lesen pun xpe..xda mslh....

masih ada jgk pemaju kecil2 yg skdr menggunakan company enterprise saje..lg untung..x perlu di audit mcm sdn bhd..klu utk projek x berlesen blh ler..klu yg besar2 better sdn bhd la....

Authentic
13-04-2009, 09:36 AM
UP skit thread nih!

drumah.com
13-04-2009, 04:47 PM
Nak jadi agen hartanah kena register dengan LPPEH, say pun sedang ambik exam dgn mereka. Flow nak ambik lesen hartanah ni agak mudah tapi makan masa juga. Contoh yang saya sedang lakukan;

1. Daftar peperiksaan agensi dengan LPPEH
Pergi pejabat LPPEH dekat KL Sentral tu... daftar nama, lepas tu bayaran exam setiap kertas RM50 hengget + Yuran Daftar Rm50. Kalau ambik 7 kertas total RM350.00. Lepastu bleh gak beli kertas soalan tahun lepas sebagai contoh, kertas tu dalam RM20 hengget jer. Syarat nak ambik peperiksaan ni mesti lulus SPM.

2. Prepared untuk peperiksaan hartanah
Peperiksaan ni ada 14 kertas x silap saya. So to be safe saya ambik 7 paper setahun bermakna 1 part le. Peperiksaan kebiasaan pada bulan 6 atau 7. Masalah disini exam hanya dilakukan setahun sekali... jadi saya perlukan masa 2 tahun untuk habis 14 kertas. Subjek dia macam biasa le ada ekomoni, undang-undang dan account. Dia ade bagi sebnarai kolej yg offer course real estate ni, bleh study kat sana atau dia bagi senarai buku kita bleh study sendiri kat umah le. So macam aku yg bekerja full-time nih. self study jer le kat umah tu.

3. tempoh percubaan 2 tahun
Setelah lengkap 2 bahagian tu, kita masih belum dapat lagi buat real estate sebab masih berada didalam tahap percubaan. Macam lesen P, 2 tahun kena trainning dengan real estate agency yang berdaftar. pergi le mane2 real estate dan ada buku log untuk kita penuhkan aktiviti dan transaksi jualan kita tu.

4. Interview
Setelah 4 tahun, 2 tahun exam + 2 tahun tranning baru le gi interview... lepas interview baru la dapat lesen tuh...

senang kan? ini lah step mudah untuk jadi real estate agen. :))

bagi org yg cita-cita tinggi bleh ambik lesen, tp mereka yang blum ade pengalaman baik daftar dulu dengan real estate agen. jadi negotiator pun dah lumayan.

tapi kena ingat, ade sesetengah agensi charge RM300 hingga RM500 untuk korang join kompeni diorang... alasannya korang kena gi tranning, so duit2 tu untuk tranning le. Padahal dia gi makan besor dengan geng2 otai kompeni.. hampeh!

Aku pun dulu kena hentak gak RM500 untuk tranning, tp alhamdulillah ilmunya memang sampai tua bleh pakai. :eek:

T2T
28-04-2009, 12:41 PM
wah menarik topik nih.. up sket..!!

spark8685
14-06-2009, 10:14 AM
salam semua..
aku n the geng pun dah start jadi broker..tp secara free lunch jelah..tp cover area penang,prai,kulim,sg petani..sale blh la tahan...
teringin gak nak amik lesen real eastate,cuma yg conpius tu..mmg kena study full time pasal real eastate ker??? mean kena ada dip/degree ker???
klu just baca buku then p amik exam blh ker??
minta tlg otai2 explain slet pasal bab ni..

biasalah..kanak2 baru blajar..
maybe satu hari leh jumpa otai2 untuk study more about real eastate nih..

moneymaker3000
14-06-2009, 10:19 AM
aku perasan ramai gak ejen hartanah ni takde lesen, saje suke2 jadi ejen

spark8685
14-06-2009, 11:29 AM
mn ada yg suka2..salah satu dari punca pendapatan tuu..

T2T
03-07-2009, 11:11 AM
hahah... term & condition buat sendiri
aku ingat nak join satu real estate agency kat setapak.
tapi bila survey dengan customer yg nak jual. aku cakap service charge 2.75% depa cakap selalu amik 2% jek.. huhu.. tu yg jadi agen haram tu..

ahmadazam
06-07-2009, 06:09 PM

jgn cakap haram.... nanti duit tu jadi haramm.....

ckpla xberlesen... atau broker...

ok jgn marah

salmiah_salim
07-07-2009, 08:53 AM
Salam,

Pada pendapat aku, kalau nak jadi broker hartanah (x berlesen) boleh jer. cuma kene pastikan interest diri sendiri terjaga. Maksudnyer, mcm mana broker nak pastikan yang duit komisyen akan diperolehi. Kalau agen hartanah berlesen, diorg ni dilindungi oleh Akta khas. Broker kene pandai dan bijak merancang untuk melindungi diri sendiri..... Selamat berbisnes!!!

drumah.com
07-07-2009, 04:48 PM
hari ini aku exam dgn LPPEH dkt inspen bangi. 2 subjek law dgn tax. huuhuuu...
esok account n economics... fuuhh...

skg ni x sempat nak berporem, bz dgn launching umah baru n exam nih. minggu depan ade storey sikit ttg real estate... ok lah

bye.

T2T
07-07-2009, 04:56 PM
jgn cakap haram.... nanti duit tu jadi haramm.....

ckpla xberlesen... atau broker...

ok jgn marah
erk.. buleh jatuh haram la pulak.? hehehe.. ok lahh.. broker tak berlesen.. duit tak kisah ada lesen dgn xde lesen kan.? kekekek..
kecuali pengurup dan peminjam wang berlesen je..

p/s jgn mare, gurau jekk..

Salam,

Pada pendapat aku, kalau nak jadi broker hartanah (x berlesen) boleh jer. cuma kene pastikan interest diri sendiri terjaga. Maksudnyer, mcm mana broker nak pastikan yang duit komisyen akan diperolehi. Kalau agen hartanah berlesen, diorg ni dilindungi oleh Akta khas. Broker kene pandai dan bijak merancang untuk melindungi diri sendiri..... Selamat berbisnes!!!

hmm.. guna lawyer pun boleh kan?

drumah.com
07-07-2009, 04:57 PM
hahah... term & condition buat sendiri
aku ingat nak join satu real estate agency kat setapak.
tapi bila survey dengan customer yg nak jual. aku cakap service charge 2.75% depa cakap selalu amik 2% jek.. huhu.. tu yg jadi agen haram tu..

biase lah bro, bukan senang nak jual rumah tu. sebab 2.75% tu bahagi 2 pulak dengan kompeni.

cth; Harga rumah 200,000

komisen: RM5500
Bagi kompeni 50% = RM2750

Kawan rekomen buyer 50%= RM1375. (kena bg jugak)

Nak dapat benda ni selalu dalam 3 bulan. jadi gaji kita RM1375 untuk 3 bulan, Bermakna RM458.333333 sen sebulan, x banyak pun.

kalau yg ade komitmen tinggi nak jump terus dalam real estate memang payah. benda ni jgn gopoh2..

ape pun kerja yg istiqomah insyallah boleh berjaya.

T2T
07-07-2009, 05:00 PM
hari ini aku exam dgn LPPEH dkt inspen bangi. 2 subjek law dgn tax. huuhuuu...
esok account n economics... fuuhh...

skg ni x sempat nak berporem, bz dgn launching umah baru n exam nih. minggu depan ade storey sikit ttg real estate... ok lah

bye.

tahniah bro... respek ahh.!! mcm nak belajar aacounting la pulak..

drumah.com
07-07-2009, 05:03 PM
tahniah bro... respek ahh.!! mcm nak belajar aacounting la pulak..

x ade lah bro.. poyo2 jer aku gi axam nih :))

tp pelik arr.. melayu sekor pun x ade...
itu bermakna industri ni ade ruang untuk aku selit2... :eek::eek::eek:

T2T
07-07-2009, 05:12 PM
x ade lah bro.. poyo2 jer aku gi axam nih :))

tp pelik arr.. melayu sekor pun x ade...
itu bermakna industri ni ade ruang untuk aku selit2... :eek::eek::eek:

yeah... selit jangan tak selit.. nanti aku selit kat ko plak.. :D

salmiah_salim
07-07-2009, 05:47 PM
hari ini aku exam dgn LPPEH dkt inspen bangi. 2 subjek law dgn tax. huuhuuu...
esok account n economics... fuuhh...

skg ni x sempat nak berporem, bz dgn launching umah baru n exam nih. minggu depan ade storey sikit ttg real estate... ok lah

bye.

We wish you GOOD LUCK!!!!! :)cgrock

salmiah_salim
07-07-2009, 05:52 PM
hmm.. guna lawyer pun boleh kan?

Itulah yang sebaik-baik nyer.... Kalau nak buat surat sendiri pun boleh jugak tapi kene pandai-pandai lah pastikan T&C tu.

baein
18-07-2009, 05:02 PM
aku skrg tgh belajar dr minie aku.. dia skrg tgh percubaan utk registerd..

haqeem
26-07-2009, 05:28 PM
memang le tak de melayo seekor....

haqeem
26-07-2009, 05:30 PM
x ade lah bro.. poyo2 jer aku gi axam nih :))

tp pelik arr.. melayu sekor pun x ade...
itu bermakna industri ni ade ruang untuk aku selit2... :eek::eek::eek:

MElayu tak de ekor la, spesis menatang ada la tu..ahax

arcilist
27-07-2009, 09:56 PM
minat gak nk jadi broker tanah2 ni, tapi siyes abuk pn tak reti hal jual-beli tanah nih

camne nk start ye? bg basic knowledge sket, where to start...where to go..

T2T
28-07-2009, 04:07 AM
Itulah yang sebaik-baik nyer.... Kalau nak buat surat sendiri pun boleh jugak tapi kene pandai-pandai lah pastikan T&C tu.
hehe..betul tu, tapi rasanya jadi proper agent lagi baguih... mcm drumah.com.. sampai pergi amik exam.. kalau dah tahap camtu, komitmen + experience + performance dia mesti mantap dari hari ke hari...

saya rasa nak register jadi proper agent dengan property agency. saya nampak peluang tersangatlah luas, plus its a good untuk dijadikan sebagai karier.

minat gak nk jadi broker tanah2 ni, tapi siyes abuk pn tak reti hal jual-beli tanah nih

camne nk start ye? bg basic knowledge sket, where to start...where to go..
ye ke nih, saya tengok kat forum sebelah banyak dah tanah2 untuk dijual :p

Wea Izre
28-07-2009, 04:12 AM
amik lesen property agent ni susah ke senang ekk?aku sebenanye berminat gak nih

T2T
28-07-2009, 04:52 AM
amik lesen property agent ni susah ke senang ekk?aku sebenanye berminat gak nih

kalau sampai tahap g exam untuk lesen tu, kalau nak bukak agency sendiri...
untuk beginner cam aku nih, register je dengan mana2 agency yang rasa sesuai.. kau duduk mana? mana tau kot2 nak join sama agency dengan aku nak daftar nih., :)

salmiah_salim
28-07-2009, 12:32 PM
kalau sampai tahap g exam untuk lesen tu, kalau nak bukak agency sendiri...
untuk beginner cam aku nih, register je dengan mana2 agency yang rasa sesuai.. kau duduk mana? mana tau kot2 nak join sama agency dengan aku nak daftar nih., :)

Gud luck T2T... Maju lagi one step further..... :)cgrock

arcilist
28-07-2009, 05:56 PM
ye ke nih, saya tengok kat forum sebelah banyak dah tanah2 untuk dijual :p

betul minat, mmg nmpk pn ade byak tanah2 nk jual, tp as i said lah, taktau nk stat kot mane

adekah sesimple

1)jari penjual tanah
2) deal dgn pnjual klau kita cari pembeli, kite up harga sket utk komisen kita
3) cari pembeli
4) saiko gila2 smpai die beli tanah tu dgn harga kita yg kita mark up sket

gitu ke?

stallone
06-08-2009, 02:04 AM
kamsin jadi ejen ni okeh tak?

ilarazali
14-08-2009, 01:53 PM
salam ...

first time nak paking kat thread hartanah....

kawan, ila nak join satu real estet ni jumaat depan insyaallah. apa persediaan yg perlu ila ada ek?

anyone can brief stages career development dlm bidang ni? :D

T2T
01-10-2009, 11:15 PM

tahniah.. dah register rupanya yee.. hhehe.. :)

ayip
02-10-2009, 08:53 AM
salam ...

first time nak paking kat thread hartanah....

kawan, ila nak join satu real estet ni jumaat depan insyaallah. apa persediaan yg perlu ila ada ek?

anyone can brief stages career development dlm bidang ni? :D

baguih...tahniah...

persediaan...kena byk membaca..dan study kawasan....

kena pasang kable lebih kuat lagik...

peace

T2T
02-10-2009, 10:41 AM
baguih...tahniah...

persediaan...kena byk membaca..dan study kawasan....

kena pasang kable lebih kuat lagik...

peace

kalau boleh cable fibre optik..leh tolong kawan2 :)

mangkaq
02-10-2009, 11:05 AM
Harga tanah seguni skrg dah naik!!
Bole kayo eh jang!!

cyberqash
26-10-2009, 05:59 PM
wehh ader kelas saper nak jadik negotiator (tapi berbayor laa rm100) ujung minggu ni, korang google laa perkataan ni "seminarhartanah" . Hehe jumpa anda di sanaaaa...!!!

beautifulmind
27-10-2009, 01:46 PM
menarik info ni?

exam tu ada soalan bocor ke?

boleh ke register dgn agency utk part time?

bujal38
27-10-2009, 02:11 PM
wow..menarik nih

ahmadazam
31-10-2009, 12:40 PM
Wah.. Dah ramai kn2 nie..

Blh co-broke stok x...

Stok aku dah susut nie...

T2T
01-11-2009, 05:36 PM
Wah.. Dah ramai kn2 nie..

Blh co-broke stok x...

Stok aku dah susut nie...

bulehh.. hehehe.. akunya stok kat sini: http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=5065801#post5065801

jeplo
15-04-2010, 04:20 PM
Sarat dengan informasi dan peluang menjadi jutawan.
Ayuhlah mendaftar takkan rugi punya.http://www.seminarhartanah.com/index.php?ref=jefri76

durahamzah
06-11-2010, 11:07 PM
saya berminat untuk menjadi negotiator...boleh tunjuk ajar

kaleck
01-02-2011, 02:53 AM
X ada kerja di dini hari ni dan mata x dapat tido, so aku godek2 la post2 lama dalam CG ni..
Come across this thread dan rasanya boleh di upkan lagi untuk sapa2 nak share kan pengalaman or apa2 mengenai prosedure untuk jadi estate agent ni..

mana2 negotiator boleh la share2 yer. Hehe.

Saya start la dulu. Saya baru join salah satu Real Estate Company kat Kuching as negotiator. Memandangkan saya ada Diploma in Estate management, saya boleh mintak exemption untuk ujuian bertulis part 1 dan 2 dan saya boleh pergi ke part 3, whereby I have to do 2 tasks and to write a log book and diary plus i should have gained 2 years of experience dan di monitor oleh seorng registered estate agent.

dalam bulan 5 ni saya akan konvo dan akan daftar kat board as a Probationary Estate Agent (Estate Agent Percubaan). After saya dah habis buat task n tulis dalam work diary saya and dah undergo a 2 years praktikal, only then I can go for interview TPC(Test Proffesional Competence). After then baru la dapat jadi Estate Agent berdaftar.

Setiap Estate Agent ada no lesen sendiri seperti E1992, or E0460. Kalau V tu stands for valuer. V809 and etc.

rasanaya cukup kot penerangan ni. kalau sapa2 ada soalan or nk tambah, di persilakan..

kaleck
01-02-2011, 02:55 AM
hari ini aku exam dgn LPPEH dkt inspen bangi. 2 subjek law dgn tax. huuhuuu...
esok account n economics... fuuhh...

skg ni x sempat nak berporem, bz dgn launching umah baru n exam nih. minggu depan ade storey sikit ttg real estate... ok lah

bye.

dh lulus lom paper EA ni? skrang kat stage mana dah? huhu

kaleck
01-02-2011, 02:56 AM
aku skrg tgh belajar dr minie aku.. dia skrg tgh percubaan utk registerd..

minie saudara dah registered ke belom? or still percubaan? boleh la share knowledge.

adisurya
17-02-2011, 10:53 PM
Bila lak aku nak join nie... hehehe

hanafimoscow
18-02-2011, 02:42 AM
Saya start la dulu. Saya baru join salah satu Real Estate Company kat Kuching as negotiator. Memandangkan saya ada Diploma in Estate management, saya boleh mintak exemption untuk ujuian bertulis part 1 dan 2 dan saya boleh pergi ke part 3, whereby I have to do 2 tasks and to write a log book and diary plus i should have gained 2 years of experience dan di monitor oleh seorng registered estate agent.

emm..lama gak masa kn amek utk lesen ni kn..so, mcm aku ni ada ijazah perancang bandar n desa. bley ke skip exam part 1 dan 2 tu?:-?

kaleck
18-02-2011, 07:43 AM

Sorry bro, memang x boleh. Certain ijazah je Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah recognized. Tp, kalau saudara nk involve secara legal, saudara boleh la jadi negotiator kat mana2 firm.Kt situ saudara dah boleh buat sales and marketing coz saudara dah daftar dengan company yg sah. Sila pastikan company tu sah dalam senarai lembaga.Ni website dia-->http://www.lppeh.gov.my/

kaleck
18-02-2011, 07:43 AM
Bila lak aku nak join nie... hehehe

Jadi negotiator pun ok bro..

beautifulmind
18-02-2011, 10:04 AM
Jadi negotiator pun ok bro..

jd negotiator pun kena amik exam jugak ke?

kaleck
18-02-2011, 10:25 PM
jd negotiator pun kena amik exam jugak ke?

X perlu.. join je mana2 company Estate Agency, tp biasanya diorng akan adakan interview gak utk ambik negotiator baru. So, kepada yg ada pengalaman dalam bidang marketing, property, tahu sikit2 law tanah and law yg berkaitan akan ada advantage la. dan sesiapa ada byk contact spt banker, lawyer dan mempunyai networking yg besar dan byk, pun ada advantage.

Rumahdkelate
13-01-2013, 03:41 PM
Kbetulan nak syer sikit, saya pun dlm research nak jadi ejen jual- tanah rumah ni,, kbetulan tanya member yg ada member kat kementerian penilaian, dia call pengarah, dan pengarah tu kata nak minta ejen berdaftar, amat susah sekarang kerana kes yg lepas2,, syarikat mesti sdn bhd atau atas lah,,cukup perkakasan ..dan wajib kena salah seorang pernah kerja dgn kementerian atau 20 thn dlm syarikat swasta yg berkaitan. Kementerian bagi lesen free kat mana- mana pesara di jabatan penilaian utk buka firm..
Pendek cerita,,byk sekatan, minta buleh, tetapi belum pasti..

Apa pun, jika tak mahu kerja dgn org, buat sendiri2 lah tanpa lesen pun boleh cari rezeki,,tapi kena ada tools. Sekarang ni saya tengah siapkan toolsnya seperti software utk maklumat hartanah. Semua hujung jari, paperless..update.

imutm
28-01-2013, 03:45 PM

salam boh, nanti blh mntak tlg check harga rumah...kawe nak jual rumoh ni...:">

versa
28-01-2013, 03:49 PM
takde kosong ke...aku nak jd negotiator..

kaleck
28-01-2013, 05:46 PM
takde kosong ke...aku nak jd negotiator..

Tuan nk jadi negotiator? Boleh saja. tuan kat mana? Hehe. Saya boleh la rekomen kan kalau nk jadi negotiator. Ramai negotiator dalam ni..:D:)paid

kaleck
28-01-2013, 05:47 PM
salam boh, nanti blh mntak tlg check harga rumah...kawe nak jual rumoh ni...:">

Nak jual umah kat mana tu tuan? Berapa nk jual tuan?:):)cgrock

versa
28-01-2013, 06:06 PM
Tuan nk jadi negotiator? Boleh saja. tuan kat mana? Hehe. Saya boleh la rekomen kan kalau nk jadi negotiator. Ramai negotiator dalam ni..:D:)paid

cantik tu...aku duk area kl jer...

kaleck
28-01-2013, 08:22 PM
cantik tu...aku duk area kl jer...

Pilih je mana yang tuan nak. hehe. Nak company bumiputera ke cina? Hehe. KL tu kat mana tuan? Besar. Ada beberapa negotiator Rescom kat dalam ni. Boleh la join diorng..:)cgrock

versa
28-01-2013, 09:08 PM
Pilih je mana yang tuan nak. hehe. Nak company bumiputera ke cina? Hehe. KL tu kat mana tuan? Besar. Ada beberapa negotiator Rescom kat dalam ni. Boleh la join diorng..:)cgrock

aku duk setiawangsa, klu blh company bumi la kot..ke mcm mn pendapat tuan?

kaleck
28-01-2013, 09:32 PM
aku duk setiawangsa, klu blh company bumi la kot..ke mcm mn pendapat tuan?

Alamak, x familiar la pulak kawasan sana tuan. Saya ni dok Kuching, x tahu bandar apa paling dekat kat sana. Cuba rescom pun boleh kot. Ofis diaorang kat Bangi. huhu. Rescom memang semua bumi jer.

pensel_2B
11-04-2013, 08:12 PM
Salam.
Nak tanya pendapatlah. Saya minat gak nak join dalam bidang ni. Tapi taktahu mana nak start. Kot kot boleh start dari umo 19 ke kan :D heheh

kaleck
12-04-2013, 02:16 AM
Salam.
Nak tanya pendapatlah. Saya minat gak nak join dalam bidang ni. Tapi taktahu mana nak start. Kot kot boleh start dari umo 19 ke kan :D heheh

Kalau tuan muda lagi, saya sarankan tuan ambik sijil in real estate dari INSPEN. Ada full time punya mode kat sana. Kalau saya muda lagi, dah lama saya ambik, tp dia ada had umur. maksimum 20 tahun kalau tak silap saya. :((

pensel_2B
12-04-2013, 04:28 PM

Alamak, cemana nak buat ni. Takkan nak pindah kut. Huhu. Sekarang dah kat tgh jalan ni.#:-S

kaleck
12-04-2013, 05:13 PM
Alamak, cemana nak buat ni. Takkan nak pindah kut. Huhu. Sekarang dah kat tgh jalan ni.#:-S

Kalau begitu, takpe la. blaja la apa yang tuan belajar skrang ni jer..hehe.:)cgrock

Bakri79
26-04-2013, 03:12 PM
Di sini saya ada la satu bahan panduan yang tuan2 boleh join kalau berminat dengan kerjaya di bidang hartanah ni, blh le try, mana tau, rezeki masing-masing
http://www.seminarhartanah.com/hop.php?ref=bakri79

pensel_2B
12-06-2013, 02:26 AM
Kalau tuan muda lagi, saya sarankan tuan ambik sijil in real estate dari INSPEN. Ada full time punya mode kat sana. Kalau saya muda lagi, dah lama saya ambik, tp dia ada had umur. maksimum 20 tahun kalau tak silap saya. :((

salam tuan.
Sekarang saya dalam proses nak berhenti kolej sbb ada masalah 'dalaman'. Dan amek keputusan berhenti je terus. Kopak lah nak bayar itu ini dgn servis yg tah pape ~X(~X(

Saya ada gak belek belek website insten tu tadi tapi tarikh pendaftaran pulak dah tamat. Tak tahu bila pulak nak bukak balik. Tunggu siang nanti nak call diorang.

Kat situ dia offer dua pengajian peringkat sijil
Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)

Apa yg membezakan kedua dua ni ya?
Saya kena cecepat carik info ni. Kak ipar pun dah bising suruh apply kerja gomen kat www.spa.gov.my tu. Bila fikir balik rugi lah umo belasan terus nak kerja makan gaji mcm tu je. Basic pun rm900++ je #:-S

Kalau boleh nak mintak tolong bro tunjukkan jalan mcm mana nak gerak utk jadik peneraju hartanah ni. Heheh. Kalau ada geng cg yg lin nak bagi tunjuk ajar pun kira cun gak :)cgrock:)cgrock

oh ya, saya ada basic kejuruteraan awam kat teknik dulu.

kaleck
12-06-2013, 07:21 AM

Saya sarankan supaya tuan ambik sijil kat inspen ni. Ada 3 sijil sebenarnya, Penilaian , Pengurusan dan satu lagi estate ejen. Umur tuan berapa? Skrang ni memang ada ambilan untuk intake november for full time student. Yuran x yah pening. walaupun x ada pinjaman dari MARA or PTPTN, yuran sangat berpatutan. Kalau tuan minat jual2 umah, saya syorkan ambik Sijil in Estate Agency, tp maksimum umur 21. Sijil Estate Agency tu di iktiraf oleh Board of Valuer, Appraisals and Estate Agent. So, after ada sijil tu, kerja ngan company estate agent yang berdaftar 2 tahun, g interview, dapat lesen, boleh bukak company sendiri. Tp yang penting, minat.

Kalau penilaian n pengurusan pulak, x ada byk sangat beza, cuma kalau penilaian, more to mcm mana nk value umah semua semua tu, mcm mana nk tentukan market value. kalau pengurusan ni byk kepada pengurusan bangunan strata, kondo dan sebagai nya. Apa2 pun, di alu alukan untuk belajar kat inspen. x akan menyesal. belief me, the best place that I have been study so far. Skrang dah ada kampus baru dah. Zaman saya study dulu kat Bangunan lama diorng. Full of memories.

:)cgrock:)cgrock:)cgrock

pensel_2B
12-06-2013, 07:43 AM

umur saya? baru 19 :">:"> ehehe. Ada tiga ke? Saya nampak dia cuma listkan dua je, penilaian sama pengurusan
http://www.inspen.gov.my/inspen/v2/?lang=my&page_id=68
itulah saya cadang mmg nak grab terus. Yuran pun sekitar rm360 je berbanding rm3k yuran kolej saya sekarang utk satu sem.
Saya minat jual beli tanah ni, tambah lak dia punya income tu #:-S#:-S

Lagi satu, dulu bro duduk kat hostel ke duduk kat luar? Saya tengok kat web dia tu, kira mahal jugak rasanya #:-S

Asrama

Kadar Sewa :
Asrama Sri Bendahara : RM 60.00 seorang semalam
Asrama Sri Temenggong : RM 45.00 sebilik semalam (2 orang)
Asrama Sri Laksamana : RM 45.00 sebilik semalam (2 orang) dan RM60.00
seorang semalam
* Makanan Tidak Disediakan

tsf
12-06-2013, 08:28 AM

yg tuan tgk ni tn nak ambil full time ke parttime

pensel_2B
12-06-2013, 08:33 AM
yg tuan tgk ni tn nak ambil full time ke parttime

full time tuan. Ni saya baru check balik kat bahagian soalan soalan lazim. Dia kata asrama dan pengangkutan free pulak. Mana satu ni :-?

tsf
12-06-2013, 09:13 AM
full time tuan. Ni saya baru check balik kat bahagian soalan soalan lazim. Dia kata asrama dan pengangkutan free pulak. Mana satu ni :-?

free aje yuran sem 400 lbh kurang.... makan minum sendiri tapi dapat elaun

pensel_2B
12-06-2013, 09:26 AM
free aje yuran sem 400 lbh kurang.... makan minum sendiri tapi dapat elaun

ohh. Ada elaun rupanya. Berbaloi jugak. Saya call tak dapat dapat pulak ni. adess. kasi email je. Papepun, terima kasih tuan share info :)

tsf
12-06-2013, 09:30 AM
ohh. Ada elaun rupanya. Berbaloi jugak. Saya call tak dapat dapat pulak ni. Adess. Kasi email je. Papepun, terima kasih tuan share info :)

no problemo.....

kaleck
12-06-2013, 07:53 PM
umur saya? baru 19 :">:"> ehehe. Ada tiga ke? Saya nampak dia cuma listkan dua je, penilaian sama pengurusan
http://www.inspen.gov.my/inspen/v2/?lang=my&page_id=68
itulah saya cadang mmg nak grab terus. Yuran pun sekitar rm360 je berbanding rm3k yuran kolej saya sekarang utk satu sem.
Saya minat jual beli tanah ni, tambah lak dia punya income tu #:-S#:-S

Lagi satu, dulu bro duduk kat hostel ke duduk kat luar? Saya tengok kat web dia tu, kira mahal jugak rasanya #:-S

Asrama

Kadar Sewa :
Asrama Sri Bendahara : RM 60.00 seorang semalam
Asrama Sri Temenggong : RM 45.00 sebilik semalam (2 orang)
Asrama Sri Laksamana : RM 45.00 sebilik semalam (2 orang) dan RM60.00
seorang semalam
* Makanan Tidak Disediakan

Tuan jgan la salah tafsir tuan. yang Asrama tu bagi yang nak menginap kat sana mcm hotel tu. Lagi pun bangunan lama dah x di gunakan lagi..

Yuran memang murah. 400 lbih termasuk asrama kalau x silap. tak kan menyesal punya. percayalah. hehe.

Yang kat website tu lama punya. x update. skrang dah ada 3 sijil dah. So, better ambik cepat2 tuan before tarikh tutup,hehe.. :)cgrock:)cgrock

kaleck
12-06-2013, 07:57 PM
full time tuan. Ni saya baru check balik kat bahagian soalan soalan lazim. Dia kata asrama dan pengangkutan free pulak. Mana satu ni :-?

free je tuan.. x ada bayar2.hehe. :)cgrock

pensel_2B
13-06-2013, 08:13 AM
Tuan jgan la salah tafsir tuan. yang Asrama tu bagi yang nak menginap kat sana mcm hotel tu. Lagi pun bangunan lama dah x di gunakan lagi..

Yuran memang murah. 400 lbih termasuk asrama kalau x silap. tak kan menyesal punya. percayalah. hehe.

Yang kat website tu lama punya. x update. skrang dah ada 3 sijil dah. So, better ambik cepat2 tuan before tarikh tutup,hehe.. :)cgrock:)cgrock

free je tuan.. x ada bayar2.hehe. :)cgrock

Ya tuan, saya baru perasan yg hostel berbayar tu utk student yg amek kursus pendek.

Saya cadang nak amek valuation. Kalau Estate Agency mmg tak boleh sbb tu utk professional / orang dah bekerja. Nak apply online tak boleh sebab takde ID. Nak register ID pun tak boleh sebab dia kata pendaftaran ditutup, sila hubungi bla bla bla.. Tapi semalam dah call byk kali tapi tak berjawab. Nak hantar pegi ofis tapi tkde transport lak. Adess.

Harap sempat lah utk intake september ni. Yg rugi skrg uitm dah tak terima credit exemption for any inspen student :( tapi yg bestnya kalau perform, boleh terus further buat bachelor kat Aussie which is dlm dua tahun je. Hehe.

Info ni byk saya dapat drpd sorang akak ni ex student inspen. Dapat contact dari google :p skrg beliau final year degree.

kaleck
13-06-2013, 04:31 PM

Ada la Estate Agency untuk lepasan SPM. sapa kata tak ada.. Akak final year?? Mesti akak tu smbg kat aussie kan? haha. akak pandai, x apa. abg yang tak berapa nk pandai mcm saya ni baru nk ambik degree. hahaha..:)):))

pensel_2B
13-06-2013, 04:45 PM

Ehh. Sorry bang kalau saya tersilap :"> hehehe. Estate agency tu utk golongan pro atau dah bekerja kan? :-?Abaikan lah akak tu. Sekarang ni saya perlukan orang yg boleh tolong guide halatuju bidang ni #:-S

Ni ha tadi pagi saya inform abg saya, kasi tau nak masuk inspen ni. Dia kata jangan buang masa lah itulah inilah, pi apply kerja kat SPA. Rasa mcm rugi lak tak gi sambung belajar:((
Pastu tadi pagi lak unikl call dapat offer. Padahal dah setahun lebih apply. Adeyy

kaleck
13-06-2013, 04:53 PM

SPM pun boleh. Ambik mode full time la.. Untung korang yang muda2 dapat peluang mcm ni. Saya kalau saya muda lagi, memang grab la peluang yang ada. Well, ikut minat jugak la.. Tapi, dari 3 bidang tu, agency yg dapat buat duit. Tp, kalau nk ambik valuation pun ok. tuan dok mana? Apa2 pun, pilihan di tangan anda. cakap je kat famlily tuan, tuan nk masuk inspen. for the last time. pastu blaja la elok2. x akan menyesal punya. percayalah.. hehe:D

pensel_2B
13-06-2013, 05:02 PM

Sebab saya rasa beruntung tu lah saya nak grab. Hehehe. Tapi saya masih tak beruntung sebab ada yg menghalang dan dia rasa sepanjang masa dia betul. Since dia yg support study ni kekadang terpaksa lah gak mengalah. Adess.

Saya dok area banting :D

kaleck
13-06-2013, 05:09 PM

Ambik je la. Peluang datang sekali.. Apa yang saya dapat simpulkan, belajar property ni sangat seronok. Saya start from zero. Dulu pun kena buang U jugak. haha. tapi, nothing impossible. Time ambik sijil tu la saya bounce back and antara student yg dapat award jugak la(walaupon bukan top award):)):))

Dulu takde sijil in egency dan takde direct g aussie tu.:((:((. So x dapat la nk g sana or ambik agency. Sambung diploma uitm je. Hu ha hu ha je blaja. dapat la pointer cukup2 mkan. Then kerja dalam bidang property kat hometowen(kuching). Setahun gak la. Ambik ilmu dan juga pengalaman(paling berharga) coz property ni goes along with the time, so it is not a text book course. and then skrang ni baru sambung degree and at the same time akan buat jugak agency kat sini. Tp, time jadi barrier. Sama ada nk kerja or nk blaja. Well, tengok la mcm mana nanti.

:)cgrock:)cgrock

pensel_2B
13-06-2013, 05:20 PM

Cadangnya gitulah nak ambik. Saya pun terfikir jugak sebab limit sampai 21 tahun je nak amek sijil tu. Kalau tak amek, kira burn la peluang ni. Adui.

Tapi saya cuak gak kot tak boleh bawak ke nanti. Hehehe. Nak sambung dip pun jadi lama nanti sbb uitm dah tak terima credit exemption ni. Lambat lak. Hehe.

Habiskan degree bro, tu peluang tu :D

kaleck
13-06-2013, 05:24 PM

Hehe. tuan x dapat tangkap lagi apa yang saya cuba sampaikan. Hehe. rasanya kalau tuan dah ada sijil agency dari inspen tu, tuan dah layak buat Probationary Estate Ejen dah. dah kira boleh buat lesen percubaan dah. x perlu nk sambg degee or diploma. Bagi saya, dalam bidang property ni, x perlu degree or diploma pun boleh buat sale tuan. Cuma apa yg membeza yang ada dip n degree tu cuma knowledge la. Tp in sales, paling penting, marketing dan juga komunikasi tu perlu ada. Well, rasanya x susah sangat kot subjek nya. Boleh bawak n buat kot. hehe, :)cgrock:)cgrock Saya yg kena buang dari U pun dapat survive. apatah lagi tuan..:)):))

solute
07-10-2015, 06:25 PM
Salam geng..

boleh share apa peranan ejen hartanah ?
klo ada otai2 sini boleh la share pengalaman
sikit.. huhu

akusS
07-10-2015, 06:29 PM
Cari penjual, pastu cari pembeli...
Ejen rumah lelong lg best, tolong register jer leh paw samapi 2k dr bakal pembeli...cam hareem....

solute
07-10-2015, 09:53 PM
Cari penjual, pastu cari pembeli...
Ejen rumah lelong lg best, tolong register jer leh paw samapi 2k dr bakal pembeli...cam hareem....

peh.. dasyat..
macam menarik pulak keje
bidang ni..hehe

buta it
07-10-2015, 09:56 PM
betul tu.. nak senang buat duit cari rumah nak lelong ke nak jual ke nak sewa ke coll je ejen hartanah mintak komisen

pijoe
07-10-2015, 09:59 PM
Cari penjual, pastu cari pembeli...
Ejen rumah lelong lg best, tolong register jer leh paw samapi 2k dr bakal pembeli...cam hareem....

2k?? ada yang charge 2% dari harga rumah lelong... itu belum siap dia cakap duit kauntim dengan ulat..

aku pergi lelong sendiri je...buat research sikit...save ... kalau pergi kat tempat auction...ramai orang hire agent ...

kalau tt masih bujang dan tak kerja lagi.. aku cadangkan masuk 2 bidang ...1 dalam bidang sales insuren dan satu lagi dalam dalam bidang prop ni... insyaAllah ada rezeki.

solute
07-10-2015, 10:07 PM

good advise..
mmg skrg tgh fikir2 untuk join
bidang ni..

solute
10-10-2015, 08:52 AM
ada ke sape2 yg jadi ejen hartanah kat sini ?

tomcat_apachee
13-10-2015, 11:38 AM
teman agent property...peranan teman kpd owner rumah ialah carikan buyer utk jual rmh beliau..caj dikenakan 3% dri harga jualan..selain carikan buyer..teman jugak akn cuba mempercepatkan proses jual beli didlm urusan pinjaman dan guaman..

kalau belah buyer pulak teman akn cari spek rumah yg buyer nak..biasanya buyer minta crikan rmh yg harga patut, lokasi dan luas rumah..so sbg ejen cari je lah..tapi kekadang dah dpt takmo pulak buyer huhuhu..submitkan loan jugak diuruskan...yg penting komisyen ejen dri persent yg dipersetujui dgn owner..tiada mark up..maqkup

wantrader82
13-10-2015, 11:52 AM

masuk juga agent hartanah ni...

solute
13-10-2015, 01:11 PM

thorbaekk bos.. sy pun baru je jinak2 bidang ni.. huhu

anuarul
13-10-2015, 01:18 PM
teman agent property...peranan teman kpd owner rumah ialah carikan buyer utk jual rmh beliau..caj dikenakan 3% dri harga jualan..selain carikan buyer..teman jugak akn cuba mempercepatkan proses jual beli didlm urusan pinjaman dan guaman..

kalau belah buyer pulak teman akn cari spek rumah yg buyer nak..biasanya buyer minta crikan rmh yg harga patut, lokasi dan luas rumah..so sbg ejen cari je lah..tapi kekadang dah dpt takmo pulak buyer huhuhu..submitkan loan jugak diuruskan...yg penting komisyen ejen dri persent yg dipersetujui dgn owner..tiada mark up..maqkup

kalau jual umah mmg 3% je bang kan?

kalau tanah? ade juga ke 3% ni? dengar boleh markup kalau jual tanah..asal owner n agen setuju. btol eh?

tomcat_apachee
13-10-2015, 01:38 PM
kalau jual rumah bwah 1M biasa caj 3%..kalau lebh 1M 2% tpi kakau owner nk bg 3% syukur...
mcm tanah pun biasanya 3% gak kalau bwh 1M, kalau atas 1M caj 2% je..tapi ada setengah owner takmo bg persen..dia nak bersh..komisyen dia suh markup sendiri..so kalau harga yg owner nak tu bwh mv bole la markup ikut mv..

solute
13-10-2015, 01:40 PM

ooh, kiranya 3% tu tak fix la ye..

anuarul
13-10-2015, 01:45 PM
kalau jual rumah bwah 1M biasa caj 3%..kalau lebh 1M 2% tpi kakau owner nk bg 3% syukur...
mcm tanah pun biasanya 3% gak kalau bwh 1M, kalau atas 1M caj 2% je..tapi ada setengah owner takmo bg persen..dia nak bersh..komisyen dia suh markup sendiri..so kalau harga yg owner nak tu bwh mv bole la markup ikut mv..

ooo.....sedap gak eh 3% pun..

kene umah 500k sebijik sebulan pun dah sedap. heh.

yang 3% kita dapat sebagai agen tu, mmg bersih ke? atau kite kene bayar lain2 fee utk seller & buyer umah?

tomcat_apachee
13-10-2015, 02:02 PM
3% tak dpt bersh tuan..cmpany agency potong antara 40%-10%...tu kalau senior negotiator..kalau agent baru mau kena potong 50%..tak temasuk tolak gst 6%...
itu pun kalau urusan jual beli menjadi...kalau tak jadi..buek abih boreh je la nak attand buyer tgk rumah..kos petrol, mkn dan masa tebuang..kalau 10org bwk tgk rumah tapi sepuluh-sepuluh kata "nanti sy balik bincang dulu" kalau lebh 3 hari jwb nya idaklah..ejen gak yg masuk angin keluar asap..10 kali ulang alik

anuarul
13-10-2015, 02:03 PM

oohooo...baru tau....

kejam juga dunia agen hartanah berdaftar ni ehhehe

randomduit
13-10-2015, 02:06 PM
best hartanah nih, bidang yg amat menguntungkan...pening kepala sikit2 tu biasalah....

solute
13-10-2015, 02:20 PM
3% tak dpt bersh tuan..cmpany agency potong antara 40%-10%...tu kalau senior negotiator..kalau agent baru mau kena potong 50%..tak temasuk tolak gst 6%...
itu pun kalau urusan jual beli menjadi...kalau tak jadi..buek abih boreh je la nak attand buyer tgk rumah..kos petrol, mkn dan masa tebuang..kalau 10org bwk tgk rumah tapi sepuluh-sepuluh kata "nanti sy balik bincang dulu" kalau lebh 3 hari jwb nya idaklah..ejen gak yg masuk angin keluar asap..10 kali ulang alik

oh. maksudnya sebelum join jadi ejen hartanah ni.. kurang2 kene ada
saving sendiri jugak la ye.. klo xde sale.. menagis gak tu sbb byk kos pakai duit sndri..

tomcat_apachee
13-10-2015, 04:47 PM
oh. maksudnya sebelum join jadi ejen hartanah ni.. kurang2 kene ada
saving sendiri jugak la ye.. klo xde sale.. menagis gak tu sbb byk kos pakai duit sndri..

betoi tuan, ongkos sendiri kena ada..sbb nk bergerak kehulu kehilir memerlukan ongkos...mkn, tol, minyak..selain letih dan masa.,
tapi kalau rezeki memihak dan urusan jual beli terjadi pernah jugak dpt komisyen umpama 3 bulan punya gaji..so pandai2 la guna..jgn enjoi..takut2 sebulan dua takdak sale, duit tu la sbg backup gaji

Toshinoda
13-10-2015, 04:53 PM

so sebagai permulaan nak jadi agent hartanah ni kena daftar n ambik exam juga kan??

solute
13-10-2015, 06:02 PM

sy tengok kat mudah banyak agancy hartanah iklankn kerja sbg
ejen hartanah dgn gaji 10k-15k sebulan. syarat hanya spm je.
tp tak bgtu pulak kene ada saving at least 3 bulan gaji.. huhu
selalu lepasan spm ni mne la ada simpanan sgt.. yg kje dah 2 tahun pun
xde..

tomcat_apachee
13-10-2015, 06:28 PM
so sebagai permulaan nak jadi agent hartanah ni kena daftar n ambik exam juga kan??

ia tuan bedaftar under agency realty..pastu gi kursus REN 2 hari...kalau nk jdi agent leh pm sy :)

tomcat_apachee
13-10-2015, 06:33 PM
sy tengok kat mudah banyak agancy hartanah iklankn kerja sbg
ejen hartanah dgn gaji 10k-15k sebulan. syarat hanya spm je.
tp tak bgtu pulak kene ada saving at least 3 bulan gaji.. huhu
selalu lepasan spm ni mne la ada simpanan sgt.. yg kje dah 2 tahun pun
xde..

mmg betoi bole dpt 10k-20k sebulan..tapi kena keje keras dan ada direct listing.,walau mcm mana pun modal permulaan @ kos viewing duit poket sendiri

ahimsa99
13-10-2015, 09:52 PM
Baru juga berjinak dalam bidang ni..tu pun pasal dalam proses untuk menjual tanah sendiri..bnyak lg kena blajar..huhu..yg aku pening skarang pasal aku tak tau brapa nk letak harga tanah tu..

solute
15-10-2015, 06:56 AM
Baru juga berjinak dalam bidang ni..tu pun pasal dalam proses untuk menjual tanah sendiri..bnyak lg kena blajar..huhu..yg aku pening skarang pasal aku tak tau brapa nk letak harga tanah tu..

oh jadi ejen hartanah jugak ke ?

ahimsa99
15-10-2015, 07:19 PM
oh jadi ejen hartanah jugak ke ?
ya tuan..tp skarang blajar jadik agen dengan menjual tanah sendiri..hehe..

solute
16-10-2015, 02:04 PM
mmg betoi bole dpt 10k-20k sebulan..tapi kena keje keras dan ada direct listing.,walau mcm mana pun modal permulaan @ kos viewing duit poket sendiri

actually saya baru join utk jadi ejen hartanah. skrg dlm tempoh
percubaan. saya diarah untuk mencari listing di kwsn perumahan yg
baru siap. Semua tmpat sy pergi ada pak guard. dia tak bg sy masuk.
dah mcm2 alasan sy guna.. nk tgk rumah.. nk cari rumah utk beli/sewa..
still xbg juga.. utk makluman, sy xde card ejen sendiri lagi..
so, tuan ada apa2 cadangan tak mcm mana sy nk mudah masuk kwsn2 mcm ni ?
ke mmg perlukan card ejen tu..

solute
16-10-2015, 09:28 PM
up sikit..

solute
17-10-2015, 11:15 AM
kasi up sikit..

dausbiz
17-10-2015, 11:20 AM
Salam geng..

boleh share apa peranan ejen hartanah ?
klo ada otai2 sini boleh la share pengalaman
sikit.. huhu

Peranannye adalah promote rumah,orang beli rumah dia dapat komisyen:D

Itu je simple kan:o

solute
17-10-2015, 11:52 AM
Peranannye adalah promote rumah,orang beli rumah dia dapat komisyen:D

Itu je simple kan:o

kat mana2 asyik muke ko je.. huhu

cyberqash
17-10-2015, 01:59 PM
Peranan REN skg tambah sket, kita filter pembeli tgk boleh lepas tak loan dia. Kalau dapat buyer tapi asik sangkut loan mmg letih laa.... Kalau REN dah filter dulu, so insyaAllah lagi cepat proses jual beli.

amie71
17-10-2015, 02:06 PM
buat sendiri je la.. nk beli ke nak jual ke boleh jd kn pengalaman... bkn susah sgt pun

amie71
17-10-2015, 02:16 PM
Cari penjual, pastu cari pembeli...
Ejen rumah lelong lg best, tolong register jer leh paw samapi 2k dr bakal pembeli...cam hareem....

ejen rumah lelong ni guna lesen apa...
skrg nmpk bank tak ikut prosedur utk melolong rumah, agen terus jumpa bank ambik data/list lps tu iklan rumah utk dijual... mmg naya kat owner

dah tak da iklan besar2 an rmah utk dilelong kt paper skrg ni

solute
17-10-2015, 05:30 PM
buat sendiri je la.. nk beli ke nak jual ke boleh jd kn pengalaman... bkn susah sgt pun

bagi kat ejen buat la. kongsi2 rezeki.. hehe

alpine_star
17-10-2015, 06:45 PM
Mat despatch

solute
17-10-2015, 09:30 PM
tudia......

solute
18-10-2015, 02:13 PM
up sikit..

ahimsa99
19-10-2015, 03:29 AM
ada tak member cg yg boleh kongsi tips ataupun apa2 sahaja yg berkaitan dengan penilaian tanah ni..kalau yg penilai berdaftar tu brapa % sepatutnya kena bayar?

emoney
19-10-2015, 07:35 AM
Cari penjual, pastu cari pembeli...
Ejen rumah lelong lg best, tolong register jer leh paw samapi 2k dr bakal pembeli...cam hareem....

:)):D 2K tu sikit bohhh... sampei 6K pom adoo....:">

emoney
19-10-2015, 07:37 AM
ejen rumah lelong ni guna lesen apa...
skrg nmpk bank tak ikut prosedur utk melolong rumah, agen terus jumpa bank ambik data/list lps tu iklan rumah utk dijual... mmg naya kat owner

dah tak da iklan besar2 an rmah utk dilelong kt paper skrg ni

Itu ler sebab kita kena belajar...jangan terus terjun jer...exited sgt..sampai tak sedar sebenarnya dah kena "putaQ". Apa-apa pun semua tu berdasarkan pengalaman masing-masing..:)cgrock

amie71
19-10-2015, 07:38 AM
bagi kat ejen buat la. kongsi2 rezeki.. hehe

mmg nk bg rezeki, tp kalau charge smpi ptg leher apa faedahnya..

rumah dah la mahal + lawyer + bayar agen + dll semua nk sembelih pembeli

ahzaadhwa
01-11-2015, 06:40 AM
mmg nk bg rezeki, tp kalau charge smpi ptg leher apa faedahnya..

rumah dah la mahal + lawyer + bayar agen + dll semua nk sembelih pembeli

Mana ada sembelih pembeli. Huhu. Kerja kami memudahkan urusan jual dan beli, fee lawyer biasanya kalau bwh ejensi ambil fee standard. Beza jual atau beli sendiri tak guna ren, silap silap leh kena tipu dengan lawyer atau valuer even prospek pembeli dan penjual sendiri. Mencabar juga bidang ni.

khg
01-11-2015, 07:01 AM
blh tahan juga komisen 3%.. masyukk juga tu.

sena21
01-11-2015, 07:41 AM
Best jd ejen hrtanah ni. Penah close sale skali. Rumah dlm 100k cmtu je.. komisyen+lawyer dpt la dlm 2k++. Buat part time je. Tp elok pegi blaja dulu, carik company yg kita bleh buat part time.. aritu kena dlm 400+. Tp ilmu spnjg hayat tu. Sekali blaja bleh buat sndr dah semua

musafir79
01-11-2015, 10:07 AM
Memang menarik jadi agen hartanah ni. Saya pun kalo boleh nak join jugak. Kerja apa sekalipun, susah senang tetap ada. Yang gaji lumayan, tetap cabarannya lumayan. Kesabarannya kena tinggi jugak. Yang penting, 'niat' semasa kerja tu kena betul dan ikut syariat.
Tentang peranan agen hartanah ni saya bersetuju dgn 'tomcat apachee', dia dah nyatakan sebahagian besar peranan agen di situ.

solute
01-11-2015, 07:26 PM
Mana ada sembelih pembeli. Huhu. Kerja kami memudahkan urusan jual dan beli, fee lawyer biasanya kalau bwh ejensi ambil fee standard. Beza jual atau beli sendiri tak guna ren, silap silap leh kena tipu dengan lawyer atau valuer even prospek pembeli dan penjual sendiri. Mencabar juga bidang ni.

yep agree :D

Kelisa1823
19-11-2015, 09:39 AM
As salam tuan2 yg budiman.

Hamba mohon panduan bagaimana nak bermula jadi ejen hartanah berdaftar area JOHOR BAHRU. Area lembah klang byk, tp JB mcm kurang. Kalau boleh nak melayu.

Saya insyallah akan diberhentikan kerja hjg bulan ni. So desperate nak cari source of income yg lain. Ditambah pula wife preggy..... pening kepala x tau nak fikir dah.... Industry hartanah mmg saya minat sejak dulu. MLM dah penat join time bujang dulu. So rase xnak buat dulu lah.... Industri takaful pun menarik gak.

Hopefully kawan2 boleh share or bagi petunjuk. Kalau dapat bg contact person lagi bagus. Boleh jumpe dia terus f2f....

Terima kasih....

ketupatFX
19-11-2015, 09:45 AM

kalau dok JB sementara tu buat uber dulu..kat JB ada uber...jarang spad uat operasi kat JB..

kalau yg muslim negotiator cari RESCOM..baguss.nanti diorang ajak step by step.tapi xtahu la cover JB ke x..rasanya cover ja

besikal
19-11-2015, 09:56 AM
http://www.lppeh.gov.my/searchfirm.php?regNo=Registration+Number&companyName=Company+Name&address=Address&type=E&status=JOHOR&search=Search

Nah list agent berlesen n berdaftar

mohdtarmizie
19-11-2015, 10:15 AM
amek course REN, nanti leh jumpa ramai yg lain dgn sama matlamat.. leh la join agency tu..

http://miea.com.my/site/index.php?cat=168

Kelisa1823
19-11-2015, 11:07 AM
http://www.lppeh.gov.my/searchfirm.php?regNo=Registration+Number&companyName=Company+Name&address=Address&type=E&status=JOHOR&search=Search

Nah list agent berlesen n berdaftar

Terbaik tuan!

Kelisa1823
19-11-2015, 11:09 AM
kalau dok JB sementara tu buat uber dulu..kat JB ada uber...jarang spad uat operasi kat JB..

kalau yg muslim negotiator cari RESCOM..baguss.nanti diorang ajak step by step.tapi xtahu la cover JB ke x..rasanya cover ja

Uber ada gak terfikir nak buat.... tapi sehari dua ni mcm panas jer :-(

Nnt saya google RESCOM tu.... terima kasih tuan...

Print_Screen
20-11-2015, 09:54 AM
cari agensi hartanah yang sah

kaleck
26-01-2016, 07:30 AM
ada tak member cg yg boleh kongsi tips ataupun apa2 sahaja yg berkaitan dengan penilaian tanah ni..kalau yg penilai berdaftar tu brapa % sepatutnya kena bayar?

Tanah kat mana tu tuan? Boleh PM info kat saya, saya try tolong tnya kat member2. :D

kaleck
26-01-2016, 07:32 AM
Peranan REN skg tambah sket, kita filter pembeli tgk boleh lepas tak loan dia. Kalau dapat buyer tapi asik sangkut loan mmg letih laa.... Kalau REN dah filter dulu, so insyaAllah lagi cepat proses jual beli.

Tuan attached ngan agency mana tuan? Boleh la CoA mcm ni.. :D:)cgrock

kaleck
26-01-2016, 07:34 AM
actually saya baru join utk jadi ejen hartanah. skrg dlm tempoh
percubaan. saya diarah untuk mencari listing di kwsn perumahan yg
baru siap. Semua tmpat sy pergi ada pak guard. dia tak bg sy masuk.
dah mcm2 alasan sy guna.. nk tgk rumah.. nk cari rumah utk beli/sewa..
still xbg juga.. utk makluman, sy xde card ejen sendiri lagi..
so, tuan ada apa2 cadangan tak mcm mana sy nk mudah masuk kwsn2 mcm ni ?
ke mmg perlukan card ejen tu..

Tuan attached ngan agency mana skrang ni tuan? Dah byk close deal? Ok tak bisnes? Nanti boleh la CoA kalau ada listing cantik2.. :)cgrock

kaleck
26-01-2016, 07:35 AM
Memang menarik jadi agen hartanah ni. Saya pun kalo boleh nak join jugak. Kerja apa sekalipun, susah senang tetap ada. Yang gaji lumayan, tetap cabarannya lumayan. Kesabarannya kena tinggi jugak. Yang penting, 'niat' semasa kerja tu kena betul dan ikut syariat.
Tentang peranan agen hartanah ni saya bersetuju dgn 'tomcat apachee', dia dah nyatakan sebahagian besar peranan agen di situ.

Tuan ni tuan lawyer ke? Mesti selalu deal ngan REN n Ejen ni.. :-?:D

paje
26-01-2016, 07:45 AM
Saya sedang deal dengan ejen hartanah dari satu company,lepas bayar booking 3% dan setelkan balance 7%.
Tp yang mendukacitakan, ejen hartanah susah nak bagi feedback tentang update terkini dari vendor atau lawyer yang di hire utk pembelian rumah.bila mesej baru la update,ni dah masuk 2 bulan tak update.
Memang camtu yek job spec diorg atau hanya segelintir..mohon pencerahan.

kaleck
26-01-2016, 07:52 AM
Kebanyakan kerja2 dan peranan Perunding Hartanah dan Ejen Hartanah dah di bincang sebelum ni. Kerjaya yang agak mencabar. Walaupun ada yang cakap fees cekik darah dan tak kurang yang cakap 'Baik buat and jual sendiri'.

Berkaitan ngan fees tu, 3% adalah fees maksima yang agency hartanah boleh caj ke atas penjualan hartanah dan minimum fees adalah RM1000. Bagi Sewa pula, fees nya berdasakan berapa tahun sewa (antara 1 tahun ke 5 tatun) dan di caj antara 1.25 bulan sewa kasar ke 1.75 bulan kasar.

Di samping itu, agency sebenarnya boleh caj ke atas penjual kos2 yang berkaitan seperti printing, fotostate, travelling (kalau ofis agency jarak lbh dari 40km dari property yang nk di jual), signboard, iklan, brochure dan apa2 sahaja material yang di gunakan untuk advertise property owner tu. BUT agency normally caj 3% sahaja(+6% GST)and yet ada lagi yang cakap mahal. :((
Fee adalah berdasarkan Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981 (Jadual ke tujuh)

Di samping itu juga, Perunding Hartanah atau Ejen ni kena check MV, kena tgk rental market kat area tu, kena buat study sikit tentang property yang nak di jual. Pastu kena screen buyer sama ada loan boleh lulus or tidak. Pastu kena make sure buyer dah ada 10% (Deposit) +5%(Legal fees n valuation fees). Banyak juga yang kena buat. Berbaloi la rasanya dengan kos2 yang di keluarkan seperti minyak, tol, masa, dan segala kos yang terlibat.

Berkaitan dgn fees, agency and perunding/ejen ada pecahan lagi. Biasa nya orang baru dapat la 50/50. Dah senior sikit, naik la percentage tu.

:)cgrock:)cgrock

kaleck
26-01-2016, 08:01 AM
Saya sedang deal dengan ejen hartanah dari satu company,lepas bayar booking 3% dan setelkan balance 7%.
Tp yang mendukacitakan, ejen hartanah susah nak bagi feedback tentang update terkini dari vendor atau lawyer yang di hire utk pembelian rumah.bila mesej baru la update,ni dah masuk 2 bulan tak update.
Memang camtu yek job spec diorg atau hanya segelintir..mohon pencerahan.

Tuan dah sign Sale and Purchase Agreement ke belum? Loan dah buat ke belum tuan? :-?

paje
26-01-2016, 09:25 AM
Tuan dah sign Sale and Purchase Agreement ke belum? Loan dah buat ke belum tuan? :-?

dah sign semua..dah proceed dengan loan..

ulam
26-01-2016, 10:35 AM
Menarik..
Kena jadi agen gak lh ya.
Apa syaratnya.

avine
26-01-2016, 10:43 AM
area sepang xde ke nk lantikan agen baru yg nk blaja..:D:D

kaleck
26-01-2016, 06:07 PM
dah sign semua..dah proceed dengan loan..

Biasa nya, dah bayar 3% tu, selepas 14hari bekerja, kena sign sale and purchase agreement. Maksud nya in between kena proceed with loan. Kalau loan lepas, time sign sale and purchase agreement tu, tambah lagi 7% untuk jadikan 10%. The balance 90% tu normally akan dpt dari loan yg tuan apply tu. Let say loan x lepas, 3% tu boleh dapat balik, tp kena ada clause la mengatakan kalau loan tak lepas, kena refund balik duit 3% tu. Itu normal procedure.

Tp, ada jenis ejen akan buat loan dulu before buyer bayar 3% tu coz nak secure loan dahulu. Maknanya, dia akan suruh buyer submit loan dulu, or ejen akan submit loan buyer and tgk sama ada loan lepas ke tak. Kalau lepas, baru la bayar 3%+7% tu. yang pasti, buyer kena ada ready 10%+5% before beli rumah.

So skrang saya tak tahu stage mana dah pembelian umah tuan tu. Tp saya rasa kalau dah lepas loan, rasanya kat stage tukar nama la kot. bab tukar nama tu semua kerja lawyer, tp sebagai ejen, ejen kena tahu dah sampai stage mana. :D:)cgrock

kaleck
26-01-2016, 06:11 PM
Menarik..
Kena jadi agen gak lh ya.
Apa syaratnya.

Tuan jgn keliru dengan term ejen tu tuan.
Klau ikutkan undang2, Ejen sebenarnya yang dah ada lesen E dari Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).
Manakala orang yang bekerja dengan ejen tu di panggil Perunding Hartanah or Real Estate Negotiator (REN)

Nak jadi perunding tu x susah mana pun.
Janji ada SPM, umur 17 thn ke atas. Tp kena masuk or hadiri kelas Negotiator Course tu dulu before di beri Tag bersama ngan No REN. Tp kalau seseorang tu dalam bidang sales n marketing, InsyaAllah x ada masalah jual umah ni. :)cgrock

kaleck
26-01-2016, 06:12 PM
area sepang xde ke nk lantikan agen baru yg nk blaja..:D:D

Kat bangi ada banyak gak company tuan boleh join.. :)cgrock

Emie
26-01-2016, 09:11 PM
Topik menarik..

ahimsa99
26-01-2016, 11:37 PM
Tanah kat mana tu tuan? Boleh PM info kat saya, saya try tolong tnya kat member2. :D
tanah kat sabah..dah jual pun bulan lepas bos..

avine
27-01-2016, 11:45 AM
kat bangi ada banyak gak company tuan boleh join.. :)cgrock

ada x senarai tuan

kaleck
27-01-2016, 12:06 PM
ada x senarai tuan

Alamak, senarai x ada la pulak tuan. Tp yang popular kat bangi tu antaranya:

Rescom
Medina Properties
Nilai Harta
Nilai Properties Realty (NPR)

:)cgrock

kaleck
27-01-2016, 12:39 PM
tanah kat sabah..dah jual pun bulan lepas bos..

Owh.. Dah jual yer.. :)paid:)paid

org sbn
27-01-2016, 02:52 PM
Best topik ni.. Parking dulu..

syamsoulcc
27-01-2016, 03:08 PM
sejak ade lelong dan mudah ni,,,

rasanya dah tak perlu ejen kot... hahahha..

patut la ayah aku marah sgt dekat adik-beradik dia sebab nak bagi 10 ribu dekat ejen selepas selesai JUAL tanah pusaka arwah tok....
ayah aku sorang je tak nak tandatangan surat ape benda tah...so tanah tak jadi jual, diorang bergaduh adik beradik
sampai sekarang bergaduh... ayah aku dipulaukan... cam hareemmmmm

tapi mungkin ejen hartanah tu lebih berpengalaman dan berilmu..
(mahal sebab pengalaman dan ilmu diorang kot)

entoh le..aku pun tak tahu bab2 ni

croody
27-01-2016, 05:27 PM
Tuan attached ngan agency mana tuan? Boleh la CoA mcm ni.. :D:)cgrock

tumpang tanya COA tu ape ye?

croody
27-01-2016, 05:28 PM
Topik menarik..

lama xnampak abg emie...mana pegi?:)cgrock

kaleck
27-01-2016, 06:41 PM
tumpang tanya COA tu ape ye?

CoA ni adalah term di kalangan REN n ejen hartanah. CoA bermaksud Co Agency. Maknanya, kerjasama antara 2 orang REN or Ejen dari Agency/Company yang berbeza, tetapi REN company A ada listing/property kat kawasan tertentu and REN company B ada buyer untuk rumah or property yang REN A advertise tu, maka diorang boleh la deal and kalau close deal, payment akan di bahagi sama rata 50/50. Itu la maksd CoA. Harap menjawab soalan. :)cgrock

syamsoulcc
27-01-2016, 06:55 PM

ingat ke COA yang 'roadtax' kapal terbang tu.... certificate of airworthiness

kaleck
27-01-2016, 07:21 PM
ingat ke COA yang 'roadtax' kapal terbang tu.... certificate of airworthiness

Ada gak ek? Saya x tahu CoA tu tuan.. :-?:-?:)cgrock

Emie
28-01-2016, 01:38 AM
lama xnampak abg emie...mana pegi?:)cgrock

mmg lama menyepi..last post 30/11/2013..#:-S
2016 akan aktif semula..:)cgrock

topik ni menarik sbb org umah pn tgh buat bidang hartanah..
so support dia n study skali..:)paid

kaleck
28-01-2016, 05:36 AM
mmg lama menyepi..last post 30/11/2013..#:-S
2016 akan aktif semula..:)cgrock

topik ni menarik sbb org umah pn tgh buat bidang hartanah..
so support dia n study skali..:)paid

oowhh. Orang umah attached ngan company mana? Boleh je nak sharing. x ada masalah. Hehe. Tetiba rasa nak buat group wasap. Agak2 ramai ke yang nk join. ihihih:)cgrock

skyside
28-01-2016, 06:07 AM
kalo kita sbg tuan umah suruh agent carikan penyewa.
agent akan dapat upah sebulan sewa ,itu standard.

yang aku musykil, pastu setiap bulan agent akan cas mcm servis fee rm10.
cukup setahun dia suka2 nakkkan rm50 setiap bulan. bukannya buat keje apa pun.

boleh ke agent cas mcm tu?

kaleck
28-01-2016, 06:51 AM

Kalau ikutkan akta, memang x ada pun cas servis fees mcm tuan cakap tu. Apa yang tuan boleh buat, kalau dia seorang ejen or REN yang berdaftar, call or jumpa bos dia dan cerita pasal kes ni. Kalau sorang dia ambik 50, kalau 10 orang dah 500. masyuk woo.. ~X(

croody
28-01-2016, 09:40 AM
CoA ni adalah term di kalangan REN n ejen hartanah. CoA bermaksud Co Agency. Maknanya, kerjasama antara 2 orang REN or Ejen dari Agency/Company yang berbeza, tetapi REN company A ada listing/property kat kawasan tertentu and REN company B ada buyer untuk rumah or property yang REN A advertise tu, maka diorang boleh la deal and kalau close deal, payment akan di bahagi sama rata 50/50. Itu la maksd CoA. Harap menjawab soalan. :)cgrock

thank you bro..baru skg faham..ada peluang utk jadi ajen part time? ape beza REN & ejen?

croody
28-01-2016, 09:42 AM
mmg lama menyepi..last post 30/11/2013..#:-S
2016 akan aktif semula..:)cgrock

topik ni menarik sbb org umah pn tgh buat bidang hartanah..
so support dia n study skali..:)paid

tu la pasal...masih berniaga emas ke? Tahun ni nak active balik dalam bidang ape tuan?:)cgrock

ulam
28-01-2016, 10:09 AM
CoA ni adalah term di kalangan REN n ejen hartanah. CoA bermaksud Co Agency. Maknanya, kerjasama antara 2 orang REN or Ejen dari Agency/Company yang berbeza, tetapi REN company A ada listing/property kat kawasan tertentu and REN company B ada buyer untuk rumah or property yang REN A advertise tu, maka diorang boleh la deal and kalau close deal, payment akan di bahagi sama rata 50/50. Itu la maksd CoA. Harap menjawab soalan. :)cgrock

Cobroke plk bro mcm mana ya.. :)

Emie
28-01-2016, 10:16 AM
oowhh. Orang umah attached ngan company mana? Boleh je nak sharing. x ada masalah. Hehe. Tetiba rasa nak buat group wasap. Agak2 ramai ke yang nk join. ihihih:)cgrock

Dgn iw property..buat group telegram tuan..
Senang nk sharing@attach file or apa2 doc..

Buat new group starting from zero..

Emie
28-01-2016, 10:17 AM
Cobroke plk bro mcm mana ya.. :)

Sama rasanya dgn coA..tukar nama sahaja..

Emie
28-01-2016, 10:24 AM
tu la pasal...masih berniaga emas ke? Tahun ni nak active balik dalam bidang ape tuan?:)cgrock

Lama menyepi tu..duk menyelam dlm forex dlm 2thn sampai skrg..
Gold masih buat..kelantan gold pn ada lg..

Cuma thn ni nk support wife dlm bidang hartanah..
Tolong wat sales n mktg utk dia..

rozainijumadi
28-01-2016, 10:38 AM
teman agent property...peranan teman kpd owner rumah ialah carikan buyer utk jual rmh beliau..caj dikenakan 3% dri harga jualan..selain carikan buyer..teman jugak akn cuba mempercepatkan proses jual beli didlm urusan pinjaman dan guaman..

kalau belah buyer pulak teman akn cari spek rumah yg buyer nak..biasanya buyer minta crikan rmh yg harga patut, lokasi dan luas rumah..so sbg ejen cari je lah..tapi kekadang dah dpt takmo pulak buyer huhuhu..submitkan loan jugak diuruskan...yg penting komisyen ejen dri persent yg dipersetujui dgn owner..tiada mark up..maqkup

senang gile keje agent er.. mksdnye booking 3% tu utk byr agent je.. bukan susah pon.. gantungkan banner depan rumah atau masukkan iklan kat mudah jer.. pastu arrange appoinment utk view property.. hehe

croody
28-01-2016, 10:39 AM
Lama menyepi tu..duk menyelam dlm forex dlm 2thn sampai skrg..
Gold masih buat..kelantan gold pn ada lg..

Cuma thn ni nk support wife dlm bidang hartanah..
Tolong wat sales n mktg utk dia..

terbaikkk bro:)cgrock

croody
28-01-2016, 10:39 AM
oowhh. Orang umah attached ngan company mana? Boleh je nak sharing. x ada masalah. Hehe. Tetiba rasa nak buat group wasap. Agak2 ramai ke yang nk join. ihihih:)cgrock

buatla bro group whatsapp ke telegram ke:)paid

hirman
28-01-2016, 10:45 AM
Jual rumah nampak senang tetapi banyak juga duit kena pakai.
Contoh kalau tuan rumah duduk tempat lain.
Bakal pembeli nak tengok rumah kita kena turun.
Alih-alih tak jadi.
Part tuer yang Ejen membantu.

Rumah yang saya jual ada berpuluh orang kol.
Ada kena jumpa dekat Melaka.sembang baik tapi tak jadi.
Dah nak beli,esoknya tak jadi.
Belum lagi kena turun bila customer nak tengok rumah.

Last-last post dekat mudah n masukkan dalam blog dapat buyer beli cash.
Cuma sampai sekarang,sebulan adalah sekali dua orang tanya lagi pasal rumah.

Saya bukan ejen.

Emie
28-01-2016, 11:26 AM
terbaikkk bro:)cgrock

Sama2 sharing..masih newbie lg..:)cgrock

tomcat_apachee
28-01-2016, 12:41 PM
senang gile keje agent er.. mksdnye booking 3% tu utk byr agent je.. bukan susah pon.. gantungkan banner depan rumah atau masukkan iklan kat mudah jer.. pastu arrange appoinment utk view property.. hehe

iya..iya..senang je..boleh gile sbb senang punye keje...sampei 3-4 pgi dpt call..lg senang keje bila arrange appoinment dan view property lebh 10 kali utk client berlainan..alih-alih sorang pun tak beli...hahaha senang gile keje..lebh2 lg kalau jarak rumah dgn property tu dlm 30km..kena 10kali bwak buyer viewing?huhuhu best jdi agent ni keje senang je, mcm mkn kacang kuda je dah dpt 3% komisyen..lg gile punye senang agency amik dri komisyen tu dlm 20-40% utak agency company..mari lah kta beramai2 jdi agent property..rugi tak jdi..senang gile kejenye

Emie
28-01-2016, 12:46 PM

:eek::eek::eek:..kadang jd gile kerja..:)cgrock

rozainijumadi
28-01-2016, 04:50 PM
iya..iya..senang je..boleh gile sbb senang punye keje...sampei 3-4 pgi dpt call..lg senang keje bila arrange appoinment dan view property lebh 10 kali utk client berlainan..alih-alih sorang pun tak beli...hahaha senang gile keje..lebh2 lg kalau jarak rumah dgn property tu dlm 30km..kena 10kali bwak buyer viewing?huhuhu best jdi agent ni keje senang je, mcm mkn kacang kuda je dah dpt 3% komisyen..lg gile punye senang agency amik dri komisyen tu dlm 20-40% utak agency company..mari lah kta beramai2 jdi agent property..rugi tak jdi..senang gile kejenye

masuk dlm ranking ke5 pendapatan tertinggi di malaysia tu.. hehe :D

http://www.piphijau.com/2016/01/15-pekerjaan-pendapatan-bersih.html

kaleck
31-01-2016, 08:50 AM
thank you bro..baru skg faham..ada peluang utk jadi ajen part time? ape beza REN & ejen?

REN ni short form for Real Estate Negotiator. Dlm BM nya Perunding Hartanah. Manakala Ejen ni SEPATUTNYA merujuk kepada Ejen Hartanah Berdaftar. (Registered Estate Agent)

Tp, dalam dunia property ni, ramai yang anggap Ejen n REN ni sama. Tp ianya jauh sama sekali. Orang ramai or public selalu guna terms ejen tp sebenarnya merujuk kepada REN je pun.

Nak jadi REN, kena ada at least ada SPM dan berumur 18 thn ke atas. Pastu, pergi Negotiator Certification Course(2 hari dan bayar RM600+GST) dan bila dah hbs course tu, maka akan dapat la REN number. REN number ni adalah kira mcm no ID REN tersebut.

Manakala Ejen Berdaftar ni adalah individu yang dah ada lesen untuk praktis Agency. Nak dapat kan lesen tu, panjang cerita nya. Ada beberapa cara nk jadi n layakan diri untuk jd ejen ni antaranya adalah kena ada Diploma or Degree dalam Estate Management or Valuation atau kena ada Sijil Estate Agency kat INSPEN. Once dah ada kelayakan tersebut, maka diorang layak untuk daftar Lesen Percubaan (Probationary Estate Agent, ada no lesen start ngan PEA), ala2 lesen P kereta la. Kena attached 2 tahun kat Firm Agency, kena buat task, tulis diary dan last sekali kena g interview. Selepas lulus interview, baru la di anugerahkan lesen Estate Agent penuh dengan lesen start with E.

Nak check senarai company or individu yang ada lesen ni, gi je kat website Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (www.lppeh.gov.my):)cgrock

kaleck
31-01-2016, 08:53 AM
Cobroke plk bro mcm mana ya.. :)

CO Broke tu sama je ngan Co Agency tuan. Term lain, tp merujuk kepada benda yang sama basically. :D:)paid

kaleck
31-01-2016, 08:54 AM
Dgn iw property..buat group telegram tuan..
Senang nk sharing@attach file or apa2 doc..

Buat new group starting from zero..

Bisnes ok ke tuan? Mintak tunjuk ajar. Saya baru nk merangkak ni.. :((

kaleck
31-01-2016, 08:57 AM
senang gile keje agent er.. mksdnye booking 3% tu utk byr agent je.. bukan susah pon.. gantungkan banner depan rumah atau masukkan iklan kat mudah jer.. pastu arrange appoinment utk view property.. hehe

Kalau senang giler, dah ramai yang jadi ejen.. :eek::eek:

kaleck
31-01-2016, 08:58 AM
iya..iya..senang je..boleh gile sbb senang punye keje...sampei 3-4 pgi dpt call..lg senang keje bila arrange appoinment dan view property lebh 10 kali utk client berlainan..alih-alih sorang pun tak beli...hahaha senang gile keje..lebh2 lg kalau jarak rumah dgn property tu dlm 30km..kena 10kali bwak buyer viewing?huhuhu best jdi agent ni keje senang je, mcm mkn kacang kuda je dah dpt 3% komisyen..lg gile punye senang agency amik dri komisyen tu dlm 20-40% utak agency company..mari lah kta beramai2 jdi agent property..rugi tak jdi..senang gile kejenye

Sabar tuan. Orang dalam line kita je tahu betapa 'senangnya' kerja ejen ni. Sabar. Sabar. ~X(~X(

Emie
31-01-2016, 12:07 PM
Bisnes ok ke tuan? Mintak tunjuk ajar. Saya baru nk merangkak ni.. :((

Tuan lg berpengalaman dlm bidang ni..:)cgrock
Sy yg kena belajar dgn tuan..sharing2..
Ada masa blh lepak skali..:)

Tuan merangkak..sy baru nk mengesot..#:-S

Emie
31-01-2016, 12:09 PM
Sabar tuan. Orang dalam line kita je tahu betapa 'senangnya' kerja ejen ni. Sabar. Sabar. ~X(~X(

Sabar itu indah..:)cgrock
Walau pn ada pengalaman dlm bidang marketing..
Bidang ni ada cabarannya tersendiri..
Tp nak berjaya..kena ada ilmu,usaha dan jgn putus asa..

kaleck
31-01-2016, 09:54 PM
Tuan lg berpengalaman dlm bidang ni..:)cgrock
Sy yg kena belajar dgn tuan..sharing2..
Ada masa blh lepak skali..:)

Tuan merangkak..sy baru nk mengesot..#:-S

Saya x ada sale lagi tuan. X close pun lagi.. :((:((

kaleck
31-01-2016, 10:01 PM
Sabar itu indah..:)cgrock
Walau pn ada pengalaman dlm bidang marketing..
Bidang ni ada cabarannya tersendiri..
Tp nak berjaya..kena ada ilmu,usaha dan jgn putus asa..

Kt IW properties under En Ridhuan ke?:D

solute
31-01-2016, 10:03 PM
Kt IW properties under En Ridhuan ke?:D

yup, en. ridhuan mat desa. kekeh

Emie
01-02-2016, 01:13 AM
Saya x ada sale lagi tuan. X close pun lagi.. :((:((

Ilmu 1st..usaha(mktg) 2nd..

Advertisement non stop..
Result will be coming..

Ni base pd pengalaman mktg yg lepas2..
Cuma proses dlm bidang ni makan masa skit..

Bulan feb ni..ada rezeki..temankan 'loyalty' partner gi NCC..:)cgrock

P/s ; ilmu..teknik mktg..good closing..result..:)paid

Emie
01-02-2016, 01:18 AM
Kt IW properties under En Ridhuan ke?:D

My 'loyalty partner' yg register under iwp..
Sy tolong support mktg online sahaja..
Sambil amik peluang belajar skali..

kaleck
01-02-2016, 07:34 AM
yup, en. ridhuan mat desa. kekeh

Geng2 power ni. Nnti ada masa boleh la ngeteh. Hehe. Baru baca pasal posting En Ridhuan pasal Prohaven kat FB jap td. :)paid

kaleck
01-02-2016, 07:36 AM
Ilmu 1st..usaha(mktg) 2nd..

Advertisement non stop..
Result will be coming..

Ni base pd pengalaman mktg yg lepas2..
Cuma proses dlm bidang ni makan masa skit..

Bulan feb ni..ada rezeki..temankan 'loyalty' partner gi NCC..:)cgrock

P/s ; ilmu..teknik mktg..good closing..result..:)paid

OWwh. Begitu. Bagus la kalau begitu. Kalau ada rezeki lbh, boleh blaja kat INSPEN. Hehe. :)cgrock

Emie
01-02-2016, 10:25 AM
OWwh. Begitu. Bagus la kalau begitu. Kalau ada rezeki lbh, boleh blaja kat INSPEN. Hehe. :)cgrock

target NCC dulu tuan..byk lg kena belajar ni..:">

cgrian ada apa2 pertanyaan..blh post dlm thread ni..
tuan solute n tuan kaleck akan melayan Q&A berkaitan REN

kaleck
01-02-2016, 11:36 AM
target NCC dulu tuan..byk lg kena belajar ni..:">

cgrian ada apa2 pertanyaan..blh post dlm thread ni..
tuan solute n tuan kaleck akan melayan Q&A berkaitan REN

Sama2 belajar tuan. Saya pun masih belajar lg. Mana yang saya boleh jawab tu, saya jawab la. Kalau x boleh jawab, saya tnya la kat sesiapa yg lagi pandai. :D:)cgrock

AdamIsyah
01-02-2016, 11:42 AM
ada rumah..ada tuan ada tukang tolong jualkan.ada 3% caj.
bizz atas angin..tp rezki insyallah halal..

Emie
01-02-2016, 02:26 PM
Sama2 belajar tuan. Saya pun masih belajar lg. Mana yang saya boleh jawab tu, saya jawab la. Kalau x boleh jawab, saya tnya la kat sesiapa yg lagi pandai. :D:)cgrock

Terbaik tuan..ilmu ni x abis kalau kita belajar..:)cgrock

Emie
01-02-2016, 02:27 PM
ada rumah..ada tuan ada tukang tolong jualkan.ada 3% caj.
bizz atas angin..tp rezki insyallah halal..

:)paid:)paid

REN ibarat agensi mencari 'jodoh' antara seller n buyer..:)cgrock

Adlan IMG Property
06-02-2016, 12:56 PM
Faedah Melantik Ejen Hartanah

Ramai yang tidak mengetahui apa gunanya seorang ejen jika berurusan soal hartanah. Mereka*sering menganggap jika melantik ejen hartanah mereka akan dikenakan bayaran lebih. Inilah mentaliti yang perlu kita kikis dalam masyarakat kita hari ini.

Hakikat sebenarnya pasaran hartanah ini adalah rumit jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman.*Kebaikan mendapatkan ejen hartanah akan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan. Di bawah adalah garis panduan yang menyenaraikan kebaikan menggunakan ejen hartanah:-

1. Pengetahuan dan kemahiran

Membeli rumah adalah lebih dari sekadar menawarkan harga. Seorang ejen berpengetahuan berpengetahuan tentang komuniti, kejiranan, sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya dan sebagainya. Hal ini bagi memastikan* hartanah yang hendak dijual itu menjadi rebutan ramai pihak. Maka dengan ini, hartanah anda akan mudah terjual.

2. Penjimat masa.

Masa itu emas. Pengguna yang bijak akan menggunakan masa itu dengan sebaik mungkin. Mereka tidak akan mensia-siakan masa itu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sekiranya anda mahu menjual atau membeli rumah, anda tidak perlu membazir masa anda ke sana dan ke mari mencari hartanah yang sesuai. Serahkan sahaja semua tugas-tugas itu kepada ejen.

Seorang ejen boleh menguruskan jadual lawatan pembeli berpotensi termasuk membantu menunjukkan contoh-contoh hartanah yang dimiliki. Pembeli cuma perlu menyatakan jenis hartanah yang bagaimana mahu dibeli dan membuat pilihan melalui senarai yang diberikan oleh ejen.

Sebagai ejen, mereka turut menguruskan sesi lawatan dengan mendapatkan hartanah yang sesuai dengan kriteria yang diingini. Hal ini dapat menjimatkan masa daripada melihat rumah yang tidak menepati kriteria. Dan masa yang ada itu anda boleh isikannya dengan urusan lain.

3. Pembantu harga jual beli

Seandainya, anda ingin membeli sesuatu hartanah yang tidak menggunakan ejen. Kebarangkalian anda akan ditipu berkaitan dengan harga sangatlah tinggi. Apatah lagi jika penjual itu tahu yang anda tidak pernah berurusan soal jual-beli hartanah. Penjual boleh sahaja meletakkan harga yang tinggi semahu-mahunya.

Jadi di sini, jalan pintas untuk mengelakkan anda di tipu dalm soal*jual-beli hartanah*ini adalah dengan menggunakan khidmat ejen yang berdaftar. Seorang ejen hartanah akan mengetahui sama ada rumah yang mahu dibeli itu berbaloi dengan harganya atau pun tidak.

Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran. Semua ini akan diselidiki dan dibandingkan dengan harga yang ditawarkan.

Di samping itu mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari sesuatu hartanah itu sudah berada di pasaran untuk dijual.

Semua ini harus diambil kira dalam proses rundingan harga. Jangan mudah terpedaya dengan harga yang ditawarkan. Seeloknya, anda sebagai pembeli harus tahu ditahap mana kemampuan anda untuk memiliki sesuatu hartanah itu.

4. Hubungan penting

Jika anda rakyat biasa yang ingin membeli sesuatu hartanah dan tidak* mengenali pihak yang tertentu dalam menguruskan jual-beli hartanah ini, saya tegaskan sekali lagi anda wajib mempunyai seorang ejen hartanah.* Jangan anda fikir semua ejen akan memakan wang anda. Ini kerana*ejen berdaftar*ada kadar komisen yang patut diterimanya dalam sesuatu jualan. Melainkan jika anda berurusan dengan ejen hartanah haram.

Seorang ejen boleh mengesyorkan pihak yang pakar seperti pemeriksa rumah, syarikat kewangan, peguam yang baik dan sebagainya kepada anda. Anda hanya tinggal menyetujui atau pun tidak sahaja. Sehubungan itu, ejen-ejen hartanah ini juga mempunyai hubungan dan rangkaian yang baik serta boleh memberi pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan bijak. Jadi tidak ada ruginya di sini jika anda menggunakan*khidmat seseorang ejen. Malah, saya rasa banyak keuntungannya buat anda.

5. Pengurusan dokumen

Dalam urus niaga hartanah ini banyak melibatkan pengurusan dokumen penting pindah hak milik. Jadi urusannya sudah pasti merumitkan. Hanya mereka yang pakar dan biasa melakukannya sahaja boleh menguruskannya dengan baik.* Dokumen pembelian biasanya menjangkau lebih sepuluh muka surat. Ianya bermula daripada keputusan pemilik menjual rumah sehingga masa penyerahan kunci kepada pemilik baru. Setiap proses perlu direkodkan secara rasmi menggunakan pelbagai jenis borang hartanah.

Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul. Jadi pembeli dan penjual tidak perlu bimbang akan urus niaga mereka. Cuma yang perlu anda perhatikan adalah pemilihan ejen. Kerana ini akan melibatkan keseruluhan proses jual beli hartanah anda.

6. Sokongan

Seorang ejen hartanah memainkan peranan yang sangat penting dalam jual-beli hartanah. Dengan mendapatkan seorang ejen hartanah, anda boleh menjimatkan masa, duit dan mengurangkan banyak tekanan. Kepada mereka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan jual-beli hartanah, ejen yang berkualiti adalah satu kewajipan