View Full Version : Rangsangan ‘kopi maut’
Sony_Boy
30-01-2008, 06:26 PM
takde pulak citer kopi brand mana.. yang iklan jin tu ke? ke ke ke..
Harian Metro (http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20080130090054/Article)
KUALA LUMPUR: Penggemar minuman kopi segera dinasihat berwaspada berikutan kemunculan ‘kopi maut’ yang sengaja dicampurkan bahan kimia berbahaya, sintetik sildenafil nitrat, yang boleh menyebabkan mereka mati mengejut selepas meminumnya.
Kopi campuran berkenaan kononnya diadun dengan herba asli seperti gingko biloba, ginseng dan pelbagai herba lain, walhal ia sebenarnya hanya gimik untuk meyakinkan pengguna ia mampu merangsang nafsu seks.
Kewujudan kopi terbabit disedari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan selepas menerima aduan orang ramai berhubung kesan negatif mengambil minuman itu.
Susulan maklumat diterima, pegawai penguat kuasa farmasi menjalankan risikan bagi mengesan pengedar kopi dalam peket yang diedarkan melalui jualan langsung itu.
Penguat kuasa mengesan pejabat pengedar serbuk kopi terbabit di Metro Prima Puchong, dekat sini, sebelum berpura-pura ingin menjadi ejen syarikat itu.
Bagaimanapun, eksekutif syarikat jualan langsung itu menetapkan syarat supaya pegawai farmasi yang menyamar itu tidak menjualnya di restoran mamak berikutan hak penjualan kepada kedai makanan dimonopoli mereka.
Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi berkata, pegawai yang menyamar itu ditawarkan kopi berkenaan pada harga RM4 sepeket sebelum dijual di pasaran pada harga RM5 sepeket.
Menurutnya, pegawai itu membeli kopi terbabit sebelum menghantar sampel ke makmal dan disahkan mengandungi racun berjadual sindenafil nitrat yang turut digunakan untuk menghasilkan pil Viagra.
“Berdasarkan bukti diperoleh, sepasukan pegawai penguat kuasa farmasi menyerbu syarikat itu jam 11 pagi, semalam.
“Kehadiran pegawai farmasi memeranjatkan lima pekerja syarikat jualan langsung terbabit yang diserbu sebaik memulakan operasi awal pagi semalam,” katanya.
Hasil pemeriksaan, pegawai farmasi menemui 3,391 peket kopi berkenaan yang disimpan di stor syarikat terbabit.
“Siasatan mendapati pihak pengedar cuba memperdaya pengguna dengan meletakkan logo halal dan label Amalan Pengilangan Baik (GMP) pada peket kopi dijual.
“Selain itu, setiap peket kopi seberat 25 gram turut menggunakan motto ‘kuat, tahan dan sihat’ bagi menunjukkan seolah-olah ia produk makanan kesihatan,” katanya.
Sementara itu, seorang eksekutif syarikat jualan langsung terbabit berusia 20-an memberi alasan tidak mengetahui kopi terbabit berbahaya berikutan pembekalnya mendakwa ia dihasilkan daripada kopi terpilih dan herba tempatan.
Lelaki itu memberitahu, kopi terbabit yang dibekalkan sebuah syarikat di Cheras di sini, mendapat permintaan menggalakkan daripada pengusaha kedai mamak dan restoran sejak mula dipasarkan setahun lalu.
“Lelaki itu memberitahu baru sebulan menerima stok kopi terbabit daripada pengedar, namun kami percaya ia sudah lebih setahun diedarkan kepada orang ramai,” katanya.
Menurutnya, apa yang menakutkan pengguna yang mengambil kopi yang dicampur sebatian sildenafil menghadapi risiko maut.
“Ia amat berbahaya, terutama kepada mereka yang menghidapi darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan. Produk mengandungi kimia itu sangat berbahaya kerana tekanan darah boleh menjadi terlalu rendah.
“Selain itu, boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit kepala, gangguan perut dan penglihatan serta sakit otot. Malah, ia mampu merebak kepada penyakit hati dan buta,” katanya.
Menurutnya, penjual atau pengedar produk seperti itu boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah Pindaan 2000.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau dua tahun penjara mengikut Akta Racun 1957 dan denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara.
miXxer
30-01-2008, 06:30 PM
kopi ni dgn kopi dangdut mano laie sodap?
BetaMaker
30-01-2008, 06:38 PM
mcm2 zaman sekrang nih..
kopi org duk minum dicampur racun
ape kejadahnye:(scam :(scam :(scam :(scam :(scam
watakutama
30-01-2008, 06:45 PM
bagitau ajela jenama apa kalo betul2 nak lindungi pengguna..apa la diorg nih..buat jenama yg lain2 tu tergugat jer..
mr_compiler
30-01-2008, 06:47 PM
bagitau ajela jenama apa kalo betul2 nak lindungi pengguna..apa la diorg nih..buat jenama yg lain2 tu tergugat jer..
betul tu...
bagi tau jenama apa kopi tu...
senang skit pengguna nak siasat...
buat suspend laaa pulakk...
meerul
30-01-2008, 07:40 PM
bukan kopi power yg ada iklan jin tu ker?
M.Scofield
30-01-2008, 08:06 PM
tak lain tak bukan kerje si mata sepet berak tak cebok tu lah apa lagi.. makin hari makin melampau diorang..nak bg kita miskin nak sorang2 mampos..
mata sepet :(scam
akmalnizam
30-01-2008, 08:27 PM
aku search "kuat,tahan dan sihat" tadi...
aku jumpe nih...
http://www.jai2u.com/index.php?action=vthread&forum=13&topic=59
http://www.extrememan2u.com/
checkla...
mattop
30-01-2008, 08:33 PM
insyallah bukan yg ini...:D
kopi yg nie tak jual sepeket rm5...
aku search "kuat,tahan dan sihat" tadi...
aku jumpe nih...
http://www.jai2u.com/index.php?action=vthread&forum=13&topic=59
http://www.extrememan2u.com/
checkla...
blitz5755
30-01-2008, 08:48 PM
makan je pil kuda kalau nak kuat sgt..xtrem man sama mahai mcm pil kuda :p
Boncoi
30-01-2008, 09:01 PM
"Kopi Bagus" tu ke. kalau kopi ni memang dijual rm5 pun. terdapat di kedai mamak. selepas 1/2 jam aku minum terasa pening dan mengantuk. tak tahulah kot ada yang lain plak
mattop
30-01-2008, 09:03 PM
yer ker? sori... tak tau.. tak pernah makan or bli pil kuda... :D
makan je pil kuda kalau nak kuat sgt..xtrem man sama mahai mcm pil kuda :p
frigid03
30-01-2008, 09:19 PM
nasib baik xgemar sgt minum kopi..
kalo minum pon neskepe jek..tu pon time ngantuk gile stay up nk siapkn assignment/study:D :D
aku search "kuat,tahan dan sihat" tadi...
aku jumpe nih...
http://www.jai2u.com/index.php?action=vthread&forum=13&topic=59
http://www.extrememan2u.com/
checkla...
extremen takder gingko biloba..spatutnya dah tau confirm ada racun kena cakap kopi apa...kang terminum nahas rakyat jelata .. company buh racun dalam kopi siap buat mlm gini takkan nak tolong cover lagi...
dienbiz
30-01-2008, 09:49 PM
makan je pil kuda kalau nak kuat sgt..xtrem man sama mahai mcm pil kuda :p
Atau nak lagi kuat, makan dengan kuda2nya sekali..:eek: :))
dienbiz
30-01-2008, 09:52 PM
Aku ada hantar email kepada penulis dalam Metro tu tapi sampai sekarang masih tak balas2 lagi. Teruk betul dah tahu bahaya tapi tak nak bagi tahu jenama apa, takut kena saman kot...:-?
Ayoooooo...kopi maut tu...ish...
nikju
31-01-2008, 02:16 PM
Ader Gak Dgr Pasal Kopi ....
Dikenali Sebagai Kopi Tok Lebai ..
Ader Kenkawan Cakap Rangsangggg Bro...
nasib baik xgemar sgt minum kopi..
kalo minum pon neskepe jek..tu pon time ngantuk gile stay up nk siapkn assignment/study:D :D
ala.. ko tak yah ler minum kopi kang ko jd jantan pula...
irsaffy
31-01-2008, 06:35 PM
ala.. ko tak yah ler minum kopi kang ko jd jantan pula...
hahahaha....:eek: :eek: dier kena minum kacip fatimah ler..:))
melbo2820
31-01-2008, 07:43 PM
hahahaha....:eek: :eek: dier kena minum kacip fatimah ler..:))
Minum kacip fatimah,hehehe,nanti jadi makhluk 2 alam la...siang menjadi manusia,malam menjadi ular...:eek: :eek: :eek: jgn marah bro.:D
dienbiz
01-02-2008, 12:24 PM
Ok, aku dah dapat jenama kopi tu,
jenama kopi itu adalah KOPI PAHLAWAN:(scam
- SUMBER HARIAN METRO
Blues
01-02-2008, 12:28 PM
betul tu...
bagi tau jenama apa kopi tu...
senang skit pengguna nak siasat...
buat suspend laaa pulakk...
Hari tu ada kawan aku dok offer kopi yg lebih kurang mcm ni gak.. Harga pun RM5 sepeket.. Maybe yg ni dah kot.. Aku lupa lak brand apa.. Nasib baik aku x beli sebab pk x perlu pun :)) dan maybe ada kesan sampingan
irsaffy
01-02-2008, 02:59 PM
Ok, aku dah dapat jenama kopi tu,
jenama kopi itu adalah KOPI PAHLAWAN:(scam
- SUMBER HARIAN METRO
fuhh lega...den igtkan kopi Super power...."Kamu Mahu Power"...:D :D
Ok, aku dah dapat jenama kopi tu,
jenama kopi itu adalah KOPI PAHLAWAN:(scam
- SUMBER HARIAN METRO
Kopi Pahlawan??? Tak pernah dengar pun jenama ni...maybe ia hanya dijual kat warung atau kedai runcit je kot?
tOksiak
02-02-2008, 02:32 PM
tiru mcm saya.......pakai brg HPA....mai secewen.....
ignorexx
02-02-2008, 02:58 PM
layam nes o ais jer... thn ngantok.. kekekeke
korang makan pil kuda dapat apa? dapat lentok pastu dapat gelang besi adale. Makan extremen depa kata dapat sedap pastu dapat duit sampai 5 digit(kalau rajin la)
SedBen
19-02-2008, 10:43 PM
Nak kuat lah sangat :(scam
atlantis
19-02-2008, 10:47 PM
bahaya betul cara metro tu citer..
macam dah ramai orang mati sebab minum kopi tu..
berapa orang dah mati ek? metro ada statistik ? :">
zinedine
20-02-2008, 12:46 PM
Perhatian Kepada Semua Orang Islam!!!
Kopi Pahlawan Berbahaya. Ia Adalah Kopi Pembunuh Seperti Dlm Berita Harian Metro. Elakkan Dari Minum Kopi Ini.
Kopi Pahlawan Hukumnya Haram. Kopi Pahlawan = Arak Hukum Haramnya.
rotok
21-02-2008, 12:02 AM
kalo leh paste SS copy tu kan baguih
nazim5123
21-02-2008, 06:56 PM
company mana yan gkuar kan kopi beracunni
bagitau ajela jenama apa kalo betul2 nak lindungi pengguna..apa la diorg nih..buat jenama yg lain2 tu tergugat jer..
aaa..takut trbeli lak kat market nant kasi hsbnd aku minum..
trus x power da..:D :D :D
kalau
27-03-2008, 12:24 AM
dpt aku bayang kan ruper bungkus kopi tuh. warna die itam, ader cop kopi pahlawan, bawah die ader cop tengkorak ngan tulang pangkah. ader gitu ker?
sam_43000
27-03-2008, 03:22 PM
aaa..takut trbeli lak kat market nant kasi hsbnd aku minum..
trus x power da..:D :D :D
Kalau nak power, kasi dia pill spring returns ...berdegung!!! :D :D

ish!!.ko ni sam..ke sinun plak..huhu:p :p :p
simpler
27-10-2008, 06:33 AM
http://img389.imageshack.us/img389/6822/kopipahlawanif9.jpg (http://img389.imageshack.us/my.php?image=kopipahlawanif9.jpg)
http://img389.imageshack.us/img389/kopipahlawanif9.jpg/1/w287.png (http://g.imageshack.us/img389/kopipahlawanif9.jpg/1/)
kopi 'kaw' yg beracun!!!!!
:(scam:(scam
JiwaTenang
27-10-2008, 06:42 AM
aiseh...aku pnah minum la kopi sepeket 4 ringgit tu...tapi rase bukan yg tu kot..sbb rase dia mmg herba betul...mcm kari mamak bau dierrrr..
AMICO66
27-10-2008, 07:27 AM
tiru mcm saya.......pakai brg hpa....mai secewen.....
setuju....aku pun dah tukar ke radix....meh secawan.:d
sbwmali
27-10-2008, 08:33 AM
nasib baik aku minum lipton tea je.
harraz asyraaf
27-10-2008, 08:36 AM
takde pulak citer kopi brand mana.. yang iklan jin tu ke? ke ke ke..
Harian Metro (http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20080130090054/Article)
KUALA LUMPUR: Penggemar minuman kopi segera dinasihat berwaspada berikutan kemunculan ‘kopi maut’ yang sengaja dicampurkan bahan kimia berbahaya, sintetik sildenafil nitrat, yang boleh menyebabkan mereka mati mengejut selepas meminumnya.
Kopi campuran berkenaan kononnya diadun dengan herba asli seperti gingko biloba, ginseng dan pelbagai herba lain, walhal ia sebenarnya hanya gimik untuk meyakinkan pengguna ia mampu merangsang nafsu seks.
Kewujudan kopi terbabit disedari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan selepas menerima aduan orang ramai berhubung kesan negatif mengambil minuman itu.
Susulan maklumat diterima, pegawai penguat kuasa farmasi menjalankan risikan bagi mengesan pengedar kopi dalam peket yang diedarkan melalui jualan langsung itu.
Penguat kuasa mengesan pejabat pengedar serbuk kopi terbabit di Metro Prima Puchong, dekat sini, sebelum berpura-pura ingin menjadi ejen syarikat itu.
Bagaimanapun, eksekutif syarikat jualan langsung itu menetapkan syarat supaya pegawai farmasi yang menyamar itu tidak menjualnya di restoran mamak berikutan hak penjualan kepada kedai makanan dimonopoli mereka.
Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi berkata, pegawai yang menyamar itu ditawarkan kopi berkenaan pada harga RM4 sepeket sebelum dijual di pasaran pada harga RM5 sepeket.
Menurutnya, pegawai itu membeli kopi terbabit sebelum menghantar sampel ke makmal dan disahkan mengandungi racun berjadual sindenafil nitrat yang turut digunakan untuk menghasilkan pil Viagra.
“Berdasarkan bukti diperoleh, sepasukan pegawai penguat kuasa farmasi menyerbu syarikat itu jam 11 pagi, semalam.
“Kehadiran pegawai farmasi memeranjatkan lima pekerja syarikat jualan langsung terbabit yang diserbu sebaik memulakan operasi awal pagi semalam,” katanya.
Hasil pemeriksaan, pegawai farmasi menemui 3,391 peket kopi berkenaan yang disimpan di stor syarikat terbabit.
“Siasatan mendapati pihak pengedar cuba memperdaya pengguna dengan meletakkan logo halal dan label Amalan Pengilangan Baik (GMP) pada peket kopi dijual.
“Selain itu, setiap peket kopi seberat 25 gram turut menggunakan motto ‘kuat, tahan dan sihat’ bagi menunjukkan seolah-olah ia produk makanan kesihatan,” katanya.
Sementara itu, seorang eksekutif syarikat jualan langsung terbabit berusia 20-an memberi alasan tidak mengetahui kopi terbabit berbahaya berikutan pembekalnya mendakwa ia dihasilkan daripada kopi terpilih dan herba tempatan.
Lelaki itu memberitahu, kopi terbabit yang dibekalkan sebuah syarikat di Cheras di sini, mendapat permintaan menggalakkan daripada pengusaha kedai mamak dan restoran sejak mula dipasarkan setahun lalu.
“Lelaki itu memberitahu baru sebulan menerima stok kopi terbabit daripada pengedar, namun kami percaya ia sudah lebih setahun diedarkan kepada orang ramai,” katanya.
Menurutnya, apa yang menakutkan pengguna yang mengambil kopi yang dicampur sebatian sildenafil menghadapi risiko maut.
“Ia amat berbahaya, terutama kepada mereka yang menghidapi darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan. Produk mengandungi kimia itu sangat berbahaya kerana tekanan darah boleh menjadi terlalu rendah.
“Selain itu, boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit kepala, gangguan perut dan penglihatan serta sakit otot. Malah, ia mampu merebak kepada penyakit hati dan buta,” katanya.
Menurutnya, penjual atau pengedar produk seperti itu boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah Pindaan 2000.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau dua tahun penjara mengikut Akta Racun 1957 dan denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara.
oer ceita...bgi jerla nama kopi uh..kala dh leh akitkan mau..ena lah sebut nama kopi yg terlibat...tak pasal2 nanti semua kopi pun terlibat sama...
apalah budo punyer pemberita....tadak etika langsong!!!1
einazree
27-10-2008, 08:38 AM
oer ceita...bgi jerla nama kopi uh..kala dh leh akitkan mau..ena lah sebut nama kopi yg terlibat...tak pasal2 nanti semua kopi pun terlibat sama...
apalah budo punyer pemberita....tadak etika langsong!!!1
betul tu aku sokong kau,jenama kopi tak bagitau pun :mad::mad::mad::mad:
zinedine
27-10-2008, 06:07 PM
oer ceita...bgi jerla nama kopi uh..kala dh leh akitkan mau..ena lah sebut nama kopi yg terlibat...tak pasal2 nanti semua kopi pun terlibat sama...
apalah budo punyer pemberita....tadak etika langsong!!!1
Kopi tu namanya "Kopi Pahlawan".
Ni gambornya:
http://i133.photobucket.com/albums/q44/zinedine107/147371_200803070304591.jpg
Adika
27-10-2008, 06:11 PM
kengkawan ada maklumat ttg kopi tok lebai x?
peija06
27-10-2008, 06:14 PM
Kopi tu namanya "Kopi Pahlawan".
Ni gambornya:
http://i133.photobucket.com/albums/q44/zinedine107/147371_200803070304591.jpg
kopi ni ke?gerai sape plak yg jual lg kopi ni?:">
smbil 2 tryla dlu speket..kot2 dia dh ikut stendet dlm campuran dia..
yg dulu 2 dh lame dah..:))
clorox_bersih
27-10-2008, 07:29 PM
kopi ni ke?gerai sape plak yg jual lg kopi ni?:">
smbil 2 tryla dlu speket..kot2 dia dh ikut stendet dlm campuran dia..
yg dulu 2 dh lame dah..:))
:)):)) mmg maut la kene kopi ni..mana ada kilang proses..
packing kat rumah jek..kat serdang ke,sri kembangan tah
menteri kewangan
27-10-2008, 08:26 PM
nasib baik aku minum lipton tea je.
aku layan sumer..tp kalau x layan kopi pon,aku still lg kuat tahan n sihat...:D:)):))
ratusanRM
27-10-2008, 08:37 PM
reveal la jenama kopi maut ni :o:o:o
vBulletin® v3.7.3, Copyright ©2000-2010, Jelsoft Enterprises Ltd.