PDA

View Full Version : Sistem Fertigasi Lengkap Untuk Tanaman Cili

Pages : [1] 2 3 4 5

sylarempire
05-01-2008, 02:57 PM
salam semua..syarikat milik aku baru2 ni nak berjinak2 dalam penanaman cili. aku ada wat survey harga sistem fertigasi untuk cili..an aku tertarik ngan offer satu syarikat yang menyediakan sistem fertigasi ni..ciri2 sistem tersebut ada kat bawah ni..so nak minta tolong saper2 yang power fertigasi ni, atau tahu info2 tentang fertigasi cili harap dapat membantu siket2..uhuhu..:D

kalau ada saper2 yang tau harga yang lagi murah dari bawah ni ley r gtau aku..ehehe..:D

kalau ikut rate bawah ni..1000 unit pokok perlukan tanah seluas 0.3 ekar..agak2 korang yang power2 ni camaner?ada x yang lg best dr offer bawah ni?:D :D

SISTEM FERTIGASI LENGKAP 1000 Unit.

RM7,500

- Drippers = 1000 unit
- Adapter = 1000 unit
- Tubing = 1000 unit
- Poly bag + Stim Paddy Husk = 1000 unit
- System complete for 1000 unit
- Main Pipe
- Joint
- Control Valve
- Silver Shine (for 1000 unit)
- Baja A & B
- Pump 1 h.p
- Water Storage tank 600 Gallon (1 unit)
- Fertilizer Storage Tank 50 L (2 unit)
- Anak Benih = 1000 unit
- Panduan Mudah Pemasangan Sistem Fertigasi

* Pelanggan diminta menyediakan bekalan air dan elektrik. Sebaiknya pelan tapak projek dihantar kepada kami untuk memudahkan pemasangan.

Harga Tambahan (Pilihan)

- Installation of system = RM2000

- Transport + Handling = RM2000 (Seluruh Semenanjung Malaysia Sahaja)

- “Spare Part” Cili Fertigasi 1 unit pokok (Poly bag + Cocopet + Stim Paddy Husk + Anak Benih) = RM5

* Semua penghantaran 30 hari dari tarikh Pesanan Kerja / Purchase Order / Confirmation Order. Semua Pesanan Kerja/Purchase Order perlu dijelaskan wang pendahuluan sebanyak 50%.

so kalau aku nak usahakan 1 ekar, aku perlukan 3 unit pakej ni..1 ekar=3000 unit pokok cili
kos=(7500+2000+2000)x3=RM34,500..

agak2 kowang sumer camaner??minta tulun saper2 yang pakar fertigasi ni..uhuhu:D :D

sylarempire
05-01-2008, 03:20 PM
xder saper yang bley tolong ker??:D

duskcircle
05-01-2008, 03:50 PM
xder saper yang bley tolong ker??:D

check laman web sabakagro. dengar kata murah juga utk barang2 fertigasi

sylarempire
05-01-2008, 06:27 PM
check laman web sabakagro. dengar kata murah juga utk barang2 fertigasi

alamat web dia aper eh??:D

areep
06-01-2008, 12:56 AM
Aku rasa dah murah tu kot. Sbb dulu masa aku amik kursus fertigasi, dia nak RM 30k untuk 1000 pokok lengkap semuanya. Tapi tu masa 2 tahun lepas la. Tapi bagi aku la, RM 7500 tu dah kira murah dah rasanya. Tapi harga tu termasuk rumah tempat pokok tu skali ker tak?

sylarempire
06-01-2008, 03:09 AM

rumah tempat pokok tu camaner?khemah lindungan ujan ker?yg dia bg cuma list kat atas tu je r bro??kira murah r eh??:-?

duskcircle
06-01-2008, 09:07 AM
rumah tempat pokok tu camaner?khemah lindungan ujan ker?yg dia bg cuma list kat atas tu je r bro??kira murah r eh??:-?

ok..saya dah check web agiagro tu. Kira murah lah tu utk barang fertigasi..., boleh la nak beli...TQ

areep
06-01-2008, 07:01 PM
ha'ah. Tempat lindungan hujan tu. Aku rasa harga tu dah kira ok dah tu. Teruskan usaha bro. Aku pernah buat lawatan kat ladang sorang pakcik ni, dia tanam cili merah guna fertigasi, 1000 pokok. Kebetulan masa aku pegi tu dia tengah kutip hasil. Ko bayangkan la setiap hari hasil lebih 100 kg.

mfadhlan
06-01-2008, 07:44 PM
go go...jadikan pertanian suatu pendapatan lumayan...

rosha
06-01-2008, 09:09 PM
dear sylar,

saya berminat utk menjalankan business cili ini...macamane nak contact dan harga seperti di dalam quotation itu....nett price ker atau masih boleh negotiate.

tq.:)

mrafif
06-01-2008, 09:19 PM
ehehe.. masok tv3 tadi nih..

rosha
06-01-2008, 09:25 PM
dear sylar,

kalau untuk 1000 pokok,hasilnye berape kilo sehari.dan berape lama tempoh untuk dpt hasil nye (maksudnye dari hari pertama benih disemai)

tq.:D

sylarempire
09-01-2008, 12:10 AM
ehehehe..tuk korang sumer..aku pun baru2 lagi nak jinak2 ngan fertigasi ni sumer..aku contact balik tuan punya syrkt atas tu, harga x termasuk ngan khemah lindungan ujan ker apa tah nama dia..tapi aku rs xder khemah tu pun xper kot..ker kowang yang bijak pandai ni tau camaner??tolong r aku ngan member2 yg nak tau ni wei..:D :D

ok ni maklumat aku dapat dr pricesskhan, dia ada tanam cili..amik masa 2-3 bulan tuk dapat hasil..sepokok ley dapat 2kg..sebulan 2 kali petik..dia jual 1kg rm10.00..sebulan dia ley dapat rm2k ++..tu taam dalam 50pokok..:D

ni lak maklumat yg aku cr sendiri saper2 yg guna sistem fertigasi..1pokok ley dapat dalam 4-5kg..:)paid :)paid

1000pokok kat atas tu dalam keluasan 0.3 ekar..:)paid

so ada tanah lebeh tu pas2 la kat aku..ehehe..kowteam ker apa ker..:p

sylarempire
09-01-2008, 12:16 AM
dear sylar,

saya berminat utk menjalankan business cili ini...macamane nak contact dan harga seperti di dalam quotation itu....nett price ker atau masih boleh negotiate.

tq.:)

dia kata ley negotiate lg..kalau nak tempah kena depo 50% dari harga sebenar..uhuhu..

sylarempire
09-01-2008, 12:18 AM
dear sylar,

kalau untuk 1000 pokok,hasilnye berape kilo sehari.dan berape lama tempoh untuk dpt hasil nye (maksudnye dari hari pertama benih disemai)

tq.:D

ni maklumat yg aku dapat r...biasa nya 3 bulan lepas semai..pastu pokok cili ley tahan selama 7-8 bulan..sebab hasil dia akan jadi sedikit..so nak hasil yg byk kena tanam semula la..satu pokok ley petik hasil 2kali sebulan..layannnn...

aku pun xtau sgt..baru nak jinak2..:)paid :)paid

Megat Sri Rama
09-01-2008, 01:54 AM
aku dah pernah baca yang katanya kalau takde khemah lindungan pun tak mengesankan hasil. sama jer.. tapi ini kata website tu la.... cuba le tanya uncle google.

Megat Sri Rama
09-01-2008, 02:04 AM
cuba kaji website australia tentang fertigasi. mereka maju bab pertanian.

kemudian cari tutorial untuk homemade hobby kit set, biasanya dalam tutorial "buat sendiri" macam ni macam-macam teknik kita belajar. buat sistem yang kecil untuk 6 polibeg, sesuai untuk halaman rumah bandar.

lepas tu baru all out.

aku rasa fertigasi tak jauh beza dengan drip system untuk hydroponic, yang paling kritikal adalah untuk mengawal tekanan cecair supaya semua drip end akan disperse jumlah cecair yang sama pada kadar yang optimal.

aku pernah buat system ebb & flow, kos tak sampai RM200. aku rasa kos salur getah lebih murah dari sistem paip pvc (hidroponik).

kalau adventureous boleh la beli kepingan solar kat lelong.com untuk bekal tenaga kat pam.... hehehe. baru RM80.

Sony_Boy
09-01-2008, 11:47 AM
kasi up info skit..

GM Peladang (http://www.gmpeladang.com.my/)

aidil08
09-01-2008, 12:39 PM
http://cabai.wordpress.com/
http://www.fertigasi.com/
http://www.fertigasionline.com/index.php?option=com_content&task=view&id=13&Itemid=25
http://www.duniadagang.com/
http://www.fertigasi.net/
http://www.myhomepagez.com/fertigasi/home.php
http://fertigasi.blogspot.com/
(http://fertigasi.blogspot.com/)

meh layan sini semua pasal fertigasi

Sony_Boy
09-01-2008, 12:44 PM
agak2 braper lama balik modal ek?

Megat Sri Rama
09-01-2008, 07:24 PM
sapa nak kongsi beli buku pasal fertigasi kat fertigasi.com?

DanielAriffin
09-01-2008, 07:55 PM
Hello geng...
huhuhu lepak sini lak... aku pon ada try tapi hanya 3 pokok aje :D untuk evaluation dulu,kang sukses baru jalan laju sikit... tak berani aku nak start pokok sampai beribu2 pasal pengalaman tak ada lagi... lani sambil2 tenggok pon pokok aku start nak bebuah dah... rasa baru kejap aje tanam :D :D :D

:)cgrock :)cgrock :)cgrock

abixpert
10-01-2008, 05:16 PM
a'kum
Harga barang fertigasi untuk 1000 polibeg RM6,500

Upah pasang RM1,750.

Harga shipping bergantung kepada tempat projek.Dimana ye tempat projek?

Rain shelter @ rumah hujan perlu kalau sesuatu tempat tu taburan hujannya tinggi. Contohnya kat Cameron Highlands dan Kamunting. Kalau sebelah utara, dalam setahun, hanya 3-4 bulan saja hujan. 8 bulan lagi, tidak hujan. Jadi membazir pulak buat rain shelter kalau kat utara.

http://mohdashraf.com

sylarempire
13-01-2008, 12:56 AM

bro hang ker ashraf yang kat web ni?
http://abiagro.com.my/v1/
sebab biler aku emel, ashraf yang jawab..quotation (tul ker eje?:-? ) yang aku letak kat page 1 tu refer pd web ni gak..
http://abiagro.com.my/v1/
kalau tol..:)paid :)paid

wanotoegro
14-01-2008, 08:30 AM
waa...dh jumpa tempat mnuntut ilmu fertigasi laaa..nk tnya ni?syur ape susuai gn fertigasi?cili boleh?:)cgrock

fnd75
14-01-2008, 09:44 AM
mari mari mari.... nak tanam serai ade, nak tanam cili pun ade maklumat, ape lagi jadik kan pertanian sbg pendapatan :-), sape nak share modal tanam cili fertigrasi boleh contact aku, tanah ade dlm 1/2 ekar cuma modal je lom ada :-P

abixpert
14-01-2008, 03:02 PM
abiagro tu saya punyala
sekarang ni, sapa yang BETUL_BETUL berminat, boleh email saya untuk dapatkan quotation penuh fertigasi mengikut tempat

harga tu saya letak untuk memudahkan orang hubungi saya saja
harga sebenar lagi murah

semua pokok renek boleh tanam cara fertigasi (cili,rock melon, sayuran hijau,terung,timun,capsicum,strawbery dll)
tapi kena cari pokok yang bernilai tinggi (harga mahal)

regards,

Mohd Ashraf bin Hj Shuib
Pengarah Urusan Abi Agro
email: ashraf [at] abiagro.com.my

arjunazwan
14-01-2008, 06:11 PM
macam best jer fertigasi ni
nk guna tanah pun boleh kn?
kena ada ilmu cukup ni. bayangkn lah tiba2 pokok layu ker mau tak menggelabah dibuatnya. kena try 10 pokok dulu. try n error kata org tu hehe :)

Megat Sri Rama
14-01-2008, 08:00 PM
Siapa nak info "kasar" sila ke thread aku di sini (http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=27245)

aku tak jual sistem fertigasi, dan aku tak pernah buat fertigasi. aku macam korang, tengah cari info, jadi apa maklumat aku jumpa aku tabur situ.

memandangkan fertigasi dan hidroponik kedua-duanya "soilless culture" aku letak sekali maklumat sistem hidroponik, terutamanya sistem hidroponik titis (drip system) yang popular untuk tomato dan cili di rumah hijau barat.

satu lagi sebab kenapa aku campur dengan hidroponik, sebab aku dah google kata kunci "fertigation" tapi kebanyakannya cerita tentang pengairan dan pembajaan untuk sistem atas tanah.

abixpert
15-01-2008, 11:49 AM
kalau buat kecil-kecilan, boleh guna tanah
kalau buat besar-besaran, banyak modal yang perlu dikeluarkan untuk beli tanah.
sebab tu orang guna sekam atau sabut (murah)

pokok boleh hidup tanpa tanah, tapi tak boleh hidup tanpa baja. Sekarang ni, ada teknik aeroponik, sembur baja kat akar. Akar tergantung dalam palong.

http://abiagro.com.my/v1/set-mini-fertigasi

wanotoegro
15-01-2008, 12:26 PM

waaa...mcm2 teknologi skrg ni?mcam mana kaedah aeroponik tu?apa beza dgn fertigasi?

azhas71
15-01-2008, 12:45 PM
waaa...mcm2 teknologi skrg ni?mcam mana kaedah aeroponik tu?apa beza dgn fertigasi?

aku ade sorang kawan wat tanam cili nie lbh kurang sama gak dia supply anak benih

hehehe dia ckp dgn aku harga 1000 benih +++ baja +++ plybag dan apa lg semua
dia jual harga rm5000.00 jer

sape minat leh aku kenal kan ladang dia kat puchong jer

abixpert
15-01-2008, 02:18 PM
http://www.tarimsalpazarlama.com/upload/images/%7B11B159CE-6FDC-4E05-B733-1B0D5A7025F9%7D.jpg

Bezanya, fertigasi guna media untuk support akar, aeroponik tak guna apa2...

gantung pokok tu macam buat hidroponik, jangan letak air dalam takungan
biar tergantung
lepastu, spray baja ke akar mengikut masa yang dah ditetapkan... itulah aeroponik :D

wanotoegro
15-01-2008, 04:12 PM
http://www.tarimsalpazarlama.com/upload/images/%7B11B159CE-6FDC-4E05-B733-1B0D5A7025F9%7D.jpg

Bezanya, fertigasi guna media untuk support akar, aeroponik tak guna apa2...

gantung pokok tu macam buat hidroponik, jangan letak air dalam takungan
biar tergantung
lepastu, spray baja ke akar mengikut masa yang dah ditetapkan... itulah aeroponik :Doooo...klu tengok pd gambor tu mungkin praktikal utk sayur jenis ringan la kut?sebab klu pokok cili ni bleh tahan jgak berat dia,nak kena tambah kos utk buat penyokong tu..atau ada cara yg tersedia dlm aeroponik ni?

abixpert
16-01-2008, 01:57 PM
Kalau pokok besar, rasanya boleh buat
tapi palong tu kena besar jugak
nak tampung akar yang besar

tomato juga ada ditanam guna kaedah aeroponik

bujangsenang
16-01-2008, 09:55 PM
yang penting akar dapat oksigen. sebab tu medium kena guna yang poros-poros tapi air "melekat" (melekat, tak perlu serap sangat).

dalam aeroponik, larutan di sembur dengan kepala paip yang menghasilkan pancitan berkabus (mist spray). kejadian kabus ni la yang menambah oksigen dalam air.

kalau fertigasi takde kabus-kabus ni kan? boleh buat, kat dalam tangki bukan kat akar.

kitarkan air dalam tangki guna pam kecil dan spray di dalam tangki itu sendiri. kalau tak pun, guna pam udara macam dalam akuarium, yang keluar buih-buih tu....

mungkin hasil tak sebagus aeroponik. akar aeroponik yang sempurna banyak "bulu-bulu halus", dari jauh nampak putih gebu dan empuk.

buya
16-01-2008, 10:47 PM
esok aku start kursus fertigasi di GM, Kuala Ibai, Terengganu selama 4 hari. Pengusaha fertigasi terbesar kat sini..RM500 yuran!! tapi x per..demi ilmu..ku gagahi juga..doakan aku berjaya utk jadi petani moden..pastu aku nak g kursus kambing lak kat Bangi minggu depan..kuakuakua..semua aku hangkut!!! :eek:

areep
16-01-2008, 10:55 PM

weehhhhh....dah naik dah yuran dier?heheheh....tapi takper. Ilmu tu yang penting. Nanti sok mesti dia adakan lawatan kat ladang cili sorg pakcik ni. Ko kena kaut pengalaman ngan pakcik tu, dia antara penanam cili fertigasi yang berjaya tu.

buya
17-01-2008, 07:05 PM

ko dah pegi ke kursus ngan GM ni? dulu brp yuran kursus? kat mane pakcik tu?

Megat Sri Rama
17-01-2008, 08:31 PM
ko dah pegi ke kursus ngan GM ni? dulu brp yuran kursus? kat mane pakcik tu?

GM tu yang kat dungun ke?

areep
17-01-2008, 11:50 PM
ha'ah.....dulu aku dah pernah pegi dah kursus dier. Rasanya dah dekat setahun lebih dah...Time aku dulu yuran dier rm300. Tapi untuk kursus ajer la. Kalo masuk penginapan mungkin mahal skit kot. Tapi ok la...banyak ilmu boleh di timba. Siap dapat sijil lagi dan ader praktikal camner nak tanam biji benih tu.

En. Rhoma Irama
18-01-2008, 05:42 AM
297 Lorong Fertigasi, Padang Negara, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-6175363 / Fax : 09-6174363 hp : 0199566939 / 017-9029009

buya
18-01-2008, 11:21 PM
ha'ah.....dulu aku dah pernah pegi dah kursus dier. Rasanya dah dekat setahun lebih dah...Time aku dulu yuran dier rm300. Tapi untuk kursus ajer la. Kalo masuk penginapan mungkin mahal skit kot. Tapi ok la...banyak ilmu boleh di timba. Siap dapat sijil lagi dan ader praktikal camner nak tanam biji benih tu.

ooo..dah lame ko pegi..abih tu ko buat tak fertigasi ni?

boer
19-01-2008, 01:46 AM
salam..leh join..aku minat sgt ngn pertanian penternakan..leh kita share ilmu..

wanotoegro
19-01-2008, 11:57 AM
ooo..dah lame ko pegi..abih tu ko buat tak fertigasi ni?

betul2..pas balik kusus tu buat tak?

areep
19-01-2008, 11:41 PM
hahahah.....memang plan tu nak buat. Tapi takder tanah. Nak buat pinjaman Diraja masa tu syarat dier kena tanah sendiri atau tanah saudara mara. So....aku simpan dulu plan aku tu dulu buat masa sekarang. Tapi aku berazam satu hari nanti, InsyaAllah akan aku buka ladang fertigasi ni. Ilmu yang ada tak elok dipersiakan.

En. Rhoma Irama
20-01-2008, 01:34 AM
areep.... kalau sudi boleh join aku, aku pun tgh cari partner tuk pojek ni

silondeh
20-01-2008, 04:17 AM
kalo mcm kecil2an 2 bleh ke wat untung bro abixpert? pengeluaran die camne kire ek?

si emas merah
20-01-2008, 08:12 PM
SALLAM.......saya ada sikit info ttg harga peralatan fertigasi.....dripper rm0.08 sen, nipple rm0.10sen, tubing 4/5mm rmx80meter rm19.00.......jika nak info lebih lanjut lagi boleh PM sama saya......si emas merah.....

abixpert
20-01-2008, 10:45 PM
kalau 100 pkk cili, dapat la anggaran 1.5kg 2 hari sekali harvest

p/s:kalau nak buat sikit2 utk belajar dan untuk jualan kat orang kampung, better buat paling sikit 100 pkk

areep
20-01-2008, 10:47 PM
terima kasih Harun...tapi aku terpaksa tolak pelawaan tu. Tapi terima kasih kerana offer aku.

ian
23-01-2008, 12:56 PM
sesaper ader idea area kl/selangor tak der ker untuk kursus fetigrasi nie? jauhnya nak gi terengganu.. kena bayar yuran lagi RM 700 lsgie.. huii.. ader sesaper yang boleh tolong?

Scorpion
23-01-2008, 01:55 PM
sesaper ader idea area kl/selangor tak der ker untuk kursus fetigrasi nie? jauhnya nak gi terengganu.. kena bayar yuran lagi RM 700 lsgie.. huii.. ader sesaper yang boleh tolong?

Kesian aku tengok kau bersungguh2. Nie ada satu kursus fertigasi di Bukit Changgang, Dengkil.

Tarikh 1-2 Feb, 1-2 Mar, 4-5 Apr 2008.
Yuran RM 300 aje.

Sila hubungi En Rahim 013-2279556 cepat tempat terhad hanya 20 org.

Atau tengok kat sini ==> http://www.usahawantani.com/

aminkapar
23-01-2008, 08:20 PM
hai si emas merah, location kat maner? betul ker boleh supply barang tu smua. bagi contact no lah.

silondeh
24-01-2008, 02:16 AM
sesaper ader idea area kl/selangor tak der ker untuk kursus fetigrasi nie? jauhnya nak gi terengganu.. kena bayar yuran lagi RM 700 lsgie.. huii.. ader sesaper yang boleh tolong?

cube tgk....ni >>> http://www.pugm.net (http://www.pugm.net/)

si emas merah
24-01-2008, 01:47 PM
Sdr. aminkapar .....location saya di PENANG....barang2 tu saya boleh supply semua, cakap saja kuantiti saya mampu sediakan....cont. no. saya 012 4970013 si emas merah....

ian
29-01-2008, 04:15 PM
Kesian aku tengok kau bersungguh2. Nie ada satu kursus fertigasi di Bukit Changgang, Dengkil.

Tarikh 1-2 Feb, 1-2 Mar, 4-5 Apr 2008.
Yuran RM 300 aje.

Sila hubungi En Rahim 013-2279556 cepat tempat terhad hanya 20 org.

Atau tengok kat sini ==> http://www.usahawantani.com/

Terima kasih atas info sedara, rasanya saya cuba utk bulan march kot.. baru jer mencuba diri berjinak2 dengan pertanian pulak.. dari biar tanah terbiar baik diusahakan. lagipun dah penat makan gaji nie.. :)

mieera
01-02-2008, 05:04 PM
hi kawan2 cili ni nt nak pasarkan mcmana?

si emas merah
02-02-2008, 03:21 AM
hi kawan2 cili ni nt nak pasarkan mcmana?cili jual di pasar borong, atau peraih sayur.......... cik mieera, jika harga pasaran cili tinggi maknanya bekalan tak mencukupi.......yg, menjadi masalah sekarang bekalan cili domistik tak mencukupi......harga ladang cili sekarang rm5.00/kg........jika harga di Sarawak rm8.00.....jika cili semenanjung dapat masuk Sarawak cik mieera boleh kaya sekelip mata......cik mieera tanam brapa ribu pokok cili?......

wanotoegro
03-02-2008, 02:18 PM
saya ada racun pnyakit kulat pkk cili utk dijual..kawan mintak tolong..thiophanate-methyl 70% (RM20)pnykit antraknos daun,bintik daun..carbendazim 50% (RM30)pnykit antraknos, bintik daun..hrga2 tidak termasuk kos pos..

jai_x5
03-02-2008, 05:54 PM
utk set 1000 pokok tanaman fertiasi nie, ade disebut eletrik ngan air di perlukan..

air ngan elektrik tu perlu 24 jam ke camne?

ps:kek dusun aku, eletrik ade tapi gune generator..air lak terpaksa kumpul air hujan..

golden_user2006
03-02-2008, 06:19 PM
saya ada racun pnyakit kulat pkk cili utk dijual..kawan mintak tolong..thiophanate-methyl 70% (RM20)pnykit antraknos daun,bintik daun..carbendazim 50% (RM30)pnykit antraknos, bintik daun..hrga2 tidak termasuk kos pos..

sori, off topik...bro, setahu sy penjualan racun serangga/kulat/pertanian adalah barangan terkawal,maknanya sipenjual mesti ada lesen menjual barangan tersebut ...dan nak buat iklan pun kena dptkan permit...di bawah akta racun makhluk perosak 1974...tgk web jab pertanian ni... http://www.doa.gov.my/main.php?Content=sections&SubSectionID=167&SectionID=8&CurLocation=8&IID=

hati2 bro, nanti tak pasal2 penguatkuasa dtg...
sekadar mengingat saja...

si emas merah
04-02-2008, 12:43 AM
sori, off topik...bro, setahu sy penjualan racun serangga/kulat/pertanian adalah barangan terkawal,maknanya sipenjual mesti ada lesen menjual barangan tersebut ...dan nak buat iklan pun kena dptkan permit...di bawah akta racun makhluk perosak 1974...tgk web jab pertanian ni... http://www.doa.gov.my/main.php?Content=sections&SubSectionID=167&SectionID=8&CurLocation=8&IID=

hati2 bro, nanti tak pasal2 penguatkuasa dtg...
sekadar mengingat saja........penguatkuasa tak datang jika tiada orang report......kalau kena makan tak habis beb...

si emas merah
04-02-2008, 12:53 AM
saya ada racun pnyakit kulat pkk cili utk dijual..kawan mintak tolong..thiophanate-methyl 70% (RM20)pnykit antraknos daun,bintik daun..carbendazim 50% (RM30)pnykit antraknos, bintik daun..hrga2 tidak termasuk kos pos......bro...barang ni barang panas ke barang sejuk????

mindbiz
04-02-2008, 02:46 AM
salam semua usahawantani..

sy ada ada menjual anak pokok cili..sesapa yg beginner yg xtau/xreti/malas nk menyemai sendiri..leh cari sy utk anak pokok..

mieera
04-02-2008, 09:47 AM
cili jual di pasar borong, atau peraih sayur.......... cik mieera, jika harga pasaran cili tinggi maknanya bekalan tak mencukupi.......yg, menjadi masalah sekarang bekalan cili domistik tak mencukupi......harga ladang cili sekarang rm5.00/kg........jika harga di Sarawak rm8.00.....jika cili semenanjung dapat masuk Sarawak cik mieera boleh kaya sekelip mata......cik mieera tanam brapa ribu pokok cili?......

saya br nak berjinak2 takut xde pasaran j er..tapi kalu u cakap mcm tu leh la nak try. awak dah lama tanam ker

wanotoegro
04-02-2008, 02:06 PM
....bro...barang ni barang panas ke barang sejuk????
racun ni racun local..bukan siam mari..tolong member jual sebab dia terlebih beli..pjg crita..memang dia x guna pn racun siam...

wanotoegro
04-02-2008, 02:08 PM
.....penguatkuasa tak datang jika tiada orang report......kalau kena makan tak habis beb...
memang racun kt kedai local..label..bla2 smua complete..dr ayat diatas..rsnya bro x tahu A.I yg saya tulis tu utk apa?x pa lah..thnx..

mieera
04-02-2008, 03:31 PM
aku kat area selangor xde ke pakage yg dijual kat area lembah klang ni..leh aku gi ambik sendiri aku nak test dulu kat umah aku...ada sapa2 yg ada contact?

si emas merah
04-02-2008, 08:04 PM
aku kat area selangor xde ke pakage yg dijual kat area lembah klang ni..leh aku gi ambik sendiri aku nak test dulu kat umah aku...ada sapa2 yg ada contact?.....baik awak contact org. ni, dia jual tak mahal.....after sales servis pun bagus.....dia dok kat MERU, Klang.....012 2692405

Harimau_kumbang
10-02-2008, 11:01 PM
Hmmm...t gak baca thread nie.. so, aku ader beberapa soalan jer..
1. beraper kos atau modal untuk memulakan projek tanaman pokok cili nie.. keluasan tanah baper yg diperlukan?...
2. mcm maner nak carik buyer?.. adakah ada company atau individu yg amik n berapa harag jualan untuk sekilo?..
p/s: aku berminat nak join.. tapi modal ada dalam rm10k ajer..

wanotoegro
11-02-2008, 08:03 PM

1)kalu budget 10k dah boleh start..kos utk 3k pbag dlm 3k - 4k je..taP open..aku pun suggest buat open..

2)buyer kn cari sndiri..pemborong,peruncit..klu ada jumpa company yg ambik cili mcm Nestle,sypermrket2..ok gak..taP payment dorang biasanya lmbat lah skit..klu pemborng dn pruncit tu boleh buat c.o.d..utk hrga tu..brgantung pd hrga semasa..

Harimau_kumbang
12-02-2008, 01:20 PM
berapa harga semasa sekarang?..
bro... dah jalankan ker biz nie?..
beraper modal permulaan bro.. n berapa margin keuntungan bro sebulan?.. bleh arr share skit kat saya tentang biz nie..k,

wanotoegro
13-02-2008, 08:23 PM
berapa harga semasa sekarang?..
bro... dah jalankan ker biz nie?..
beraper modal permulaan bro.. n berapa margin keuntungan bro sebulan?.. bleh arr share skit kat saya tentang biz nie..k,
adalah skit2..margin keuntungan sgt tinggi..tu je bleh cakap..klu buat sistem open 1k pkk pun dlm 2..3..bln dh bleh cover balik start up kos tu..cuma 1 je pesan..jgn sombong..kena berbaik dgn semua org..org akn suka kita..dn jgn tamak..

neoxora
13-02-2008, 08:38 PM
company aku ade wat baja khas untuk fertigasi cili sahaja..korang tgk dulu laman web www.nutriplantbio.com..kalo berminat, bleh discuss..

wanotoegro
14-02-2008, 12:30 PM
company aku ade wat baja khas untuk fertigasi cili sahaja..korang tgk dulu laman web www.nutriplantbio.com..kalo berminat, bleh discuss..
x leh bukak plak..loading problem..

En. Apai
02-03-2008, 12:51 AM
Hemm... ada masalah dengan flash program tu... ataufail flash tu besar sangat sampai susah nak load.

Tak sangka kat sini pun ramai yg minat fertigasi... abiexpert pun layan kt sini gak. Alhamdulillah, ramai dah mula buka mata.. rezeki bumi hijau..

Wanotoegro
RM3k-4k bagi 3k pokok tu tanam konvensional ker atau fertigasi? apa peralatan yang diguna? teringin nak tahu.

En. Apai
02-03-2008, 01:25 AM
company aku ade wat baja khas untuk fertigasi cili sahaja..korang tgk dulu laman web www.nutriplantbio.com..kalo berminat, bleh discuss..

Rasanya web kalau banyak guna flash ni memang masalah loading yang ramai tak sanggup tunggu. Lagi2 kalau guna dail up atau line slow.. memang jawapnya tak dapat tengok. Saya cadang guna format html lebih mudah orang nak baca. flash tu untuk iklan2 tertentu. Sya hanya mencadang kalau nak ramai orang dapat tengok web tu.#:-S

zaihan
03-03-2008, 10:16 PM
sesaper ader idea area kl/selangor tak der ker untuk kursus fetigrasi nie? jauhnya nak gi terengganu.. kena bayar yuran lagi RM 700 lsgie.. huii.. ader sesaper yang boleh tolong?
Salam perkenalan,
saya pengusaha cili fertigasi di K.Langat Selangor dgn status 4.4K pokok dan masih belajar... harap beri tunjuk ajar.. :">
saya rasa kursus fertigasi dgn RM500 - RM700 tu mahal giller...
ramai kengkawan yang dah kursus beratusan RM dtg tempat saya dan bertanya camna nak setup pipe, berapa inchi paip nak pakai, camna nak menunas dll. utilise kan masa dan nilai RM anda dgn soalan yang power semasa kursus. Fikirkan yang anda akan setup ladang anda dan anda yang akan uruskan. terapkan unsur 4M dlm perkara yang anda wajib tahu. MAN MACHINE METHOD MATERIAL. org yg bagi kursus tu mmg pro. tapi kalau penguasaan pentas berterabur nanti yg kursus tu "blur"(ingat: anda bukan juri profesional)
Toyota way : "you cannot teach/couch if you did not learn"
the best teacher is your experience

http://www.marzuqfarming.com

En. Apai
03-03-2008, 11:48 PM
Hemm..kursus???saya mula pun takda kursus pun... berguru dengan kawan2. Tapi bagi yang nakpergi pun takda masalah....Kesilapan orang kita ni masih terbawa cara belajar masa sekolah menengah dulu.... pergi kelas baru nak buka buku dan tgu cikgu ajar...suapan sudulah katakan...kalau nak SPM insyaAllah boleh ler lepas:-?

En. Apai
03-03-2008, 11:51 PM
Bagi yg nak pergi kursus tu saya cadangkan ikut cara belajar universiti. Sebelum masuk kelas,,,, buat homework dulu... cuba fahamkan sendiri apa yang pensyarah nak ajar nnt...Pensyarah bagi sikit jer...yg lain ...cari sendiri...Kalau tak faham bila bacasendiri...baru tanya giler2. baru tak membazir duit kursus..

eNOOBz
04-03-2008, 12:57 AM
waa.. BEST betul thread ni.. banyak info yang berguna.. En. Apai, kalo dah ada Pakej 10 DIY tu nanti dalam thread ni, ok.

bolabola_la
05-03-2008, 08:01 AM
pakej 10 dah ada di jual.... rm180

alnisa
06-03-2008, 08:01 PM
dear sylar,

saya berminat utk menjalankan business cili ini...macamane nak contact dan harga seperti di dalam quotation itu....nett price ker atau masih boleh negotiate.

tq.:)

nak murah lagi boleh saya buatkan lawat nie.www.tanahkita.blogspot.com

alnisa
06-03-2008, 08:04 PM
Bagi yg nak pergi kursus tu saya cadangkan ikut cara belajar universiti. Sebelum masuk kelas,,,, buat homework dulu... cuba fahamkan sendiri apa yang pensyarah nak ajar nnt...Pensyarah bagi sikit jer...yg lain ...cari sendiri...Kalau tak faham bila bacasendiri...baru tanya giler2. baru tak membazir duit kursus..

en apai pun ada sini ye

eusahawan
06-03-2008, 10:20 PM
wow .... menarik info kat sini ....

alnisa
31-03-2008, 09:09 PM
dear sylar,

saya berminat utk menjalankan business cili ini...macamane nak contact dan harga seperti di dalam quotation itu....nett price ker atau masih boleh negotiate.

tq.:)

kenapa tread nie terpingir . x ada ke member2 cari gold nie minat pertanian cili secara fertigasi nie

golden_user2006
01-04-2008, 10:34 AM
kenapa tread nie terpingir . x ada ke member2 cari gold nie minat pertanian cili secara fertigasi nie

ramai sbenarnya minat kat pertanian......tgh cari maklumat tu.
semlm pegi kat satu ldg fetigasi...khas tanam cili...sape2 nak lawat sila contact 019-3110314 (boss ldg)

bolabola_la
01-04-2008, 07:29 PM
ramai sbenarnya minat kat pertanian......tgh cari maklumat tu.
semlm pegi kat satu ldg fetigasi...khas tanam cili...sape2 nak lawat sila contact 019-3110314 (boss ldg)

ladang ni kat mana bro... lawatan percuma ker?

DanielAriffin
01-04-2008, 08:03 PM
Hello geng...
tumpang tanya ni.. kenapa pokok aku ni cili dia tak mau jadi merah yerk??? buah2 semua elok2... tapi tak mau merah lak... satu lagi,salah satu pokok aku tu..cabai dia jadi cili burung larr... masa beli aku tak mintak pon tak mintak pokok tu pon... :))

328i
01-04-2008, 08:35 PM
bro,,, sistem ni kalau full package mahal ,,,
kita boleh buat semi fertigasi bro,,,,
jimat sket....
ambik basic je dulu...
rumah dia tu kemudian....
yg mahal tu umah dia je....
nanti dah tuai,, guna la $ tu wat beli umah dia

gundurowo
01-04-2008, 09:29 PM
kat sini pn ada bincang fertigasi ek..bagus la..teringat aku kenangan pahit time buat fertigasi ni tahun lepas...

iskk..

En. Apai
09-04-2008, 01:37 AM
Hello geng...
tumpang tanya ni.. kenapa pokok aku ni cili dia tak mau jadi merah yerk??? buah2 semua elok2... tapi tak mau merah lak... satu lagi,salah satu pokok aku tu..cabai dia jadi cili burung larr... masa beli aku tak mintak pon tak mintak pokok tu pon... :))

Daniel, kalau dah tanam cili besar tu dia akan jadi merah bila dah betul2 cukup matang.biasanya dalam hujung bulan ke3 dahada tanda merah. tang cili burung tu, saya pun ada pokok jenis camtu...benih kulai Mardi tapi ada beberapa pokok berbuahmcm cili burung...tapi besar sari cili burung dan kecil sikit dari cili merah. itu disebabkan kecacatan dalam pembenihan...tak boleh wat ape2. biasanya kalaubenih wat sendiri atau kulai MARDI ni memang ada camtu. so far cili hybrid tak pula jumpa camtu.

Oh ya,nak maklum, pakej 10DIY dah ada RM160. boleh ke http://affesetpercubaan.blogspot.com

skut
14-04-2008, 05:41 PM
Ada Sesiapa yang minat dan ada modal nak tanam rock melon cara fetigrasi?
Saya ada tempat menarik area Rawang. Tanah 3 ekar.. 0.8 ekar dah ratakan boleh tanam rock melon kaedah fetigrasi. Jika ambil Pakej dengan saya leh dapat tanah tu.. Saya bagi Percuma Blog
www.myfarmvalley.com
kepada sesiapa yang berminat.. email me at shahrin1[a]hotmail :)cgrock .com

heri
14-04-2008, 09:48 PM
kat sini pn ada bincang fertigasi ek..bagus la..teringat aku kenangan pahit time buat fertigasi ni tahun lepas...

iskk..

salam semua, minat gak nk tanam cili nih...

bro citer skit kenangan pahit tuh..

alnisa
14-04-2008, 09:56 PM
salam semua, minat gak nk tanam cili nih...

bro citer skit kenangan pahit tuh..

bkn apa tu yg pahit nya masa cili berbuah .x cukup dia nak supply.pemintaan lebih:D

cashbiz
12-05-2008, 10:59 PM
salam saudara2 semua.

pertanian adalah perniagaan jika berjasa dgn tanah dan usaha kita akan dpt hasil yg penting jgn give-up fertigrasi merupakan satu kaedah penanam yg unik tak perlu penyelenggaraan yg banyak cuma permulaan sahaja.biasalah bersusah dahulu senang lepas tu.Saat yg paling syok bila masa memetik cili.

saya cadangkan mana2 yg baru menceburkan diri mesti ada beberapa perkara yg perlu kita tahu.

1.ilmu penjagaan cili dari,meracun, membaja dan menggenal musuh cili serangga dan kulat(amat penting)
2.tanam utk makan sendiri atau komersial
3.pemasaran
4.Berapa banyak nak hasil yg di tuai
5.berapa kos yg sanggup dikeluarkan
6.berapa lama pulangan modal selepas menanam
7.penyelengaraan selepas tuai
8.sediakan buku log penanaman.

jadikan pertanian satu sumber pendapatan tidak kira apa yg hendak ditanam.Buat perancangan dgn teliti jika nak buat secara komersial.mulakan dgn kit fertigrasi secara kecil-kecilan utk R&D.jika berjaya sampai peringkat menuai,yakin dan semua yg diatas boleh lah teruskan dgn kuantiti yg banyak.

abixpert
13-05-2008, 06:03 PM
saya setuju...
fertigasi hanya membantu kita menyiram dan membaja dengan mudah,
pengusaha perlu buat secara manual adalah meracun, pruning, kutip hasil dan pasarkan hasil.

bagi saya tiada masalah dalam sistem fertigasi ni.

five_soul
03-06-2008, 01:02 PM
saya ada racun pnyakit kulat pkk cili utk dijual..kawan mintak tolong..thiophanate-methyl 70% (RM20)pnykit antraknos daun,bintik daun..carbendazim 50% (RM30)pnykit antraknos, bintik daun..hrga2 tidak termasuk kos pos..

Berapa total semua racun tu?
Setiap racun ada brp liter?
Saudara berada kat mana kalu nak tgk racun tu?

hakime
03-06-2008, 02:14 PM
aku pun minat nak tanam cili so harga nett atau ada plus lagi,mana dapat harga macam tu,siap khemah sekali ke,email aku gongkime@yahoo.com,

iwak
03-06-2008, 02:19 PM
kalo kt johor mana ada jual alat fertigasi nih?

jamm
08-06-2008, 08:00 AM
abiagro tu saya punyala
sekarang ni, sapa yang BETUL_BETUL berminat, boleh email saya untuk dapatkan quotation penuh fertigasi mengikut tempat

harga tu saya letak untuk memudahkan orang hubungi saya saja
harga sebenar lagi murah

semua pokok renek boleh tanam cara fertigasi (cili,rock melon, sayuran hijau,terung,timun,capsicum,strawbery dll)
tapi kena cari pokok yang bernilai tinggi (harga mahal)

regards,

Mohd Ashraf bin Hj Shuib
Pengarah Urusan Abi Agro
email: ashraf [at] abiagro.com.my
Saya minat sangat ... tolong berikan details ke

jamilah_abdmanaf@yahoo.com

Saya di Johor (Muar atau JB) Thanks

aduka01
12-06-2008, 07:46 AM
salam...
menarik topik fertigasi nih..
tapi modal plak xde :(
sape ade contoh kertas kerja utk fertigasi cili ni..?
share la kt newbie ni..nk wat loan ni..:)

nofa
12-06-2008, 05:31 PM
saya pun minat gak plzzzzz email aidiey203@yahoo.com.my

tokputih
12-06-2008, 05:35 PM
hmmmm... minat ke tak aaa...

maxbiz77
13-06-2008, 08:43 AM
nak tanya neh. sistem fertegrasi nih.. air utk memyiram dan bancuhan baja tu nanti.. pakai air paip ke atau air bumi?..

aku rasa mcm nak try buat kecil2lan la kat laman rumah nih. dari tanam pokok bunga yg tak mebdatangkan hasil (plak tu abih bungan2 dia anak aku kerjakan. kekek) baik aku tanam cabai nih. dah tuai nanti leh gak suplykan kat org2 opis aku. fuh.. dok ada 400 org woo kat opis aku nih. peluang side income nih. hehe.

En. Apai
13-06-2008, 11:51 AM
nak tanya neh. sistem fertegrasi nih.. air utk memyiram dan bancuhan baja tu nanti.. pakai air paip ke atau air bumi?.. .

Guna air paip pun okey... pasal kat rumah dah ada bekalan..lgpun air tu bersih...dripper tak mudah sumbat..

iwak
14-06-2008, 10:36 PM
kalo 5k ckap x utk wat Fertigasi ni

aduka01
15-06-2008, 02:59 AM
kalo 5k ckap x utk wat Fertigasi ni

klo ikut ape yg aku tau bro...
modal ni bergantung kpd berapa besar projek bro tu..
klo stakat nk tanam 10 pokok...lebih dari ckop tu..
tapi klo nk tanam dlm 10k pokok..mmg x ckop la..:D
harap membantu..:)
klo salah otai2 tu btol2kn la k..

aduka01
15-06-2008, 03:02 AM
salam...
menarik topik fertigasi nih..
tapi modal plak xde :(
sape ade contoh kertas kerja utk fertigasi cili ni..?
share la kt newbie ni..nk wat loan ni..:)

slow nyer thread ni...xde ke otai2 nk tolong jawap soklan aku tu..:(

UserName
15-06-2008, 09:38 AM
assalamualaikum semua...

saya berminat untuk mencenburi bidang pertanian ini tapi tiada pengetahuan sebab bidang saya adalah elektrik/elektronik..

saya ingin bertanya,

1. bagaimanakah proses-proses yang betul untuk menyemai bijibenih? saya rasa bukan hanya meletakkan bijibenih tu kedalam beg atau pasu, kan.

2. adakah ketika menyemai bijibenih memerlukan tanah khusus untuk penyemaian atau sebarang jenis tanah; contohnya tanah hitam yang dijual di Tesco (sekarang offer RM0.99 untuk satu beg 7 liter)

harap otai-otai pertanian dapat membantu..

kepada abixpert dan En. Apai..
benih cili yang ada dalam set fertigasi mini yg korang jual tu boleh ditukar kebenih lain ke..

wassalam

En. Apai
16-06-2008, 08:39 AM
Latar belakang pendidikan tak penting...yang penting adalah minat dan ketekunan..saya pun bindang lain gak..tp minat punya pasal...redah jer...

Menyemai boleh guna apa2 jenis media ttp tang kandungan baja dalam media atau soil tu yang menjadi perbezaan. Saya guna media khas utk semaian Holland Peat. cuba tanya kedai nursery harga dia..Dalam pek mini saya pun ada disertakan media semaian sekali untuk mula menyemai bila dah dapat set.

Benih tu kena rendam semalaman pastu letak kat bekas untuk menyemai. Hollang peat tu kemudiannya kena basahkan dengan air ttp jgn sampai bergenang. Kalau bekas semaian kecil...lepas dan buat prosedur tadi bungkus dengan plastik pastu letak kat tempat redup..biarkan dlm 5 hari InsyaAllah dia pecah mata dan pastu buka plastik tu. Lepastu siram 2-3 kali sehari samapai dia keluar 4 daun dan agak2 dlm 2-3 minggu blh pindah ke media tanaman mcm tanah yang kt tesco tu..

Benih dlm pek fertigasi hanya cili ttp kalau nak jenis lain boleh dapatkan di pasaraya..ada pek kecil dalam Rm2/pek. boleh pilih nak tanam pokok sayur yang diminati.

En. Apai
16-06-2008, 08:43 AM
slow nyer thread ni...xde ke otai2 nk tolong jawap soklan aku tu..:(

Sorrylar aduka...bukan taknak jawap cepat sebab mulakan projek tak guna loan..korek tabung mana yg ada... lagi pun klu nak buat loan mula projek...takda bank nak bagi...Mara pun tak layan... mula guna duit sendiri pastu bila dah kluar hasil @ lepas 6 bulan baru boleh buat loan utk besarkan projek..

UserName
17-06-2008, 07:24 AM
Latar belakang pendidikan tak penting...yang penting adalah minat dan ketekunan..saya pun bindang lain gak..tp minat punya pasal...redah jer...

Terima kasih En. Apai kerana sudi jawab soalan saya :D

aduka01
18-06-2008, 12:26 AM
Sorrylar aduka...bukan taknak jawap cepat sebab mulakan projek tak guna loan..korek tabung mana yg ada... lagi pun klu nak buat loan mula projek...takda bank nak bagi...Mara pun tak layan... mula guna duit sendiri pastu bila dah kluar hasil @ lepas 6 bulan baru boleh buat loan utk besarkan projek..

hehe...thanks..sudi jugak jwb..:D
ha...kan senang jer jawapannye tu..hehe
ok..klo camtu aku pakai modal sendri jer la dulu..
bro...tau x kt mane ade wat kursus lengkap pasal fertigasi nih?
serius nk belaja ni..
klo takat bace2 kt forum ni..x kemana nyer..( itu aku la..)
kena praktikal skali ( hands-on ) baru jadik..:)

trimas kasih skali lagi..

aduka01
18-06-2008, 12:36 AM
*double post*

RMteam
21-06-2008, 06:29 PM
lumayan memang lumayan...

iwak
07-07-2008, 01:33 PM
fertigasi ni sesuai x utk tanam cili api

cdan
08-07-2008, 06:50 PM
Untuk tanaman cili 100 polybag, kemuskilannya:
1. Berapa kg baja A+B diperlukan untuk tempuh 5 bulan(semusim).
2. Berapa kos baja untuk tempuh tersebut.
3. Dimana baja tersebut dapat dibeli.

mungkin ada yang boleh membantu...

five_soul
09-07-2008, 05:38 PM
fertigasi ni sesuai x utk tanam cili api

ada org yg dah tanam pokok cili api. bole tanam cili api guna sistem fertigasi..tp jgn guna SPT (umah). biar open lagi bagus..hidup.

five_soul
09-07-2008, 05:41 PM
Untuk tanaman cili 100 polybag, kemuskilannya:
1. Berapa kg baja A+B diperlukan untuk tempuh 5 bulan(semusim).
2. Berapa kos baja untuk tempuh tersebut.
3. Dimana baja tersebut dapat dibeli.

mungkin ada yang boleh membantu...

kos baja untuk tempoh 5 bulan tu aku x dpt nak tolong...sebab aku cuma skang ni tanam 30 pokok je. tp baja kalu ko nak beli semua sekali untuk pakai lama lebih setahun (utk 100pokok la)...harganya dlm RM800++. skang tak pasti harga sama tak. dgr naik dh sbb minyak. kalu ko tak nak beli byk tu...ada gak yg jual set 100L air baja punya bancuhan. satu set (A+B) RM150++.leh dpt kat jenjarom.nurseri kat 9top pun ada kat rawang tu.

akuein
14-07-2008, 01:07 PM
nak cuba nni....

epbx
14-07-2008, 02:59 PM
kat mana leh dpt benih anak pokok 2...
bila dah 8 bulan tuai hasil, kita nak semai anak cabai sendiri leh ka...

odd
18-07-2008, 03:32 PM
takde seminar atau kursus pasal nie ke?? bagus gak yg macam nie.. walaupun modal besar.. tp peralatan tu bleh pakai lama.. tambah lagi pakai baja verikompos.. lagi masyuk nie.. sesape bleh terangkan?? macam cili tu bila dari semai, berape lama plak nak keluar hasil..

odd
18-07-2008, 03:33 PM
kalau ada kursus ke.. atau ape2 mengenai nie.. emel kat aku.. rusdi1981@gmail.com

remi
20-07-2008, 02:01 AM
ni 1 antara penanam yang buat kursus.

http://www.my-fertigasi.com

UserName
21-07-2008, 07:15 PM
kat sini (http://www.sabakagro.com.my/oscomm/catalog/product_info.php?cPath=21&products_id=1242) pun ader...

aBeaR
23-07-2008, 07:38 PM
mak aih..mahalnya..mcm cili2 dari planet marikh je.. :P

carlos_vinyard
05-08-2008, 09:19 AM
aloo bro.. camner nk contact u... sy berminat nk wat projek cili ni... tanah dh ada... cuma nk wat kertas kerja pinjaman jer..

UserName
05-08-2008, 09:53 AM
aloo bro.. camner nk contact u... sy berminat nk wat projek cili ni... tanah dh ada... cuma nk wat kertas kerja pinjaman jer..

awak cari saper nie :-?

aduka01
05-08-2008, 09:35 PM
awak cari saper nie :-?

die carik otai cili la tu kot..??? :D

alnisa
14-08-2008, 07:41 PM
awak cari saper nie :-?

sapa 2 nak cari baja fertigasi boleh contak saya .tapi yg nak baja dalam kuantiti yg kecil pun boleh di urus

jexazren
18-08-2008, 12:28 PM
aku ade sorang kawan wat tanam cili nie lbh kurang sama gak dia supply anak benih

hehehe dia ckp dgn aku harga 1000 benih +++ baja +++ plybag dan apa lg semua
dia jual harga rm5000.00 jer

sape minat leh aku kenal kan ladang dia kat puchong jer

Salam bro aku baru nak berjinak2 dgn penanaman cili ni. leh kenal kan tak kat kawan bro kat puchong tu. aku pun dok puchong gak.

Kuli bendang
21-08-2008, 06:57 PM
kos baja untuk tempoh 5 bulan tu aku x dpt nak tolong...sebab aku cuma skang ni tanam 30 pokok je. tp baja kalu ko nak beli semua sekali untuk pakai lama lebih setahun (utk 100pokok la)...harganya dlm RM800++. skang tak pasti harga sama tak. dgr naik dh sbb minyak. kalu ko tak nak beli byk tu...ada gak yg jual set 100L air baja punya bancuhan. satu set (A+B) RM150++.leh dpt kat jenjarom.nurseri kat 9top pun ada kat rawang tu.

Akum sahabat fertigasi semua....
2set baja utk 100pokok cukup utk 5 bln pertama,lgpun dos utk umur 1mgg-2bulan x tinggi,bila dah mula berbunga time tue lah baja nak pakai banyak,klu nak buah lg berat +10%hingga25%,leh cuba guna GA3 ataupun zeolite,tapi zeolite x leh kasi banyak sangat,panas pokok tue nanti...Saya dah cuba musim lepas,

P/s-tgg musim ke2 lepas raya plak...

sosazr
22-08-2008, 05:01 AM
Den pun minat...pergi MAHA beli buku tanam cili.

Tuan tanah...bleh email detail pasal sistem you tu tak? Kira murah sangat tu...

Kawan den ado buat 1000pokok. Sehari kutipan adalah dalam 100kg. Mass tu sekilo RM5. Sekrang dah RM6.50. Kalau 100kg lebih kurang RM600 sehari. Kalau tuan tanah nah buat 3 fasa...jarak tiada kutipan agak dekat. Bermakna setiap bulan income tuan tanah akan mencecah melebihi RM10k.

Jangan lupe email kat den detail sistem bro tu yek...
sazley.ramly@bluescopesteel.com

yoko
25-08-2008, 06:18 AM
salam sahabat2 sekelian aku ni ada tanah tapi tak de modal nak beli dipper lah poly bag lah , yang ada modal untuk beli benih, baja dan rancun jek , kalau aku nak tanam cili kat tanah boleh tak , soal nak meracun dan membaja tu mula2 kena pakai lah tulang 4 kerat ni ...cuma nak tau kalau tanam atas tanah hasil dia sama tak dengan dalam bag ....dan apa masalah yang ketara kalau tanam atas tanah ...

En. Apai
25-08-2008, 07:00 AM
Yoko, kalau nakatanamatas tanah, tak perlu guna baja fertigasi, rugi baja sebab meresap sampai bawahtanam. elok gunabaja kompos atau NPK jer,

yoko
25-08-2008, 05:54 PM
Yoko, kalau nakatanamatas tanah, tak perlu guna baja fertigasi, rugi baja sebab meresap sampai bawahtanam. elok gunabaja kompos atau NPK jer,

Terima kasih atas maklumat En Apai apa persediaan yang patut pada tanah sekiranya nak tanam atas tanah ... lagi satu saya di batu pahat johor dimana saya boleh dapat kan benih dan maklumat tanam cili atas tanah ...

Kuli bendang
29-08-2008, 05:24 PM
salam sahabat2 sekelian aku ni ada tanah tapi tak de modal nak beli dipper lah poly bag lah , yang ada modal untuk beli benih, baja dan rancun jek , ...

Nie klu area Bkt Mertajam nie mmg saya dah call awak dah,awak jadi toke tanah,saya jd toke ladang...hasil sama2 kita nikmati:)paid
P/s-sesiapa area Juru/bm ada tanah pertanian nak dipajak,leh la pm saya..

marvelous
05-09-2008, 10:16 AM
Up kan balik topik ni...

apa benih lada yang paling baik sekarang..

Hybrif F1 ke...benih ni sama dengan cili kulai k nama dia?

yup_rantung
06-09-2008, 10:17 AM
menjual baja yg boleh merencatkan kulat pada akar, menghilangkan daun kedut. sila hubungi saya di 0142294935. harga rm 3000 setan.

OneEarth_Agroworld
06-09-2008, 12:27 PM
Rasanya Kulai F1 568...
Ada yg lg canggih ke?

Ada sesapa pernah try Bangi-1?

nofa
07-09-2008, 07:45 AM
menjual baja yg boleh merencatkan kulat pada akar, menghilangkan daun kedut. sila hubungi saya di 0142294935. harga rm 3000 setan.

aper nama baja nie bro

beautifulmind
23-09-2008, 05:44 PM
menarik thread ni.

alnisa
08-10-2008, 08:00 PM
menarik thread ni.

nak juga tahu pasal baja yg boleh rawat kulat kat akar tu .
pada yg buat fertigasi sikit2 tu atau nak cuba 2 atau baru nak belajar cari dia di http://www.affesetpercubaan.blogspot.com/ dia dapat membantu saudara/saudari .dia nie ada jual baja sikit2 minimum utk 10 liter tapi dalam bentuk tepung.tapi nak barang pada jumlah banyak boleh cari saya .harga specil saya kasi nanti

En. Rhoma Irama
08-10-2008, 08:04 PM
nak juga tahu pasal baja yg boleh rawat kulat kat akar tu .
pada yg buat fertigasi sikit2 tu atau nak cuba 2 atau baru nak belajar cari dia di http://www.affesetpercubaan.blogspot.com/ dia dapat membantu saudara/saudari .dia nie ada jual baja sikit2 minimum utk 10 liter tapi dalam bentuk tepung
tu en. apai nyer blog... bagus belajar dgn dia, tak lokek ilmu :)

jimradlin
11-10-2008, 03:00 AM
Saya Jimi Rashdan, baru di bidang pertanian ini.
saya baru mencuba menanam cili didalam polibag, dan telah berbuah tetapi terdapat beberapa perkara yang dipelajari dan masih terdapat pelbagai kemushkilan mengenai penanaman cili ini iaitu mengenai baja dan racun bagi pokok cili ini.

1. Saya diberikan baja A dan B. Apakah sebenarnya baja A dan B itu? dan apakah fungsinya? adakah baja lain lagi selain A dan B ini?
2. Pada permulaan penanaman ini, cili diserang lalat buat menyebabkan cili rosak dan berulat, saya menyembur racun sembur, alhamdulillah dah O.K.. tetapi cili tidak boleh dituai selama 21 hari, ada tak racun lain yang lebih efisyen?

GoldFinger
11-10-2008, 03:10 AM

cuba guna Green Patrol.Boleh beli kat sini :-

http://www.azrinhashim.blogspot.com/

boleh sembur je bila2 masa , sembur hari ni ,esok tuai.

selamat mencuba !
:)paid:)paid:)paid

eapui
11-10-2008, 03:14 AM
macam menarik je kt c ne..

jimradlin
11-10-2008, 04:49 PM
Apa baja A dan B tu.. apa kandungan dia?

malayahero
13-10-2008, 06:11 PM
Berikut adalah senarai peralatan menyukat dan baja yang dijual oleh kami

SENARAI METER UNTUK KEGUNAAN MENYUKAT

EC Meter – Hanna HI 98304 = RM 260
pH Meter – Hanna HI 98107 = RM 250
Lux-meter – Hanna HI 97500= RM 620
Digital Thermo-Hygro – China = RM 170
Termometer Maksimum-Minimum - China = RM 80
Humidity & Temperature Meter – Brannan UK = RM 100
Refractometer – ATAGO
RM 700 – RM 850 (utk gula) – bergantung kepada julat bacaan
RM 800 – RM 1000 (utk garam) – bergantung kepada julat bacaan
Sila email untuk mendapatkan maklumat lanjut.

LARUTAN BUFFER

pH 4 – Hanna , 1 liter = RM 80
pH 7 – Hanna , 1 liter = RM 80
pH 10 – Hanna , 1 liter = RM 85

BAHAN KIMIA UNTUK BAJA

Kami ada menjual pelbagai jenis bahan kimia gred makmal (lab gred). Sila hubungi atau email jenis baja yang diperlukan untuk mendapatkan maklumat berkenaan harga. Penggunaan bahan kimia gred makmal lebih menjimatkan walaupun harganya agak tinggi tetapi boleh digunakan untuk tempoh yang lama. Teknik pencairan yang betul perlu diketahui sebelum boleh digunakan pada tanaman.

Hubungi – Ismail untuk maklumat lanjut
017-2960300
tengku.ismail@yahoo.com

azzam
18-10-2008, 06:27 AM
berminat gak ni tapi tanah ada cuma suku ekar je..

luas tanah suku ekar leh dpt berapa polibag,berapa pulak total kosnye dan berapa pulak jangkaan pulangan?
cili jenis apa yg paling sesuai utk tanaman fertigasi ni?

harap kwn2 dpt membantu..tq!

En. Apai
20-10-2008, 02:30 PM

purata 2k pokok, kos dalam 10-15k, purata pulangan 2kg/pokok semusim = 2000kg x RM5(harga ladang sekarang)= RM10k (6 bulan). cili banyak sesuai tapi tanam ikut keperluan pasaran. F568 memang terbukti... klu modal tak banyak, buat dlm 1k pokok dulu pastu dapat untung baru tambah...

Rhoma dan Alnisa, lama tak jumpa kat sini... aku pun lama tak masuk...la ni baru rajin2kan..set mini fertigasi 10 diy banyak orang oder...tak menang tangan..tu belum kira yang buat 50-100 pokok lagi... maklumlah,... sendiri buat semua...#:-S

azzam
21-10-2008, 05:50 AM

thanks bro!!!

En. Apai
21-10-2008, 09:06 AM
thanks bro!!!

no problemo

zakl
21-10-2008, 01:23 PM
aku pun nak oder set mini,nak buat percubaan,tgk mcm mn kan:D

En. Apai
21-10-2008, 01:55 PM
aku pun nak oder set mini,nak buat percubaan,tgk mcm mn kan:D

Hemm, betul tu... tak kenal maka tak cinta...

zakl
21-10-2008, 04:58 PM
akhir bulan ni...

beautifulmind
21-10-2008, 06:15 PM
otai cili,
boleh senaraikan kat mana nk beli anak benih atau sistem fertigasi ni kat seluruh malaysia?

fertigisai ni boleh buat sendiri ke?

azzam
22-10-2008, 05:31 AM
Hemm, betul tu... tak kenal maka tak cinta...

set mini kat mana bole beli..?...kalo tak salah ade 10 polibagkan?..

nak juga try set mini tapi aku dok kat umah flat je..1-2 tahun lagi baru nak balik kg kejekan tanah org tua...boleh idup ke tanam kat koridor umah flat ni?..cahaya matahari tak menentu... bukan apa, cuma nak berlatih yg sikit2 dulu...

marvelous
22-10-2008, 05:38 AM

koridor luas mana?

En. Apai ada jual yang DIY mini set..leh order gan dia :)

azzam
22-10-2008, 07:29 AM
koridor luas mana?

En. Apai ada jual yang DIY mini set..leh order gan dia :)

umah ujung... ade space sebelah tangga..flat lift..so takde sapa le yg nak ke ujung tu... bpa keluasan diperlukan utk set mini tu...

En. Apai
22-10-2008, 10:44 AM
otai cili,
boleh senaraikan kat mana nk beli anak benih atau sistem fertigasi ni kat seluruh malaysia?

fertigisai ni boleh buat sendiri ke?

Untuk kawasan pahang dan lembah kelang, kami ada khidmat pemasangan. Peralatan dikebanyakan negeri ada tapi tak banyak kedai yang jual. Sesetangah peralatan tu boleh dapat di kedai hardware pun. cuma harga je yang kita kena kaji.

Sistem fertigasi ni selalunya yang permulaan tu upah orang lain pasangkan..lepas tu dah terer pasang sendiri... buat jer.. kami pun upah orang pasang mula2. bila dah pandai...explore sendiri..

En. Apai
22-10-2008, 10:48 AM
umah ujung... ade space sebelah tangga..flat lift..so takde sapa le yg nak ke ujung tu... bpa keluasan diperlukan utk set mini tu...

He!he! mekasih marvelous..tlg promo..

Azzam,
kawasan yang diperlukan lebar 4 kali panjang 10 kaki. kalau nak rapatkan lagi pun boleh, cuma sikit sempit jer. Untuk rumah flat ni mungkin boleh gunakan cermin biaskan cahaya matahari. jangan sampai ganggu jiran udah ler. klu dapat 50% boleh juga..jgn tak dapat langsung. pokok tak dpt fotosintesis.

marvelous
22-10-2008, 10:51 AM

geng bro apai jugak...dari BJ..cuma nick aje berbeza :)

beautifulmind
22-10-2008, 04:36 PM
Untuk kawasan pahang dan lembah kelang, kami ada khidmat pemasangan. Peralatan dikebanyakan negeri ada tapi tak banyak kedai yang jual. Sesetangah peralatan tu boleh dapat di kedai hardware pun. cuma harga je yang kita kena kaji.

Sistem fertigasi ni selalunya yang permulaan tu upah orang lain pasangkan..lepas tu dah terer pasang sendiri... buat jer.. kami pun upah orang pasang mula2. bila dah pandai...explore sendiri..

salam bro,

boleh PM quote utk tanam 1000 pokok cili.

full package.

terima kasih.

p/s:nk tanam cili kena tanah rata ke?

En. Apai
22-10-2008, 05:26 PM
salam bro,

boleh PM quote utk tanam 1000 pokok cili.

full package.

terima kasih.

p/s:nk tanam cili kena tanah rata ke?

Anggaran Kos peralatan dalam RM7080 (untuk rujukan). Peralatan boleh beli sendiri untuk menjimatkan kos. Mungkin sendiri kawtim lebih murah. untuk detail peralatan boleh emel saya di agrofastforward@yahoo.com.my. Pemasangan Rm1.50 per polibeg @RM1500. Oh ya, kalau saya belikan peralatan, belum termasuk kos pengangkutan lagi.. kos bergantung kepada lokasi. Tapi buat masa ni perkhidmatan sekitar Lembah Kelang, Daerah Maran dan Temerloh, Pahang jer...

beautifulmind
22-10-2008, 05:44 PM

ni dah termasuk anak pokok ke?

macamana dgn tanah ?kena ratakan ke?

En. Apai
23-10-2008, 11:11 PM
ni dah termasuk anak pokok ke?

macamana dgn tanah ?kena ratakan ke?

Harga termasuk benih cili. semai di tapak bakal pengusaha untuk mengelakkan anak pokok rosak masa transportation. Lagi satu, bagi kerje kat bakal pengusaha utk semai dan jaga semaian menjadi anak pokok. Kami semai takda masalah tapi bakal pengusaha tak belajar ler. Kerja pemasangan akan dimulakan setelah segala peralatan sedia dan kawasan telah diratakan. punca kuasa elektrik danair juga telah sedia baru boleh mula.

Kami amik upah pasang jer..lain2 ilmu pengusaha kena pertingkatkan usaha...tanya, kursus, lawatan, baca dan sebagainya.kalau rajin nak datang kekebun kami diMaran, Pahang silakan jer. 2.5 jam dari KL.

azzam
24-10-2008, 01:16 AM
happy deepavali utk semua!!

org india suka makan pedas2..tak rugi kalo kita tanam cili/lada ni. kalo tiada aral melintang dan cukup modal akan aku berbakti kepada tanah. Dr tanah kita datang kepada tanah jugalah kita mencari rezeki...(berfalsafahlah kejap..hehehe)

beautifulmind
24-10-2008, 01:51 PM
Harga termasuk benih cili. semai di tapak bakal pengusaha untuk mengelakkan anak pokok rosak masa transportation. Lagi satu, bagi kerje kat bakal pengusaha utk semai dan jaga semaian menjadi anak pokok. Kami semai takda masalah tapi bakal pengusaha tak belajar ler. Kerja pemasangan akan dimulakan setelah segala peralatan sedia dan kawasan telah diratakan. punca kuasa elektrik danair juga telah sedia baru boleh mula.

Kami amik upah pasang jer..lain2 ilmu pengusaha kena pertingkatkan usaha...tanya, kursus, lawatan, baca dan sebagainya.kalau rajin nak datang kekebun kami diMaran, Pahang silakan jer. 2.5 jam dari KL.

thanks bro.

sy dah hantar email.

tuahmlk70
24-10-2008, 02:07 PM
bagi org melaka yang nak buat fertigasi ...sila msg saya...kawasan ....

cikgu rosli
0122742621

ApoKalypse
24-10-2008, 03:10 PM
sistem fertigasi ni membe aku ada wat utk final project dia... smua dikawal secara automatic... :)

kancil biru
24-10-2008, 09:37 PM
ermmm bertambah la usahawan kita dalam bidang pertanian.. aku dulu pernah la bekerjasama ngan GM Peladang.. dalam mengesport n memasarkan RockMelon

En. Apai
28-10-2008, 11:27 PM
Hemm... pengalaman dalam pemasaran tu memang bagus... baik juga kalau dapat bantu pasarkan produk pertanian di sini. jadi peraih...atau pemborong..kebanyakan usahawanbaru ada masalah pasaran...

areep
28-10-2008, 11:31 PM
ermmm bertambah la usahawan kita dalam bidang pertanian.. aku dulu pernah la bekerjasama ngan GM Peladang.. dalam mengesport n memasarkan RockMelon

sekarang camner RockMelon tu bro?ok tak?aku dulu pun kursus ngan GM Peladang gak........tapi tak buat lagi.Ilmu yang di simpan di dada takkan hilang.:D:D:D

azzam
29-10-2008, 01:56 AM
modal oo modal...bila la ko nak munculll....:)

ahib0205
30-10-2008, 05:33 PM
Harga termasuk benih cili. semai di tapak bakal pengusaha untuk mengelakkan anak pokok rosak masa transportation. Lagi satu, bagi kerje kat bakal pengusaha utk semai dan jaga semaian menjadi anak pokok. Kami semai takda masalah tapi bakal pengusaha tak belajar ler. Kerja pemasangan akan dimulakan setelah segala peralatan sedia dan kawasan telah diratakan. punca kuasa elektrik danair juga telah sedia baru boleh mula.

Kami amik upah pasang jer..lain2 ilmu pengusaha kena pertingkatkan usaha...tanya, kursus, lawatan, baca dan sebagainya.kalau rajin nak datang kekebun kami diMaran, Pahang silakan jer. 2.5 jam dari KL.

boleh saya dapatkan alamat kat mana? Insya Allah saya akan datang :)

:)cgrock

azzam
01-11-2008, 11:36 PM
salam semua,

nak usahakan tanaman cili fertigasi takde modal?...or dah run bis then nak tambah lagi bisnes tapi tercari2 modal?

Ada lesen perniagaan,bil2 beralamatkan sykt, penyata bank 6 bulan, income tax utk bis lebih 2 tahun dan apa2 jelah yg bank perlukan utk wt bis loan?.. kalo ade semua tu leh PM aku, aku tolong uruskan..

En. Apai
02-11-2008, 12:09 AM
boleh saya dapatkan alamat kat mana? Insya Allah saya akan datang :)

:)cgrock

Dah PM direction.

mydreamerz
02-11-2008, 09:47 AM
tuan tanah kalo nak dapat income 15K per month berapa modal dan skala projek fetigrasi tu?
PM ako yer? tq

En. Apai
04-11-2008, 12:42 AM
tuan tanah kalo nak dapat income 15K per month berapa modal dan skala projek fetigrasi tu?
PM ako yer? tq

dahPM, oh ya lupa nk bg info skt,9k pokok= 2 ekar, 25k pokok >6ekar.

kayos
04-11-2008, 01:36 AM
En Apai bleh PM kat aku sekali

skang ni tgh menyemai benih cili secara kecil2 an

TQ bro

grahagold
04-11-2008, 01:38 AM
pertanian adalah perniagaan

En. Apai
04-11-2008, 07:15 PM
En Apai bleh PM kat aku sekali

skang ni tgh menyemai benih cili secara kecil2 an

TQ bro

dah PM tadi.

En. Rhoma Irama
04-11-2008, 07:17 PM
aku rasa cam nak menyibuk kat sini la pulak. leh ke??

taufic
05-11-2008, 01:19 AM
insyaallah aku pon nak start dah bulan 12 nie :D
tapi tanah 1 relung ja.. baru nak kick start
jadi geng cabai plak hehe :D

zairol
05-11-2008, 03:43 PM
dah PM tadi.

salam bro.

please PM saya sekali. berminat gak

beautifulmind
05-11-2008, 04:19 PM
dah PM tadi.

EN Apai,
bila nk reply email pasal barang utk fertigasi ni?

En. Apai
06-11-2008, 12:04 AM
EN Apai,
bila nk reply email pasal barang utk fertigasi ni?

Razis Gua Musang tu ker? dah emel dah.

En. Apai
06-11-2008, 12:08 AM
Alahai...klu aku pm..nanti ramai ygminta...letih aku nak pm satu persatu.

Aku letakkan kat sini jer..ingat, ini kiraan ringkas aku.

Hemm,, ni kena kira backward tapi based on jangkaan jualan.

RM15000 x 6bulan(semusim)= RM90,000(hasil jualan)/RM10 (anggaran RM5x 2kg perpokok semusim)= 9000 pokok.
Kos setup utk 9000 pokok lebih kurang RM70,000.

Tapi kalau nak untung RM15000, lepas tolak kos operasi dll, kena tanam lebih kurang 25000 pokok. 25000 pokok x 2kg jangkaan hasil x RM2 jangkaan untung (RM5-RM3kosoperasi) / 6 bulan =RM16,667 sebulan.

Anggaran kos setup 25k pokok +-RM175,000.

Ada berani???

Food for thought

beautifulmind
06-11-2008, 09:45 AM
Razis Gua Musang tu ker? dah emel dah.

yup.projek tu kat gua musang kelantan.

Interhots
06-11-2008, 12:33 PM
yup.projek tu kat gua musang kelantan.

gua musang tang mn bro? kalau blh melawat, sy pun org situ gak.
minat gak ngn fertigasi nie...

beautifulmind
06-11-2008, 12:35 PM
gua musang tang mn bro? kalau blh melawat, sy pun org situ gak.
minat gak ngn fertigasi nie...

takde lagi.baru dalam proposal.

samada Gua Musang or KL.

En. Apai
06-11-2008, 11:32 PM
banyak kena plan kalau betul nak buat2

abechik
14-11-2008, 01:43 AM
en apai, nk tya sket..klu beli pekj yg 100 tu, bape anggran hasil tuaian, n brdasarkn hrga psran skrg, bape bleh dpt profit..nk try wat kcik2 dlu klu ok..TQ

En. Rhoma Irama
14-11-2008, 01:46 AM
satu pokok average 2kg
100 pokok x 2kg = 200kg
Harga average RM5/kg
100 pokok x 2kg x RM5 = RM1000 satu musim

En. Apai
17-11-2008, 04:08 PM
satu pokok average 2kg
100 pokok x 2kg = 200kg
Harga average RM5/kg
100 pokok x 2kg x RM5 = RM1000 satu musim

TQ Rohma dah tolong jawab

epoi2405
18-11-2008, 03:23 AM
satu pokok average 2kg
100 pokok x 2kg = 200kg
Harga average RM5/kg
100 pokok x 2kg x RM5 = RM1000 satu musim

nak tanya skit yg merah tu,2kg per pokok dalam sebulan ker?
satu musim tu plak camner?braper lama?

En. Apai
21-11-2008, 09:04 AM
Assalamaualaikum,

Satu musim pokok cili kalau ikutkan orang tua dulu dulu boleh sampai lebih 1 tahun dan pokok boleh naik tinggi lebih dari ketinggian manusia, siap guna tangga nak petik cili besar tu.

Tetapi di peringkat komersil, kita menghadkan tempoh tanaman kepada 6 bulan satu musim bergantung kepada tahap ketahanan pokok pada penyakit serta kadar serangan penyakit. ianya boleh disingkatkan lagi tapi tidak digalakkan untuk dipanjangkan tempoh tanaman.

Tempoh untuk semaian di tray antara 2-3 minggu dan lepas tu dipindahkan ke polibeg. pokok akan membesar di polibeg antara 5-6 bulan.

Setelah pokok dipindahkan ke polibeg, penggunaan baja fertigasi AB perlu dimulakan tetapi dengan kadar 1.5 ec pengukuran baja menggunakan EC Meter. ia akan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk mengeluarkan putik bunga pertama di setiap cabang yang terjadi.

Untuk membesarkan buah sehingga bertukar merah boleh dijual memerlukan tempoh lebih kurang 3 bulan setelah dipindahkan dari tray ke polibeg. Ini bermakna pada penghujung bulan ke tiga setelah dipindahkan hasil tuaian pertama di cabang permulaan boleh dipetik dan di jual. tuaian boleh dilakukan antara 2-3 kali seminggu bagi setiap pokok bergantung kepada permintaan di cabang seterusnya. Tuaian boleh dilakukan sehingga pokok berusia 6 bulan di dalam polibeg.

Ini bermakna 3 minggu semaian, 3 bulan tanam dan 3 bulan tuai dan jual hasil. Pendapatan hanya boleh diperolehi pada peringkat 3 bulan cili besar boleh dijual.

Harga jualan cili pula bergantung kepada dimana dan kepada siapa kita menjual cili tersebut. Untuk makluman, jualan cili ini mempunyai 3 kategori harga iaitu Harga Ladang, Harga Borong dan Harga Runcit.

Harga Ladang adalah apabila peraih atau pembeli membeli cili dengan hadir sendiri ke kebun atau ladang. Umumnya harga ini lebih murah kerana penanam tidak mengeluarkan kos minyak untuk penghantaran.

Harga Borong pula adalah apabila penanam menghantar sendiri ke penjual samaada di pasar borong atau di kedai runcit. Harga ini tinggi sedikit dari harga ladang kerana mengambil kira kos pengangkutan.

Harga Runcit adalah bagi rujukan pengguna yang membeli cili secara runcit dan kecil kecilan. Selalunya harga ini yang akan menjadi ukuran bagi pembeli mendapatkan bekalan. Harga ini tinggi disebabkan pembeli atau pengguna hanya membeli dengan kuantiti yang kecil dan ianya telah mengambilkira keuntungan oleh pemborong. Sekiranya anda membeli cili besar di pasar borong untuk kegunaan sendiri, ianya menggunakan harga runcit. Namun sekiranya anda membeli cili dalam kuantiti yang agak besar ataupun untuk kegunaan proses semula atau jual semula, anda boleh mendapatkan harga yang sedikit kurang dari harga runcit bergantung kepada kaedah tawar menawar anda dengan penjual.

Setakat hari Selasa 18 November 2008 lepas Harga Ladang (L), Harga Borong (B) dan Harga Runcit (R) untuk setiap kilogram bagi 3 kawasan adalah seperti berikut:

Kuantan : (L) RM5: (B) RM8 : (R) RM11
Kuala Lumpur : (L) RM6: (B) RM13: (R) RM17
Terengganu : (L) RM6.3(B) RM7.5 (R) RM9

Perbezaan harga berbanding kawasan adalah disebabkan antaranya permintaan yang melebihi tawaran, pengeluaran hasil yang terjejas atau kurangnya penanam cili di sesuatu kawasan dan juga faktor sekarang yang diakibatkan kekurangan bekalan cili import terutama dari China yang mengandungi kadar melamine yang tinggi dalam sayuran dan disekat oleh Kerajaan untuk di import.

Maklumat di atas adalah sebahagian dari informasi yang perlu diketahui oleh penanam cili. Antara perkara penting lain adalah teknik penjagaan pokok yang sangat penting kerana ia akan menentukan kesihatan pokok yang menyumbang kepada kadar pengeluaran hasil yang tinggi.

Untuk menerangkan semua maklumat yang perlu diketahui bagi penanam baru memang banyak. Bagi saya, ia banyak bergantung kepada pengalaman dalam mengusahakan tanaman samaada secara komersil atau kegunaan sendiri.

Saya juga bersama teman yang mengusahakan tanam secara fertigasi terbuka ini bercadang untuk mengadakan kursus antara 1-2 hari teori dan praktikal mengusahakan tanaman cili fertigasi ini InsyaAllah pada bulan Januari 2009. Cadangan tempat adalah di UPM, Serdang dengan kapasiti terhad secara bulanan. Saya akan maklumkan perkembangan mengenainya dari semasa ke semasa.

isminutara
21-11-2008, 12:56 PM
KURSUS KEUSAHAWANAN PERTANIAN KOMERSIAL CILI FERTIGASI SECARA KONTRAK FARMING.

SUKACITA DIMAKLUMKAN "PEKASA TRAINING & MOTIVATION CENTER" dan "INSTITUT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN" (IPK), UNIVERSITI UTARA MALAYSIA MENGANJURKAN
"KURSUS KEUSAHAWANAN KOMERSIAL CILI FERTIGASI SECARA KONTRAK FARMING"
dengan kerjasama
INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA (INSKEN)
& AGENSI PEMBIAYA DIBAWAH, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN & KOPERASI

TARIKH: 28-30 NOVEMBER 2008
TEMPAT KURSUS: KUALA LUMPUR CAMPUS 41-3, JALAN RAJA MUDA ABD AZIZ, 50300 KUALA LUMPUR.
YURAN KURSUS: RM450/ORANG.(MAKAN DISEDIAKAN)
TERBUKA KEPADA: SISWAZAH & BELIA
SIJIL DIKELUARKAN OLEH: INSTITUT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN (IPK), UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.
KAMI AKAN MENGURUSKAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN DENGAN PIHAK BANK SETELAH TAMAT KURSUS.

PAKEJ DITAWARKAN: 3000 POKOK DENGAN KOS RM30,000.
TANAMAN SECARA FERTIGASI.

TEMPOH KONTRAK BELIAN BALIK : 2 TAHUN.
PEMANTAUAN BERTERUSAN SELAMA 2 TAHUN OLEH IPK,UUM & PEKASA.

TEMPAT TERHAD UTK 40 ORANG SAHAJA.

JIKA BERMINAT, HUBUNGI
012-4199004
019-4719004
Email: isminutara@yahoo.com.my
MOHD ISWARDI IDRIS
PENGARAH URUSAN
PEKASA AGROTEK CENTRE
WEBSITE: www.pekasa.org
klik: http://www.tshirtonline2u.com/cili/

Salam.
berkenaan komen tuan yuran mahal tu, pekasa & uum caj rm450 ni pun masih belum boleh cover kos.
kami telus dalam perniagaan, mai sini saya ceritakan.
RM450 MAHAL YER!!!!
Tuan bayangkan Kursus ni selama 3 hari utk 40 orang, total kos RM 20,980.
Apa yg kami dapat RM 18,000 sekiranya 40 orang.
Cuba tuan kira kami rugi berapa?
tapi disebalik kerugian tu kami dapat membantu usahawan yg baru nak mula.
mungkin kerugian tu kami dapat bantuan dari agensi kerajaan.
Universiti Utara Malaysia & Pekasa Training And Motivation Centre akan wujudkan pemantauan berterusan selama 2 Tahun.
Peserta akan di beri Kursus berterusan sbb ini termasuk dalam Silibus Pembangunan UUM.
Kos di Kuala Lumpur adalah tinggi.
bulan lepas kami dah buat kursus diUUM selama 4 hari dan yuran hanya kami caj RM250 seorang.
Kami hanya ingin membantu....Jadi yg lain itu terserah kepada Tuan-Tuan utk buat keputusan.
Kami tak rugi apa2 kalau tuan2 tak yakin pada kami.
Wasalam.

fnd75
21-11-2008, 12:59 PM
wah, bagus usaha ni - boleh bantu mula usahawan tani kita. cuma konpem ke peserta dpt buat loan dgn bank kalo nak buat contract farming tu. kalo ade ctos ke ccris ke affect tak loan tu?

isminutara
21-11-2008, 03:43 PM
kalau peserta black list mmg tak boleh lah.
kami tak boleh bantu kalau yg dah black list.
Melalui Pekasa & UUM, segala operasi dipantau & di beri tujuk ajar serta segalanya akan di ajar supaya dapat menjadi Usahawan Berjaya.
itu adlah skop perancangan UUM & PEKASA.

isminutara
21-11-2008, 03:47 PM
tahukah anda utk 1 hektar tanah yg kita usahakan utk pertanian, kita boleh minta geran dari Jabatan Pertanian RM6000.00.tanpa perrlu bayar balik.
InsyaAllah kami akan membantu selagi termampu Usahawan Bumiputera.
Adakah RM450 utk yuran terlalu mahal jika nak di bandingkan dengan pulangan yg akan kita dapat drp kesinambungan kursus ini.
Tepuk Dada Tanya HAti.

isminutara
21-11-2008, 03:56 PM
Selama tempoh 2 tahun perjanjian, kami akan menghantar para usahawan utk mengikuti silibus usahawan merangkumi skop pemasaran, pengurusan kewangan dan macam-macam lagi.
Kepercayaan yg diberikan oleh Institut Pembangunan Keusahawanan (IPK,UUM) kepada PEKASA TRAINING & MOTIVATION CENTRE adalah satu jaminan bahawa kami sebuah syarikat yg berpegang kepada amanah untuk menerajui para Usahawan yg ingin berjaya. Kami akan membimbing para peserta yg berdaftar dengan kami sehingga 2 Tahun, dan matlamat kami mahukan Usahawan ini mampu berdikari & mampu Menjadi seorang USAHAWAN BERJAYA.

azzam
25-11-2008, 06:10 AM
Assalamaualaikum,

Satu musim pokok cili kalau ikutkan orang tua dulu dulu boleh sampai lebih 1 tahun dan pokok boleh naik tinggi lebih dari ketinggian manusia, siap guna tangga nak petik cili besar tu.

Tetapi di peringkat komersil, kita menghadkan tempoh tanaman kepada 6 bulan satu musim bergantung kepada tahap ketahanan pokok pada penyakit serta kadar serangan penyakit. ianya boleh disingkatkan lagi tapi tidak digalakkan untuk dipanjangkan tempoh tanaman.

Tempoh untuk semaian di tray antara 2-3 minggu dan lepas tu dipindahkan ke polibeg. pokok akan membesar di polibeg antara 5-6 bulan.

Setelah pokok dipindahkan ke polibeg, penggunaan baja fertigasi AB perlu dimulakan tetapi dengan kadar 1.5 ec pengukuran baja menggunakan EC Meter. ia akan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk mengeluarkan putik bunga pertama di setiap cabang yang terjadi.

Untuk membesarkan buah sehingga bertukar merah boleh dijual memerlukan tempoh lebih kurang 3 bulan setelah dipindahkan dari tray ke polibeg. Ini bermakna pada penghujung bulan ke tiga setelah dipindahkan hasil tuaian pertama di cabang permulaan boleh dipetik dan di jual. tuaian boleh dilakukan antara 2-3 kali seminggu bagi setiap pokok bergantung kepada permintaan di cabang seterusnya. Tuaian boleh dilakukan sehingga pokok berusia 6 bulan di dalam polibeg.

Ini bermakna 3 minggu semaian, 3 bulan tanam dan 3 bulan tuai dan jual hasil. Pendapatan hanya boleh diperolehi pada peringkat 3 bulan cili besar boleh dijual.

Harga jualan cili pula bergantung kepada dimana dan kepada siapa kita menjual cili tersebut. Untuk makluman, jualan cili ini mempunyai 3 kategori harga iaitu Harga Ladang, Harga Borong dan Harga Runcit.

Harga Ladang adalah apabila peraih atau pembeli membeli cili dengan hadir sendiri ke kebun atau ladang. Umumnya harga ini lebih murah kerana penanam tidak mengeluarkan kos minyak untuk penghantaran.

Harga Borong pula adalah apabila penanam menghantar sendiri ke penjual samaada di pasar borong atau di kedai runcit. Harga ini tinggi sedikit dari harga ladang kerana mengambil kira kos pengangkutan.

Harga Runcit adalah bagi rujukan pengguna yang membeli cili secara runcit dan kecil kecilan. Selalunya harga ini yang akan menjadi ukuran bagi pembeli mendapatkan bekalan. Harga ini tinggi disebabkan pembeli atau pengguna hanya membeli dengan kuantiti yang kecil dan ianya telah mengambilkira keuntungan oleh pemborong. Sekiranya anda membeli cili besar di pasar borong untuk kegunaan sendiri, ianya menggunakan harga runcit. Namun sekiranya anda membeli cili dalam kuantiti yang agak besar ataupun untuk kegunaan proses semula atau jual semula, anda boleh mendapatkan harga yang sedikit kurang dari harga runcit bergantung kepada kaedah tawar menawar anda dengan penjual.

Setakat hari Selasa 18 November 2008 lepas Harga Ladang (L), Harga Borong (B) dan Harga Runcit (R) untuk setiap kilogram bagi 3 kawasan adalah seperti berikut:

Kuantan : (L) RM5: (B) RM8 : (R) RM11
Kuala Lumpur : (L) RM6: (B) RM13: (R) RM17
Terengganu : (L) RM6.3(B) RM7.5 (R) RM9

Perbezaan harga berbanding kawasan adalah disebabkan antaranya permintaan yang melebihi tawaran, pengeluaran hasil yang terjejas atau kurangnya penanam cili di sesuatu kawasan dan juga faktor sekarang yang diakibatkan kekurangan bekalan cili import terutama dari China yang mengandungi kadar melamine yang tinggi dalam sayuran dan disekat oleh Kerajaan untuk di import.

Maklumat di atas adalah sebahagian dari informasi yang perlu diketahui oleh penanam cili. Antara perkara penting lain adalah teknik penjagaan pokok yang sangat penting kerana ia akan menentukan kesihatan pokok yang menyumbang kepada kadar pengeluaran hasil yang tinggi.

Untuk menerangkan semua maklumat yang perlu diketahui bagi penanam baru memang banyak. Bagi saya, ia banyak bergantung kepada pengalaman dalam mengusahakan tanaman samaada secara komersil atau kegunaan sendiri.

Saya juga bersama teman yang mengusahakan tanam secara fertigasi terbuka ini bercadang untuk mengadakan kursus antara 1-2 hari teori dan praktikal mengusahakan tanaman cili fertigasi ini InsyaAllah pada bulan Januari 2009. Cadangan tempat adalah di UPM, Serdang dengan kapasiti terhad secara bulanan. Saya akan maklumkan perkembangan mengenainya dari semasa ke semasa.

macam menarik je bulan januari ni...UPM..here i'm back..huhuhu

mazni
18-12-2008, 12:15 PM
info baja zeolite dlm penanaman cili
Originally Posted by kerullz

saya gunakan zeolite dlm penanaman cili
hasilnya memang lebih baik, buah lebih besar lebih sihat

dulu saya tabur di sekeliling batang pokok cili yang dah 3 bulan ke atas

sekarang saya campurkan saje dgn cocopeat , lebih kurang 100gram setiap pokok, baja tu memang takkan hilang sampailah habis musim.

s:pernah tak gunakan zeolite dalam projek cili fertigrasi?

memang saya gunakan zeolite untuk fertigasi cili, memang ada kesan yg baik

sesiapa yg berminat nk beli zeolite (baja gunung berapi) boleh hubungi saya atau sms 019 2499 469 atau pm saya

En. Rhoma Irama
18-12-2008, 12:46 PM
untuk cili tanam atas tanah berapa kuantiti zeolite yg diperlukan

tahir85
18-12-2008, 02:25 PM
salam semua.
kalau korang betul nak ushakan tanaman fertigasi, saya cadangkan korang spend masa pegi cameron highland. pegi mardi. disana lah tempat paling advance dalam malaysia pasal teknologi ni. banyak benda baru yang akan jimatkan kos operasi korang..cthnya yg terbaru, kita ta guna lagi mikrotube spageti 3mm tu, dan kita tak guna lagi driper .. so kita guna apa? pegi la sana.. kalau nak tau..

ba-e-segan
20-12-2008, 08:04 AM
tahir85..cam menarik jer..kasi share le teknologi baru tu...dia org.guna ape ek?

tahir85
24-12-2008, 03:15 PM
tahir85..cam menarik jer..kasi share le teknologi baru tu...dia org.guna ape ek?

sekarang petani di cameron guna microtube 1mm , dan driper diganti dgn potongan paip 16mm . dengan penggunaan yang ni, kos per beg dapat dikurangkan daripada Rm4 kepada rm 2 . dan rumah lindung tercanggih sekali di malaysia (mardi pun tak buat lagi) rumah lindung yg dibuat oleh malaysia agrifood.apa canggih .mereka boleh kawal setiap pokok.mereka boleh tahu pokok mana kekurangan zat. gunakan computer,clikc jer, zat tu terus ke pokok tersebut. canggih tak ?

En. Rhoma Irama
25-12-2008, 10:15 AM
sekarang petani di cameron guna microtube 1mm , dan driper diganti dgn potongan paip 16mm . dengan penggunaan yang ni, kos per beg dapat dikurangkan daripada Rm4 kepada rm 2

aku dah guna sistem ni, cuma tak computerized je...

tapi tang 1mm tu konpius skit... halus sgt tu :-?

langgas
25-12-2008, 10:33 AM
nak jual senang ke, harganya berbaloi ke ke dengan modal?

En. Rhoma Irama
25-12-2008, 10:42 AM
nak jual senang ke, harganya berbaloi ke ke dengan modal?
kalo nak pakai sistem fertigsai, kene la tanam tanaman yg harga mahal, cam tomato, rock dan cili. Kene kira la kos utk satu polibag berapa, pastu pendapatan untuk satu musim bg satu polibag berapa.

Contoh:
Kos 1 polybag = RM4
Hasil 1 polybag 1 musim = RM20

Jadi untung kasar = RM16. Belom tolak kos operasi.

Market kene cari sendirik la bang...

tahir85
27-12-2008, 04:15 PM

biasalah..tu la cabaran

ulam
27-12-2008, 06:40 PM
Agak² berapa anggaran kos setup sbnyak 100 pokok dulu untuk permulaan erk?... :-?

En. Rhoma Irama
27-12-2008, 08:43 PM
Agak˛ berapa anggaran kos setup sbnyak 100 pokok dulu untuk permulaan erk?... :-?
fertigasi sepenuhnya ke?

ulam
27-12-2008, 09:12 PM
fertigasi sepenuhnya ke?

Emmm..
Klau dapat bagi dua quote bro... :-?

1.Sepenuhnya fertigasi

2.Cara manual

Bukan apa ilmu x ada lagi, kena mula kecil-kecilan dulu..
Klau ok baru wat full swing... :)paid

ulam
27-12-2008, 09:19 PM
Berapa harga market cili sekrg nie erk... :-?

En. Rhoma Irama
27-12-2008, 10:59 PM
Emmm..
Klau dapat bagi dua quote bro... :-?

1.Sepenuhnya fertigasi

2.Cara manual

Bukan apa ilmu x ada lagi, kena mula kecil-kecilan dulu..
Klau ok baru wat full swing... :)paid
nanti la, ada masa aku tolong quote kan

En. Rhoma Irama
27-12-2008, 11:01 PM
Berapa harga market cili sekrg nie erk... :-?
harga runcit cili padi tempat aku RM22.00/kg

harga ladang paling kurang RM12/kg

WindfaLL
28-12-2008, 12:40 AM
go go...jadikan pertanian suatu pendapatan lumayan...

aku sokong....g go

ulam
28-12-2008, 09:51 AM
nanti la, ada masa aku tolong quote kan

Bantuan mu amat diperlukan bro... :)paid

En. Rhoma Irama
28-12-2008, 02:58 PM
Bantuan mu amat diperlukan bro... :)paid
buat sementara waktu ni baik ko usha kat sabakagro untuk dapatkan panduan harga

En. Rhoma Irama
28-12-2008, 03:20 PM
Peralatan fertigasi sepenuhnya:

6mm microtube / 4mm spaghetti tube [55 meters]
Dripper [100 units]
Nipple [100 units]
16mm polytube [1 roll x 300meters]
Quick action valve [4 units
Tangki baja [2 units x 120 liters]
Tangki air [2 unit x 208 liters]
Polybag hitam [100 units]
Cocopeat, sekam bakar, pasir
Baja set A & B
pH & EC meter
Motor driven water pump [1HP/0.75kW]
Silvershine [1 roll x 250 x 1.2 meters]
104 tray semaian
Benih
Holland Peat

Aku kira ikut 4 batas x 25 polybags.
Kalau taknak guna dripper pun boleh. Boleh guna 4mm spaghetti tube, pastu potong 16mm polytube jadikan dripper.
Aku pilih polybag itam sebab tahan lama. Kalau guna yg putih, satu musim dah hancus. Cepat reput, tak tahan. Guna yg itam save cost, boleh pakai 2-3 musim.

Ini hanya sebagai panduan untuk 100 units polybag fertigasi.

ulam
28-12-2008, 03:39 PM
Tima kaseh bro, pasal info yg diberi.. :)paid

tahir85
28-12-2008, 04:49 PM
kalau sapa2 minat fertigasi n perlukan kertas kerja untuk buat loan..boleh hubungi saya .saya ada kertas kerja fertigasi...boleh runding..
contct:0198417520

trust me
30-12-2008, 02:40 PM
nak tanye la skit bro...aku baru tanam cili fertigasi ni dalam 1000pokok... rasa2 ko la, satu ari aku bole dapat bape kilo

En. Rhoma Irama
30-12-2008, 03:17 PM
nak tanye la skit bro...aku baru tanam cili fertigasi ni dalam 1000pokok... rasa2 ko la, satu ari aku bole dapat bape kilo
nak mudah kira satu pokok 20 gram sekali kutip.

Kalau kutip semua 1k pokok dalam masa satu hari

20 gram x 100 pokok = 20kg

20kg x RM7/kg = RM140 :D:D:D

En. Rhoma Irama
30-12-2008, 03:18 PM
en. apai... aku nyer cili ada 3 pokok layu

pesal ekkk... air siram cantik. aku cabut semalam tgk akar takde apa pun. Okay jek... dalam tanah pun takde apa.

Ada idea tak?

tahir85
30-12-2008, 03:59 PM
en. apai... aku nyer cili ada 3 pokok layu

pesal ekkk... air siram cantik. aku cabut semalam tgk akar takde apa pun. Okay jek... dalam tanah pun takde apa.

Ada idea tak?

cuba awk tarik akar tu.tertanggal tak kulit akar ? kalau tertanggal tu memamng kena penyakit

En. Rhoma Irama
30-12-2008, 04:51 PM
cuba awk tarik akar tu.tertanggal tak kulit akar ? kalau tertanggal tu memamng kena penyakit

akar ok... kulit tak tercabut :-?:-?

ulam
31-12-2008, 07:24 AM
nak mudah kira satu pokok 20 gram sekali kutip.

Kalau kutip semua 1k pokok dalam masa satu hari

20 gram x 100 pokok = 20kg

20kg x RM7/kg = RM140 :D:D:D

wah lumayan seyyy.... :))

miskinenator
01-01-2009, 12:55 PM
Peralatan fertigasi sepenuhnya:

6mm microtube / 4mm spaghetti tube [55 meters]
Dripper [100 units]
Nipple [100 units]
16mm polytube [1 roll x 300meters]
Quick action valve [4 units
Tangki baja [2 units x 120 liters]
Tangki air [2 unit x 208 liters]
Polybag hitam [100 units]
Cocopeat, sekam bakar, pasir
Baja set A & B
pH & EC meter
Motor driven water pump [1HP/0.75kW]
Silvershine [1 roll x 250 x 1.2 meters]
104 tray semaian
Benih
Holland Peat

Aku kira ikut 4 batas x 25 polybags.
Kalau taknak guna dripper pun boleh. Boleh guna 4mm spaghetti tube, pastu potong 16mm polytube jadikan dripper.
Aku pilih polybag itam sebab tahan lama. Kalau guna yg putih, satu musim dah hancus. Cepat reput, tak tahan. Guna yg itam save cost, boleh pakai 2-3 musim.

Ini hanya sebagai panduan untuk 100 units polybag fertigasi.

T/kasih En. Rhoma Irama.. info yg berguna ni..

Nak tanya sikit la.. baru nak belajar ni.. spaghetti tube tu apa..

En. Rhoma Irama
01-01-2009, 12:59 PM
T/kasih En. Rhoma Irama.. info yg berguna ni..

Nak tanya sikit la.. baru nak belajar ni.. spaghetti tube tu apa..
1.5mm microtube, shape mcm spagetti
kalau guna 4mm microtube kene guna dripper
spaghetti takyah guna dripper

miskinenator
01-01-2009, 01:12 PM
1.5mm microtube, shape mcm spagetti
kalau guna 4mm microtube kene guna dripper
spaghetti takyah guna drippertq tp tak baper faham lg la sbb skg ni sya masih guna dripper je..

memandangkan dlm masa percubaan jadi sya tak guna filter.. dripper selalu tersumbat je.. boleh jimat cost klu tak guna dripper.. :)

jadi camne nak buat spaghetti tube ni.. :-?

En. Rhoma Irama
01-01-2009, 01:18 PM
tq tp tak baper faham lg la sbb skg ni sya masih guna dripper je..

memandangkan dlm masa percubaan jadi sya tak guna filter.. dripper selalu tersumbat je.. boleh jimat cost klu tak guna dripper.. :)

jadi camne nak buat spaghetti tube ni.. :-?
tu la masalah kalau guna 4mm microtube ngan dripper, selalu sumbat. Kalau setakat 100 pokok boleh lagi nak cuci. Kalau dah main ribu-ribu, jenuh nak cuci dripper.

Guna spaghetti tube, dripper takyah pakai. Gunakan polytube 16mm sebagai dripper. Cuma satu kekurangan spaghetti tube ni, kita takleh control flow. Jadi pembahagian air jadi tak sekata kalau main main pipe terlalu panjang. Dr segi kos mmg jimat berbanding 4mm microtube dan dripper. Spaghetti tube takyah buat dan takleh wat pun sebenarnya. Beli yg ready made cam 4mm microtube.

Ada pros and cons la kat sini. Sebab tu masa designing/layout stage kene pikir betul2.

alnisa
01-01-2009, 01:46 PM
dah ramai rupanya minat dgn fertigasi.semoga berjaya

anak felda
01-01-2009, 03:43 PM
Saya memerlukan anak benih cili hijau & kampung. Dalam quantiti 1600 anak pokok. sesiapa yang boleh supply sila kemukakan harga dan emailkan ke snhworks@gmail.com @ 016-2648294. Lokasi Penanaman di Felda Pemanis Segamat. Harga Adalah termasuk kos Penghantaran.

quantiti - anak Cili hijau= 800 pokok
anak cili kampung = 800 pokok

Harga:
Lokasi:
No Tel:

TQ

En. Rhoma Irama
01-01-2009, 03:57 PM

baik semai sendiri benih bro... dibimbangi anak benih akan rosak semasa dalam perjalanan. Biasanya mesti akan rosak

anak felda
02-01-2009, 04:58 PM
baik semai sendiri benih bro... dibimbangi anak benih akan rosak semasa dalam perjalanan. Biasanya mesti akan rosak

terima kasih atas nasihat anda

ulam
05-01-2009, 07:06 PM
B
u
m
p
:))

ulam
06-01-2009, 02:04 PM
Aku nak tau nie, monyet ngn kera nie kacau tak tanaman pokok cili.. :-?
Pagi tadi dia turun kat belakang rumah aku, risau pun ada..
Langkah awal sebelum projek nak mula... :D

jasma
06-01-2009, 02:59 PM
aku baru jer register dgn jabatan pertanian kursus tanam cili api

harap2 permohonan diterima lerr

En. Rhoma Irama
06-01-2009, 06:56 PM
aku baru jer register dgn jabatan pertanian kursus tanam cili api

harap2 permohonan diterima lerr

kursus kat mana

bila tarikh

old_code
06-01-2009, 07:11 PM
Peralatan fertigasi sepenuhnya:

6mm microtube / 4mm spaghetti tube [55 meters]
Dripper [100 units]
Nipple [100 units]
16mm polytube [1 roll x 300meters]
Quick action valve [4 units
Tangki baja [2 units x 120 liters]
Tangki air [2 unit x 208 liters]
Polybag hitam [100 units]
Cocopeat, sekam bakar, pasir
Baja set A & B
pH & EC meter
Motor driven water pump [1HP/0.75kW]
Silvershine [1 roll x 250 x 1.2 meters]
104 tray semaian
Benih
Holland Peat

Aku kira ikut 4 batas x 25 polybags.
Kalau taknak guna dripper pun boleh. Boleh guna 4mm spaghetti tube, pastu potong 16mm polytube jadikan dripper.
Aku pilih polybag itam sebab tahan lama. Kalau guna yg putih, satu musim dah hancus. Cepat reput, tak tahan. Guna yg itam save cost, boleh pakai 2-3 musim.

Ini hanya sebagai panduan untuk 100 units polybag fertigasi.

Berapa kos ko utk projek nei??

ulam
06-01-2009, 10:07 PM
kursus kat mana

bila tarikh

Ntah kasi tau ler camner, leh teman apply untuk area utara.. :D

En. Rhoma Irama
06-01-2009, 10:09 PM
Peralatan fertigasi sepenuhnya:

1. 6mm microtube / 4mm spaghetti tube [55 meters] [tak ingat]
2. Dripper [100 units] [RM0.18-RM0.30]
3. Nipple [100 units] [RM0.17-RM0.25]
4. 16mm polytube [1 roll x 300meters] [RM110-RM130]
5. Quick action valve [4 units] [RM1.50-RM2.50]
6. Tangki baja [2 units x 120 liters] [RM38-RM50]
7. Tangki air [2 unit x 208 liters] [RM38-RM50]
8. Polybag hitam [100 units] [RM9/kg]
9. Cocopeat, sekam bakar, pasir [tak tau, sebab tak guna]
10. Baja set A & B [tak tau, aku tak guna baja nih]
11. pH & EC meter [RM150-RM200]
12. Motor driven water pump [1HP/0.75kW] [RM150-RM250]
13. Silvershine [1 roll x 250 x 1.2 meters] [RM55-RM75]
14. 104 tray semaian [RM3-RM4]
15. Benih [bergantung pada variety]
16. Holland Peat [cek kat nursery]
17. Digital timer 1 min cut off [RM50-70]
18. Racun serangga [cek kedai racun sebab banyak jenis nak kene guna]
19. Foliar (optional) [cek kedai racun sebab banyak jenis nak kene guna]
20. Knapsack sprayer [RM100-RM150] aku guna crossmark PB20 x 2 units
21. Rubber groumet [RM0.20-RM0.30]

mungkin ada yg tertinggal. tolong update, banyak sgt ada yg terlupa

jasma
06-01-2009, 10:16 PM
Ntah kasi tau ler camner, leh teman apply untuk area utara.. :D

esok baru jumpa officer incharge....
nanti aku update ler....
register je dulu...
free jer....

ulam
06-01-2009, 10:32 PM
esok baru jumpa officer incharge....
nanti aku update ler....
register je dulu...
free jer....

ada website tak bro... :-?

ok nanti pls update erk.. :D