UPDATE:Kim Jong-Nam mati diracun: Dibunuh Guna Cecair Senjata Kimia VX Nerve Agent'

14-02-2017 08:31 PM sekam padi#1


Abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un mati dibunuh di Malaysia, menurut laporan agensi berita Yonhap dan media-media Korea Selatan, yang memetik sumber-sumber tidak dinamakan.

Yonhap yang memetik sumber kerajaan Korea Selatan, melaporkan Kim Jong Nam mati dibunuh pada Isnin semalam di Malaysia.

Ia tidak memberikan sebarang perincian.

Jaringan TV kabel TV Chosun pula melaporkan Kim diracun di lapangan terbang di Kuala Lumpur oleh dua wanita, dengan memetik beberapa sumber kerajaan Korea Selatan.

Polis Malaysia memberitahu Reuters bahawa lelaki Korea Utara tidak dikenali meninggal dunia dalam perjalanan dari lapangan terbang Kuala Lumpur ke hospital.

Menurut polis, identiti lelaki itu belum disahkan.


http://www.malaysiakini.com/news/372449

Quote:
Originally Posted by sekam padi View Post
PUTRAJAYA - Malaysia hari ini memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol, untuk memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Kementerian Luar mendedahkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya Kang Chol telah bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala, Raja Nushirwan Zainal Abidin kira-kira sejam 30 minit, berikutan tuduhan yang dinyatakan beliau pada satu sidang akhbar Jumaat lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra itu, Kang Chol dalam sidang akhbar berkenaan telah memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai "sesuatu untuk disembunyikan" dan mendakwa Malaysia "berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar" dalam pengendalian kes kematian seorang warga Korea Utara pada 13 Februari lalu.

"Kerajaan Malaysia menganggap kritikan yang dibuat oleh Duta Besar Korea tersebut sebagai tidak berasas.

"Kerajaan Malaysia mengambil serius atas segala tuduhan yang dilemparkan bertujuan untuk mencemarkan reputasi negara," katanya.



http://www.sinarharian.com.my/semasa...ulang-1.631269
Quote:
Originally Posted by sekam padi View Post


Kuala Lumpur : Pihak Polis hari ini mengesahkan bahawa cecair yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam dikenal pasti sebagai ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau VX Nerve Agent, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berdasarkan laporan awal analisa dari Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia VX yang disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997 digunakan dalam kes pembunuhan lelaki warga Korea Utara itu.

Keputusan analisa berkenaan telah diperoleh selepas Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia menjalankan analisa awal ke atas beberapa spesimen hasil pengesatan kapas kering (dry swab) pada mukosa mata dan muka si mati.


VX nerve gas dalam filem The Rock (1996) yang dilakonkan oleh Nicholas Cage

http://www.siakapkeli.my/2017/02/pol...h-guna.html#FB
http://www.hmetro.com.my/node/208561
Paid Advertisement
14-02-2017 08:33 PM sekam padi#2
habis laaa..lepas ni Korea Utara hantar sebutir dua , negara M'sia lenyap camtu ajer ... :)):)):))
14-02-2017 08:33 PM susah2je#3
Nasib teknologi missile nuclear Korea Utara belum boleh sampai jarak jauh melepasi Selat Melaka.
14-02-2017 08:34 PM puyol#4
Rasanya kena tangkap dua wanita tu?
14-02-2017 08:35 PM cek mek molek#5
dua wanita tu rakyat Malaysia ke rakyat Korea Utara...

ha sudah..
14-02-2017 08:36 PM Batmang#6
Brani KU nak serang Msia.
Kena qomat Kak rosmah mau mati beragan.
14-02-2017 08:37 PM sekam padi#7
Kim Jong-un's half-brother 'assassinated by two female agents using poisoned needles' in Malaysia

http://www.independent.co.uk/news/wo...-a7579336.html
14-02-2017 08:39 PM TT#8
die ni xsilap tgh larikan diri. dlu ada rumors die nak dibunuh lepas pakcik die kena bunuh kt korea

die mmg main area msia, singapore, indon je selama ni
14-02-2017 08:40 PM susah2je#9
Apa response duta Korea Utara di Taman U Thant KL dalam isu ni TT? Apa reaksi Kim Jong-Un..?
14-02-2017 08:41 PM cek mek molek#10
Quote:
Originally Posted by sekam padi View Post
Kim Jong-un's half-brother 'assassinated by two female agents using poisoned needles' in Malaysia

http://www.independent.co.uk/news/wo...-a7579336.html
Kim Jong-nam went into hiding in Malaysia after the execution of his uncle Jang Song-thaek

Kim Jong-nam was killed at Kuala Lumpur airport after being attacked by two women with "poisoned needles," according to local TV reports.

The two women, believed to be North Korean agents, escaped in a taxi and remain at large, TV Chosun reported.




oh, agen perisik wanita tu pun agen Korea Utara juga, ni membunuh atas arahan Kim Jong Un kot
Sponsored Links