PDA

View Full Version : investment ikan kelisa

rezwan_UMT
09-07-2008, 10:34 PM
salam semua
saya org bru kt forum ni
tp jz nk share satu investment yg melibatkan penternakan ikan kelisa,
saya rasa ramai yg lum pernah dengar pasal bnda ni
tp investment ni berlaku kt tempat saya n rakan2 wt praktikal untuk satu subjek di bukit merah.

konsep dia senang je...
kita beli ikan kelisa paling minima 16 ekor then kita letak kt kolam yg di pawah oleh syrikat.

hasil di peroleh apabila ikan tersebut ada anak
so hasil tu devide kepada 2 (owner n syrikat)
pasal management kolam tersebut semuanya diuruskan oleh syarikat.
so tugas kita jz datang tgk apabila da harvest ikan untuk setiap 2 bulan
investment ni da tempoh perjanjian selama 5 tahun dgn syrikat

so semasa saya wt praktikal kt situ
ramai gak inverstor yg happy cz dh mula dpt hasil
setakat ni kolam milik syarikat tu berjumlah 200 kolam
dh yg dh invest da dlm 150 kolam.

mrim19
09-07-2008, 10:45 PM
braper pelaburan, braper dapat...citer detail sikit

abgG
09-07-2008, 10:47 PM
macam pernah dengar jer, teruskan....:D

faizfakhirin
09-07-2008, 10:49 PM
apa nama syrikt tue?

donat88
09-07-2008, 10:50 PM
Baguih ni...betul aku pon pernah terbaca kat forum...tapi di mana...

shadow
09-07-2008, 10:54 PM
citer la detail sikit.
ni nk labur bukan pakai daun pakai duit ni.
syarikat apa nama.
baper kos sebenar dan untung,
apa risiko dia?

mmatb
09-07-2008, 10:56 PM
Bukit Merah dekat Taiping,,
kawan aku kata dia dah labur RM100k ++ satu kolam. selama 5thn

damiaphang
09-07-2008, 10:59 PM
chee citer bagi detail ckit...:-? :-? :-?

rezwan_UMT
09-07-2008, 10:59 PM
nk detail cm na
kalu pasal modal paling murah dlm 20k, tp ikan yg low quality la
n yg paling mahal 250k, tu mmg berbaloi cz sekor anak dia kita leh jual rm2500 .
so setiap kali harvest untuk satu kolam ni
paling kurang ada la dlm 20 ekor anak untuk 1 pair
dalam kolam tu da 6 jantan n 10 betina (tu paling sikit la utk satu kolam)

rezwan_UMT
09-07-2008, 11:00 PM
mmg syrikat tu kt bukit merah
n tokei tu org melayu kita

NEMO
09-07-2008, 11:01 PM
20k..ades....ambo tumpang nengok je la

rezwan_UMT
09-07-2008, 11:02 PM
20 k tu yg paling murah la
tu untuk ikan jns silver
kalu nk invest guna spesis tu mmg agak kurang berbaloi la bg aku

buttercup
09-07-2008, 11:12 PM

dia ada jual keli punya benih tak kat sana?

clorox_bersih
09-07-2008, 11:12 PM
mak eh..paling kecik 20k...

rezwan_UMT
09-07-2008, 11:20 PM
dia ada jual keli punya benih tak kat sana?

keli mana da ler...
kat situ jz fokus ikan kelisa@arowana je la

mrim19
10-07-2008, 12:02 AM
salam semua
saya org bru kt forum ni
tp jz nk share satu investment yg melibatkan penternakan ikan kelisa,
saya rasa ramai yg lum pernah dengar pasal bnda ni
tp investment ni berlaku kt tempat saya n rakan2 wt praktikal untuk satu subjek di bukit merah.

konsep dia senang je...
kita beli ikan kelisa paling minima 16 ekor then kita letak kt kolam yg di pawah oleh syrikat.

hasil di peroleh apabila ikan tersebut ada anak
so hasil tu devide kepada 2 (owner n syrikat)
pasal management kolam tersebut semuanya diuruskan oleh syarikat.
so tugas kita jz datang tgk apabila da harvest ikan untuk setiap 2 bulan
investment ni da tempoh perjanjian selama 5 tahun dgn syrikat

so semasa saya wt praktikal kt situ
ramai gak inverstor yg happy cz dh mula dpt hasil
setakat ni kolam milik syarikat tu berjumlah 200 kolam
dh yg dh invest da dlm 150 kolam.:(( modal besarrrrrrrr

viper21my
10-07-2008, 12:03 AM
apa nama syarikat tu,,,,

ExAvantz
10-07-2008, 12:18 AM
kalau kelisa emas aku yg sekor dlm akuarium tu kira pelaburan gak ke ?

PulunSakan
10-07-2008, 12:24 AM
kalau kelisa emas aku yg sekor dlm akuarium tu kira pelaburan gak ke ?

semesti nya bro... :eek: :eek:
kalu panjang 2,3 kaki orang datang ofer 100k mau tak untung besar.:eek: :eek:

ejoybaik
10-07-2008, 12:44 AM
pojek kelisa nih mmg dahsyat... my dady told me.. ikan tu dok dalam molot bapak dia lagik pon dah ada buyer...

maxbiz77
02-08-2008, 11:54 PM
tadi bapak aku kol. esok dia ajak pegi lawat tempat ni kat bukit merah tu. dia tau cite nih dari sedara kat kuala kangsar. sedara ajak gie esok. tu nak join sama tu. apa hal aku update kalau jadik pegi.

ell kurosaki
11-02-2009, 04:27 PM
assalammualaikum,....
actually sy br invest di bkt merah tu..40K.
nama kampeni ni....BKT MERAH AQUACULTURE..

pd ms yg sama, sy pun ada bela anak aro skang dah umo 3-4 bln dah...
utk dijual...

qassam
25-02-2009, 08:44 PM
assalammualaikum,....
actually sy br invest di bkt merah tu..40K.
nama kampeni ni....BKT MERAH AQUACULTURE..

pd ms yg sama, sy pun ada bela anak aro skang dah umo 3-4 bln dah...
utk dijual...

gud luck bro..:)

p/s:hanya mampu bela talapia n patin..:D:D

carlos_vinyard
04-10-2009, 03:22 AM
modal utk kelisa gold brp?

TwiStEd pIps
04-10-2009, 03:29 AM
aku pun nak invest kat kelisa ni.. tunggu kumpul duit dulu.. simpan keuntungan baru boleh buat kolam sendiri.. tu yang tengah nak cari ebook pasal penternakan ikan kelisa nih

shahril_hyundai
04-10-2009, 03:30 AM
majalah 3 mlm tadi ada tunjuk ttg ikan kelisa ni kan mungkin syarikat ni kot....

asyraf77
04-10-2009, 03:32 AM
baru tadi aku tgk masuk dlm majalah 3 pasal projek ikan kelisa ni..:D

aku bhampiran b.merah gak,penah skali sembang dgn share partner yg invest kt situ,xsilap aku dia kata tuk gold arowana satu kolam dlm 250k kot,xigt brape ekor ikan dlm satu kolam tu..diorg invest kongsi2 ngan mber..

virtualmetal
04-10-2009, 03:58 AM
aku mampu tgk je la skrg. letih dah nak melayan BNM.

RizMa
04-10-2009, 04:09 AM
emm, mcm ada lam majalah 3 je mlm td
:D

emmm...

Maelstrom6121
04-10-2009, 04:33 AM
Nampak menarik bila tgk perkara yg dbincangkan TT ni keluar kat majalah 3 tuh..tapi aku risau kalau investment kira hancur disebabkan ikan tu mati

eboss
04-10-2009, 05:17 AM
baru tadi aku tgk masuk dlm majalah 3 pasal projek ikan kelisa ni..:D

aku bhampiran b.merah gak,penah skali sembang dgn share partner yg invest kt situ,xsilap aku dia kata tuk gold arowana satu kolam dlm 250k kot,xigt brape ekor ikan dlm satu kolam tu..diorg invest kongsi2 ngan mber..

jangan baru tadi pegawai BNM buat catatan dah la ~X(~X(~X(

akuslamberjer
04-10-2009, 07:03 AM
aku tak minat pasal investment.. tapi minat pasal penternakan kelisa nih..

shah79
04-10-2009, 10:01 AM
waa... satu peluang yg bgus nih.... dekat dgn kampung aku nih...

ramos
04-10-2009, 10:09 AM
nampak cam bes je tp modal besar...

aidiryatim
04-10-2009, 10:13 AM
jangan baru tadi pegawai BNM buat catatan dah la ~X(~X(~X(

tp da masuk M3 tu..
1500.. 3thn 15k..untung 900% utk 3 thn
2 bln 100 ekor.. 1 thn 1 juta ekor .. sekor 1500 .. kira je la ... billionaire skyt tu

nirwana
04-10-2009, 10:31 AM
jangan baru tadi pegawai BNM buat catatan dah la ~X(~X(~X(

tu la pasal,
aku memang berminat nak invest ikan kelisa ni tapi takut BNM kacau,
aku pernah labur dlm 4 syarikat...semuanya hancuq dek BNM :((

virtualmetal
04-10-2009, 10:44 AM
pernah masuk tv ke, surat khabar tamil ke, cnn ke takde gerenti BNM tak kacau. Koperasi pun terlingkup. apa lagi syarikat biasa.

shah79
04-10-2009, 10:46 AM
tu la pasal,
aku memang berminat nak invest ikan kelisa ni tapi takut BNM kacau,
aku pernah labur dlm 4 syarikat...semuanya hancuq dek BNM :((

HAA??? YE KE BRO...???? BISNES IKAN KELISA NIH KE YG BRO MASUK???:o

virtualmetal
04-10-2009, 10:50 AM
HAA??? YE KE BRO...???? BISNES IKAN KELISA NIH KE YG BRO MASUK???:o
tak kira la bisnes apa pun sebenar nya. kalau pun betul syarikat tu jujur tetap kena jugak kalau BNM nak serbu. caj deposit haram. setel la duit korang. BNM dah mmg stail dia. dia bagi can dulu... agak2 duit dah berjuta-juta nanti dia serbu lah. ciput2 dia org tak main.

shah79
04-10-2009, 10:55 AM
la.. cam tu la pulok.... ish... nih yg aku berfikir 2,3 kali nak joint nih... baru nak tolong anak melayu utk berjaya.....

virtualmetal
04-10-2009, 11:01 AM
Belek2 thread yg dah ada. Buluh Mas, Noradz, Eastana Farm... mcm2 lah. Semua tu dah arwah. Pelabur2 tersengih-sengih je tunggu duit. Pernah ke BNM bagi refund pada investor kalau duit dah kena beku?

nirwana
04-10-2009, 11:04 AM
la.. cam tu la pulok.... ish... nih yg aku berfikir 2,3 kali nak joint nih... baru nak tolong anak melayu utk berjaya.....

aku dah fikiq 10 kali...nak kata taubat tu tak tau la pulak :o

nirwana
04-10-2009, 11:08 AM
Belek2 thread yg dah ada. Buluh Mas, Noradz, Eastana Farm... mcm2 lah. Semua tu dah arwah. Pelabur2 tersengih-sengih je tunggu duit. Pernah ke BNM bagi refund pada investor kalau duit dah kena beku?

ada yg menangis tak berlagu,
ada yg sepak kertas tepi jalan,
dan macam2 lg,
nak dpt balik duit RM10 ribu, RM20 ribu, ribu-ribu memang jauh umpama langit dgn bumi :((

shide
04-10-2009, 11:10 AM
camne bisnes ni?? malam td dah kuar majalah 3. wargh.. makin ramai la investor nanti..masyuk

edy639
04-10-2009, 11:16 AM
better usahakan perniagaan sendiri..

untung rugi, berjaya @ gagal terletak pada diri sendiri..

Dah terlalu byk corak perniagaan semacam ni.. mmg pd permulaan nmpk @ mmg ok, tp lama kelamaan akan collapse jugak.. sgt unpredictable!

LilinSticks
04-10-2009, 11:23 AM
Malam semalam masuk Majalah 3 pasal investment nie..memang berbaloi kalau berjalan spt atas agreement...cumanya risau/risiko kat Malaysia nie..BNM scammer...kalau untung byk jer nanti dia cekup atas kesalahan~ Pengambilan deposit haram~ . Jual arak takpe...x kisah dan x haram....I luv BNM.

astagold.UMOFX
04-10-2009, 11:25 AM
Belek2 thread yg dah ada. Buluh Mas, Noradz, Eastana Farm... mcm2 lah. Semua tu dah arwah. Pelabur2 tersengih-sengih je tunggu duit. Pernah ke BNM bagi refund pada investor kalau duit dah kena beku?

betul, kalau melayu buat atau masuk je, tak lama la umur, BNM mesti kacau, yg rugi pelabur la. cakap aje konon utk melindungi pelabur.

kalau nak buat, buat senyap2 aje.

eddie80
04-10-2009, 11:34 AM
pakat ramai2, suruh owner sykt tu dptkan pengesahan drpd BNM dulu, bru kita join...

shah79
04-10-2009, 04:55 PM
Firstly, tahniah buat u all atas usaha yang luarbiasa nih.
Saya berminat dgn pelaburan ni (selepas tengok kat majalah 3). Memang saya tengah mencari arowana sebenarnya tapi tak budget plak syarikat ni dah lebih maju kehadapan. Mungkin ini satu peluang buat saya. Tapi seperti biasa modal saya kurang. Akan saya usahakan nanti.

Ada beberapa soalan yang saya perlukan penjelasan dari rakan2 Cg MAHUPUN dari org2 yg berkaitan ttg projek ini...sebelum meneruskan pelaburan ni.

Harap dapat membantu.

1) Dah lama ke teknik pelaburan ni di jalankan? Dah ada ke belum org yg sudah pungut hasil dari pelabuaran mereka?

2) Lepas labur modal, ikan akan diletakkan dalam 1 kolam untuk 1 jenis ikan je, ikan tu pulak akan diternak oleh syarikat sehingga bersaiz antara 3 ke 4 inci dan barulah dijual. Soalannya, hasil jualan tu terus dapat ke pelabur ikut 50:50 tu ke? BERAPA LAMA MASA utk pelabur merasai hasil (adakah selepas 2 bulan)?

3) Dalam pasaran syarikat anda, biasanya ikan arowana jenis mana permintaan paling tinggi? (boleh bgtau ikut turutan ke).

4) 50:50 tu adalah bermula dari jualan anak ikan ke atau dikumpulkan dahulu lepas hujung bulan baru bagi ke pelabur ka? Ini akan berlangsung selama tempoh perjanjian la kan (5tahun) ?

buat masa ni tu sahaja dulu persoalannya. Harap dapat jawapan yang sejelasnya dari warga CG yg tahu ttg projek nih..
ALL THE BEST.
Semoga ALLAH memberkati usaha murni ini. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!! Very Happy

shah79
04-10-2009, 11:20 PM
aku ingatkan nak carik "sleeping partner" utk buat projek nih....
dlm 10k sorang.... share dlm 5 org.. so boleh la dpt 1 kolam jenis banjarhead ( rm 45k satu kolam)... kalau ada sape2 berminat bleh la kita discuss lebih serius... anything leh la email @ pm aku di shaminor79@gmail.com

aidiryatim
04-10-2009, 11:25 PM
ya.. suh setelkn ngan BNM dulu..sbb da tersebar 1dunia.. bkn 1 malaysia lg:)

GT
04-10-2009, 11:28 PM
BNM Sengal!!!:eek::eek::eek::eek:

bedul
04-10-2009, 11:30 PM
bnm kata salah..pasal kutip deposit tanpa kebenaran bnm.....:)):)).....kaya pun susah...miskin pun susah....

aidiryatim
04-10-2009, 11:32 PM
BNM Sengal!!!:eek::eek::eek::eek:

derang xnk makan gaji buta agaknya:)):eek:

iorichee
04-10-2009, 11:38 PM
BNM suka kacau niaga orang lain.....

asyraf77
04-10-2009, 11:43 PM
aku ingatkan nak carik "sleeping partner" utk buat projek nih....
dlm 10k sorang.... share dlm 5 org.. so boleh la dpt 1 kolam jenis banjarhead ( rm 45k satu kolam)... kalau ada sape2 berminat bleh la kita discuss lebih serius... anything leh la email @ pm aku di shaminor79@gmail.com

better try bela sendiri spasang kelisa kt umah ke sebgai hobi..pak sedare aku ckp projek kelisa kt bkit merah tu ada msalah ckit coz byk tangan..xtau la prblem cmne agaknye..wallhualam..

kerunai
04-10-2009, 11:45 PM
aku kenal tauke ni ..cina la, mana ada melayu...ketawa aje aku kalo hang cakap tauke ni melayu, melayu mana mampu nak start project camni ..memang ada kolam di bukit merah..pejabat dia di kemunting, Jalan Kemunting Jaya 2 bangunan atas, no 2

taukeh ni kaya giler, bukan bisnes ni aje dia buat, hotel legend inn taiping dia join gak...cina ni merata bisnes dia, anak2 seme antar oversea belajar ..yang paling bongsu baru balik dr Australia buat Account

kalo hangpa mai tepen, jalan tesco tu..dekat traffic light asrama sekolah KE tu, ada umah besar atas bukit,siap bonsai park macam rumah ala ala orang jepun Yakuza tu, itulah rumah taukeh ..

memang meletop bisnes arowana dia tu, kalo setakat nak buat bisnes beli sekor dua memang dia tak layan alh , sebab dia main stok eksport arowana ke luar negara, bisnes dia juta2 maa

tapi sebab ada melayu buat deal dan hidu menghidu di tepen tu, ada la kot joint venture

tapi kan, kalo dia tak joint venture pun dia dah boleh hidup kaya raya dah ..

asyraf77
04-10-2009, 11:48 PM

yup!! tokey nye tu mmg cina lah..byk kete2 mewah slalu kuar msuk situ..

bedul
04-10-2009, 11:50 PM
yup!! tokey nye tu mmg cina lah..byk kete2 mewah slalu kuar msuk situ..

biasa ahh...tokey cina...melayu jadi proxi jerr...:-?

kerunai
04-10-2009, 11:53 PM
tauke tu, umur 30 tahun baru reti baca ... kita, umur 30 tahun ada Phd pun dok jadi pencacai najis orang lagi ...itulah beza cina n melayu ...tapi aku syok dok tepen ni, sebab jarang melayu umur 30-an yg boleh stop kt traffic light, cina usha keta n driver dgn perasaan tak puas hati ...best giler bila dapat buat camtu ...;)

bisnes ni tak scam, asyraf, kita bleh buat joint2 venture carik investor ke tepen ni ..klik kt siggy aku, ada number phone,,bleh pekena TT bila2 kt Pelita ni ke...amacam ?

shah79
04-10-2009, 11:54 PM
aku kenal tauke ni ..cina la, mana ada melayu...ketawa aje aku kalo hang cakap tauke ni melayu, melayu mana mampu nak start project camni ..memang ada kolam di bukit merah..pejabat dia di kemunting, Jalan Kemunting Jaya 2 bangunan atas, no 2

taukeh ni kaya giler, bukan bisnes ni aje dia buat, hotel legend inn taiping dia join gak...cina ni merata bisnes dia, anak2 seme antar oversea belajar ..yang paling bongsu baru balik dr Australia buat Account

kalo hangpa mai tepen, jalan tesco tu..dekat traffic light asrama sekolah KE tu, ada umah besar atas bukit,siap bonsai park macam rumah ala ala orang jepun Yakuza tu, itulah rumah taukeh ..

memang meletop bisnes arowana dia tu, kalo setakat nak buat bisnes beli sekor dua memang dia tak layan alh , sebab dia main stok eksport arowana ke luar negara, bisnes dia juta2 maa

tapi sebab ada melayu buat deal dan hidu menghidu di tepen tu, ada la kot joint venture

tapi kan, kalo dia tak joint venture pun dia dah boleh hidup kaya raya dah ..
laye ke....

mati2 aku ingatkan melYU TAD,AKU PUN TAU DARI MAJALAH 3 MALAM TADI JERK.. then ada la search kat internet sikit2 carik info....:-?

asyraf77
05-10-2009, 12:06 AM
tauke tu, umur 30 tahun baru reti baca ... kita, umur 30 tahun ada Phd pun dok jadi pencacai najis orang lagi ...itulah beza cina n melayu ...tapi aku syok dok tepen ni, sebab jarang melayu umur 30-an yg boleh stop kt traffic light, cina usha keta n driver dgn perasaan tak puas hati ...best giler bila dapat buat camtu ...;)

bisnes ni tak scam, asyraf, kita bleh buat joint2 venture carik investor ke tepen ni ..klik kt siggy aku, ada number phone,,bleh pekena TT bila2 kt Pelita ni ke...amacam ?

tt jv gak ke kt b.merah tu,duk area mn..senang2 leh jmpe sembg..:D

DanielAriffin
05-10-2009, 01:03 AM
tauke tu, umur 30 tahun baru reti baca ... kita, umur 30 tahun ada Phd pun dok jadi pencacai najis orang lagi ...itulah beza cina n melayu ...tapi aku syok dok tepen ni, sebab jarang melayu umur 30-an yg boleh stop kt traffic light, cina usha keta n driver dgn perasaan tak puas hati ...best giler bila dapat buat camtu ...;)

bisnes ni tak scam, asyraf, kita bleh buat joint2 venture carik investor ke tepen ni ..klik kt siggy aku, ada number phone,,bleh pekena TT bila2 kt Pelita ni ke...amacam ?

Hello geng...
Bang.. tak perlu nak beza bangsa2 kat sini... semua org tak perfect.:)cgrock

astagold.UMOFX
05-10-2009, 01:16 AM
BNM Sengal!!!:eek::eek::eek::eek:

sebab sama nama, BN.. :)):)):)):)):)):)):)):))

MOD jr.
05-10-2009, 01:25 AM
toksah cite pasal bangsa la...tobat luga dengor...yg nyata masuk M3 saja bikin gempak je...no 1 BNM :D ..lepas BNM baru leh cite heheh tak lepas paling lame 1thn 9 bulan je :D

kapoonka
05-10-2009, 01:27 AM
tak kira la bisnes apa pun sebenar nya. kalau pun betul syarikat tu jujur tetap kena jugak kalau BNM nak serbu. caj deposit haram. setel la duit korang. BNM dah mmg stail dia. dia bagi can dulu... agak2 duit dah berjuta-juta nanti dia serbu lah. ciput2 dia org tak main.

B.M.A x byk duit. duit dia suma dlm bentuk ikan kelisa. kalo BNM serbu amek ikan kelisa tuh balik goreng.

kapoonka
05-10-2009, 01:38 AM
ayat TT x tepat tyme bkk topik neh. company neh bkn wat investment program mcm noradz, buluhmas dll. hampa ada 250k, hmpa bli induk kelisa. induk tuh hmpa pny. BMA tlg ternak n amek komisen keuntungan hasil jualan anak ikan tuh 50%.

sapa ckp kalo hmpa ada satu kolam hmpa akan jd kaya rya? x dak jaminan kelisa hmpa dpt hslkn bapa ekoq anak. terpulang pd rezeki. so, kesimpulannya ini bkn pelaburan mcm kt internet yg bersepah2 skng neh.

drp hmpa msk skim ponzi2 tuh suma, ada bek jgk hmpa bli ikan kelisa, bg BMA ternak. ada hasil ada duit..x dak hasil x dak duit. peace..

kapoonka
05-10-2009, 01:43 AM
aku ingatkan nak carik "sleeping partner" utk buat projek nih....
dlm 10k sorang.... share dlm 5 org.. so boleh la dpt 1 kolam jenis banjarhead ( rm 45k satu kolam)... kalau ada sape2 berminat bleh la kita discuss lebih serius... anything leh la email @ pm aku di shaminor79@gmail.com

count me in. :)paid:)paid:)paid

fazlee84
05-10-2009, 08:32 AM
dah meriah

aidiryatim
05-10-2009, 08:38 AM
aku kenal tauke ni ..cina la, mana ada melayu...ketawa aje aku kalo hang cakap tauke ni melayu, melayu mana mampu nak start project camni ..memang ada kolam di bukit merah..pejabat dia di kemunting, Jalan Kemunting Jaya 2 bangunan atas, no 2

taukeh ni kaya giler, bukan bisnes ni aje dia buat, hotel legend inn taiping dia join gak...cina ni merata bisnes dia, anak2 seme antar oversea belajar ..yang paling bongsu baru balik dr Australia buat Account

kalo hangpa mai tepen, jalan tesco tu..dekat traffic light asrama sekolah KE tu, ada umah besar atas bukit,siap bonsai park macam rumah ala ala orang jepun Yakuza tu, itulah rumah taukeh ..

memang meletop bisnes arowana dia tu, kalo setakat nak buat bisnes beli sekor dua memang dia tak layan alh , sebab dia main stok eksport arowana ke luar negara, bisnes dia juta2 maa

tapi sebab ada melayu buat deal dan hidu menghidu di tepen tu, ada la kot joint venture

tapi kan, kalo dia tak joint venture pun dia dah boleh hidup kaya raya dah ..

xsilap sy dengar kt m3 .. satu2 nya sykt bumi? ..so yg derang sibuk nk join venture nih melayu nyer co. ke sy salah dengar:-?
leh try tgk kt web tibi puaka niyang rapik tu.. xpn klu sempat sy uplod kt utube

aes
05-10-2009, 08:59 AM
teringin jgk nak join tp takut BNM kacau je.
..

ed_zero
05-10-2009, 09:07 AM
anak ikan sekor rm1500 sekor..klu mati sakit pale..huhu...klu rm1500 dpt 10 ekor ok la jgak..:D

alliyaz
05-10-2009, 09:21 AM
mmg kaya la bisness ikan kelisa ni...beli 5k time ni...3 tahun lg dah jd 15k...aku mampu nengok je la..

aes
05-10-2009, 09:27 AM
mmg kaya la bisness ikan kelisa ni...beli 5k time ni...3 tahun lg dah jd 15k...aku mampu nengok je la..

nak tunggu 3 tahun tu yg takut melalui saat2 yang menakutkan
..

cp_rac
05-10-2009, 09:29 AM
huh besar plaburan tu..

tapirbawaklori
05-10-2009, 09:34 AM
kah kah....kalau ader yang join jugak aku tak tau la nak cakap apa....dah banyak kes kes menipu...

ceria28
05-10-2009, 09:36 AM
Sentiasa berhati2. Dimana2 ada risikonya.

tapirbawaklori
05-10-2009, 09:36 AM
tp da masuk M3 tu..
1500.. 3thn 15k..untung 900% utk 3 thn
2 bln 100 ekor.. 1 thn 1 juta ekor .. sekor 1500 .. kira je la ... billionaire skyt tu

tuan,MPSB dulu pun masuk tv3 gak...masuk buletin utama lagi...siap promote..tv3 promote lagi.....alih alih ...lingkup gak....

proses mengumpul harta rakyat sedang bermula kembali :)

tapirbawaklori
05-10-2009, 09:39 AM
pakat ramai2, suruh owner sykt tu dptkan pengesahan drpd BNM dulu, bru kita join...

KOPEDIK pun dapat pengesahan dari BNM gak...hancur gak last skali...

ayip
05-10-2009, 09:44 AM
nampak flow cerita...macam ok...

senario :
-untung...2 ekor...kena bahagi sama rata ngan syarikat...katakan 1 ekor juai RM 2500....2 ekor..juai RM 5000....pelabur dapat RM 2500...syarikat dapat RM 2500 jugak...

kesimpulannya keuntungan sama rata

-rugi...yang nie tak di cerita plak...kalau ikan mati...sape perlu tanggung???adakah sama rata atau berpihak pada investor sj...jika hanya investor...??

ini bermakna...pelaburan adalah scam...

tu pandangan sy...

mahdzer
05-10-2009, 09:50 AM
ada gamba x ? aku pun ada bela sekor ikan kelisa ni

nadiswake
05-10-2009, 10:29 AM
aku x der le terlibat membela ikan, tp tanah arwah atuk aku dipawah tuk bisnes ni. ok.ke tak bisnesnya aku taktau

shah79
05-10-2009, 10:29 AM
ermm.. mcm2 pandangan jgk ya....:-?

nih yg buat aku berfikir panjannnngggg.............:)

ayip
05-10-2009, 10:40 AM
mungkin web nie dpt membantu pelabur2 daripada menjadi pelebur...

http://www.min.com.my/min/article.aspx?menu=4&menuAttch=66&sec=article

shah79
05-10-2009, 10:49 AM
mungkin web nie dpt membantu pelabur2 daripada menjadi pelebur...

http://www.min.com.my/min/article.aspx?menu=4&menuAttch=66&sec=article

waa.. satu info yg bagussss... akn ku kaji lagi dgn lebih mendalam.....:)cgrock

habiburrahman
05-10-2009, 10:50 AM
aku ada tgk kat Majalh3 hari tu...

sarwanaj
05-10-2009, 11:01 AM
Yup keluar kat majalah 3 hari sabtu lepas...
pergh..modal besar sangat ...kalau ikan mati ada insurance ke...

shah79
05-10-2009, 11:14 AM
kalau aku nak test market.. maybe aku beli 2 @ 3 ekor dulu kot.....

sowhat
05-10-2009, 11:36 AM
Salam..
Aku nak tanya je ada sapa2 tahu detail pasal ikan kelisa ni.
Aku ada terbaca satu artikel mengatakan ikan kelisa bertelur sekali je
dalam setahun.
So macam mana pulak nak dapat pulangan setiap 2 bulan... artikel tu pun
ada kata biasanya bertelur bulan Oktober kekadang Mac... sekadar bertanya.

kama_rull
05-10-2009, 11:47 AM
nampak flow cerita...macam ok...

senario :
-untung...2 ekor...kena bahagi sama rata ngan syarikat...katakan 1 ekor juai RM 2500....2 ekor..juai RM 5000....pelabur dapat RM 2500...syarikat dapat RM 2500 jugak...

kesimpulannya keuntungan sama rata

-rugi...yang nie tak di cerita plak...kalau ikan mati...sape perlu tanggung???adakah sama rata atau berpihak pada investor sj...jika hanya investor...??

ini bermakna...pelaburan adalah scam...

tu pandangan sy...

aku setuju ngan pandangan ko, ada logik jugak. Kalau syarikat tu dah kaya, ada duit berbilion-bilion, kenapa nak cari pelabur pulak?

kama_rull
05-10-2009, 11:49 AM
kalau aku nak test market.. maybe aku beli 2 @ 3 ekor dulu kot.....

Cara yang terbaik.... bela sendiri... lepas tiga tahun... jual balik :)cgrock

ayip
05-10-2009, 12:36 PM
aku setuju ngan pandangan ko, ada logik jugak. Kalau syarikat tu dah kaya, ada duit berbilion-bilion, kenapa nak cari pelabur pulak?

itu sbb jika konsep perkongsian...dalam keuntungan...perlu diselitkan kerugian...??

tak kan syarikat hanya berkongsi keuntungan semata2...ttp tang kerugian...investor tanggung plak...tu tak adil namanya???

tp bagaimana jika kita inbest...tup2 syarikat calling2 pas 2 bulan...bagi tau...ikan kena infected kuman...life time tinggal 1/2 ari jer...:D

apa perasaan anda???masa tu...sudah kuaq kan 20K maaa...oppsss...baka baik...RM200k maaa....

cuma kena review balik...konsep pawah ke...kongsi ke...apa2 pun...kena tau..risk yang diterima bile melabur...

'jgn melebur ek...'

kapoonka
06-10-2009, 03:53 AM
nampak flow cerita...macam ok...

senario :
-untung...2 ekor...kena bahagi sama rata ngan syarikat...katakan 1 ekor juai RM 2500....2 ekor..juai RM 5000....pelabur dapat RM 2500...syarikat dapat RM 2500 jugak...

kesimpulannya keuntungan sama rata

-rugi...yang nie tak di cerita plak...kalau ikan mati...sape perlu tanggung???adakah sama rata atau berpihak pada investor sj...jika hanya investor...??

ini bermakna...pelaburan adalah scam...

tu pandangan sy...

ikan mati, tuan pny (investor) yg tanggung.

ikan hilang company yg tanggung.

ikan mati tp x jmp bangkai company tanggung jgk.

hrp dpt membantu..

kapoonka
06-10-2009, 03:57 AM
Salam..
Aku nak tanya je ada sapa2 tahu detail pasal ikan kelisa ni.
Aku ada terbaca satu artikel mengatakan ikan kelisa bertelur sekali je
dalam setahun.
So macam mana pulak nak dapat pulangan setiap 2 bulan... artikel tu pun
ada kata biasanya bertelur bulan Oktober kekadang Mac... sekadar bertanya.

yup..mmg btol kelisa b'telur skali setaun. lepas induk betina betina b'telur, induk jantan akan telan telur tuh utk dieram.

company akan bkk mulut ikan kelisa tuh 2 bln sekali utk kuarkn anak. sapa yg tgk M3 ada dia tunjuk cmna depa bwk kuaq anak drp mulut induk jantan.

anak yg da bley berenang bley tros market.

kapoonka
06-10-2009, 04:00 AM
itu sbb jika konsep perkongsian...dalam keuntungan...perlu diselitkan kerugian...??

tak kan syarikat hanya berkongsi keuntungan semata2...ttp tang kerugian...investor tanggung plak...tu tak adil namanya???

tp bagaimana jika kita inbest...tup2 syarikat calling2 pas 2 bulan...bagi tau...ikan kena infected kuman...life time tinggal 1/2 ari jer...:D

apa perasaan anda???masa tu...sudah kuaq kan 20K maaa...oppsss...baka baik...RM200k maaa....

cuma kena review balik...konsep pawah ke...kongsi ke...apa2 pun...kena tau..risk yang diterima bile melabur...

'jgn melebur ek...'

btol tuh. aku stju. pk baik2. high risk high return. jgn tamak sgt. kalo nk JV pon, just amek banjar red ja. :)cgrock:)cgrock

kapoonka
06-10-2009, 04:05 AM
sapa nk kongsi ngan aku bkk satu kolam kelisa banjar red kt Bukit Merah Aqualculture bley ar PM aku. hrga satu kolam 45K. minimum JV 5K. :)cgrock:)cgrock:)cgrock

ayip
06-10-2009, 09:42 AM
ikan mati, tuan pny (investor) yg tanggung.

ikan hilang company yg tanggung.

ikan mati tp x jmp bangkai company tanggung jgk.

hrp dpt membantu..

haaa....nie yang baguih nie...

ada story board...baru lar ketelusan nak inbest...

so...inbestor bleh lar renungkan tuk inbest...
:D

thetu5
06-10-2009, 09:59 AM
nilah yang dipanggil peleburan bermusim..

macam2 ada..balak sertang,pisang berangan,serai,keli,cendawan,kereta sewa,lintah,etc..latest arowana plak..:)cgrock

malaysia, pusat transit PELEBURAN ASIA #:-S

shah79
08-10-2009, 07:30 PM
hmm...:-? macam2 ya.....

hondapuma
08-10-2009, 07:41 PM
kan baguih buat sendiri

shah79
08-10-2009, 08:49 PM
sapa nk kongsi ngan aku bkk satu kolam kelisa banjar red kt Bukit Merah Aqualculture bley ar PM aku. hrga satu kolam 45K. minimum JV 5K. :)cgrock:)cgrock:)cgrock

menarik nih....

kapoonka
09-10-2009, 01:10 AM
kan baguih buat sendiri

mmg bgs kalo wat sndri. tp knowledge psl kelisa kna tggi. teknik nk kuarkn anak drp mulut induk bkn suma org bley wat. sdgkn BMA pny staff pon x suma bley wat. peace..

SIRAHUTARA
09-10-2009, 01:51 AM
ikan kelisa ni dah ada market ke

kapoonka
09-10-2009, 02:08 AM
ikan kelisa ni dah ada market ke

market worldwide..

kapoonka
09-10-2009, 02:11 AM
http://www.dapat.net/arowanadragonfish

http://bmaquaculture.blogspot.com/2008/06/bukit-merah-aquaculture.html

cni ada dua link utk info arowana kt bukit merah. jgn ada yg konpius ckp BMA neh company cha ya nun alip lak. mmg kt bukit merah ada company cha ya nun alip tp bkn BMA.

hrp dpt membantu..

albana
09-10-2009, 03:04 AM
skim pawah kelisa ni dah lama dah aku ingat dah 15 thn lebeh,memang ramai org kat kawasan sekitar kaya raya yg pandai ambil peluang setakat cardina,bmw,merc dan seangkatan nya bersepah kat situ
ada 1 haji kawasan alor pongsu,kubu gajah asset ikan dia 3 billion tapi dok balut rokok daun selamber aje atas pangkin ptg2

shah79
10-10-2009, 09:37 AM

BIAR BETIK NIH.....:)cgrock bleh kenalkan kat aku tak pak haji nih.. nak interview sket...:D

terkuat
10-10-2009, 05:43 PM
serik la aku buat benda2 macam ni.. Manager Bank negara yg buat rush tu sendiri sembang dgn aku. Jgn senang nak masuk mana2 pelaburan.Elok buat kerja perah keringat sendiri lepas tu dpt hasil, jual dpt untung.Itu yang terbaik. Melayu semua nak ambil mudah. Berniaga tak nak. Jadi sleeping partner. Bagi duit modal kat org, lepas tu BNM serbu. Akaun kena freeze. 1 sen apah pun x dpt. Mula berputih mata. Saje peringatan kt warga CG semua, kalau nak berniaga kita wujudkan 1 jaringan perniagaan. Sapa rasa banyak sangat duit tu, tlgla insan yg takde duit dengan mewujudkan peluang perniagaan.. Jangan habiskan duit anda dengan melabur..Ramai Melayu kita yang terkandas.Ada duit melabur tapi tak ada hasil. Lg 1 pesanan, kita orang Melayu jangan tipu sesama kita. Mari kita sama2 tlg antara kita bangkitkan ekonomi kita semula.

kapoonka
10-10-2009, 05:48 PM

bgs peringatan bro. psn kt BNM sama, nk nk kaco periuk nasik org melayu ja..:(scam:(scam

taufic
10-10-2009, 05:50 PM
market worldwide..

market worldwide?
bule wat francais ni

hondapuma
10-10-2009, 05:53 PM
sebenarnya sistem pawahni x delah scam..kalau betul ikut rule dia..tokey pawah ni gunakan kemahiran dia untuk buat biz..tapi yang niat nak scam tu lain cite..tapi sbbkan rule BNM..jadi lain plak..ialah..kita tak pandai main saham..masuk asb..kita x pandai bela jual ikan kelisa...investjela

kapoonka
10-10-2009, 05:56 PM
market worldwide?
bule wat francais ni

boleh. kalo air kt area yg bro nk bela sesuai utk pawah kelisa. :)cgrock:)cgrock:)cgrock

taufic
10-10-2009, 05:59 PM
boleh. kalo air kt area yg bro nk bela sesuai utk pawah kelisa. :)cgrock:)cgrock:)cgrock

bule crita lagi? cemana?
ada kursus?

yusry2007
11-10-2009, 12:32 PM
http://bmaquaculture.blogspot.com/2008/06/bukit-merah-aquaculture.html

try check...

kapoonka
12-10-2009, 12:05 AM
bule crita lagi? cemana?
ada kursus?

susa bro..yg bela sekor2 dlm akuarium pon mati. ini kn pawah. :(:(

ayop
01-12-2009, 01:45 PM
http://img694.imageshack.us/img694/793/surat3kelisamati.jpg

kenapa pihak syarikat tak insurankan setiap ikan yg pelabur beli tu? dapat la mengurangkan risiko pelabur.. sebab pihak insuran akan membuat siasatan sebab apa kematian tu.. sekadar cadangan...

shah79
02-12-2009, 06:57 PM
http://img694.imageshack.us/img694/793/surat3kelisamati.jpg

kenapa pihak syarikat tak insurankan setiap ikan yg pelabur beli tu? dapat la mengurangkan risiko pelabur.. sebab pihak insuran akan membuat siasatan sebab apa kematian tu.. sekadar cadangan...

mana dapat dokumen tuh bro..????
ada kawan bro yg dah masuk ke???

azmi8888
08-12-2009, 04:51 PM
http://img694.imageshack.us/img694/793/surat3kelisamati.jpg

kenapa pihak syarikat tak insurankan setiap ikan yg pelabur beli tu? dapat la mengurangkan risiko pelabur.. sebab pihak insuran akan membuat siasatan sebab apa kematian tu.. sekadar cadangan...

ikan boleh diinsuran kan ke? menarik jugak kalau boleh diinsuran... syarikat insuran mana yg sanggup? :-?

megat kompang
18-08-2013, 11:07 AM
mcm nak join jerr ternak ikan kelisa niii

khairul385
18-08-2013, 11:39 AM
aku tengok ramai pengusaha ikan kelisa nak jual projek..

ada masalah apa ye?

rizaloAroyo
18-08-2013, 02:33 PM
Pakcik aku dah msk wat 120k loan..tp blk raya td dia bgtau dah jual msh xcover loan. Katanya permintaan ikan kelisa dah krg. Kalu sapa2 nak invest tu wat kajian dulu. Tq