PDA

View Full Version : RM20 lelong teman wanita


Sureduit
14-02-2007, 02:36 PM
RM20 lelong teman wanita
Oleh Wan Noriza Meor Idris dan Sarah Zulkifli

1952
Bohsia bagai barang dagangan anggota kumpulan Mat Rempit

KUALA LUMPUR: “Kau nak Ann (bukan nama sebenar)? Aku tawar kat kau RM20 boleh? Kau bawalah dia ‘jalan’,” begitulah perbualan seorang Mat Rempit dengan rakan lumba haramnya ketika melelong gadis bohsia untuk ditiduri.
1950

Perbualan sedemikian sering didengari seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Siti di satu taman rekreasi di ibu kota terutama pada malam minggu.

Menurut Siti, penawaran gadis teman tidur di kalangan sesama Mat Rempit membabitkan bohsia berusia belasan tahun itu dilakukan tidak ubah seperti urus niaga barang makanan harian yang dilakukan tanpa segan dan hormat kepada orang sekeliling.

“Ramai penjaja di taman rekreasi itu menutup perniagaan menjelang malam kerana jelak dengan suasana ‘jijik’ ketika proses jual beli gadis bohsia itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Taman rekreasi itu dipercayai menjadi markas baru Mat Rempit menjual gadis bohsia secara lelong dan terbuka dengan menawarkan harga semurah RM20 untuk satu perkhidmatan seks.

Seorang anggota Mat Rempit hanya mahu dikenali sebagai K yang pernah menjadi ‘orang tengah’ dalam urus niaga gadis bohsia, mendakwa perkhidmatan seks ditawarkan itu sekadar ‘cari makan’.

“Segelintir Mat Rempit kini naik taraf menjadi ‘bapa ayam’ kecil-kecilan dengan menawarkan teman wanita masing-masing kepada rakan yang ingin mendapatkan khidmat seks.

“Tapi tak semua Mat Rempit berani buat begitu. Kalau yang jual tu mesti dah terdesak sangat nak cari duit,” katanya.

K yang berusia 25 tahun adalah seorang daripada ketua Mat Rempit yang dianggap ‘Otai’ atau orang lama di kalangan kumpulan pelumba motosikal haram di ibu negara.

“Geng Mat Rempit ni banyak. Ada Geng Apache, Benetton, Pangkah, Ranggi dan Uncle. Ada segelintir ahlinya sanggup jual teman wanita mereka kerana terdesak untuk mendapatkan wang.

“Wang itu dipercayai digunakan untuk ‘berjoli’ seperti membeli dadah terutama syabu dan arak selain digunakan untuk ke disko dan berjudi,” katanya.

Harga bagi perkhidmatan seks seorang gadis bohsia bergantung paras rupa dan bentuk tubuhnya serta ditawarkan serendah RM20 untuk satu sesi dan boleh mencecah RM500 bagi satu malam.

Gadis terbabit ‘dijual’ hampir setiap hari dan urus niaga lebih ‘rancak’ menjelang hujung minggu. Gadis terbabit boleh ‘berpindah tangan’ daripada seorang Mat Rempit kepada yang lain sehinggakan mereka dianggap barang dagangan yang diedar secara bergilir-gilir.

Menurut K, selepas proses jual beli selesai, perempuan terbabit dibawa ke ‘port’ Mat Rempit untuk ‘diratah’ atau hanya dibawa berjalan sebagai teman biasa.

“Ada yang beli untuk ‘kenduri’ beramai-ramai tapi kebanyakannya nak ‘pulun’ seorang, baru puas dan berbaloi,” katanya.

K berkata, ketua geng terbabit sentiasa memastikan keselamatan teman wanita mereka terjamin walaupun sesiapa saja di kalangan Mat Rempit boleh melanggan gadis terbabit.

“Mereka (gadis bohsia) sanggup dijual kerana sayang dan percayakan teman lelaki masing-masing serta sanggup buat apa saja demi cinta.

“Tetapi ada juga yang diugut ketua geng terbabit berikutan kebanyakan perempuan terbabit lari daripada keluarga serta tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya.
----------------------------------------------
Sureduit:
Apa kejadahnya nak jadi dgn bangsaku...muda2 dah hancuq leboq...
siapakah yg nak bertanggungjawab dgn hal2 camnie....
-ibu bapa
-jiran tetangga
-ketua kampong
-JKK
-Polis
-Bomba
-Askar
-Tok Imam
-ADUN
-Ahli Parlimen
-Jabatan Agama
-PAS
-UMNO
-DAP
-Last TPM & PM.....??????

adussssssssss..........tolong pikiaq sat...:(

RMteam
14-02-2007, 03:02 PM
MasyaAllah masalah musibah menimpa manusia di akhir Zaman...Bertaubatlah sebelum terlambat...

syah99
14-02-2007, 03:08 PM
Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim

harap kwn2 Muslim kat CG,
segeralah hindari Zina, bertaubat segera sebelum terlambat :D

kulitubi
14-02-2007, 03:34 PM
Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim

harap kwn2 Muslim kat CG,
segeralah hindari Zina, bertaubat segera sebelum terlambat :D

murah jugak eh??? hmmmm.... ;)

pajey
14-02-2007, 03:41 PM
ooo harga kambing lagi mahal rupanya....

CEO
14-02-2007, 04:02 PM
fenomena masa kini..hari ni V******** days.lagilaaa...taktau apa mau ckp..

ayobz
14-02-2007, 05:29 PM
MasyaAllah masalah musibah menimpa manusia di akhir Zaman...Bertaubatlah sebelum terlambat...

bukan masyaAllah, tapi astaghfirullahal 'azim....

pokcak
14-02-2007, 05:32 PM
ooo harga kambing lagi mahal rupanya....

a'ah betulla.. harga popuan bohsia tu = harga 2 ekor ayam kat pasar je.

Sureduit
14-02-2007, 05:49 PM
pokok bonsai aku mahal lagi rupanya....
aibb aibb aibb......:(

StanNero
14-02-2007, 06:42 PM
hmmm .. belen nie asik snagap ja.. bukan susah pun..ayat sikit..amik hati.. bawak ja rumah..

modal prepaid ka rokok ka.. + ayat manis sikit.. huhu..

syaq
14-02-2007, 06:45 PM
apo lagi...dunia dah akhir zaman...copek2 la bertaubat...

jai_x5
14-02-2007, 06:55 PM
hmm senang betul pompuan zaman sekarang nie..modal rm20 pun dah cukup..ape la nak jadi zaman nie..

khairilhusni
14-02-2007, 07:09 PM
apa? rm20 je? Ceh... aku ingat mahal.. rupanya makin hari makin murah. huhu.... apa la nak jadi bila zaman akan datang.... budak sekolah rendah pun mampu. Bawa 20sen jer. Mcm main mesin game. ehehe...

dienbiz
14-02-2007, 07:21 PM
RM20 lelong teman wanita
Oleh Wan Noriza Meor Idris dan Sarah Zulkifli

1952

Sureduit:
Apa kejadahnya nak jadi dgn bangsaku...muda2 dah hancuq leboq...
siapakah yg nak bertanggungjawab dgn hal2 camnie....
-ibu bapa
-jiran tetangga
-ketua kampong
-JKK
-Polis
-Bomba
-Askar
-Tok Imam
-ADUN
-Ahli Parlimen
-Jabatan Agama
-PAS
-UMNO
-DAP
-Last TPM & PM.....??????

adussssssssss..........tolong pikiaq sat...:(
Sureduit.. sepatutnya list di atas tu, kau kena letakkan
UMNO diatas sekali, sebab kerana undang2 dan peraturan UMNOlah
yg memberi ruang kepada mat rempit dan minah sempit ni bermaharajalela. Kalau nak ikut pendekatan ISLAM, mereka kata kolotlah, berpandangan kebelakanglah dan macam2 lagi kerana Islam byk menyekat kebebasan dia orang utk melaksanakan perkara keji dan mungkar.

dienbiz
14-02-2007, 07:30 PM
apa? rm20 je? Ceh... aku ingat mahal.. rupanya makin hari makin murah. huhu.... apa la nak jadi bila zaman akan datang.... budak sekolah rendah pun mampu. Bawa 20sen jer. Mcm main mesin game. ehehe...
Kalau melabur kat w2u USD300, satu hari dapat RM20, kalau 100 hari... fuuhhh boleh dapat 100 org minah rempit ni... hee..hee..hee:D :D

kokorez
14-02-2007, 07:31 PM
aku ada nak jual boh gak.. rm25.. tapi harga leh koutim lagik.. jgn risau.... great A ...


aku takleh la nak pass kat sinie gambar...

nak tgk ambik tgk kat link aku..


http://blog.ameba.jp/user_images/0a/d6/10008043693_s.jpg

....
jgn kecoh2 ekk.. sinie2 dah la... =)

syah99
14-02-2007, 07:47 PM
apa? rm20 je? Ceh... aku ingat mahal.. rupanya makin hari makin murah. huhu.... apa la nak jadi bila zaman akan datang.... budak sekolah rendah pun mampu. Bawa 20sen jer. Mcm main mesin game. ehehe...

iskk RM20 tu kira mahal le beb!!!

dulu2 zaman 90an nak BOHSIA mana ada kena bayar sesen pun,
kalau kita nak bayar gak servis dorang, sure dorang mengamuk2 punya. Coz dia taknak diri mereka dianggap seperti PELACUR kuikui :cool:

kira dah naik harga le tu, kenaikkan ni pun takde la menghairankan sgt pun, minyak pun dah mahal, nasib baik mat rempit tak payah bayar TOL, kalau tak aku rasa boleh cecah RM 50 tu dorang charge. RM 20 tu kira untuk duit minyak mat rempit tu gak le. :cool:

syah99
14-02-2007, 07:50 PM
Sureduit.. sepatutnya list di atas tu, kau kena letakkan
UMNO diatas sekali, sebab kerana undang2 dan peraturan UMNOlah
yg memberi ruang kepada mat rempit dan minah sempit ni bermaharajalela. Kalau nak ikut pendekatan ISLAM, mereka kata kolotlah, berpandangan kebelakanglah dan macam2 lagi kerana Islam byk menyekat kebebasan dia orang utk melaksanakan perkara keji dan mungkar.

jangan salah faham bro, itu Law bukan UMNO yg punya,
itu undang2 dr Penjajah British, UMNO just jadi penguatkuasa utk British jek, kira mcm menurut perintah le, UMNO kan anak emas British. So, memang tak heran la kalau undang2 yang ada skang tak membela Umat Islam Melayu kita ni :o

StanNero
14-02-2007, 07:53 PM
aku ada nak jual boh gak.. rm25.. tapi harga leh koutim lagik.. jgn risau.... great A ...


aku takleh la nak pass kat sinie gambar...

nak tgk ambik tgk kat link aku..


http://blog.ameba.jp/user_images/0a/d6/10008043693_s.jpg

....
jgn kecoh2 ekk.. sinie2 dah la... =)

cehhhhhhhhhhhhhhhhhh mahai gila.. mcm cunn :)

dienbiz
14-02-2007, 07:55 PM
jangan salah faham bro, itu Law bukan UMNO yg punya,
itu undang2 dr Penjajah British, UMNO just jadi penguatkuasa utk British jek, kira mcm menurut perintah le, UMNO kan anak emas British. So, memang tak heran la kalau undang2 yang ada skang tak membela Umat Islam Melayu kita ni :o
Oooooo begitu, baru aku faham, jadi tak sama lah yer ;)

dienbiz
14-02-2007, 07:56 PM
iskk RM20 tu kira mahal le beb!!!

dulu2 zaman 90an nak BOHSIA mana ada kena bayar sesen pun,
kalau kita nak bayar gak servis dorang, sure dorang mengamuk2 punya. Coz dia taknak diri mereka dianggap seperti PELACUR kuikui :cool:

kira dah naik harga le tu, kenaikkan ni pun takde la menghairankan sgt pun, minyak pun dah mahal, nasib baik mat rempit tak payah bayar TOL, kalau tak aku rasa boleh cecah RM 50 tu dorang charge. RM 20 tu kira untuk duit minyak mat rempit tu gak le. :cool:
Macam kau pernah servis je...:D :D :D

syah99
14-02-2007, 08:06 PM
Macam kau pernah servis je...:D :D :D

kuikuikui terkena gak aku,
hehe walaupun dibesarkan dlm family yg susah,
Alhamdulillah pada yg Esa, aku tak terjebak dgn menda2 maksiat ni,
sikit pun tak ingin cuba walaupun peluang sering terbuka. :p
masih terpelihara dari Dosa2 besar, Insyallah takkan terjebak . :D

ajid
14-02-2007, 08:06 PM
emmmmmmmm makin ***** org skang yerr.....20 ringgit jer harga diri sekarang

syah99
14-02-2007, 08:11 PM
emmmmmmmm makin ***** org skang yerr.....20 ringgit jer harga diri sekarang

RM20 ke RM 2blas ratus juta ke,
yg penting maruah diri bukan utk dijual beli,
ntah le, nak salahkan sape pun tak tau le,
nak salahkan pihak ada Kuasa nnt dituduh kolot, extremis, jumud, menolak kemajuan. :p
nak salahkan Ibubapa, masing2 bz nak cari makan coz taraf hidup dah melambung Mahalnya :cool:

eusahawan
14-02-2007, 08:20 PM
moralnya .....

memasing jaga anak isteri, kakak adik ..... sepupu... sepapat ...
jangan dok ingat hyip je ....

:)

dienbiz
14-02-2007, 09:10 PM
moralnya .....

memasing jaga anak isteri, kakak adik ..... sepupu... sepapat ...
jangan dok ingat hyip je ....

:)
Kita jaga depan mata kita je, kat luar sana hanya dia saja yg tahu.

marvelous
14-02-2007, 09:18 PM
takut aku dengar :( ..takut bala yg akan menimpa umat akhir zaman nie:(

wan12345
14-02-2007, 10:47 PM
emmm..sedih muda dh mcm nie.....
apa dia org pikir x tau arr,,,,,
sedih aku yg jadi mcm kebanyakannya melaytu....

mantoya
15-02-2007, 01:25 PM
macam2 benda mengarut dah berlaku yg remajanya,yg pangkat neneknya...iskkkkk sedarkan dirimu wahai manusia

SedBen
24-02-2007, 07:33 PM
abis tu yg pempuan tu yg rela hati pehal plak kan..
lagi mau lepak dgn dorg lg ka..

budak
26-02-2007, 08:16 AM
pada aku sendiri,anak2 adalah tanggungjawab mak dan bapak diorang selagi diorang blom kawen.xkira la ape alasannyer..

yiemega
27-02-2007, 09:19 PM
bukan salah ibu mengandung tapi salah anak yang dikendong

gold2u
27-02-2007, 09:47 PM
bukan salah ibu mengandung tapi salah anak yang dikendong

Jangan salahkan bapak yang menyorong dah la.

faizfakhirin
14-03-2007, 02:29 PM
tak lama lagi mesti kena bala mcm indonesia...time tue baru la suh tutup seme disco...

westside
14-03-2007, 02:32 PM
abis tu yg pempuan tu yg rela hati pehal plak kan..
lagi mau lepak dgn dorg lg ka..

aku sokong tu...pompuan zaman skrg yg giler ba*ang..

nurazar
14-03-2007, 03:15 PM
aku sokong tu...pompuan zaman skrg yg giler ba*ang..

kalau giler kita antar g tanjong rambutan aje depa nieh....

azraneus
16-03-2007, 09:38 AM
a'ah betulla.. harga popuan bohsia tu = harga 2 ekor ayam kat pasar je.

RM20 boleh beli KFC mini bucket combo...Burppp!! Te he he..Kenyang siot...

viruse
16-03-2007, 10:15 AM
nak buat camana...zina ni adalah sesuatu perbuatan yg dosa besar dan sesuatu yg ENAK di makan.... Salunya benda yg HARAM ni, akan jadi lebih syok.

Dateline KIAMAT : Coming soon, mungkin esok, lusa tak pun sat lagi kot....

orkid87
13-04-2007, 01:51 PM
ape nk jadi ngn bdak2 skrg ni..........ak pn remaja gak x de nk buat bnda yg memalukan mak bapak..........hai korng-korng kat luar sane smpai ble nk jadi mcm ni.....................

desire
14-04-2007, 01:11 AM
Hukum HUDUD mesti dilaksanakan!!! Takbirrrrr....!!!

PopIsDead
14-04-2007, 01:43 AM
Hukum HUDUD mesti dilaksanakan!!! Takbirrrrr....!!!

ALLAHUAKBAR

AloHaa
14-04-2007, 02:04 AM
Budak zaman ni tak tahu malu...sapa yg pernah buat benda terkutuk tu,dialah org yg JIJIK,HINA...Jangan pandai2 nak marah.
apa.korang ingat seronok la buat benda haram tu?
TERKUTUK tau tak?
apa yg seronok sangat bbuat seks bebas?JIjik!
INGAT! ditakdirkan korang ni yg buat kerja setan ni ada anak bini keluarga nanti,tak malu ke diaorg tau apa korang pernah buat?atau pun korang memang nak diaorg ikut jejak JIJIK korang tu?
keJAHILAN korang ni lah yg meruntuhkan agama kita.org kafir tak kisahlah, mereka memang akan masuk neraka pun.
pernah dengar NERAKA?Tau kan dalamnya ada api besar tak tertanding yg akan hanguskan kulit kita yg berdosa ni. Tapi korang tak takut... sebab tak pernah tengok,kan? nanti korang rasa lah...tak payah tunggu neraka..panas matahari sekarang pun korang dah gelisah..
yg rasa badan cantik tu pakai la seksi,dedah sana sini...biar org jamah badan tu.takpe...masa api neraka hanguskan kulit tu nanti...tau lah apa korang rasa...aku doa..
harap korang insaf...walau aku tak cakap macam ulama..aku nak sedarkan korang...juga sedarkan diri ni..ingatlah TUHAN ni MAHA KUASA,MAHA AGUNG,MAHA BESAR..Dia dah beri secukupnya untuk kita bbersyukur,sujud, patuh kepada arahannya...tapi kita tetap ambil kesempatan...
dah bagus jadi islam,nak jadi kafir...tengoklah nanti..apa benda yg dapat tolong korang dengan perangai macam pelesit tu.sapa dapat tolong? Setan?Iblis?Hantu?Penyangak?Boypren?Kawan?

kenapa korang mesti menghina diri?Kita lahir dulu dah sedia dimuliakan tuhan kita..Insaflah saudara,sebelum korang mati.dah bungkus kain putih,YOU'LL LOSE EVERYTHING...

Wallahu Alam..
Ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah..

NEMO
14-04-2007, 02:45 AM
dah terdesak nak duit beli ganja la tuh

alonso
06-08-2012, 11:07 AM
harga sama lg ke RM20?

lambda123
06-08-2012, 11:11 AM
murah nyer harga bohsia.

nurhafiz88
06-08-2012, 11:14 AM
hudut jalan penyelesaiannya

Scorpions10
06-08-2012, 11:14 AM
harga sama lg ke RM20?

woii sanggup hg korek cite bersawang nih..bulan pose pun sangap gak ke.x insap2..:)):)):))

eday84
06-08-2012, 11:15 AM
Ni lah zaman akan dtang jadi korang pny pelapis
polis, bomba, guru, pemimpin, etc..

karchis
06-08-2012, 11:15 AM
da up sikit kot..rm80...klo nak massage..mhl sikit..

yazaedar
06-08-2012, 11:21 AM
harga sama lg ke RM20?

kaki korek....

alonso
06-08-2012, 11:35 AM
abis tu yg pempuan tu yg rela hati pehal plak kan..
lagi mau lepak dgn dorg lg ka..

sangap bro sangappp

benartzam
06-08-2012, 11:38 AM
kena bayar ke? bukan selalu free je. :D

amwatie
06-08-2012, 11:42 AM
jawapan yang paling tepat kembali kepada agama.depa nie jadi cam nie pasai x ada agama..........

hafizmdrahim
06-08-2012, 11:44 AM
macam ni punye perangai pun ade ke..hadui..rosak..rosak

azrulazman
06-08-2012, 11:44 AM
harga sama lg ke RM20?

RM 20 dpt 2 bungkus cheesy

husinlempoyang
06-08-2012, 11:48 AM
adeh... last week aku beli ayam besar punya kat pasar dpt rm19.. minah rempit ni rege mahal singgit jer dr rege ayam kat pasar...~X(~X(

suaji
06-08-2012, 11:51 AM
RM 20 dpt 2 bungkus cheesy

Ko blanje aku KFC pun sedap jgk tu.. :eek: :eek:

x smpai RM20 pun..
lg murah kan.. :)) :))

ataufik3
06-08-2012, 11:53 AM
hahaha.. nasib baik ade harga skrg nie.. :D

iskk RM20 tu kira mahal le beb!!!

dulu2 zaman 90an nak BOHSIA mana ada kena bayar sesen pun,
kalau kita nak bayar gak servis dorang, sure dorang mengamuk2 punya. Coz dia taknak diri mereka dianggap seperti PELACUR kuikui :cool:

kira dah naik harga le tu, kenaikkan ni pun takde la menghairankan sgt pun, minyak pun dah mahal, nasib baik mat rempit tak payah bayar TOL, kalau tak aku rasa boleh cecah RM 50 tu dorang charge. RM 20 tu kira untuk duit minyak mat rempit tu gak le. :cool:

amonre
06-08-2012, 11:56 AM
ni harga tahun 2007 rm20... tahun 2012 ni dah naik rm24.20 kot....gilerpunya lama crita ni korek balik...hahahaha

zerodecibal
06-08-2012, 11:57 AM
Malaysia yang kaya dgn citer2 sex.... Semua parti-parti politik kat malaysia ada citer/kes sex masing2. umno, pas, pkr, dap, mic, mca dll... Semua sama je. Masing2 ada skandal. Macam mana rakyat kt bawah nk clean dah yg kt atas mcm tu.contoh x baik bnyk sgt. Aib aib aib...

alonso
06-08-2012, 11:57 AM
RM 20 dpt 2 bungkus cheesy

wat sistem barter ok gak tuh:))

ivy_aku
06-08-2012, 05:46 PM
aik.. kambing lagi mahal.. ikan tenggiri sekilo pun mahal dari rege budak ni.. sian mak bapak die.. jauh2kan la anak aku terjebak dengan masalah camni.. amin

Dzoolhelmi
06-08-2012, 06:50 PM
murah tue

untung laaaa...

tupat
06-08-2012, 06:54 PM
sapa yg korek balik ni:)):))

potsmoker
06-08-2012, 06:58 PM
Murahnya.....

Lancelot
06-08-2012, 07:12 PM
20 ringgit je.. mana letaknya maruah anak2 perempuan bangsa kita sekarang ni

ceria28
06-08-2012, 09:17 PM
saper kaki korek ni

kansuman warrior
06-08-2012, 09:28 PM
-ibu bapa
-jiran tetangga
-ketua kampong
-JKK
-Polis
-Bomba
-Askar
-Tok Imam
-ADUN
-Ahli Parlimen
-Jabatan Agama
-PAS
-UMNO
-DAP
-PERKASA
-Last TPM & PM.....??????

qubs
06-08-2012, 10:10 PM
semoga kepangkal jln

achok
06-08-2012, 11:32 PM
murah gilarrrrr.... 5 tahun punya pon masih murah ka?

lol

puyol
06-08-2012, 11:48 PM
mat rempit cina ni. anak2 melayu semua dok berlumba mencipta kejayaan dunia akhirat.

-pojie-
06-08-2012, 11:49 PM
harga sama lg ke RM20?

ko rupenya yg korek..
hampeh tol...:eek: