PDA

View Full Version : Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (A-R-2796) - www.katmb.com.my

alamdamai1
17-10-2008, 11:11 AM
Boleh tak member-member yg mempunyai sedikit pengetahuan tentang operasi koperasi tentera ini dapat berkongsi bersama kerana ayah saya bekas navy dan saya berminat untuk membantu dia menjadi ahli kerana kadar pulangan simpanannya agak tinggi iaitu lebih kurang 12%..

tetapi sebelum saya berbuat demikian, member-member boleh tolong beritahu samada skim simpanan di koperasi tentera ini selamat, yakni riskonya lebih kurang sama seperti simpang di bank...

sekian, banyak-banyak terima kasih...:)

cancer3443
19-10-2008, 09:44 AM
salam alamdamai1..untuk pengetahuan awak koperasi tentera ni dilindungi kerajaan n kebanyakan anggota tentera melabur & membuat simpanan dalam koperasi ni..cuba check mana tahu ayah awak pernah menjadi ahli koperasi tentera atau tidak semasa masih berkhidmat dulu..

mojotudam
19-10-2008, 11:55 AM
bukan pulangan simpanan yg tinggi. simpanan biasa je. pulangan yuran yg tinggi tu. tapi takleh bawak keluar sesuka ati.

ccyber
19-10-2008, 03:15 PM
ada yg tak amik dividen lg ke kat sini....hehehe

alamdamai1
20-10-2008, 01:45 PM
salam alamdamai1..untuk pengetahuan awak koperasi tentera ni dilindungi kerajaan n kebanyakan anggota tentera melabur & membuat simpanan dalam koperasi ni..cuba check mana tahu ayah awak pernah menjadi ahli koperasi tentera atau tidak semasa masih berkhidmat dulu..

ayah saya hanya pernah jadi ahli LTAT dan bukan dalam Koperasi Tentera...saya risau jika perkara buruk berlaku, habis semua simpanan ayah saya kerana kena tunggu 6 bulan hingga 1 tahun untuk withdraw duit...:((

zack9199
22-10-2008, 09:41 AM
Boleh tak member-member yg mempunyai sedikit pengetahuan tentang operasi koperasi tentera ini dapat berkongsi bersama kerana ayah saya bekas navy dan saya berminat untuk membantu dia menjadi ahli kerana kadar pulangan simpanannya agak tinggi iaitu lebih kurang 12%..

tetapi sebelum saya berbuat demikian, member-member boleh tolong beritahu samada skim simpanan di koperasi tentera ini selamat, yakni riskonya lebih kurang sama seperti simpang di bank...

sekian, banyak-banyak terima kasih...:)
PANDANGAN SAJA.....NILAILAH SENDIRI...
SIMPANAN KAT KOPERASI SELAMAT.......................TAPI BUKAN SEMUA RAKYAT BOLEH MASUK ...ADA YANG TERBUKA DAN ADA YANG TERTUTUP...........KALAU TIDAK TUTUP LA BANK :)):)):eek::eek::eek:SEBAB SEMUA NAK MASUK KOPERASI........ADA KOPERASI YANG LEH BAGI LEBIH 100 PERATUS DEKAT AHLINYA.....BAYANGKANLAH KALAU SEMUA DUIT SIMPAN KAT KOPERASI APA JADI DENGAN BANK :-?:-?:((:((:(( ......SEBAB DUIT PERLU DIPUSING KALAU TAK :-?:-?:-?
CUMA PASTI KOPERASI YANG DIYAKINI DAPAT MEMBANTU AHLI DAN MENINGGKATKAN TARAF EKONOMI AHLI DAN NEGARA.......:D:D:D....KOPERASI AKAN MAJU SEKIRANYA DANA KEAHLIAN TU BESAR.................BILA ADA DUIT SEMUA LE JADI...JADI GUNAKAN KUASA YANG ADA SIMPANLAH DUIT KAT KOPERASI....ADA KOPERASI YANG SIMPANAN HARIINI ESOK HARI LE KELUAR KALAU NAK GUNA.....JADI RAJIN RAJIN LAH CARI MAKLUMAT UNTUK KONGSI BERSAMA.................................:)cgrock:) cgrock:)cgrock:)cgrock

aloong_05
22-10-2008, 09:51 AM
aku kakitangan awam dlm kementerian pertahanan..dn aku ahli koperasi tentera...aper yg aku tau..koperasi nie adalah kopersai yg terbaik dlm malaysia laaa..

fendyx
22-10-2008, 10:46 AM
Boleh tak member-member yg mempunyai sedikit pengetahuan tentang operasi koperasi tentera ini dapat berkongsi bersama kerana ayah saya bekas navy dan saya berminat untuk membantu dia menjadi ahli kerana kadar pulangan simpanannya agak tinggi iaitu lebih kurang 12%..

tetapi sebelum saya berbuat demikian, member-member boleh tolong beritahu samada skim simpanan di koperasi tentera ini selamat, yakni riskonya lebih kurang sama seperti simpang di bank...

sekian, banyak-banyak terima kasih...:)

aku rs koperasi tentera ni xde mslh selagi wujudnya angkatan tentera malaysia...
x silap aku HQ dia kat jalan kuching...
tapi make sure simpan kat yuran bukan simpanan..

zack9199
12-11-2008, 07:24 PM

ORANG LAIN TAK LEH MASUK ...CUMA YANG ADA BERKAITAN TENTERA (BERKHIDMAT DGN TENTERA AJE)...:eek::eek::eek::eek::eek::eek::(:(:(:((

zack9199
16-11-2008, 10:29 PM
Tak semestinya jadi askar .......pun jadi ahli koperasi tentera.....ada yang tak jadi ahli pun......

kintaroame
17-11-2008, 08:03 PM
aku rs koperasi tentera ni xde mslh selagi wujudnya angkatan tentera malaysia...
x silap aku HQ dia kat jalan kuching...
tapi make sure simpan kat yuran bukan simpanan..

Salam, ayah aku pun bekas tentera. Dh survey, tahun lepas 12%. Apa maksud simpan kat yuran? bukan simpanan? Aku ingat nk letak duit atas nama ayah aku..Apa prosedur nk join? Kalau nk keluarkan duit pula berapa lama lak? Harap yg tau atau jd ahli boleh membantu..:)

longrempah
17-11-2008, 10:58 PM
Kalau ayah u dah kuar tak boleh masuk kerana hanya untuk anggota tentera dan yang bekerja di bawah kementrian pertahanan.

Aku pun bekas tentera n aku tak berhenti daripada koperasi tentera.. n tahun lepas dividen 13% ... Kalau dah masuk kedalam yuran duit boleh dikumpul sehingga RM 100 ribu.

Jeb
17-11-2008, 11:02 PM
Tak semestinya jadi askar .......pun jadi ahli koperasi tentera.....ada yang tak jadi ahli pun......

iye ke??

aku tak pnah denga pun..

abechik
17-11-2008, 11:44 PM
yuran dividen dia lgi tggi dri smpanan..tp yuran ko xleh wat kuar slgi ko jdi ahli koop..dh brenti kang bru leh wat kuar..klu nk wat kuar gak, ko blh wat kuar dlm bntuk pnjman..90% dri yuran ko. klu ko ade 10k dlm tu..ko bleh mhon wat kuar 9k dlm bntuk pnjman, n ko kna byar blik. ade interest yg dknakn..tp yg best, dividen dikira brdsarkn 10k gak wlaupun ko dh wat kuarkn 9k td.. tu yg aku tau r..klu silap, tlg btulkn..

tesco
18-11-2008, 12:03 AM
Ok..semua baca dengan teliti penerangan aku ni ....Koperasi Tentera di tubuhkan adalah untuk membantu kebajikan anggota tentera dan dana paling banyak atau simpanan paling tinggi dalam Malaysia adalah Koperasi Tentera...setakat wang ahli jer tu tak termasuk lagi dengan aset-asetnya..untuk menjadi ahli koperasi tentera anda mestilah seorang anggota tentera atau setaraf dengannya dan jika orang awam yang hanya bekerja di bawah kementerian pertahanan sahaja.

Yuran bulanan sebanyak RM20 dikenakan pada setiap ahli dan jika anda membuat pinjaman wang maka yuran bulanan adalah sebanyak RM30 sebulan...sebuah badan Koperasi yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan disinilah semua anggota Tentera membuat pinjaman kewangan dengan bayaran balik dari 6 bulan ke 10 tahun bergantung pada baki tamat perkhidmatan ahli tersebut....

Kalau dulu untuk membuat simpanan dengan Koperasi Tentera kita boleh terus buat simpanan sebanyak RM100 Ribu secara one shot tetapi sekarang dah tak boleh sebab Bank Negara Malaysia tak izinkan coz Koperasi Tentera bukannya sebuah Bank.....kerana kebanyakan anggota tentera yang akan bersara akan menerima wang Tabung dan Gratuiti berjumlah antara RM120K ke RM160K bergantung mengikut pangkat terakhir setelah tamat perkhidmatan....namun disebabkan majoriti bakal pesara masukkan duit kat sini maka Bank Negara Malaysia tak senang hati jadi dia kacau dan pihak koperasi telah membuat peraturan baru dengan mengeluarkan arahan untuk simpanan mengikut jumlah perkhidmatan ahli-ahli mereka...contohnya dalam satu bulan simpanan boleh diletakkan tak lebih RM1000 dan begitulah seterusnya sehinggalah berapa banyak ahli nak letak...Dividen memang cukup tinggi dan setakat ni paling tinggi dari bank bank biasa diantara 11% ke 13%...

Satu lagi setiap tahun semua ahli-ahli yang berdaftar akan diarahkan mengisi borang pengeluaran Dividen walaupun sebenarnya anda tak ada simpanan namun ianya dikira dengan simpanan ahli biasa sebanyak RM20 sebulan tu..dan makin lama anda service dalam tentera maka makin banyaklah anda dapat cam contohnya tahun ni dibayar pada 15/9/08 hari tu dan aku dapat RM750 dan aku service dah cukup lama dan bayangkan mereka yang ada simpanan sebanyak RM100K ..sure mereka ni akan dapat RM13K kalau Dividen tu 13%....Yang aku sedih ni Bank Negara asyik kacau jer..nasib baik la Koperasi Tentera ni atas nama Tentera Malaysia...mereka cuma sekadar bagi arahan macam aku cakap tu ler....:D..nak tau lebih lanjut....letak kat brower to koperasi tentera lepas tu klik jer

zack9199
18-11-2008, 11:44 AM
kira beruntung la koperasi tentera ni......tu pun kena kacau jugak..................:eek::eek::eek:bayangkanlah kalau semua duit tu letak kat situ.....apa jadi dengan bank sebab yang berhenti tu tiap tahun ada aje....ITULAH HAKIKATNYA KALAU NAK SIMPAN BULAN BULAN TU ................PAYAH SIKIT MINIMUM 20 RINGGIT MAKSIMUM 1000 TIAP TIAP BULAN JADI PILIH LA DENGAN KEADAAN EKONOMI SENDIRI........TAPI KALAU ADA 10,000.00 NAK MASUK TERUS DAH TAK BOLEH...~X(~X(~X(~X( DULU LAIN SEKARANG LAIN......MACAM KOPERASI BANK RAKYAT JUGAK........SYER DAH TAK BUKA LAGI.......TAPI MACAMMANA PUN KOPERASI MEMANG BEST KALAU TAK KENA KACAU.......

kintaroame
18-11-2008, 05:31 PM
Terima kasih semua bg maklumat berguna..bagus lah member2 CG ni..kalau bank negara x kacau semua org yg layak akan simpan dlm akaun ni..ingat boleh letak sedebuk je. nnti aku cek ngan org tua aku dia jd ahli koperasi lg ke tak. ( Org tua aku pasukan 10 melayu dulu) . Kalau x boleh kena guna akaun abg ipar aku la..askar juga. Kalau rm1000 sebulan..setaun baru 12k..huh, lama la nk terkumpul.

Diver
19-11-2008, 11:08 AM

Cari jo orang rumah yang koja sojar..
kompom bleh..

zack9199
19-11-2008, 12:08 PM
Terima kasih semua bg maklumat berguna..bagus lah member2 CG ni..kalau bank negara x kacau semua org yg layak akan simpan dlm akaun ni..ingat boleh letak sedebuk je. nnti aku cek ngan org tua aku dia jd ahli koperasi lg ke tak. ( Org tua aku pasukan 10 melayu dulu) . Kalau x boleh kena guna akaun abg ipar aku la..askar juga. Kalau rm1000 sebulan..setaun baru 12k..huh, lama la nk terkumpul.

BAGUS TU.......TAPI BAB DUIT TU BAHAYA SIKIT SEJAK DULU KALA LAGI..............TAKUT SAUDARA PUN TAK NAKU SAUDARA...........TAPI MACAMMANA PUN ITU JE CARA TERBAIK....BETUL TU TAK SAMPAI 10 TAHUN DAH ADA 100 K.....TIAP TAHUN LEH DAPAT 10 KE ATAS BAHAGI 12 BULAN DAPAT LA KASAR DLM 1000 SEBULAN......WOW:D:D:D MACAM PENCEN JUGAK TU.......:)cgrock:)cgrock:)cgrock
SAYA RASA KALAU ORANG TUA TUAN PASUKAN 10 MELAYU DULU , KALAU TAK SILAP BOLEH MASUK AHLI BALIK.....CUBA RUJUK DGN KOPERASI TENTERA........

chintok
11-12-2008, 10:47 AM
koperasi tentera pun boleh bagi loan utk org yg nak berniaga on-line..ni yg aku buat skrg la..

kamal_kampong
11-12-2008, 10:56 AM
BAGUS TU.......TAPI BAB DUIT TU BAHAYA SIKIT SEJAK DULU KALA LAGI..............TAKUT SAUDARA PUN TAK NAKU SAUDARA...........TAPI MACAMMANA PUN ITU JE CARA TERBAIK....BETUL TU TAK SAMPAI 10 TAHUN DAH ADA 100 K.....TIAP TAHUN LEH DAPAT 10 KE ATAS BAHAGI 12 BULAN DAPAT LA KASAR DLM 1000 SEBULAN......WOW:D:D:D MACAM PENCEN JUGAK TU.......:)cgrock:)cgrock:)cgrock
SAYA RASA KALAU ORANG TUA TUAN PASUKAN 10 MELAYU DULU , KALAU TAK SILAP BOLEH MASUK AHLI BALIK.....CUBA RUJUK DGN KOPERASI TENTERA........

:D:D

bro nih kalo dengan koop cukup suka yer..dengar jer koop bro mesti ada jer bagi komen..:D

AMICO66
21-12-2008, 07:43 AM
tahun depan aku nak tambah duit yuran aku kat sini...

andy23
02-02-2009, 01:21 PM
:D:D

bro nih kalo dengan koop cukup suka yer..dengar jer koop bro mesti ada jer bagi komen..:D

mesti banyak pengalaman ngan koperasi tu.... hmmm...cam aku plak penah buat biz ngan koperasi2... tu yg jengah2 kat sini... heheh

longrempah
03-02-2009, 03:48 PM
Kopearsi tentera paling bagus ..

Aku pun masih jadi ahli walaupun dah berhenti tentera ..

Dividen baik...

andy23
03-02-2009, 05:35 PM
Kopearsi tentera paling bagus ..

Aku pun masih jadi ahli walaupun dah berhenti tentera ..

Dividen baik...

hmmm.. rasanya setiap koperasi ada kelebihan masing masing.. kalo terbaik mungkin ada yg leeebihh baik... renungan bersama...

jutawan_kokusba89
06-05-2009, 04:03 PM
ye..betul2

emoney
14-04-2010, 11:34 PM
Kopearsi tentera paling bagus ..

Aku pun masih jadi ahli walaupun dah berhenti tentera ..

Dividen baik...

Paling kukuh & mantap...pi mengundi pun dapat RM50...:)):eek:.:)cgrock

safa69
15-05-2010, 01:16 PM
mengundi bulan 6 ni..rm 50 hinggit ..hahaha...(aku tak pernah mengundi punn..hahha..yuran sebulan 250..dividen boleh tahan gaktahun nih..

pg01
26-06-2010, 07:40 AM
Salam..
Semoga tahun ni Koperasi Tentera bagi lebih dividen dari tahun lepas..hehe :)

PG
pgcare.blogspot.com

highway
27-06-2010, 08:31 PM
Dividen Koperasi Tentera Kekal 13 Peratus

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd (Koperasi Tentera) mengekalkan pembayaran dividen sebanyak 13 peratus kepada lebih 140,000 anggotanya untuk tahun ini membabitkan jumlah syer sebanyak RM700 juta.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Sri Azizan Ariffin berkata keupayaan pembayaran dividen itu membuktikan koperasi itu berjaya mengekalkan prestasi pulangan sekurang-kurangnya di paras 12 peratus.

"Koperasi telah berjaya menghasilkan prestasi kewangan yang sangat baik dan konsisten, serta mampu memberi pulangan dividen berterusan sebanyak 12 peratus atau lebih, sejak 13 tahun lepas," katanya ketika berucap sempena Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-45 pada hari Ahad.

Beliau berkata pencapaian itu amat membanggakan walaupun keadaan ekonomi negara tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Azizan berkata bagi mengekalkan keutuhan ekonomi sesebuah koperasi, anggota perlu bekerjasama dan membuat keputusan bernas untuk memastikan ia terus maju.

"Hanya dengan penglibatan dan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada anggota sahaja yang mampu menjamin kejayaan koperasi ini, bukan sahaja dalam lingkungan koperasi, malah dalam ekonomi bersifat global," katanya.

-- BERNAMA

katani17
28-06-2010, 11:24 AM

Tahniah. Untung sapa yang boleh masuk sini

ahbond
29-06-2010, 02:05 PM
Den bukan tentera..malah kluarga pun tiada yang tentera..Ipar aderlah...klu tak boleh gak masuk..ehheheh...best tu dividen more than 10%...wow

herry1605
01-07-2010, 10:19 PM
Makup Loan untuk Tentera dan pekerja awam. Apartment 3 bilik luas 8.175m persegi untuk dijual.
lokasi di Arowana Impian Seremban 2 berhampiran Bandar Seremban. lokasi strategik serta banyak fasaliti.
Harga RM51K loan bole RM75K.
Sesuai untuk kakitangan kerajaan termasuk tentera. Loan kerajaan kami akan uruskan. Jumlah terhad.
bagi anggota tentera gaji bersih RM400 ...ke atas. Potongan sebulan lebih kurang 3 ratus lebih sebulan.

Anngota baru lagi digalakkan . rumah dapat duit pun dapat. tak rugi. rumah pun laku disewa.

Berminjat sms ke 0136593536

zack9199
05-07-2010, 10:50 AM
Den bukan tentera..malah kluarga pun tiada yang tentera..Ipar aderlah...klu tak boleh gak masuk..ehheheh...best tu dividen more than 10%...wow

SINI SAJA NAK KONGSI DENGAN KAWAN KAWAN MUNGKIN ADA YANG TAK BACA PAPER PADA 20 JULAI 2008 MUKA SURAT..23 MM

KAT SINI SAYA AMBIL DARI MM....SAMA SAMA KITA TAHU.....BESTNYA KOPERASI.......mungkin boleh simpan kat sini....

CARI LA TENGGOK MUNGKIN ADA LAGI KOT.......ATAU CUBA CARI ADA 100 LAGI KOPERASI TERBAIK .....

DARIPADA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
Koperasi yang berjaya memberi dividen melabihi 25 %
1. KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD 175%
2. KOPERASI PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK BERHAD 100%
3. KOPERASI PERKERJA-PERKERJA STEVEDORING TAWAU BERHAD @ KOPESTA 93.47%
4. KOPERASI DOKTOR MALAYSIA BERHAD 70%
5. UNITED DEVELOPMENT COOPERATIVE SOCIETY LIMITED 70%
6. KOPERASI KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN BERHAD 70%
7. KOPERASI KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK BERHAD 50%
8. KOPERASI KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI MAKANAN SABAH BERHAD 50%
9. KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN BAN HIN LEE BANK BERHAD 50%
10. KOPERASI MERCU WARISAN MALAYSIA BERHAD 40%
11. KOPERASI GABUNGAN PEKEBUN KECIL PERAK BERHAD 30%
12. KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD 30%
13. KOPERASI POLIS TERENGGANU BERHAD 30%
14. KOPERASI RANCANGAN TANAH BELIAWANIS BUKIT SEGAMAT BERHAD 30%
15. KOPERASI PERUSAHAN TANAH SUNGGAI LUI NEGERI SEMBILAN BERHAD 30%
16. KOPERASI WANITA KEPALA BATAS BERHAD 30%
17. KOPERASI JAKOPEN BERHAD 30%
18. KOPERASI KOLEJ ISLAM SAINS TERENGGANU BERHAD 30%
19. KOPERASI PEGAWAI PEGAWAI TADBIR NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD 30%
20. KOPERASI BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD 20%

emoney
30-09-2010, 05:45 PM
Alhamdulillah hari nih dah pi naikkan yuran koperasi dari RM30 ke RM300...:)paid:)paid:)paid

jet70
04-11-2010, 01:51 AM
Tahniah. Untung sapa yang boleh masuk sini

betul siap yg boleh masuk

fendyx
10-01-2011, 09:33 AM
nak simpan kat akaun yuran/simpanan skrg dah ada option lain......tapi sekurang2nya kena buat gak $30 utk potongan...baki tu bole bayar cash...so kat dlm slip gaji dah dpt kurangkan komitmen...

[V]endetta
05-07-2011, 04:12 PM
ingatkan bekas polis je ada koperasi, tentera pun ada jugak. truskan :)

ckmuin86
07-07-2011, 10:55 AM
orang awam boleh ke join koperasi nie..ade info x

abangbeca
07-07-2011, 10:59 AM
orang awam boleh ke join koperasi nie..ade info x

boleh tpndgn syarat bekerja di bawah kementerian pertahanan malaysia... :)

MsiaMT4
21-07-2011, 02:05 AM
ada koperasi untuk orang cina?

Man bugis
21-07-2011, 02:22 AM
saya masih berhidmat dalam angkatan tentera..kebanyak kan koperasi di malaysia...koperasi tentera no 1 dalam negara malaysia...dividen dalam setahun sebanyak 10% dan 12%..yg berpencen pun masih lagi menjadi ahli...so tak timbul rasa ragu2...just pendapat saya lah.

emoney
14-08-2011, 11:22 AM
salam

pokcik raso semua warga Koperasi Tentera sedang menikmati bonus yg dah dapat...

yang mana tak isi borang...esok boleh berbaris kat cawangan KT di seluruh negara...:)paid:)paid:)paid

syam82s
19-08-2011, 06:02 AM
ada yg tak amik dividen lg ke kat sini....hehehe

comix
19-08-2011, 06:18 AM
12% ae? tinggi jgk tu..

zam4ever
25-10-2011, 10:50 PM
Menghidupkan thread lama, kebiasaannya dividen diumum dan dibayar bulan berapa untuk KATMB?

cheers

General Juhziz
29-10-2011, 07:46 AM
mantap koperasi tentera ni..

ade anak syarikat great eastern takaful!!!

mkin masyuk div koperasi ni

iszali
08-12-2011, 03:00 PM
Wah wah... betuahnya anggota Koperasi Tentera (KT) minggu depan dapat durian runtuh lagi sebanyak RM9 juta akan dipulangkan kepada anggota yang setia dengan KT sebagai Rebat Kesetiaan. Mereka yang selesaikan pembiayaan lama melalui pembiayaan di KT sahaja yang layak. Mereka yang ambil pembiayaan dari Bank Rakyat, PPK, MBSB, Mualamat , AFFin dan lain tak masuk kategori anggota setia dgn KT. Tentera sahaja yang akan bangunkan Koperasi Tentera. Teruskan kesetiaan anda.

frugaldedi
24-06-2012, 06:37 AM
Salam..apa cerita Koperasi Tentera?

abangbeca
24-06-2012, 07:07 AM
saya masih berhidmat dalam angkatan tentera..kebanyak kan koperasi di malaysia...koperasi tentera no 1 dalam negara malaysia...dividen dalam setahun sebanyak 10% dan 12%..yg berpencen pun masih lagi menjadi ahli...so tak timbul rasa ragu2...just pendapat saya lah.

Salahnih boss...koperasi no satu dlm malaysia adalah Bank Rqkyat walaupun ia adalah bank sbb still bernaung bwh Suruhanjya Koperasi Malaysia dan Koperasi Tentera jatuh no 2....

P/s Nanti jgn lupa undi saya...

frugaldedi
24-06-2012, 10:52 PM
Berapa dividen Koperasi Tentera yer..

Bro_Izantie
24-06-2012, 10:54 PM
Berapa dividen Koperasi Tentera yer..

14% tahun ni....

Bro_Izantie
24-06-2012, 10:56 PM
Salahnih boss...koperasi no satu dlm malaysia adalah Bank Rqkyat walaupun ia adalah bank sbb still bernaung bwh Suruhanjya Koperasi Malaysia dan Koperasi Tentera jatuh no 2....

P/s Nanti jgn lupa undi saya...

Koperasi paling riba dlm mesia...:)):)):))
p.s: ayat hang cam c1ba1..:eek::eek:

frugaldedi
24-06-2012, 11:09 PM
Tadi bro ada gi AGM Koperasi Tentera ke?
Dia dah bagi tau dalam AGM tadi ker 14% tahun ni?

abangbeca
24-06-2012, 11:20 PM
Koperasi paling riba dlm mesia...:)):)):))
p.s: ayat hang cam c1ba1..:eek::eek:

Sorryto say mmg x dinafikan koperasi tentera mmg antara yg hebat..tp bg aku x hebat mana pun koperasi tentera..klu betul koop tentera nih bagus..open lar personal loan utk anggota dia buat ngan loan bank..jgn sekat..itu kalau depa berani lar..for sure depa x berani sbb salah satu income besar koop tntera mmg dari personal loan anggota tentera...yg bertanding suma nk duit jer...elaun riban2...siap buat knduri lagi tuh soh mengundi....

frugaldedi
25-06-2012, 02:17 AM
Bila dia bayar dividen yer

abangbeca
25-06-2012, 09:22 AM
Elaun Lembaga Pengarah Koperasi Tentera 2011.....perggghhh masyukkk
http://m.ak.fbcdn.net/photos-a.ak/hphotos-ak-prn1/s720x720/532108_399508866753753_738635963_n.jpg?dl=1

frugaldedi
25-06-2012, 11:16 AM
Fuyooooo..banyaknya..

Bro_Izantie
25-06-2012, 11:19 AM
Tadi bro ada gi AGM Koperasi Tentera ke?
Dia dah bagi tau dalam AGM tadi ker 14% tahun ni?

aku pi amik rm50 hak aku jer pagi smalam...
pastu nak tunggang langgang ke nak terbalik ke dlm dewan tu aku tak amik tau...:)):))

Bro_Izantie
25-06-2012, 11:21 AM
Elaun Lembaga Pengarah Koperasi Tentera 2011.....perggghhh masyukkk
http://m.ak.fbcdn.net/photos-a.ak/hphotos-ak-prn1/s720x720/532108_399508866753753_738635963_n.jpg?dl=1

patut la berebut rebut nak masuk bertanding.....
memang masyuk...
KT ni memang betul la cakap hang...
takkan offer atau lepaskan anggota ATM loan dgn bank lain..
sumer diaorg nak konker...
yg untung sapa?.....tempat hang tu la......:)):)):))

AMICO66
25-06-2012, 11:28 AM
masih ahli koperasi walaupun dah 4 tahun pencen...

Bro_Izantie
25-06-2012, 01:26 PM
masih ahli koperasi walaupun dah 4 tahun pencen...

ini yg kita mau...:D:D:D
p/s: dividen lebih 1k ni....:p:p:p

frugaldedi
25-06-2012, 01:50 PM
Salam Tuan2.
Saya nak tanya sikit.
Kalau limit kita dah cukup rm100k..macammana caranya kita nak tambah limit.
Terima kasih.

frugaldedi
25-06-2012, 01:55 PM
Salam sahabat2.
Kalau limit dah sampai 100k..macam mana kit anak tambah limit.Ada cara ka?
Terima kasih.

frugaldedi
25-06-2012, 02:12 PM
masih ahli koperasi walaupun dah 4 tahun pencen...

Tahniah bang.

frugaldedi
25-06-2012, 02:13 PM
ini yg kita mau...:D:D:D
p/s: dividen lebih 1k ni....:p:p:p

Caya la sahabat :)

frugaldedi
28-06-2012, 08:24 AM
Senyap jer :)

Luk2755
28-06-2012, 08:41 PM
Salam sahabat2.
Kalau limit dah sampai 100k..macam mana kit anak tambah limit.Ada cara ka?
Terima kasih.

wah tuan dh cecah 100k ker..?hebat tu:)cgrock

Luk2755
30-06-2012, 01:55 AM
HAD MAKSIMA CARUMAN BULANAN YURAN KOPERASI TENTERA
Bermula daripada 1 Februari 2007 yang lalu, Koperasi Tentera tidak lagi membenarkan anggota-anggota membuat simpanan dalam
yuran secara kelompok atau "lump sum". Alternatifnya semua anggota disaran untuk membuat caruman kepada yuran secara bulanan
yang dibenarkan samada melalui potongan gaji, bayaran sendiri, pindahan dari wang simpanan di KT atau lain-lain cara bayaran.

Had maksima yuran bulanan yang dibenarkan adalah seperti berikut:-
(i) Dari tarikh menjadi anggota KT untuk 7 tahun pertama (bulan pertama sehingga bulan ke 84) maksima RM 300 sebulan.
(ii) Dari tahun ke 8 sehingga tahun ke 14 (bulan ke 85 sehingga bulan ke 168) maksima RM 600 sebulan.
(iii) Dari tahun ke 15 (bulan ke 169) dan seterusnya maksima RM 1,000 sebulan.
Walau bagaimanapun, had maksima yuran terkumpul sebanyak RM 100,000 adalah tidak berubah. Peraturan baru ini juga tidak
menjejaskan had caruman bulanan yuran yang sedia ada.

frugaldedi
02-07-2012, 03:26 PM
Ada tak cara2 untuk tambah kan share?

Luk2755
02-07-2012, 06:16 PM
Ada tak cara2 untuk tambah kan share?

nak tambah yuran,pergi je lah isi borang kat koperasi tentera tu,settel

frugaldedi
02-07-2012, 08:46 PM
Kalau dah cukup 100k boleh ker tambah..ada cara ker?

Luk2755
03-07-2012, 12:12 AM
Kalau dah cukup 100k boleh ker tambah..ada cara ker?

bro dh cukup 100k ker..?? wow dividen tahun nie 14% = RM14,00.00 tu.raya sakan la bro.setahun den xboleh,nanti den try tanya pihak berwajib

frugaldedi
03-07-2012, 11:01 AM
bro dh cukup 100k ker..?? wow dividen tahun nie 14% = RM14,00.00 tu.raya sakan la bro.setahun den xboleh,nanti den try tanya pihak berwajib

Bukan saya bro..ayah saya..hehe

Luk2755
03-07-2012, 12:40 PM
Bukan saya bro..ayah saya..hehe

menarik la income:)cgrock

frugaldedi
03-07-2012, 11:13 PM
menarik la income:)cgrock

Itu lah.Sedang mencari jalan bagaimana nak tambah RM kat Koperasi Tentera.

frugaldedi
04-07-2012, 07:43 PM
Sahabat...bila dividen koperasi Tentera ni akan masuk?

Luk2755
04-07-2012, 10:02 PM
Sahabat...bila dividen koperasi Tentera ni akan masuk?

awal ogos:)cgrock:)cgrock

frugaldedi
05-07-2012, 12:26 PM
awal ogos:)cgrock:)cgrock
Sahabat..
Terima kasih banyak-banyak :)

frugaldedi
12-07-2012, 07:53 PM
Bila kita boleh cek jumpa dividen kita yer?

frugaldedi
15-07-2012, 09:47 PM
Kenapalah dia hanya hadkan rm100k jer ...huhu

Luk2755
19-07-2012, 12:04 AM
Dividen Koperasi akan dibayar pada 07&09 Ogos 2012 14%

frugaldedi
20-07-2012, 11:30 AM
Dividen Koperasi akan dibayar pada 07&09 Ogos 2012 14%

Terima kasih tuan :)

frugaldedi
07-08-2012, 01:11 AM
Masing-masing sedang tunggu dividen yer..Salam Ramadhan..

Luk2755
09-09-2012, 11:17 AM
2hari ke KT dgn niat nk tambah YURAN ke 500 sbulan,alih2 kena minta Payslip pulak..rupanya Yuran 0- 250 xyah bawa payslip kalau nk tambah Yuran,lebih dari amount tu kena sediakan payslip.

jaketworld
09-09-2012, 02:07 PM
Dividen Koperasi akan dibayar pada 07&09 Ogos 2012 14%

bestnyerrr....masuk lagi dividen..bertuah laa badan ...:)cgrock:)cgrock

skyside
09-09-2012, 02:11 PM
Hebat koperasi tentera ni.
Tahniah kpd pakngah (http://www.katmb.com.my/KTProfile/Management.asp) aku yg lead KT ni:)

frugaldedi
11-09-2012, 12:53 AM
Koperasi power.. :)

fendyx
02-01-2013, 12:58 PM
2hari ke KT dgn niat nk tambah YURAN ke 500 sbulan,alih2 kena minta Payslip pulak..rupanya Yuran 0- 250 xyah bawa payslip kalau nk tambah Yuran,lebih dari amount tu kena sediakan payslip.

KT minta payslip maybe sbb bro buat potongan melalui gaji...

zack2137
16-02-2013, 08:11 PM
Kalau ayah u dah kuar tak boleh masuk kerana hanya untuk anggota tentera dan yang bekerja di bawah kementrian pertahanan.

Aku pun bekas tentera n aku tak berhenti daripada koperasi tentera.. n tahun lepas dividen 13% ... Kalau dah masuk kedalam yuran duit boleh dikumpul sehingga RM 100 ribu.

Utk pengetahuan...skrg ni bekas tentera pun boleh masuk ahli seperti sy dah hampir 6 thn....

zack2137
16-02-2013, 08:43 PM
Salam Tuan2.
Saya nak tanya sikit.
Kalau limit kita dah cukup rm100k..macammana caranya kita nak tambah limit.
Terima kasih.

W'salam,

Ni yg aku tau la...cukup 100k maka yuran turun ke RM20 sebulan....

frugaldedi
30-05-2013, 01:13 AM
Berapa % lah agak2nya dividen tahun ini yer.

frugaldedi
04-06-2013, 12:37 AM
Salam..agak2 berapa ler dividen koperasi tentara untuk tahun ini yer

AARCEMARA
12-06-2013, 01:07 AM
dah kena lock ke?

dhiaperfumes
27-06-2013, 04:56 PM
terus melabur...

frugaldedi
15-10-2013, 12:38 AM
Tunggu dividen tahun depan pulak..hehe

Skydancer
15-10-2013, 01:05 AM
Kalau xselamat ,xde la ATM bt caruman kt situ...ayah ko Llp ke pegawai ,sape nme...mne tau knl...aku pun dok base ,

dhiaperfumes
15-10-2013, 06:52 AM
rasa bukan semua ATM jadi pencarum ker

frugaldedi
28-10-2013, 11:38 AM
Selamat maju jaya koperasi Tentera.