PDA

View Full Version : Nasihat Undang2 dalam Perniagaan


thariq_shahalam
05-08-2008, 03:36 PM
Salam semua,

Just want to share with everyone ilmu yang ada dalam otak ni. Walaupun tak berapa otai dalam bidang undang-undang ni tapi boleh la tahan. Saya ini bukannya lawyer tapi bekerja sebagai sorang PKP di Mahkamah.

Selepas surfing beberapa threads kat forum ni, saya tengok ramai orang yang nak mencari investor/funder untuk memulakan bisnes. Nasihat kat sini adalah supaya mendapatkan khidmat lawyer untuk menyediakan satu perjanjian untuk melindungi hak-hak kedua belah pihak. Nanti ada apa-apa masalah boleh disetelkan kat mahkamah.

Lagipun kalau nak mulakan bisnes, kita perlukan nasihat lawyer agar kita tidak melakukan perkara yang dianggap salah di sisi undang-undang. Tapi aku pun paham jugak. Tak semua dalam dunia kena ikut jalan straight jer. Kena la jalan bengkang bengkok sikit hehehe:D

Tapi apa-apa hal, ini cuma posting sebagai permulaan jer. Just nak tengok respons semua warga CG. Saya sedia membantu untuk segala apa persoalan undang-undang.

Salam....

mustopa_a
05-08-2008, 08:37 PM
manarik nih..

RMteam
05-08-2008, 08:40 PM
respon yg bagus... aku cari org macam ni...

thariq_shahalam
05-08-2008, 09:11 PM
salam,

terima kasih kerana menunjuk minat. Skg ni tgh pikir nak buat article pasal apa. Hrrmm...

Kalau ada apa2 nak tanya, silakan ya, jgn malu2.

wassalam

RMteam
05-08-2008, 09:27 PM
boleh tak share kat sini... contoh2 aggrement lawyer buruk... maksud saya rejected punya aggrement... sekadar nak korek pengetahuan saudara

thariq_shahalam
06-08-2008, 09:37 AM
salam dan selamat pagi semua,

Untuk menjawab soalan RMteam:

Perjanjian-perjanjian yang dibuat antara pihak-pihak tertentu adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia, contohnya Contracts Act 1950. Contracts Act menyatakan satu perjanjian itu wujud setelah ada satu 'offer' dan 'acceptance' dari kedua belah pihak. Perjanjian boleh wujud walaupun hanya dengan ucapan lisan.

Perjanjian-perjanjian yang tidak mematuhi undang-undang adalah perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan(unenforceable) dan adalah dianggap batal (null and void). Contohnya Contracts Act menyatakan kita tidak boleh membuat kontrak untuk melaksanakan sesuatu yang melanggari undang-undang negara e.g. perjanjian untuk jual beli dadah ker, barang curi ker semuanya adalah perjanjian yang batal, malahan void ab initio ataupun batal sejak mula lagi. Perbezaan antara perjanjian void dan void ab initio adalah perjanjian void itu kemungkinan masih valid pada awalnya tetapi menjadi void separuh jalan. Perjanjian void ab initio itu adalah perjanjian yang memang batal sejak permulaannya lagi. Ini penting untuk determine rights of the parties.

Perjanjian juga boleh jadi void/batal apabila syarat-syarat yang dipersetujui dalam sesuatu perjanjian itu tidak dipenuhi mana-mana pihak. Perjanjian sebegini boleh jadi voidable contract iaitu ia boleh dibatalkan tetapi tidak semestinya batal serta merta.

Selain daripada contract yang melanggari undang-undang Malaysia, tidak ada contract yang boleh dianggap contract "reject" seperti yang dinyatakan oleh saudara RMteam. Cuma boleh dianggap contract itu berat sebelah. Ini memang berlaku. Di negara kita, tidak terdapat undang-undang yang melarangkan perjanjian yang berat sebelah. Bandingkan dengan negara U.K. yang ada Unfair Contract Terms Act. Oleh itu pihak-pihak sebelum memasuki perjanjian hendaklah meneliti syarat-syarat dengan betul-betul. INGAT perjanjian yang berat sebelah bukanlah perjanjian yang reject!

Contohnya, saya pernah tengok satu kontrak pembinaan yang boleh dianggap berat sebelah atau menyusahkan kepada sebelah pihak. Tetapi untuk menjaga confidentiality saya hanya akan memberi satu summary kepada klausa tersebut:

1. The Sub Contractor shall at all times use materials that has been supplied by the Main Contractor. If in the event that the materials are not available the Sub Contractor shall locate materials from another supplier but subject only to the approval of the Main Contractor.

Ok, saya harap semua jelas dengan syarat kat atas ni. Masalah timbul apabila Main Contractor tak dapat nak supply barang pastu blame kat Sub Con sebab lambat siap kerja. Di sini kontrak tidak melindungi Sub Con.

Kita haruslah berhati-hati sebelum memasuki perjanjian. Seelok-eloknya kasi tunjuk kat peguam kita, suruh dia cek dulu. Kadang-kadang kita nak jimat, tak nak bayar peguam, tapi nanti kemudian hari, kalau ada masalah lebih banyak kos kena keluar. Oleh itu kita kena bijak mempertimbangkan sebelum memasuki apa2 perjanjian.

Saya rasa setakat ini saja untuk topik ini. Kalau ada apa2 soalan silalah bertanya.

P.S. Kadang2 kita takde choice tapi kena jugak sain kontrak yang berat sebelah. Masa ini kita harus extra careful supaya tak terperangkap.

Wassalam

belasungkawa
12-08-2008, 10:48 PM
Yang Arif thariq_shahalam,

Bolehkah seorang pengusaha perniagaan, memerlukan modal lalu mempelawa rakannya untuk melabur dalam satu projek, dimana terma nya adalah seperti berikut (secara ringkas):

1. Pengusaha akan bayar balik pembiayaan tu secara ansuran dengan kadar tetap, selepas satu tempoh bertenang (contoh 6 bulan) sehingga langsai segala pembiayaan tu.

2. Pembiaya akan dianggap sebagai rakan kongsi sementara, dan berhak untuk mendapat pulangan daripada pelaburan dan kadar peratus tertentu.

3. Hubungan ni hanya kekal sehingga segala pinjaman/pembiayaan dibayar semula 100%.

Camtu la lebih kurang. Soalan:

1. Adakah syarikat tu dianggap mengambil deposit tanpa kebenaran?

2. Adakah keuntungan yang diperolehi oleh pembiaya dikira sebagai riba?

3. Ada tak model Islamik yang paling hampir dengan contoh situasi di atas?

Terima kaseh Yang Arif! :D

thariq_shahalam
12-08-2008, 11:39 PM
salam belasungkawa,

bini saya sorang lawyer dan dia pernah buat perjanjian sebegini. Syarat pun hampir serupa. Jadi memang boleh buat. Kalau nak, boleh buat appointment dengan bini saya. Call ofis dia @ 0355664357 atau handphone dia 0163227159. Ofis based in shah alam.

Soalan belasungkawa saya cuba jawab dengan ringkas.

1. Dalam kes sebegini,jika syarikat belasungkawa tidak menjalankan perniagaan perbankan, syarikat anda tidak dianggap sebagai mengambil deposit. Deposit dan perniagaan perbankan membawa maksud lain di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan. Penjelasan yang lebih lanjut akan saya buat dalam article akan datang.

2. Okay saya jawab soalan 2&3 sekali. Perjanjian diantara belasungkawa dan rakan niaga adalah diasaskan terhadap perkongsian untung. Pinjaman rakan niaga akan dibayar balik tanpa bunga dan rakan niaga akan dapat kongsi untung selama tempoh yg ditetapkan. Oleh kerana tiada bunga, maka tiada riba. Rakan niaga sama-sama kongsi risiko/untung perniagaan. Pada pendapat saya ini memang berlandaskan konsep Islam.

Harap dapat menjawab persoalan belasungkawa. Kalau nak bincang lebih dalam, kenalah berunding dengan lawyer.

wasalam

belasungkawa
14-08-2008, 06:35 AM
waa...terima kasih Yang Arif :D

Jauh sangat tu Shah ALam, lagipun bukan company saya yang nak buat. Saya la sebagai funder tu, agreement mungkin disediakan oleh dia kut. Apapun, terima kasih kernana kesudian menjawap soalan-soalan itu ya!. :)cgrock

thariq_shahalam
14-08-2008, 09:07 AM
okay no problems. semoga urusan kau berjalan dengan lancar.

hgt422007
15-08-2008, 11:12 PM
ok yang arif kalau nak lantik seorang peguam sebagai panel kita berapakah peratus seseorang peguam dia ambil:)

thariq_shahalam
16-08-2008, 09:42 AM
tengoklah panel lawyer tu buat apa. Kalau berkaitan dengan hartanah lawyer akan charge mengikut skala yg ditetapkan dalam SRO. tetapi adalah discount sebab volume tinggi. kalau buat litigation(kes tuntutan di mahkamah) ikut nilai kes tu. Ini yang mahal kadang2. Kalau kes simple dalam ribu jugak la. Kalau volume tinggi dapat discount jgk la. Selalunya bank dgn housing developer dapatlah discount sebab kes banyak. Tapi kalau kontrak besar nilai jutaan ringgit, nak draft atau semak, lawyer akan charge 5-10% dari nilai kontrak tu. Lagi senior lawyer tu lagi tinggi dia boleh charge. Kadang2 sampai 20% pun ada. Knapa? Nak amik panel lawyer ke?

Kalau kau nak, wife aku punya firm kat shah alam. Boleh turun discuss :D

sangbadut
17-08-2008, 08:54 PM
Bro,
Aku baru nak setup satu company water vending machine.Nak tau dari sudut perundangan agreement tu macam mana yer?Untuk buat agreement dan lain2 yang diperlukan berapa agak2 kos dia yer?

cooltamil4u
17-08-2008, 08:58 PM
thariq_shahalam memang menarik thread anda.

djnaim
17-08-2008, 09:00 PM
tq for sharing info.. berguna untuk yang suka bisnes mcm aku..hehe

thariq_shahalam
17-08-2008, 09:07 PM
Salam semua,

sangbadut kalau nak buat agreement, kos legal fees bergantung kepada jenis dan complexity of the agreement. Kalau simple boleh as low as RM300 tapi kalau complex boleh naik riban gak la. kalau value tinggi dan isu complex lawyer akan charge percentage of the value of agreement. kau nak buat agreement mcm mana? Apa details yg kau nak masukkan?

Kalau ada apa2 pertanyaan lain jgn malu bertanya k...

jeb_134
26-08-2008, 06:08 AM
Bro urusan mahkamah terlalu lama dan walaupun ade agreement kebanyakannya sampai give up utk mengejar pihak yg bersalah. apa pendapat dan pengalaman cik thariq adakah semua kes mendapat balik wang mereka bila menang dlm perbicaraan Tima kasih kongsi pengalaman

thariq_shahalam
26-08-2008, 08:09 AM
sebenarnya tu semua bergantung pada pihak2 yg terlibat. Sesetengah orang dengar je ada surat lawyer terus nak propose settlement. Ada jugak yg degil tak nak bayar walaupun dah kalah. Kalau dah macam ni, kita kena pertimbangkan keadaan. Berapa banyak dia hutang kat kita. Kalau banyak, kenalah fight nak dapatkan. Ada banyak cara nak dapatkan judgment, semua bergantung kepada kecekapan lawyer dan berapa banyak kau nak bayar dia.

Pengalaman aku, ada Datok ni, dah kalah tapi degil tak nak bayar.
Pastu ada satu company U.S. ini pun tak nak bayar, cuma settle out of court utk 10% jer....

BizClub
29-08-2008, 12:37 AM
ohh..ni psl bisnes erkk..ada soklan nanti aku tanya k.

porek
29-08-2008, 01:06 AM
aku bagi satu company pinjam sehingga sekarang tak mo byr.. aku htr surat loyar minta dia ignore. yg ada pd aku cuma surat perjanjian bersaksi tp tak mati stem, dan cek post dated yg dah out dated tu. apa tindakan yg boleh aku ambil? sekarang ni aku cuba lupakan sahaja..jumlah tak byk dlm 200k bukan juta2 ler

thariq_shahalam
29-08-2008, 08:46 AM
dia ada bagi kau cek ker? itu lagi senang nak claim dengan dia. Sebab cek yang bounce tu dah bukti yang kuat pasal kehutangan dia dengan kau. agreement yang tak mati setem tu pun masih boleh digunakan bukti. kau punya lawyer tak cakapa dengan kau ker? sengal ke apa? datang la firm bini aku kat shah alam ni :D ini contact details 0355664357 @ 0163227159

azamali01
14-10-2008, 01:13 PM
Aku ade join projek jual beli minyak. aggrement ade. AKu letak 150k tp bukan semua duit aku ler. kawan dan teman2. mamat tu mula2 bayar cantik tp skg dah 6 bulan senyap jer..macam2 alasan dia bagi.. aggrement ade tp x stem kan.. bank slip masukan dalam account dia pon ade. boleh ke su dia...

tanya sket.. kalau nak saman dia bayar peguam mahal ke.. maklum lah..duit semua sangkut sane. $800 ade ler...hek..

thariq_shahalam
15-10-2008, 09:07 PM
nak sue tu boleh jer bro. bini aku dah dapat dah sms ko. mari lah dtg ofis berbincang. pasal upah tu, nanti kita diskus skali

otaida00taj
15-10-2008, 09:20 PM
thread yg menarik tapi ambik masa utk baca dan memahami...

azamyn
23-02-2009, 12:49 PM
waa...terima kasih Yang Arif :D

Jauh sangat tu Shah ALam, lagipun bukan company saya yang nak buat. Saya la sebagai funder tu, agreement mungkin disediakan oleh dia kut. Apapun, terima kasih kernana kesudian menjawap soalan-soalan itu ya!. :)cgrock

assalamualaikum.. saya bercadang utk buat hampir sama. boleh tak nak mintak belasungkawa atau sape2 lain utk share contoh perjanjian. azamyn@ymail.com

mrsmarter
24-02-2009, 09:58 PM
Tuantanah,
timakasih le sebab buka thread pasal legal matters @ biz. Ada byk soalan dan persoalan.

1) kalau baru duduk bertanya dgn lawyer...ada consultation fee ker? Mcm doktor kalau duduk bercakap kat kita pun asalkan dalam klinik dia sure kena consultation fee...hehe..
2) bila buat biz ni, pd saya bagus kalau ada `personal lawyer'...maksudnya lebihkurang lah mcm panel lawyer...tapi lebih kepada urusan saya dan sykt. Adakah syarat atau t&c dlm nak ambik lawyer utk tujuan begini...berapa fee?
3) bgmana kalau kita ada biz di sabah dan sarawak? Setahu saya lawyer dr semenajung tak bleh practice kat sabah sarawak? Kalau saya ada biz di sabah then nak buat agreement atau saya nak buat `usahasama' dgn sykt di sabah, bolehkah lawyer di sjung bertindak bg pihak saya?

Maaf ler kalau soalan berbelit...hehehe..

mrsmarter
24-02-2009, 10:02 PM
dia ada bagi kau cek ker? itu lagi senang nak claim dengan dia. Sebab cek yang bounce tu dah bukti yang kuat pasal kehutangan dia dengan kau. agreement yang tak mati setem tu pun masih boleh digunakan bukti. kau punya lawyer tak cakapa dengan kau ker? sengal ke apa? datang la firm bini aku kat shah alam ni :D ini contact details 0355664357 @ 0163227159

BRO,
BOLEH PM DETAILS - NAMA DAN ALAMAT FIRMA GUAMAN TAK? ANA TAHU ADA URUSAN KAT SHAHALAM BOLEH GAK SINGGAH....

# AHLI CG ADA DISKAUN TAK???:)cgrock:)cgrock:)cgrock

mrsmarter
26-02-2009, 09:16 PM
tuan tanah a.k.a tuan loyar,

senyap jer...sibuk ker?

mrsmarter
03-03-2009, 11:44 PM
ngantuk aku dgn thread nie...tajuk ok starting pun cun...konsistensi???..uhuk :)

Authentic
04-03-2009, 10:04 AM
up skit..menarik thread nih..:)cgrock

monster_forex
04-03-2009, 04:15 PM
up lagi ..... memang menarik ....
free lawyer consultant ....... mana mau cari beb .... CG je ada ....

sitifadzilah
07-03-2009, 04:43 AM
Saya ingin tambah sikit info kepada forumers di sini.

Agreement tak mati stem
Bagi Agreement yg tak mati stem masih dianggap terpakai tapi tak boleh jadi bahan bukti dlm mahkamah.
Apa yg perlu dilakukan - Pegilah matikan stem agreement tersebut kat pejabat hasil. Kos utk mati stem & denda je. Lepas mati stem baru mahkamah akan terima sbg bahan bukti. (Kalau kes masuk mahkamah. Kalau tak nak masuk mahkamah, tak payah mati stem pun tak pe).

Bila nak ambik tindakan Mahkamah?
Kebanyakan tuntutan (kecuali permasalahan tanah) - Bg Semenanjung, mesti diambik dalam masa 6 tahun dari tarikh kejadian/default. Kalau Sabah & Serawak, ada yg 2 tahun & ada yg 3 tahun. Kalau lebih walau pun 1 hari, dah statute bar. Kira kita dgn secara otomatik menghalalkan dgn apa yg telah berlaku. Kalau masuk gak, mmg sah kena maki ngan judge.

Apa yg perlu dibuat sblm nak ambik tindakan mahkamah?
Kalau ada agreement-
Tgk dulu s/ada agreement tu deal tak dgn benda2 yg berlaku. Sbb ada gak problem yg berlaku tapi bila tgk term dlm agreement, tak sokong pun @ senang kata up to further interpretation/discussion/vague.
Parties yg sign agreement tu betul tak? Percaya atau tidak, ada gak lawyer yg buat silap dlm tentukan parties ni (tapi biasanye utk kes komplikated je).

Party yg kita nak saman/Defendan
Party yg kita nak saman tu company sdn bhd/enterprise/org persendirian. Kalau kita ambik tindakan, boleh ke depa tu nak bayar balik? Kalau company, paling jauh tindakan is winding off / tutup com. Actually banyak lagi tapi itu paling berat le. Utk enterprise/org persendirian, dia org tu ada harta ke tak? Info kena dapatkan dulu. Kalau ada boleh lelong. Kalau takde paling2 boleh pegi ke bankruptcy. Hutang mesti lebih RM30,000.
Ini adalah yg paling penting sbb kalau kita tau tak leh nak bayar balik, tak payah le nak tuntut sbb rugi, instead of hutang tak berbayar, additional costs pulak incur.

Dokumen sokongan
Kita ada tak dokumen sokongan utk mengesahkan hutang. Cth cek tendang. Make sure cek tu dari Defendan sendiri. Kalau bukan susah jugak sbb kena panggil tuan punya cek utk bagi keterangan, kecuali kalau ada surat pengesahan confirmkan cek tu utk pembayaran bg sebahagian transaction dlm agmt.

In summary, perkara yg perlu ada dlm agreement,
- Parties (nyatakan dgn jelas)
- Kalau projek kongsi - bagi tau berapa % share
- Cara pembayaran - Mesti nyatakan dgn betul.
- Agreement utk berapa lama?

Kalau ada perubahan pada projek, make sure buat pindaan / put it in writing & stemkan walaupun pada 1 helai kertas.

Tambahan, bagi perjanjian Semenanjung & Sabah & Serawak, lawyer mana2 pun boleh pakai. Kalau berkemampuan utk buat sendiri pun boleh juga. Lawyer Semenanjung tak leh jadi peguam di mahkamah bg kes yg bicaranye di Sabah & Serawak sekiranya tiada tauliah. Kebanyakannye mmg lawyer Semenanjung tak praktis kat Sabah & Serawak & vice versa.

mrsmarter
07-03-2009, 09:30 PM
timakasih ler siti...tuantanah ni ntah mana melesap...kalau tak harapkan tajuk je gah...tapi respon loyar...nahiiii....

mustopa_a
07-03-2009, 09:34 PM
menarik .. :D

MAIDIN
07-03-2009, 09:53 PM
mantap tuan tanah ni . hidup CG .

tuan tanah . saya nak tanye . berkenaan kes restu rimbunan rahmat ni , adakah boleh kita saman dia ?

MAIDIN
07-03-2009, 09:59 PM
jika pakai khidmat bini tuan tanah untuk saman seseorang . berape ye fee yg diambil

sitifadzilah
11-03-2009, 12:00 AM
assalamualaikum.. saya bercadang utk buat hampir sama. boleh tak nak mintak belasungkawa atau sape2 lain utk share contoh perjanjian. azamyn@ymail.com

Azamyn,
Sebenarnya Agreement ni ada macam2 jenis. Kebanyakan specific project guna t&c yg tailor made utk project tu sendiri. Saya ada le 2 @ 3 contoh Agreement. Saya akan cuba e-mailkan (guna email add kat atas tu) contoh Agreement tapi t&c general la sbb tak tau nature agreement tu apa. At least, boleh bagi idea cemana agreement ni looks like.

To Tuan Tanah,
Saya harap tak de masalah kalau saya kongsi sedikit info mengenai undang2 drpd apa yg saya tahu shj kepada forumers dlm thread ni.

mrsmarter
11-03-2009, 12:18 AM
eoklah siti, kalau tak...tak berjawab soalan2 kat thread ni...tuan tanah ada masalah problem kot...

salmiah_salim
17-03-2009, 09:26 PM
hai member2 CG, saya wife tuan tanah... maaflah tuan tanah skang ni tgh sibuk berkursus.. buat sementara waktu ni saya akan amik alih.......

mrsmarter
19-03-2009, 09:40 AM
Azamyn,
Sebenarnya Agreement ni ada macam2 jenis. Kebanyakan specific project guna t&c yg tailor made utk project tu sendiri. Saya ada le 2 @ 3 contoh Agreement. Saya akan cuba e-mailkan (guna email add kat atas tu) contoh Agreement tapi t&c general la sbb tak tau nature agreement tu apa. At least, boleh bagi idea cemana agreement ni looks like.

To Tuan Tanah,
Saya harap tak de masalah kalau saya kongsi sedikit info mengenai undang2 drpd apa yg saya tahu shj kepada forumers dlm thread ni.

siti,
boleh fwd gak kat saya tak sample agreement tu...

thejuara@gmail.com


terimakasih:D:D:D

sitifadzilah
20-03-2009, 11:25 PM
Mrsmarter,

Saya dah e-mail cth agmt.
Sama2.

mrsmarter
21-03-2009, 04:41 AM
Siti,
Saya dah terima dan terimakasih.

salmiah_salim
24-03-2009, 07:31 PM
berhati2 bila nak pakai contoh agreement. Telitikan setiap terma dan syarat takut tak sesuai dgn urusan perniagaan anda. nanti kalau dah ada masalah jangan salahkan orang pulak ye :)

nrnell
12-12-2009, 01:09 PM
Salam semua.

Saya nak tanya skit la, dlm malaysia ni ada tak akta yang membolehkan pembeli dikenakan denda / interest kalau dia lambat bayar hutang. Sy ada company jual komputer utk gov dan private company. Baru je buka thn lepas dan masih belajar selok-belok niaga ni. Ada 1 customer saya ni hospital swasta kt shah alam beli brg dr saya dan kita dh bgtau payment terms dlm 30 hari je. Tapi ni dah masuk 3 bulan dia belum byr. Bila call account dept dorang, budak account tu bole marah kita plak suruh kita sabar. Bole ke camtu?? So, saya ingat nk letak notes dlm invoice kitorang bgtau kita akan kenakan interest kalau dorang lambat bayar. bole tak mcm tu dan ada tak contoh2 yg bole dijadikan rujukan. kalau ada, tlg email pd saya kt nrnell@yahoo.com. Terima kasih byk2 pada yg sudi membantu... Wassalam

beautifulmind
14-12-2009, 10:45 AM
berhati2 bila nak pakai contoh agreement. Telitikan setiap terma dan syarat takut tak sesuai dgn urusan perniagaan anda. nanti kalau dah ada masalah jangan salahkan orang pulak ye :)

salam salmiah_salim,

sy nk tanya..
1-utk setup company ada ke Director agreement?(state that berapa jumlah dividen akan dpt..or monthly director allowance and etc)

2-bila ada org nk jd funder utk bisnes..apakah perjanjian yg terbaik utk dua belah pihak.

3-service firm Tuan/Puan TT ..feee kira macamana?ni firm sendiri ke?

terima kasih

thariq_shahalam
16-12-2009, 11:57 AM
salam salmiah_salim,

sy nk tanya..
1-utk setup company ada ke Director agreement?(state that berapa jumlah dividen akan dpt..or monthly director allowance and etc)

2-bila ada org nk jd funder utk bisnes..apakah perjanjian yg terbaik utk dua belah pihak.

3-service firm Tuan/Puan TT ..feee kira macamana?ni firm sendiri ke?

terima kasih

1. Agreement macam ini memang ada. Apabila kita menubuhkan satu syarikat sdn bhd - company secretary atau lawyer yang akan uruskan.

2. Dari segi funder adakah bermaksud shareholder atau pemiutang? Sama ada funder itu akan memegang saham atau syarikat akan berhutang dengan funder tersebut. Semuanya terpulang kepada niat masing2.

3. Salmiah memang ada firm sendiri. Boleh call dia di 0163227159 untuk fix appointment. Fee boleh dirunding nanti.

TQ :)cgrock

beautifulmind
17-12-2009, 10:14 AM
1.Agreement macam ini memang ada. Apabila kita menubuhkan satu syarikat sdn bhd - company secretary atau lawyer yang akan uruskan.
Lawyer firm tuan/puan boleh uruskan x if sy nk proceed?

2. Dari segi funder adakah bermaksud shareholder atau pemiutang? Sama ada funder itu akan memegang saham atau syarikat akan berhutang dengan funder tersebut. Semuanya terpulang kepada niat masing2.
Boleh explain ttg kedua2 niat ini.Shareholder pegang share macamana? kalo jd pemiutang macamana?return diorg?

3. Salmiah memang ada firm sendiri. Boleh call dia di 0163227159 untuk fix appointment. Fee boleh dirunding nanti.
Kalo jumpa kat luar boleh ke..?sbb office macam jauh je sy nk dtg..:)

tq bro

Mohd Noorsyam
27-03-2010, 04:15 PM
a'kum host.. saya ade buat bisnes keta sewa.. saya perlukan TnC utk ambil rakan kongsi.. dah perah otak tapi cuma dapat sikit je idea.. host boleh kasi info x?.. nak guna khidmat lawyer tapi lom mampu lagi.. :)

havrilsz
04-04-2010, 02:38 AM
Bagus ni....saya plak tlg carikn projek utk satu company..
ader ker aggreement yg sesuai bagi pembayaran komisen///so, supaya sy x kena tipu la..
Bleh TT or cik SITI bg advive
email sy - havrilsz@yahoo.com

havrilsz
06-04-2010, 02:24 AM
maner TT ni..senyap jer

joe_saipul
07-04-2010, 05:55 PM
salam salmiah_salim,

sy nk tanya..
1-utk setup company ada ke Director agreement?(state that berapa jumlah dividen akan dpt..or monthly director allowance and etc)

2-bila ada org nk jd funder utk bisnes..apakah perjanjian yg terbaik utk dua belah pihak.



terima kasih

sy pun nak tau jgk cuma cerita saya mcm nie.sy ada berkongsi utk buka satu kilang ais kiub.share saya sebayak 70 dan seorang lagi 30.nama syarikat didaftarkan atas nama dia mengguna sdn.bhd.
dan sy telah lantik dia utk menjadi pengurus disitu di sbb kan sy bekerja jauh dari kampung.
sy dan dia akan jadi rakan konsi utk selamanya sehingga syarikat tak ada.
selalunya apa isi yg ada dalam surat lawyer tu utk saya jadikan panduan.kalau tak keberatan boleh email pada saya saipul_azri@yahoo.com
:):)cgrock:)cgrock:)cgrock

mykhalifah_ftt
21-05-2010, 08:39 AM
salam kepada semua

eddy
01-07-2010, 04:45 PM
TT, yr spouse's firm boleh advise about partnership i.e. drawing up the details? tq.

decalXsia
01-07-2010, 07:41 PM
saya akan menjalankn perniagaan alat telekomunikasi x lame lg.
bsns ni adalah perkongsian saya dengn sepupu saya.
untuk menjalnkan bsns ni saya tidak mengeluarkn modal, sebaliknya sepupu saya yang mengeluarkn modal. saya hanya sebagai pengurus kedai tu.
kami telah bersetuju secara lisan saje.
so sye nk tanye, adekh ape2 prosedur perundangn yg boleh memelihara kepentingn perjanjian perkongsian ini?

selain itu kami juga bersetuju untuk membahagikn keuntungn 50-50..
perlu jugk ke ade dokumen perjanjian pasal ni?

decalXsia
08-07-2010, 12:22 PM
mane ntah tt ni...