PDA

View Full Version : ::bankruptcy::muflis::bankrup::

rizzmerr76
17-01-2008, 11:18 PM
Di isytihar muflis atau bankruptcy tentu menjadi igauan buruk semua orang..
Sesiapa warga CG yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang prosedur bankruptcy bleh la kongsi ilmu bersama tentang
i) Jumlah minima yg boleh di isytihar bankrup
ii) kesan setelah di isytihar bankrup
iii) jalan penyelesaian

dan berbagai persoalan yg berkaitan dgn bankrup...
:) :)cgrock :)cgrock :)

x larat plak nk bc yg atas ni..huhuhu amaun utk bankrup adalah RM30,000 ke atas..30k tu including interest..cthnye principal 26k,pastu kena penghakiman ingkar..pastu 8% interest dr rm26k tu akan dikira dr tarikh penghakiman ingkar..x lama kemudian akan cukup la rm30k tu..so,loyer ble start banckruptcy proceeding against d judgment debtor..so,bila dh dpt bankruptcy notice,cepat2 la p setle..

ada keadaan yg mana hutang tu ble dikira sbg hutang lapok..cthnya kausa tindakan (tarikh kita last byr hutang)adalah pd 1/1/11..6 tahun kemudian, hutang tu akan jd hutang lapuk kalau x dituntut oleh bank..so, pd 31/12/2017,klu bank x tuntut,bank xle tuntut dah sbb berdasarkan LIMITATION ACT,penghutang hny bole menuntut hutang tu dlm tempoh 6 tahun dr tarikh kausa tindakan terakru..waaaahhh ayat terlalu legal...
so,selamat la hampa di dunia yg fana ini..akhirat x selamat yeaaaaaa...

keadaan kedua,kalau bank dh dapatkan penghakiman ingkar against penghutang..cthnya JID(nama singkatan utk judgment in default=penghakiman ingkar) pd 1/1/2011...bank ada 12 tahun utk execute/melaksanakan penghakiman ingkar ni..bankrupt ni hny ble dibuat kepada individu..selain banktrupt,cara yg lain adalah JDS/judgment debtor summon=saman penghutang penghakiman..JDS ni dibuat sekiranya jumlah hutang x mencecah rm30k..

kalau anda dh dpt notis kebankrapan,sila lah p court pd tarikh ditetapkan..sbb nnti kalau dh buat act of bankruptcy,susahh...bila dh di delcare bankrupt lg laaaa susah..kalau la anda x pernah terima segala jenis dokumen yg berkaitan dgn bankruptcy proceeding ni,tp tiba2 anda dpt tau yg nama anda dh bankrupt..bole g court,buat permohonan utk setting aside bankruptcy order ni..tp hat ni kena lantik loyer,sbb leceh..nk kena berhujah segala bagai la kan...

sekian dulu,harap dpt membantu sedikit sebanyak...

Didiez
17-01-2008, 11:19 PM
lo brader.. lu bangkrap ke??:D

rizzmerr76
17-01-2008, 11:24 PM
muahahaha...hampir2 la tapi dapat setle lega :">

Didiez
17-01-2008, 11:28 PM
muahahaha...hampir2 la tapi dapat setle lega :">

ape kate lu cite dulu pngalamn lu bro..
gua minat gak nak tau..:D

ajax932
17-01-2008, 11:29 PM
Dolu2 bangkrap kalau total hutang RM30,000... kalau tak silap la..

Tp skrg dah naik kot... ye ke? ntah la..

rizzmerr76
17-01-2008, 11:41 PM
gua punya story...ni kisah muda2....joli katak lebih smpai kete kene tarik pastu utang kredit kad blambak lepas takder keje...terduduk..sudahnya wa buat **** jer la....nak buat loan aper ker takleh dah...sip baik ada moto..surat bank asyik datang smpai dah dkat 3 tahun wa try cek ctos nama clear ..pastu trus samba kete n beli umah......ingat dah setel kot manala tau ilang dalam system ker...lepas 4-5 bulan setle wa punya loan umah n kete sampai surat notis bankruptcy dr lawyer...pehhh pening mana nak cekau kat 50k....last2 dpt setle wa let go 2ketul gold bar pastu balance bos wa yg baik ati topup..skrg bulan2 gaji potong tanpa perlu bayar interest bank yg cekik darah...tu crite wa

tapi nak tau gak sesapa yg ada story yg lebih truk smpai 1M above sbb ada terbaca artikel org negara luar berebut nak setel melalui bankrup kalau negara kita jabatan insolvensi sebab si muflis mndapat perlindungan dan keistimewaan mcm banduan gak...kalau berkelakuan baik utang bleh setle tanpa bayar jumlah semua...nama bersih mcm baru lahir...tu yg nak tau :)
:)cgrock

keihin
17-01-2008, 11:50 PM

hehe...
cite la lagi.....
aku pun dah nyawa2 ikan nih.
moto nak kena tarik,...cc dah masuk 3 bulan tak bayar.
tapi bukan joli...tolong family punye pasal.:"> :"> :">

rizzmerr76
18-01-2008, 12:03 AM
Apa Itu Kebankrapan?
Bahagian Kebankrapan ditubuhkan di Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia untuk menguruskan / mengawal selia dan menyelesaikan masalah-masalah dalam hal-hal yang berkaitan dengan kes-kes kebankrapan.

Bagaimana Seseorang Itu Boleh Diisyhtiharkan Bankrap?
Seseorang boleh diistiharkan bankrap melalui 2 cara:
Permohonan individu itu sendiri
Permohonan oleh pihak yang memberi hutang

Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu dihukum bankrap?
Jumlah hutang seberhutang kepada sipemiutang hendaklah sekurang-kurangnya RM30,000.00
Hutang adalah untuk satu jumlah yang boleh ditentukan ("liquidated sum") yang perlu dibayar segera atau kemudiannya
Perbuatan kebankrapan telah berlaku dalam tempoh 6 bulan sebelum petisyen difailkan
Siberhutang adalah pemastautin di Malaysia dalam tempoh 1 tahun sebelum petisyen difailkan

Apakah kesan-kesan setelah seseorang itu dihukum bankrap?
Segala harta bankrap terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi. (Sibankrap hilang hak dan kawalan)
Segala hal-ehwal dan liabiliti ditadbir oleh Ketua Pengarah
Pemiutang tidak "remedy" bagi hutang "provable" terhadap harta sibankrap dan tidak boleh
"proceed with or commence any action or other legal proceeding" bagi hutang tersebut kecuali dengan kebenaran (leave) Mahkamah
Ketua Pengarah Insolvensi akan mengambil dan menyimpan segala buku akaun, kertas dokumen dan sebagainya yang berkaitan

Apakah peranan dan tanggungjawab Ketua Pengarah Insolvensi?
Menyiasat aset, liabiliti dan hal-ehwal sibankrap
Pemegang amanah bagi harta yang dikumpulkan
Mengzahir dan menghasilkan harta
Membahagikan harta kepada pemiutang-pemiutang
Menguatkuasa Undang-Undang, Perintah Mahkamah dan Arahan
Mendakwa sibankrap yang melakukan kesalahan
Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak di bawah seksyen 55(5) Akta Kebankrapan 1967
Mempertimbangkan berbagai permohonan daripada sibankrap antara lain, keluar negara,
penglibatan dalam perniagaan, menjawat jawatan, penjualan harta dan lain-lain
Menjaga hak-hak bankrap
Menjaga kepentingan pemiutang-pemiutang
Menyediakan laporan kepada mahkamah
Memberi pelepasan (discharge) kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A

Apakah tanggungjawab seorang bankrap?
Hadir ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia dengan segera
Memberi segala maklumat mengenai dirinya
Mematuhi segala perintah Mahkamah dan arahan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (KPI)
Tidak melanggar mana-mana larangan yang dikenakan ke atasnya
Tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Kebankrapan 1967
Mengemukakan satu penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap enam (6) bulan sekali
Memaklumkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia jika terdapat
sebarang perubahan seperti pendapatan, tempat tinggal, pemilikan harta dan lain-lain berkaitan

Apakah larangan-Iarangan terhadap bankrap?
Seseorang bankrap tidak boleh:
Dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen
Dinamakan atau dilantik sebagai ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan
Meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi
Keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Menjadi Pengarah Syarikat yang menjalankan perniagaan atau
terlibat dengan pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan
Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Terlibat dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja syarikat
yang dimiliki oleh isterinya atau saudara maranya tanpa
mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Meminjam wang melebihi RM1000
Menjadi ahli Jawatankuasa atau bekerja dengan mana-mana pertubuhan
berdaftar tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Bertanding dalam pilihanraya atau menjadi wakil rakyat tanpa mendapat kelulusan KPI atau Mahkamah
Memiliki harta alih dan tak alih yang bernilai RM5,OOO kesemuanya

Apakah peranan dan hak-hak pemiutang?
Memfailkan tuntutan 'provable' dengan mengemukakan borang bukti hutang dan
mengemukakan borang bukti serta membayar fi pemfailan sebanyak RM 10.00 setiap tuntutan
Pemiutang Bercagar tidak kehilangan hak mereka ke atas cagaran yang mereka pegang
Mendapat dividen mengikut keutamaan dan nisbah yang layak diterima
Menghadiri mesyuarat pemiutang-pemiutang dan boleh menyuarakan kehendak-kehendak
mereka atas pentadbiran harta sibankrap
Boleh mengakas ke atas penolakan tuntutan mereka
Boleh memohon bagi membatalkan atau meminda perintah mahkamah
Boleh mempertikaikan pelepasan sibankrap di bawah Seksyen 33A, Akta Kebankrapan 1967
Memaklumkan kepada PPH kewujudan aset, liabiliti dan sebarang salah laku sibankrap

Bagaimana pihak pemiutang boleh menuntut hutang?
Failkan tuntutan anda dengan mengisi Borang Bukti Hutang yang boleh diperolehi dari semua cawangan Jabatan Insolvensi di seluruh negara.

Bagaimana menentukan kategori pemiutang?
a) Pemiutang bercagar sepenuhnya dan pemiutang bercagar sebahagiannya
Hak mereka kekal ke atas cagaran tersebut. Mereka harus membuat pilihan ke atas cagaran
tersebut iaitu samada hendak menjual atau menyerahkan kepada PPH atau hanya memegang
cagaran mereka. Mereka harus menghasilkan cagaran mereka dalam masa 6 bulan dari tarikh
Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dibuat. Jika tidak, mereka tidak layak
menuntut sebarang faedah ke atas hutang tertunggak
b) Pemiutang keutamaan merangkumi tuntutan-tuntutan yang berikut
o "all local rates and land tax"
o "income tax and other assessed taxes"
o "all wages or salary"
o "all amounts due in respect of contributions payable"
o "workmen's compensation"

a) Pemiutang biasa
Pemiutang ini akan menerima dividen selepas tuntutan pemiutang bercagar
dan keutamaan dibayar dan nisbah bayaran adalah secara sama rata ("pari passu")
Bagaimana menentukan kategori penjamin?

Terdapat 2 kategori penjamin iaitu:
a) Penjamin korporat
Adalah jaminan yang dibuat terhadap pinjaman yang dibuat oleh syarikat atau sesuatu
perniagaan.
b) Penjamin sosial
Jaminan yang dibuat yang mana penjamin tidak mempunyai kepentingan terhadap jaminan
yang dibuat seperti:-
o Jaminan kepada pinjaman biasiswa atau geran untuk tujuan pendidikan atau menjalankan
penyelidikan.
o Jaminan kepada transaksi jualbeli kenderaan untuk seseorang bagi kegunaan persendirian
dan bukan untuk perniagaan.
o Jaminan untuk pinjaman perumahan kepada seseorang bagi tujuan untuk menetap di
rumah berkenaan dan bukan bagi lain-lain tujuan.

Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap ......
Seseorang penjamin bagi pinjaman yang dibuat oleh peminjam utama juga boleh dijatuhkan hukuman bankrap sekiranya peminjam utama gagal menjelaskan pinjaman yang dibuat atau mereka gagal dikesan oleh pihak pemiutang.

Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap menyelesaikan hutang mereka kepada pihak pemiutang bagi mengelakkan diri mereka juga dari dihukum bankrap?
Jawapannya boleh. Penjamin boleh menjelaskan hutang kepada pihak pemiutang dan tuntutan terhadap jumlah yang telah diselesaikan boleh dibuat dengan memfailkan tuntutan terhadap bankrap.

Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan ......

Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan sebagai Pengarah, Pengurus, Pengerusi dan bekerja di syarikat-syarikat milik isteri/suami/keluarga atau membuka syarikat sendiri?
Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(d)

Bolehkah seseorang bankrap membuat perjalanan ke luar negara/menjalankan urusan di luar negara?

Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(c) kepada Jabatan Insolvensi Malaysia ataupun Mahkamah untuk mendapat kelulusan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan tertentu yang akan ditetapkan oleh Ketua pengarah Insolvensi atau Mahkamah.

Adakah jalan keluar dari kebankrapan?

Ada. Terdapat 3 cara keluar dari kebankrapan:
a) Memohon ke Mahkamah untuk pembatalan PP & PP atas alasan 'Order ought not to
have been made' atau hutang telah dijelaskan ke cawangan
Jabatan Insolvensi Malaysia
b) Melalui Perintah pelepasan oleh Mahkamah
c) Melalui Sijil pelepasan oleh Ketua Pengarah Insolvensi
Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap bankrap sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan atau arahan yang ditetapkan?

a) Sekiranya bankrap gagal menghadirkan diri ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia
sebagaimana yang diarahkan, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap
beliau (S.28A, Akta Kebankrapan 1967)
b) Sekiranya bankrap gagal membuat bayaran bulanan secara teratur atau gagal
mengemukakan Penyata Hal Ehwal dalam tempoh masa yang ditetapkan, tindakan
komital boleh diambil terhadap beliau (S.91 (2), Akta Kebankrapan 1967)
c) Hukuman-hukuman terhadap si berhutang atau si pemiutang yang melakukan
penipuan (fraudulent debtors and creditors) di bawah S.109, Akta Kebankrapan 1967

rizzmerr76
18-01-2008, 12:09 AM
`Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap
Oleh Asuki Abas (Wartawan Utusan)
Sumber : Utusan Malaysia Online

BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.

Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri.

JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.

Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.

Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.

Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.

Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.

Gangguan

Bak kata Mokhtarudin: ``Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas.

``Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank.''

Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.

Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya `keistimewaan' menjadi bankrap.

Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable - tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.

Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.

Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.

Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, ``seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.''

Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.

Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.

Pelepasan

Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.

Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya.

`Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,'' kata Mokhtarudin.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.

`Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,'' kata beliau.

Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.

PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.

Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.

PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.

Selain JPH mahu memperbaiki tahap kesedaran orang ramai terhadap isu-isu kebankrapan, jabatan itu, pada masa yang sama, cuba untuk memastikan jumlah kes bankrap yang meningkat pada kadar yang membimbangkan iaitu melebihi 10 peratus sejak tahun 1996 dapat dikurangkan.

Dengan itu, satu cadangan dibuat supaya tahap hutang untuk boleh diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Menurut Dr. Fatimah Daud dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka yang diisytiharkan bankrap berhutang kurang daripada RM50,000.

Sehingga akhir tahun 2002, terdapat kira-kira 105,336 kes kebankrapan di negara ini dengan 9,886 kes baru dan 3,832 kes diselesaikan.

Peningkatan tahap pengisytiharan bankrap itu dijangka dicadangkan dalam rangka pindaan Akta Kebankrapan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Selaras dengan usaha memperbaiki imej JPH dan pandangan masyarakat terhadap kebankrapan, PPH pada tahun lalu telah melawat setiap negeri dan mengadakan kempen sehari bersama pelanggan untuk memberikan gambaran lebih tepat mengenai fungsi jabatan itu.

Kempen itu diharapkan mencapai matlamatnya dan mendorong para bankrap yang melarikan diri untuk tampil bekerjasama dengan PPH bagi mempercepatkan proses pelepasan mereka.

`JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.

`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,'' kata Mokhtarudin.

:)cgrock :)cgrock :)cgrock

ijakstory
18-01-2008, 05:12 AM
info yag menarik.. walau mcnerpun, kita semua tetap takut nak di cop sebagai bankrup.. penat nak lalui liku2 hidup nanti.. berhati2lah kawan ku.. chow..

gambate
18-01-2008, 07:30 AM
kalau ko dah ada hutang sampai ribuan - 30K keatas..dan tak larat nak jelaskan..so..aku sarankan mcm ni..korang pegi saja jabatan insolvensi..pastu..surrender..serahkan diri..haha..( sebelum tuh pastikan nama x ada akaun dalam bank, akaun bank ada 1-2 sen saja..pastuh tanah mmg semua dah tukar nama..pastikan x ada sekangkang kera pun menjadi milik korang..kununnya..mmg korang x ada apa dah lah kecuali maruah diri..:eek: :)) ..hutang ttp kene byr la..die akan tanya berapa korang leh byr..cakap la..sebulan 10 hinggit- 0r 20 hinggit..:D

ErieAdn
18-01-2008, 08:01 AM

errr.. boleh ker cenggitu..?? lagi plak setahu aku, kalo nama dah naik di bank, tanah ke, harta lain2 ker dah tak boleh dah nak pindah milik..:-? :-? :-?

boey
18-01-2008, 11:51 AM
gua punya story...ni kisah muda2....joli katak lebih smpai kete kene tarik pastu utang kredit kad blambak lepas takder keje...terduduk..sudahnya wa buat **** jer la....nak buat loan aper ker takleh dah...sip baik ada moto..surat bank asyik datang smpai dah dkat 3 tahun wa try cek ctos nama clear ..pastu trus samba kete n beli umah......ingat dah setel kot manala tau ilang dalam system ker...lepas 4-5 bulan setle wa punya loan umah n kete sampai surat notis bankruptcy dr lawyer...pehhh pening mana nak cekau kat 50k....last2 dpt setle wa let go 2ketul gold bar pastu balance bos wa yg baik ati topup..skrg bulan2 gaji potong tanpa perlu bayar interest bank yg cekik darah...tu crite wa

tapi nak tau gak sesapa yg ada story yg lebih truk smpai 1M above sbb ada terbaca artikel org negara luar berebut nak setel melalui bankrup kalau negara kita jabatan insolvensi sebab si muflis mndapat perlindungan dan keistimewaan mcm banduan gak...kalau berkelakuan baik utang bleh setle tanpa bayar jumlah semua...nama bersih mcm baru lahir...tu yg nak tau :)
:)cgrock

bro.. nie bukan bankruptcy tapi blacklist

boey
18-01-2008, 11:59 AM
kalau ko dah ada hutang sampai ribuan - 30K keatas..dan tak larat nak jelaskan..so..aku sarankan mcm ni..korang pegi saja jabatan insolvensi..pastu..surrender..serahkan diri..haha..( sebelum tuh pastikan nama x ada akaun dalam bank, akaun bank ada 1-2 sen saja..pastuh tanah mmg semua dah tukar nama..pastikan x ada sekangkang kera pun menjadi milik korang..kununnya..mmg korang x ada apa dah lah kecuali maruah diri..:eek: :)) ..hutang ttp kene byr la..die akan tanya berapa korang leh byr..cakap la..sebulan 10 hinggit- 0r 20 hinggit..:D

ha.. cam ni lagi baik.. ko p jabatan pemegang harta (insolvensi).. nnti diorg akan istihar muflis so pihak bank tak ble buat apa2 tuntutan.. biasanya ko kena bayar 50 sebulan.. tapi pandai2 ko ler buat alasan untuk turunkan mengikut dari kesangupan ko..

rizzmerr76
18-01-2008, 01:03 PM
bro.. nie bukan bankruptcy tapi blacklist
mmgla bkn bankruptcy... baru notis...dapat setle lega la..kalau takleh nak setel baru isytihar bankrup... :)
:)cgrock :)paid

jimR79
18-01-2008, 01:32 PM
kalau ko dah ada hutang sampai ribuan - 30K keatas..dan tak larat nak jelaskan..so..aku sarankan mcm ni..korang pegi saja jabatan insolvensi..pastu..surrender..serahkan diri..haha..( sebelum tuh pastikan nama x ada akaun dalam bank, akaun bank ada 1-2 sen saja..pastuh tanah mmg semua dah tukar nama..pastikan x ada sekangkang kera pun menjadi milik korang..kununnya..mmg korang x ada apa dah lah kecuali maruah diri..:eek: :)) ..hutang ttp kene byr la..die akan tanya berapa korang leh byr..cakap la..sebulan 10 hinggit- 0r 20 hinggit..:D

ni menarik ni.....mmmm...aku pun tgh view2 benda ni & info yg baik ni....sebab lilin aku dah nak padam ni..hehhee....
selain daripada tu apa lagi??sila tambahkan....bleh gak kita tau mcm maner nak buat nanti2...hehhee

NEMO
18-01-2008, 03:59 PM
Dolu2 bangkrap kalau total hutang RM30,000... kalau tak silap la..

Tp skrg dah naik kot... ye ke? ntah la..

ye ker..30k..aku utang ptptn pun dah 40k..ades..xkan dah bangkrap kot:((

irsaffy
18-01-2008, 05:14 PM
ye ker..30k..aku utang ptptn pun dah 40k..ades..xkan dah bangkrap kot:((

PTPTN pon bahaya gak nih.....leh buat ramai org melayu kena blacklist..

sri mawar
18-01-2008, 05:16 PM
bankrup tak pernah la bro.. tp black list pernah ler.. tp skrg dah clear da... belajar dr kesilapan.

jimR79
18-01-2008, 05:43 PM
patah lagi aku ada du2 loan tabung ni.....60k...2kali aku bankrap ni kan??

rizzmerr76
21-01-2008, 11:32 PM
ptptn mengarut jerk....caj pentadbiran bebukan....sampai bila x abis bayar :)
:)cgrock

ptit
31-01-2008, 11:57 AM
Aku punya cerita gak...dulu aku gatal nak pakai card credit,

CIMB Gold - 10k full blast
Maybank Gold - 10k full blast
Ambank Biasa - 3.5k full blast
Eonbank Gold - 7k cuma 3.5k digunakan
HSBC Gold - 12k full blast
Al-rajhi loan - 20k

skrang ni aku sakit nak membayar semua nih...surat naik mahkamah untuk ambank ngn alrajhi dah kuar...alrajhi bulan 4...ambank bulan 5...

hingga skrang aku bayar maybank..skrang tinggal 5k...sebab dulu pernah aku x byr maybank...depa freeze akaun gaji ku...langsung tak leh kuarkan duit....aku bayar 3500 then bulan byr 500...

eonbank pun aku bayar rm300 bulan2....

hsbc depa yg paling best...depa tau aku x leh nak bayar...lepas tu depa convert dari CC ke personal loan...so interest takde la banyak...mmg bleh ejas giler...aku buat 10 bulan pertama rm 500, selebihnya rm 1000.

alraji ni je yg buat aku pening....aku plan nak byr rm2000 untuk bulan 2 ngn bulan 3 lagi rm 2000 supaya depa drop charge mahkamah bulan 4 ni- aku punya outstanding pun baru 3000...

ambank pula ku harapkan bonus dari tempat keje dlm bulan 3 atau pun 4...klu ada mmg aku bayar abis ambank CC

seboleh2nya aku x nak diistiharkan bankrupt...tp aku byr apa yg ku mampu...dengan baby pertamaku baru lahir bulan lepas...hingga skrang aku fobia nak pakai Credit Card lagi...

sri mawar
31-01-2008, 12:11 PM

isk ko nih bahya tul.. kena belajo cara uruskan duit. seram aku dengo.. 8->

boey
31-01-2008, 12:31 PM
isk ko nih bahya tul.. kena belajo cara uruskan duit. seram aku dengo.. 8->

seram dengar ke seram baca?

akay
31-01-2008, 12:42 PM
aku nyer kes lagi haru..jual keta sambung bayar..wat agreement sume n wat mati stem hasil tp last2 keta ntah kemana org yang beli ntah kemana utang kat bank aku yang menanggung dekat2 rm30k pastu plus ngan interest dkat2 15k aku pon diisytiharkan muflis..mula2 takut gak aku utang lain xde sumer clear...g jabatan insolvensi..declare ape yang aku ader last2 kene byr bulan2 rm100..masih leh keje coz leh bukak akaun bank untuk masuk gaji tp mesti ngan kebenaran jabatan insolvensi..so nati bank xleh freeze akaun..n leh susun balik kehidupan..cume xleh beli ape2 aset la..leh kosentret keje coz bank x menyalak suh bayar utang yang aku xnak bayar..bayar sampai mati :D :D tp yang penting utang tu nati x akan diturunkan kat waris2 aku..so kwn2 ati2 la bile berurusan ngan manusia..bak kata auditor..in god we trust the rest we audit

sri mawar
31-01-2008, 01:56 PM
seram dengar ke seram baca?

seram dengar la... :D

emrans23
31-01-2008, 04:20 PM
kita kalau nak istiharkan kita muflis gi jabatan insolvensi tu kita kana bayar 2k duit gak tu mana nak cari barulah jatuh hukum kita confim memufliskan diri....
tapi kalau nak free just tunggu surat perintah mahkamah bankrup...

akay
31-01-2008, 04:30 PM
kita kalau nak istiharkan kita muflis gi jabatan insolvensi tu kita kana bayar 2k duit gak tu mana nak cari barulah jatuh hukum kita confim memufliskan diri....
tapi kalau nak free just tunggu surat perintah mahkamah bankrup...

x free bro..mase kita g jabatan insolvensi tu kene gak bayar rm10 untuk daftarkan fail kita kat mahkamah (kalu tak silap r):)

chaosiky
31-01-2008, 05:10 PM
menarik thread ni
menambah pengetahuan sungguh

pembayarcukai
12-09-2008, 03:51 PM
Aku baru tahu di isytihar bankrap, pasal tak bayar loan.
Loan tu adik tiri aku yg guna nama untuk modal business dia.
Adik titi, adik juga nak tolong dia. Last sekalu aku bankrap dia tak dapat di kesan.

Ada sesiapa tahu macamana nak dapatkan perintah mahkamah untuk ketepikan penghukuman.
Aku ada pergi court untuk hearing jatuh bankrap. Lawyer bank kata Cuma ambil date saja, so aku cabutlah pergi kerja, tinggal lawyer bank dengan adik tiri aku. Last sekali aku tahu dari Jabatan Insolvensi aku dikatakan tak datang dan di isytihar bankrap.

So aku plan nak dapat perintah mahkamah untul mengenepikan penghakiman bankrap.
Ada sesiapa yang tahu? Upah peguam memang kena bayar.

Fail aku beluh hantar ke H.Q, soal selidik belum buat lagi.

beginner
12-09-2008, 10:00 PM
salam...

sy ada masalah nak melangsaikan hutang. x nak muflis tp kalau terpaksa xleh elak. jd harap ada info atau pengalaman yg boleh sy ambil dr semua sbg panduan.

1.sy nak tahu apa kesan muflis pada pekerjaan kalau dengan goverment. kalau x confirm lg jawatan mcm mana pulak?

2.kalau beli rumah atas 2 nama ( isteri dan saya ) mcm mana pulak nanti?

ahib0205
12-09-2008, 11:13 PM
Aku punya cerita gak...dulu aku gatal nak pakai card credit,

CIMB Gold - 10k full blast
Maybank Gold - 10k full blast
Ambank Biasa - 3.5k full blast
Eonbank Gold - 7k cuma 3.5k digunakan
HSBC Gold - 12k full blast
Al-rajhi loan - 20k

Pergh.... beli mende ek banyak-banyak gini? huhuhu... Aku berazam tak nak guna kredit card :((

ahib0205
12-09-2008, 11:15 PM
salam...

sy ada masalah nak melangsaikan hutang. x nak muflis tp kalau terpaksa xleh elak. jd harap ada info atau pengalaman yg boleh sy ambil dr semua sbg panduan.

Er.. saya berminat nak tau apa punca bro ada masalah hutang? sebab rugi business ke?

maaf tanya. Sebab leh saya amik pengajaran :)

reeez80
13-09-2008, 03:54 PM
jangan la kena istihar bekrap.. susah nak bergerak nanti...

ss27
15-11-2008, 09:26 AM
aku nyer kes lagi haru..jual keta sambung bayar..wat agreement sume n wat mati stem hasil tp last2 keta ntah kemana org yang beli ntah kemana utang kat bank aku yang menanggung dekat2 rm30k pastu plus ngan interest dkat2 15k aku pon diisytiharkan muflis..mula2 takut gak aku utang lain xde sumer clear...g jabatan insolvensi..declare ape yang aku ader last2 kene byr bulan2 rm100..masih leh keje coz leh bukak akaun bank untuk masuk gaji tp mesti ngan kebenaran jabatan insolvensi..so nati bank xleh freeze akaun..n leh susun balik kehidupan..cume xleh beli ape2 aset la..leh kosentret keje coz bank x menyalak suh bayar utang yang aku xnak bayar..bayar sampai mati :D :D tp yang penting utang tu nati x akan diturunkan kat waris2 aku..so kwn2 ati2 la bile berurusan ngan manusia..bak kata auditor..in god we trust the rest we audit

Assalamualaikum akay,

saya berminat dgn cerita awak....saya nak tahu dengan lebih lanjut...saya merupakan seorang penjamin kpd seorang kawan yang tidak bertanggungjawab terhadap personal loan yg dibuat. boleh tak bagi saya email awak atau no hp, so saya boleh menghubungi awak nak tahu cerita dan juga tindakan yang seterusnya....

ss27
17-11-2008, 11:37 AM
Aku baru tahu di isytihar bankrap, pasal tak bayar loan.
Loan tu adik tiri aku yg guna nama untuk modal business dia.
Adik titi, adik juga nak tolong dia. Last sekalu aku bankrap dia tak dapat di kesan.

Ada sesiapa tahu macamana nak dapatkan perintah mahkamah untuk ketepikan penghukuman.
Aku ada pergi court untuk hearing jatuh bankrap. Lawyer bank kata Cuma ambil date saja, so aku cabutlah pergi kerja, tinggal lawyer bank dengan adik tiri aku. Last sekali aku tahu dari Jabatan Insolvensi aku dikatakan tak datang dan di isytihar bankrap.

So aku plan nak dapat perintah mahkamah untul mengenepikan penghakiman bankrap.
Ada sesiapa yang tahu? Upah peguam memang kena bayar.

Fail aku beluh hantar ke H.Q, soal selidik belum buat lagi.

Hi Pembayarcukai,

awak keje ngan swasta or kjaan? boleh saya tahu email or hp awak...saya pun akan mengalami nasib yang sama ngan awak, saya hanyalah seorang penjamin..klu boleh saya nak dapatkan juga perintah mahkamah utk mengenepikan penghakiman bankrup. Plz sms saya dan saya akan hubungi awak semula. ini no hp saya 012-8383603.

buytosell
17-11-2008, 01:35 PM
aku ader satu kemusykilan...kita boleh diistihar bankrup jika kita berhutang lebuh dari RM 30,000.Adakah ianya dikira jumlah total yang kita pinjam dari bank???mcn personal loan ader 3, tapi tiap-tiap satu jumlahya 10k, kita still bayar pada 2 buah bank nie, cuma 1 bank jer kita tak bayar...harap ada penjelasan...:D

abanguda
21-11-2008, 07:20 PM
Outdated dah topic ni... Baik delete je. Dah masuk 2013. hehe

abanguda
21-11-2008, 07:23 PM
Selalu kalau ada pinjaman >30k dr satu bank... Then bank tu yg akan file bankruptcy ke mahkamah utk tuntut hutang dia....

COMPACT V3000
21-11-2008, 07:58 PM
nak tanye pada semua
klau hutang kad kredit 10k
kira bankrup tak?

COMPACT V3000
21-11-2008, 08:00 PM
nak tanye pd semua
klau ade hutang cc 10k
kira bankrup tak

COMPACT V3000
21-11-2008, 08:01 PM
nak tanye pd semua
klau ade hutang cc 10k
kira bankrup tak

Cuppy Cakes
21-11-2008, 08:17 PM
nak tanye pd semua
klau ade hutang cc 10k
kira bankrup tak

hahaha..tgk blk thread dr mule2..
kalo setakat 10k kire bankrupt aku rase ramai yg dah di declare bankrupt..at least 30k & above bro...

p/s: blh jek nak tlg settlekan cc bro tu. bak kate org byr cket2 tp konsisten..pelan-pelan..ada caranye.pm me k.:)paid:)paid

abanguda
21-11-2008, 08:20 PM
Dah lebih 30K baru bole declare bankrap... 10k ciput lg tu...:D

COMPACT V3000
21-11-2008, 08:32 PM
Dah lebih 30K baru bole declare bankrap... 10k ciput lg tu...:D

terima kasih bro,mane tuan hamba tau.
bro nak kurang byran cc camner bro
bro blh beri cadangan utk selesai masalah hamba nie

forexbachok
22-11-2008, 10:49 AM
Mcm mana nak chek dgn ctos? nak check kot2 ada utang

abanguda
25-11-2008, 09:52 PM
Kalu <10K... Apply je loan kat mana2 bank.... Pas tu Guna loan untuk settle hutang kad-kad kredit.... Debt Consolidation le tu...

So at least U settle semua hutang kad2 kredit yang faedah tinggi... Pas tu pandai2 la bjimat settle hutang 10K biasa tu...

Kalau ada property lg bagus, rumah ke, tanah je.... Refinance balik rumah, amik cash untuk settle kad....

Yg penting hutang kad kredit kena settle dulu, sbb interest terlalu tinggi...

buytosell
26-11-2008, 05:58 AM
ko boleh check ctos kat bank jer...ko gi kat auto finanace mana-mana bank, try tanya..kalau bnm biasanya check ccris...
Mcm mana nak chek dgn ctos? nak check kot2 ada utang

carbootsales
03-04-2009, 10:34 AM
aku nyer kes lagi haru..jual keta sambung bayar..wat agreement sume n wat mati stem hasil tp last2 keta ntah kemana org yang beli ntah kemana utang kat bank aku yang menanggung dekat2 rm30k pastu plus ngan interest dkat2 15k aku pon diisytiharkan muflis..mula2 takut gak aku utang lain xde sumer clear...g jabatan insolvensi..declare ape yang aku ader last2 kene byr bulan2 rm100..masih leh keje coz leh bukak akaun bank untuk masuk gaji tp mesti ngan kebenaran jabatan insolvensi..so nati bank xleh freeze akaun..n leh susun balik kehidupan..cume xleh beli ape2 aset la..leh kosentret keje coz bank x menyalak suh bayar utang yang aku xnak bayar..bayar sampai mati :D :D tp yang penting utang tu nati x akan diturunkan kat waris2 aku..so kwn2 ati2 la bile berurusan ngan manusia..bak kata auditor..in god we trust the rest we audit

kes ko sama mcm kes aku skrg ne,

kozu
03-04-2009, 10:59 AM
ooo kl hutang kad kredit pon kira bangkrup yer.. malas la ak nk pakai..huhu

manja
03-04-2009, 01:57 PM
bagus la ada thread utk bankrupsi nih. aku pun ada masalah dgn cc nih.

emasstech
04-04-2009, 12:19 AM
hahaha..tgk blk thread dr mule2..
kalo setakat 10k kire bankrupt aku rase ramai yg dah di declare bankrupt..at least 30k & above bro...

p/s: blh jek nak tlg settlekan cc bro tu. bak kate org byr cket2 tp konsisten..pelan-pelan..ada caranye.pm me k.:)paid:)paid

Lorrr....nama pon berforum...apa salahnya..trus share kat sini....apa daaaaaa

fine net
06-05-2009, 05:15 PM
sape yg da prnh kene muflis....meh ar kongsi....nk dgr nie...

ashrap_gpunk
06-05-2009, 05:23 PM
up........

fine net
06-05-2009, 05:24 PM
sape2 yg ade pengalaman tu meh ar share2 kt sini...kongsi dgn yg tgh nazak nie...

ixora66
05-12-2009, 02:27 AM
Penerangan saudara rrizmerr76 memang bole diterima kerana fakta tersebut..
Juz nak share ada kes orang kaya di Sabah & Sarawak yg ada hutang RM50 juta boleh dijatuhkan hukuman Perintah Penerimaan sahaja..maknanya digantung sebelah kaki oleh Insolvensi..dia belum dibankrapkan coz dia diberikan syarat2 oleh mahkamah utk membuktikan ada aset untuk dicagarkan sebagai penyelesaian hutang2 tersebut.Sekiranya tidak dapat diselesaikan maka Perintah Penghukuman boleh dijatuhkan dan individu tersebut menjadi bankrap.

ixora66
05-12-2009, 02:35 AM
Individu diisytihar bankrap mulai Oktober 2003 dengan jumlah hutang RM30k boleh diisytiharkan bankrap. Pada tahun sebelum tu,hutang RM10k ke atas boleh dibankrapkan. Digalakkan penyelesaian dibuat sebelum tarikh jatuh hukum coz bila kes da masuk ke Insolvensi bayaran kos kerajaan sprt iklan & warta perlu ditambah 12% so jumlah penyelesaian dkt bank pon dibayar kt Jbtn + kos kerajaan..If xmampu nak setel..boleh buat bayaran ansuran bulanan sehingga kes boleh dilepaskan sekiranya jumlah hutang munasabah dan tiada bantahan dari pihak bank ( pemiutang ).

ixora66
05-12-2009, 02:37 AM
Kes-kes yang menyebabkan seseorang boleh dibankrapkan,statistik:
1) Pinjaman peribadi
2) Sewa beli kenderaan
3) Kad kredit
4) Penjamin
5) Pemegang keutamaan ( LHDN, EPF)
6) Pinjaman perumahan
7) Ditipu

Sesetengah orang berpendapat lebih baik dibankrapkan kerana interest hanya akn dikira setakat tarikh PP&PP( tarikh jatuh bankrap).Kes akan ditarik balik sekiranya dpt selesaikan.Petisyen pemiutang(tuntutan) dibatalkan oleh Mahkamah.Walaubagaimanapun sekiranya ada hutang dengan lain jumlah 30k maka boleh dibankrapkan.

ixora66
05-12-2009, 02:54 AM
ada kes PTPTN da bg Letter of Demand & PTPTN dah mula nk bankrapkan org..
so hati2 la yerk..pergi oversea pon kena block ngn Imigresen..check kt website imigresen nama clear ke x..huhu

mimie813
05-12-2009, 10:26 AM
cam ner nak tau nama kita bankcrupcy ke x......prnh jadi guaranntor....member beli kete...

K.E.Y..kuchi
05-12-2009, 03:09 PM
tidak berapa tahu la..

ixora66
06-12-2009, 08:41 PM
cam ner nak tau nama kita bankcrupcy ke x......prnh jadi guaranntor....member beli kete...

Mimie813,,sumer org berisiko menjadi guarantor xkira rumah,kereta atau pinjaman peribadi sekiranya tidak dapat menjelaskan tunggakan ansuran melebihi 3 bulan dan mendapat Notis Kebankrapan. Seterusnya Petisyen Pemiutang difailkan sekiranya masih gagal membuat bayaran. Serahan Notis & Petisyen dibuat melalui serahan tangan & pengiklanan @ tampalan di kediaman.Sekiranya ingin lebih tahu nama blacklist,semak di cawangan Bank Negara terdekat.AKPK dapat membantu memberi nasihat penyelesaian kwgn kpd blacklist tp bukan pd org bankrap.

u boleh wat carian kebankrapan menggunakan nama penuh & i/c melalui Jabatan Insolvensi Malaysia..rujuk di website:
www.insolvensi.gov.myatau datang sendiri ke Cawangan Jabatan yang berhampiran tempat tinggal u,,alamat jabatan bole dirujuk di website di atas...:)

ixora66
06-12-2009, 08:59 PM
If ada sesape nk tanya pasal kes bankrap sy sudi menjawab..tetapi kes kebankrapan sahaja..yg mana sy bole bantu sy akan inform..=)

ixora66
06-12-2009, 09:06 PM
Dolu2 bangkrap kalau total hutang RM30,000... kalau tak silap la..

Tp skrg dah naik kot... ye ke? ntah la..

Start Oktober 2003 total hutang RM30,000 ke atas bole diisytiharkan bankrap..Oktober 2003 ke bawah, jumlah hutang RM10,000 diisytiharkan bankrap..-maklumat dr sumber dipercayai..:)

:)cgrock

mimie813
06-12-2009, 09:07 PM
Mimie813,,sumer org berisiko menjadi guarantor xkira rumah,kereta atau pinjaman peribadi sekiranya tidak dapat menjelaskan tunggakan ansuran melebihi 3 bulan dan mendapat Notis Kebankrapan. Seterusnya Petisyen Pemiutang difailkan sekiranya masih gagal membuat bayaran. Serahan Notis & Petisyen dibuat melalui serahan tangan & pengiklanan @ tampalan di kediaman.Sekiranya ingin lebih tahu nama blacklist,semak di cawangan Bank Negara terdekat.AKPK dapat membantu memberi nasihat penyelesaian kwgn kpd blacklist tp bukan pd org bankrap.

u boleh wat carian kebankrapan menggunakan nama penuh & i/c melalui Jabatan Insolvensi Malaysia..rujuk di website:
www.insolvensi.gov.myatau datang sendiri ke Cawangan Jabatan yang berhampiran tempat tinggal u,,alamat jabatan bole dirujuk di website di atas...:)

time kasih bnyk2....nanti saya check

ixora66
06-12-2009, 09:09 PM
nak tanye pd semua
klau ade hutang cc 10k
kira bankrup tak

Hutang CC RM30,000 dikira bankrap sekiranya RM10k + interest bertahun2 xbyr menjadi RM30K boleh dibankrapkan..

ixora66
06-12-2009, 09:14 PM
time kasih bnyk2....nanti saya check

ur welcome mimie813..:)

wanman
03-01-2010, 08:15 PM
mcamana nak byr roadtax @ tukar hakmilik kenderaan jika bankrap???ada bole bantu??

adranath
03-01-2010, 08:32 PM
good info ...greatly appreciate info2 macam ni.....aku doakan pemberi info ni dapat pahala banyak2...hehehehe

mimie813
03-01-2010, 08:40 PM
ur welcome mimie813..:)

hai...
sy dah dapatkan maklumat dari jabatan insolvensi melalui website jabatan insolvensi....dann dah wat bayaran melalui kad kredit, masalah nya, smp skrg x dapat apa2 maklumat dari jabatan insolvensi....

menurut website tu,pihak jabatan akan menghantar surat pada sy untuk status bankrupcy tu....

dah tiga minggu..x dapat pape maklumat pun,,,:-?:-?

otaida00taj
03-01-2010, 09:34 PM
kalau ada bisness sendiri, seronok juga jadi bankrup nie...

adranath
04-01-2010, 05:15 PM
ape yg melayakkan kite diishtihar bankrap?....kalo macam kite rasa tak mampu nak byr loan yg lebih 30k tu tapi still ade gaji...ble ke g jabatan insolvensi ni mintak die ishtihar kite bankrap so that bank tak tuntut utang?.....pastu camane aseet lain?..rumah, kereta?..jabatan insolvensi akan tolong jualkan ke untuk cover duit utang and kalo ada lebihan kita akan dapat cash?...

JuanCarlos
04-01-2010, 05:23 PM

senang cter mcm ni bro..
sblm diorg nak declare bankrupt, diorg akan htr surat perintah mahkamah.. tang ni yg ramai org kita buat tak tau je.. actually surat perintah mahkamah ni utk panggil penghutang utk nego payment.. if kedua-dua pihak agree, diorg takkan declare bankcrupt..

bila da di declare bankrap, bank pun tak leh kacau kita.. tp, kita still lg bleh nego dgn bank utk clearkan payment.

ko'bek
04-01-2010, 05:38 PM
emm..ada CGrian..yg penah alami.ni...share skit

moneymaker3000
04-01-2010, 05:46 PM
selalu gak bankrupt....masa main game monopoli

faizal_bulat
04-01-2010, 05:52 PM
selalu gak bankrupt....masa main game monopoli

aku pulak selalu masuk jail.. hahaha :)) pleas serius2..

zaleo_83
15-01-2010, 11:55 AM
kalo hutang kredit card x byr kire bankrup ke?

fared
15-01-2010, 04:00 PM
salam ..
aku ada 1 masalah sikit pasal muflis ni ..
harap otai2 dapat membantu ..

bapak aku jd penjamin kawan dia utk beli rmh kedai ..
kawan dia tu da lama x bayar & hutang dia ada dlm rm300k skrg ni ..
baru2 ni bank telepon bapak aku cakap yg dia dah kene istihar muflis sbb org yg dia jamin tu x bayar utang ..
akaun dia sume da kene beku skrg ni ..
yg peliknya yg berhutang tu x kene istihar muflis & penjamin yg lg 1 pun x kene istihar muflis apesal bapak aku plak yg kene istihar muflis ..
alasan bank cakap bapak aku mampu bayar tp x nak bayar ..
pastu apesal bank xnak kejar yg berhutang tu tp kejar bapak aku ?
apa tindakan yg bapak aku blh wat supaya nama dia dibersihkan dr muflis ni ?
harap sgt2 otai2 dapat membantu ..
thanks ..

zaikiah
15-01-2010, 05:00 PM
ptptn mengarut jerk....caj pentadbiran bebukan....sampai bila x abis bayar :)
:)cgrock

tol tuh,..sampai skang aku bayo rm100.00 je sbulan, kawan aku yg bayo ikut Agreemnet pon x kurang2 gak dia nyer loan sum sampai skang

JuanCarlos
15-01-2010, 07:56 PM
kalo hutang kredit card x byr kire bankrup ke?

depends pada amount yg bro kantoi aa..

skang ni rasanya above 50k baru diorg declare bankrupt..

haQ
15-01-2010, 09:56 PM
30k baru boleh pemuitang boleh minta hakim jatuhkan bankrupt.

1) Bankruptcy Notice Issued
2) Creditor's Petition
3) AORO - Masa ini baru bankrupt

Proses ini akan ambil masa 2-3 tahun.
Datanglah ke mahkamah masa semua perbicaraan. Dorang tak makan penghutang..Masa inilah boleh berbincang dan mintak rayuan pada hakim..

Masa ini jugaklah kalau nak mintak bayar RM100 sebulan pun boleh tapi kena proof yang anda mampu banyak itu jer

Ada jugak kes yang gugur akibat teknikal error..

rizzmerr76
26-01-2010, 10:13 AM
nak cek CCRIS layan diri bleh tengok sini (http://rizzmerr.wordpress.com/2010/01/26/ccris-bank-negara-malaysia/#more-283)

rizzmerr76
30-01-2010, 12:29 AM
jangan lupa saksikan program BIJAK WANG TV3 esok sabtu dgn tajuk blacklist/bankrup dan sewaktu dgnnya....

rizzmerr76
02-02-2010, 11:27 PM
http://www.youtube.com/watch?v=KBogyxotTVk&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=v8wvr3XSo_A&feature=related

amy@promatt
02-02-2010, 11:31 PM
nak cek CCRIS layan diri bleh tengok sini (http://rizzmerr.wordpress.com/2010/01/26/ccris-bank-negara-malaysia/#more-283)

nk check secara online kat ner bro?...boleh x?...

rizzmerr76
02-02-2010, 11:55 PM
nk check secara online kat ner bro?...boleh x?...

takbleh la bro..mmg kena dtg BNM..kalau mau online pon kena donlod borang dia isi pastu fax ke BNM nanti dia akan reply....

rashya
03-02-2010, 12:43 AM
If ada sesape nk tanya pasal kes bankrap sy sudi menjawab..tetapi kes kebankrapan sahaja..yg mana sy bole bantu sy akan inform..=)

dalam masa yang sama, bolehkah seseorang itu di isytihar bankrap beberapa kali? contoh: last year cimb, awal tahun ni am bank, tengah tahun ni public fin.

boleh ke?

manja
03-02-2010, 12:54 AM
rasa takut je dgr muflis ni. tp apa blh buat nasi dh jd bubur. uwaaaaa!

wanman
23-03-2010, 12:16 AM
bagaimanakah cara untuk pindah milik kenderaan yg telah dibeli dari orang muflis??

hillz
20-05-2010, 05:58 AM
Saya baru dapat surat panggil ke mahkamah berkaitan tuntutan wang dari pihak bank.Soalan saya,apa akan jadi kalau saya tak hadir?Seperti yg saudara katakan tadi tujuan nya untuk 'nego'.Jikalau selepas sessi nego itu saya masih juga tak jugak bayar payment itu,apa tindakan dia org selanjutnya?

hillz
20-05-2010, 06:05 AM
senang cter mcm ni bro..
sblm diorg nak declare bankrupt, diorg akan htr surat perintah mahkamah.. tang ni yg ramai org kita buat tak tau je.. actually surat perintah mahkamah ni utk panggil penghutang utk nego payment.. if kedua-dua pihak agree, diorg takkan declare bankcrupt..

bila da di declare bankrap, bank pun tak leh kacau kita.. tp, kita still lg bleh nego dgn bank utk clearkan payment.
Saya baru dapat surat panggil ke mahkamah berkaitan tuntutan wang dari pihak bank.Soalan saya,apa akan jadi kalau saya tak hadir?Seperti yg saudara katakan tadi tujuan nya untuk 'nego'.Jikalau selepas sessi nego itu saya masih juga tak jugak bayar payment itu,apa tindakan dia org selanjutnya?

lighter
24-06-2010, 01:17 PM

tindakan mahkamah seterusnya akan diambil terhadap anda ...

lighter
24-06-2010, 01:25 PM
dalam masa yang sama, bolehkah seseorang itu di isytihar bankrap beberapa kali? contoh: last year cimb, awal tahun ni am bank, tengah tahun ni public fin.

boleh ke?

di isytihar bankrap bbrp kali adalah mungkin tapi mungkin dalam tempoh yang lama (cth: 10 tahun dbsnya). Muflis kemudian tak muflis dan muflis semula (sebab tak byr hutang lagi - kes tak ambil iktibar la ni)

dalam tempoh yang singkat setahun dan 2 tahun adalah mustahil kot .. sbb masa isytihar muflis pertama kita kena declare semua hutang yang ada .. dan insolvensi juga akan semak dengan semua bank. masa tu semua jumlah hutang akan dapat dinilaikan. mustahil juga masa tu kita boleh berhutang dengan bank lain (ambank dan public fin)

:D

mydesk
24-06-2010, 01:26 PM
Saya baru dapat surat panggil ke mahkamah berkaitan tuntutan wang dari pihak bank.Soalan saya,apa akan jadi kalau saya tak hadir?Seperti yg saudara katakan tadi tujuan nya untuk 'nego'.Jikalau selepas sessi nego itu saya masih juga tak jugak bayar payment itu,apa tindakan dia org selanjutnya?

Jangan tak pergi... Banyak susah pada masa depan....

Hutang bukannya kesalahan jenayah....

Member saya masuk mahkamah kerana hutang kredit kad.

Bila hakim tanya berapa boleh bayar, dia cakap RM50.00 sebulan.

Akhirnya mahkamah putuskan bayaran RM50.00 sebulan tanpa faedah akan datang sehingga selesai....

Kan dah jadi senang, kalau tidak lagi teruk.....#:-S

TT
24-06-2010, 02:12 PM

klo xpergi gak sbb malas nak melayan? :))

mydesk
24-06-2010, 02:16 PM
klo xpergi gak sbb malas nak melayan? :))

Susah masa depan... kawan baik saya satu opis kena bankrup, nak gi oversea tak boleh, nak beli rumah & kereta pun tak boleh....

Nak pakai nama isteri, tak kerja pulak....~X(

Sewa rumah ajelah dia, tak tahu sampai bila....:-?

lighter
25-06-2010, 10:16 AM
kalau dah takde jalan penyelesaian, biasanya mahkamah akan isytiharkan bankrup, semua akaun termasuk tabung haji, asb dan saham2 akan dibekukan (proses ni pun mengambil masa yang lama)

biasanya si bankrap akan pergi ke insolvensi untuk bertanya status kebankrapan(telefon pun boleh tau - kerani dia akan jawab la)

kena angkat sumpah berapa hutang dan declare semua harta yang ada. sebaik2 kalau boleh tukar tukar lah nama harta tu sebelum angkat sumpah.

insolvensi ada pegawai yang menyiasat harta kita dan akan lelong harta kita ikut harga semasa. kalau tak de harta, kira tak de la

kena bayar hutang ikut kemampuan, dah setuju bayar, katakan 100 sebulan, jgn buat2 lupa bayar plak nanti akan menjejaskan tempoh kebankrapan anda

baik2 kena 5 tahun ditambah jadi 10 tahun

seksakan??

lighter
25-06-2010, 10:21 AM

seksakan??#:-S

geesya
25-06-2010, 10:33 AM
satu lagi kapada sesiapa yg ada kes mahkamah , JGN penyimpan di MBB, kerana pihak MBB akan BLOG akaun.

sekadar mengingatkan.

poposh
17-08-2010, 03:02 PM
kalau lepas bangkrap nama bersih ker...maksudnyer back to zero ker

poposh
17-08-2010, 03:02 PM
Lagi satu nak tanya advice by AKPK....cuma satu bank jer tak freeze akaun..BSN betul ker

poposh
17-08-2010, 03:05 PM
kalau baru dapat notice kebankrapan still ada peluang tak jumpa mahkamah
tapi kena banker tu nasihat kat kalau lawyer hantar credit petition jgn terima...lengah..lengahkan

poposh
17-08-2010, 03:09 PM
saya banyak tanya sebab saya baru jer dpt notis kebankrapan tp bank minta tak mahu terima proposal ....saya tengah pening tak tau nak buat apa...harap dpt membantu

rizzmerr76
17-08-2010, 03:46 PM
kalau lepas bangkrap nama bersih ker...maksudnyer back to zero ker

lepas dapat pelepasan dari jabatan insolvensi baru clear back to zero...terpulang sama ada masih berbaki atau tidak..mcm banduan la gamaknya..kalau kelakuan baik dilepaskan awal..bank tak berhak tuntut apa2 kalau stakat 50% jer yg bayar sepanjang tempoh bankrupsi....all debt control under insolvensi

rizzmerr76
17-08-2010, 03:49 PM
saya banyak tanya sebab saya baru jer dpt notis kebankrapan tp bank minta tak mahu terima proposal ....saya tengah pening tak tau nak buat apa...harap dpt membantu

kalau baru terima mmg long way to go lagi..setahun pon paling cepat utk notis panggilan lagi....hmm better minta advise dari akpk...if not mistake kalau dah jatuh bangkrup sumer saluran ke insolvensi shj....tapi kalau belum masih bleh cuba dgn akpk cuma kalau di akpk all ur debt akan di hitung keluar...that time mcm dak skolah rendah.belanjawan bulanan terkawal..selesai tolak abih utang baru ada bersih utk kita...tapi masih bleh dirunding lagi...

endingman86
17-08-2010, 03:53 PM
bagus open thread nieh.......nanti aku kongsi info bile free...ni ngah bz...hehe

poposh
17-08-2010, 04:01 PM
bessla u all ni tima kasih bnyk2 yer....I dah buntu tak tau nak buat apa
sebab banker tu advice jgn terima credit petition kalu lawyer hantar sbb nanti akan mempercepatkan kes.Next week I nak pergi AKPK...tngk apa AKPK boleh bantu...

kaylis
17-08-2010, 04:16 PM
bagus gak thread ni...aku pun dah lama kena blacklist ni, nak buat loan beli umah dan keter payah woo...semua harap pakai nama bini jerr...

danx
17-08-2010, 07:08 PM
Gali lubang tutup lubang.
Pinjam wang bayar hutang..
Dulu mase skolah dgr lagu ni berjoget gelet
Skrg dengar tergolek daaaaa :D

honeydew
17-08-2010, 11:28 PM
aku ada masalah hutang kad kredit 4k..dah 3 bulan aku x bayar sebab aku dah x kerja..paling kuat apa yang bank boleh buat? kalau blacklist aku tau la..adakah akaun bank aku juga akan dibekukan @ kena masuk court? ada sape2 boleh bagi pendapat?

moneymaker3000
17-08-2010, 11:31 PM

tak mungkin la masuk court terus...mesti bank akan call suruh ko bayar ansuran utang kad kredit kan

amy@promatt
17-08-2010, 11:32 PM

bank aper?....klu maybank mmg kena beku akaun...bank lain xpasti...rasa sama kot...tpi klu xbyr xder apa la....just smpi surat dn interest akn bertambah....better dh ader byr la...untuk memudahkan urusan akn dtg....

amy@promatt
17-08-2010, 11:34 PM
tak mungkin la masuk court terus...mesti bank akan call suruh ko bayar ansuran utang kad kredit kan

dan terus terang ckp xboleh byr wat masa nie.......diorg ok...bank skg xmcm dulu....mmg paksa dn marah2....maybe sbb diorg dpt bonus kot...:D:D:D:D

mrbesen
18-08-2010, 12:30 AM
aku ada masalah hutang kad kredit 4k..dah 3 bulan aku x bayar sebab aku dah x kerja..paling kuat apa yang bank boleh buat? kalau blacklist aku tau la..adakah akaun bank aku juga akan dibekukan @ kena masuk court? ada sape2 boleh bagi pendapat?

jumpa AKPK. berbincang dgn mereka. interest akan berhenti. pastu kalo tak silap aku dia kata boleh bayar bulan2 serendah 1%. jika berbincang dgn bank sah dia mau 5% pastu interest makin naik.

tapi sebaik2nya berbincang dgn AKPK & bank. tengok mana yg lebih menguntungkan & memudahkan.

poposh
19-08-2010, 12:24 PM
nak tanyala lepas dapat notis kebankrapan tu kalau bank tak agree dgn rundingan..kita akan terima creditors petitionkan...masa ni boleh tak kita buat rayuan pada mahkamah tidak membankrapkan kita...

JuanCarlos
21-08-2010, 04:55 AM
aku ada masalah hutang kad kredit 4k..dah 3 bulan aku x bayar sebab aku dah x kerja..paling kuat apa yang bank boleh buat? kalau blacklist aku tau la..adakah akaun bank aku juga akan dibekukan @ kena masuk court? ada sape2 boleh bagi pendapat?

setakat 4k, bank pun fikir 2-3 kali nk saman sebab kos untuk saman pun dah lebih daripada ni.. sbb tu amaun yg bawah 10k mcm ni, diorg just htr pada collection agency.. biasanya lepas 6 bulan.. tapi biasanya collection agency ni la yg akan marah2 sbb diorg based on commision, so nak tak nak diorg kena make sure customer bayar balik pada bank..

tp, the best part is, bleh nego ngan colleciton agency ni.. kadang2 dari 4k tu, u bleh settle separuh dari amaun o/s.. :)
n lepas dah settle, make sure mintak release letter dari bank so that takkan ada problm lain lepas tu, mcm CCRIS tak clear ke apa..

JuanCarlos
21-08-2010, 04:58 AM
nak tanyala lepas dapat notis kebankrapan tu kalau bank tak agree dgn rundingan..kita akan terima creditors petitionkan...masa ni boleh tak kita buat rayuan pada mahkamah tidak membankrapkan kita...

lepas dah dapat notis bankrap, bank dah takde kuasa apa2 coz seorg yg bankrap tidak boleh ada apa2 urusan dengan bank.. maknanya, bank mmg dah lepas tangan.. yg bestnya, u bleh nego ngan Insolvensi utk byr secara monthly bergantung kepada keupayaan u.. yg bestnya, if kita dah bayar monthly tu consistent selama 5-6 tahun tanpa lapse, kita boleh buat rayuan utk release bankrupt tu.. if bankrap, bank tak boleh mintak hutang dgn kita, tak kira la bank mana pun coz segala kewangan kita akan dijaga oleh Insolvensi..

sundelbolong
25-08-2010, 02:47 PM

terer betul bab bankrupcy.. ramai dah ka kawan2 hang buat depa bangkrap? hang kat dunia bole la lepas..

car_they
25-08-2010, 02:50 PM
terer betul bab bankrupcy.. ramai dah ka kawan2 hang buat depa bangkrap?

hang nak bangkrap juga ker``post satu terus datang sini~~:eek::eek:

sundelbolong
25-08-2010, 03:28 PM
haha xda lah.. utang tu ada.. yg buat pn kawan2.. tp aku masih boleh kaver berkat doa kt tuhan.. aku cuma tertarik ada org komen pasal bankrup sbb nak sedapkan hati sndri lepas scam kwn sndiri..

poison_ivy
31-08-2010, 04:13 PM
saya google nak tau info pasal muflis ni, terjumpa forum ni...terus register nak bertanya pada yang arif..akaun MBB saya dah kena beku..(akaun gaji lak tu..) pergi bank tanya,apasal tetiba akaun inactive, tak leh kuarkan duit? bank check dia kata saya ada bankrupsi notice (even saya tak ada lansung loan / hutang ngan MBB). Yg peliknya saya tak der plak terima surat apa-apa pun dari bank or lawyer pasal bankrupsi notice ni. Kalau saya tak ada kat rumah pun, mesti posmen ada tinggalkan apa-apa notis / kad untuk collect surat ni di pejabat pos kan....kalau surat berdaftar lah...Ok..now saya dah negotiate dgn Ambank untuk rechedule balik payment saya..tengah tunggu proposal dari diaorg, maybe surat tu sampai next week. Now saya nak tanya beberapa soalan...

1) once receive bankrupsi notice tu, leh tarik balik ker? maksudnya kalau saya setuju term and cond dari bank untuk bayar up-front and bayar balik bayaran bulanan tersebut seperti yg di persetujui kedua-dua belah pihak.

2) Mcm mana akaun MBB saya tu? leh minta MBB active kan balik? ada caranya?

3) Once receive bankrupsi notice tu,maknanya kiter dah di istiharkan bankrup ker or baru notice? yg ni saya tak berapa paham. Mengikut Ambank, dia dah hantar surat bankrupsi notice tu kat saya since Jan 2010 (even saya tak terima satu hapa surat lansung pasal benda ni) and baru last week MBB freeze saya punya Saving account. Bank-bank lain tak ada masalah.

4) Ssya dah check kat insolvensi, nama saya adalah bebas dari bankrupt.
Agaknya boleh selesai tak masalah saya ni?

Harap dapat membantu...

gaban82
21-09-2010, 11:46 PM
erm....rasanye anda masih belum bankrup lagi...sebab semua yang dah bankrup pasti akan ada list dalam insolvensi...sebab diorang jek yang pegang bankrup munyer kes...huhuhu...

leh juga tanya dengan bank yang bankrapkan tu...mintak detail sebab apa...surat mana...lagi senang suruh lawyer uruskan..bank ni ngan kita dia macam nak xnak jek layan....

hyfactive
22-09-2010, 04:10 PM
takut dengar...slow2 hadapi dugaan hidup...

Am_Din
03-10-2010, 11:02 PM
salam...
nak tahu.. berapa la abole lengah2 ngan bank.. and lawyer?.. supaya bole hold di ishtihar bankrup?
saya ada loan 100k.. sebulan patutnya kene bayar rm1500.. tapi sy bayar rm500 jer.. sbb ada masalah.. so xdptla bayar penuh..
da explain kat bank.. mula2 ckp.. ada masalah.. then bila da settle.. sy akan bayar penuh rm1500 semula.. pastu.. dah hampir 2 thn.. dok bayar 500 jer.. sbb mmg da xmampu bayar 1500 sebulan..
lepas tu terus dpt notis ..
pelik jugak.. patutnya dia panggilla nego dulu kan.. sbb tiap2 bulan sy bayar.. cuma xcukupla.. but then.. bank terus proceed je ngan tindakan mahkamah.. lepas tu.. bulan puasa aritu.. bank ada call.. at least kalau xnak kene bankrupt.. bayar komitmen.. at least outstanding of loan >< 30k..(mana nak dpt 30k!??) so.. mmg xbolela nak bayar... nak meminjam keluarga.. and sedara mara.. sure diorg xder atau xbg.. lgpun.. xnak libatkn keluarga.. sbb sy yg berhutang..
dlm kes sy ni.. mmg xder cara lain ker?.. aset sy ada.. sebijik rumah.. nilainya rm350k.. tapi nak refinance.. xbole.. nama mmg da blacklist.. bank mmg xbgnyer buat loan..
yg bengang tu.. pegawai tu suh jual je rumah.. abis tu sy nak duk mana?.. hutang cuma 100k jer.. loan rumah dah tinggal 150k.. kalau jual.. dptla cash dlm 200k.. tp masalahnya bukan bole jual sekelip mata.. nak refinance pon xbole.. mcmana sy nak buat??.. :( minggu depan da kene gi court.. xsempat buat apa2..
so nak tanya.. berapa lama leh lengah2kan bank?.. sampai sy bole refinance rumah atau jual rumah tu..
yg betulnya.. nak jual rumah tu sayang.. sbb loan da tinggal 150k.. tp nak refinance xbole.. ada tak cara?.. :(

iswarahijau
03-10-2010, 11:10 PM
wah ramai rupanya golngan muda yg bankrupt ni... kebykannya kerana apa ye? pinjaman bisnes? kad kredit? kereta atau pinjaman rumah?

sundelbolong
04-01-2011, 06:02 PM
kebanyakan sbb buat loan or CC la.. yahudi betul2 da jadikan semua org hamba hutang yang mana akan kerje siang malam nak kasi depa duit ribak.. dan malaysia meneruskan riba' yg mencecah berpuluh2 persen..

xde lak keislaman umno tu nak menegakkanya :p

nabilashalha
04-02-2011, 05:13 PM
x larat plak nk bc yg atas ni..huhuhu amaun utk bankrup adalah RM30,000 ke atas..30k tu including interest..cthnye principal 26k,pastu kena penghakiman ingkar..pastu 8% interest dr rm26k tu akan dikira dr tarikh penghakiman ingkar..x lama kemudian akan cukup la rm30k tu..so,loyer ble start banckruptcy proceeding against d judgment debtor..so,bila dh dpt bankruptcy notice,cepat2 la p setle..

ada keadaan yg mana hutang tu ble dikira sbg hutang lapok..cthnya kausa tindakan (tarikh kita last byr hutang)adalah pd 1/1/11..6 tahun kemudian, hutang tu akan jd hutang lapuk kalau x dituntut oleh bank..so, pd 31/12/2017,klu bank x tuntut,bank xle tuntut dah sbb berdasarkan LIMITATION ACT,penghutang hny bole menuntut hutang tu dlm tempoh 6 tahun dr tarikh kausa tindakan terakru..waaaahhh ayat terlalu legal...
so,selamat la hampa di dunia yg fana ini..akhirat x selamat yeaaaaaa...

keadaan kedua,kalau bank dh dapatkan penghakiman ingkar against penghutang..cthnya JID(nama singkatan utk judgment in default=penghakiman ingkar) pd 1/1/2011...bank ada 12 tahun utk execute/melaksanakan penghakiman ingkar ni..bankrupt ni hny ble dibuat kepada individu..selain banktrupt,cara yg lain adalah JDS/judgment debtor summon=saman penghutang penghakiman..JDS ni dibuat sekiranya jumlah hutang x mencecah rm30k..

kalau anda dh dpt notis kebankrapan,sila lah p court pd tarikh ditetapkan..sbb nnti kalau dh buat act of bankruptcy,susahh...bila dh di delcare bankrupt lg laaaa susah..kalau la anda x pernah terima segala jenis dokumen yg berkaitan dgn bankruptcy proceeding ni,tp tiba2 anda dpt tau yg nama anda dh bankrupt..bole g court,buat permohonan utk setting aside bankruptcy order ni..tp hat ni kena lantik loyer,sbb leceh..nk kena berhujah segala bagai la kan...

sekian dulu,harap dpt membantu sedikit sebanyak...

syaq90
04-02-2011, 05:25 PM
penerangan yang baik..thanks..

sakit kepala
04-04-2011, 10:18 PM
saye nak tau, saye dideclare bankrap oleh bank sbb x byr loan keta, pastu keta saya x surrender, sekrg saye nk setelkan ngan insolvensi, keta tu kena return ke bank atau bank x bole tarik lagi dah sbb dah declare bankrap?

arul57
04-04-2011, 10:47 PM

bagus info...cik nabila keje kat bank mana..mesti keje kat bhgn saman2 org ye..:eek:

rizzmerr76
07-04-2011, 02:30 PM
saye nak tau, saye dideclare bankrap oleh bank sbb x byr loan keta, pastu keta saya x surrender, sekrg saye nk setelkan ngan insolvensi, keta tu kena return ke bank atau bank x bole tarik lagi dah sbb dah declare bankrap?

terer tul hang sorok kete yerr...:)paid :))

SiRentap
07-04-2011, 03:06 PM
buka satu akaun bank luar negara utk transfer semua duit yg anda ada sebelumm menyerah diri ke jabatan insolvensi...mcm ni boleh pakai kah?

susah la org yg nak bankrup ni..keje tak dah..mcmmana nak kasi makan anak bini?

akubuntu
07-05-2011, 09:36 PM
as salam dan selamat sejahtera semua.

tgh2 google tuk cari cite pasal muflis or bankrup ni terjumpa forum ni.

nak tnya pd yg lebih arif bab2 bankrup ni. sya n suami ada buka akaun bersama utk membeli rumah. kami dah give up nak byr dan nak bank lelong rumah tu. last week kami dpt "notis kebankrapan" dan bersama itu ada satu lagi notis "peghakiman ingkar ketidakhadiran" bertarikh Jun 2009. sedangkan kami masih byr rumah tu sehingga akhir 2010. cuma dr 2011 jer kami x byr. apa yg harus sya buat? blh terus ke jabatan insolvensi or tunggu notis sebut kes?

SiRentap
07-05-2011, 10:10 PM

apsal give up plak? :-? ansuran rumah berapa? apasal tak jual ajer..ikut aje la arahan dkt surat2 mahkamah yg sampai tuh...bila kena panggil datang ckp jer dah tak mampu bayar..buat muka seposen.

namaku
07-05-2011, 10:17 PM
as salam dan selamat sejahtera semua.

tgh2 google tuk cari cite pasal muflis or bankrup ni terjumpa forum ni.

nak tnya pd yg lebih arif bab2 bankrup ni. sya n suami ada buka akaun bersama utk membeli rumah. kami dah give up nak byr dan nak bank lelong rumah tu. last week kami dpt "notis kebankrapan" dan bersama itu ada satu lagi notis "peghakiman ingkar ketidakhadiran" bertarikh Jun 2009. sedangkan kami masih byr rumah tu sehingga akhir 2010. cuma dr 2011 jer kami x byr. apa yg harus sya buat? blh terus ke jabatan insolvensi or tunggu notis sebut kes?

rumah berapa ratus ribu??pelik juga...ni mesti diploma/degree holder ni..

SiRentap
07-05-2011, 10:36 PM
rumah berapa ratus ribu??pelik juga...ni mesti diploma/degree holder ni..

sayang rumah tuh kena lelong...klu aku dah jual atau sewakan ajer..

azam90
24-05-2011, 02:49 AM
Salam

Saya ada kawan...mak dia dikategorikan oku sbb strok..pastu xdpt keje,so skrg nie bergantung pd duit sokso..

mslh skrg nie mak die di ishtihar bankrap beberapa mggu yg lps sbb dl mak die ade join venture bk 1 kedai spa..skali kne tipu..duit pelaburan kne kebas dgn membe..kes ni dah lme..dah lost contact dgn membe penipu tu..so mak die hutang dgn bank..pd mse tu sepupu die bg gerenti yg die dpt settlekan mslh hutang dgn bank nie sbb sepupu die tu CEO bank (xsure bank mne)..last2 cite abis stkt situ je..ingatkn dah settle..

then mak die tahu mak die di ishtihar muflis br2 nie sbb hutang rm50K..hutang asal rm10++..tp bunga yg jdkn rm50K
so aset naj die skrg rumah yg diorg bli atas nme mak die..
bank ckp kne langsaikan, kalau x rumah tu dilelong..
membe sy anak beranak xnak pindah sbb diorg xde tmpt lain lg nk pi..umah tu jela diorg ddk sekeluarga..3 beradik,mak,atuk dah nenek die..
sy kesian dgn membe sy nie mcm tersepit dlm mslh hidup dr dl..

mak bpk die bercerai..dan bapak die mmg benci kat mak die..cuma bpk die ada bg nafkah utk membe sy adik beradik..mmg bpk die xkn tlng ex-bini die nie..

so sy mntk nasihat dr kalian utk settlekn mslh nie..
ade x agensi yg bleh membantu??
cara nk selesaikan dgn baik??

tolong la...sedih sy fikirkn mslh kwn sy nie

am2020
24-05-2011, 03:30 AM
aku nk lari g indon...

fatamorgana
05-06-2011, 02:42 PM
salam. bila bc komen2 kt sini, smua org takut bankrap & blacklisted. Seboleh2nya akan berusaha utk avoid bankrap ie jumpa bank officer, deal with insolvency or pegi court. tp my hubby relax jer. dia dh 8 thn blaclisted & 2 thn bankrap becoz of hutang meniaga dia. relax la sbb loans sumer nama bini. lambat bayar instalments bank cari bini. bini hari2 mkn hati, last2 esok pegi tanjung rambutan.. huhuhu

SiRentap
05-06-2011, 04:47 PM
salam. bila bc komen2 kt sini, smua org takut bankrap & blacklisted. Seboleh2nya akan berusaha utk avoid bankrap ie jumpa bank officer, deal with insolvency or pegi court. tp my hubby relax jer. dia dh 8 thn blaclisted & 2 thn bankrap becoz of hutang meniaga dia. relax la sbb bini dia kejer bank, loans sumer nama bini. lambat bayar instalments bank cari bini. bini hari2 mkn hati, last2 esok pegi tanjung rambutan.. huhuhu

bank ni pon satu actually..klu boleh mmg bank suka org banyak hutang..dah mmg keje diorang makan duit interest ni...aku apply CC pon aku tak pakai2 diorang call gak suruh pakai :))...hati2 berurusan dgn bank ni..banyak terma tersembunyi yg klu kita tak hati2 boleh ada hidden charges

fatamorgana
05-06-2011, 05:41 PM

yes. dh income bank melalui interest, penalti, fees etc. jd sebelum sign offer letter kena baca dulu Terms & Conditions. Cuma masalahnya sikap kita, bila akaun tertunggak, dpt reminder berkali2, jgn buat 'dek' sj. call/ pergi bank discuss. loan boleh di reshedule (pnjgkn tempoh or adjust instl amount) atau restructure (cth Overdraft or CC jd Term loan). Cmtu lh.. kita nasihat org, suami sndiri yg bankrap. Kita hanya boleh nasihat, tp tak boleh paksa org ikut nasihat kita. Dh tak nk dgr nasihat, biar jer undang2 menentukn. "You can take a horse to the water, but you can't make him drink"..:-w

oxygenO2
05-06-2011, 05:48 PM
w/pun thread lame,tp tajuk masih relevan lg...mmbr aku ade gak yg hmpr2 bankrupt,tp xtau dia setel camne...mak bapak tlg kot...

Long Kai
05-06-2011, 06:22 PM
Skim Siswazah under Agrok pun banyak dah wujudkan insan bankrupt. So hati2lah. Graduate = Bankrupt

SiRentap
05-06-2011, 07:32 PM
Skim Siswazah under Agrok pun banyak dah wujudkan insan bankrupt. So hati2lah. Graduate = Bankrupt

oo ye ker? ....skim loan perniagaan tu kan?

azriusre
05-06-2011, 07:42 PM
Aku teringat kata P.Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapok '' Lain kali jangan lari dari bayar hutang'' :D

Vez
05-06-2011, 07:54 PM
bankrupt peritt,, hidup segan mati xmau..huhu

abgmie
05-06-2011, 08:18 PM
Aku teringat kata P.Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapok '' Lain kali jangan lari dari bayar hutang'' :D

hutang tetap kita bayar TAPI yg perit tu interest...:))

syamil72
05-06-2011, 08:30 PM
yes. dh income bank melalui interest, penalti, fees etc. jd sebelum sign offer letter kena baca dulu Terms & Conditions. Cuma masalahnya sikap kita, bila akaun tertunggak, dpt reminder berkali2, jgn buat 'dek' sj. call/ pergi bank discuss. loan boleh di reshedule (pnjgkn tempoh or adjust instl amount) atau restructure (cth Overdraft or CC jd Term loan). Cmtu lh.. kita nasihat org, suami sndiri yg bankrap. Kita hanya boleh nasihat, tp tak boleh paksa org ikut nasihat kita. Dh tak nk dgr nasihat, biar jer undang2 menentukn. "You can take a horse to the water, but you can't make him drink"..:-w

Salam...kesian u ekk...tak pasal2 tanggung hutang hubby u...xpe byk pahala tu bantu suami...semoga bhagia n ceria selalu....

fatamorgana
05-06-2011, 09:53 PM
Salam...kesian u ekk...tak pasal2 tanggung hutang hubby u...xpe byk pahala tu bantu suami...semoga bhagia n ceria selalu....

hmm.. nway thx for yr doa. :(

sygdanish7
07-06-2011, 11:05 AM
sebelum di isytihrkn bankrap, baik g deal ngan akpk

hambasahya
23-09-2011, 04:44 PM
Saya org baru di sini, saya google pasal muflis dan terjumpa dgn CariGold. Saya ada masalah besar sekarang ni, masalah ni memang yang di cari. 10 tahun yg lalu kerana nak hidup bergaya saya apply semua CC yg boleh di pohon, saya beli kereta & saya beli sebuah apartment. Apartment dan kereta tu saya beli kerana tercabar dengan cacian husband. Masa tu agak mampu kerana banyak OT dan anak pun masa tu 2 org sahaja, setelah beberapa bulan kereta di beli, majikan buat perubahan tentang OT, di mana saya tidak boleh claim sepenuhnya. Jadi pendapatan saya dah berkurangan, tambahan pula suami yg tidak pernah membantu, suami hanya membayar ansuran rumah dgn bank sebanyak RM500, yg lenlain terletak di bahu saya. Dari bulan ke bulan saya mula tidak mampu untuk membayar hutang CC, sana sini tertunggak. Ok, itu punca nya… sekarang semua bank memburu saya, menuntut hutang melalui agen, saya rasa macam nak terjun bangunan dah, kalo tak kuat iman dan tak kerana anak2 dah lama saya terjun bangunan. Ambank menuntut tunggakan selama beberapa bulan untuk apartment saya yg berjumlah 6K lebih, masuk ini lelongan kali kedua, kali pertama 3 - 4 tahun yg lepas, tp tak laku, dan saya tlh mengeluarkan akaun 2 EPF saya, kali ini saya kene tunggu bulan 12 utk pengeluaran, tp tak mencukupi dan bank dah bagi masa sehingga 28/9 untuk buat bayaran, jika tidak berbagai penalty akan di kenekan kepada saya. Pelik nya kali ini bank tak mention untuk memufliskan saya berbanding 3 – 4 tahun yg lepas, sudah di keluarkan saman bankrap. Saya ingin bertanya, jika di takdirkan bank ingin memufliskan saya, berapa lamakah masa yg akan di ambil untuk jatuh muflis. Bila telah muflis, saya di paham segala harta benda akan di lelong, masalah nya saya tidak mempunyai sebarang harta benda kecuali apartment tersebut. Masih boleh kan saya bekerja di tempat di mana saya bekerja sekarang ini iaitu syarikat swasta yg boleh di katakana agak besar juga. Menyesal sudah tidak berguna atas tindakan masa lalu, apa yg perlu di buat sekarang ialah ikhtiar untuk membayar semula hutang2. Diharap anda semua dapat membantu saya memberi apa2 info tentang masalah saya ini, tq.

rizzmerr76
23-09-2011, 04:58 PM

nak istihar bankrupsi mkn masa yg lama...3-5 tahun (andaian saya sahaja)...cuba dapatkan nasihat dari AKPK....rasanya blum masuk bahagian insolvensi...
kalau dah masuk pon masih ada budi bicara lagi dmana pihak insolvensi akan bagi option2 yg juga boleh membantu kita...harap membantu...

megatf
23-09-2011, 05:12 PM
kita boleh diistiharkan muflis bila hutang melebihi 30k dan kita tak boleh bayar.....jadi cuba bincang dgn bank untuk bayar lebih sikit tiap2 bulan untuk cover 6k tu....

fine net
23-09-2011, 05:26 PM
nie semua gara2 sistem yahudi yg diguna pkai oleh syarikat2 kewangan.....

SiRentap
23-09-2011, 05:28 PM
kebetulan kutbah jumaat tadi mmg pasal financial dan kemuflisan..mesti sebut pasal hutang kredit kad ..huhuhuh

hambasahya
26-09-2011, 10:26 AM
AKPK saya dah pernah cuba, bayar beberapa bulan lepas tu saya minta hold dulu sebab ade benda nak kene settle pulak, dgn bank saya dha byk kali restructure loan tu, dah nak masuk 3 tahun cuba nak jual apt tu, tp smapai sekarang tak de buyer ...

hambasahya
26-09-2011, 02:47 PM
kepada forumer korenyior, saya tak dpt balas PM anda kerana status newbies saya, harap maaf...

megatf
26-09-2011, 03:10 PM
nanti bulan 12, bawa keluar duit epf yg ada tu walaupun tak cukup sekurang2nya dapat ler bayar jugak.......kalau bank nak lelong sekali lagi diorang akan keluarkan surat saman.......dan proses ni selalunya ambik masa jugak, rasanya sempat nak keluarkan duit epf tu.....

Jeb
26-09-2011, 03:19 PM
cakap je kat bank tu,nak prinsipal sahaja atau nak saya muflis???mesti dia amik prinsipal je.

moneymaker3000
26-09-2011, 03:38 PM
selain AKPK boleh try minta bantuan di baitulmal

shidi2020
27-09-2011, 05:39 PM
masih ada sinar utk wat pinjaman ke bagi orang yg dah bankrap nie??

alxx51
27-09-2011, 05:45 PM
owhh....macamtu rupenyeee ceciterrnyeee....baru la teman tauuuu

megatf
29-09-2011, 12:57 PM
boleh buat loan tapi RM1,000 jer dan kena bagi tau yg kita muflis....itu pun kalau koop nak bagi dapat ler......tapi kalau jenguk2 thread loan rasanya masih boleh tapi kena cek dulu ler sebelum buat....

eidod
15-02-2012, 04:18 PM
jgn riso pd yg bankrup..
jalan penyelesaiannya ada...
aku salah sorang...huhu

qubs
15-02-2012, 10:17 PM
hehe...
cite la lagi.....
aku pun dah nyawa2 ikan nih.
moto nak kena tarik,...cc dah masuk 3 bulan tak bayar.
tapi bukan joli...tolong family punye pasal.:"> :"> :">

semoga Allah mmbantu mempermudahkn

zerovirus
28-08-2012, 06:17 PM
mcm nak bayar hutang lama tanpa melalui Collection Agencies ???

zerovirus
28-08-2012, 08:32 PM
tk ada org tau ke

GreenDay
30-08-2012, 11:54 AM
jgn riso pd yg bankrup..
jalan penyelesaiannya ada...
aku salah sorang...huhu

Menarik Ni Jika Dikongsi Story Tu...:):)

Long Kai
30-08-2012, 06:14 PM
kalau pegi menyerah diri kat kpk cam ok jgk...pastu takde la org asyik calling2 je mintak utang

WMComm
30-08-2012, 06:16 PM
risaunya aku :(

Long Kai
30-08-2012, 06:18 PM
dont worry..its not a criminal...tapi sebagai orang islam kena paham la ye

honda_primo
30-08-2012, 06:24 PM
nanti bulan 12, bawa keluar duit epf yg ada tu walaupun tak cukup sekurang2nya dapat ler bayar jugak.......kalau bank nak lelong sekali lagi diorang akan keluarkan surat saman.......dan proses ni selalunya ambik masa jugak, rasanya sempat nak keluarkan duit epf tu.....

bleh kerwt kuar EPF byr utang CC... minta pencerahan

danx
30-08-2012, 06:33 PM
Kerja govt Kalau bankrup saya boleh tolong :)
Call je :D

biosumber
30-08-2012, 06:38 PM
tapi bila da lps dari bebanan jgn lupe sujud syukur::::::

fuadfx
30-08-2012, 07:06 PM
`Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap
Oleh Asuki Abas (Wartawan Utusan)
Sumber : Utusan Malaysia Online

BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.

Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri.

JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.

Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.

Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.

Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.

Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.

Gangguan

Bak kata Mokhtarudin: ``Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas.

``Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank.''

Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.

Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya `keistimewaan' menjadi bankrap.

Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable - tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.

Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.

Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.

Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, ``seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.''

Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.

Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.

Pelepasan

Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.

Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya.

`Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,'' kata Mokhtarudin.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.

`Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,'' kata beliau.

Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.

PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.

Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.

PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.

Selain JPH mahu memperbaiki tahap kesedaran orang ramai terhadap isu-isu kebankrapan, jabatan itu, pada masa yang sama, cuba untuk memastikan jumlah kes bankrap yang meningkat pada kadar yang membimbangkan iaitu melebihi 10 peratus sejak tahun 1996 dapat dikurangkan.

Dengan itu, satu cadangan dibuat supaya tahap hutang untuk boleh diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Menurut Dr. Fatimah Daud dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka yang diisytiharkan bankrap berhutang kurang daripada RM50,000.

Sehingga akhir tahun 2002, terdapat kira-kira 105,336 kes kebankrapan di negara ini dengan 9,886 kes baru dan 3,832 kes diselesaikan.

Peningkatan tahap pengisytiharan bankrap itu dijangka dicadangkan dalam rangka pindaan Akta Kebankrapan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Selaras dengan usaha memperbaiki imej JPH dan pandangan masyarakat terhadap kebankrapan, PPH pada tahun lalu telah melawat setiap negeri dan mengadakan kempen sehari bersama pelanggan untuk memberikan gambaran lebih tepat mengenai fungsi jabatan itu.

Kempen itu diharapkan mencapai matlamatnya dan mendorong para bankrap yang melarikan diri untuk tampil bekerjasama dengan PPH bagi mempercepatkan proses pelepasan mereka.

`JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.

`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,'' kata Mokhtarudin.

:)cgrock :)cgrock :)cgrock

good info..thanks :D:D:D:)cgrock

JuanCarlos
03-09-2012, 12:25 PM
baru release bankrupt pada bulan 7 yang lepas..alhamdulillah..
rasa macam lepas beban atas kepala ni..

mieadidas
03-09-2012, 05:07 PM
gua punya story...ni kisah muda2....joli katak lebih smpai kete kene tarik pastu utang kredit kad blambak lepas takder keje...terduduk..sudahnya wa buat **** jer la....nak buat loan aper ker takleh dah...sip baik ada moto..surat bank asyik datang smpai dah dkat 3 tahun wa try cek ctos nama clear ..pastu trus samba kete n beli umah......ingat dah setel kot manala tau ilang dalam system ker...lepas 4-5 bulan setle wa punya loan umah n kete sampai surat notis bankruptcy dr lawyer...pehhh pening mana nak cekau kat 50k....last2 dpt setle wa let go 2ketul gold bar pastu balance bos wa yg baik ati topup..skrg bulan2 gaji potong tanpa perlu bayar interest bank yg cekik darah...tu crite wa

tapi nak tau gak sesapa yg ada story yg lebih truk smpai 1M above sbb ada terbaca artikel org negara luar berebut nak setel melalui bankrup kalau negara kita jabatan insolvensi sebab si muflis mndapat perlindungan dan keistimewaan mcm banduan gak...kalau berkelakuan baik utang bleh setle tanpa bayar jumlah semua...nama bersih mcm baru lahir...tu yg nak tau :)
:)cgrock

kalau nego ngn bank, pastu bank wat ***** xnak tolak ansur, ge jer dkt AKPK. discuss ngn diorg & diorg akan tolong liase dgn bank2 yg berkenaan... aku dulu pernah gak ge jumpa diorg.. diorg bgtau bukan senang nak bangkrup kan org nie... hanya bank negara jer boleh wat and bank2 kena wat byk procedure n x time.

BuluKetiak
29-12-2012, 09:02 PM
baru release bankrupt pada bulan 7 yang lepas..alhamdulillah..
rasa macam lepas beban atas kepala ni..
salam...saya nak tanya bro pasal pgalaman kena bankrup...saya on the way nk kena bankrup ni...bleh bg no tipon bro?...klu bleh nk ckp kejap je dgn bro tentang 2-3 pkara...harap reply...TQ