PDA

View Full Version : PROJEK UPTOWN KLANG - Tapak Baru dan TERHAD

kimis0n
11-01-2010, 03:23 AM
http://img.photobucket.com/albums/v358/fatkimi/new_banner01copy.jpg

a,kum, ini aku just tolong member jer, aku pun dah ambik satu heheheh
jadi kepada member2 yang berada disekitar Klang dan Shah ALam leh cuba2 nasib kita disana... apa2 hubungi member aku si AJIP k.. atau kalau ada soalan leh reply sini jer hehehe

Projek UPTOWN Klang

Projek UPTOWN KLANG ini dibangunkan dipersekitaran yang mudah untuk dikujungi oleh orang ramai kerna ia terletak dipersimpangan yang menghubungkan SHAH ALAM, KLANG,KUALA SELANGOR dan BANTING. Satu Kilometer dari Pusat Bandar Klang dan 500 meter dari KLANG CENTRAL dimana lokasi ini akan dijadikan sebagai Pusat Bandar Klang yang baru pada 2012 kelak. Lokasi ini juga berhampiran dengan Kawasan Perumahan seperti Kawasan Perumahan Bukit Raja, Setia ALAM dan Bukit Jelutong. Dihubungkan dengan beberapa LALUAN UTAMA seperti NKVE, Lebuh Raya Selat Selatan dan Lebuh Raya Baru Selat Selatan. Projek yang diuruskan oleh DENAI ALAM MANAGEMENT & SOLUTION adalah hasil usahasama KERAJAAN NEGERI dan YAYASAN TEKUN NASIONAL.
Dengan Kerjasama TITIJAYA GROUP
Di sokong oleh AGRO BANK , FAMA dan TEKUN
Akan dibuka pada February 2010 dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Aktiviti dan Kemudahan

Live Band
Karaoke
Lcd Besar untuk Pengunjung Gerai Makan

Informasi

Projek UPTOWN KLANG dibangunkan dengan tujuan membantu Kerajaan mewujudkan lebih ramai Usahawan Bumiputera menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan di daerah KLANG dan kawasan sekitarnya. Dikendalikan oleh DENAI ALAM MANAGEMENT & SOLUTION sebagai pengurus projek dengan bantuan kerjasama pihak pemaju NPO DEVELOPMENT SDN.BHD (TITIJAYA GROUP) iaitu pemaju projek KLANG CENTRAL dan beberapa projek pembangunan di sekitar kawasan KLANG. Projek ini juga mendapat sokongan pihak FAMA, AGROBANK dan YAYASAN TEKUN NASIONAL sebagai agensi kerajaan yang terlibat dalam memberi bantuan DANA PINJAMAN MODAL. Peniaga yang layak akan diberi bantuan MODAL pinjaman diantara RM5,000.00 hingga RM10,000.00. Pemohonan pinjaman dibuat melalui Pengurus Projek iaitu DENAI ALAM MANAGEMENT & SOLUTION.
Kadar sewaan tapak terbuka ditawarkan serendah RM10.00 sehari, manakala gerai berbumbung RM15.00 sehari.

GERAI DAN TAPAK NIAGA YANG DISEWAKAN:

1. 67 unit - Tapak Uptown Terbuka (10 kaki x 10 kaki) : RM300.00 sebulan
2. 67 unit -Tapak Pasar Tani Terbuka (10 kaki x 10 kaki) : diuru oleh FAMA
3. 6 unit -Gerai Uptown Berbumbung(kekal) : RM450.00 sebulan
4. 9 unit -Gerai Makanan dan Minuman Berbumbung(kekal) : RM550.00 sebulan

Waktu Berniaga

1. Tapak Uptown - Setiap Hari Bermula Jam 6 petang ~ 3 pagi
2. Tapak Pasar Tani - Setiap Hari Sabtu dan Ahad Bermula Jam 7pagi~12tghari
3. FoodCourt – Setiap Hari Bermula Jam 7pagi ~ 3pagi

Kemudahan Yang Disediakan

1. 50 unit Stor Simpanan Barang (6kaki x 4kaki) : RM50.00 sebulan
2. Kemudahan Elektrik 1 socket setiap tapak : RM20.00(tapak)RM50.00(GERAI)
3. Penjagaan dan Kawalan Keselamatan 24jam
4. Kontrakor Pembersihan Kawasan
5. Aktiviti dan Acara serta Promosi Berterusan (Karaoke dan Live Band)

Syarat Asas Penyewa

1. Tempahan RM100.00 diserapkan dalam deposit sewa (Pulangan 50% dari tempahan jika batal)
2. Bayaran Deposit (2+1) Dibayar semasa tandatangan Perjanjian Sewaan
3. Notis Menamatkan Sewaan adalah 1 Bulan
4. Denda terhadapa Perniaga yang Tidak Aktif/Tutup Melebihi 7 hari – RM5.00 sehari
5. Pulangan Deposit - Penolakan akan dibuat jika terdapat sebarang Tunggakan atau denda
6. Lain-lain syarat tertakluk didalam perjanjian

Tapak Adalah Terhad, jika berminat boleh menghubungi :

Saudara Ajip ditalian 0172694414 untuk sebarang keterangan lanjut atau terus berjumpa beliau di Pejabat Operasi yang terletak Di Shah Alam.

Alamat dan Number Denai Alam
4g-4b tingkat bawah blok 4
pusat daerah (sebelah pasar) seksyen 6,
40000 Shah Alam
03-55129908

http://img.photobucket.com/albums/v358/fatkimi/map.jpg
http://img.photobucket.com/albums/v358/fatkimi/map2.jpg
http://img.photobucket.com/albums/v358/fatkimi/lokasisusunaturtapak.jpg

http://img.photobucket.com/albums/v358/fatkimi/foodcourt_a1.jpg
http://img.photobucket.com/albums/v358/fatkimi/foodcourt2.jpg
http://img.photobucket.com/albums/v358/fatkimi/all-2.jpg

fix90
11-01-2010, 03:27 AM
lokasinya dekat area mana ek? saya duk dekat2 ngan situ..

dr_zool
11-01-2010, 03:27 AM
ktne ni ek bro?
tepek sket pic.
ak duk meru

kimis0n
11-01-2010, 03:45 AM
tu atas tu ada kat map... DEKAT JALAN MERU

TAMAN SERI PEKAN... hehehehe.... mari kita berniaga... hahaha

yg UPTOWN lama Bawah kelolaan Arwah Dato Z dan tutup... so ini lokasi lagi ok

dulu kat pandamaran semua pun sesat gak nak gisana

jadi skrg kita cari kastemer org shah alam la... dekat acces dia uitm baru nak bukat kat setia alam pun dekat.... tapak berhampiran sini dgr nak buat JUSCO baru

sokia
11-01-2010, 04:04 AM
BANYAK2 uptown..uptown damansara dlu yg power....rindu la

kimis0n
11-01-2010, 04:12 AM
kira skrg ni uptown klang ni macam damansara dulu... tgh2 di foodcourt dan sekeliling dia adalah uptown org niaga.... esok aku tangkap gambar lokasi yang di war2 kan hahahaha

ni kira menghidupkan kembali la ni susana uptown lama hahahah

nashburn
11-01-2010, 04:17 AM
uptown damansara yg skang tak best langsung

kimis0n
11-01-2010, 04:21 AM
biasa la skrg semua bawah bumbung hahaha... ada karaoke lak tu heheheh

so kepada sesiapa yang leh bantu , sebar2 kan la kat meber2 ek..

sebab next mth nak start dah mungkin tgh atau hujung bulan tapi tetap february hehheehe..

aku dah booking satu tapak yg permenent lot... heheheehehe

kimis0n
11-01-2010, 01:28 PM
update untuk uptown klang

blink_182
11-01-2010, 01:28 PM
best ni

huhuhuhu....

aku jd supplier jc n jacket la

n baju polo club

hehehehhe

kimis0n
11-01-2010, 01:44 PM
tu la meh la kita meriahkan UPTOWn Klang... kalau ada member nak join khabar2 la yer... Feb nak bukak ni uuuhuhuh

MrLey
11-01-2010, 01:57 PM
Wahh...den nak jugok...

kimis0n
11-01-2010, 02:20 PM
call je member gua tu... gua ingat nak mintak dia dlm 2 bulan pertama ada diskaun half ker.. sebab baru mula kan takut org tak ramai hehhehehee

mari la kita meramaikan nya

kimis0n
11-01-2010, 04:07 PM
mari2 uptown klang bakal dibuka... cepat2

adil2604
11-01-2010, 04:13 PM
awl2 buka mesti meriah punyer..
lama sunyi tu biasa lar...

blink_182
11-01-2010, 04:21 PM
nk bukak kedai mkn

aku leh cari org tlg masakkan

nak bundle aku leh supply

nak jc aku leh supply

wakakakka

steven_jb2003
11-01-2010, 04:22 PM
jip...... jap lagi rozen akan tel....

didi osaka
11-01-2010, 04:26 PM
nak bukak kedai makan dgn sewa satu tapak jual tudung etc
mcm mana nak apply ni pakcik..orang kelang gak ni

alonso
11-01-2010, 04:31 PM
aku nak bukak kedai jual baju longok2 rm10..:))

kimis0n
11-01-2010, 04:40 PM
hahaha call member aku tu kata dari carigold... nanti dia kasi tau detail lagi untuk isi borang... yg ori ada kat aku tapi tak tau cam ner nak pass kat korang... aku bukak kedai accessory jer hahahahah

didi osaka
11-01-2010, 04:59 PM
iye ke? bila mula uptown ni?

kimis0n
11-01-2010, 05:18 PM
february depan mula mungkin tengah atau hujung bulan.... ni memang tapak dah siap hehehe.... nanti esok aku kuar amik gambar tmpt tu... harini ader keje sikit hehehhe

kimis0n
11-01-2010, 05:19 PM
didi ko call jer member aku nanti dia arrange kan cakap dari carigold

hehehe senang jer.... kita orang klang senang jumpa...

blink_182
11-01-2010, 05:25 PM
aku nak bukak kedai jual baju longok2 rm10..:))

ko nak jual baju longgok2 rm5 sehelai pun x heran

tapi kalo sekali basuh...baju tu terus hancur wat pew...

:eek::eek::eek::eek::eek:

kimis0n
11-01-2010, 09:10 PM
orang ckp jual aper pun kat uptown ni ok jer,..... sure ada yg beli

Q-pid
11-01-2010, 09:26 PM
orang ckp jual aper pun kat uptown ni ok jer,..... sure ada yg beli

yeker...bermonat nih...

nk kene call ajip tu je la eh...
btw, cek PM box bro:):)

kimis0n
11-01-2010, 09:31 PM
okok just call member aku tu ... malam ni katanya dia gi round uptown sekitar hantar flyers ....

Viere
11-01-2010, 09:32 PM
dekat taman tu. tak ganggu ke nnt? pencemaran makin byk

wantrader82
11-01-2010, 09:33 PM
jual barang2 dari thailand ok tak?

kimis0n
11-01-2010, 09:53 PM
taman tu belakang dia kat depan kawasan taman tu
kira diaorg buat foodcourt nyer tempat

kimis0n
12-01-2010, 01:35 PM
kasi up sikit promo ni hehehehe

janjua
12-01-2010, 01:56 PM
err betul ke boleh atur kan pinjaman.Kalau betul bagus tu...!

janjua
12-01-2010, 02:01 PM
kasi up sikit promo ni hehehehe

ekau nak kasi up ke atau kau dapat 25%(tuan penasihat) the he he.. jangan marah..:D

zeeraLiLy
12-01-2010, 02:08 PM
makin hr makin maju kawasan umah ak ni...

bile nk wt shopng complex besa? leh bukak 1 cinema + bowling

pusat equastrian ke? kelab golf?

cyberiz
12-01-2010, 02:22 PM
brapa sewa + deposit utk permulaan ni?
kdg2 org berebut ambik, tp bila dah start..x dpt sambutan..
kot nanti byr sewa lebih mahal dr untung...
aku dah kena dah.... tapak tepi jln sebelah tmn perumahan..
skali bila on jer uptown...x dpt sambutan, rugi lg ada laa...

kimis0n
12-01-2010, 02:44 PM
so kawasan ni merupakan tapak yang akan dijadikan kawasan pusat bandar klang yang baru, dimana sekitar pembangunan akan dinaikan JUSCO dan UITM baru disini, kesemua pentadbiran akan diubah kesini, perancangan sama seperti MELAKA CENTRAL dimana dulu pusat hentian terletak di PLAZA HANGTUAH, tapi bila MELAKA CENTRAL diubah dgn automatik kesemua bangunan penting naik sperti tesco dan giant berhampirannya..

jadi cara yg nak diapply sama je macam strategi MELAKA... klang dah ubah bus station dia di KLANG CENTRAL cuma skrg nak cetralize jer... semua dalam proses....

jadi lokasi ni memang agak strategik dimana acces senang oleh semua dari shah alam dan kawasan lain yg tak ada uptown

kimis0n
12-01-2010, 02:45 PM
brapa sewa + deposit utk permulaan ni?
kdg2 org berebut ambik, tp bila dah start..x dpt sambutan..
kot nanti byr sewa lebih mahal dr untung...
aku dah kena dah.... tapak tepi jln sebelah tmn perumahan..
skali bila on jer uptown...x dpt sambutan, rugi lg ada laa...

bro, dulu kat kat mana bro???

hmmm aku tak dpt komesen ler, aku ni member aku yg buat... bpk dia jadi management kat situ aku just up jer hehehhee

kalau ada tapak dia nak aksi aku free aku amik la hahaha

sebab aku sendiri pun dah amik satu tapak....

kimis0n
12-01-2010, 02:47 PM
makin hr makin maju kawasan umah ak ni...

bile nk wt shopng complex besa? leh bukak 1 cinema + bowling

pusat equastrian ke? kelab golf?

hahaha cuba lihat kenapa kawasan perumahan bukit raja depan dia tanah kosong, sedangkan belakang rumah semua dah siap... meaning ada projek besar nak buat la tu sebab tu dia biar kawasan depan tepi jalan tu kosong sebab nak naik JUSCO haahahaa

ada la bowling ngan cinema hahhaha tak yah gi bukit raja lagi

kimis0n
12-01-2010, 02:49 PM
err betul ke boleh atur kan pinjaman.Kalau betul bagus tu...!

pasal pinjaman ni so far ada link la ngan org dalam mean proses senang la nak lulus, sebab bila dah ada tapak mean semua peniaga layak, sebab syarat utama dia kita mesti ada tapak perniagaan utk apply...

insyallah memang boleh dapat.... jgn ada blacklist rekod ngan tekun dah la

Heart^BeE
12-01-2010, 03:39 PM
aku perlukan no. fon opis or alamat opis denai ni boleh tak??

didi osaka
12-01-2010, 03:45 PM
takde ke dia mcm mara...bagi diskaun 1st year..2nd year..3rd year
barulah ngancam..buatnya jadi mcm uptown pandamaran dulu..matila ihih
tapi kalo nak bisnes kena cube dan brani gagalkan? ihihihih
nanti didi call kawan encik erk..

Heart^BeE
12-01-2010, 04:10 PM
alamak ilang pulak TT ni..

Prada
12-01-2010, 04:20 PM
ye la TT tak bagi full alamat dia...nak gak tengok kawasan tu dulu....lagi satu pasal loan, ape kelayakkan dia.....

kimis0n
12-01-2010, 04:22 PM
Jap jap aku kat luar ni hehehe .... Ni pon guna iphone hahha.... Gi amik bini balik kerja hahahha.. Jap aku update no opis ngan alamat... Sekali gambar baru, tadi baru amik ni

janjua
12-01-2010, 04:34 PM
pasal pinjaman ni so far ada link la ngan org dalam mean proses senang la nak lulus, sebab bila dah ada tapak mean semua peniaga layak, sebab syarat utama dia kita mesti ada tapak perniagaan utk apply...

insyallah memang boleh dapat.... jgn ada blacklist rekod ngan tekun dah la

Saya tak ada masalah dengan tekun, sebab tak pernah pinjam.Tapi ada masalah blacklist dengan bank sebab jadi penjamin, macam mana tuh?

Prada
12-01-2010, 04:36 PM
Jap jap aku kat luar ni hehehe .... Ni pon guna iphone hahha.... Gi amik bini balik kerja hahahha.. Jap aku update no opis ngan alamat... Sekali gambar baru, tadi baru amik ni

ammak....cantekk ar tu...tq TT..

MultiSpanar
12-01-2010, 05:04 PM
Nak jual spanar kat uptown la..

kimis0n
12-01-2010, 05:05 PM
dah update... gambar ngan alamat.. jap gi add lagi gambar... hehehe

tgk kat 1st page ek

kimis0n
12-01-2010, 08:48 PM
dah masukkan gambar baru dan contact Denai Alam... thks

kimis0n
13-01-2010, 03:19 PM
up up awayyyy.... terima kasih kepada yg menghubungi si ajip tu...

jadi dia akan uruskan perjumpaan di offis utk memilih tapak anda

En Ajib=uptown klang
14-01-2010, 02:12 AM
Cepat kolll saya untuk tempahan up town klang sementara masih ada

328i
14-01-2010, 11:16 AM
apasal koll x dpt arini bro..

kimis0n
14-01-2010, 02:38 PM
dia off kot tgh meeting ngan mpk tu hahhahaa

Dkgr@y
14-01-2010, 02:41 PM
uptown damansara yg skang tak best langsung

tu la pasalnye..asal r jdi camtu#:-S

kimis0n
14-01-2010, 05:48 PM
sebab dia nyer konsep tak sama mcm uptown lama.... open air... hehhehe

Prada
14-01-2010, 10:03 PM
tu la pasalnye..asal r jdi camtu#:-S

takut gak terjadi sama kat klang nih nanti....dari gambar2 tu tempat tu betul2 baru yek...opis pun tak banyak....tak sabar nak gi usha tempat tu.....

cyberiz
15-01-2010, 08:39 AM
khemah bwk sendri ke atau dah disediakn?

MultiSpanar
15-01-2010, 09:18 AM
Uptown dkt danau Kota tu aper cerit? Penah gi sekali, tak meriah jugak. Tak macam Uptown lama. Bro, aku nak jual spanar perangkoh serbaguna + produk kecantikan boleh? ni cth gmbrnya.

http://i708.photobucket.com/albums/ww90/kedaineka/PIC_1026.jpg

http://i708.photobucket.com/albums/ww90/kedaineka/PIC_1117.jpg

http://kedaineka2u.blogspot.com
nidjustice@yahoo.com.my
0123126478

lady_silver
15-01-2010, 02:34 PM
alamak...call tak jawab plak en.ajip ni...tapak masih ada lagi ker dah abis?

janjua
15-01-2010, 03:28 PM
esok hari sabtu, ingat nak tengok dulu tempat tuh.Baru sedap nak nak buat keputusan.

kimis0n
15-01-2010, 06:04 PM
hahhahaa.... si ajip ni dua tiga hari ni byk call dia ckp hhahaahh

so battery phone dia ni asyik kong jer.... aper2 kalau nak tanya msg atau pm aku jer

kalau nak tahu apa2 pm jer...

khemah pihak pengurusan sediakan .... just bwk brg pastu niaga jer

dgr kata ajip ada kat opis ahad dan isnin ni kalau nak ke opis dia...

dia tunggu korang dtg bwk tgk tempat atau tempah tapak... sabtu ni dia meeting lagi hehehehe

kimis0n
15-01-2010, 06:06 PM
takut gak terjadi sama kat klang nih nanti....dari gambar2 tu tempat tu betul2 baru yek...opis pun tak banyak....tak sabar nak gi usha tempat tu.....

kawasan ni opis tak byk lagi ... ni kawasan baru hahaha

lokasi menarik gak dari tinjaun aku

jutaONEfami
15-01-2010, 06:16 PM
hahhahaa.... si ajip ni dua tiga hari ni byk call dia ckp hhahaahh

so battery phone dia ni asyik kong jer.... aper2 kalau nak tanya msg atau pm aku jer

kalau nak tahu apa2 pm jer...

khemah pihak pengurusan sediakan .... just bwk brg pastu niaga jer

dgr kata ajip ada kat opis ahad dan isnin ni kalau nak ke opis dia...

dia tunggu korang dtg bwk tgk tempat atau tempah tapak... sabtu ni dia meeting lagi hehehehe

aku dah anta spy g survey site and potensi kawasan ni..:D

marketing and promotion mmg x buat lagi ke? coz kata opening february..then kat area tuh ada shop office yg dah lama belum operasi kan..aku rasa kalau bulan depan nak launch sekarang dah kena byk banner/bunting kiri kanan jalan..marketing kena kaw2 ni baru boleh on..

maybe TT boleh kasi clear sket..tempat baru mcm ni kalau nak lagi gempak kasi jer free sewa sebulan..confirm seminggu jer penuh tapak..then bila dah penuh baru kutip deposit..keluar modal dulu kasi promote abis2 tempat ni..aku jamin penuh la:D

kalau nak tggu semua byr deposit then baru nak marketing aku rasa 2-3 bulan burn mcm tuh jer..serius ni base on exp aku yg dah meniaga sejak zaman kanak2 lagi..

aku ada dpt kedai majlis kat kedah..sewa free selagi tempat belum maju. marketing semua ditanggung..

Heart^BeE
15-01-2010, 10:47 PM

aku stuju sgt dgn pendapat tuan ni.. lagi2 yg aku highlight merah tu.. :)

kite sama2 nk carik makan, takmo la rugi kan.. win-win situation.. hehehe..

klu port ok n strategik.. aku takkan teragak2 nk bisnes kat situ gak.. :)

Heart^BeE
15-01-2010, 10:49 PM
esok hari sabtu, ingat nak tengok dulu tempat tuh.Baru sedap nak nak buat keputusan.

cun tu.. nanti kasi la komen skit kat thread ni ye.. aku pn ingt nak g usha tp skang ni masa membataskan le.. leh tahan jauh lak tu.. adeh

kimis0n
16-01-2010, 02:07 AM
hhahhaaa.. dah update dah banner ..... ahad dan isnin silalah ke opis di shah alam untuk tempahan tapak ek.....

psycotraderz
16-01-2010, 02:49 AM
soalan ni TT....:)

1]kena pkai lesen MPK x..?
2]byk lg tmpt kosong x..?[tlg update tmpt yg masih kosong senang nk pilih]

kena setup awal coz masa tggl bape mggu jer lg...tkut xsempat..:)

kimis0n
16-01-2010, 02:52 AM
yer yer... call ajip bro, rasa ada lagi, ahad dan senin gi opis pilih tapak bayar rm100 je booking tapak..

kalau taknak kita pulang duit balik separuh dari rm100 tu...

insyallah, ajip ckp lepas tapak yg dibooking penuh, kita terus buat pembersihan kawsan, dan perkara2 penting.. lepas tu akan ada brefing lak..

dalam 1 minggu lepas tapak penuh.. ok

peja510
16-01-2010, 07:55 AM
salam bro
tapak dah penuh ke ye?

den4ex
16-01-2010, 11:16 AM
Aku dh pergi site visit smlm..Soklan aku :

1) kenapa xde langsung banner /iklan promo uptown ni lagi?
2) Kawasan2 sekitar iaitu tapak utk berniaga masih semak & kenapa xbersihkan lg?
3) Live band nnt nk wat stage kat mana?
4) Kedai2 sekitar tapak mcm xde org berniaga lg jer..aku smpi kul 4pm nampak byk kedai tutp jer...xramai ker yg dtg?

Aku just wonder la sbb kata nk start operasi feb ni..tp nampak mcm kureng promosi jer...malah aku ada tanya bdk2 kat sekitar tu pun dioarg xtau pun mana uptown klg...hehe...minta TT komen sket...

Ni antara gmbr2 yg aku g smlm..tq!

http://farm5.static.flickr.com/4025/4277391205_62cf00b6d1_o.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2743/4277391419_ec8eb620aa_o.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2786/4277391891_7719050e80_o.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2731/4277403327_fbc03b3a37_o.jpg

328i
16-01-2010, 11:38 AM
apa pendapat korang niaga kat area ni,,,,
ada potensi tak utk pegi jauh........
minta pendapat ramai,,,
atau sebarang komplen...

peja510
16-01-2010, 01:06 PM
ingat nak amik satu temapt
tapi takut lak kalau amik bisnes xjalan
hhuuuhu

kimis0n
16-01-2010, 01:50 PM
Aku dh pergi site visit smlm..Soklan aku :

1) kenapa xde langsung banner /iklan promo uptown ni lagi?
2) Kawasan2 sekitar iaitu tapak utk berniaga masih semak & kenapa xbersihkan lg?
3) Live band nnt nk wat stage kat mana?
4) Kedai2 sekitar tapak mcm xde org berniaga lg jer..aku smpi kul 4pm nampak byk kedai tutp jer...xramai ker yg dtg?

Aku just wonder la sbb kata nk start operasi feb ni..tp nampak mcm kureng promosi jer...malah aku ada tanya bdk2 kat sekitar tu pun dioarg xtau pun mana uptown klg...hehe...minta TT komen sket...

Ni antara gmbr2 yg aku g smlm..tq!

http://farm5.static.flickr.com/4025/4277391205_62cf00b6d1_o.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2743/4277391419_ec8eb620aa_o.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2786/4277391891_7719050e80_o.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2731/4277403327_fbc03b3a37_o.jpg

ok jawapan untuk soalan saudara

buat masa skrg pihak pengurusan sedang memenuhkan tapak2 uptown seperti dalam plan diatas... selepas kesemua tapak penuh.. pihak pengurusan terus membuat pembersihan kawsan dan memecah sebuah bangunan pejabat ditingkat satu sebagai pentas untuk live band yg terletak berhadapan foodcourt..

promosi dibuat awal february sebabnya perasmian akan dibuat pada hujung february jadi semua banner dan iklang akan bermula february seperti iklan surat khabar dan radio... baner sekitar klang menuju ke tapak uptown

kawasan ni kawsan baru memang terbiar tapi dalam minggu terakhir januari semua akan bermula... jadi jarak dari sekarng hingga perlancaran ada hampir 1bulan setengah... rasanya semuanya sudah cukup sedia hingga saat itu...

minggu ini cari perniaga, next week confermkan tapak2 yg diambil peniaga, penuhkan dan awal february mula promosi dan pembersihan dan pengubahsuai... 2nd week penyusunan peniaga dan peniaga dah boleh masuk untuk pengubahsian tapak berniaga mereka (untuk F&B and Permenant Stall).. 3rd week february persiapan sebelum perlancaran pada akhir february

jutaONEfami
16-01-2010, 02:03 PM

sewa start kira bulan berapa TT?kalau ikut schedule tuh february mmg x boleh bisnes lagi byk keje nak buat setup etc..

kimis0n
16-01-2010, 02:32 PM
berniaga start bila dah buat soft launching heehehehe

camtu ar...

kira skrg ni nak buat lawa2 pun kena ada peniaga dulu...

jadi konperm je peniaga penuh terus run benda2 lain camtu ar...

aku ada sarankan pada pengurusan... bulan pertama free hehehee

maksudnya bulan 3@Mac free sewa... tapi pada peniaga yg tempah pastu byr deposit la.....

insyallah promosi dijamin ..... terima kasih

den4ex
16-01-2010, 02:38 PM
ok jawapan untuk soalan saudara

buat masa skrg pihak pengurusan sedang memenuhkan tapak2 uptown seperti dalam plan diatas... selepas kesemua tapak penuh.. pihak pengurusan terus membuat pembersihan kawsan dan memecah sebuah bangunan pejabat ditingkat satu sebagai pentas untuk live band yg terletak berhadapan foodcourt..

promosi dibuat awal february sebabnya perasmian akan dibuat pada hujung february jadi semua banner dan iklang akan bermula february seperti iklan surat khabar dan radio... baner sekitar klang menuju ke tapak uptown

kawasan ni kawsan baru memang terbiar tapi dalam minggu terakhir januari semua akan bermula... jadi jarak dari sekarng hingga perlancaran ada hampir 1bulan setengah... rasanya semuanya sudah cukup sedia hingga saat itu...

minggu ini cari perniaga, next week confermkan tapak2 yg diambil peniaga, penuhkan dan awal february mula promosi dan pembersihan dan pengubahsuai... 2nd week penyusunan peniaga dan peniaga dah boleh masuk untuk pengubahsian tapak berniaga mereka (untuk F&B and Permenant Stall).. 3rd week february persiapan sebelum perlancaran pada akhir february

ok..terima kasih atas penjelasan..tp cadangan aku cuma percepatkan & rancakkan promosi uptown ni awal sket..xperlu tgg bln depan..skg pun dh bole start..gantung jer banner dulu..at least kat depan pintu masuk uptown tu dulu...lagi cepat promosi lg ramai yg tahu..just my 2 cents!..tq!:)cgrock

den4ex
16-01-2010, 03:04 PM
berniaga start bila dah buat soft launching heehehehe

camtu ar...

kira skrg ni nak buat lawa2 pun kena ada peniaga dulu...

jadi konperm je peniaga penuh terus run benda2 lain camtu ar...

aku ada sarankan pada pengurusan... bulan pertama free hehehee

maksudnya bulan 3@Mac free sewa... tapi pada peniaga yg tempah pastu byr deposit la.....

insyallah promosi dijamin ..... terima kasih

org xtgk lawa ke xlawa bro..yang penting potensi org dtg mengunjung & promosi yg di laksanakan secara "kaw kaw" bro..tang sewa free next month tu aku sokong..:):)cgrock

kimis0n
16-01-2010, 03:16 PM
maksud aku bukan lawa dari segi tu, mean semua perjalanan ikut peringkat..

minggu ni je kita baru advertise utk peniaga so next step dia confermkan tapak dan penuhkan ruang niaga hehhehehe

jadi ikut perjlanan rancangan dia org la camtu la lebih kurang

nanti jadi camni la banner tu hhahahahaa

http://img.photobucket.com/albums/v358/fatkimi/banner.jpg

jutaONEfami
16-01-2010, 03:17 PM
org xtgk lawa ke xlawa bro..yang penting potensi org dtg mengunjung & promosi yg di laksanakan secara "kaw kaw" bro..tang sewa free next month tu aku sokong..:):)cgrock

hehehe free sewa bulan Mac dah menarik tuh..boleh bw ke dalam perbincangan group SP zon tengah KEMEJA jutaONEfami:D

ape2 pun promosi kaw2 sgt penting dalam menentukan hala tuju kejayaan uptown ni:)

kimis0n
16-01-2010, 03:30 PM
Baru call sinar untuk tujuan pengiklanan di kawasan Klang hehehe...

Metro kena tunggu senin lak hehhee... insyallah kalau ada usaha situ ada jaya

mr_kenji
16-01-2010, 03:42 PM
good...aku pon nak bisnes jugak...hehe..

Prada
16-01-2010, 08:00 PM
stage untuk band and karaoke tu kat mana nanti??....off topic jap..parojek ni macam sama lak macam kat shah alam sec 13 tu, tapi bukan uptown la kat 13 tu, cuma foodcourt jer,open dia siap panggil artis datang nyanyi,orang shah alam tau la kot, ada screen besar gak, tapi stage n karaoke takde la lagi, open malam sampai pagi gak....lama terbengkalai projek kat 13 tu, buka sekejap je,tu pun tak penuh peniaga,da kene tutup, siap masuk paper sebab tak lulus CF kalau tak silap.....sekarang ni baru lulus kot, aku tengok da ada orang renovate.....

kimis0n
16-01-2010, 09:14 PM
nanti esok aku tangkap gambar bangunan yg akan dijadikan stage tu... situkan ada byk rumah kedai double stori... esok ar

kimis0n
17-01-2010, 02:58 AM
hari ni adalah sabtu

hari bertemu peniaga semua... jgn lupa yer

ajringgo
18-01-2010, 11:18 PM
hai
aku dengar tapak uptoun hampir nak penuh.betul ke?sampai ada yang tempah tapak 3 lot sekali...GILE GEMPAK UPTOWN KLANG......NI YANG AKU NAK PEGI TEMPAH TAPAK western food ada lagitak?

aku dengar tomyam,kfc,ice blended,char kuew teaw,noodle ,nasi ayam,nasi belauk melayu,....wwwaaaa

cyberiz
18-01-2010, 11:59 PM

uiks... excited semcm jer ni... bru 1st posting lak tu... nice try bro

kimis0n
19-01-2010, 05:28 PM
hahaa tah ler ni mesti member aku ni hahahaa

so far alhamdullialh.. ada permintaan.... dan foodcourt dah penuh tapak uptown dah 20 tapak yg dah masuk

jap gi aku tanya member aku detail tapak yg penuh aku update kat depan map nanti k

riz_gecko
19-01-2010, 05:35 PM
aku da pg tmpt 2..tapi tempat dia cam sempit la..foodcourt die kecik sgt..n tempat dia cam tersorok..

jutaONEfami
19-01-2010, 05:36 PM
hai
aku dengar tapak uptoun hampir nak penuh.betul ke?sampai ada yang tempah tapak 3 lot sekali...GILE GEMPAK UPTOWN KLANG......NI YANG AKU NAK PEGI TEMPAH TAPAK western food ada lagitak?

aku dengar tomyam,kfc,ice blended,char kuew teaw,noodle ,nasi ayam,nasi belauk melayu,....wwwaaaa

wooo ni boleh buat aku rasa nak sapu 6 lot terus..:D
melampau punya excited:p

kfc pun ada ke?:-?

328i
19-01-2010, 05:48 PM
relak la bro.....
aku dah tanye dah pasal KFC tuh,,,huhu
KELANTAN FRIED CHICKEN,,,,,,,

kimis0n
19-01-2010, 06:04 PM
ko ckp je UPTOWN kalau tersorok mana pun orang pergi.. tapi dia ni dekat dgn lalauan utama.... sempit tu nak ckp mungkin tapi foodcourt dia berkonsep la ala2 uptown lama....

ehehhe memang betul ada brother tu amik 3 tapak foodcourt untuk pakcik dan sedara dia sekali....

yg jual baju byk gak dtg, permenant stall dan amik satu lagi tapak uptown lagi..

so far menggalakkan la....

kimis0n
19-01-2010, 06:05 PM
kita kat sini foodcourt masukkan makanan yg pelbagai secara amannya takda yang sama, skrg tgh cari steamboat jer nak masukkan , menu yg ada kat sini berbeza la kiranya, ada KFC, hehe ada TOMYAM ada Western ada Steamboat ada Mee Jawa Klang, ada pa lagi ek... meriah la... hahahha

kimis0n
20-01-2010, 04:21 PM
up up away ...

blink_182
20-01-2010, 06:49 PM
nak jual jersi

leh order dgn aku

pomot sikit

hehehehehe

nk 100/200 helai blh je

kimis0n
22-01-2010, 02:05 AM
up up away lagi.... bro ker yang tadi dtg shah alam... sebab ajib ckp ada brother jual jersy amik permenant stall ngan tapak jual makanan gak hehehe

didi osaka
22-01-2010, 11:03 AM
food court tuh ada lagi kan?

ajringgo
24-01-2010, 03:19 PM
jom ramaikan up town klang.....

kalau berminat calll ajib

kadai makan dah penuh ..besok ada orang nak booking sate....

minggu depan ada kat surat khabar metro untuk promotion

sape berminat nak beniaga barang2 mcm pakaian, bundle topi ,bang taganjam minyak wangi, tak pun beniaga urut kaki hehe..... di galakkan

nak maklumat lanjut datg je ofis sahah alam seksyen 6 kat sebelah pasar besar seksyen 6.... call 0172694414

kimis0n
01-02-2010, 04:28 PM
update untuk iklan di METRO pada Sabtu Ahad san Hari ini terakhir di ISNIN untuk PROJEK UPTOWN KLANG

peja510
04-02-2010, 01:44 PM
tapak ni msih ada lagi ke?

airsejuk
23-02-2010, 01:19 AM
aku selalu gak terjah uptown ni, danau kota,serdang,puchong,shah alam,tapak kat worlwide seksyen 13, hasil pengalaman peniaga rambo cam aku ni : biasanya Jumaat mlm sabtu n sabtu mlm ahad jer tempat2 ni ramai pengunjung,hari biasa tu normal la..
ada gak beberapa tempat yg sekarang ni memerlukan suntikan semangat yg aku rasa dah hilang cam serdang & Puchong
nasihat aku kat bakal peniaga : kuatkan semangat
nasihat aku kat penganjur : kuatkan promosi
kengkadang tu kesian tgk peniaga2 kat uptown yg dah bayar deposit agak tinggi. tapi sale kurang..

airsejuk
23-02-2010, 01:47 AM
cadangan aku kat penganjur ( kalau betul lah katanya nak tolong usahawan bumiputera = Melayu)
peringkat permulaan jangan ambil kesempatan kat peniaga2 yg baru berjinak2 nak berniaga, nanti kelak anda akan memusnahkan semangat juangniaga mereka kalau projek gagal, sebab hasil pengalaman saya, bila sebut UPtown berebut2 org amik petak,bayar deposit takut takdapat tapak.. masuk bulan ketiga bila pengunjung kurang, maka sorang demi sorang akan mengangkat kaki dan akhirnya penganjur gak yg kena tiaw..memang sekarang ni penganjur tak kisah sebab dah ramai yg bayau tapak dah tapi percayalah.. kebanyakan uptown yg sengsara skrg ni berpunca daripada sewa mahal + kurang pengunjung ..
so cadangan saya untuk MMEMBANTU usahawan Melayu :
Tapak Open
Pendaftaran: rm50 (no refund)
Sewa harian : rm5(genset sendiri)@ rm8(letrik supply)
Tapak Covered Am
Pendaftaran :rm100
sewa bulanan:rm250 - (tak payah 2+1)
Food Court
Pendaftaran : rm150
sewa bulanan: rm300 ( pun tak payah 2+1)

tunggu la kalau dah pack dengan pengunjung nanti kasi up la sikit sewa tu coz kalau peniaga dah dapat sale satu malam cecah rm300-400 takkan la depa tak mampu bayaq sewa lebih kot (win win)

amacam penganjur?? ada bran??
satu lagi:
sabtu malam ahad bukan ke ada pasar malam panjang gila kat tesco tu..

tsp
05-03-2010, 03:07 PM
att penganjur uptown klg...
Saya nk komen skt psl uptown klng nie..Saya adalah penduduk tetap kt tmn sebelah nie..

Komen saya..dah 3x saya pegi kesana..penjual2 kt sana memamg peramah..tapi ape yg saya nk komen ialah tempt nk msk kesana agak gelap dan khemah mereka agak terlindung dgn bangunan kedai2..lps tu BANNER dia ya allah kecik..dh kck sikit plak tuu...Mengapa tdk dpsg kain rentang yg besar yg dpt dilht oleh org2 yg berulang alik ke klng meru?Promosi uptown kt klng ni kureengg..mcm mane org kita nk maju kalu tmpt gelap,tersorok..

Saya komen ni bkn sebab nk memperkecilkan tmpt nie tp saya kesian dgn peniaga2 yg saya tgk penat dtg berniaga tp pengunjung kurang sebab tiadanye promosi especially banner menandakan adanyer uptown sedang berlansung...

:D:-?:-?

azimlife
05-03-2010, 07:17 PM

ye ker???
minggu depan nak balik klang...
nak tgk progress...:D
brg da byk ker kat sana??:-?

tsp
06-03-2010, 09:59 AM
ye ker???
minggu depan nak balik klang...
nak tgk progress...:D
brg da byk ker kat sana??:-?

Peniaga kt sana ramai.Barang2 pn byk dijual.Mcam2 adaaaaa...tpi 2 lah problem dia PROMOSi kurengggg...Kalau nk pi sana dlm kol 10 lbh keatas baru best pi sebab peniaga dh byk bukak.Itu ari pi dlm kol 9 sb pi ari biasa peniaga x byk bukak lg..
Pegi lah BEST ooo..ada karaoke lg...:):)

damiasshoppe
09-03-2010, 12:38 AM
Uptown Danau Kota Setapak la meriah. Banyak gerai...

328i
11-03-2010, 02:56 AM
apa cerita uptown klang nie....
mana pegi PROMOSI2 yg dijanjikan tuh......
tak nampak pun,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
kasi la grand sket........................

hayrul azyzan
11-03-2010, 03:18 AM
wau menarik nie..
nk g a cm nie..
jgn smpai g xde plk..
xsyok nnti..

akunobita
11-03-2010, 03:25 AM
hehe.
menarik2.
tunggu apa perkembangan seterusnya.

328i
12-03-2010, 12:04 AM
apa cerita ni,,,,,,,,
apa dah jadi.....

izack1981
12-03-2010, 12:34 AM
aduhaii..jauh banget lak.. klu kedah ada UPTOWN gini best gak..heheee

328i
12-03-2010, 11:46 AM
Tt update la status terkini.......
Kalau ada gambar ke lagi cun.........
Bz ke tt neh ....