PDA

View Full Version : Dosa Zina Tidak Akan Terhapus Selagi Tidak Dihududkan


kuhik
17-11-2007, 11:51 PM
sumber : www.zaharuddin.net

Assalamualaikum Ustaz yang mulia

saya adalah salah seorang hamba Allah yang sedang mencari keampunan. terus terang saya cakap saya pernah berzina dengan bekas teman wanita saya. saya mengulangi beberapa kali sehingga beberapa tahun, dan akhir kami telah berpisah.

dan, setelah mengalami beberapa peristiwa yang menyedihkan dalam hidup saya. akhir saya sudah insaf dan saya ingin betul-betul bertaubat. saya ingin mencuci segala dosa dan kesalahan saya. saya betul-betul takut jika saya mati, saya mati bersama dengan dosa zina saya ini.

saya pernah bertanya dengan seorang Ustaz di tempat saya, bagaimanakah caranya untuk mencuci dosa zina? adakah cukup dengan taubat nasuha, meminta ampun dan berkelakuan baik?

Ustaz itu menjawab, dosa zina takkan dihapuskan selagi saya tidak disebat dengan 100 kali rotan, seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran.

oleh itu, setelah berfikir panjang dan solat istikharah, saya telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang Hakim Mahkamah Syariah di negeri saya. saya menceritakan kepada beliau mengenai keadaan saya, dan saya memberitahu bahawa saya ingin mencuci segala dosa zina saya, dan saya ingin dihukum oleh hukuman 100 kali rotan. demi Allah saya mahu mencuci dosa saya.

beliau sangat terkejut dengan kata-kata saya. beliau tidak dapat memberi apa-apa jawapan kerana perlembagaan Malaysia tidak memperuntukkan kuasa kepadanya untuk menjatuhkan hukum 100 rotan kepada saya.

oleh itu Ustaz Zaharuddin yang mulia. saya ingin menjalani hukum 100 rotan supaya dosa saya disucikan. saya tidak mahu mati dengan membawa dosa besar zina ini.

tambahan pula, saya tidak boleh berkahwin dengan perempuan kecuali perempuan zina ataupun musyrik. saya pernah juga cuba menjalin hubungan yang bersih dengan beberapa orang perempuan, tapi kesemuanya gagal di tengah jalan.

jadi Ustaz, apakah caranya untuk saya menjalani hukum 100 rotan ini?

tolonglah bantu saya...

from : Hamba yang mencari keampunan
************************************************** *********

Jawapan Ustaz :

Tahniah kepada saudara kerana telah insaf dan ingin benar-benar bertawbat. Untuk menjawab soalan ini, pertama saudara perlu mengetahui amat besarnya dosa zina dan mestilah dengan segera bertawbat terutamanya ke ketika tiadanya hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia.


Hukuman zina terdapat dengan jelas di dalam surah An-Nur ayat 2) Bagaimanapun, tindakan menyerah diri kepada pihak berkuasa pada hemat saya tiadalah gunanya di sisi Allah SWT, kerana undang-undang yang ada hari ini hanya memperuntukan hukuman bagi penzina yang sabit kesalahannya ; beberapa ribu ringgit, beberapa kali sebatan dan beberapa tahun penjara (saya tidak ingat dengan tepat hukumannya). Apa yang jelas semua ini bukanlah undang-undang yang dapat menghilangkan dosa zina di sisi Allah, malah merugikan lagi, dihukum dengan hukuman manusia dan tidak pula diampun di sisi Allah.

Cuma saya pernah mendapat satu pendapat yang agak ganjil tetapi ada rasionalnya iaitu, sesiapa yang ingin pasti menghapuskan dosa zinanya di zaman kini, mereka di cadangkan untuk pergi di Saudi Arabia yang mempunyai peruntukan hukuman sebat. Lalu orang yang berzina tadi bolehlah mengaku ia telah berzina dan akan dihukum di sana, maka hilangkan dosanya di sisi Allah SWT. Saya tidak mampu komen panjang akan cadangan ini, cuma pendapat peribadi saya, ia kelihatan boleh diterima dari satu sudut, walaupun mempunyai kontra dalam beberapa sudut yang lain.

Bagi individu yang tidak mampu keluar mencari hukuman atau tiada peruntukan hukuman sebenar (seperti ikhlasnya pemuda bernama Ma’iz bin Malik pada zaman Nabi yang mengaku berzina berkali-kali di hadapan Nabi untuk menghapuskan dosanya dengan rejaman – demikian di dalam riwayat Abu Daud dari Abu Hurayrah r.a ), maka tanpa syak lagi, Pertama : Pihak berwajib akan menanggung dosa kerana tidak menyediakan peruntukan hukumannya. Kedua : Individu yang telah berzina mesti segera bertawbat nasuha dan jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT.





Syarat tawbat ini adalah :-

Perlunya bersegera dan berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah) . Firman Allah SWT ertinya : “ Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)

Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Justeru ia mestilah menjauhkan dirinya dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Tinggalkan semua jalan dan tempat yang boleh mengembalikan kepada zina.

Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah ertinya : “ Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang” ( Al-Furqaan : 70 ). Justeru, banyakkan bersedakah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Maka dengan pahala kebaiakn ini diharap ianya dapat menutup dosa zina tadi.

Sekiranya melibatkan rogol, maka hukuman dan tawbatnya berbeza kerana ia melibatkan pencabulan hak manusia lain, dosanya lebih besar. Dalam hal zina denga rela kedua-dua belah pihak. Imam Abu Yusof (anak murid Imam Abu Hanifah) pernah mencadangkan agar kedua-dua pasangan berkahwin (sekiranya si wanita belum berkahwin) bagi menggugurkan hukuman hudud tetapi pandangan ini ditolak oleh seluruh ulama Mazhab empat. (Bada’I as-Sonai’ , Al-Kasani, 7/62 ; Al-Tasryi’ Al-Jinaie Al-Islami, Abd Qadir Awdah, 2/454). Walaubagaimanapun, dalam hal tawbat, pada hemat saya, ia elok dilakukan bagi menunjukkan kesungguhan tawbat seseorang. Wallahu ‘alam

sNarFy
18-11-2007, 12:05 AM
bagus ada post cam nih..

Berfikir dua kali jugak kalau nak berzina.. :D kudoss..

MaLaY YaKuZa
18-11-2007, 12:06 AM
satu renungan yang bermakna untuk kita semua

vtec
18-11-2007, 12:29 AM
kawan2 pernah dengaq cerita "[B]seorang pelacur yang diampunkan ALLAH kerana hanya memberi anjing minum"/B]dak...:)

sNarFy
18-11-2007, 12:35 AM
pernah dgr.. :D kat ceramah Maulud Nabi anjuran.. jeng jeng jeng..
Tapi bukankah itu dosa dosa kecik, bukan dosa zina..

vtec
18-11-2007, 12:55 AM
pernah dgr.. :D kat ceramah Maulud Nabi anjuran.. jeng jeng jeng..
Tapi bukankah itu dosa dosa kecik, bukan dosa zina..

dosa zina la kwn 'dah nama pon melacur':D

ariosan
18-11-2007, 01:13 AM
kawan2 pernah dengaq cerita "[B]seorang pelacur yang diampunkan ALLAH kerana hanya memberi anjing minum"/B]dak...:)

Aku tak penah dgr...bg sinopsis skit. Tuh zaman bila? Kalo zaman jahiliyah...maybe perempuan tu tak tau hukum.

vtec
18-11-2007, 01:16 AM
Aku tak penah dgr...bg sinopsis skit. Tuh zaman bila? Kalo zaman jahiliyah...maybe perempuan tu tak tau hukum.

aku baca dari buku agama ...aku dah tak ingat dah ..tapi aku conform la perempuan tue pelacur(masuk syurga sbb bagi minum anjing ja) ...sapa2 yang ingat share la kat sini..

ariosan
18-11-2007, 01:22 AM
aku baca dari buku agama ...aku dah tak ingat dah ..tapi aku conform la perempuan tue pelacur(masuk syurga sbb bagi minum anjing ja) ...sapa2 yang ingat share la kat sini..

Kalo macam tuh...mesti zaman sblm Rasullullah SAW kot. Sebab takde sapa yg tahu perempuan masuk syurga...melainkan Baginda SAW.

muorian
18-11-2007, 01:33 AM
bukan zina sahaja, malah apa bentuk dosa2 besar mcm membunuh, mencuri, berjudi, minum arak dan lain2 nyer kalau x dihukum dengan undang2 Allah di dunia di akhirat x lepas nyer, berganda2 lagi seksanye ada la..

x sebut dlm al-Quran org berzina kena penjara/ikat jamin ngan duit.

muorian
18-11-2007, 01:35 AM
bagus ada post cam nih..

Berfikir dua kali jugak kalau nak berzina.. :D kudoss..

kalau boleh jgn pk langsung nak berzina :D

Rob_Booker
18-11-2007, 09:56 AM
Ada member aku tiang agama cukup 5 kali sehari, tapi biler dapat bohsia ke mesti nak main.. x tahan... hampeh tul..

Mmg cakap muka baiklah, boleh kata alim sket lah.. tapi kelemahan ada pada perempuan.. Aku ada gak nasihat2 dia, tapi depan aku ja kata x nak buat lagi, biler dah jumpa bohsia.. layan gak.. Dunia Dunia.. :(:(scam :(scam :(scam

pajey
18-11-2007, 10:13 AM
Ada member aku tiang agama cukup 5 kali sehari, tapi biler dapat bohsia ke mesti nak main.. x tahan... hampeh tul..

Mmg cakap muka baiklah, boleh kata alim sket lah.. tapi kelemahan ada pada perempuan.. Aku ada gak nasihat2 dia, tapi depan aku ja kata x nak buat lagi, biler dah jumpa bohsia.. layan gak.. Dunia Dunia.. :(:(scam :(scam :(scam

hahah same cam member aku...tapi zaman skrg ni tgk diorg buat bende2 tu cam tak de rase bersalah...rileks jeee..

mintak dijauhkan dari perkara tersebut aminnn

arulgit
18-11-2007, 10:15 AM
hahah same cam member aku...tapi zaman skrg ni tgk diorg buat bende2 tu cam tak de rase bersalah...rileks jeee..

mintak dijauhkan dari perkara tersebut aminnn

dah sampe mase kawen aje bro.calon pon dah ade :D

eyza
18-11-2007, 10:19 AM
org2 yg dah biasa buat..mesti rasa susah nak berenti..benda dapat free..hahaha

wanzex
18-11-2007, 10:21 AM
org2 yg dah biasa buat..mesti rasa susah nak berenti..benda dapat free..hahaha

syurga Allah hanyalah utk org
yg baik2 jer...xg2 keyza ??? :-? :-? :-?

eyza
18-11-2007, 10:23 AM
syurga Allah hanyalah utk org
yg baik2 jer...xg2 keyza ??? :-? :-? :-?

betullah gitu ajex...keyza pun mencari cinta Allah..tapi ader je halangan:((
diri ini masih tidak sempurna..

pajey
18-11-2007, 10:27 AM
dah sampe mase kawen aje bro.calon pon dah ade :D

hahah ko pn ade...takpe mintak dijauhkan bende2 tu..aminnn

ade jodoh kawin le bro jgn risau...

jeb_134
18-11-2007, 10:28 AM
bab pihak berwajib payah nak cakap.camne nak tolong org yg nak tambah satu lagi sedangkan selalunya mahkamah sendiri yg xterima.Org lelaki selagi sihat camtulah nafsu dia pompuan plak dah ade 2 3 anak dah slow dah yg lelaki kat depan tunduk.. bini x de aduhhhh bisaa x tertolak.So aku x salahkan pada depa yg nak tambah asal ade tanggungjawap kira nak elak zina latu.

gunungemas
18-11-2007, 10:29 AM
syurga Allah hanyalah utk org
yg baik2 jer...xg2 keyza ??? :-? :-? :-?

tuuuuuuuuu.......... awek_goku carik hang kat threed tu hang p laa jawab....................:p

wanzex
18-11-2007, 10:29 AM
betullah gitu ajex...keyza pun mencari cinta Allah..tapi ader je halangan:((
diri ini masih tidak sempurna..

ajex de bukak thread:
Haji - Satu Penyucian Hati...!!! (Multi-page thread 1 2 3 ... Last Page)
wanzex

keyza bace x???
ingat taun dpn ajex nk pi
makkah wat umrah n ziarah...
insya-Allah..jom kita pakat pi !!! :D

pajey
18-11-2007, 10:31 AM
bagi yg pompuan tu pepandai le jaga diri...jangan a lap u u lap mi..bagi je ape si hidung belang mintak....


tah le senang sgt leee niii...#:-S

eyza
18-11-2007, 10:32 AM
ajex de bukak thread:
Haji - Satu Penyucian Hati...!!! (Multi-page thread 1 2 3 ... Last Page)
wanzex

keyza bace x???
ingat taun dpn ajex nk pi
makkah wat umrah n ziarah...
insya-Allah..jom kita pakat pi !!! :D

insyaallah..keyza bawak group pengetua n GB ke sana..tgh tunggu quotation dari biliswira..tak kunjung tiba..

wanzex
18-11-2007, 10:32 AM
tuuuuuuuuu.......... awek_goku carik hang kat threed tu hang p laa jawab....................:p

di cni terhampar ketenangan yg abadi..:)) :)) :)) :))

eyza
18-11-2007, 10:33 AM
bagi yg pompuan tu pepandai le jaga diri...jangan a lap u u lap mi..bagi je ape si hidung belang mintak....


tah le senang sgt leee niii...#:-S

ntahlah pajey..jaga diri pun tapi kaum lelaki ni suke je nak ambik kesempatan..huhuhu

pajey
18-11-2007, 10:33 AM
ajex de bukak thread:
Haji - Satu Penyucian Hati...!!! (Multi-page thread 1 2 3 ... Last Page)
wanzex

keyza bace x???
ingat taun dpn ajex nk pi
makkah wat umrah n ziarah...
insya-Allah..jom kita pakat pi !!! :D

tu lah sampai sane buat semayang sitikarah ( mintak2 hang nampak awek_goku) :eek: :))

wanzex
18-11-2007, 10:34 AM
insyaallah..keyza bawak group pengetua n GB ke sana..tgh tunggu quotation dari biliswira..tak kunjung tiba..

alhamdulillah...
cuti sekolah bulan mei...rase2 ajex tula
masa yg sesuai..

pajey
18-11-2007, 10:38 AM
ntahlah pajey..jaga diri pun tapi kaum lelaki ni suke je nak ambik kesempatan..huhuhu

dah kalau kesempatan diberi abis laaa....huhuu...

arulgit
18-11-2007, 10:48 AM
tips utk pompuan..
jgn beri sedikit peluang kesempatan pn pd laki.laki ni die sempat je sume.klu deting pi blk awl jgn mlm2.klu nek keta boipren ade tinted suh die buang tinted.jd tkdela kesempatan disitu..:))

kuhik
18-11-2007, 10:43 PM
so, rumusannya adalah begini..

1) BAGI MEREKA YANG BELUM BERKAHWIN DAN BERZINA
1) korang boleh beli tiket PERGI & BALIK ke Arab Saudi
2) kos tiket hanyalah RM1,500 - RM3,000
3) korang wajib kumpul duit untuk pegi ke sana sebagai mensucikan dosa zina korang.
4) kalau korang taknak, percayalah hukum di akhirat lagi dasyat daripada 100 rotan di dunia.

2) BAGI MEREKA YANG BERKAHWIN DAN BERZINA
1) korang hanya perlu beli tiket PERGI sahaja, sebab kamu takkan kembali lagi.
2) sebab korang perlu menjalani hukuman REJAM SAMPAI MATI.
3) kalau korang taknak dihukum kat dunia nia, percayalah hukuman kat akhirat lagi pedih dan dasyat...
4) kos tiket murah jer, cuma around RM1,500

zolympus
18-11-2007, 10:56 PM
kawan2 pernah dengaq cerita "[B]seorang pelacur yang diampunkan ALLAH kerana hanya memberi anjing minum"/B]dak...:)
Itu nama dia rahmat Allah. Jangan pula kerana ada kisah sebegini, kita berzina dan beri anjing minum. Jangan menggunakan logik dalam memahami Islam. Kerana syaitan dan iblis memang menunggu masa untuk menyesatkan umat Islam.

wheriz
18-11-2007, 10:59 PM
Salam Ajex

Boleh jelaskan Ajex ni laki ke pompuan?

kuhik
18-11-2007, 11:00 PM
kisah pelacur dan anjing tu berlaku sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW..

azroy
18-11-2007, 11:23 PM
so, rumusannya adalah begini..

1) BAGI MEREKA YANG BELUM BERKAHWIN DAN BERZINA
1) korang boleh beli tiket PERGI & BALIK ke Arab Saudi
2) kos tiket hanyalah RM1,500 - RM3,000
3) korang wajib kumpul duit untuk pegi ke sana sebagai mensucikan dosa zina korang.
4) kalau korang taknak, percayalah hukum di akhirat lagi dasyat daripada 100 rotan di dunia.

2) BAGI MEREKA YANG BERKAHWIN DAN BERZINA
1) korang hanya perlu beli tiket PERGI sahaja, sebab kamu takkan kembali lagi.
2) sebab korang perlu menjalani hukuman REJAM SAMPAI MATI.
3) kalau korang taknak dihukum kat dunia nia, percayalah hukuman kat akhirat lagi pedih dan dasyat...
4) kos tiket murah jer, cuma around RM1,500

erm..pembetulan skit..bagi mereka yang belum berkahwin dan berzina beli tiket pergi dah lee..belum tentu lagi yang kene sebat 100 kali tu selamat pulang:-? :-? :-?

p/s: tips sebelum berzina..mulakan dengan bismillah..confirm tak jadi punye:D :D :D

RIZZZ J.B
14-01-2008, 06:24 PM
Bahaya dan Akibat Buruk Zina



Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina, Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus , hatta ,walaupun hanya mendekatinya. Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah:

§ Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara' (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

§ Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

§ Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

§ Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

§ Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

§ Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

§ Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina , sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

§ Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya .

§ Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

§ Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

§ Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

§ Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

§ Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

§ Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya , namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

§ Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

§ Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab), Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

§ Pezina laki-laki berarti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

§ Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya .

§ Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

§ Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit ganas seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

§ Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata:"Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:



Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fisikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina . Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikant umat.

BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERHATIKAN

Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang , demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang mealkukannya hanya sekali.

§ Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

§ Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

§ Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

§ Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

§ Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

§ Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

§ Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

§ Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.


BERTAUBAT

Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.



Allah berfirman, mafhumnya:


"Dan orang-orang yang tidak menyembah ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (QS. 25:68-70)

DDos
14-01-2008, 06:27 PM
tunggu je kat akhirat nanti, yg pertama2 aku nak tengok adalah para pemimpin2 yang berzina

zam5245
14-01-2008, 09:07 PM
apapun yg penting bertaubat
kerana allah maha pengampun dan penyayang,kerana rahmatnya amat luas.

vaksin
14-01-2008, 09:40 PM
sekarang nie nk cakpa 90% pompuan dah jalani sex sebelum kahwin...
sape yg dpt bini dara tue mmg bertuah sgt2.

sangbogol
15-01-2008, 09:55 AM
allh maha pengampun, klu kita dah insaf dan bertaubat.....insyaallah allah akan terima taubat kita....maka dgn itu dosa2 kita dihapuskannya walaupun kita tidak disebat 100x. Dia yg lebih berkuasa dan dialah yang maha penganpun bukan agong tau.

sangbogol
15-01-2008, 09:56 AM
korang nih nak yg ada dara jer..........bagaimana pula wanita nakkan lelaki yg teruna jer.???? Zaman skrg nih lelaki yg teruna punyalah payah nak dpt........klu ada pon berapa kerat jer......99.9 dah x de teruna.

puyong
15-01-2008, 10:01 AM
allh maha pengampun, klu kita dah insaf dan bertaubat.....insyaallah allah akan terima taubat kita....maka dgn itu dosa2 kita dihapuskannya walaupun kita tidak disebat 100x. Dia yg lebih berkuasa dan dialah yang maha penganpun bukan agong tau.

betul tu..tp dgn taubat nasoha...janji tak ulangi lagi...

RMteam
15-01-2008, 10:12 AM
Allah itu maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Pintu taubat masih terbuka bertaubatlah InsyaAllah Allah akan menerima taubat nasuha itu. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Wa AllahuAlam

sangbogol
15-01-2008, 10:57 AM
yaaa....betol mana ada dosa yg x dpt diampunkan???? kecualilah klu dah matahari terbit kearah barat waktu tu taubat pon dah x berguna dah....sudah terlambat.

maligun
15-01-2008, 11:36 AM
aku dok baca dari mula..tapi tak jumper pon dalil pasal tajuk nie....leh tuan tanah bagikan ek...

tirani
15-01-2008, 11:44 AM
byk betul khilaf2 yang Ustaz Nasaruddin sendiri tak boleh bagi kaedah yg terbaik sampai soh org tu pi ke Arab Saudi..tp satu maklumat yg bagus kepada semua.. lain kali sapa zina kena tibai pungkoq dgn rotan seratuih kali..

abu humaira
18-01-2008, 12:07 PM
aku pernah dengar kaset ceramah siri kuliah ustaz shamsuri
yg membincangkan hal ini.Katanya,sekiranya kita dituduh
melakukan zina(samada kita tidak berzina,atau berzina sekalipun)
janganlah kita mengaku kesalahan itu,tetapi hendaklah terus bertaubat.Hikmah disebalik suruhan ini hanya Tuhan dan RasulNya yg lebih mengetahui.

abdul rasyid
27-02-2010, 08:58 PM
bang oi...pelacur tu masuk syurga bukan sbb bg anjing minum jer..kalo setakat bg anjing minum jer..aku pon nk buat gak..nnti dpt masuk syurga..aduyai..:)ok..aku citer la..citer dye mula bile pelacur baru balik dr selesai buat keje dye tu...pas2..dlm perjlnn blik..dye nmpak ade anjing yg kehausan..org kte dah nyawe2 ikan..pas2 timbol plak rase kesian kat anjing tu..pas2 pelacur tu carik la sumber air kat kawasan tu..dah jumper dye tadah air tu gune kasut dye..pas2 bg anjing tu minom..atas ihsan yg pelacor tu lakkukan kat anjing tu..ALLAH beri rahmat dan keampunan kat pelacor tu..sbb tu dye masok syurga..sbb ade RAHMAT dan KEAMPUNAN dari ALLAH..bkn sbb dye bg anjing tu minom jer..haiz..

fordLASER
27-02-2010, 09:03 PM
bang oi...pelacur tu masuk syurga bukan sbb bg anjing minum jer..kalo setakat bg anjing minum jer..aku pon nk buat gak..nnti dpt masuk syurga..aduyai..:)ok..aku citer la..citer dye mula bile pelacur baru balik dr selesai buat keje dye tu...pas2..dlm perjlnn blik..dye nmpak ade anjing yg kehausan..org kte dah nyawe2 ikan..pas2 timbol plak rase kesian kat anjing tu..pas2 pelacur tu carik la sumber air kat kawasan tu..dah jumper dye tadah air tu gune kasut dye..pas2 bg anjing tu minom..atas ihsan yg pelacor tu lakkukan kat anjing tu..ALLAH beri rahmat dan keampunan kat pelacor tu..sbb tu dye masok syurga..sbb ade RAHMAT dan KEAMPUNAN dari ALLAH..bkn sbb dye bg anjing tu minom jer..haiz..

boleh bagi rujukkan utk kes ni... banyak kali jugak denga cerita ni.. nak kena buat post mortem / csi ... spaya dapat penjelasan apa yg berlaku sbenarnya.

usop_shippuden
27-02-2010, 10:23 PM
aku masih teruna...fuh!!selamat..:D

Muhammad_27
27-02-2010, 10:34 PM
boleh bagi rujukkan utk kes ni... banyak kali jugak denga cerita ni.. nak kena buat post mortem / csi ... spaya dapat penjelasan apa yg berlaku sbenarnya.

ALLAH bagi contoh sebagai panduan jer.. tak kira apa-apa pun tetap sama.. bukan perbuatan sebagai ukuran.. tapi keikhlasan dalam diri sebagai tunjang..

parcofolgore
28-02-2010, 02:58 AM
rasa takut plak sbb byk berdosa ni..

Abdullah
01-03-2010, 07:44 AM
Aku tak penah dgr...bg sinopsis skit. Tuh zaman bila? Kalo zaman jahiliyah...maybe perempuan tu tak tau hukum.

Itu kisah di zaman bani israel .

PinguSpy
01-03-2010, 07:52 AM
er kalau org yg mencuri pulak??

adakah dosanya tak akan terhapus selagi belum potong tangan???

ikhmal_ok
01-03-2010, 09:19 AM
er kalau org yg mencuri pulak??

adakah dosanya tak akan terhapus selagi belum potong tangan???

mencuri yang dipotong tangan ni merujuk kepada orang kaya yang mencuri. Walaubagaimanapun jika yang kena curi memafkan pencuri,,pencuri akan terlepas hukuman (sila rujuk hukum hudud dengan lebih lanjut)

kepada orang miskin yang mencuri (untuk makanan)ianya terlepas dari hukuman apabila diputuskan hakim,,,maka pusat zakat akan dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian mereka. Sebabnya jika hukum Islam dijalankan seadil-adilnya,,,tidak akan ada golongan miskin melarat. Ianya akan ditanggung oleh kerajaan melalui hasil zakat.

qba437
01-03-2010, 09:24 AM
pernah dgr.. :D kat ceramah Maulud Nabi anjuran.. jeng jeng jeng..
Tapi bukankah itu dosa dosa kecik, bukan dosa zina..

bukan ke pelacur tuh pun berzina juga ke? :-?..ke ko ikut pegangan Dr.Mashitah

qba437
01-03-2010, 09:31 AM
zina nih kesan dia lebih besar dari membunuh dan mencuri..sebab tu wajar dihududkan kesalahan zina..

kalu dikata tengok di Malaysia skang kenapa ramai orang berzina? kalu ikut logik aku la..
1.tiada hukuman hudu di 1Malaysia nih
2.Kalu dilihat latarbelakang orang yang berzina..kisah keluarga mereka pun begitu juga..pokok yang baik menghasilkan buah yang baik dan sebaliknya

anak_jatiperak
01-03-2010, 01:40 PM
Salam........terima kasih kerana menyedarkan

zurivas
01-03-2010, 01:52 PM
kawan2 pernah dengaq cerita "[B]seorang pelacur yang diampunkan ALLAH kerana hanya memberi anjing minum"/B]dak...:)

haa.. betul kisah ni aku penah dgr dan baca...
dan lagi satu kisah nabi Allah Ibrahim dgn pengemis (Nabi Ibrahim kena sound dgn Allah (apakah hak kamu menghalau pengemis itu hadir ke majlis kamu walaupun beliau bkn sorg Islam? sedangkan sekiranya hidupnya 500tahun tidak menyembah aku, aku tetap sygkan hambaku)panjang kisahnya sampai nangis aku :((:((:(()


p/s: jadi kesimpulan dari situ???

kuhik
04-06-2010, 11:05 PM
up sket thread ini :)